PM kutuk Pemimpin UMNO tapi lakukan perkara sama.Saatnya PM berundur sebelum terlambat.



PM kutuk Pemimpin UMNO tapi lakukan perkara sama.Saatnya PM berundur sebelum terlambat.

1.Saya merujuk sidang media PM sempena Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan semalam.

2.Dalam sidang media itu PM mempertahankan dasar dan perlaksanan pentadbiran beliau dan membidas kritikan terhadapnya khususnya daripada UMNO dan pemimpinnya.

3.Satu petanda yang tidak baik dan malang bagi sebuah negara apabila PM menjuruskan sidang medianya membalas kritikan terhadapnya malah mengutuk mereka keras.Sidang media itu seharusnya lebih menjurus kepada menjawab keresahan dan kepayahan rakyat mutakhir ini.

4.Lebih malang apabila PM mengutuk lawan politiknya tetapi dalam masa yang sama mengambil sikap dan tindakan serupa dengan mereka.

5.PM hari ini, sama seperti PM sebelum ini disaat rakyat dihimpit kepayahan tidak sama sekali merasai denyut nadi mereka.Beliau dalam sidang media semalam sama seperti PM sebelumnya percaya dasar-dasarnya diterima baik rakyat.Walhal merata rakyat mengata dan mengeluh kepayahan.

6.Kepayahan rakyat ketara.Rakyat biasa mengeluh harga barang dan segala-galanya menaik.Syarikat-syarikat pula berhempas pulas mencari peluang dan kerja baru yang hampir tiada.Kalau adapun seksa mendapatkan bayaran daripada agensi kerajaan yang kekeringan dana.Malah Syarikat kerajaan, GLCs juga hadapi masalah dana dan ada yang terpaksa menjual aset untuk menampung kos operasi.

7.Bank-Bank semakin ketat dalam menawarkan pinjaman.Mendapatkan pinjaman perumahan malah pinjaman kereta sekalipun adalah sesuatu yang amat sukar sekarang.Hutang2 lama dikejar habis-habisan kerana mereka juga hadapi dilema mengekalkan prestasi yang juga semakin sukar.

8.Saban hari pemberhentian pekerja menjadi-jadi.Kes Utusan antara kes ketara yang seharusnya tidak berlaku.Ratusan dan mungkin ribuan kes seperti Utusan berlaku.

9.Kesemua ini dan banyak lagi situasi ekonomi yang real berlaku tetapi semalam kita melihat seorang PM percaya dan memberi gambaran yang terbalik.

10.PM hari ini mengutuk PM sebelum ini dan pengikutnya kerana sikap salah dalam menghadapi penjenayah (khususnya dalam kes 1MDB) dan penegakan hukum rule of law.Tapi apa bezanya hari ini bila seorang Menteri yang menghadapi tuduhan berat bersama bukti jelas terus menjadi Menteri?Malah menteri menjaga ekonomi , disaat ekonomi negara dan rakyat paling parah.

11.Beberapa Menteri lain juga memperlihatkan prestasi buruk dan melakukan kenyataan dan tindakan salah dari sudut dasar dan pentadbiran sebuah negara.Juga terus dipertahankan.

12.Disebuah negeri wujud kes jelas pemberian projek kepada syarikat RM 2 .Juga pemberian projek tanpa tender terus berlaku dan tiada satupun tindakan pembetulan apalagi siasatan dan dakwaan.

13.Kronisma terus berlaku, banyak perlantikan politik dilakukan, malah isteri Setiausaha Politik PM sendiri dilantik mengetuai sebuah badan yang mendapat dana sepenuhnya dari kerajaan berjumlah ratusan juta dan bantahan daripada pengasas organisasi itu sendiri dan individu serta NGO tidak diendahkan.

14.Kesemua ini dan banyak lagi memaparkan sikap dan tindakan sama pemerintahan dahulu.PM hari ini mesti mengubah sikapnya sama seperti kita pernah meminta PM dahulu mengubah sikapnya.

15.Sekiranya beliau tidak mampu berubah, ahli2 kabinet didalam kerajaannya mesti bertindak melakukan yang betul meminta beliau berundur agar perubahan boleh dilakukan.Jangan pula kabinet hari ini juga mempunyai perangai sama dengan perangai kabinet dahulu, membiarkan sahaja ketua mereka mempunyai sikap yang salah tanpa sebarang koreksi.

16.Atau rakyat yang akan bangkit dan melakukannya. Dihujung benua, Tg Piai mungkin kita akan lihat petanda itu.

Mohamad Ezam Mohd Nor
8 Nov 2019, 11 Rabiul Awal 1441H

*Ezam meletakkan jawatan didalam Kementerian Kewangan serta merta dan keluar drpd parti UMNO atas isu SRC dan 1MDB.Beliau juga melakukan saman terhadap PM dan kesemua Ahli Lembaga  1MDB semasa Najib masih menjadi PM dan Menteri Kewangan.

MUAFAKAT NASIONAL TIADA BEZA MUAFAKAT PH

KALAU KORUPSI, MAKA HARUS DITOLAK

"Selagi sesuatu organisasi itu dibayangi oleh pemimpin korupsi, maka tidak wajar diberikan undi", tegas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NAJIB - 4 pertuduhan rasuah berjumlah RM2.282 bilion

ZAHID - 40 pertuduhan rasuah berjumlah RM127 juta

MUSA AMAN - 30 pertuduhan rasuah berjumlah RM209.4 juta

ISA SAMAD - 9 pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta

KU NAN - 2 pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta

BUNG MOKTAR - 3 pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta

NOOR EHSANUDDIN (BEKAS Ahli Parlimen Kota Tinggi) - 21 pertuduhan rasuah berjumlah RM266,000

#PRKTanjungPiai
#TolakRasuah
#TolakBN
#UndiPH

PH BUKAN BN. KUASA MELANTIK PM DITANGAN MAJLIS PRESIDEN.



Walaupun selalu menyebut akan menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim sebagaimana perkara itu merupakan konsensus bersama Majlis Presiden PH, tetapi Tun Mahathir Mohamad nampaknya terus mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berkenaan dengannya.
Jika sebelum ini beliau kerap berbeza-beza pendirian berhubung tempohnya memegang jawatan Perdana Menteri, kini perrkara lain pula disentuhnya.
Dalam interbiu terbaru dengan Financial Times di Bangkok, di sebalik mengatakan tetap akan mengotakan janji dan tiada tempoh masa bila akan menyerahkan kuasa kepada Anwar, Tun Mahathir turut menyatakan kebimbangan mengenai kemungkinan salah dalam memilih penggantinya.
Kata Tun Mahathir lagi, beliau bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan lalu berhubung pemilihan pengganti Perdana Menteri.
“Saya buat banyak kesilapan melantik pengganti… Jadi saya tidak mahu buat silap lagi kali ini.
“Sesiapa pun akan rasa berdebar apabila hendak menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada penggantinya,” kata beliau lagi.
Kenyataan Tun Mahathir ini bukan saja pelik, bahkan sebenarnya amat-amat mengelirukan.
Harus disedarinya bahawa beliau kini menjadi Perdana Menteri dalam era PH yang berbeza sama sekali dengan zaman BN sebelum ini.
Dalam zaman BN, memanglah seseorang Perdana Menteri dengan kuasa terkumpul ditangannya boleh menentukan siapa penggantinya, bahkan bebas memecat dan menghantar ke penjara sesiapa yang dilihat memberi ancaman kepadanya.
Tetapi, di era PH, kuasa menentukan pengganti Perdana Menteri bukan lagi terletak pada Perdana Menteri, tetapi terletak dalam bidang kuasa Majlis Presiden menentukannya.
Bahkan, dalam konteks pengganti Tun Mahathir, calon pengganti beliau sudah pun ada iaitu Anwar yang telah ditetap serta dipersetujui dalam Majlis Presiden sebelum PRU14 lagi.
Bermakna, Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri tiada hak untuk menentukan pengganti yang lain selain Anwar tanpa mendapat persetujuan daripada Majlis Presiden PH.
Jadi, tidakkah pelik dan mengelirukan bunyinya jika Tun Mahathir masih mahu bercakap soal kebimbangan atau mungkin melakukan kesilapan dalam memilih penggantinya?
Apakah maksud beliau sebenarnya?
Apakah Tun Mahathir fikir beliau masih Perdana Menteri zaman BN lagi?
Lagi pun, kesilapan masa lalu beliau dalam memilih penggantinya adalah kerana keputusannya itu hanya dibuatnya secara sendirian dan mungkin bersama dengan kroni-kroninya saja.
Bagaimanapun, dalam keputusan memilih Anwar sebagai penggantinya, ia diputuskan secara konsensus oleh Majlis Presiden yang memberi makna, ia dipersetujui oleh pemimpin utama parti-parti yang bergabung dalam PH.
Selepas Anwar menjadi Perdana Menteri nanti, beliau juga tiada kuasa secara sendirian memilih penggantinya kerana ia tetap merupakan kuasa Majlis Presiden menentukannya.
Kesimpulannya, pemilihan pengganti Perdana Menteri era PH adalah hasil keputusan daripada “banyak kepala” dan ia tentulah jauh berbeza dengan keputusan mutlak melalui “satu kepala” saja sepertimana zaman BN dahulu. (ShahbudinHusin 07/11/2019)

SYUKUR HARGA SAWIT: KARMAINE SELAR TAKTIK JAHAT PEMBANGKANG

PENGUNDI MELAYU TERBUKA KEPADA PH, PELUANG CERAH

AZMIN PUNYA MASALAH HUTANG PUN MAHU DIKAITKAN DENGAN ANWAR ?



Syarikat YHA Travel & Tours  (M) Sdn Bhd telah membawa kes ke mahkamah untuk menuntut hutang dari Azmin Ali yang dikatakan berjumlah sekitar RM 300K iaitu berupa tiket penerbangan dan penginapan untuk Timbalan Presiden Keadilan itu.

Pertamanya, tahniah dan syabas kepada Azmin kerana berjanji akan membayarnya.  Semua manusia ada melibatkan diri dengan hutang, jadi isu hutang ini perkara biasa. 

Pelik bin ajaib, apabila seorang bekas Chegu yang dulunya hari-hari berkokok pasal kubah masjid dan terowong di era Azmin jadi MB Selangor, tiba-tiba mengulas isu ini dan mengaitkannya dengan Anwar.  Kononnya, syarikat itu milik kawan Anwar dan anak kawan Anwar itu dikatakannya pernah mengedit video lucah.  Umang aiii...jauh bona lari dari isu hutang ni bai.....

Kalaupun syarikat itu milik kawan Anwar, adakah Azmin tidak perlu membayar hutangnya?  Kalaupun anak kawan Anwar itu kaki edit video lucah, adakah ada kaitannya dengan hutang tidak berbayar?  Nasib baik lah Chegu yang pernah jadi tokey ayam organik dan penjual barang lelong ini tidak kaitkan bahawa Haziq yang mendakwa Azmin adalah pasangannya di dalam hotel itu adalah anak ponakan tokey syarikat tersebut. 

Begitulah nasib Chegu yang terbiar.  Cerita kubah masjid dan terowong dah senyap sekarang.  Cerita tentang Billboard Mak Lampir yang nilainya berjuta di Selangor itu langsung tidak disentuhnya.  Maklumlah sibuk sekarang usung tin biskut gambar Mak Lampir ke hulu ke hilir.  Patutlah ramai anak2 buah dia dah lari sebab baru tahu wajah sebenar Chegu ni.

WFAUZDIN NS

KERAJAAN BURU JHO LOW HINGGA LUBANG CACING

Pas akui hudud mustahil dilaksana



Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON November 6, 2019 4:15 pm

Pas mengakui undang-undang hudud mustahil untuk dilaksanakan di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Ahmad Awang berkata, sekiranya Umno-Pas berkuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), hukum hudud sememangnya sukar untuk dilaksanakan.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Ramah Mesra Presiden Pas bersama Media & Pelancaran Harakahdaily versi baharu, di EDC hotel, semalam.

“Ini berkenaan hudud dan cabang-cabangnya. Kalau kita dapat kuasa, kita kena sedar bahawa untuk laksanakan hudud ini, terlalu banyak syarat-syaratnya.

“Yang pertama, mestilah kita mempunyai negara berdaulat. Kena ada Negera dan tanah. Tanah Malaysia umpamanya.

“Kita juga perlu ada rakyat, masyarakat majmuk. Perlu ada perlembagaan yang boleh digubal mengikut keadaan, dan pemimpin yang dilantik,” katanya.

Hadi turut memberi contoh Negara Brunei yang menarik balik pelaksanaan hukuman mati selepas menerima tekanan dari pelbagai pihak secara global yang akhirnya sekadar melaksanakan takzir.

“Begitu juga dengan Acheh yang masih terikat dengan perlembagaan. Oleh sebab itu, dalam melaksanakan Islam, kita temukan Akta 355 atau Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), perkara memperkenalkan Takzir sahaja, bukan hukum yang berkaitan dengan hukum hudud.

“Kerana Itu kita masih lagi menghadapi masalah-masalah sebab ada masyarakat majmuk yang perlu diambil kira. Kita kena sedar dalam Islam ini, ada hukum yang boleh berubah,” katanya.

Malah katanya, melaksanakan hudud dalam suasana negara darurat juga tidak boleh dilakukan kerana dikhuatiri penjenayah lari daripada dibawa masuk ke muka pengadilan.

“Dalam suasana si penjenayah itu dengan gaji tak cukup, jadi nak gantung hukuman tak boleh. Ini banyak syarat yang kita kena sedar,” katanya.

Takzir ialah hukuman yang tiada dalam al-Quran dan Hadis, diserahkan kepada undang-undang sedia ada dan hakim. Hukuman boleh jadi seperti penjara, buang daerah dan sebagainya.

Sumber : malaysiadateline.com

ISU TENGAH VIRAL...CALON MCA WEE JECK SENG TERPALIT RASUAH??

👍edisi kantoi

CALON MCA WEE JECK SENG TERPALIT RASUAH??

Kontrak RC, VEP RM150 Juta/Peralatan Bernilai RM4.07 Juta Tidak Dipasang Oleh Syarikat TCSens Sdn Bhd.

Satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian telah dibuat ke atas calon MCA(BN),  Wee Jeck Seng pada 04/11/19 berkaitan isu kontrak Kementerian Pengangkutan bernilai RM150 juta.

Jeck Seng didakwa menyalahguna kedudukannya sebagai diantara pemimpin MCA era BN mentadbir Msia, menjadi salah seorang pemegang saham syarikat TCSens Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak secara rundingan terus pada tahun 2014.

Menteri Pengangkutan ketika itu  Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menganugerah kontrak tersebut melibatkan pembangunan Mobiliti Udara dan projek sistem kutipan cukai jalan (RC) serta rekod kemasukan kenderaan asing (VEP).

"Menurut laporan Ketua Audit Negara 2017 siri 2 menyatakan kelewatan menyiapkan projek RC dan VEP menjejaskan objektif projek yang secara tidak langsung merugikan hasil kerajaan dan operasi penguatkuasaan gagal dilaksanakan mengikut tempoh asal.

"Antara penemuan audit adalah justifikasi pelantikan kontraktor dibuat secara rundingan terus serta peningkatan drastik dalam perbelanjaan operasi pelaksanaan VEP bernilai RM150 juta termasuk penyelewengan peralatan bernilai RM4.07 juta didakwa tidak dipasang," 

Pendedahan skandal ini membuktikan Wee Jeck Seng adalah seorang individu yang tiada integriti, menyalahguna kedudukan dan kuasa untuk mendapatkan projek kerajaan secara rundingan terus.

Laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) akan menyusul.

Skuad#JM
06/11/19

Sumber Asal << Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian

AZMIN, BAIK LETAK JAWATAN LAH...MENYUSAHKAN PM SAHAJA.


Belum selesai dengan kes “video Haziq” yang masih dalam siasatan polis, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali kini berdepan satu lagi beban baru yang jelas menyusahkan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Ini berikutan sebuah agensi pelancongan memfailkan saman terhadap beliau di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menuntut RM328,901 untuk tiket penerbangan dan penginapan hotel yang belum dibayarnya.
Dalam kenyataan tuntutannya itu, YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd berkata Azmin berhutang bagi urusan perjalanan yang diuruskannya antara September 2018 dan Ogos 2019.
Mengikut tuntutan tersebut, firma itu telah menempah tiket penerbangan dan penginapan hotel untuk Azmin, keluarganya, rakan-rakan dan kakitangan kementerian.
Firma itu berkata, ia telah membayar kepada syarikat penerbangan terlebih dahulu untuk mendapatkan tiket dan sepatutnya akan dibayar kemudian oleh Azmin atau wakilnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan.
“Selanjutnya, defendan dan/atau wakilnya yang diberi kuasa juga akan membuat pembayaran sebelum umrah dan/atau haji atau sebelum tempoh hari raya terdekat.
“Bagaimanapun, dalam hal ini, pembayaran telah tertunggak untuk jangka masa yang lebih lama daripada jangka masa yang disebutkan di atas,” kata firma tersebut dalam tuntutannya.
Difahamkan juga, agensi pelancongan itu telah berulang kali menuntut bayaran daripada defendan dan/atau wakilnya, tetapi jumlah terkumpul itu tidak pernah dibayar walaupun jumlah yang dituntut itu tidak pernah dipertikaikan.
Difahamkan, pengurusan kes bagi saman itu ditetapkan pada 3 Dis ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Kenapa hutang sampai tidak dibayar untuk tempoh yang begitu lama sehingga walau sudah dituntut berkali-kali, tetapi tidak juga mahu dibayar?
Apa masalah Azmin sebenarnya?
Apakah beliau sengaja tidak mahu membayarnya?
Sebagai seorang menteri kanan, tentulah tidak logik jika dikata beliau tiada wang untuk membayarnya.
Habis, kenapa tidak mahu membayar?
Dengan kedudukan sebagai seorang menteri yang sepatutnya memberi kesenangan kepada rakyat, sebaliknya bertindak menyusahkan mereka dengan tidak membayar hutang adalah perbuatan yang tidak patut sama sekali.
Dalam hal ini, sedarkah Azmin bahawa tindakannya tidak membayar hutang, walau sudah dituntut berulangkali dan akhirnya menjadi kes mahkamah, beliau sebenarnya telah menyusahkan Tun Mahathir dan memalukan kerajaan serta kabinet?
Tidak cukupkah dengan perlakuan beliau sebelum ini yang telah banyak mendatangkan kesusahan kepada Perdana Menteri?
Azmin, kalau beginilah satu demi satu onar yang muncur, lebih baiklah undur diri dan letak jawatan sebagai menteri dengan segera.
Kasihanlah kepada Tun!! (ShahbudinHusin 05/11/2019)

SOKONG BERJASA, BARANG MELAYU, MELAYU JUAL

PESANAN BUAT IGP. SELESAIKAN DULU KES SEMBURIT.



Walaupun sebelum ini Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador pernah berhasrat untuk membawa pulang Jho Low sebelum akhir tahun, tetapi perkembangan terbaru seolah-olah menunjukkan hasrat itu sukar untuk menjadi kenyataan.
Ini berikutan pengakuan Abdul Hamid semalam bahawa negara di mana Jho Low berselindung ketika ini enggan memberi sebarang kerjasama kepada polis Malaysia.
“Antara alasan diberikan mereka, termasuk kononnya dia (Jho Low) sudah mengubah rupanya dengan menjalani pembedahan muka dan menyerupai beruang.
“Muka dia dikatakan sama seperti muka beruang. Saya tidak tahulah, tetapi kononnya dia sekarang sudah mengubah rupa bentuk mukanya.
“Ada ketikanya dia dikatakan berjalan menyerupai seekor tambadau (seladang). Jadi, bila kita lihat dari belakang, begitulah rupanya.
“Adakah logik alasan diberikan ini (oleh pihak berkuasa negara itu)?” kata Abdul Hamid berhubung perkembangan terbaru mengenai pemburuan Jho Low.
Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya bersikap terbuka dan sedia untuk terus berbincang dengan pihak berkuasa negara luar untuk membawa pulang Jho Low ke Malaysia.
Dalam waktu yang sama, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin turut menegaskan, meski mengubah wajah dan penampilannya, kerajaan tetap akan memburu Jho Low sehingga ke lubang cacing sekali pun.
“Kita tak akan berhenti sampai kita dapat kerjasama dari negara yang kita agak di mana dia (Jho Low) berada dan kalau ada kerjasama Interpol (polis antarabangsa) bantu, perkara itu akan dapat kita selesaikan.
“Tapi apa pun kita tak akan berhenti untuk cari (Jho Low) walau sampai ke lubang cacing,” katanya lagi.
Sementara tidak dinafikan pentingnya Jho Low dibawa balik, tetapi pihak berkuasa, khususnya polis tidak harus terlalu asyik serta leka dengan perkara itu semata-mata.
Ini kerana sama ada Jho Low dapat dibawa balik atau tidak, kes 1MDB di negara kita sudah pun dibawa ke mahkamah untuk diadili.
Najib Razak kini sedang berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah, manakala di beberapa negara lain, rampasan aset serta harta yang dipercayai dibeli dengan wang songlapan 1MDB turut dilakukan.
Dalam bahasa mudah, tanpa Jho Low ditangkap pun, kes berkaitan 1MDB tetap dapat dibawa ke mahkamah.
Hanya, jika Jho Low dapat ditangkap dan dibawa balik, kelebihannya ialah kita dapat mendengar cerita sebenar daripada mulutnya sendiri berkaitan skandal 1MDB itu, di samping mungkin ada kepuasan dapat menghukumnya kerana dialah dianggap dalang yang sebenarnya yang telah merosakkan nama negara.
Maka itu, kepada Abdul Hamid, tidak perlulah terlalu gundah gulana atau pening kepala sama ada Jho Low dapat dibawa balik atau tidak.
Biarlah negara di mana beliau berlindung itu memberi alasan apa sekali pun untuk terus melindunginya kerana dalam dunia ini, wang memang boleh membeli hampir segala-galanya.
Yang penting, kes mahkamah 1MDB sedang berjalan, wang-wang curi berkaitan dengannya sedang diusahakan untuk didapatkan kembali dan UMNO serta BN sudah kehilangan kuasanya kerana skandal tersebut.
Tetapi, bagi rakyat kebanyakan, mereka lebih risau dan gundah gulana dengan polis pimpinan Abdul Hamid sendiri yang sudah banyak bulan masih gagal menyelesaikan kes “video Haziq” yang dikatakan melibatkan menteri kanan, Azmin Ali.
Berbanding membawa balik Jho Low, kes “video Haziq” dirasakan lebih mudah untuk diselesaikan oleh pihak polis kerana ada video yang disahkan tulen sebagai buktinya, ada pengakuan Haziq yang mengaku melakukan hubungan seks sejenis dengan Azmin, ada rakaman CCTV dan pelbagai bukti yang lain lagi.
Oleh kerana kes “video Haziq” sudah berbulan-bulan berlalu tanpa ketahuan bagaimana kesudahannya, sedangkan ia melibatkan seorang menteri kanan dan Tun Mahathir Mohamad pula gemar membawa Azmin sebagai menteri pengiringnya dalam lawatannya ke seluruh dunia, seolah-olah untuk menunjuk-nunjuk inilah menterinya yang dikatakan ada hubungan sejenis itu, hakikatnya lagi lambat diselesaikan, lagi malu negara dibuatnya.
Tidak ada pilihan lain, kes “video Hazip” lebih penting sebenarnya untuk diselesaikan terlebih dahulu berbanding membawa balik Jho Low kerana jika terus dilambat-lambatkan, bererti perangai kita pun sama juga macam negara yang melindungi bilionaire itu.
Maka, pesanan buat Abdul Hamid, selesaikan dahulu kes “video Haziq” yang ada di depan mata dengan segara dan rehatlah seketika daripada bercakap untuk membawa balik Jho Low. (ShahbudinHusin 05/11/2019)

HISHAMUDDIN PETUALANG DALAM UMNOPAS*

*HISHAMUDDIN PETUALANG DALAM UMNOPAS*

Hishammuddin Hussein sebenarnya pengkhianat pada perjuangan UMNOPAS dan orang Melayu&Islam.

Pendedahan Anwar bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Apa yang dinyatakan oleh Anwar telah lama diketahui oleh kalangan pemimpin UMNO.

Hishammuddin ialah watak utama yang menawarkan hampir 14 ahli Parlimen UMNO yang bersekutu dengannya kepada Tun Mahathir dan Tuan Mohammad Sabu  bagi memperkuatkan Pakatan Harapan.

Tawaran ini datang dengan cita-cita besar beliau untuk dilantik sebagai TPM. Itulah yang dijanjikan oleh Hishammuddin kepada sekutunya. 

Malah Hishammuddin lah yang bertanggungjawab menyebabkan ramai ahli Parlimen UMNO meninggalkan parti, terutamanya di Sabah untuk menyertai Bersatu dan Amanah.

Pergilah ke pejabat Hishammuddin di Flamingo, Ampang. Bersusun Ketua UMNO Bahagian menunggu dedak dari Hishammuddin setiap bulan.

Itulah cara politik bangsawan Hishammuddin berjuang dalam UMNO. Membeli sokongan dengan sogokkan kepada ketua bahagian dan ahli Parlimen. 

Walau pun UMNO sudah kalah tetapi amalan politik wang untuk Hishammuddin masih tidak berubah. Hishammuddin adalah kecelakaan paling besar untuk UMNO. 

Mereka ini telah menjadikan UMNO ini dipandang jijik dengan politik tidak bermoral melalui kewangan maha berkuasa. 

UMNO memerlukan pemimpin yang membawa kebaikkan kepada orang Melayu. 

Pemimpin yang perilakunya hanya demi kesejahteraan rakyat, negara dan bangsa, serta tidak terpalit apa jua dengan krisis moral dan integriti. Apatah lagi bersekongkol secara jijik melalui jalan belakang dengan musuh politik UMNO.

Hishammuddin telah hilang kelayakan untuk memimpin UMNO dan bangsa Melayu. 

Dia gagal menawarkan jawapan yang menyeluruh dan mampu menawarkan reformasi total yang positif untuk membina semula parti.

Apa yang beliau lakukan selama ini ialah merencana pembentukan Kerajaan tanpa DAP dan Amanah,  dengan musuh UMNO, melalui jalan tidak demokratik.

Kerana itulah dia dan penyokongnya bermati-matian mahukan Hishammuddin dilantik sebagai Setiausaha Barisan Nasional. 

Melalui BN, Hishammuddin bercadang menyediakan parti yang akan menjadi naugan semua ahli Parlimen yang keluar UMNO. 

Melalui BN juga, dia akan pergi menjaja jawatannya dengan keluarga diraja Saudi dan UAE untuk dana politik. Kononnya dia akan menjadi TPM Malaysia dalam sedikit waktu lagi jika perancangan politiknya berjaya. 

Lalu kepada Hishammuddin dan penyokongnya, anda adalah pengkhianat kepada UMNO dan perjuangan bangsa Melayu.

Kepada semua petualang parti, perbuatan hina kamu ini akan kami akar umbi UMNO tentang sehabisnya. 

Orang Melayu akan kami ingatkan dengan sifat munafik kamu. Namun sebenarnya, apa yang diimpikan adalah kuasa, kedudukan dan wang, dan peninggalan legasi bangsawan turun-temurun semata-mata.

Kepada Hishammuddin, Datuk dan Ayah kamu pada akhir hayatnya keluar meninggalkan UMNO. 

Maka UMNO juga tidak rugi jika satu legasi Hussein Onn keluar UMNO. Itu akan membersihkan UMNO dari imej politik bangsawan.

Fahmi Rashid
Penentang Kartel Hishammuddin

 *SANGKAANKU  MELESET* 
                 
 Aku sangka aku  alim
    warak solat saf depan
   jadi orang masjid.
  Istiqomah ibadah tapi
 aku tak sedar anak anak
 aku tak solat pun masa
      aku solat..
       *ALLAH HINA AKU...*

      aku sangka akulah
     orang yang paling
     bagus siang malam
   pergi masjid... tapi
 bini/suami aku dok
 mengumpat mengata
 jaja cerita orang merata-
         rata...
       *ALLAH HINA AKU...*

     aku sangka aku
       hebat baca al-Quran
    setiap hari.. khatam
 tiap tiap bulan rupanya
   anak pompuan aku  dedah aurat slamber jaa..
    belakang aku..
       *ALLAH HINA AKU...*

    aku sangka seronok
  hari hari sedeqah... tapi
 aku lupa ambik tau
    sanak saudara aku
     kesempitan dalam
      hidup.. berhutang
 meminjam merata-rata...
       *ALLAH HINA AKU...*

    "Ya ALLAH tutupilah
 aibku, amankanlah ketakutanku, ampunilah kesalahanku.."

    adakalanya kita tak
sedar yang *ALLAH  HINA DIRI KITA* ..
    dengan kekhilafan
 isteri/suami kita, anak2
 kita, saudara mara kita,
 jiran tetangga kita
 mahupun masyarakat
 kita..
         tanpa kita sedar..
  melihat kejahilan orang
  lain muhasabahlah...
 jadikan ikhtibar buat diri
 sendiri dan keluarga..
     agar jadi pedoman
  buat peringatan..
      Sama samalah ingat...

 Semoga Ada Manfaatnya.

*HIDUP INI JANGAN SOMBONG*

BENARKAH MCA PARTI SEDERHANA



Berkata Presiden Pas, Hadi Awang bahawa pembangkang memerlukan parti bukan Islam seperti MCA yang dianggapnya bersifat sederhana.
Atas sebab itu, selain akan turun berkempen berkempen di Tanjung Piai, Hadi juga dilaporkan telah memberi arahan kepada penyokong parti itu agar memberikan undi kepada calon MCA dalam pengundian pada 16 November nanti.
Benarkah MCA sebuah parti yang sederhana?
Berdasarkan rekod, MCA adalah parti yang keras menentang perlaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas.
Tidak cukup dengan itu, ketika perjuangan Pas berubah daripada hudud kepada RUU355, MCA juga bertegas tidak menyokongnya.
Maka, di mana sederhananya MCA? (ShahbudinHusin 04/11/2019)