COVER IT LIVE ESOK
ANDA DIPERSILAKAN MEMBERIKAN KOMEN POSITIF...
Umno mula guna taktik samseng
Umno mula guna taktik samseng
Terbaru, dinihari tadi lebih 50 petugas Umno menghampiri markas PRK PAS itu dengan menunjukkan kemarahan, mengeluarkan kata-kata ugutan dan memasang bendera BN melindungi bendera PAS yang telah sedia dinaikkan.
Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh, Fairus Hisyam Nordin, yang berada di situ ketika itu, yang memeranjatkan provokasi tersebut diketuai sendiri oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said.
“Malam tadi kira-kira jam 3.30 pagi lebih 50 orang petugas BN datang ke bilik gerakan PAS di Desa Murni diketuai Ismail Said, mereka berteriak dengan nada marah dan menghamburkan kata-kata berbentuk ugutan.
“Masa itu kami dalam khemah cuma ada 15 orang dan tidak melayan provokasi tersebut kerana jika melawan mungkin mereka akan gunakan sebagai kempen di media kononnya PAS ganas, walaupun mereka yang memulakan.
“Tak cukup dengan itu, kami syak beberapa orang anggota polis berulang kali mengambil gambar juga untuk tujuan mengugut sebab ada antara kami yang berkerja sebagai kaki tangan awam. Manakala yang lain menaikkan berdera BN di hadapan bendera PAS,” katanya.
Tambah Fairus, beliau kecewa dengan tindakan provokasi pihak Umno itu dan akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.
Pusat mengundi Desa Murni dijaga oleh kontingen dari PAS Kawasan Temerloh.
Sementara itu Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Saad, kecewa dengan pembabitan ahli parlimen tersebut yang sepatutnya bertindak mempertahankan demokrasi dan keamanan.
“Kita faham jika budak-budak Umno yang bertindak secara tidak bertamadun begitu, tapi bila melibatkan seorang ahli parlimen yang merupakan penggubal undang, itu jadi pelik. Sepatutnya dia tidak bertindak kebudaka-budakan walaupun kita tahu Desa Murni ada kampung beliau.
“Apa jadi jika Pemuda PAS melayan karenah dan provokasi mereka... tidakkah nanti akan terjadi perkara yang buruk seperti pergaduhan? Kenapa tak boleh fikir?,” soal Suhaimi.
Dalam pada itu, seorang penyokong PKR mengadu tayar kereta beliau dipancetkan ketika pergi mendengar ceramah ketua umum parti mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rumpun Makmur malam semalam.
Dalam ceramah di pihak Umno, mereka melepaskan Ummi Hafilda ‘gundek sensasi’ upahan mereka bagi mengganggu setiap ceramah Anwar.
Sebelum ini, berlaku juga gangguan kepada program PAS di kawasan Felda Mohamad Sabu berceramah dan Bob Lokman di waktu yang berlainan.
Dipetik dari Harakahdaily
PERUBAHAN SIARAN WEBTV SELANGOR
TVSNews.net telah mengalami beberapa perubahan bermula 1 Mac 2011. Rancangan terdahulu seperti Apa Khabar Selangor (AKS), Detik 9 Malam, Bincang-bincang dan beberapa rancangan lain digantikan dengan beberapa siaran baru seperti LIVE dari Konti RWS (Radio Web Selangor), Remaja/Magnet, Sri Kandi, Hobitek, Masalah Rakyat dan banyak lagi.
Untuk makluman, Radio Web Selangor (RWS) mengambil alih rancangan AKS yang bersiaran secara langsung di TVSNews.net pada pukul 7 pagi hingga 9 pagi untul slot pagi dan slot petang pada pukul 4 petang hingga 6 petang setiap hari.
Untuk mengikuti siaran ini, boleh terus tonton di laman www.tvsnews.net . Di sana ada tetingkap ‘Live Player’ untuk TV dan radio. Segala makluman terkini akan disiarkan melalui twitter ‘tvs2009’.
Harap Maklum.
Pemuda PAS : Umno Digesa Henti Budaya Berat Sebelah Atau Berdepan Kebangkitan Rakyat 05/03/2011 Share
05/03/2011 Share
KUALA LUMPUR 5 MAC : Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi memberi amaran kepada Umno supaya menghapuskan sikap berat sebelah mereka sewaktu berkempen atau berhadapan sekali lagi dengan kebangkitan rakyat yang jelak dengan sikap Umno yang sering menindas ruang bersuara pihak yang tidak menyokong mereka.
Nasrudin menyatakan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam sistem pengendalian demokrasi negara ini akan menjadi rakyat tenang dan akur menerima keputusan pilihanraya, samaada menang atau kalah.
Justeru beliau menyatakan Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat akan menyertai pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menuntut hak demokrasi seandainya hal ini tidak diendahkan kerajaan Umno-BN.
"Kita bagi tempoh sampai 1 Mei akan datang. Sekiranya 1 Mei akan datang. Seandainya mereka gagal memastikan sistem pengurusan dan pengendalian negara kita secara adil dan saksama. Kami dari NGO dan PR sekali lagi akan bangkit mengadakan himpunan Bersih ke 2 pada Jun akan datang.
Permintaan Bersih 2.0 yang dikepalai bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreevenasan yang menuntut penggunaan dakwat kekal kepada pengundi, pembersihan daftar Pemilih, pemansuhan undi pos dan kebebasan media dalam membuat laporan berita.
Himpunan Bersih sebelum ini pada 2007 berjaya mengumpulkan kira-kira 100 ribu rakyat dan ditangani dengan ganas oleh kerajaan Umno-BN dan dipercayai menyumbang kepada kegagalan BN meraih majoriti 2 per 3 pada Pilihan Raya Umum 2008.
Nasrudin turut menyelar sikap Umno yang sering mendabik dada mengatakan mereka satu-satunya pembela Islam dan Melayu di negara ini dan menjadi pilihan di hati masyarakat tetapi pada masa yang sama menyekat demokrasi bersuara Pakatan Rakyat.
Justeru Nasrudin mahu persaingan sama rata berlaku dengan rakyat menjadi pemilihnya supaya hal pilihan hati rakyat itu dapat dijustifikasi.
"Kalau betul nak bertanding siapa kuat, biarlah bertanding di padang yang sama rata. Ini sudahlah tak sama rata. Lepas tu ditambat tangan dan kaki kita. Lepas itu diajak bertinju. Bila menang dia kata dia kuat. Dia nak tipu siapa?," katanya.
Nasrudin menganggap taktik UMNO menggunakan penceramah 'undangan' seperti Ummi Hafilda dan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat sebagai tanda mereka masih takut dengan Pakatan Rakyat walaupun menguasai media.
"Kita padanlah buat ceramah sebab kita tak dibenar menggunakan radio. Kita tak dibernar menggunakan televisyen. Kita terpaksa bertemu dengan masyarakat bagi menyampaikan dasar perjuangan kita. Ini buktinya mereka sangat lemah dan takut nak bertemu dengan pakatan rakyat," katanya.
Anwar Cabar Najib Dedah Skandal PKFZ
Ditulis oleh farah azila
05/03/2011 Share
PETALING JAYA 5 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana enggan memikul tanggungjawb bersama meluluskan projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang mengakibkatkan kerugian sehingga RM12 bilion ringgit.
Anwar berkata Najib dan barisan jemaah menteri ketika itu maklum mengenai laporan Kabinet daripada Kementerian Kewangan dan Peguam Negara yang menolak peruntukan tambahan untuk projek PKFZ kerana kosnya terlalu tinggi.
Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri lain bagaimana mengenepikan laporan itu dan jemaah menteri memberikan kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ dari RM1.088 bilion kepada lebih RM4 Billion dua tahun lalu.
"Saya cabar Perdana Menteri, Peguam Negara dan Kementerian Kewangan untuk memperakui laporan kerta kabinet berkenaan, bahawa Kementerian Kewangan dan Peguam Negara telah menolak kos projek tersebut."
"Saya cabar mereka, yang nampak laporan itu , dan laporan itu menyatakan secara kategorikal bahawa cadangan Kementerian Pengangkutan itu tidak boleh dipertahankan. Maknanya masa itu telah ada tiga pihak menyanggah dan menolak. Saya nak tanya macam mana Perdana Menteri boleh setuju? Macam mana boleh kata dia tak tau," tanya Anwar pada Ceramah Umum kepada lebih 500 rakyat di Petaling Jaya semalam.
Minggu lalu, bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chang Kong Choi, dihadap ke mahkamah atas dakwaan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai projek itu. Tuduhan itu mirip kepada pendakwaan yang dikenakan terhadap Tun Ling Liong Sik yang dikatakan menipu Tun Mahathir mengenai jumlah pampasan untuk tapak projek yang sama.
Pendakwaan ke atas kedua-dua bekas Menteri Pengangkutan itu mengundang persoalan samada Perdana Menteri dan barisan Kabinet bersekongkol meluluskan projek yang menelan belanja begitu besar walaupun mengetahui pulangan yang bakal diperolehi adalah terhad.
Anwar menganggap pendakwaan terhadap dua bekas pemimpin MCA itu bersabit PKFZ sebagai 'wayang" kerana barisan pemimpin dari Umno yang masih berkhidmat dalam kerajaan dikecualikan dari tindakan.
Anwar merujuk kepada pendakwaan terhadap bekas Pengarah Urusan Perwaja Eric Chia sebagai contoh jelas, pendakwaan terhadap Ling dan Chan tidak akan "kemana-mana".
"Macam PKFZ dia buat senang aja, dakwa Ling Liong Sik. Sebelum dia berhenti kita, dah tau dia terlibat dengan PKFZ, curi duit orang bawah, berbillion dapat. Lepas tu angkat jadi Tun, Tun sebab apa? Sebab curi duit rakyat?. Sistem apa yang mereka gunakan?!Perwaja, semasa saya Menteri Kewangan, saya lantik Price Waterhouse Coopers siasat.PM rasa tak senang waktu itu, tapi saya mintak siasat. Dia bagi bukti, Yang salah Eric Chia. Lepas tu tutup kes. Lama-lama bukak balik, pertuduhan sikit sahaja, sampai Eric Chia meninggal dunia,' kata Anwar.
Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat menegaskan Umno-BN tidak belajar dari keperluan untuk meninggalkan amalan rasuah walaupun kalah teru pada pilihanraya umum 2008.
"Adakah UMNO belajar dari pengalaman ini. Saya nak sebut, kalau parti biasa dengan kejutan 2008 tewas undi popular di Semenanjung Malaysia. Biasanya dia akan
PRK Kerdau Dan Merlimau : Solat Hajat Malam Ini
05/03/2011 Share
KUALA LUMPUR 5 MAC : Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengarahkan ahli-ahli dan para penyokong parti mengadakan solat hajat pada malam ini.
Beliau yang mewakili Mursyidul Am dan Presiden PAS berkata, solat hajat tersebut adalah untuk keselamatan dan kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Merlimau dan Kerdau, esok.
Calon PAS di Kerdau ialah Hassanuddin Salim sementara Yuhaizad Abdullah di Merlimau.
Sementara itu, di Temerloh, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut membuat gesaan itu berharap hari pengundian esok berlangsung dalam suasana harmoni.
Beliau yang Pengarah Pilihan raya PAS PRK Kerdau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang telah membuat liputan sepanjang kempen PAS.
"Saya selaku Pengarah Jentera Induk PAS di PRK Kerdau, ingin menyeru seluruh pengundi dan para penyokong supaya mengekalkan keharmonian sepanjang tempoh pengundian berjalan," katanya pada sidang medai di Markas Induk PAS, Kerdau di sini hari ini.
Mengaku terbit Selangor Terkini, Selangor mahu Shukor didakwa
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menggesa Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan perundangan dikenakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukor Idrus yang secara terbuka mengaku memiliki dan mengedar akhbar haram, Selangor Terkini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada kenyataan media hari ini, berkata pihaknya sudah mengirim surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk berbuat demikian
“Perbuatan Shukor menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengedar kalendar beliau bersama-sama Selangor Terkini yang didapati mengguna logo rasmi kerajaan Selangor tanpa kebenaran.
“Peguam Negara mesti mengambil tindakan terhadap Abdul Shukor kerana bersubahat mengedarkan akhbar haram,” katanya.
shukor
Pengakuan terbuka Abdul Shukor selaku Ketua Penerangan Umno Selangor itu disiar Malaysiakini dan beberapa akhbar utama lain pada 23 Februari lalu.
Khalid sudah mengarahkan pegawainya menghantar bukti kepada polis bagi membantu siasatan susulan berdasarkan laporan dibuat pada 17 Januari lalu.
“Saya berharap Peguam Negara akan bertindak “tanpa rasa takut atau memihak (without fear or favour) dalam hal ini sepertimana yang dituntut rakyat dan undang-undang Malaysia,” katanya.
- Sebarang sumbangan berita / kenyataan media / artikel / komen atau pun maklumat bolehLAWATAN ANWAR KE KAWASAN PILIHANRAYA DUN KERDAU SEMALAM.
LAWATAN ANWAR BERGAMBAR: ROMBONGAN ANWAR DIKEPUNG ...
SKUAD PEMUDA AMK(KANAN) DAN JUGA UNIT AMAL (TIDAK KELIHATAN KERANA MENGAWAL DI LUAR PUSAT CERAMAH) SEDANG MENGEPONG DSAI SEMASA CERAMAH BELIAU DI JENGKA 22 DIADAKAN.
DSAI DI JENGKA 22
LAWATAN KE 2 DI RUMPUN MAKMUR
(GAMBAR ATAS ) LAWATAN KEDUA RUMPUN MAKMUR-BERTEMBUNG DENGAN UMMI HAFILDA...PEREMPUAN YANG DIMAKI HAMUN RAKYAT DALAM KES LIWAT 98.MASIH MENDENGAR DSAI WALAU UMMI HAFILDA MEMAKI HAMUN NIK AZIZ DAN ANWAR IBRAHIM, DAN BELIAU DI BOOOO OLEH RIBUAN YANG MENDENGAR CERAMAH DSAI.MALAS ORANG NAK SAMAN SEBAB HANG BANGANG.
Anwar nampaknya tidak berminat menjawab segala dakwaan dan pelbagai label yang dilontarkan padanya seperti "peliwat", "penipu", "agen Yahudi" dan "perogol bersiri" oleh Ummi Hafilda.
Di Rumpun Makmur markas PKR yang mendapat sambutan luar biasa semalam..Umi Hafilda di seberang jalan sedang mengutuk Nik Aziz dan juga Anwar dengan cacian dan maki hamun.
KAMPUNG PURUN-LAWATAN PERTAMA DSAI
Mulanya banyak polis,wartawan,atau bloger upahan atau pecacai yang nak buat story ...kemudian barulah muncul di bawah pokok,diluar tepi jalan..nampaknya yang wanita tampil kehadapan
Lawatan pertama ke kawasan kampung Purun.Kawasan terpencil dan agak jauh di pedalam ini mendapat sambutan dalam lingkungan 200 orang yang hadir dan dianggap sebagai ceramah kelompok.Ini adalah lawatan pertama DSAI ke kawasan ini.
Beliau sempat singah berjemaah Isyak dan kebetulan rombongan Ahmad Maslan yang kebetulan berada di dalam masjid...tak kelihatan cabut lari rasanya..
LAWATAN ANWAR BERGAMBAR: ROMBONGAN ANWAR DIKEPUNG DAN DIBALING BATU DI JENGKA 22
ROMBONGAN DSAI DI KAWAL OLEH AMK DAN JUGA UNIT AMAL MELALUI JALAN LAIN BAGI MENGELAK PERGADUHAN
OLEH: AMIRAMIRUDDIN
KERDAU: Rombongan Ketua Umum PKR Dato Sri Anwar Ibrahim disekat dan dikepung di persimpangan masuk ke Jengka 22 semalam.Rombongan yang bertolak dari Rumpun Makmur ke Jengka 22, kemudiannya di sekat di baling dengan tanah merah,batu dan juga sisa ayam.
Sementara itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengecam tindakan ganas yang didakwa dilakukan petugas Umno BN dan diangap sebagai tindakan tidak bertamaddun dan tidak punya semanagat perjuangan yang tulin dan menghormati pilihanraya.

Ketua PKR Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid, yang turut bersama dalam kenderaan yang di naikki DSAI itu sempat melihat kejadian tersebut dimana lebih 30 orang pemuda bermotosikal ,sambil memegang sepanduk dan bendera BN menyekat kereta Anwar di Jengka 22 sambil menjeritkan perkataan lucah , mengetuk dengan bendera kenderaan beliau serta membaling batu dan juga ketulan tanah merah juga sisa ayam terhadap kenderaan yang dinaiki ketua umum parti itu.
Maklumat yang di perolehi di jengka 22 dimana pemuda AMK mengawal di kawasan tersebut, menjelaskan bahwa mereka bukan orang Jengka 22, sementara Ahmad Nizam berkata beliau yakin kesemua mereka adalah orang luar dan bukan masyarakat tempatan.
"Kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan kita melihat ianya adalah tindakan ganas yang dirancang" demikian jelas Ahmad Nizam lagi.
Sebelum itu katanya, sejumlah paku turut ditaburkan di atas jalan raya khususnya di jalan jengka 22 menuju ke tapak ceramah ketua pembangkang itu menyebabkan kira-kira 50 buah motorsikal dan beberapa kereta mengalami kerosakan tayar.Menurut Ahmad Nizam lagi, beliau dan pemuda AMK akhirnya di bawa melalui jalan lain dengan diiringi oleh skuad AMK dan Unit Amal PAS bagi mengelak kejadian yang sama berulang atau pergaduhan yang mungkin timbul apabila rombongan tersebut di beritahu akan kejadian yang menimpa rombongan DSAI.
Lim Guan Eng dan "Dilema Melayu"-nya
Lim Guan Eng dan "Dilema Melayu"-nya
Wong Chin Huat
"UMNO berdepan dengan 'Dilema Cina': Barisan Nasional akan kehilangan sokongan Melayu, seandainya memansuhkan hak keistimewaan Melayu untuk memikat hati Cina. Namun demikian, pengundi Cina tetap akan menolak BN, walau bagaimana BN memikat hatinya sekalipun." Demikianlah pengamatan Mahathir Mohamad selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008.
Bahagian depan analisa ini bertitik tolak daripada logik "zero-sum-game" perkauman UMNO seperti biasa, namun kelihatan ada benarnya pada bahagian akhirnya. Mungkin lebih tepat jikalau disimpulkan sedemikian, "Sememangnya UMNO menghadapi 'dilema Cina', di mana BN terpaksa memikat hati Cina. Namun, bagaimana mereka berusaha pun, ia kekal sukar untuk BN meraih undi Cina."
Sesungguhnya, jikalau kita menggantikan istilah "Cina" dengan "Melayu Pulau Pinang", kemudian gantikan istilah "BN" dengan "DAP", maka kita akan menemui "dilema Melayu yang dihadapi DAP". Atau lebih tepat, "dilema Melayu yang dihadapi Lim Guan Eng". Maknanya, betapa pun DAP memikat hati Melayu Pulau Pinang, namun ia tetap sukar untuk mereka meraih undi Melayu.
Lim Guan Eng diserang kiri dan kanan
Sememangnya, ada bezanya antara "dilema Cina UMNO" dengan "dilema Melayu Lim Guan Eng". UMNO gagal meraih sokongan Cina, antaranya disebabkan tingkahlaku dan hujah PERKASA, Nasir Safar dan dua orang pengetua sekolah yang menyuruh anak muridnya balik ke China. Hujah sedemikian memberi gambaran bahawa UMNO masih berjinak-jinak dengan politik talam dua muka, malah masih terbawa-bawa dengan ideologi politik perkauman.
Namun punca sebenar Lim Guan Eng kehilangan sokongan Melayu bukan disebabkan terdapatnya kakitangannya yang angkuh (meskipun ia satu hakikat), malah bukan kerana keprihatinannya terhadap Melayu yang sekadar "kosmetik".
Lihat kepada kritikan Gerakan Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng, bahawa beliau terlalu menyebelahi Melayu, sehingga 90% daripada projek-projek kerajaan negeri Pulau Pinang diserahkan kepada kontraktor bumiputera. Ia memperlihatkan bahawa Lim Guan Eng sememangnya diserang dari kiri dan kanan, dan bukannya cakap tak serupa bikin. Pada hakikatnya, usaha beliau seperti penubuhan "Majlis Perundingan Kontraktor Kelas F", hinggalah pemberian RM100 kepada guru Kafa sempena sambutan Maulidur Rasul - menunjukkan bahawa beliau lebih prihatina terhadap masyarakat Melayu secara keseluruhannya, berbanding Koh Tsu Koon.
Jadi, apa yang mengakibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang asyik dituding jari? Pertikaian yang terkini adalah penerbitan risalah myBALIKpulau, yang dituduh "lupa sejarah, hina Melayu"- jelas menunjukkan perangai mereka yang suka membesar-besarkan isu, mereka-cipta tuduhan dan menyalahkan kerajaan negeri baru atas apa yang dilakukan bekas kerajaan sebelum 8 Mac 2008.
Sesungguhnya politikus UMNO, Utusan Malaysia dan TV3 yang bisa menterbalikkan hitam dengan putih adalah punca kepada masalah, dan Parti Gerakan Pulau Pinang yang memihak kepada UMNO juga patut dipersalahkan. Persoalannya, apakah Lim Guan Eng dan kerajaan Negeri Pulau Pinang begitu sempurna, sehingga tiada ruang untuk diambil kesempatan musuhnya?
Pemimpin Melayu kurang terserlah
Perbincangan saya dengan seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat dari "generasi reformasi" baru -baru ini mencungkil satu jawapan yang counter-intuitive, berbunyi, punca Lim Guan Eng kehilangan sokongan Melayu bukan disebabkan terlalu sedikit usahanya, sebaliknya disebabkan usahanya yang terlebih!
Menurut wakil rakyat ini, Lim Guan Eng sering tampil ke depan dalam isu yang melibatkan komuniti Melayu dan Islam. Namun, ekoran daripada kesungguhan ini, pemimpin keturunan Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang seperti Mansor Othman selaku Timbalan Ketua Menteri I, dan Abdul Malik Kassim selaku EXCO, kelihatan kurang terserlah. Kononnya, daripada 20 orang pengundi Melayu, hanya seorang tahu menyebut nama Timbalan Ketua Menteri I, apatah lagi pemimpin politik Melayu (selain Anwar Ibrahim) dalam Pakatan Rakyat.
Dari segi prinsip, seseorang Ketua Menteri yang berketurunan Cina harus diberi pujian apabila berprihatin dan bertindak sendiri dalam isu Melayu dan agama Islam. Ini kerana beliau telah memburaikan mitos bahawa isu perkauman seharusnya dikendalikan wakil kaum masing-masing. Namun demikian, dalam realitinya, apakah mungkin seseorang pemimpin Islam-Melayu dipuji apabila beliau menguruskan isu komuniti Cina dan India? Sekiranya tidak, apakah pengundi Melayu-Islam yang serba salah selepas 8 Mac 2008 akan berasa lega, walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang amat prihatin terhadap Melayu, tetapi pemimpin Melayunya kelihatan kurang menonjol?
Wakil rakyat ini bertanya, mengapa pengundi Cina bencikan UMNO? Bukankah antara sebabnya, UMNO sering memperlekahkan MCA dan Gerakan yang dianggap sebagai wakil masyarakat Cina? Justeru itu, bagaimana Melayu menyukai kerajaan negeri Pulau Pinang, sekiranya mereka merasakan bahawa wakil politik mereka tidak berkuasa dalam kerajaan negeri?
Politik perkauman menuntut kaumnya berkuasa
Pada hemat saya, mentaliti komuniti Cina dalam soal "wakil kaum" ini mungkin jauh lebih fleksible berbanding Melayu. Selagi permintaan mereka disampaikan, komuniti Cina tidak begitu mementingkan sama ada wakil yang berdialog dengan Najib adalah MCA, Gerakan, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia, atau tycoon yang enggan terdedah identitinya. Komuniti Cina tidak menuntut agar wakil mereka dalam kerajaan terikat kepada seseorang atau kumpulan tertentu. MCA cuma mahu melanjutkan hayat politiknya apabila menyarankan pendekatan menonjolkan dirinya (high profile), namun ia bukan satu kemestian untuk mentadbir komuniti Cina. Ramai lagi ketua pertubuhan Cina yang bergelaran "Tan Sri", "Dato", dan "Doctor" akan menawarkan diri untuk menjadi wakil komuniti Cina, seandainya MCA gagal berbuat demikian.
Sebagai perbandingannya, masyarakat Melayu yang selama ini disemai dengan mesej "perpaduan kaum", menuntut bukan sahaja dasar yang memanfaatkan mereka, tetapi juga bangsa dirinya untuk berkuasa. Mentaliti ini tidak sukar untuk difahami. Katakanlah pegawai kerajaan Melayu mengubah sikapnya untuk lebih berprihatin terhadap komuniti Cina pada hari ini, apakah komuniti Cina tidak akan lagi menuntut lebih jawatan dalam kerajaan untuk disandang bangsa dirinya?
Sememangnya kesemua ini adalah sisa yang berbisa dari politik perkauman. Namun, dalam usaha kita untuk meruntuhkan tembok politik perkauman, apakah ia perwakilan kaum dan autonomi komuniti itu tidak mengandungi erti "inklusif" sama sekali?
Lim Guan Eng (gambar kanan) seorang yang bijak, namun orang bijak ada kalanya dikelirukan kebijakan dirinya. Orang sebegini hanya mahu melakukan sesuatu, gagal melihat keperluan untuk orang lain "melakukan sesuatu", seandainya dirinya tidak melakukan sesuatu itu.
Apakah kesudahan yang paling buruk seandainya Lim Guan Eng perlu mengendalikan sendiri hal ehwal Melayu-Islam? Sahabat wakil rakyat saya itu berkata, Pakatan Rakyat sememangnya akan terus berkuasa di Pulau Pinang, namun parti pemerintah ini mungkin kehilangan kesemua wakil rakyat keturunan Melayu-nya. Seandainya demikian, maka nampaknya Lim Guan Eng sendiri terpaksa mengendalikan semua hal ehwal Islam buat masa itu.
*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Diterjemah dan disunting oleh Tey Hwey Gek dari teks asal yang disiarkan pada 23 Februari 2011.
Selangor Naikkan Lagi Elaun Guru KAFA, Negeri BN Bagaimana?
- Khamis, 03 Mac 2011 02:57
- Khaulah Azwar
Gombak : Pegumuman Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri memberi berita gembira kepada semua tenaga pendidik KAFA (SRA dan SRAI).
Nursyuhadah Mokhtar Menunjukkan Elaun Guru yang diterima semenjak PR memerintah kenaikan RM1000
Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan mereka di SRA dan SRAI sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.
Bagi Bunyamin Mohd Razi yang telah berkhidmat sebagai guru selama 3 tahun dan telah dinaikkan pangkatnya menjadi Pengetua SRAI (KAFA) Taman Amaniah kenaikan elaun itu amat dinanti-nantikan oleh tenaga kerja KAFA berikutan bebanan hidup yang semakin berat sekarang
“Kita rasa berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam menjaga kebajikan guru-guru. Telah dua kali semenjak PR memerintah Selangor guru-guru menerima kenaikan gaji.
"Gaji guru KAFA kalau kita nak bandingkan dengan guru-guru sekolah rendah kebangsaan seperti bumi dan langit. Namun atas rasa tanggungjawab sebagai pendidik, guru-guru masih istiqamah meneruskan tugas ini.
“Dengan kenaikan elaun ini setidak-tidaknya mereka merasakan sumbangan mendidik anak-anak bangsa selama ini terbalas. Maklumlah bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik. Kita kena melayan berbagai kerenah dan ragam anak-anak murid.
“Untuk memberi ilmu kepada mereka juga perlu kesabaran, penghayatan dan pemahaman yang dalam. Ilmu agama yang disampaikan bukan seperti ilmu lain,” katanya ketika ditemubual di pejabatnya.
Bunyamin juga member cadangan pada masa depan agar kerajaan negeri menukarkan perkatan elaun pada slip gaji guru-guru kepada gaji pokok kerana kesukaran untuk membuat pinjaman membeli kenderaan dan sebagainya tanpa mempunyai penyata gaji.
“Jika diletakkan elaun sahaja ramai menyangkakan ianya jawatan kontrak sedangkan guru-guru di sini berjawatan tetap dan ada yang telah berkhidmat selama 18tahun,” katanya.
Bunyamin Mohd Razi, Pengetua SRA (KAFAI) Tmn Amaniah
Apabila ditanya pendapat tentang bajet 2011 dibentangkan pada 15 Oktober tahun lalu yang mana Perdana Menteri telah mengumumkan guru-guru KAFA akan menerima imbuhan dari RM500 kepada RM800 berkuatkuasa 5 Januari 2011 katanya, sehingga kini guru-guru tidak menerima sebarang kenaikan elaun daripada Kerajaan Pusat seperti yang telah dijanjikan.
"Walaupun KAFA Taman Amaniah tidak termasuk dalam kenaikan tersebut namun, teman-teman yang mengajar di SRA, SRAI sentiasa menanti kemasukan elaun itu sehingga kini. Mereka benar-benar terkilan dengan apa yang berlaku. Pengumuman telah dibuat 6 bulan lalu namun sudah masuk bulan ke 3 (Mac, 2011) masih tiada sebarang kemasukan elaun seperti yang dijanjikan," ujarnya.
Baginya, pengumuman kerajaan pusat hanyalah bahan penyedap telinga sahaja. Apa yang berlaku, ramai guru-guru di sini rasa tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat oleh PM mengenai kenaikan elaun guru. Beliau juga difahamkan oleh sumber tertentu untuk mendapat kenaikan elaun, guru-guru perlu ditahsin al-quran terlebih dahulu dan berbagai alas an lagi yang kedengaran.
“Kalau benar apa yang kami dengar mengapa semasa pembentangan bajet yang dibuat oleh PM tidak dinyatakan semua syarat-syarat tersebut secara jelas agar guru-guru ini tidaklah meletakkan harapan yang tinggi.
“Persatuan guru-guru Daerah Gombak ramai yang sudah ditahsin sebelum mereka dilantik menjadi guru. Sekiranya ada yang belum ditahsinkan mereka boleh membuat penyemakan tersebut kepada guru berkenaan.
“Maka dengan ini Umno-BN tidak perlulah membuat berbagai helah lagi dan menaburkan berbagai janji manis kepada rakyat. Umno-BN wajib tunaikan janji mereka,” tegasnya.
Sementara itu, Zaleha Abu Bakar dan Hamidah Hj Sanusi yang telah berkhidmat di sekolah tersebut semenjak 1993 mengalu-alukan langkah kerajaan Selangor dalam menaikkan gaji guru KAFA. Menurutnya keadaan kerja dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga semakin baik berbanding dahulu.
“Pada 1990an gaji kami sebanyak RM180. KWSP pekerja dan slip gaji guru tiada. Jika kami ingin tahu gaji sudah masuk atau belum kami kena berhubung dengan JAIS. Tetapi zaman seakarang sudah tidak seperti dahulu.
“Tapi semenjak PR memerintah ramai yang berebut untuk menjadi guru KAFA. Masa depan guru KAFA telah terjamin dengan berbagai faedah yang diberikan. Gaji guru kafa sudah mencapai RM1000 sebulan,” katanya.
Nursyuhadah Mokhtar berkelulusan Mesir, berkata kerajaan PR Selangor terbukti lebih prihatin berbanding kerajaan sebelumnya.
“Pada tahun 2005 gaji saya hanya RM400 tetapi semasa perubahan kerajaan berlaku pada tahun 2008 alhamdulilah elaun saya telah naik sebanyak RM600, kini gaji bersih saya RM1000.
“Namun begitu kami rasa terkilan juga menanti elaun yang di janjikan oleh PM untuk menaikkan elaun guru sebanyak RM500 ke RM800 yang mana kami masih tidak menerima imbuhan tersebut. Sampai bilakah kami perlu menunggu kenaikan itu,” keluhnya.
Mariah Majid yang sudah 3 tahun berkhidmat sebagai guru KAFA meletakkan harapan agar segala janji manis Umno-BN ditunaikan. Kalau Kerajaan PR sudah boleh membuktikan janji mereka mengapa Umno-BN yang telah memerintah selama 50 tahun tidak dapat menunjukkan yang terbaik berbanding dengan pemerintahan PR yang hanya 3 tahun memerintah.
“Kalau semua projek Mega boleh dibuat dengan berjuta billion, mengapa gaji guru yang hanya tidak memakan berjuta billion tidak boleh diluluskan dengan secepatnya. Kami rasa muak dengan janji-janji yang ditaburkan oleh Umno-BN,” sinisnya.
Menurutnya, walaupun gaji guru sekolah KAFA yang diberikan tidak berapa tinggi namun yang mereka utamakan adalah untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan berguna.
Pelajar selesa dengan kelas baru
“Tiada guna jika ilmu dunia 100% lulus tetapi ilmu akhiratnya 100% ke belakang. Oleh itu seharusnya Kerajaan Pusat Umno-BN menjaga kebajikan guru-guru juga. Bukan hanya menjaga kebajikan kroni dan duit poket mereka,” bidas Mariah.
Kelulusan untuk kenaikan elaun guru KAFA telah dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada tahun lalu. Ia melibatkan 3,935 guru KAFA yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri. Kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun.
- Sebarang sumbangan berita / kenyataan media / artikel / komen atau pun maklumat boleh dihantar ke: webpakatan@gmail.com.
HA..HA..HA AUDIT NEGARA SALAH??
Memanglah laporan tersebut di buat pada hujung tahun? Apakah anda tidak sedar?
Kerajaan Umno,BN Makin Pincang- Wan Azizah
03/03/2011 Share
PETALING JAYA 3 MAC : Kepincangan pemerintahan Umno-BN dapat dilihat dengan jelas apabila skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menyaksikan kerajaan begitu mudah mengambil keputusan mendakwa bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan media berkata, senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam apabila dengan sewenang-wenangnya seorang Perdana Menteri ditipu oleh menteri.
Malah tambahnya, isu penipuan dalam pemerintahan korup Umno-BN ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi barisan kabinet sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kebanyakan dari mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya hari ini," tulis Azizah.
Mantan menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya atas pertuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal PKFZ.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga lebih lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Chan adalah VVIP kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ yang kosnya dikatakan naik mendadak dan menurut laporan audit mungkin akan menyebabkan negara kehilangan RM12.5 bilion.
Pada 29 Julai tahun lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa atas tuduhan menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah pada harga yang lebih tinggi.
Empat yang lain, termasuk bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, OC Phang, juga didakwa berhubung pelbagai kesalahan berhubung pembabitan mereka dalam projek berkenaan.
Oleh yang demikian ujar Azizah, Pakatan Rakyat akan memastikan zaman pemerintahan korup Umno-BN akan berakhir di bawah pentadbiran gagasan itu.
Jelasnya, Pakatan Rakyat akan mengambil alih teraju kerajaan dan akan memerintah dengan lebih adul serta mengamalkan tatakelola yang baik terhadap rakyat.
"Mana mungkin kita (Pakatan Rakyat) membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negara.
"Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal,"katanya lagi.
Justeru, Azizah menggesa rakyat segera bangkit menolak kepimpinan yang cuai dan berkepentingan ini dari terus memiskinkan negara.
"Rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan ini.Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan,"kata Azizah.
Kerajaan Umno,BN Makin Pincang- Wan Azizah
03/03/2011 Share
PETALING JAYA 3 MAC : Kepincangan pemerintahan Umno-BN dapat dilihat dengan jelas apabila skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menyaksikan kerajaan begitu mudah mengambil keputusan mendakwa bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan media berkata, senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam apabila dengan sewenang-wenangnya seorang Perdana Menteri ditipu oleh menteri.
Malah tambahnya, isu penipuan dalam pemerintahan korup Umno-BN ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi barisan kabinet sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kebanyakan dari mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya hari ini," tulis Azizah.
Mantan menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya atas pertuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal PKFZ.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga lebih lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Chan adalah VVIP kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ yang kosnya dikatakan naik mendadak dan menurut laporan audit mungkin akan menyebabkan negara kehilangan RM12.5 bilion.
Pada 29 Julai tahun lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa atas tuduhan menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah pada harga yang lebih tinggi.
Empat yang lain, termasuk bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, OC Phang, juga didakwa berhubung pelbagai kesalahan berhubung pembabitan mereka dalam projek berkenaan.
Oleh yang demikian ujar Azizah, Pakatan Rakyat akan memastikan zaman pemerintahan korup Umno-BN akan berakhir di bawah pentadbiran gagasan itu.
Jelasnya, Pakatan Rakyat akan mengambil alih teraju kerajaan dan akan memerintah dengan lebih adul serta mengamalkan tatakelola yang baik terhadap rakyat.
"Mana mungkin kita (Pakatan Rakyat) membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negara.
"Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal,"katanya lagi.
Justeru, Azizah menggesa rakyat segera bangkit menolak kepimpinan yang cuai dan berkepentingan ini dari terus memiskinkan negara.
"Rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan ini.Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan,"kata Azizah.
CAP Dakwa Harga Makanan Lonjak Sehingga 167 Peratus
GEORGETOWN 3 MAC : Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa harga pelbagai makanan telah melonjak antara 20 peratus hingga 167 peratus sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata peningkatan harga makanan itu telah menyebabkan kesukaran yang amat sangat kepada kehidupan pengguna.
"Satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan yang lepas, kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.00 setiap hidangan, peningkatan 25 peratus hingga 66 peratus; udang (saiz sederhana) daripada RM1.50 hingga RM4.00 setiap satu, peningkatan 167 peratus," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut SM Mohamed, pengusaha restoran dan pemilik gerai makanan yang ditemubual oleh pegawai CAP, berkata kenaikan harga makanan dan minuman ringan adalah akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan yang diimport seperti bawang, bawang putih, kacang dal dan rempah; ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi, serbuk teh daripada antara 20 peratus sehingga 200 peratus serta peningkatan dalam harga gas dan bahan api.
Katanya kajian yang dijalankan sekitar gerai-gerai di Pulau Pinang itu mendapati kenaikan bukan sahaja membabitkan kedai makanan orang Islam tetapi juga menjejaskan makanan orang Cina dan India.
"Harga char koay teow di gerai makanan Cina menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada RM3.00 kepada RM4.50 sepinggan.
"Barangan makanan lain seperti moey daging atau bubur meningkat daripada RM3.50 kepada RM4.50; mee udang daripada RM4.50 kepada RM5.50; mee tomyam RM4.00 kepada RM4.50; nasi goreng daripada RM3.50 kepada RM4.00," katanya.
Menurut beliau bagi makan India pula, harga tosai yang dijual RM1.00 setiap satu kini meningkat RM1.20, peningkatan 20 peratus harga roti canai dan nasi lemak masih sama tetapi kandungannya telah dikurangkan.
"Harga kopi dan teh telah meningkat daripada 80 sen kepada RM1.00 hingga RM1.10 segelas; Nescafe, Horlicks dan Milo meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.30 segelas; minuman tin dan jus segar pula meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00, peningkatan 33 peratus.
"Di sesetengah tempat ais kosong telah meningkat daripada 20 sen kepada 40 sen segelas iaitu peningkatan 100 peratus," katanya.
Presiden CAP itu berkata memandangkan kenaikan kos, bayaran bagi perkhidmatan lain seperti pembaikan paip, elektrik, bengkel kereta, membaiki motosikal juga telah meningkat bayarannya daripada antara 20 peratus kepada 30 peratusdalam tempoh lebih enam bulan lalu.
Sehubungan itu, SM Mohamed menggesa kerajaan mempertimbangkan perkara ini dengan serius bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi kenaikan kos.
"Pengguna (perlu) berhati-hati dalam berbelanja dan untuk meminimumkan makan di luar dan jika mereka tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa makan di luar, maka pilihlah kedai yang mengenakan harga yang berpatutan.
"CAP juga menggesa peniaga supaya memainkan peranan mereka dalam membantu situasi kenaikan harga dengan mengurangkan pengambilan keuntungan bagi memastikan mereka dapat meneruskan perniagaan," katanya.-Malaysiakini
Mana pergi 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu?
| Mohd Sabri Said |
|
|
Melayu Felda tak kisah Pahang bankrap.Sampai Bedengung tak tau ke hapa....
Malah menurut Tuan Ibrahim Tuan Man pula..kerajaan Pahang memohon pinjaman sebanyak RM1.4 Billion bagi membiayai projek menaik taraf semua logi air di seluruh Pahang.
"Memang kedengarannya amat cantik apabila Adnan Yaakob menjelaskan bahawa logi air yang akan di naik tarafkan ini bagi kemudahan rakyat.Namun apanbila siapnya semua ini, maka sudah tentulah projek penswastaan akan muncul dan yang akan kenyangnya ialah kroni dan rakyat Pahang yang akan membayarnya" demikian jelas Tuan IbrahimTuanMan lagi.
MELAYU FELDA TAK KISAH KALAU PAHANG BENGKRAP
| M Faqih |
| SEORANG rakan seperti yakin Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kerusi di Kerdau dan Merlimau. Alasannya kerana calon BN di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad seorang ustaz. Ilmu agamannya dianggap setaraf dengan pemimpin PAS. Manakala calon BN di Merlimau, Roslan Ahmad mempunyai keluarga besar dan dikenali ramai. Tanpa mengambil kira banyak isu yang membelit di kaki Umno dan Perdana Menteri, rakan tadi mempertahankan hujahnya. Katanya, apa isu sekali pun dibangkit PAS dan Pakatan, orang Melayu Felda akan buat seperti pekak badak sahaja. Mereka tidak kisah terhadap laporan Ketua Audit Negara mengenai hutang kerajaan BN Pahang sebanyak RM2.17 bilion. Mereka persyaitan Pahang mengalami defisit belanjawan 13 tahun berturut-turut. Apa yang mereka mahukan harga getah kekal lebih RM8 sekilogram sekarang. Harga sawit juga melonjak tinggi. Hari ini ada pekebun yang mendapat RM10,000 sebulan. ”Buat apa susah-susah undi parti lain lagi,” ujar rakan tadi. Peneroka Felda di Kerdau nampaknya lebih terpesona dengan pengumuman Datuk Seri Najib Razak melulus peruntukan RM10 juta kepada warga Felda di Kerdau. Mereka tidak ambil kisah kalau Pahang bankrap atau tidak. Pengundi Melayu di Felda seperti lupa pekan itu tidak berubah biar pun sejak merdeka berada di bawah ketuanan Umno. Masjid di Kerdau masih ada yang berdinding kayu. Kalau hendak dibandingkan dengan pekan Felda di Chiku, Gua Musang ia agak jauh berbeza. Begitu juga dengan pekan Paloh di bawah Kesedar. Kerdau pekan lama Kerdau masih lagi seperti pekan alakoboi. Tengok stesen kereta api dahulu lebih cantik berbanding sekarang. Jadi mengapa pengundi Melayu di Kerdau mahu mempertahankan status quo. Lebih baik mereka pilih wakil rakyat yang berani bersuara membawa masalah mereka ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun). Hassanuddin Salim boleh lakukan sekiranya pengundi sepakat mahu perubahan. Beliau sudah lama dikenali rakyat di Kerdau. Sudah dua pilihan raya beliau berusaha membawa paradigma baru buat rakyat di Kerdau, namun pengundi belum mampu tinggalkan Umno. Dan kali ini pusingan ketiga Hassanuddin tampil dengan harapan pengundi Kerdau ada sedikit kesedaran baru. Biar apa pun rakan yang rapat dengan Umno tadi melembutkan nada, PAS masih ada peluang kerana rakyat di akar umbi tidak kenal Ustaz Syed Ibra. ”Lagi pun kemunculannya kerana rapat dengan Datuk Seri Adnan Yaakub. Dia bertugas sebagai pegawai agama Menteri Besar. ”Namun dia bersikap elit sedikit. Cuma sekarang sahaja yang berlakon mesra dengan penduduk kerana mahu menarik simpati mereka,” ujar rakan itu. Apa yang diceritakan rakan terbabit berlainan dengan cerita yang dipaparkan media saban hari. Laporan media memberi wajah baru kepada Syed Ibra dan Abang Ron di Merlimau. Inilah peranan media harian berbahasa Melayu sekarang. Dahulu mereka diiktiraf kerana membawa suara menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Sekarang peranan media harian Melayu memastikan perjuangan Umno diterima orang Melayu. Maka tidak hairanlah kalangan wartawan akhbar harian yang berpangkalan di Kota Bharu juga dikhabarkan mencari jalan bagi ’mengkuburkan’ kerajaan PAS. Menjelang pilihan raya umum 2004, syarikat akhbar sama juga mencetus agenda serupa. Ada wartawan kanan yang dibawa khas ke Kelantan. Hebatlah petugas syarikat akhbar terbabit. Kalau benarlah apa yang dikata, sahlah akhbar berkenaan merupakan satu unit daripada tubuh badan Umno. Sedangkan sebelum ini kita hanya mendengar Umno dan parti kompenan BN yang mencipta agenda seperti itu. Lainlah Harakah kerana permitnya dilulus Kementerian Dalam Negeri sebagai akhbar milik parti. Malah perkataan ’Untuk Ahli PAS Sahaja’ diwajibkan KDN. Harakah dianggap seperti subversif oleh kerajaan BN. Buktinya kekerapan penerbitannya dipancung selepas undi Melayu berolak kepada Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999. Ketika itu KDN pantau Harakah seolah-olah akhbar itu pembawa ajaran sesat. Penerbitan lapan kali sebulan cuma tinggal dua kali sahaja. Nyonya baca Harakah ”Saya suka baca Harakah, ceritanya banyak betul,” tiba-tiba seorang wanita Cina meluahkan isi hatinya. Beliau ditemui ketika kebetulan datang membayar cukai bandar di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, dua minggu lalu. Ketika ditanya mengapa tidak membaca akhbar berbahasa Cina, kata perempuan Cina itu, ada juga sekali sekala beli Sin Chew Jit Poh. Nampaknya orang bukan Melayu lebih percayakan Harakah kerana akhbar harian katanya sama seperti sayap Umno. Begitu juga beberapa agensi kerajaan milik pusat di negeri ini. Kemas, Kesedar, Risda, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Kada dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) juga sama peranan dengan akhbar harian Melayu. Masing-masing ada pelan bagaimana hendak lemaskan kerajaan PAS di Kelantan dan Pakatan Rakyat di negeri lain. Kesedar tidak mampu sembunyikan lagi peranannya. Dua calon pilihan raya kecil di Kelantan pada tahun lepas dan 2009 ialah bekas pegawai Kesedar. Tuan Aziz Tuan Mat, calon BN di Dun Manek Urai bekas pengurus kilang Kesedar. Begitu juga Abdul Aziz Yusof, bekas penyelia Kesedar di RPT Sungai Terah menjadi calon BN di Galas. Pada hari mengundi pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009, Pemuda PAS Kuala Krai mendakwa pejabat Kesedar di Sungai Peria dijadikan tempat mengagihkan duit kepada penyokong BN. Jelaslah sekarang sebutlah nama akhbar harian berbahasa Melayu yang ada di negara kita, semuanya siap sedia menjadi alat kepada Umno dan BN. Sebuah akhbar lokal yang baru diterbit nampaknya cuba mempertahankan dasar kebebasan bersuara. Namun, riak-riak sikap bias pun sudah kelihatan. Akhbar harian juga sudah menghambur peluru tabur kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Kalau sebelum 2008, sasaran lebih terarah kepada Kelantan sahaja, namun kini melencong pula ke Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Serangan propaganda mereka dipertingkatkan lagi sekarang. Bukan sekadar isu tertentu yang diulang tayang, sebaliknya peluru dihala terus kepada tubuh badan pemimpin PAS. Tembakan mereka ke arah Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Peluru murah yang mereka dapat termasuk daripada bekas pensyarah, Ustaz Noor Idris dan Ustaz Abdullah Sa’amah dari Pondok Geting, Tumpat. Sekarang ada pula NGO yang dikenali sebagai Minda Pondok. Semuanya diperguna sebagai peluru bagi mencalar imej Menteri Besar Kelantan dan PAS. Tidak terhenti setakat itu, malah wartawan kanan akhbar Melayu yang didatang ke Kelantan menunding pena ke arah Tok Guru Nik Abdul Aziz. Kadang-kadang agenda setting mereka menjadi bahan ketawa orang kampung. Begitu juga dengan peperangan politik yang berlaku di Kerdau dan Merlimau sekarang. Media Melayu awal-awal lagi sudah julangkan Ustaz Syed Ibra dan Abang Ron. Kalau begitu eloklah akhbar harian Melayu tulis di halaman depan seperti Harakah, Hanya Untuk Ahli Umno Sahaja. |
Pengasas Umno Jengka 25 masuk PAS.Pengikut tunggu hampas...
Bukan itu sahaja, program anak angkat yang di perkenalkan oleh UMNo dimana sebuah keluarga satu anak angkat ..menghakis langsung rasa terhutang budinya jiwa melayu yang kecil.Pada hal kalau yang datang dari Kuala Lumpur,Perak atau Wilayah Persekutuan, maknanya di negeri asal mereka itu telah dengan sendirinya di tolak mentah-mentah.Cumanya di Pahang ini, maklumlah orang Kee Ell menjadi kebanggaan kononya manusia paling betmadun di daerah jengka dan malaysia seantarionya..padal hampas yang dibawa,beras yang diberi, jalan yang diturap adalah umpan paling mujarab mempergula-gulakan masyarakat yang belum sedar akan gula-gula menjelang pilihanraya kecil di tempatmereka....adoiiii kasihannya manusia melayu ini...
| Harakahdaily |
| TEMERLOH, 2 Mac: Bekas Ketua Umno yang juga Pengasas Umno Jengka 25 telah meninggalkan Umno dan menyertai PAS bersama 11 ahli Umno yang lain malam tadi. |
Umno terdesak, ganggu ceramah PAS
Umno terdesak, ganggu ceramah PAS
Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Saad, berkata sudah dua malam berturut-turut ceramah anjuran PAS di Jengka 23 telah diganggu oleh pihak parti tersebut.
“Malam kelmarin semasa ceramah Mohd Sabu, markas Umno yang berada tidak berapa jauh dari kawasan PAS telah memasang lagu dan berkaraoke sekuat-kuatnya sehingga mengganggu kira-kira seribu pendengar yang hadir.
“Malam tadi ceramah Bob Lokman yang dihadiri kira-kira seribu orang pula diganggu oleh tidak kurang 10 orang pemuda yang bermotosikal dengan membuat bising di kawasan ceramah yang mendapat permit polis.
“Saya difahamkan di markas mereka juga ada satu ceramah oleh pemimpin Umno, tapi oleh kerana kurang mendapat sambutan berbanding program PAS, mereka arahkan anak muda datang mengganggu,” ujarnya.
Menurut Suhaimi, selepas beberapa pemuda PAS menghampiri penonggang motosikal berkenaan, mereka pun lari dan kemudian datang lagi mengganggu.
Dun Kerdau mempunyai 13 pusat mengundi termasuk tiga kawasan Felda. Pemuda PAS Pahang menjadikan Jengka 23 sebagai pusat operasinya.
Tambah Suhaimi, selama ini tema kempen oleh calon PAS ialah berkasih sayang dan menolak provokasi dengan demikian diambil kesempatan oleh kem Umno untuk menimbulkan provokasi dan suasana yang tidak selesa kepada penyokong PAS.
“Kita masih punya beberapa hari lagi untuk berkempen dan saya harap pihak berkuasa tidak berdiam diri kerana kita tidak mahu berlaku suasana yang tidak harmoni atau ekkecohan dalam kempen pilihan raya ini,” katanya kepada Harakahdaily.
PKR Dedah Kemasukan Undi Pos Besar-Besaran Di DUN Perak
Ditulis oleh Ezli
01/03/2011
PETALING JAYA 1 MAC : Parti Keadilan Rakyat mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan DUN di Perak pada tahun 2010, kata Timbalan Pengarah Pilihanrayanya Chan Ming Kai di sidang media mingguan parti itu hari ini di sini.
Menurut Chan Ming di DUN Pangkor yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010. Bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di DUN Pangkor.
"DUN Pangkor adalah sebahagian daripada Parlimen Lumut. Keadilan tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA-BN pada Pilihan Raya Umum 2008," katanya.
Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di DUN Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS. Pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke DUN Sungai Rapat.
"Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada UMNO. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos," katanya.
Ming Kai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan ini.
Fitnah 2 : Bahan Bukti Diperolehi Secara Tidak Adil, Kata Peguam
Ditulis oleh Hadri Yaziz
01/03/2011 Share
KUALA LUMPUR 1 MAC: Peguam Karpal Singh meminta mahkamah menangguhkan prosiding kes fitnah 2, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini untuk memberi ruang permohonan menggugurkan bahan bukti yang diperoleh secara tidak adil.
Bahan terbabit iaitu, tuala muka 'Good Morning', berus gigi, sehelai rambut dan botol air mineral.
"Kaedah tidak adil dalam memperolehi bahan bukti. Kami mahu masa untuk membuat permohonan esok pagi," ujar beliau.
Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah membenarkan perbicaraan ditangguh esok.