PRU Johor: Jadual Padat Menanti PM Anwar Sepanjang Dua Hari Berkempen

 





Jadual selama dua hari Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Pilhan Raya Umum (PRU) Johor pada 4 dan 5 Julai 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 3 Jul – Jadual padat menanti Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang dua hari berada di Johor bermula hari ini dan Ahad bagi memberikan dukungan kepada 56 calon serta jentera gabungan parti politik itu sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Johor ke-16.

Perkara itu dimaklumkan Anwar yang juga Perdana Menteri menerusi hantaran di media sosial beliau semalam, sambil mengajak warga Johor untuk turut serta dalam program-program yang diatur sepanjang dua hari berkenaan.

“Insya-Allah, esok (hari ini) dan Ahad akan berada di Johor bagi memberikan dukungan buat calon-calon serta jentera HARAPAN.

“Saya mengajak seluruh warga Johor untuk turut serta. Semoga ikhtiar ini dipermudah dan diberkati,” menurut hantaran itu.

Berdasarkan jadual yang dikongsikan, Anwar akan memulakan siri program di Johor dengan Program Kita Genk MADANI x Anak Muda Bukit Batu di Kulai pada 3.30 petang.

Beliau kemudian dijadual menghadiri Majlis Hi-Tea Bersama Pimpinan Masyarakat Johor di Johor Bahru pada 4.50 petang, sebelum ke program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) di Tampoi pada 6 petang.

Pada sebelah malam, Anwar dijadual menghadiri Malam Kebudayaan India Harapan Bersama PMX di Taman Tampoi Indah pada 7.45 malam dan Majlis Makan Malam Komuniti Cina Bersama PMX di sebuah restoran pada 8.35 malam.

Beliau turut dijadual menghadiri Dialog Belia Johor di Dewan Felda Ulu Tebrau pada 9.30 malam dan Malam Anak Muda Kempas di Kempas pada 10.45 malam.

Pada Ahad pula, beliau dijadual memulakan program dengan santai sarapan bersama masyarakat DUN Layang-Layang di Warung Pak Din, Kampung Sahri, di Simpang Renggam pada 8.55 pagi, diikuti Majlis Ramah Mesra Bersama PMX Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang di Senggarang, Batu Pahat pada 10 pagi.

Anwar turut dijadual menghadiri Kenduri Rakyat Bersama PMX di Semerah, Batu Pahat pada 11 pagi dan program Temu Anwar serta Pelancaran Sukarelawan DUN Bukit Naning, Muar pada 12.15 tengah hari.

Pada sebelah petang dan malam Ahad, beliau dijadual menghadiri Jelajah Harapan FELDA Bersama PMX di Dataran Putra Palong Timur 2, sesi ramah mesra di DUN Pemanis, Segamat dan DUN Gambir, sebelum menutup siri program dengan Jelajah Johor Ke Depan, Undi Harapan DUN Serom di Sungai Mati, Tangkak pada 9 malam.

PRU Johor akan diadakan 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.





PRU Johor: Puad Zakarshi Umum Sokong Calon PH Di DUN Rengit

 

Poster yang dimuat naik di laman Facebook Mohd Puad Zakarshi pada 4 Julai 2026.

BATU PAHAT, 4 Jul – Umno sekali lagi menerima tamparan hebat apabila bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi secara terbuka menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Mohamad Yazid Bakri dan bukannya calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Johor.

Menerusi poster kempen yang dimuat naik di laman Facebooknya, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, beliau membuat pilihan berdasarkan peribadi calon dan bukan lagi atas faktor parti.

“Sekarang saya tidak berparti. Saya pilih calon kerana peribadi calon. Justeru saya pilih saudara Yazid kerana…,” katanya.

Beliau kemudian menyenaraikan lima alasan menyokong Mohamad Yazid, iaitu calon berkenaan merupakan anak jati Rengit, menetap di kawasan tersebut, memiliki rumah di Rengit serta merupakan pengerusi sebuah surau di Rengit.

Poster itu turut membawa slogan “Orang Rengit Jaga Rengit” selain memaparkan nombor calon dan lambang PH bagi menggesa pengundi memberikan sokongan kepada Mohamad Yazid.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) itu mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta pada 25 Jun lalu.

Setiausaha Agung, Asyraf Wajdi Dusuki kemudian mendakwa kononnya Mohd Puad pernah mengugut untuk keluar parti dan mengkritiknya secara terbuka jika anaknya tidak dicalonkan bagi kerusi Rengit, tetapi tidak dapat disahkan.

Mohd Puad menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 dengan majoriti undi sebanyak 1,920.

Beliau memperoleh 7,903 undi secara keseluruhan, menewaskan tiga calon lain daripada KEADILAN, Perikatan Nasional dan Pejuang.




Pemerkasaan Bumiputera Perlu Dilaksana Semua Kementerian, Agensi – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Majlis Perasmian SParK 2026 di Putrajaya pada 4 Julai 2026.

PUTRAJAYA, 4 Jul – Agenda pemerkasaan Bumiputera bukan lagi tanggungjawab agensi tertentu semata-mata, sebaliknya merupakan agenda nasional yang perlu dilaksanakan oleh semua kementerian, agensi dan syarikat kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap agensi kerajaan perlu menyelaraskan dasar dan program masing-masing, bagi memastikan agenda pembangunan Bumiputera dilaksanakan secara menyeluruh.

Beliau berkata kerajaan juga telah memperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), yang kini dipantau secara berkala dengan setiap kementerian dan agensi diwajibkan melaporkan pencapaian masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Majlis Perasmian SParK 2026 di Putrajaya pada 4 Julai 2026.

“Semua agensi Kerajaan MADANI bertanggungjawab memenuhi dasar negara. Dasar negara ialah memacu pertumbuhan ekonomi dan pada masa sama menjamin pengagihan yang adil dan saksama,” kata beliau ketika berucap merasmikan SPaRK 2026 anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak bercadang menubuhkan agensi Bumiputera baharu, sebaliknya mahu memperkasakan institusi sedia ada serta memastikan semua kementerian dan agensi memainkan peranan masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata pendekatan itu, akan mempercepat pelaksanaan dasar serta mengelakkan pertindihan fungsi antara agensi.

“Saya fikir kalau kita ikut teruskan kaedah lama kemudian mengharapkan hasil yang lebih baik, itu tidak mungkin berlaku.

“Sebab itu saya tidak cenderung menubuhkan agensi bumiputera baharu, tetapi saya cenderung memastikan agensi (bumiputera) ini diperkasakan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara, tanpa mengabaikan pengagihan kekayaan secara adil kepada rakyat.

Beliau berkata pembangunan ekonomi negara perlu dilaksanakan secara inklusif, dengan memastikan semua golongan terus mendapat manfaat.

“Kita tidak menghalang sesiapa bekerja keras memacu pertumbuhan ekonomi, sama ada dalam kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum, ekonomi digital atau peralihan tenaga. Tetapi pada masa sama kita mesti memastikan pengagihan yang adil,” katanya.

Anwar berkata kerajaan mengamalkan pendekatan raising the ceiling bagi meningkatkan daya saing ekonomi negara dan pada masa sama raising the floor, untuk membantu golongan yang masih memerlukan.




OPEN MIC MALAYSIA | EPISOD 3 : BOLEH KE PERCAYA KERJASAMA PAS - UMNO ?


 

@jasonyew_ Join e-ART Johor direalisasikan dalam tempoh 2


 

@jasonyew_ Join Dulu media dikawal. Suara kita tak didengari.


 

Bekas penyokong PAS 'asak' Hadi kenapa diam isu 1MDB


 

PAS mahu Jho Low dihadapkan ke mahkamah Malaysia.MASA ADA KUASA PUAS HATI.










 

Diterbitkan:
ADS

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low perlu dihadapkan ke mahkamah di Malaysia bagi menghadapi pertuduhan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa mengira sebarang tindakan yang diambil negara lain.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Malaysia mempunyai sistem perundangan sendiri dan tidak semestinya perlu mengikut keputusan atau pendirian Amerika Syarikat berhubung kes membabitkan Jho Low.

“Jho Low perlu dibawa pulang untuk diadili di Malaysia kerana negara ini merupakan pihak paling terkesan dengan tindakannya, yang memberikan impak besar terhadap ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pasir Mas, di Kota Bharu hari ini.


ADS

Sehubungan dengan itu, beliau berharap pihak berkuasa mempercepat proses perundangan, termasuk mendapatkan ekstradisi ke atas Jho Low bagi membolehkannya dibicarakan di negara ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kekal dengan pendirian bersandarkan proses perundangan terhadap Jho Low, walaupun terdapat laporan berkemungkinan ahli perniagaan dalam buruan itu menerima pengampunan daripada Presiden AS Donald Trump.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan Jho Low adalah antara kira-kira 250 individu yang dipertimbangkan untuk menerima pengampunan Trump bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-250 Hari Kemerdekaan negara itu hari ini.

- Bernama




07.03.2022 - FOKUS 4.45 | ELAK JAWAB ISU HUDUD, TIMBALAN PRESIDEN PAS KENA ‘LASER’ DENGAN NETIZEN


 

Jho Low mungkin diampunkan Trump: Malaysia tak akan terpengaruh, pendirian ikut jalur hukum - PM


 

Jho Low mungkin diampunkan Trump: Malaysia tak akan terpengaruh, pendirian ikut jalur hukum - PM

 


KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan terpengaruh ataupun berubah pendirian terhadap Low Taek Jho atau Jho Low, walaupun sekiranya ahli perniagaan dalam buruan itu diberi pengampunan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang keputusan berkaitan pengampunan di AS adalah urusan negara itu.

Namun, Perdana Menteri menegaskan Malaysia tetap akan berpegang kepada proses perundangan dalam menangani kes membabitkan Jho Low.

"Pendirian Malaysia jelas, kita mengikut jalur hukum. Itu (pengampunan) soal keputusan AS, itu urusan mereka tetapi pendirian kita tidak akan terpengaruh, terganggu atau tergugat oleh keputusan negara itu," katanya.

Anwar bersalaman dengan jemaah sejurus tiba di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena, untuk menunaikan solat Jumaat, hari ini. - Foto BERNAMA
Anwar bersalaman dengan jemaah sejurus tiba di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena, untuk menunaikan solat Jumaat, hari ini. - Foto BERNAMA

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan Jho Low ialah antara kira-kira 250 individu yang mungkin dipertimbangkan untuk menerima pengampunan Trump sempena sambutan ulang tahun ke-250 Hari Kemerdekaan negara itu, esok.

Memetik sumber yang mengetahui perbincangan itu, The Atlantic melaporkan Rumah Putih sedang meneliti cadangan mengumumkan 250 pengampunan sempena ulang tahun ke-250 kemerdekaan AS menerusi inisiatif dikenali sebagai '250 pengampunan bagi 250 tahun'.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, penasihat Trump masih berbelah bahagi sama ada pengampunan secara besar-besaran itu wajar diteruskan.

Sementara itu ditanya tindakan lanjut susulan AS akan menyumbang RM1 juta bagi projek restorasi Tugu Negara pula, Anwar berkata, perkara berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu depan.

Terdahulu, media melaporkan Kuasa Usaha Kedutaan AS, David H Gamble Jr, berkata sumbangan daripada kerajaan dan rakyat AS itu adalah hadiah kepada Malaysia sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan negara yang ke-70 pada tahun depan.

Gamble turut menarik perhatian bahawa terdapat monumen serupa di Washington DC, iaitu Iwo Jima Memorial, malah kedua-dua monumen berkenaan direka oleh pengukir sama, sekali gus memperkukuhkan hubungan sejarah antara kedua-dua negara.



@jasonyew_ Join "Sudahlah tidak terima kasih, dia guna masa


 

Sidang Media selepas Peluncuran Manifesto Harapan Johor Untuk Semua


 

@jasonyew_ Join “BN patut letak dalam manifesto kalau


 

BUKAN SAHAJA DENGAN ONN HAFIZ , AJAK JUGA ISHAM JALIL...ISU 1MDB DAN JUGA HUTANG NEGARA


 

OWWHHH HEBAT OSETAT NIM...







 Masya Allah, jarang sungguh kejadian ini berlaku, semua dgn izinNya belaka, kereta ada bayang bayang, manusia ada bayang bayang..karamah itu benar, dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang soleh dan bertaqwa (Wali Allah) - Ustaz Mat Idris Al Saguni





MALAYSIA PUNYA KILANG PESAWAT RINGAN.

 


Malaysia Civilization



Gambar pesawat Aeronas MYPX5 Mark I yang sedang dibina di kilang Aeronas Aerocraft Sdn Bhd yang terletak di Senai, Johor. Pesawat yang sedang dibina ini adalah merupakan sebahagian dari 50 buah pesawat Aeronas MYPX5 Mark I dan Mark II yang telah ditempah oleh pihak Konsortium Wholechoice, Hong Kong. 







15 buah pesawat bach pertama akan dibina, disiapkan dan dihantar kepada pihak Konsortium Wholechoice. Dimana penghantaran pesawat ini akan dibuat secara berperingkat pada suku pertama dan kedua tahun 2027.


Syarikat Aeronas Aerocraft Sdn Bhd adalah syarikat aeroangkasa tempatan yang dimiliki oleh Bumiputera Melayu Tempatan sepenuhnya.





TAWARAN YANG BUKAN CAKAP KOSONG

 

Jamzuri Ardani


Wajar untuk PH supaya tidak perlu idealistik dalam memberikan tawaran bulan bintang dalam manifesto PRN. Ini pun sudah memadai..




ANAK MUDA KOHOR...HADIR DAN TANYA JIKA ANDA TIDAK FAHAM


 

NI DAKWAAN DIA...JOM BACA DIBAWAH PENJELASAN DAN MAKLUMAT YANG SEBENARNYA

 




Megat Hishamuddin



Tadi disebabkan post saya ambil screen shot dari influncer PAS, Sdr Sabri Mamat, kemudian dia DELETE pulak post dia, jadi saya cari balik video Prof Haim Hilman ini.


Ini saya repost balik tulisan saya tadi, ambil sumber asal:


KPT telah menyebut bahawa kuota pengambilan dari UPUOnline adalah tetap utk anak tempatan, manakala Universiti Awam (UA) juga membuka kepada beberapa kategori untuk pengambilan "cara lain" seperti APEL, dari pemegang profesional, saluran antarabangsa, saluran khas dan sebagainya. 


Saluran khas ini biasanya tak banyak, ia seperti melalui kuota sukan dsb. Lihatlah beberapa orang atlet yang grad dari U tetapi masa mereka lebih di gelanggang. 


Yang sdr maksudkan dengan pelajar dari China itu ialah saluran antarabangsa yang mana kebanyakan mereka adalah para pelajar dari peringkat Master dan Phd. Namun demikian terdapat juga di setengah kursus yang menawarkan untuk peringkat ijazah pertama. Kesemua mereka ini MEMBAYAR YURAN PENUH untuk belajar di Universiti Awam. 


Kita perlu juga membuka kepada pelajar asing kerana ranking universiti dalam penarafan universiti oleh QS dan Times Higher Education (THE) mensyaratkan terdapatnya peratusan tertentu pelajar-pelajar asing, dan begitu juga berapa peratus tenaga pengajar asing. 


Sebenarnya kedatangan para pelajar asing ini juga merupakan satu sumber penting bagi setiap Universiti Awam dengan tidak bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan sahaja. Banyak universiti luar negara juga mengamalkan konsep yang sama. Seperti saya juga belajar di Universiti Awam luar negara di mana kami akan membayar yuran penuh tetapi pelajar tempatan diberikan subsidi oleh kerajaan mereka. Yang penting, menurut KPT, kuota bilangan pelajar-pelajar tempatan bagi ijazah pertama tidak pernah diambil oleh pelajar-pelajar asing.


Nota: untuk penerangan lanjut dari KPT, blh tonton video ini 


https://fb.watch/I7kj539ldu/






SEMOGA SELAMAT SAMPAI DAN JANGAN SAMPAI KENA SAMAN.

 



Allahu..ahli PAS Kg Telok Penyamun, Kuala Selangor,  Haji Bidin Sofi bertolak ke Johor untuk membantu kempen PAS!! Takbir!! - Ustaz Mat Idris Al Saguni.




MAT SABU HADIR BAGI PENGHORMATAN TERAKHIR ALLAHYARHAM AYATOLLAH ALI KHAMENEI.




 Bang Mat diamanahkan mewakili Kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia untuk menghadiri Majlis Penghormatan Terakhir Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei di Tehran, Republik Islam Iran.





Kehadiran Bang Mat membawa salam takziah daripada seluruh rakyat Malaysia kepada kerajaan dan rakyat Iran atas kehilangan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negaranya.


Semoga hubungan baik antara Malaysia dan Iran terus kekal erat berasaskan semangat saling menghormati, persahabatan dan kerjasama yang telah lama terjalin.


🇲🇾🇮🇷




PRN Johor: PH lancar manifesto dengan 10 tawaran 'Johor Untuk Semua'













Pakatan Harapan (PH) mengumumkan 10 tawaran Johor Untuk Semua dan lima Inisiatif Pencetus Perubahan Johor sebagai manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat, perumahan, pendidikan dan pembangunan anak muda.


Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Suhaizan Kaiat berkata, antara tawaran utama ialah pelaksanaan Skim Kesihatan Johor yang menyediakan perlindungan kesihatan sehingga RM100,000 setahun.


Berikut merupakan 10 tawaran manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk rakyat Johor sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke16:


#sinarharian #beritaterkini #manifesto #PRNJohor #PakatanHarapan




GUNAKAN PILIHANRAYA UNTUK BEBASKAN NAJIB ? BIAR BETUL..


 

PATUT SAMAN ATAU SEKOLAHKAN MEREKA.


 

#SPRM TOLONG LAH AMBIL TINDAKAN PADA ROHINGYA NI DSN HANTAR BALIK KE REGIM MYANMAR


 

DIA NI MASIH MEMBUAT FITNAH..

 Ironi sungguh. University of Portsmouth yang kamu belajar pun dikira sebagai universiti awam (kerajaan) di United Kingdom.



Masa tu tak sedar ke kamu dah rampas hak orang tempatan sana untuk sambung belajar?




Perlantikan TS Azam Baki di NFCC sejak 2024 lagi.







Perlantikan TS Azam Baki sebagai anggota Lembaga Penasihat kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) sejak September 2024 hingga September 2027.


Perlantikan tahun 2024 diperkenan oleh  KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan tidak terikat dengan jawatan di SPRM.




@HarapanMalaysia Subscribe PMX: Wang Rakyat Bukan Untuk Disalah Guna


 

@FreeMalaysiaToday Subscribe RTM sedia siar dialog Onn Hafiz, Maszlee


 

KENAPA BELIAU DILANTIK ? SEBAB DIA TAHU BANYAK LOBANG ZAMAN PENYAMUN BERKUASA


 

@LensaTv3 Subscribe Krisis UMNO Johor : Puad Zarkashi Vs Onn Hafiz ? Krisis UMNO Johor : Puad Zarkashi Vs Onn


 

KENAPA JOGOR LAMBAT MAJU


 

REHATKAN UMNO! SUARA ANAK MUDA BERKAITAN DENGAN PARTI UMNO BN!


 

PRN Johor: Laporan ahli Bersatu sokong PH, perkembangan semasa

 


Buy Super Thanks @jasonyew_ Join "Jika kerajaan berhutang untuk memberi


 

RESPON ANAK MUDA MENGEJUTKAN DALAM SEMBANG & BORAK SANTAI HARAPAN!


 

YB SANY BALUN KAW KAW LEBAI PAS DAN FATWA UNDI UMNO HARAM!!