Kenapa Harga Diesel Di Thailand Jadi Lebih Rendah Dari Malaysia – Menjawab ‘Palatao’

 


Thailand mula melakukan penyasaran subsidi bahan api bagi mengurangkan tekanan ke atas permintaan meningkat dalam menangani krisis tenaga di negara itu sejak 28 Februari 2026.

PENDAPAT, 27 Mac – Mula-mula nak komen terus dekat post pempengaruh sektor automotif Hezeri Samsuri ni, tapi tak boleh komen tak tahu kenapa mungkin settings dekat FB set hanya kawan-kawan boleh komen.

Saya yakin soalan dia jujur nak tahu kenapa harga Diesel di Thailand boleh jadi lagi rendah dari Malaysia.

Sebenarnya soalan dia bagus sebab ayat soalan itu pun dah betul, “𝐤𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐝𝐢𝐞𝐬𝐞𝐥 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐫𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚?”

Ini menandakan dia sedar dan tahu bahawa selama ini harga Diesel Thailand sentiasa lebih mahal dari Malaysia.

Sepanjang 2024 sejak harga Diesel diapungkan di Malaysia hingga 12 Mac 2026 lepas harga Diesel di Thailand sentiasa lebih mahal daripada Malaysia.

Sebagai contoh harga Diesel di Malaysia pada tahun 2024 selepas diapungkan paling tinggi pada RM3.35 seliter dan pernah jatuh serendah RM2.95 seliter manakala di Thailand setinggi 29.94 Baht (RM3.64) dan naik setinggi 32.94 (RM4.00).

Begitu juga 2025, harga Diesel di Malaysia pernah naik setinggi RM3.18 seliter dan pernah jatuh ke RM2.74 seliter manakala di Thailand paling rendah 30.44 Baht (RM3.70 seliter) dan setinggi 31.94 Baht (RM3.88 seliter).

Dan tahun ini (2026) sejak awal tahun harga Diesel pernah serendah RM2.84 seliter dan kini RM3.92 manakala Thailand daripada awal tahun harga pada 29.94 Baht (RM3.64) dan tidak berubah.

Harga Diesel dan Petrol di Thailand boleh dirujuk di laman web Bangchak syarikat minyak Thailand: https://www.bangchak.co.th/en/oilprice/historical

Ini kerana selama ini Thailand menetapkan harga Diesel mereka mengikut harga pasaran semasa.

Malaysia pula yang selama ini memberikan subsidi Diesel pukal kepada semua dan mula merasionalisasikan subsidi Diesel dengan mengapungkan harga Diesel secara mingguan sejak 10 Jun 2024 di mana harga Diesel dinaikkan daripada harga subsidi RM2.15 kepada RM3.35 seliter dan kemudiannya harga tersebut disemak setiap minggu berdasarkan harga purata pasaran minggu sebelumnya.

Dalam tempoh Jun 2024 hingga Mac 2026 pun harga Diesel di Thailand tetap lebih mahal berbanding Malaysia kerana Thailand mengenakan duti eksais ke atas semua bahan api termasuk Diesel dan juga Petrol.

Apabila kesan Perang Iran mula sampai ke seluruh dunia termasuk rantau Asia selepas Iran diserang pada 28 Februari 2026 harga minyak mentah dunia (Brent) mula meningkat mendadak daripada $70 setong kepada melebihi $100 setong dan begitu juga harga produk Diesel Singapore Gasoil mula meningkat mendadak sekitar $90 setong kepada $200 setong kenaikan melebihi 100% dalam tempoh 2 minggu.

Kerajaan Thailand menyedari kenaikan mendadak harga produk Diesel mula mengumumkan pembekuan harga Diesel 29.94Baht selama 15 hari bermula 4 Mac 2026: https://www.nationthailand.com/news/policy/40063274

Ini kerana penggunaan Diesel di Thailand sangat tinggi berbanding Petrol di mana penggunaan Diesel adalah 488.8 ribu tong sehari manakala penggunaan Petrol hanya 202.6 ribu tong sehari: https://www.theglobaleconomy.com/Thailand/diesel_fuel_consumption/

Walaupun pembekuan 15 hari harga Diesel diumumkan, pada 16 Mac 2026, Kerajaan Thai mengumumkan bahawa harga Diesel tetap perlu dinaikkan tetapi kali ini Kerajaan mengumumkan penetapan harga siling Diesel kepada 33Baht tetapi kenaikan tersebut hanya dibenarkan sebanyak 1Baht bagi setiap kali kenaikan dan Kerajaan menaikkan harga Diesel daripada 29.94Baht kepada 30.44Baht (18 Mac 2026), dinaikkan lagi kepada 31.14Baht (21 Mac 2026) dan dinaikkan lagi kepada 32.94Baht (24 Mac 2026): https://www.nationthailand.com/news/policy/40063895

Oleh kerana harga produk Singapore Gasoil telah pun melebihi paras $220 setong pada 19 Mac 2026 sehingga mencecah paras $240 setong pada 23 Mac 2026, dan harga Diesel sudah pun mencapai paras harga siling 33 Baht, akhirnya Kerajaan Thai semalam mengumumkan harga siling Diesel di Thailand akan dihapuskan dan akan mengikut harga pasaran di mana bermula hari ini (26 Mac 2026), harga Diesel Thailand dinaikkan sebanyak 6Baht kepada 38.94Baht atau RM4.72 seliter sama dengan harga Diesel Malaysia minggu lepas sebelum dinaikkan tengah malam semalam kepada RM5.52 seliter: https://www.nationthailand.com/business/economy/40064270

Kerajaan Thai juga mengumumkan tidak ada lagi subsidi pukal dan harga siling untuk semua tetapi akan melaksanakan subsidi bersasar kepada sektor tertentu seperti mana dilaksanakan di Malaysia di mana:

  1. Sektor perikanan/nelayan mendapat subsidi pada harga RM1.65 seliter.
  2. Sektor pengangkutan awam darat menerima subsidi Diesel pada harga RM1.88 seliter.
  3. Sektor pengangkutan awam barangan menerima subsidi Diesel pada harga RM2.15 seliter.

Itu lah punca kenapa harga Diesel Thailand lebih murah berbanding Malaysia sejak awal bulan ini.

Betul telahan Hezeri Samsuri harga Diesel di Malaysia diapungkan mengikut harga pasaran semasa kerana sektor kritikal tertentu termasuk Sabah dan Sarawak terus menerima subsidi bersasar pada harga yang lebih murah.

Manakala di Thailand sebelum ini tidak ada subsidi bersasar dan semua individu, perniagaan, sektor dan industri yang menggunakan Diesel perlu membayar harga sama secara pukul rata.

Walaupun Diesel di Thailand lebih murah, pengguna Diesel di Thailand menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan di stesen minyak kerana kekurangan stok sehingga stesen minyak tutup, pengguna beratur panjang dan ada yang berkhemah dekat stesen minyak untuk beli Diesel.

Malah begitu banyak sektor terkesan sehingga bot-bot nelayan tersadai tidak dapat turun ke laut kerana harga Diesel mahal dan ketiadaan bekalan: https://www.reuters.com/world/asia-pacific/thai-fishing-industry-nears-standstill-iran-war-pushes-up-fuel-costs-2026-03-26/

Di Malaysia bekalan Diesel masih mencukupi, tiada huru-hara, queue yang panjang dan stesen minyak ditutup seperti di Thailand walaupun harga lebih mahal berbanding Thailand.

Kehabisan bahan api seperti petrol dan diesel di Thailand amat meruncing sejak awal Mac 2026 memaksa banyak stesen minyak menutup operasi atau menghadkan pembelian bahan api kepada rakyat negara itu.

Itulah kronologi kisah bagaimana harga Diesel Thailand lebih murah dari Malaysia sejak Perang Iran bermula.

Mungkin ramai yang tak sedar sebenarnya walaupun harga Diesel Thailand lebih murah, harga Petrol RON95 di Thailand (41.05Baht atau RM5.00) lebih mahal berbanding harga RON95 tanpa subsidi di Malaysia (RM3.87).

Harap brother Hezeri Samsuri berpuas hati dengan penjelasan ni.

Kita tak boleh tengok dari segi perbezaan harga sahaja tetapi perlu zoom out apa yang berlaku dalam rantau ini dan dunia.

Kerajaan Thai yang cuba bantu kawal harga Diesel dengan melaksanakan pembekuan harga dan harga siling pun akhirnya gagal dan terpaksa naikkan harga mengikut harga pasaran.

Betul harga Diesel terbaru di Thailand masih rendah (38.94 Baht bersamaan RM4.72 seliter), tetapi selepas pengumuman tiada harga siling dan mengikut harga pasaran oleh Kerajaan Thai semalam, semakan seterusnya sangat berkemungkinan besar harga Diesel di Thailand sama ada akan sama tinggi dengan Malaysia atau lebih tinggi selepas kenaikan 6Baht bermula hari ini.

Sekian.

Oleh Syahir\



SEKEJAP KAWTIM SEKEJAP RASUAH MANA SATU BETUL NI! DRAMA BETUL KAT ATAU PENIPUAN INI?!


 

INILAH JADINYA BILA ULARMAK PAS ULAS MINYAK NAIK | AZHAR IDRUS


 

Isham Jalil Terlalu banyak menipu dia ingat dia siapa kita nak serang dia?? - Lokman Adam


 

KJ senada dengan saya - Pembangkang paling tak berguna dalam sejarah


 

BENARKAH KERAJAAN MADANI GAGAL


 

Selepas dakwa MP PKR terima rasuah RM9.5 juta, kini Victor Chin ubah dakwaan

 


Selepas mendakwa bahawa seorang ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibayar RM9.5 juta untuk menyelesaikan masalah berkaitan “mafia korporat”, ahli perniagaan Victor Chin Boon Long kini berkata bahawa bayaran itu bukan rasuah tetapi “yuran perkhidmatan”.

Bayaran tersebut tidak dibuat untuk menutup sebarang siasatan atau menyelesaikan dakwaan salah laku terhadapnya, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebaliknya, Chin berkata ia adalah “yuran perkhidmatan” yang dibuat dalam situasi “melampau” bagi menghentikan “permusuhan” terhadap individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengannya, lapor The Edge.

“Saya diberitahu bahawa bayaran RM9.5 juta itu akan disalurkan kepada kumpulan mafia korporat untuk menggembirakan mereka, menghentikan permusuhan terhadap orang-orang saya, dan juga memberi saya peluang kedua untuk hidup,” kata Chin.

Kenyataan itu dibuat selepas Chin mendakwa pada Selasa bahawa seorang pengarah eksekutif HeiTech Padu Bhd, yang hanya dikenalinya sebagai ‘Mr R’, bertindak sebagai orang tengah bagi kumpulan yang cuba mengambil alih kawalan NexG Bhd serta pegangan saham berkaitan.

Chin berkata kumpulan tersebut menggunakan tekanan, paksaan dan sekatan terhadap pemegang saham untuk memaksa mereka. NexG merupakan pembekal tunggal buku pasport dan kad pengenalan Malaysia.

Beliau juga mendakwa sebelum ini bahawa seorang ahli Parlimen PKR telah meminta RM10 juta daripadanya untuk menyelesaikan masalahnya, di mana RM9.5 juta didakwa telah dibayar.

Chin turut mengeluarkan kata dua kepada ahli Parlimen PKR yang tidak dinamakan itu, menuntut pemulangan wang tersebut kerana gagal menunaikan perjanjian, atau berdepan pendedahan kepada umum.

“Saya berada di bawah tekanan yang sangat kuat daripada kumpulan mafia korporat,” kata Chin. “Mereka menekan dan memaksa saya untuk menyerahkan saham saya kepada mereka secara percuma.”

Chin menjadi tumpuan selepas agensi berita antarabangsa Bloomberg menerbitkan artikel yang mendakwa bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) digunakan oleh sekumpulan ahli perniagaan yang digelar “mafia korporat” untuk mengambil alih syarikat tersenarai.

MACC menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan Chin juga menafikan terlibat dalam skim itu, sambil berulang kali menyifatkan dirinya sebagai mangsa.


Ketika PMX ke Jakarta, warga Indonesia bertanya, kenapa kapal Indonesia masih tersangkut di Selat Hormuz


 


Ketika Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencecahkan kakinya ke Indonesia semalam, media Utama dan media sosial Indonesia mengajukan pertanyaan kepada pemimpin mereka, kenapa kapal tangki Indonesia masih tersekat di Selat Hormuz ketika kapal Malaysia sudah boleh melepasinya.

Warga Indonesia kini memenuhi laman-laman media sosial dan media mereka menuntut penjelasan pemimpin negara mereka kenapa kapal-kapal negara mereka yang membawa bahan api masih terkandas di Selat Hormuz.

Ini berikutan kapal-kapal dari Malaysia, China, India,Pakistan dan beberapa negara lain sudah dibenarkan melepasi sekatan yang dibuat oleh Iran.

Menurut sumber, dua kapal tangki milik Pertamina, Indonesia Bersama ratusan kapal yang lain masih tersangkut di Selat Hormuz dan tidak dibenarkan melaluinya.

PM Anwar ke Jakarta semalam dalam kunjungan singkat bagi bertemu Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Sudirma Saputra mengungkitkan, “Kenyataan terbaru Iran menyatakan hanya negara sahabat dibenarkan lewat Selat Hormuz. Apa Indonesia bukan negara sahabat?”

Menurut media Indonesia, Malaysia mendapat izin untuk melaluinya selepas Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, mengungkapkan bahwa izin tersebut diperoleh setelah adanya dialog dengan para pemimpin dari Iran, Mesir, dan Turki.

Dalam pernyataan yang disiarkan pada Kamis (26/3/2026), Anwar secara khusus menyampaikan apresiasi kepada Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, atas keputusan membuka kembali akses penting tersebut.

“Kami sekarang sedang dalam proses membebaskan kapal tanker minyak Malaysia dan para pekerja yang terlibat agar mereka dapat melanjutkan perjalanan pulang,” ujar Anwar.

Dalam pidato sebelumnya, ia juga menegaskan, “Kini kami sedang dalam proses melepaskan kapal tanker minyak Malaysia beserta para pekerjanya agar mereka dapat meneruskan perjalanan pulang.”Menurut Anwar, komunikasi dengan Iran dan sejumlah negara lainnya merupakan bagian dari upaya Malaysia untuk turut mendorong stabilitas kawasan.

Namun, ia mengakui proses tersebut tidak mudah, mengingat Iran bersikap hati-hati terhadap berbagai inisiatif perdamaian.

Dua buah kapal Pertamina milik Indonesia masih terperangkap di Teluk Arab, iaitu kapal tangki gergasi Pertamina Pride dan Gamsunoro.

Kementerian Luar Negara Republik Indonesia (Kemlu RI) masih berkomunikasi dengan pihak berkuasa Iran agar kedua-dua kapal Pertamina mendapatkan kebenaran melintas Selat Hormuz.

Berbeza dengan Malaysia yang kapal sudah mendapat kebenaran untuk melintas di Selat Hormuz.

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim berkata kapal-kapal Malaysia dibenarkan melintas Selat Hormuz, selepas berkomunikasi dengan beberapa pemimpin kawasan, termasuk Iran, Mesir dan Turki.




Anwar Prabowo cari titik persamaan hadapi konflik Asia Barat


 

Anwar Prabowo cari titik persamaan hadapi konflik Asia Barat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan beliau dengan Presiden Prabowo Subianto semalam penuh makna dan membuka ruang konstruktif dalam mencari titik persamaan mendepani konflik Asia Barat yang kini menekan keselamatan tenaga serta kestabilan ekonomi dunia.

Dalam ketidaktentuan global yang kian meruncing, Malaysia dan Indonesia menegaskan keperluan memperkukuh kesepaduan serantau yang berprinsip bagi memelihara keamanan, menjamin kestabilan serta memperkukuh daya tahan ekonomi demi kesejahteraan rakyat, katanya.

“Kami sepakat untuk mempergiat usaha diplomasi bagi meredakan konflik, melindungi nyawa orang awam serta membuka ruang rundingan ke arah penyelesaian yang aman dan berkekalan.

“Pada masa sama, kelangsungan rantaian bekalan global serta laluan perdagangan strategik termasuk Selat Hormuz mesti dipastikan tidak terjejas,” kata beliau.

PM Anwar turut maklumkan interaksi beliau dengan rakan-rakan pimpinan antarabangsa sebagai usaha menyatakan solidariti, menyelaras pandangan selain meneliti dampak global, khususnya dalam aspek tenaga dan keselamatan serantau.

“Malaysia kekal dengan pendirian tegas, menolak keganasan, menjunjung undang-undang antarabangsa dan menggesa semua pihak kembali kepada jalan damai,” katanya.

Pertemuan yang bermula pada jam 4.30 petang waktu tempatan itu berlangsung dalam suasana perkembangan geopolitik yang semakin meruncing di Asia Barat.

Anwar, Prabowo sepakat tingkat usaha diplomasi tangani krisis Asia Barat
Seusai perbincangan, Prabowo mengiringi Anwar secara peribadi ke Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma sebagai tanda hubungan erat dan muhibah antara kedua-dua pemimpin.

Anwar berlepas pulang ke tanah air kira-kira jam 7.15 malam waktu tempatan, sekali gus menamatkan lawatan kerja sehari beliau.

Lawatan itu diadakan atas jemputan Prabowo susulan perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin pada 23 Mac lepas, selain menjadi kunjungan pertama Anwar ke Jakarta tahun ini.




KIOK


 

ZRA DEBAT JEBAT... JANGAN DEBAT DENGAN ORANG BODOW


 

MATIKAN DULU RANTAIAN.


 

LU INGAT LU MENIAGA PANDAI KIRA KA?


 

PUAK PUAK BODO NI SELALU MAIN PERSEPSI


 

BILA DISIASAT JUMPA JUTA JUTA... 134 JUTA.


 

KEH KEH KEH

 


MEMANG KIOK

 


Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan PN tiada formula yang boleh mendamaikan pertelagahan di antara kem Muhyiddin Yassin dengan Hamzah Zainudin.





Sebaliknya kata Wan Ahmad Fayhsal, PN perlu membuat pilihan sama ada mengkekalkan hubungan dengan Bersatu atau sebaliknya memilih untuk bekerjasama dengan Hamzah bersama parti barunya untuk mendepani PRU ke-16 nanti.


"Sebenarnya tak ada (formula), maknanya perpecahan dalaman Bersatu ini sudah tak boleh dibuat apa, sebabnya kalau kita lihat majoriti ahli parlimen bersama Datuk Seri Hamzah, malah yang bertindak menyokong beliau hanya digantung, sedangkan mereka mahu dipecat.


"Itu bermakna Tan Sri Muhyiddin sedang bermain politik dengan tak mahu melepaskan mereka yang menyokong Datuk Seri Hamzah dengan alasan kalau mungkin dilepaskan (pecat), mereka ini (kem Hamzah) akan bertambah kuat," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohamed Fadzli Hassan di Machang, Selasa lalu. 


Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/771085




TAK JUMPO HUDUD

 

Che Ibrahim. 



Ambo dok cari hudud dalam ni, sapa la gi buang???





OWHHH....



Che Ibrahim 



Akibat PMX gagal jaga rakyat, kesannya dah sampai ke Australia.





KRISIS MINYAK DUNIA: DULU KITA NET EXPORTER, KINI NET IMPORTER. DULU 18 JUTA KENDERAAN, KINI 39 JUTA



Walaun sebar video lama PMX berceramah berkenaan harga minyak tahun 2008.

Sebelum tahun 2010, Malaysia menghasilkan dan mengeksport lebih banyak minyak daripada yang diimport.

Selepas tahun 2010, Malaysia mengimport lebih banyak minyak daripada yang dieksport.

Pengeluaran kita menurun saban tahun kerana telaga matang. Tapi penggunaan kita pula melonjak 2 kali ganda.

2008 - Pengeluaran kita purata 720,000 tong sehari. Kini purata turun kepada 500,000 tong sehari.

2008 - Penggunaan sehari pula ~520,000 tong sehari. Kini ~900,000++ sehari.

Kerana kenderaan bertambah saban tahun. 2008 - 18 juta. 2025 - 39 juta. Bertambah lebih 20 juta.

Kini hampir 50% minyak untuk kegunaan domestik diimport melalui Selat Hormuz serta terkesan.

PMX kata, subsidi petrol naik dari RM700 juta kepada RM3.2 bil dalam masa tak sampai seminggu pada perang kali ini.

Boleh saja buta² bagi subsidi lebih besar, isunya nak bayar guna duit mana? Duit anak-anak kita daripada hutang negara yang mereka kena tanggung.

Madani tak hapus subsidi, tapi diberi secara bersasar supaya tak tiris, diseleweng, diseludup.

RM4 bil diselamatkan daripada ketirisan subsidi diesel sahaja. Bayangkan kalau perang berlaku dan kerajaan tak baiki ketirisan ini.

Yang bising² kata tak dapat subsidi, sebab mereka tak layak atau mungkin mereka ini penyeludup. Tapi majoriti rakyat Malaysia layak saja.

Suka tak suka, kena bersederhana kerana kesan perang akan sampai ke muka pintu rumah kita juga.

Jika tidak dalam bentuk harga minyak, kita akan kena dalam bentuk harga barang yang guna minyak untuk sampai melalui laut dan udara.

Bencana perang ini di luar kawalan kita. Kita tak buat salah apa pun, tetap terkesan.



TU DIA AIHHH


 

ASIA AKAN IMPORT DARI RUSSIA.

 


Gangguan bekalan dari Timur Tengah akibat konflik Iran-AS jelas sedang mencipta kejutan besar dalam permintaan minyak Rusia.






Data menunjukkan Asia dijangka mengimport lebih 3 juta tan fuel oil dari Rusia dalam satu bulan sahaja, bersamaan kira-kira 614,500 tong sehari. 


Lebih separuh daripada jumlah ini, sekitar 1.7 hingga 1.9 juta tan, akan mengalir ke Asia Tenggara termasuk Singapura dan Malaysia. 


Ini bukan sekadar peningkatan biasa, tetapi rekod tertinggi baharu yang berlaku kerana bekalan dari Timur Tengah terjejas teruk apabila laluan Selat Hormuz terganggu, yang sebelum ini mengendalikan hampir 20% aliran minyak dunia.


Dalam masa sama, langkah Amerika Syarikat melonggarkan sekatan selama 30 hari terhadap minyak Rusia menunjukkan betapa kritikalnya situasi bekalan sekarang. 


Kemasukan minyak Rusia ini membantu menurunkan sedikit tekanan harga, contohnya premium HSFO 380cst di Asia yang sebelum ini mencecah lebih USD76 setan telah turun ke sekitar USD70 selepas waiver diumumkan. 


Akan tetapi ini hanya penyelesaian sementara kerana jika gangguan di Timur Tengah berterusan, bekalan Rusia tetap tidak mencukupi untuk menampung permintaan Asia yang besar.


Lebih membimbangkan, struktur pasaran kini menunjukkan tanda “backwardation”. Backwardation bermaksud minyak sekarang lagi mahal daripada minyak masa depan sebab supply tengah ketat. 


Contoh katakanlah harga spot hari ini USD110 setong, tapi kontrak 3 bulan akan datang hanya USD100. Ini signal jelas bahawa pasaran “desperate” nak minyak sekarang, bukan nanti. 


Dalam konteks krisis Iran-AS, bila Selat Hormuz terganggu dan bekalan jatuh, pembeli di Asia sanggup bayar premium tinggi untuk dapatkan bekalan segera. 


Sebab tu kita nampak HSFO premium naik sampai USD76 setan sebelum turun sedikit ke USD70 selepas minyak Rusia masuk. 


Tapi kalau gangguan berterusan dan supply masih tak cukup, backwardation ini akan jadi lebih ekstrem dan harga spot boleh melonjak lagi, walaupun harga masa depan nampak lebih rendah.


Tambahan pula, banyak penapis minyak di Timur Tengah dan Asia mula mengurangkan operasi akibat kekurangan bekalan dan isu penyimpanan, yang akan terus menekan supply global. 


Secara keseluruhan, walaupun Rusia kini mendapat manfaat daripada peningkatan eksport, realitinya pasaran minyak global masih berada dalam keadaan rapuh, dan sebarang gangguan berpanjangan boleh melonjakkan harga lebih tinggi dalam tempoh terdekat.





UNDI DEMI ISLE...


 

TU DIA.... MP PAS NI ADUN PAS NI... LAGU MANA?

 


PATUT SG4 KAYA RAYA LA NI


 

BELI KETA PULUH PULOH RATUS RIBU... NAK BOH MINYAK GUNA LEBIH SIKIT PUN BERKIRA.


 

KEH KEH KEH... APA PUNYA BIOL... PATUT NAJIB TUMBANG BILA ADA PUNAHSIHAT MACAM NI


 

MINYAK BUKAN BOLEH JUAI KALAU KAPAI. LALU BELAKANG UMAH.


 

INGAT CERDIK... TAK CERDIK. MANA RUPANYA

 


PANJANG LEBAR SIAPA MR R.




 𝗠𝗥 𝗥 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 …..


Netizen masih lagi kecoh siapa Mr R yang dituduh oleh Victor Chin terkait dengan geng mafia korporat.


Walaupun saya dah terangkan semalam isu Mr R dan ahli parlimen PKR yang menerima RM9.5 juta itu dua isu berbeza, teka-teki siapa Mr R ini masih kencang.


Seperti yang saya janji, hari ini saya dedah siapa Mr R. Jangan bimbang, saya takkan scam content macam semalam. Tunggu sampai habis, memang saya akan sebut siapa Mr R.


Sebelum itu, kita recap.


Ada 2 isu berbeza:


Satu - ahli parlimen PKR yang dituduh menerima RM9.5 juta dari Victor Chin untuk kawtim kes mafia korporat cuba ambil alih NexG. 


Saya dah terangkan semalam - berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Victor Chin sendiri, kita boleh simpulkan ahli parlimen ini mestilah seorang yang berjawatan kanan dalam PKR, punyai pengaruh dan akses terus kepada Perdana Menteri dan Farhash.


Satu lagi isu ialah mengenai Mr R.


Kenapa tiba-tiba media melaporkan mengenai Mr R?


Kerana menurut Victor Chin, Mr R menjadi orang tengah, operator atau juru komunikasi di antara geng mafia korporat dengan pemegang-pemegang saham NexG yang ditekan pihak berkuasa untuk memberikan saham mereka secara percuma kepada geng mafia korporat ini.


Berikut ialah petikan-petikan komunikasi yang berlaku di antara Victor Chin dan Mr R, seperti yang didakwa Mr Chin. Komunikasi berlaku kencang bermula 18 Oktober 2025, setelah pihak berkuasa membekukan akaun-akaun syarikat tertentu:


18 Oktober: 

Victor Chin berbincang dengan Mr R bahawa tekanan yang dibuat dengan membekukan akaun-akaun akan merosakkan semua usaha bersama mereka selama ini.


18 Oktober:

Victor Chin mengaturkan sejumlah RM9.5 juta diberikan kepada seorang ahli parlimen PKR yang mengaku akan menyelesaikan tekanan dari geng mafia korporat terhadapnya.


20 Oktober:

Victor Chin berkali-kali berhubung dan merayu kepada Mr R untuk bercakap dengan “boss” Mr R, dan supaya “boss” Mr R campur tangan.


21 Oktober:

Mr R bertanya kepada Victor Chin sama ada 150 juta saham NexG yang dimiliki sebuah syarikat bernama Trendtrove boleh dipindahkan.


21 Oktober:

Seorang lagi pemegang saham NexG bernama “Tan Sri” diugut akan direman jika tidak memindahkan 271 juta saham NexG melalui syarikat Skyelimit.


Setiausaha syarikat Skyelimit ditukar kepada setiausaha syarikat yang dikawal oleh Mr R, untuk membolehkan pertukaran saham, pemegang jawatan dan lain-lain boleh dibuat tanpa kerelaan.


22 Oktober:

Victor Chin berhubung dengan Mr R mengenai serbuan pegawai AMLA dari PDRM ke MMAG, sebuah syarikat yang pernah dikawal oleh Victor Chin dan Farhash.


29 Oktober:

Mr R memberikan nombor akaun saham kepada Victor Chin supaya saham-saham yang hendak dirampas dipindahkan ke akaun saham itu.


3 Nov:

Mr R berhubung dengan Victor Chin untuk mengesahkan jumlah saham yang telah dipindahkan kepada “boss”nya. Mesejnya berbunyi:


“So total shares passed to Boss is 421 mil, right?”


5 Nov:

Victor Chin berasa kecewa kerana setelah memindahkan semua saham, tekanan masih dikenakan. Mesejnya berbunyi:


“I have given everything and yet you all still want to kill me.”


7 Nov:

Mr R memberitahu Victor Chin dia boleh menghentikan perintah pembekuan akaun dan meminta maklumat akaun-akaun itu untuk dinyahbeku.


7 Nov:

Mr R mengingatkan Victor Chin agar semua saham yang dipindahkan mesti diselesaikan tanpa sekatan, jika tidak mereka akan kena. Mesejnya berbunyi:


“We have to deliver the shares minus the encumbrances… by next week bro”  “Or else you and I sure will kena” 


18 Nov:

Seorang yang dirujuk sebagai geng korporat mafia oleh Victor Chin, mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan NexG di ibu pejabat NexG.


Dalam pertemuan itu, individu itu mengaku dia telah menjadi pemilik NexG dan dialah yang bertanggungjawab meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak passport dan myKad kepada NexG.


Mr R turut hadir dalam pertemuan itu.


20 Nov:

Mr R dilantik menjadi Penasihat Korporat NexG, walaupun dia juga adalah Pengarah Eksekutif sebuah syarikat lain yang menjadi pesaing kepada NexG.


27 Nov:

Mr R memberitahu Victor Chin yang “boss”nya mahukan senarai akaun-akaun yang hendak dinyahbeku.


Mr R juga meminta pertolongan Victor Chin untuk memindahkan harta intelek mengenai MyKad dan passport kepada syarikat pesaing iaitu HeiTech Padu.


Ada banyak lagi komunikasi yang saya boleh kongsi, tetapi itu memadai untuk saya membuktikan siapakah Mr R yang dimaksudkan oleh Victor Chin ini.


Apa maklumat yang kita tahu dari dakwaan-dakwaan Victor Chin ini dan boleh sahkan dari maklumat awam mengenai Mr R?


1 - Mr R ialah operator kepada boss nya


2 - Boss nya berada di satu pihak yang dipanggil mafia korporat oleh Victor Chin yang dituduh cuba merampas saham-saham NexG dengan menggunakan tekanan dari pihak berkuasa. Ini bermakna boss nya ada pengaruh dengan kerajaan


3 - Mr R ialah seorang Penasihat Korporat NexG dan Pengarah Eksekutif HighTech Padu


Dengan maklumat ini, kita dah boleh tentukan siapa Mr R.


Semakan dengan pengumuman-pengumuman di Bursa Malaysia menunjukkan individu yang merupakan seorang Penasihat Korporat NexG dan Pengarah HighTech Padu adalah seorang peguam bernama Sandraruben Neelamagham (Ruben).


Ini maklumat mengenai Sandraruben Neelamagham:


1 - Dilantik Pengarah Eksekutif HeiTech Padu pada 3 April 2024


2 - Juga Penasihat Korporat NexG


3 - Rakan Kongsi firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co.


Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Victor Chin terhadap Ruben atau Mr R itu sebenarnya telah dibuat secara terbuka dan dilaporkan oleh media sebelum ini. 


Pengerusi eksekutif dan CEO NexG iaitu Datuk Abu Hanifah Noordin, pada 10 Mac 2026, telah mendedahkan perkara yang sama mengenai peranan Ruben dalam usaha menyerahkan sebahagian kontrak NexG kepada HeiTech Padu.


Jadi kita sudah tahu Mr R adalah Sandraruben Neelamagham, seorang peguam.


Tetapi dalam komunikasi dengan Victor Chin, Mr R sering merujuk kepada “boss” nya. Gambarannya jelas bahawa Mr R adalah operator kepada seorang yang lebih berkuasa.


Jadi siapa boss Ruben?


Maklumat dari komunikasi Victor Chin dan Ruben memberi gambaran berikut:


1 - Boss nya mempunyai pengaruh untuk mengarahkan pihak berkuasa membeku atau menyahbeku akaun bank dan akaun saham


2 - Boss nya adalah sebahagian dari geng mafia korporat yang mengaku menjadi tuan punya NexG setelah saham-saham dipindahkan


3 - Boss nya adalah sebahagian dari geng mafia korporat yang mengaku telah mempengaruhi Perdana Menteri untuk memberi kontrak MyKad dan passport kepada NexG


4 - Usaha Ruben untuk memindahkan harta intelek dari NexG kepada HeiTech Padu memberi gambaran boss nya juga ada hubungan dengan HeiTech Padu


Kebetulan saya pernah mendapat surat saman dari firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co. ini bertarikh 15 Disember 2025.


Firma guaman Mr R atau Ruben ini mewakili Farhash Wafa Salvador dalam samannya terhadap saya.


Jadi kita boleh rumuskan, daripada dakwaan-dakwaan Victor Chin, laporan media dan maklumat-maklumat di Bursa, Victor Chin mendakwa bahawa boss Mr R adalah Farhash.


Persoalan yang lebih besar ialah dakwaan-dakwaan dari komunikasi antara Victor Chin dan Ruben, iaitu boss nya, atau dari deduksi Farhash, mempunyai pengaruh untuk mengarahkan tindakan pihak berkuasa untuk menekan pemegang saham NexG, dan juga Farhash berkemampuan meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak berbilion ringgit kepada NexG.


Yang ini, sebaiknya Perdana Menteri bagi respon.


Saya dah tunaikan janji saya untuk dedah siapa Mr R.





KIOK.


Nazri Hamdan.


 RM2.35 tu adalah harga subsidi pukal, bukan harga pasaran. Masa tu yang untung besar ialah penyeludup diesel di Kelantan, Perlis, dan Kedah. 




Harga sekarang adalah harga pasaran. Rakyat Malaysia dapat subsidi RM300 sebulan. 


Buatlah perbandingan secara adil.




KISAH WALAUN BODO ISI MINYAK TAK DA LESEN. NETIZEN MAKI BERDOZEN DOZEN.













 Cerita dia:

1) Dia isi minyak mahal sebab tak dapat subsidi Budi Madani.


2) Punca tak dapat subsidi sebab dia tak ada lesen.


3) Nak buat lesen tak de duit sebab kena bayar RM10K 


4) Nak buat IC juga kena bayar RM2000 lebih.




KENA SCAM

 


Dia macam ni. Ni pun kena lukis ni.


Seorang Ahli Parliamen PKR dikatakan Mintak 10 juta Dari victor Chin.


Victor Chin selesaikan perkara itu menggunakan orang tengah iaitu MR R (bukan MP. Dia orang tengah)


Bayaran tunai diberikan tapi dia tak buat kerja. Jadi victor chin tak bayar Baki 500k . 9.5 juta dah bagi.


Sekarang kecoh di kalangan pimpinan PKR Dan MP PKR siapa terima duit tu.


Semua tak mengaku sebab duit tu di bayar secara TUNAI melalui MR R kepada MP terbabit.


Victor chin boleh dedahkan, tapi akan dinafikan sebab tiada dokumen/bukti Dari victor chin dia bagi duit tu direct kepada MP terbabit.


Sekarang dilemma orang tersebut 


1.  Bayar Balik Dan tutup benda ni atau

2. Simpan duit, nafikan kalau dah terdedah Dan cabar victor tunjukkan bukti macam Albert tei.


Pilihan no 2. Sebab Albert tei ada video pun Boleh lepas, inikan pulak setakat I say you say...


Jadi siapa orang tu? Saya dah bagitau Victor, " u sudah kena scam". 🫢


Iswardy




TINDAKAN YANG KURANG TEPAT

 


Wahh cepat Dan Pantas nak ambil tindakan tegas bila mafia korporat kaitkan pimpinan PKR dengan rasuah.




Tapi mana kenyataan PKR bila menyentuh RCI mafia corporate? mana desakan? Mana siasatan?


Kalau PKR yang #realreform akan Pantas mendesak siasatan dilakukan. Tapi ini PKR yang sudah kami TIDAK kenali. Sorry. Ugutan ni tak lut sebab PKR tak lama berkuasa dah. Lepas ni banyak akan terlondeh.



KEH KEH KEH....



 Ibrahim Mat Isa


Pembenci² Anwar Ibrahim disarankan kembali ke gua dan main teloq masing², jangan tulis merapu di FB dan X lagi.


 Hangpa tak akan dapat bersaing dengan mantan penghuni penjara itu dalam urusan diplomasi. Hangpa cuma sampah..




WALAU KEMUNGKINAN HILANG JAWATAN . ANWAR TETAP AMBIL TINDAKAN BANTU RAKYAT.

 PMX Akan Hilang Jawatan Dan Kerajaan tetapi Kenegaraan Lebih Perlu Dipertahanakan.



PMX sedang mengambil langkah yang mungkin tidak popular di mata sebahagian rakyat, tetapi hakikatnya langkah ini bukan untuk menyelamatkan kedudukan politik atau kerajaan sebaliknya untuk menyelamatkan negara daripada krisis yang lebih besar.


Dalam keadaan dunia yang tidak menentu, khususnya melibatkan krisis tenaga global, kerajaan sebenarnya mempunyai pilihan mudah. PMX boleh sahaja menambah hutang negara semata-mata untuk terus memberi subsidi besar-besaran demi meraih sokongan segera.


PMX juga boleh menggunakan baki dana negara untuk menurunkan harga minyak buat sementara waktu. Tetapi semua itu hanyalah penyelesaian jangka pendek yang akan membebankan masa depan negara.


Sebaliknya, PMX memilih jalan yang lebih sukar—mengurus kewangan negara secara berhemah, memastikan negara tidak terjerumus ke dalam krisis hutang, dan melindungi kestabilan ekonomi dalam jangka panjang.


Pengurangan kuota BUDI daripada 300 liter kepada 200 liter perlu dilihat dalam konteks ini. Ia bukan satu bentuk penarikan bantuan sepenuhnya, tetapi satu pelarasan yang mengambil kira realiti semasa dunia.


Dalam keadaan sukar, kerajaan masih berusaha memastikan rakyat terus menerima subsidi, walaupun dalam kadar yang disesuaikan.

Rakyat perlu memahami bahawa ini adalah langkah sementara dalam menghadapi cabaran global.


Apa yang penting, negara tidak tumbang kerana beban hutang yang melampau.


Doakan agar krisis ini segera pulih. Mudah-mudahan apabila keadaan kembali stabil, nikmat subsidi dan kemudahan yang pernah dinikmati sebelum ini dapat dikembalikan semula dengan lebih mampan dan terjamin.


Sumber dari FB: Wan Mahussin Official




ADA YANG GUNA DIESEL UNTUK KENDERAAN PERSENDIRIAN.

Che Ibrahim





 Ramai ke penguna diesel untuk kenderaan persendirian??? 


Di kejirananan ambo sekitar kepala jambatan Pasir Pekan ni takdak nampak belah mana yang pakai 4x4 atau kenderaan diesel. 


Apa pun terima kasih kerajaan madani kerana menambah bantuan Budi Diesel kepada rm300 sebulan, maknanya ambo dapat rm600 sebulan (Budi Diesel + Budi Agri Komoditi) + dengan projek Ladang Rakyat wat Pas bui rm640 sebulan, alhamdulillah...





ANWAR HUBUNGI PRESIDEN MESIR.

 


Sewaktu perbualan telefon dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, saya menyampaikan ucapan Aidilfitri serta menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala ke tahap Perkongsian Strategik.




Kami turut bertukar pandangan mengenai situasi di Asia Barat, dengan Malaysia menzahirkan kebimbangan terhadap konflik semasa serta menghargai sumbangan Mesir dalam menggesa pihak bertelagah ke arah de-eskalasi, dialog dan penghentian segera keganasan.


Menyentuh isu Palestin, Malaysia menyokong usaha Mesir dalam membantu Gaza serta menegaskan bahawa sebarang inisiatif keamanan mesti berteraskan gencatan senjata dan akses kemanusiaan. Saya turut memohon sokongan Mesir terhadap misi bantuan kemanusiaan 2026 melalui sempadan Rafah yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI

#YakinMADANI




PKR HARUS BERTINDAK AGRESIF. BUKAN DEFENSIF





 PKR tidak patut ambil pendekatan defensif isu dakwaan rasuah Ahli Parlimen. Adakan siasatan tentang dakwaan. Rakyat akan banding PKR sebagai pembangkang bongkar skandal 1MDB dan lain-lain lagi, dan sikap PKR sebagai kerajaan pada hari ini.




MEMBIAK KAT THREADS..TAPI SEKOQ TAK GUNA PUN.



Rozy 




 

Ramai jugak walaun membiak kat threads ni ek? mana dia beli ayam ntah harga RM10.50.. Dia yg kena tipu, dia kata kita beli ayam curi pulak.. 😅🫣




BANYAK PERUNTUKAN ADA..SELAIN BUDI MADANI + BUDI AGRI+ KOMODITI.....


Che Ibrahim 



BERSYUKURLAH! 






Harga sawit lo ni rm960 lebih satu tan. Isi diesel penuh tangki Hilux ada la bekali rm350 (maaf ambo tak isi diesel lagi semenjak minyak naik harga ni).


Pahtu takkan 1 trip sawit (sekitar 2 tan) habis setangki minyak???.... Budi Madani + Budi Agri Komiditi boleh la wat top up harga diesel.


Bersyukurlah, jangan mudah merungut dengan ujian atau bala Allah, apalagi bersikap untuk menyalahkan orang lain. 


Tak payah la maki maki PMX dalam situasi seperti hari ini, bersedialah untuk hadapi kemungkinan yang lebih terok lagi jika perang As - Iran tidak ada penyudahnya.




LANGKAH BERSIFAT SEMENTARA. WALAUN GELABAH BAGAI NAK GILA.


Zainuddin Omar




 Langkah proaktif ini dari PMX bersifat sementara sehingga masalah perang selesai. 


Kenapa kita tak dengar apa-apa cadangan positif dari pihak pembangkang bagaimana mengurangkan kesan perang pada rakyat?




IRAN PULA NYATAKAN TUNTUTAN DAMAI


Nazri Hamdan





 Setelah menolak pelan gencatan senjata yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat, Iran tampil dengan pendekatan yang jauh lebih keras dengan meletakkan lima syarat utama sebelum perang boleh ditamatkan. 


Berikut adalah tuntutan Iran:


1. Penamatan sepenuhnya segala bentuk “kekerasan dan pembunuhan sasaran” oleh Amerika Syarikat dan Israel.


2. Meletakkan jaminan keselamatan yang konkrit bagi memastikan tiada lagi tindakan ketenteraan terhadap Republik Islam Iran pada masa hadapan.


3. Pampasan yang jelas dan dijamin bagi semua kerugian serta kerosakan yang berpunca daripada peperangan.


4. Penamatan perang di semua barisan depan melibatkan semua kumpulan penentangan yang aktif di seluruh rantau tersebut.


5. Iran menegaskan bahawa kedaulatannya ke atas Selat Hormuz adalah hak undang-undang yang telah lama wujud, yang menjamin komitmen pihak lain dan mesti diiktiraf secara rasmi.


Dari tuntutan tersebut, nampak jelas Iran mahu gencatan senjata, tetapi mahu “reset” keseluruhan struktur kuasa di Timur Tengah mengikut syarat mereka sendiri. 


Malah, kenyataan bahawa Iran akan hanya menamatkan perang “pada masa yang dipilih sendiri” memberi isyarat jelas bahawa Tehran tidak lagi tunduk kepada tekanan diplomatik Washington. 


Iran juga mahu hantar signal bahawa sebarang serangan pada masa depan akan datang dengan kos yang sangat tinggi, bukan sekadar balasan ketenteraan tetapi juga gangguan ekonomi global. 


Bila Iran kaitkan tamat perang dengan kawalan Selat Hormuz dan pampasan, ia sebenarnya menggabungkan elemen ketenteraan dan ekonomi sebagai senjata serentak. Ini strategi klasik asymmetric warfare: mereka tahu tak boleh kalahkan AS secara konvensional, jadi mereka jadikan pasaran tenaga global sebagai “pressure point”.


Dari sudut geopolitik dan ekonomi, ini sebenarnya meletakkan AS dalam dilema besar. Jika AS menerima syarat Iran, ia dilihat lemah dan memberi kemenangan strategik kepada Tehran. 


Tetapi jika ditolak, konflik berpotensi berlarutan dan menolak harga minyak lebih tinggi, yang akhirnya memberi tekanan inflasi global termasuk kepada AS sendiri.


Dengan kira-kira satu perlima bekalan minyak dunia melalui Selat Hormuz, sebarang gangguan berpanjangan bukan sahaja menjejaskan pasaran tenaga, tetapi juga boleh mencetuskan gelombang stagflasi global seperti yang pernah berlaku pada era 1970-an.




PMX BEEBINCANG DENGAN KETUA KERAJAAN AFGANISTAN.






 Saya telah bercakap dengan pemangku Perdana Menteri Afghanistan Mullah Mohammad Hasan Akhund mengenai perkembangan semasa di rantau Asia Selatan dan sekitarnya, khususnya mengenai ketegangan Afghanistan-Pakistan dan gencatan senjata melibatkan kedua-dua negara tersebut, lantas berharap ia dapat diterjemah serta diolah ke arah kestabilan yang berkekalan, berpaksi pada nilai ihsan, dan ukhuwah. Saya turut menyampaikan ucapan Eid Mubarak bersempena Aidilfitri kepada beliau dan seluruh rakyat Afghanistan. 


Malaysia malah konsisten dalam mendukung segala usaha dan ikhtiar diplomasi, termasuk yang telah digerakkan negara sahabat seperti Arab Saudi, Qatar dan Türkiye. Dalam konteks yang sama, bantuan kemanusiaan terus diperkasa melalui kerjasama strategik bersama Global Peace Mission dan MERCY Malaysia yang antaranya mencakup pembaikan prasarana pendidikan, latihan kepakaran perubatan serta kesiapsiagaan bencana dan malapetaka. Justeru, segala inisiatif ini mencerminkan iltizam Malaysia dalam menyemarak solidariti di kalangan ummah secara tuntas dan berkesan. 


Dalam kerangka yang lebih luas, Malaysia akan terus berperanan aktif melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam menilai isu pengiktirafan pihak berkuasa semasa Afghanistan (de facto) dengan penegasan terhadap prinsip keadilan, keterangkuman serta pemeliharaan hak wanita dan golongan minoriti, selain akses kepada pendidikan. Walhasil, pendekatan Malaysia kekal berpaksikan keseimbangan antara prinsip dan pragmatisme yakni menyemarak harapan, membina keyakinan, dan mempertunjukkan kepimpinan sebagai wahana damai dalam dunia yang semakin kacau. 


#MalaysiaMADANI 

#RancakkanMADANI 

#MADANIbekerja




TU DIA ..DUTA DOK DI MARANG JA.

PU Abah Din.



Bukan saja2 duta. timortengah memancing, kadang2 candat sotong kat selat hormuz, betapa dekatnya selat hormuz di hati dota