ASIA AKAN IMPORT DARI RUSSIA.

 


Gangguan bekalan dari Timur Tengah akibat konflik Iran-AS jelas sedang mencipta kejutan besar dalam permintaan minyak Rusia.






Data menunjukkan Asia dijangka mengimport lebih 3 juta tan fuel oil dari Rusia dalam satu bulan sahaja, bersamaan kira-kira 614,500 tong sehari. 


Lebih separuh daripada jumlah ini, sekitar 1.7 hingga 1.9 juta tan, akan mengalir ke Asia Tenggara termasuk Singapura dan Malaysia. 


Ini bukan sekadar peningkatan biasa, tetapi rekod tertinggi baharu yang berlaku kerana bekalan dari Timur Tengah terjejas teruk apabila laluan Selat Hormuz terganggu, yang sebelum ini mengendalikan hampir 20% aliran minyak dunia.


Dalam masa sama, langkah Amerika Syarikat melonggarkan sekatan selama 30 hari terhadap minyak Rusia menunjukkan betapa kritikalnya situasi bekalan sekarang. 


Kemasukan minyak Rusia ini membantu menurunkan sedikit tekanan harga, contohnya premium HSFO 380cst di Asia yang sebelum ini mencecah lebih USD76 setan telah turun ke sekitar USD70 selepas waiver diumumkan. 


Akan tetapi ini hanya penyelesaian sementara kerana jika gangguan di Timur Tengah berterusan, bekalan Rusia tetap tidak mencukupi untuk menampung permintaan Asia yang besar.


Lebih membimbangkan, struktur pasaran kini menunjukkan tanda “backwardation”. Backwardation bermaksud minyak sekarang lagi mahal daripada minyak masa depan sebab supply tengah ketat. 


Contoh katakanlah harga spot hari ini USD110 setong, tapi kontrak 3 bulan akan datang hanya USD100. Ini signal jelas bahawa pasaran “desperate” nak minyak sekarang, bukan nanti. 


Dalam konteks krisis Iran-AS, bila Selat Hormuz terganggu dan bekalan jatuh, pembeli di Asia sanggup bayar premium tinggi untuk dapatkan bekalan segera. 


Sebab tu kita nampak HSFO premium naik sampai USD76 setan sebelum turun sedikit ke USD70 selepas minyak Rusia masuk. 


Tapi kalau gangguan berterusan dan supply masih tak cukup, backwardation ini akan jadi lebih ekstrem dan harga spot boleh melonjak lagi, walaupun harga masa depan nampak lebih rendah.


Tambahan pula, banyak penapis minyak di Timur Tengah dan Asia mula mengurangkan operasi akibat kekurangan bekalan dan isu penyimpanan, yang akan terus menekan supply global. 


Secara keseluruhan, walaupun Rusia kini mendapat manfaat daripada peningkatan eksport, realitinya pasaran minyak global masih berada dalam keadaan rapuh, dan sebarang gangguan berpanjangan boleh melonjakkan harga lebih tinggi dalam tempoh terdekat.





No comments: