'Jangan main api perkauman, rakyat terbakar kamu lari naik jet peribadi'


 

Perdana Menteri Datuk seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak pembangkang atau gerakan yang menamakan diri 'pejuang Melayu' tulen untuk tidak bermain api perkauman ketika tersepit.



Katanya, jika api marak dan membakar maka golongan tersebutlah yang akan lari dan rakyat menanggung kebinasaannya.



"Biar saya jadi PM, saya akan kutip cukai dari rakyat tetapi saya juga tak akan lepaskan tauke dan maha kaya daripada membayar cukai.



"Sebab itu kita buat siasatan. Konon ada tindakan berbau politik (pendakwaan terpilih). Itu bezanya. Selama ini kuasa politik melindungi penjenayah besar, perasuah besar. Kuasa politik memperkaya beberapa kerat penguasa dan digunakan kuasa itu melindungi mereka. Kita akan guna kuasa itu untuk melindungi rakyat, menyerang para perasuah.



"Mahu ugut kita dengan perhimpunan (Melayu). Ada kuasa kita laksanakan (perangi rasuah). Kamu nak cuba rampas (kuasa) silakan tetapi tidak mudah. Kita siap dengan keris, 'membujur lalu melintang patah'.



"Jangan bermain api perkauman, yang terbakar itu rakyat. Kamu akan lari dengan jet peribadi kamu.



"Sepanjang 4 bulan berkuasa apa yang kita korbankan soal bahasa? Apa kita korbankan soal agama? Apa kita korban hal melayu," katanya.



Anwar turut menyelar tokoh politik yang menyatakan Melayu hilang hak dan segala galanya.



Sedangkan katanya, selama 22 tahun memerintah tokoh tersebut tidak memperkasa Melayu marhaen.



"Ada orang sekarang setelah 22 tahun, campur 22 bulan kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala galanya. Hilang harta, hilang saham. Bagaimana tidak hilang, kalau kamu bolot untuk keluarga dan anak anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa bicara soal rakyat. Rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka.



"Ini beberapa kerat sekarang sedang merencana untuk menggugat, menggunakan sentimen kaum, mengajak orang Melayu benci kepada kaum lain. Menyatakan kuasa hilang. Kamu pegang tampuk kuasa termasuk 3 tahun baru baru ini. Mana dia RUU 355?



"Mana projek peningkatan dana untuk Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Belanjawan tahun ini yang meningkatkan jumlah kewangan untuk negeri negeri ini," katanya lagi.



Presiden KEADILAN itu menegaskan hak Melayu lebih terbela di bawah beliau yang memperjuangkan berbilang bangsa berbanding parti parti ultra Melayu yang pernah memerintah selama 3 tahun.



Beliau juga menyentuh mengenai projek tebatan banjir yang boleh dibuat lebih banyak daripada jumlah yang dilakukan oleh kerajaan PN dengan jumlah kewangan yang sama.



Projek juga katanya bukan sahaja dibuat di Johor tetapi di negeri pembangkang juga diteruskan. Tiada unsur kezaliman berlaku sebagaimana didakwa, kata Anwar.

 

ISU TELUR INDIA, SIAPA PEMBOHONG?




J&T Advance Tech Sdn Bhd, menuntut Ka Siong pembetulan fakta-fakta tersebut di Parlimen untuk meyakinkan rakyat tentang langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menampung keperluan tempatan pada masa itu akibat kurang pengeluaran telur di pasaran tempatan yang sangat serius. Syarikat tersebut menggesa Ahli Parlimen Ayer Hitam itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung tingkah laku dan kenyataan-kenyataan fakta yang tidak benar, memandangkan peluang telah pun diberikan kepada beliau untuk membetulkan kenyataannya di Parlimen serta di platform media sosial.


RENTASAN 1333 | GEMPAR!! 5 BANK UTAMA DI MALAYSIA KANTOI TERLIBAT SINDIK...




MENARIK DALAM RENTASAN 1333
1. NEGARA BERDIRI DENGAN HUKUM DAN KEBIJAKSANAAN 2. BANK DI MALAYSIA BANTU LANUN SIBER? 3. USTAZ SIBUK SEHINGGA URUSAN ‘WALI ALLAH’ BUKAN KEUTAMAAN? 4. ISU TELUR INDIA, SIAPA PEMBOHONG?


LIVE: Anwar Ibrahim merasmikan Kongres Nasional Khas PKR 2023

PN BERPECAH. Pas Akan Keluar Dari PN Akibat Bersama PeRasuah.

KALAU SAYA JADI ANWAR


 

Proklamasi Untuk Khianat Kerajaan Perpaduan.




Proklamasi Untuk Khianat Kerajaan Perpaduan.

Khabarnya 19 Mac ini dirancang untuk diadakan sidang Proklamasi Orang Melayu. Proklamasi itu akan dibaca oleh Mahathir Mohamad. Semua orang Melayu dijemput hadiri. Demikian disebar.

Tujuan proklamasi itu untuk menyatakan kebimbangan nasib dan kuasa orang Melayu di masa hadapan. Kerajaan yang ada kini tidak diiktiraf dan tidak jamin Melayu akan selamat walaupun ia dikepalai Melayu dengan sokongan bukan Melayu.

Dalam erti kata lain sidang berkenaan tidak mengiktiraf jerajaan Perpaduan yang telah mendapat perkenaan Raja-Raja Melayu, mendapat kerjasama pegawai kerajaan dan juga pasukan seselamatan polis dan tentera. Dunia luar juga telah mengiktiraf kerajaan yang ada kini. Kerajaan Perpaduan membuka landasan kehormonian negara terbaik.

Bahkan kalangan parti politik termasuk pembangkang juga mengiktiraf kerajaan kini, walaupun ada kritikan kepada PM dan kerajaan dalam parlimen itu hanya dari sudut teknik politik biasa sahaja. Penerimaan Bajet 2023 sebagai bukti kerajaan Perpaduan diakui.

Sebenarnya sidang proklamasi itu tidak pun perlu. Ia senagaja direkacipta untuk memberi naratif buruk kepada kehirmonian politik yang ada kini. Bagi saya ia adalah helah orang² seperti Mahathir yang tidak senang dengan sesuatu yang baik dilakukan oleh orang lain. Hati syaitannya tampak terus berdenyut. Mahathir mengekalkan musuhnya kepada semua PM.

Benih kejahatan yang ada dalam dirinya akan cambah dan tumbuh, dan ia akan kembang jika disupport pula oleh pihak lain. Naratif palsu yang cuba dibangunkan Mahathir itu adalah ingin mengambil kesempatan atas nasib diterima presiden Bersatu. Mahathir cuba melemparkan tali kononnya nak selamatkan Mahiddin yang akhinya nanti tali itu akan menjerut Mahaiddin juga. Harap Pas tidak akan melupai akan sejarah kejahatan orang ini.

Awas dengan putar belit Dr Mahathir. Beliau sanggup menjadi apa sahaja asalkan niat busuknnya tercapai. Menggagalkan Anwar adalah cita²nya sejak dari azali.

Justeru sidang bakal diadakan itu elok dicegah dan tangkap mana² dalang terbabit. Jika ia dibiarkan sedikit sebanyak ia mengganggu perjalanan kerajaan kini. Trims.

 

Dr Zaliha umum peruntukan RM1 juta naik taraf peralatan HKL


 

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menaik taraf peralatan dan perkhidmatannya.



Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke HKL semalam, beliau berkata peruntukan tersebut adalah bagi aset inventori untuk hospital kerajaan terbesar di Malaysia dan telah berusia lebih 150 tahun itu.



"Sebenarnya HKL memerlukan lebih daripada RM1 juta, tetapi buat masa sekarang kita meluluskan RM1 juta dahulu.



"Ini adalah untuk aset inventori HKL," kata Ahli Parlimen Sikijang itu.



Sementara itu, Zaliha ketika mengulas mengenai cadangan untuk mendigitalkan rekod pesakit di HKL berkata, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan peruntukan khas bagi membangun sistem tersebut.



Dengan kira-kira 16,000 data pesakit sehari, beliau menyifatkan cadangan itu akan dapat membantu memudahkan akses dan penyimpanan data yang ketika ini dijalankan secara manual.

"Langkah pendigitalan itu dapat membantu memudahkan pengurusan di HKL terutamanya dari aspek menyimpan data rekod pesakit dengan lebih efisien.



"Kita akan memberikan peruntukan khas untuk langkah ini, InshaAllah," katanya.



Terdahulu, beliau mendengar taklimat daripada Pengarah HKL, Datin Dr Rohana Johan berkaitan perkembangan hospital itu serta merasmikan Coffee Book Covid-19 HKL.



Buku tersebut menceritakan pengalaman petugas HKL melawan wabak Covid-19 tiga tahun lepas bagi memberi inspirasi kepada semua dan mengangkat peri pentingnya peranan yang dimainkan oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).



Buat masa ini, buku berkenaan tidak dijual kepada umum dan hanya untuk bahan bacaan di perpustakaan HKL.

 

Pertahan 3 negeri, buat kejutan di negeri pembangkang


 

Kongres Nasional Khas KEADILAN yang diadakan hari ini seharusnya membincangkan persiapan mempertahankan negeri yang mana KEADILAN jadi kerajaan dan berusaha untuk membuat kejutan di 3 negeri yang tidak dikuasai.



Hal itu dinyatakan dalam ucapan penghantar Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli dalam majlis makan malam KEADILAN, malam tadi di Shah Alam.



Selorohnya, parti beri 'jamuan makann yang sedap' maka selepas ini anggota dan pimpinan perlu berkerja kuat menghadapi PRN dalam tempoh 3 - 4 bulan akan datang.



"Bagi parti, malam sebelum kongres, 3 - 4 bulan sebelum PRN parti jemput dan raikan, bagi makan kambing yang sedap, sebab saudara saudari balik, ada 4 bulan untuk berkerja kuat. Supaya kita pertahankan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, kita buat kejutan di Kedah dan dapatkan prestasi terbaik di Kelantan dan Terengganu," katanya.



Bagi Rafizi tiada yang mustahil sekiranya anggota parti berusaha keras. Malah perjuangan 24 tahun untuk meletakkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang pada awalnya mustahil kini telah pun menjadi kenyataan.



"Tidak ada yang mustahil kalau melihat sejarah parti dan sejarah saudara Anwar. Tadi pun saudara Anwar sebut kita kadang kadang tak terlintas berada dalam kerajaan.



"Sebab masa kita untuk sampai ke sini panjang dan melibatkan pengorbanan semua orang terutama yang hadir dalam dewan pada malam ini," katanya lagi.

 

KALAU KE MAHKAMAH PUN BOLEH SAJA...KONON NAK BAGI TAU PENYOKONG WALAUN "AKU BERAN" I-AKHIRNYA KENA JUGA HADIR...KAH..KAH...KAH...LEBAI LEBAI....

 


Exco Terengganu yang kena waran tangkap tu kata, dia utamakan program rakyat sebab itu tidak hadir ke mahkamah. Tapi cuba tengok program yang dia hadiri. Semua program yang takkan batal walaupun dia tak hadir.

 

Rasmi kedai gunting rambut, iring MB dan rasmikan majlis. Sebenarnya majlis-majlis yang begitu, dia hantar wakil pun dah cukup. Tapi nampak macam sengaja nak ingkar arahan mahkamah. Padanlah kena waran tangkap.

 

Payah perangai lebai-lebai ni. Tak hormat Raja, tak hormat undang-undang, tak hormat mahkamah. Dia rasa dia boleh buat sesuka hati dia je. Mujur puak ni Allah tak izinkan bentuk kerajaan. Selamat rakyat. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

.

 


MUDAH SANGAT KALAU MACAM NI.

 

Ahmad shahril


Klu gitu diaorg 2 kali mengundi la nanti,sekali di kampung lepas tu tukar alamat pulak mengundi di selangor....harap kerajaan ambik perhatian.



LIVE- KONGRESS KHAS- Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli & Saifuddin Nasution: Kongres Nasional Khas ...

KASI SETTLE DULU AIR...

 

W.FAUDZIN


Elok la tu. Kasi setel masalah air tu dulu...takkan perenang sukma nak terjun atau

 berenang dlm air teh tarik kot...




Anwar jamu selera Menu Rahmah siswa RM3.50 di UKM



Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mencuba sendiri Menu Rahmah yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi ketika singgah makan tengah hari di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi. Pada kesempatan itu, Anwar dilihat mencuba beberapa Menu Siswa Rahmah yang disediakan antaranya ikan keli sambal, sayur dan ikan goreng.

SELEPAS SOLAT! RAKYAT TETAP X BERGANJAK SEHINGGA PM 10 DSAI BEREDAR!

MANA DIA LFL DUDUK- LAM GUA KA KAT MANA ?






Lawyer for Liberty (LFL) mana? Kalau pegawai DS Anwar buat laporan polis atas kenyataan Mahiaddin yang jelas fitnah dia kata zalim. Macamana dengan yang ini?

22 bahagian Bersatu Selangor buat laporan polis terhadap DS Anwar. Sedangkan apa yang DS Anwar cakap itu adalah pertuduhan yang memang dibuat oleh SPRM.

Kalau DS Anwar buat, zalim. Kalau Mahiddin buat, untuk keadilan? Hahaha... Memang benar, orang yang tak jujur sakit jiwa sejak Kerajaan Perpaduan terbentuk. Dah terbukti. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

STR- SUMBANGAN TUNAI RAHMAH- MACAMANA WALAUN- AMBIK KE DOK ?




 

ANWAR NI RAJIN MELAWAK- BUDAK UNIVERSITI NI TERGELAK SAKAN


 

PEMIMPIN DAN WALAUN KENA BANYAK TERCYDOK AKIBAT PEMIMPIN MEMFITNAH DAN TIDAK MERUJUK SUMBER


 

PENGELUARAN KWSP SEBELUM INI MASIH TIDAK BERJAYA MENYELESAIKAN MASAALAH- BEGINI CARANYA


 

ABAH ASPIRASI CABAR MB SANUSI BERBAHAS MENGENAI NEGERI KEDAH


 

PERBUALAN MENGENAI KXP KULIM- TESERLAH KEBODOHAN MB- RUPANYA TITAH TUANKU KEDAH MENGENAI LAPANGAN TERBANG KULIM KXP ADALAH MEMBACA TULISAN DARI PIHAK MB


 

BERITA KES JENAYAH SEKSUAL MENINGKAT DI KELANTAN-JENAYAH KES SEKSUAL KANAK KANAK ,KES CERAI DLL.


 

AMIRUDDIN - ADA WAKIL WAKIL PAS BERTEMU PM- AIKKKK...JUMPA PULAK PM ? KISAH DE FACTO- AMIRUDDIN KANEN KE AZMIN-


 

MRT BARU FREE SAMPAI UJUNG BULAN


 

USTAZ MUTHALIB DALAM SENARAI SIASATAN


 

ZUNAR DARI KARTUNIS KE PEGARAH FILEM


 

ANWAR DAN FITNAH SERTA APA JASANYA

 


*Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke 10, merupakan seorg tokoh besar yg meletakkan islam sbgai panduan, sbgai kompas  'ad-din' beliau mendidik agar rakyat bangsa dlm negara bukan hanya tahu, ttapi faham dn hormat sejarah perjuangan politik tanahair yg menobat kan islam rahmatan lill-alamin di kalangan masyarakat majmuk .. seiring jgn sama sekali menghina nista cerca adat resam budaya dn kepercayaan mereka yg bukan islam .. Anwar Ibrahim bukan sekadar diiktiraf di dunia antara bangsa, bahkan pmx.dsai telah bnyak mendapat anugerah doktor kehormat falasafah pelbagai universiti negara² maju dunia, dia juga bergelar profesor serta merupakan salah satu pensyarah jemputan yang mendapat bayaran termahal ikut kiraan minit kuliah yg di sampaikan .. abah Cow, maey  lambong dn hadiwang ada macam itu atau boley buat macam itu 🤔¿? 🫣😲🤣😆*

 

Semakin banyak 

*FITNAH* yang ditujukan kepadanya 

*(Anwar Ibrahim)* semakin jelas dan benarlah kenyataan 

*Imam As Syafie.*

 

*Anwar Ibrahim* 

seorang pemimpin yang sedang 

*’BERJUANG DILANDASAN YANG BENAR.'*

 

Anwar Ibrahim dan Pesan Imam As Syafie 

*(Pengasas Mazhab Syafie).*

 

1. Suatu hari bertanya seorang murid Imam As Syafie kepadanya;

 

2. Wahai Imam As Syafie...diakhir zaman nanti ramai pemimpin yang ZALIM...bagai manakah aku ingin mengatahui pemimpin yang berjuang pada landasan dan jalan yang benar?

 

3. Jawab Imam As Syafie; Kamu carilah pemimpin yang banyak 'Panah Fitna' menuju kepadanya...maka kamu ikutlah pemimpin yang difitnah banyak itu...kerana dia sedang berjuang di landasan yang benar.

 

4. Berikut adalah senarai FITNAH yang ditujukan kepada Anwar Ibrahim.

 

01. Difitnah agen CIA.

02. Dfitnah agen FBI.

03. Difitnah agen Amerika 

       Syarikat.

04. Difitnah agen Yahudi.

05. Difitnah agen Israel.

06. Difitnah agen China.

07. Difitnah agen India

08. Difitnah agen Kristian.

09. Difitnah agen George 

       Soros.

10. Difitnah agen Asing.

11. Difitnah proxy Yahudi.

12. Difitnah Perasuah.

13. Difitnah pengamal 

      LGBT.

14. Difitnah main bini 

      orang.

15. Difitnah Peliwat.

16. Difitnah main depan 

      belakang.

17. Difitnah Islam sesat.

18. Difitnah Islam Liberal.

19. Difitnah ada RM 3 

      Bilion.

20. Difitnah hanya mahu 

       jadi PM

21. Difitnah memiliki 

      Ladang IOI.

22. Dfitnah 

       bertanggungjawab 

       bawa Umno ke Sabah.

23. Difitnah menjatuhkan 

       PBS.

24. Difitnah beri IC kepada 

      PTI.

25. Difitnah rayu undi 

       kepada Nur Misuari.

26. Difitnah DALANG 

       pencerobohan Lahad 

      Datu.

27. Difitnah budak suruhan 

      IMF.

28. Difitnah Wahabi 

      kerana rapat dengan 

      Raja Saudi.

29. Difitnah menjatuhkan 

      Tun Mustapha Datuk 

       Harun.

30. Difitnah gila kuasa.

31. Difitnah memaksa 

      minta tanah di Sabah.

32. Difitnah kali langgan 

       pelacur.

33. Difitnah memberi 

       muka dan berlembut 

       dengan masyarakat 

       China.

34. Difitnah Boneka 

       Amerika Syarikat.

35. Difitnah melencap.

36. Difitnah kaki penipu 

      besar.

37. Difitnah kaki 

      sandiwara.

38. Difitnah berakhlak 

      rendah.

39. Difitnah mata lebam 

       tumbuk sendiri.

40. Difitnah tidak 

       bermoral.

41. Difitnah agen Komunis.

42. Difitnah seorang Gay.

43. Difitnah tidak sabar 

       mahu jadi PM.

44. Difitnah cakap baruah 

       kepada Azmin Ali.

45. Difitnah terburu-buru 

       mahu jadi PM.

46. Difitnah terlalu gairah 

       jadi PM

47. Difitnah mahu 

      menjatuhkan Tun 

      sedengkan ada 

      perjanjian.

48.Difitnah melakukan 

      Liwat di Singapura.

49. Difitnah ada bebarapa 

       akaun di luar negara 

       tetapi telah dinafikan 

       Wikileaks.

50. Difitnah jadi barua 

       Dap.

51. Difitnah Freemason.

52. Difitnah mahu 

       menjatuhkan Mahathir 

       dengan undi tidak 

        percaya di Parlimen.

53. Difitnah sebagai 

       dalang dibelakang 

       video seks Haziq.

54. Difitnah menjatuhkan 

       Azmin Ali sedangkan 

       Azmin Ali bukan 

       saingannya.

55. Difitnah sembahayang 

       hajat di Kuil.

56. Difitnah rakus kuasa 

       padahal Anwar 

       seorang DEMOKRAT 

       yang tidak gila kuasa,

       yang GILA KUASA 

       adalah seorang.      

       DIKTATOR.

57. Difitnah cakap barua 

      depan Mahathir.

58. Difitnah 

       menghapuskan hak 

       orang Melayu.

59. Difitnah kuda 

       tunggangan Dap.

60. Difitnah janji harga 

       minyak turun RM1.50 

       pada PRU 14 padahal 

       janji tersebut untuk 

       PRU 13 (Video Klip 

       yang tular/Viral )

61. Difitnah melakukan 

      salahlaku seks oleh 

      Yusuf Rawther.

 

5. Dato Seri Anwar Ibrahim sebelum memasuki Umno dan berpolitik pada tahun 1982 telah berjaya mencipta dan melakar sejarah sebagai ' Pendakwah dan Cendekiawan Muslim ' yang dihormati dikalangan negara-negara Islam dan Barat.

 

6. Sejak Dato Seri memasuki Umno dan berpolitik sehingga hari ini Dato Seri tetap konsisten menggunakan ' Pendekatan Islam ' dalam politik dan seluruh dunia Islam dan barat mengenali Dato Seri sebagai ' Muslim Democrats.'

 

7. Sehingga hari ini Dato Seri Anwar Ibrahim kekal dan Istiqomah terus ' Berdakwah dijalur Politik dan Berpolitik dijalur Dakwah.'

 

8. Dato Seri Anwar Ibrahim mendapat Sanad Pengajian Pondok Manabil Ulum Penanti,Pulau Pinang,dari Gurunya ia itu Tuan Guru Haji Salleh Othman Al-Makki.Anwar Ibrahim seorang yang warak,taat dan berpengetahuan dalam Agama Islam.

 

9. Adakah Anwar Ibrahim termasuk dalam golongan pemimpin yang dimaksudkan oleh Imam As Syafie?

 

*RENUNG RENUNGKAN LAH*

Itu sedikit sebanyak cabaran dan dugaan yg Anwar Ibrahim

lalui & hadapi utk renungan sahabat2 seperjuangan semua.

 

*FAKTA, KENYATAAN & REALITI*

 

 


SANUSI FITNAH APA LAGI ?

 

Ni nak habaq sikit pada menteri besar Kedah, hang merapu apa sampai kata Anwar pi Amerika...pi China bukan nak tarik pelabur tapi katanya kerajaan Malaysia janji pd US nak buat pusat tentera Amerika di Sabah ?

 

Wahai Nusi, sebelum Anwar pi ke negara luar cari pelabur asing dan memeterai persefahaman 2 negara, Wisma Putra & PMO akan hantar dulu wakil utk berunding. Sudah tentu negara2 asing itu juga punyai menteri luar & bhg ekonomi utk berbincang apa pula manfaat ekonomi utk mereka.

 

Sbg contoh pergi ke Indonesia, Jokowi dan menteri bincang hal amah, sempadan perairan, kos bawa masuk pekerja, beberapa pelaburan, bincang pemutihan pekerja haram yg hampir 6juta bekerja secara haram di Malaysia. 

 

Singapore pula, kita ambil pendirian dan cuba berunding isu Pulau Batu Putih, masalah trafik di sempadan Johor & Singapore dll.

 

Sebelum Anwar sampai, dgn maklumat dua hala...Malaysia dh tahu apa yg mereka nak tanya akan beberapa isu. Dari sini PM akan bincang dgn jabatan2 menteri masing2, kelak bila sampai...kita dh ada jawapan yg bertepatan.

 

Jadi bila kita inginkan pelaburan asing (FDI) utk melabur di Malaysia yg mampu buka peluang kerja kpd tempatan, kerajaan akan merangka lebih awal dan ada wakil yg akan berunding terlebih dahulu.  Akhirnya Tesla setuju, Amazon yg tahan pelaburan ketika Muhyiddin & Ismail Sabri memerintah, kini ambil keputusan utk melabur bawah pentadbiran Anwar. Banyak lg kekuatan pelaburan yg Malaysia cuba bawa masuk di bawah tangan sdra Anwar.

 

Tang mananya kerajaan Malaysia janji nak buka kem tentera US di Sabah ? 

 

Apa ingat YDP Agong & Raja-Raja Melayu tu bisu ka sampai benarkan nak buka kem tentera US di Sabah ? Tak fikir ka apa reaksi hubungan kerajaan Malaysia & China bila US buka kem tentera ? Apa pula kesan pd Filipina & Indonesia ? 

 

Cakap main lebong ikut sedap mulut ja sana sini. Bukannya cuba cari idea nak majukan ekonomi negeri. 

 

Kesalahan yg paling nyata dlm isu nak buat projek lapangan terbang, dia pi bincang dgn Syed Mokhtar & sykt dr asing utk melabur. Tidak ada usul ke kementerian pengangkutan, kajian fisibiliti, kos2 awal yg terpaksa di tanggung kerajaan, pemerolehan tanah. 

 

Dia main buat pelan model lapangan terbang ja tanpa landasan, lepastu minta kerajaan Malaysia lulus. 

 

Mcm mana rakyat Kedah buleh dapat MB mcm ni. Tu masing2 rakyat Kedah mula berkata, kesialan apa sampai air kopi keroh dr paip yg di alami oleh Kelantan, kini Kedah pula yg terima bahana. 

 

Rosak pemikiran Nusi ni. Main tibai asalkan buleh ja nak fitnah.

 

Gino Marvela.

 


KENYATAAN MEDIA PDRM







 

SANUSI- HANG JAGA 2 TAHUN SEDANG TUNGGU- 2 TAHUN BUKAN LAMA- SAT JA-Isham kilas Sanusi dan Fadli..huhu #politikmalaysia #ishamjalil #pn #san...

Pantun 'dah isteri dua' gamatkan dewan - 'Satu pun pening, jangan cari p...



Pantun mengenai 'isteri dua' dari ahli parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman ketika hendak bertanya kepada Menteri Pertahanan Mohamad Hassan mengundang tawa dari ahli dewan rakyat.



Anwar cuba sendiri Menu Siswa Rahmah



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencuba sendiri Menu Siswa Rahmah, yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

RENTETAN KWSP- KENAPA SEBAHAGIAN SEBAB MUSABAB TIDAK DAPAT PENGELUARAN KWSP




Tempoh hari GM ada tulis akan isu KWSP, dan sebabnya kenapa kerajaan tidak luluskan pengeluaran, dividen yg kurang & sekiranya KWSP nak luluskan pengeluaran, maka dlm saat tidak cukup kecairan nak beri...KWSP terpaksa melepaskan beberapa pegangan saham & aset harta.

Nah...bukti ada dlm gambar ini.

Kalau ikut perspektif sykt Sunwei REIT, mmg akan tunjuk kepada pengembangan pelaburan & meningkatkan aset.

Jika ikut perspektif KWSP pula, anak sykt KWSP iaitu Kwasa Properties terpaksa menjual pegangan 6 pasaraya runcit Giant kepada Sunway REIT utk dapatkan kecairan wang dgn cara jual aset & hartanah.

Tadi GM baca fb online Berita Harian, kebanyakan menulis:

- Sial, rakyat minta duit kwsp nak keluar, dia kata takde duit. Boleh pula beli 6 pasaraya.

- Berhentilah nuar, duit kwsp ko joli beli pasaraya.

- Suruh buat loan cagar kwsp, beli pasaraya guna duit pencarum boleh pulak?

Tu cuba baca...ada penyokong puak kelarah yg menulis tu faham? Anak sykt KWSP tu jual pegangan ekuiti saham & aset nak dapatkan kecairan tunai. Maksudnya terpaksa lepaskan saham berharga semata nak timbal pendapatan (short term).

Nanti, pasti akan ada yg puak kelarah tu cakap, dulu jual tabung haji. Lani jual pula aset2 yg kwsp ada.

Abih tu, dah puak nkorang yg nak sangat duit kwsp keluar sampai RM10k, kwsp nak cari duit dari mana nak bagi rakyat lepas puak kerajaan tebuk atap dh baham 600bilion sewaktu pkp & lockdown covid? Bukankah terpaksa jual aset, pegangan saham & hartanah demi nk dapatkan kecairan tunai?

KWSP itu bukan bank, ia cuma tempat simpan duit rakyat utk hari tua. Maka kwsp mmg akan guna duit pemegang melabur dlm banyak ekuiti. Hasil untung ekuiti itu setelah di campur dlm pelbagai saham & aset, barulah di kira dividen nak bg kepada penyimpan.

Tahun depan bila aset berkurang, dividen kurang...mulalah melalak tak tentu hala. Sdra Anwar tu dh kata tak benarkan pengeluaran kwsp, sebab nak jaga kepentingan rakyat juga. Mmg tindakan taknak bg keluar kwsp tu tidak popular tp utk jangka panjang ia manfaat buat peminjam dari kita terpaksa jual pegangan semata nak sedapkan hati penyimpan keluar kwsp utk beraya.

Dah kebas RM600bilion, desak nak kwsp. Tampung kecairan dgn jual aset semasa pasai duit nak bg tak cukup, kelak nanti puak lebai tu dok kata Anwar jual aset kwsp.

Nkorang ni nak apa sebenarnya...!!!

Pekat sangat pengat tahi dlm kawah.

Tu Giant sbg contoh. Kalau tak cukup lg duit, terpaksa jual kepentingan penting sprt pegangan Plus dan terlepas ke tangan luar...sapa nk di persalahkan ?

 

YB BOLEH SAJA SAMAN MEREKA- RAKYAT SOKONG




MOHD SHAH RIM
 

Berat dugaan YB Hannah yang terus jadi sasaran sejak 2018.. Semoga beliau tabah dan terus berkhidmat untuk negara.



SIAPA BAKAL MENGISI 3 NAIB PRESIDEN DITENTUKAN ESOK

 

Esok, 18 Mac adalah hari pemilihan bagi memilih kepimpinan UMNO di peringkat pusat dan bahagian-bahagian di seluruh negara.

Semua 191 bahagian UMNO akan mengadakan mesyuarat masing-masing secara serentak.

Bagi peringkat MT, disebabkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO diputuskan tiada pertandingan, persaingan paling menjadi perhatian tentunya ialah untuk jawatan Naib Presiden.

Seramai kira-kira 160,000 perwakilan seluruh negara akan memilih tiga Naib Presiden daripada lapan calon yang menawarkan diri.

Bagi merebut jawatan Ahli MT pula, seramai 95 calon menawarkan diri untuk merebut 25 kerusi tersebut.

Siapakah paling mungkin dipilih bagi merebut tiga kerusi Naib Presiden UMNO kali ini?

Tinjauan dengan sejumlah ahli dan pemimpin UMNO di beberapa negeri mendapati, bagi jawatan Naib Presiden, calon paling menjadi pilihan setakat ini ialah Johari Ghani, Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan serta bekas Menteri Kewangan Kedua dan Hasni Mohammad, bekas Menteri Besar Johor dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.

Rata-rata yang ditinjau pendapat mereka kelihatan lebih cenderung untuk memberikan undi mereka kepada kedua-dua pemimpin terbabit berbanding calon-calon lain.

Johari menjadi pilihan kerana beliau dilihat pemimpin yang ada nilai tambah kepada parti susulan banyak pandangan yang dilontarkannya berkaitan permasalahan ekonomi negara dilihat relevan dengan hakikat isi poket rakyat.

Baru-baru ini juga beliau dilantik mengetuai pasukan petugas bagi menyelesaikan beberapa isu membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lantikan beliau diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat selepas bersetuju dengan kritikan Ahli Parlimen Titiwangsa itu berhubung penyelesaian kerajaan dengan Goldman Sachs bernilai AS$2.5 bilion.

Hasni pula menjadi pilihan atas kewibawaannya selaku “poster boy” PRN Johor sehingga BN mencapai kemenangan dua pertiga yang kemudian disusuli rasa simpati lantaran beliau tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas itu.

Ini bermakna, jika kecenderungan itu benar-benar diterjemahkan pada hari pengundian esok, Johari dan Hasni dilihat berada dalam kedudukan paling selesa untuk mengisi dua kerusi Naib Presiden kali ini.

Ini sekaligus bermakna, bagi satu lagi kerusi Naib Presiden yang tinggal, ia akan menjadi persaingan yang sengit antara enam calon yang berbaki.

Mereka ialah Khaled Nordin, Mahadzir Khalid iaitu penyandang Naib Presiden sedia ada, Azalina Othman Said, Reezal Merican Naina Merican, Wan Rosdy Wan Ismail dan Yusof Musa Jamaluddin.

Dapatan secara umum melalui tinjauan dengan perwakilan negeri-negeri mendapati tidak ada ketentuan yang ketara siapa yang bakal memperolehi undi selesa bagi mengisi satu lagi kerusi Naib Presiden itu.

Ini kerana perwakilan didapati mempunyai kecenderungan yang berbeza-beza tentang siapa pilihan mereka.

Ada perwakilan dilihat cenderung untuk memberi undi kepada Azalina berikutan beliau merupakan calon wanita tunggal yang bertanding bagi jawatan itu.

Kemenangan Dr. Noraini Ahmad mengekalkan jawatan Ketua Wanita UMNO minggu lalu dilihat mampu memberi sedikit kelebihan kepada Azalina.

Ada juga perwakilan cenderung untuk memberi undi kepada Wan Rosdy atas kedudukannya sebagai satu-satu calon yang berjawatan Menteri Besar.

Selebihnya, perwakilan didapati ada yang mahu memberi undi kepada Khaled atau Mahadzir atas kedudukan mereka sebagai penyandang jawatan tersebut.

Terutama Khaled yang berjawatan menteri dan penyokong kuat Presiden UMNO, beliau dipercayai akan mendapat sokongan yang lebih daripada kelompok tersebut.

Namun, kemampuan Mahadzir dalam memberi cabaran tidaklah boleh dipandang ringan, meskipun beliau kalah dalam PRU15 baru-baru ini dan tidak menyandang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Beliau dikatakan mempunyai rangkaian yang meluas dalam parti, selain keperibadiannya yang mudah mesra dan pemurah sejak dulu lagi.

Dalam pada itu, bagi kerusi MT, agak susah dijangka siapa pemenangnya kerana terlalu ramai calon yang bertanding dan sehingga ini beberapa cai juga turut tersebar di media sosial.

Meskipun begitu, adalah dijangka ia adalah kombinasi yang seimbang antara yang pro Presiden UMNO dengan mereka yang tidak begitu sebulu dengannya.

Peringatan Zahid Hamidi malam tadi agar perwakilan tidak memilih calon proksi dalam barisan kepimpinan baru UMNO di peringkat pusat adalah petanda kebimbangan itu dan beliau nampaknya menyedari hakikat tersebut sedang berombak dalam UMNO menjelang hari pengundian esok hari. – ShahbudinHusin 17/03/2023.