WALAUN DAN LEBAI SERTA MAHACAI ...DOK LAM GUA PA...JIKA TERJADI PADA ANDA ..JANGAN PECAYA MEREKA SEMUA

 






Mohon pendapat dan pandangan Walaun/walauntit tentang perkara ini....dulu byk fakta yg depa bagi..la ni sunyi sepi..sekian terima kasih..🥱🥱🥱

PETANG PETANG NI KITA BACA YANG RINGAN RINGAN SAHAJA...FIKIR KENA BANYAK.....




 

ZUNAR- BUDAYA SAPOOOO ALA MALAYSI



ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB
 

KENAI SIAPA YANG CIUM TANGAN NIH-UKA TAK MALU..HA.HA..HINA HINA


 

SIKAP PEMALAS AMAT MEMBIMBANGKAN. KALAU TANYA ORANG BERNIAGA ..MEREKA LEBIH MEMAHAMI ANTARA PEKERJA MELAYU DAN WARGA ASING


NORMAN RADZUAN



Tiada pekerja warga asing pun kita susah

SIKAP ANAK2 MUDA MEMBIMBANGKAN

Saya tak salahkan 100% kebanjiran pekerja asing. Tanpa mereka boleh hancur ekonomi negara. Sebab anak2 tempatan ramai nak kerja gaji besar tapi malas. Kena tegur berhenti kerja. Dapat gaji terus lari… Datang lambat dgn bermacam mcm alasan… bab disiplin hancur.

Cuba tgk pengawal keselamatan dari Nepal atau Bangladesh. Mereka lebih kemas dan berdisiplin. Pengawal kita jam 11 malam ramai yg dah tidur, tak ada di post atau dah pakai singlet je tgh malam. Ini yg diceritakan kpd saya.

Sektor perladangan dan pembinaan kalau tiada pekerja asing hutanlah ladang dan tiada la bangunan pencakar langit. Ini hakikat atau fakta bukan sekadar sindiran.

Begitu juga pekerja2 restoran… anak tempatan kerja sebulan dua hilang. Disiplin entah kemana. Ramai tauke2 restoran mengadu masalah mereka ialah pekerja bukan customer.

Apapun saya berharap perlu ada kawalan pekerja asing. Sebab bimbang ada yg ambil kesempatan kemasukkan pekerja atau buruh asing atas dasar keuntungan dan komisen.

Saya berharap peluang pekerjaan perhotelan, kedai fast food, convenience store hendaklah diberi kpd anak2 tempatan sahaja. Bimbang anak2 muda tempatan hanya menguasai e hailing seperti Food Panda atau Grab Food dan pemandu Grab sahaja.

Isu ini mestilah dibincangkan dlm wacana khas. Ia bukan sahaja soal warga asing tetapi sikap anak2 muda. Jgn pandang remeh jgn sampai terlambat, bimbang anak2 muda yg cerdik pandai belajar ke menara gading hanya minat menyertai politik utk mudah menjadi kaya dgn duit rasuah….

Fikir fikirkan lah jgn anak2 kita esok terpaksa cari duit haram utk hidup. Sb skg ini dari kayangan sampai ke peon makan rasuah. Dari bina bangunan hingga bina jamban ada rasuah. Tak kira yg berseluar yankee atau berjubah… semua tak hairan lagi utk makan rasuah. Malu apa bos ku!

 

TAKZIAH BUAT KELUARGA ADAM..SELEPAS BERTAHUN- PEMBELA TERUTAMA MENTERI AGAMA..KAK LAH..PIMPINAN UMNO YANG LAIN WALAUN DAN MAHACAI SEDAR MEREKA GAGAL UNTUK SELESAIKAN KES. MENGGANGGU KELUARGA ADIB...KERAJAAN TETAP GAGAL JUGA.

 

Keluarga Muhammad Adib tarik rayuan, tidak mahu panjangkan kes


Sinar Harian
Keluarga Muhammad Adib tarik rayuan, tidak mahu panjangkan kes
Keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menarik balik rayuan berhubung permohonan mengkomitkan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas atas tuduhan menghina mahkamah. -Gambar fail/Facebook @Lang Buana
PUTRAJAYA: Keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menarik balik rayuan berhubung permohonan mengkomitkan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas atas tuduhan menghina mahkamah.
Firma guaman, Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates yang mewakili keluarga Muhammad Adib berkata, arahan itu dibuat oleh keluarga Muhammad Adib kerana tidak lagi mahu memanjangkan perkara tersebut.
"Susulan daripada arahan keluarga Muhammad Adib agar rayuan bapanya, Mohd Kassim Abdul Hamid ditarik balik, peguam telah memfailkan Notis Menarik Balik Rayuan pada 31 Mei lalu, diikuti Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mewakili Tommy Thomas memfailkan penarikan rayuan pada Selasa,"
 Menurutnya, pihak keluarga Muhammad Adib menganggap bahawa proses dan prosiding penghinaan mahkamah terhadap Tommy Thomas dan AGC selesai dan tamat di sini.
"Mereka turut berharap agar masyarakat dapat membenarkan ahli keluarga arwah untuk meneruskan kehidupan dengan memandang ke hadapan serta memulakan kehidupan baharu," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

PM UCAP TAHNIAH KEPADA PEMAIN..PENONTON UCAP TAHNIAH PADA PEJA...LIHAT APA YANG PEJA DAPAT....

 

PM ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023


Bernama
PM ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023
Ismail Sabri turut hadir menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Bangladesh dan memberikan kata-kata semangat apabila Harimau Malaya menjaringkan gol. - Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memuji dan mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang layak ke Piala Asia 2023 sekali gus menamatkan penantian selama 43 tahun untuk beraksi dalam saingan tersebut.
Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga dengan barisan pemain kebangsaan yang berjuang hingga ke tiupan wisel terakhir apabila membenam Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.




PENONTON MEMBUAT TEMPAHAN BANNER GERGASI UNTUK PEJA..MALU KAN....

TAKUT APA..PAS BUKAN NAK MENANG BANYAK PUN...KALI NI RAKYAT DAH FAHAM..ADA JAWATAN MAKAN SAGON SAJA....KAH..KAH...JANJI TINGGAL JANJI

 

PRU bukan prioriti - Takiyuddin

Bernama
PRU bukan prioriti - Takiyuddin
Kerajaan ketika ini adalah stabil dan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU15) adalah bukan prioriti, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan ketika ini adalah stabil dan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU15) adalah bukan prioriti, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut mengulangi pendirian bahawa kerajaan masih mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan negara dari konteks ekonomi dan kesihatan pasca pandemik COVID-19.
"Bagi saya, pilihan raya bukan prioriti, kita punyai kerajaan yang stabil, mendapat sokongan pula daripada parti termasuk pembangkang, ada memorandum persefahaman (MoU) dan sebagainya. Tiada sebab kenapa perlunya pilihan raya tergesa-gesa..
"Bukan isu takut kalah, lawan tetap lawan dan ia terpulang kepada rakyat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
PRU15 mesti diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan September 2023, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen kini terbubar secara automatik pada 16 Julai 2023. - BERNAMA

NASIB LA MAHIADDIN....BUKAN SENANG JAGA JAGA KATAK LOMPAT...DENGAN ANWAR PUN DEPA TAK HORMAT DENGAN ENGKAU LAGI LA DEPA MAIN MAIN

 

Azmin, Rashid akan tinggalkan Bersatu? Ini penjelasan Muhyiddin...





Muhyiddin menafikan Azmin dan Rashid akan mengikut jejak Zuraida meninggalkan Bersatu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan desas-desus Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Rashid Hasnon akan meninggalkan parti mengikuti jejak Datuk Zuraida Kamaruddin.
Menurut Muhyiddin, dakwaan dua Ahli Parlimen dari parti berkenaan akan meninggalkan Bersatu adalah tidak benar.
Bahkan, tegas bekas Perdana Menteri itu, beliau dan dan Mohamed Azmin sering berbincang mengenai masa depan Bersatu.
Sementara Rashid pula, jelas Muhyiddin, tidak pula memaklumkan hasratnya meninggalkan Bersatu ketika bertemu dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Kata Muhyiddin, dakwaan Timbalan Speaker Dewan Rakyat akan mengikut jejak langkah Zuraida juga tidak berasas dan memperlihatkan ada pihak yang takut dengan Bersatu.
"Kenapa tak kata semua keluar (Bersatu)? Lagi besar berita… setahu saya tidak betul (Azmin, Rashid keluar Bersatu) saya rapat dengan Azmin. Dia adalah menteri yang datang daripada Bersatu dan kita kerap berbincang bukan saja soal masuk keluar, soal masa depan.
"Datuk Rashid saya ada jumpa ketika sambutan hari raya, tidak ada cerita pasal nak keluar parti, cuma cerita makan ketupat sahaja.
"Jadi pada saya desas desus ini tidak benar, kenapalah nak beri tumpuan kepada Bersatu, apa nak bimbang sangat dengan Bersatu? Parti kecil sahaja… jadi kalau tidak ada cerita itu lagi baik,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat keenam Majlis Pemulihan Negara (MPN), di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa Azmin dan Rashid dijangka melompat parti dan dikatakan akan mengikut jejak Zuraida menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Ditanya status penganti Zuraida sebagai menteri dari Bersatu, Muhyiddin berkata, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, akan mengadakan pertemuan dengannya selepas bertemu dengan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu.
“Saya beritahu bahawa pendirian kita bahawa Zuraida dahulu duduk (sebagai menteri) atas kapasiti sebagai ahli Bersatu dan memang semenjak dulu kuota itu adalah kuota Bersatu.
"Tetapi keputusan melantik siapa itu hak perdana menteri dan kita akan calonkan nama yang dianggap sesuai untuk menggantikan Zuraida,” katanya lagi.

SEKOLAH DAIF DI MALAYSIA....AMAT MEMALUKAN..BANYAK LAGI DI SABAH DAN SARAWAK...TAPI RAKYAT DISANA SUKA PADA PEMERINTAH YANG ADA.

 

MOHD FADLI SALLEH

ISMAIL SABRI PERLU JADI BERANI, TAMATKAN POLEMIK TARIKH PRU DENGAN SEGERA!!


 Ribut-ribut mengenai sama ada PRU15 perlu diawalkan atau tunggu sehingga tempoh tamat penggal Parlimen sedia ada ini berakhir masih lagi menjadi perdebatan yang berpanjangan serta tiada kesudahan.

Yang peliknya, bukan saja parti-parti dalam kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob yang seharusnya mereka itu bersatu hati tapi nampak terus berbalah tanpa henti-henti mengenainya, malah dalam UMNO sendiri juga tiada kata sepakat berkenaan dengannya.

Sementara UMNO sebagai sebuah parti dalam kerajaan telah membuat keretapan mahu PRU15 diadakan sesegera yang boleh, tetapi parti lain yang sama-sama dalam kerajaan, terutamanya Bersatu dan Pas, berpendirian sebaliknya.

Bersatu dan Pas berpendirian tiada keperluan Parlimen dibubarkan sekarang dan ia seeloknya dilakukan bila penggal Parlimen ini tamat tempoh iaitu Julai 2023.

Selain itu, walau diketahui UMNO telah membuat ketetapan mahu PRU15 disegerakan dan ia hendaklah diadakan lebih dahulu sebelum pemilihan parti melalui keputusan sebulat suara dalam PAU2021, kemudian disusuli dengan pindaan perlembagaan yang menetapkan perkara yang sama, seterusnya disemarakkan lagi dengan BN mengadakan konvensyennya, ketetapan itu bagaimanapun ternampak tidak dipatuhi oleh sebahagian pimpinannya sendiri.

Pemimpin UMNO yang berada dalam kabinet dan diketahui tidak sebulu dengan Presiden, Ahmad Zahid Hamidi, secara umumnya menentang PRU awal serta mahu ia dilewatkan sehingga habis penggal.

Mereka juga sedang bersungguh-sungguh mengeluarkan kenyataan demi kenyataan untuk meyakinkan Perdana Menteri supaya sependirian dan tidak goyah hati.

Pimpinan utama UMNO atau dikaitkan dengan gelaran kluster mahkamah pula terus menekan dan mengasak Ismail Sabri agar akur kepada ketetapan parti, dengan sandaran utama yang dicanangkan ialah mood rakyat didakwa sedang memihak kepada BN ketika ini.

Kebelakangan ini pula, perdebatan antara UMNO dengan Pas mengenai sama ada PRU perlu diawalkan atau dilewatkan tambah hangat memenuhi dada media dan dinding media sosial.

Selain UMNO berbalah sesama sendiri dan UMNO juga berbalah dengan parti-parti yang sama-sama menyokong kerajaan, tetapi perbalahan dengan Pas akhir-akhir ini nampaknya begitu serius, termasuk ada yang mendakwa Zahid Hamidi mahu PRU segera kerana dikatakan takut masuk penjara serta UMNO juga sebagai gila kuasa.

Perbalahan yang berterusan dan sehingga menyentuh hal-hal sensitif itu memberi petunjuk bahawa UMNO dan Pas memang tidak boleh berbaik dan seperti ditakdirkan akan berkelahi sampai ke mati.

Seperti mana kita sedia maklum, sama ada PRU mahu diawal atau dilewatkan, ia adalah hak Perdana Menteri menentukan waktu yang sesuai untuk menasihati Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Sedemikian itu, berterusan berbalah mengenai tarikh PRU yang mana ia sebenarnya bukan bidang kuasa mana-mana pihak yang berbalah itu untuk masuk campur, selain Perdana Menteri yang ada hak mengenainya, tetapi tidak pula dinafikan yang akhirnya menerima kesan dan dipandang tidak cantik di sebalik perdebatan yang berpanjangan ialah Perdana Menteri sendiri.

Selama ini banyak, sama ada di dalam UMNO atau di luar UMNO melihat Ismail Sabri tiada pendirian yang benar-benar jitu berkenaan penentuan tarikh PRU.

Kenyataan beliau dilihat sering berubah mengikut pentas di mana beliau berdiri dan ia sudah tentu menjadi satu sebab polemik itu terus berpanjangan sehingga sekarang.

Di atas pentas UMNO, selaku Naib Presiden parti, antara kata-katanya sebelum ini ialah beliau akan berbincang segera dengan “Top Five” kepimpinan UMNO berkenaan tarikh PRU15 serta tidak akan melewatkan walau sesaat pun jika jentera parti telah bersiap sedia.

Kenyataan seperti di atas memperlihatkan beliau benar-benar akur dengan kehendak parti dan sedia memenuhinya, cuma sudahkah ada perbincangan dengan “Top Five” dan kenapa setelah beribu minit berlalu, masih tiada juga ternampak bayang Parlimen akan dibubarkan?

Tetapi, di luar UMNO beliau menyebut, kuasa menentukan pembubaran Parlimen bukan hanya terletak di tangan Perdana Menteri secara individu, tetapi secara kolektif melalui persetujuan kabinet.

Kemudian, beliau juga menyatakan sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk diadakan PRU15 kerana rakyat sedang susah, harga barang mahal dan inflasi kian meninggi.

Minggu lalu pula, beliau berkata, di sebalik mandat ada padanya untuk menasihati Agong, kuasa sebenar berkenaan pembubaran Parlimen adalah di tangan baginda.

Ini kerana katanya, Agong boleh tidak bersetuju berkenaan pembubaran Parlimen yang dicadangkannya.

Kenyataan-kenyataan yang berbeza nada itu dengan sendirinya merangsang polemik terus berpanjangan dengan masing-masing jadi kreafif mengeluarkan kenyataan dan memberi alasan.

Namun demikian, sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri sebenarnya boleh bertindak menamatkan polemik berkenaan tarikh PRU15 ini daripada terus diperkata, apalagi berpanjangan tanpa kesudahan.

Meski Ismail Sabri adalah Perdana Menteri yang bukan memegang jawatan Presiden UMNO sebagaimana semua Perdana Menteri daripada UMNO sebelum ini, tambahan lagi fokus kerajaan ketika ini ialah untuk memulihkan ekonomi dan memberi kesejahteraan kepada rakyat, inilah masa yang sesuai untuk beliau segera menunjukkan ketegasannya.

Dalam hal ini, kalau pun tidak cukup berani mengatakan Parlimen hanya akan dibubar tahun depan atau sehingga tarikh penggal Parlimen berakhir, memadai dengan berpendirian tegas bahawa PRU15 tidak akan diadakan dalam waktu terdekat ini selagi isu ekonomi dan kesejahteraan rakyat tidak berjaya diatasi sebaiknya serta dalam masa yang sama meminta UMNO iaitu partinya sendiri, menghentikan segera desakan agar Parlimen dibubarkan secepat mungkin.

Kalau sebelum ini beliau pernah mengatakan, PRU15 tidak akan dilewatkan walau sesaat sekali pun, apa salahnya pula jika beliau berpendirian lebih baik ia dilewatkan berdasarkan situasi semasa negara sambil menggesa semua pihak melupakan hal-hal politik, sebaliknya menumpukan kepada masa depan rakyat dan negara terlebih dahulu?

Tidak perlu lagi untuk beliau menunjukkan nada keinginan yang tidak sama ketika di pentas yang berbeza.

Jika ini dapat dilakukan, percayalah, Ismail Sabri mampu mendapat lebih kepercayaan daripada rakyat kerana beliau akan dilihat sebagai ketua kerajaan yang tidak tunduk kepada nafsu pemimpin dan kehendak partinya sendiri, tetapi benar-benar mengutamakan kehendak rakyat yang belum begitu gembira untuk keluar mengundi dalam PRU.

Beranikah Ismail Sabri?. – ShahbudinHusin 14/06/2022.




HUSAM MUSA : KESAN EMPANGAN NENGGIRI :

 









KESAN EMPANGAN NENGGIRI :

PUSAT SEJARAH TERPENTING KELANTAN AKAN BERKUBUR DI BAWAH AIR SELAMANYA

Pembinaan Empangan Nenggiri akan menyebabkan sebahagian Bumi Kelantan akan tenggelam selama-lamanya.

Apakah perkara-perkara yang akan tenggelam sampai bila-bila itu?

Sebagai Rakyat Kelantan, wajar untuk kita fahami kesan-kesan negatif dan kekal yang akan timbul dari Projek Empangan Nenggiri yang nampaknya sangat dibanggakan oleh sesetengah pihak.

Melalui posting ini, saya melaksanakan tugas saya untuk berkongsi info untuk pengetahuan bersama.

Info ini saya petik dan kongsikan dari RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK EMPANGAN NENGGIRI OLEH UKM PAKARUNDING SDN BHD.

Berikut saya perturunkan laporan itu secara petikan terus, kecuali satu dua para yang bersifat terlalu akademik yang saya tinggalkan :

'Lembangan Sungai Nenggiri yang terletak di Hulu Kelantan mempunyai banyak tinggalan-tinggalan warisan kebudayaan yang antaranya ialah tapak-tapak arkeologi zaman prasejarah dan protosejarah.

Tapak-tapak ini amat signifikan dalam perkembangan sejarah di negeri Kelantan, terutamanya tapak yang terkenal SEPERTI GUA CHA DAN GUA CHAWAS YANG MENONJOLKAN ARTIFAK YANG MEMBENTUK KRONOLOGI SEJARAH AWAL NEGERI KELANTAN.

Fungsi utama Gua Cha ini adalah sebagai tempat perkuburan masyarakat Hoabinhian dan juga Neolitik sejak 12,000 hingga 13,000 ribu tahun yang lalu.

Sebuah lagi gua yang mempunyai fungsi yang sama, iaitu tapak perkuburan, ialah Gua Peraling yang terletak berhadapan dengan Sungai Perias.

Gua Jaya dan Gua Chawan yang terletak di pertemuan antara Sungai Jenera dan Sungai Nenggiri digunakan sebagai tempat untuk menghasilkan alat batu Hoabinhian manakala di Gua Jaya telah ditemui beribu-ribu serpihan tembikar tanah yang digunakan untuk memasak, menyimpan makanan atau menyimpan air bersih.

Tapak yang paling penting di lembangan Sungai Nenggiri ialah Gua Cha yang telah pun didaftarkan dalam Daftar Warisan di bawah nombor pendaftaran GUA CHA P.U. (B)292 16 Jun 2016

Pendaftaran ini membolehkan Gua Cha dilindungkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan Pelan Pemeliharaan Gua Cha (yang seharusnya meliputi kawasan Zon Teras dan juga Zon Penampan) mencegah sebarang aktiviti pembangunan di kawasan tersebut'.

Petikan di atas saya ambil sepenuhnya dari muka 27 Ringkasan Eksekutif UKM Pakarunding itu.

Apa pula cadangan UKM Pakarunding mengenai hal ini?

Antara lain UKM Pakarunding mencadangkan seperti berikut :

• 'Semasa aktiviti kuari dan pembalakan, ada kemungkinan tapak-tapak Neolitik yang terletak berhampitan sungai atau muara sungai akan ditemui.

• Aktiviti ini akan memusnahkan tapak-tapak arkeologi tersebut jika tiada pemantauan berterusan ketika kerja-kerja ini dilakukan.

• Sebarang aktiviti kuari yang melibatkan bukit-bukit yang mempunyai gua seharusnya dilaporkan terlebih dahulu kepada pakar arkeologi. Ini adalah untuk memastikan sama ada gua tersebut mempunyai potensi arkeologi ataupun tidak.

• Langkah-langkah mitigasi yang boleh dilakukan adalah pemantauan berterusan terhadap kemungkinan terbongkarnya tapak arkeologi terbuka di kawasan pembalakan dan aktiviti kuari.

(Ringkasan Eksekutif UKM Pakarunding Projek Empangan Nenggiri - muka surat 28)

Cadangan-cadangan ini sangat mustahak dipatuhi. Kecuali kita lebih mundur dari manusia zaman gua. Mereka mungkin lebih memahami nilai sejarah dengan meninggalkan lukisan-lukisan kuno di dinding-dinding gua di sini.

Pertanyaan kita sekarang : APA PERSIAPAN TNB, KERAJAAN KELANTAN, JABATAN WARISAN NEGARA DAN KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA UNTUK MEMATUHI CADANGAN PAKAR RUNDING INI?

Bersambung InsyaAllah.

Husam Musa

14 Jun 2022

#SaveKelantan

#SelamatkanKelantan

 

HEBAT MALAYSIA DIBAWAH KERAJAAN PN-BN NI...PAS SEKALI PATUT DIUCAPKAN JUGA...




 

KHAS UNTUK MENTERI BELIA DAN SUKAN




 

JASA ARSHAD AYUB

 

NIK HASYUDIN

Anak Cucu Cicit Arshad (ACCA)




Anak Cucu Cicit Arshad (ACCA)

Bila Arshad Ayub diberi tanggungjawab untuk mentadbir Institut Teknologi MARA (ITM), beliau memperkenalkan beberapa kursus profesional seperti ACCA (perakaunan) dan ICSA (kesetiausahaan syarikat).

Tujuannya mudah sahaja. Jika anak-anak ITM berjaya mendapatkan kelulusan demikian, mereka sudah setaraf dengan mana-mana manusia di muka bumi ini yang mempunyai kelulusan yang sama. Tak perlu apa-apa bukti lain lagi.

Baru-baru ini anak-anak ini telah meraikan Tun Arshad Ayub sempena penganugerahan Seri Setia Mahkota oleh Yang DiPertuan Agong. Di antara mereka yang direkodkan di dalam foto ini adalah Dato Khalid Ahmad dan Abdul Rahim Hamid. Mereka berdua telah berjaya di dalam kerjaya masing-masing dengan kelulusan ACCA melalui ITM. Mereka juga banyak menyumbang melalui penglibatan mereka di dalam sektor korporat dan juga perakaunan. Ramai lagi anak-anak ITM yang mempunyai kejayaan yang sama.

Tun Arshad nampak jika anak-anak ITM diberikan peluang, mereka boleh terbang tinggi. Mereka didorong untuk mencapai apa yang dikira sukar pada ketika itu. Tidak ada masalah ACCA adalah kelulusan Mat Salleh dan meningkatkan aliran keluar wang ke luar negara (kelayakan akademik di luar negara pun menpunyai kesan yang sama Description: 😀). Yang penting anak-anak ITM mencapai kelayakan yang dimahukan oleh pasaran. Lepas itu giliran mereka pulalah untuk berbakti dan mengangkat anak-anak bangsa mereka yang lain.

Oleh kerana sudah ramai anak-anak bangsa mendapat kelayakan ACCA melalui ITM (kemudiannya UiTM), mereka telah menggelarkan ACCA sebagai Anak Cucu Cicit Arshad. Ini adalah tanda penghargaan mereka kepada seorang yang mempunyai visi yang jelas dan tidak takut untuk menaikkan anak-anak ini ke tahap yang sama tinggi dengan orang lain. Tun Arshad tidak menjadikan MERIT sebagai hantu tetapi tahap yang mampu dicapai dengan usaha yang gigih.

 

MANA TAK UNTUNGNYA..MELAYU MUDAH LUPA ..JANJI TNGGI MELANGIT..LEPAS PILIHANRAYA MINYAK,TELUR ,AYAM, SAYUR, SEMUA TAK BOLEH JAGA..KEH.KEH..KEH..

 


PRU15 lepas belanjawan hanya untungkan Umno, BN, kata Guan Eng






Lim Guan Eng berkata menggunakan belanjawan untuk memancing undi
 PRU15 adalah tindakan menyalahgunakan kuasa kerana menggunakan
 sumber negara untuk kepentingan politik dan peribadi.

PETALING JAYA: Cadangan membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum Ke-15 (PRU15) sebaik sahaja Bajet 2023 pada Oktober ini hanya menguntungkan Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, walaupun Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mewakili Umno dan BN, peruntukan belanjawan negara mestilah bersifat inklusif dan menyeluruh.

Katanya, menggunakan belanjawan untuk memancing undi PRU15 adalah tindakan menyalahgunakan kuasa kerana menggunakan sumber negara untuk kepentingan politik dan peribadi.

“Sepatutnya bajet negara disediakan untuk kepentingan semua rakyat dan merangka masa depan, bukannya untuk kepentingan Umno atau kroni-kroninya untuk membeli undi.

“Tarikh PRU15 terpulang kepada perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong, tetapi jangan sesekali guna bajet dan peralatkannya supaya Umno menang,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan menjangkakan masa terbaik untuk PRU15 adalah sebaik Bajet 2023 dibentangkan.

Katanya, pembentangan belanjawan perlu mempunyai faktor “wow” memandangkan bajet berkenaan adalah buah tangan Ismail yang datang daripada BN.

Bagaimanapun, Guan Eng menyifatkan tahun depan adalah tahun paling sesuai untuk mengadakan PRU15 selepas masalah kebajikan rakyat dapat ditangani.

“Menteri pun ada cakap kita selesaikan kos sara hidup dulu, (Menteri Kesihatan) Khairy Jamaluddin pun saran PRU selepas Covid-19 selesai. Buatlah apabila semua itu sudah selesai.

“Ini menteri cakap lain, Umno cakap lain. Tunggulah tahun depan. Kalau buat tahun ini juga kita tidak ada masalah, kita akan berusaha lawan menerusi khemah besar bersama kalangan parti pembangkang, bukan dengan pihak lain seperti Perikatan Nasional (PN),” katanya.