KAH..KAH...INI ANTARA METERI LAWAK DALAM PARTI PAS...MASA JADI MENTERI KEHAKIMAN DIA DIKATAKAN DERHAKA. KENA TURUN PANGKAT . BAGI JADI MENTERI SUMBER ASLI DAN MENERAL...BARU DIA CELIK BAB HUTAN....WOIII..LENA PA KA

 

Menteri gesa kerajaan negeri di Semenanjung tingkat kawasan berhutan







Takiyuddin Hassan berkata sehingga hari ini sebanyak 27.87 juta pokok
 telah berjaya ditanam di seluruh negara.

LIPIS: Semua kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia perlu meningkatkan kawasan berhutan sedia ada yang kini hanya pada tahap 43.41%, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata langkah itu perlu dilaksanakan berikutan Rancangan Fizikal Negara Ke-4 menyasarkan 50% kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia menjelang 2040.

“Sasaran ini merupakan pencetus perubahan dalam memperkukuh usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan berhutan di negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 bertemakan Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Abdul Rahman Mohamad merangkap Ahli Parlimen Lipis serta Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Zurinah Pawanteh.

Selain itu, Takiyuddin berkata kerajaan Persekutuan telah menyediakan insentif kewangan iaitu Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti bagi membantu kerajaan negeri mengambil tindakan yang lebih proaktif dalam memelihara dan memulihara kepelbagaian biologi dan kawasan perlindungan.

“Kerajaan negeri digalakkan untuk memohon geran di bawah Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli (NCTF) di bawah kementerian saya bagi merancakkan lagi aktiviti penyelidikan dan konservasi,” katanya.

Mengenai Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, Takiyuddin memaklumkan sehingga hari ini sebanyak 27.87 juta pokok telah berjaya ditanam di seluruh negara.

Sehubungan itu, beliau mempelawa semua pihak terus melipatgandakan usaha bagi menjayakan agenda nasional dengan sasaran penanaman 100 juta pokok menjelang 2025.

“Saya juga menyeru supaya lebih banyak persatuan komuniti, badan bukan kerajaan dan pihak swasta untuk bersama-sama terlibat dan memainkan peranan yang lebih aktif kerana insentif pengecualian cukai telah disediakan untuk sumbangan kepada konservasi dan penghijauan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Wan Rosdy dalam ucapannya berkata Pahang mempunyai hutan simpan kekal berkeluasan 1.6 juta hektar manakala kawasan berhutan negeri seluas 2.04 juta hektar yang mewakili 57% keluasan Pahang iaitu 3.6 juta hektar.

Katanya keluasan tersebut menobatkan Pahang sebagai penyumbang terbesar kawasan berhutan dalam kalangan negeri di Semenanjung.


PESAN DATO ZAHRAIN PADA NAJIB- PAKAI OTAK


 

DULU MASA PH TAK BOLEH HISAP ROKOK DIKEDAI KENA KECAM. SEKARANG RUU NAK LARANG JUAL ROKOK PULA....WOIII TAK MAU BISING KA WOIII

 

Larangan jualan rokok: RUU dibentang Julai, kata KJ




Khairy Jamaluddin berkata, RUU untuk melarang
 penjualan rokok dan produk tembakau kepada
 individu lahir selepas 2005 sedang dimuktamadkan
 oleh Jabatan Peguam Negara.

SEPANG: Rang Undang-undang (RUU) untuk melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada individu yang lahir selepas 2005 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, RUU itu sedang dimuktamadkan oleh Jabatan Peguam Negara dan akan siap dalam masa dua minggu.

“Hasrat kita ialah mengharamkan jualan rokok kepada sesiapa yang lahir selepas 2005.

“Apabila RUU itu bersedia untuk dibentangkan, saya akan mengemukakannya terlebih dahulu kepada jawatankuasa pilihan Parlimen mengenai kesihatan, sains dan inovasi,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan MyChampion, inisiatif kesihatan komuniti.

Pada 26 Jan lalu, Khairy ketika bercakap dalam mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia sesi ke-150 di Geneva berkata, Malaysia berharap dapat meluluskan satu undang-undang untuk melahirkan “generasi ‘endgame’ terhadap merokok”.

Kementerian Kesihatan (KKM) kemudian mengesahkan undang-undang itu juga akan melarang penjualan vape dan e-rokok kepada mereka yang lahir selepas 2005.

Mengenai MyChampion, Khairy berkata, ia adalah singkatan kepada Ejen Komuniti Kesihatan Rakyat Malaysia, dengan sukarelawan dilatih dalam budaya hidup sihat, amalan baharu, vaksinasi dan penjagaan kelestarian alam sekitar.

Katanya, inisiatif itu akan memainkan peranan penting ketika negara mula beralih ke fasa endemik mulai bulan depan.

“Seramai 7,000 sukarelawan telah dilantik daripada pelbagai agensi tahun lalu. Tahun ini, KKM menyasarkan untuk melatih 10,000 sukarelawan lagi.”

PENYOKONG NAJIB YANG BODOH-"MALU APA BOSSKU"


 

JIB N MAH PELAKON TERBAIK MALAYSIA-KENALI 4 PEMAIN UTAMA KALUNG 97 JUTA-ZUNAR


 

KENALI 4 PEMAIN UTAMA KALUNG 97 JUTA!

Bolehkah anda mengenali mereka?




SCAMMER

 

Saya terpanggil untuk berkongsikan info ini memandangkan kes scammer yang dilaporkan saban hari sudah sampai ke tahap yang sangat membimbangkan.

Ini 7 Jenis Penipuan Scammer yang sedang berleluasa.

1. Macau Scam

* Menyamar Sebagai Pegawai Polis

* Menyamar Sebagai Pegawai Bank/ Bank Negara

* Menyamar Sebagai Pegawai Kastam

2. Scam KWSP

* Panggilan daripada “Ejen KWSP”

* Scam melalui SMS

* Aplikasi Palsu i-Sinar, i-Citra & sebagainya.

3. Scam Cinta (Love Scam)

* Ada Kecemasan Kewangan

* Barang Ditahan Kastam

4. Scam Pinjaman Peribadi

* Scammer Meminta Bayaran Pendahuluan

* Didesak Membuat Keputusan Terburu-buru

* Tak Apply Loan Tapi Dapat Tawaran

5. Scam Pelaburan

* Tak Ada Risiko Pelaburan Langsung, Jaminan Untung Besar

* Tak Ada Pemegang Amanah

* Pengambilan Deposit Tanpa Lesen yang Betul

6. Scam Menyamar Sebagai Kawan

* Menggunakan mesej media sosial seperti Telegram dan Whatsapp untuk meminjam wang.

7. Scam Parcel

* Menggunakan Taktik Cash-on-delivery (COD)

* Meminta Klik Link Yang Meragukan

Kesimpulannya, penipuan scammer ini boleh berlaku kepada sesiapa saja. Maka beringatlah sebelum terkena.

YB Adly Zahari

#beringatsebelumterkena

 

NIKMAT ATAS KEMUSNAHAN DAN PENDERITAAN



HUSAM MUSA


Masih dari info sumber terbuka. Laporan media.

Masih dalam tajuk luasnya Hutan Simpan Kekal Negeri kita di 'anu' kan.

Kali ini laporan media mengenai tindakan mahkamah oleh tiga pemuda Orang Asli dari Kg Kelaik yg disiarkan media 11 Mac 2021.

Dari 14 senarai defendan termasuk Kerajaan Negeri Kelantan, turut dinamakan oleh plaintif adalah 10 syarikat :

1. Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd

2. Redstar Capital Sdn Bhd;

3. Aqua Orion Sdn Bhd

4. Damai Corporate Services Sdn Bhd

5. Sindiyan Sdn Bhd

6. Sindiyan Agro Park Sdn Bhd

7. Ladang Kelantan Sdn Bhd

8. Ikrar Bumi Sdn Bhd

9. Ladang Ulu Nenggiri Sdn Bhd

10. Iliasco Engineering & Construction Sdn Bhd.

Kegiatan mereka meliputi perlombongan dan perladangan.

Kali ini, sebahagian darinya melibatkan Hutan Simpan Kekal Sg Brok.

Atas kertas dan diwayangkan : Hutan Simpan Kekal!

Atas bumi : lombong dan kebun. Isi hutan : licin.

Siapa sapu? Jangan tanya.

Tanya pun tak kan ada orang jawab.

Sesiapa yg rajin dan berminat, boleh menyemak siapakah pemilik-pemilik syarikat-syarikat ini. Anak Bumi Kelantan atau siapa?

Tentulah kita tidak akan tahu berapa kekayaan hasil balak disapu sebelum mereka mengerjakan lombong atau ladang.

Adakah hasil-hasil balak itu dilelong atau diberikan kepada syarikat berkenaan?

Semua itu 'rahsia tau...'. Rahsia yg tidak akan dikongsikan. Walaupun sebenarnya Rakyat adalah Tuan.

Semua itu tinggal misteri sehinggalah Kerajaan bertukar tangan. Kalau nak. Jika tidak, kekal misteri.

Ikut rekod yg difailkan, keluasan Hutan Simpan Kekal yang menjadi pertaruhan di sini ialah 8,932 hektar. Bersamaan 22,000 ekar!

Pelikkan. Lagi banyak tebang hutan, kata mereka, Hutan Simpan Kelantan makin luas!

Nikmat 'menganukan' hutan dan kemudian memiliki bumi yg luas serta nikmat mengagihkan khazanah milik seluruh Rakyat Kelantan sementara masih berkuasa - berdasarkan saman tiga Pemuda Orang Asli Temiar Kg Kelaik - adalah atas derita mereka.

Nikmat atas derita dan kemusnahan.

'Peduli apa. Mereka hanya Orang Asli!'

Mungkinkah itu sikap anda? Malang.

Dan itukah Islam?

====

Ceroboh tanah pusaka, Orang Asli saman Kerajaan Kelantan

• Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN

• 11 Mac 2021, 8:33 pm

KUALA LUMPUR – Tiga pemuda yang mewakili penduduk di perkampungan Orang Asli Kg. Kelaik di Gua Musang, memfailkan saman terhadap 14 entiti termasuk kerajaan negeri Kelantan berhubung pencerobohan tanah pusaka milik mereka.

Saman itu difailkan oleh Ahak Uda, 54, Aziz Angah, 33, dan Anjang Uda, 30, selaku plaintif, melalui Tetuan Raj & Sach menerusi e-filing, di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Pihak media memperoleh dokumen itu daripada peguam Sachpreetraj Singh Sohanpal, yang mewakili ketiga-tiga plaintif di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.

Dalam saman itu, plaintif-plaintif menamakan Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd; Redstar Capital Sdn Bhd; Aqua Orion Sdn Bhd; Damai Corporate Services Sdn Bhd; Sindiyan Sdn Bhd dan Sindiyan Agro Park Sdn Bhd sebagai defenden pertama hingga keenam.

Selain itu, Ladang Kelantan Sdn Bhd; Ikrar Bumi Sdn Bhd; Ladang Ulu Nenggiri Sdn Bhd; Iliasco Engineering & Construction Sdn Bhd; Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan kerajaan negeri Kelantan turut dinamakan sebagai defendan ketujuh hingga ke-14.

https://r.search.yahoo.com/.../RS...

++++++++++++++++++++

Baca Penulisan Sebelum ini :

1.Tanah Kelantan -

Orang Sama Dapat Keuntungan Bertimpa-Timpa?https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506238204202872

2. Pertanyaan Untuk MB (2) :Ladang Musang King

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/505732830920076

3.Pertanyaan Untuk MB : Ladang Musang King 7,500 Ekar https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/504943857665640

4. Mana Tanah Negeri Untuk Rakyat Biasa?

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/503587847801241

5. Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main Silap Mata

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/507966474030045

6. ANAK KELANTAN SEMUA TAK LAYAK MAJUKAN LADANG MUSANG KING ?

https://www.facebook.com/hjhusammusa/videos/1171266473688791

7. Carian SSM menunjukkan temuan berikut :

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506910517468974

8.LAGI 2,200 EKAR LADANG MUSANG KING :

https://www.facebook.com/100044500896683/posts/508540157306010

#Anak Kelantan bangkit

#Demi Kelantan!

#SaveKelantan

 

China Benua pun boleh dapat 2,200 ekar tanah untuk tanam durian di Kelantan?




China Benua pun boleh dapat 2,200 ekar tanah untuk tanam durian di Kelantan?

Rakyat Kelantan melopong lagi.

LAGI 2,200 EKAR LADANG MUSANG KING - Dato Husam Musa

Kali ini giliran rakyat Benua China mendapat peluang.

Raja badminton China - Li Yongbo - mendapat peluang menanam durian Musang King di Hutan Sg Durian di Kelantan. Dulunya sebuah hutan yang indah dan berharga. (Pernah memasuki hutan ini ketika mengejar pembalakan haram satu masa dulu - demi cintaku pada hutan)

Berita mengenai Li Yongbo ada kebun Musang King di Kelantan boleh dibaca di link ini : https://durianvalley.com.my/from-badminton-king-to.../.

Dalam laporan berita NST ini, Li Yongbo menyebut begini : 'Saya tak pernah terfikir saya akan akhirnya membuka kebun durian di tengah-tengah hutan .... / I never thought I would end up setting up a durian farm in the middle of the jungle.

Seorang rakyat Kelantan bernama Rosman dengan linangan air mata mengirimkan saya footage yg beliau rakamkan sendiri di kebun berkenaan, bersama beberapa foto.

Untuk tatapan Rakyat Kelantan - katanya.

Yang lebih pelik, katanya, Rakyat Kelantan yang dah puluh tahun meneroka tanah membuat dusun dan bertanam getah untuk mencari ruang kekayaan di bumi sendiri dihalang kerana bertindeh dengan Hutan Simpan. Kebun mereka dimusnahkan.

Mohon pun sukar sekali mendapat kelulusan.

Untuk 'Orang Luar' - boleh pula hutan-hutan yang kaya dengan khazanah dibersihkan!

Saya menghargai rintihan beliau dan menyiarkan foto dan clip yg beliau rakamkan. Ladang Musang King di Sungai Durian Kelantan kita. Sekalipun tentunya rakaman beliau tak setara profesional.

Kalau 'Anak Luar' ada peluang, kenapa pula Anak Kelantan sendiri tak dapat?

Menangis tak guna. Bumi tergadai jua.

Kata orang, wang juga dipandang orang.

#Anak Kelantan bangkit

#Demi Kelantan!

#SaveKelantan

From badminton king to 'Musang King'

By NSTP Sport - October 23, 2018 @ 6:43pm

Former China badminton coach Li Yongbo is now venturing into the durian business. Pix credit: Facebook/Durian Valley

KUALA LUMPUR: China’s Li Yongbo is famous for producing world badminton champions and Olympic gold medallists. Now, he has a new passion – durian.

The former head coach of China, who was linked to a new coaching role with BAM, was seen in Kuala Lumpur last Wednesday. However, his presence here has nothing to do with badminton, he is in Malaysia to explore the lucrative durian business, specifically ‘Musang King’.

The Nanyang Siang Pau reported that Yongbo’s friend, who has invested in a durian farm in Kelantan, introduced him to the ‘Musang King’ durian business.

Yongbo, 56, has also been appointed as a consultant for business between China and Malaysia.

https://www.nst.com.my/.../424049/badminton-king-musang-king

++++++++++++++++++++

Baca Penulisan Sebelum ini :

1.Tanah Kelantan -

Orang Sama Dapat Keuntungan Bertimpa-Timpa?https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506238204202872

2. Pertanyaan Untuk MB (2) :Ladang Musang King

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/505732830920076

3.Pertanyaan Untuk MB : Ladang Musang King 7,500 Ekar https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/504943857665640

4. Mana Tanah Negeri Untuk Rakyat Biasa?

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/503587847801241

5. Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main Silap Mata

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/507966474030045

6. ANAK KELANTAN SEMUA TAK LAYAK MAJUKAN LADANG MUSANG KING ?

https://www.facebook.com/hjhusammusa/videos/1171266473688791

7. Carian SSM menunjukkan temuan berikut :

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506910517468974

 

AKHIRNYA POLIS JUMPA JUGA YA....NASIB LA NAJIB



SIARAN MEDIA POLIS DIRAJA MALAYSIA

Hasil siasatan berhubung pembelian ‘Pink Diamond’ oleh Datin Seri Rosmah Mansor


 

KAYU...NATAM NI




Antara Saifuddin dan Rafizi, siapa lebih layak merebut jawatan Timbalan Presiden PKR?

 Antara Saifuddin dan Rafizi, siapa lebih layak merebut jawatan Timbalan Presiden PKR?


Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Na­sution Ismail disifatkan lebih sesuai dan layak untuk bertan­ding sebagai Timbalan Presiden di dalam usaha memperkukuh serta membentuk penyatuan parti bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Rafizi Ramli yang membuat kemunculan semula dilihat lebih sesuai bertanding jawatan Naib Presiden dan kembali mengambil hati para penyokong terlebih dahulu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi PKR negeri, Noor Amin Ahmad berkata, Rafizi diakui popular dan telah banyak menyumbang kepada parti, namun apabila beliau memilih untuk bercuti di saat parti berada dalam keadaan tidak menentu ekoran ‘Langkah Sheraton’ ia sangat mengecewakan.

Justeru beliau berpandangan, adalah lebih baik Rafizi bertan­ding jawatan Naib Presiden terlebih dahulu dalam pemilihan nanti seterusnya kembali jalinkan hubungan dengan bekas penyokongnya yang kecewa.

“Tidak ada masalah bertan­ding, kita demokrasi sesiapa sahaja boleh bertanding, cuma apabila beliau (Rafizi) ambil cuti selepas dilantik (Naib Pre­siden), saya fikir elok kembali berpe­ranan jumpa anggota parti semula.

“Ambil dulu hati penyokong yang kecewa. Kita bakal hadapi PRU-15 tidak lama lagi, tiga atau empat tahun akan ada lagi pemilihan parti lagi,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kangar.

Sebelum ini, Rafizi yang membuat kemunculan semula mengumumkan akan bertan­ding jawatan Timbalan Pre­siden PKR dalam pemilihan parti akan datang.

Rafizi menerusi satu kenya­taan berkata, politik progresif pelbagai bangsa sedang berada dalam bahaya jika PKR dan Pakatan Harapan (PH) terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.

“Atas kesedaran itu, saya membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan akan datang,” kata Rafizi menerusi kenyataan tersebut.

Pada pemilihan lalu, Rafizi tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden namun beliau kemudian dilantik sebagai Naib Presiden dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2018-2021.

Rafizi bagaimanapun me­ngam­bil keputusan untuk me­re­hatkan diri daripada gelang­gang politik pada awal 2019.

Pada Februari 2020, sekumpulan ahli-ahli Parlimen PKR diketuai Mohamed Azmin me­ninggalkan parti ketika berlaku krisis politik ‘Langkah Sheraton’. Krisis politik tersebut me­nyaksikan kerajaan Pakatan Ha­rapan (PH) tumbang, dan Mohamed Azmin serta kumpulannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, Noor Amin yang juga Ketua PKR Bahagian Kangar berkata, Saifuddin adalah sosok yang bersifat penya­tuan.

“Sebagai bekas menteri dan Setiausaha Agung, Saifuddin banyak bersama dengan kerja-kerja parti dan mempunyai hubungan lebih dekat selain memahami situasi dalam parti sebab beliau (Saifuddin) tidak tinggal parti,” katanya.