ANWAR IBRAHIM NAK JUAL NEGARA.?



bila anwar Ibrahim tercalon sebagai pm ni, 

aku saja la nak check dia ni punya background mcm mana.. nak tau jugak apa dia punya jasa yg dia pernah buat untuk negara. kenapa org melayu benci sngt dgn dia. aku dengar dia ni kaki bontot, khadam dap. nak jual negara kat cina. mcm2 lagi. aku bkn pro Anwar  tapi just saja2 nak tahu apa yg dia dah buat untuk negara sampai org benci dia sngt ni.? meh kita tngok apa yg dia dah buat. berapa bnyak aset negara dia dah jual kat cina masa dia dalam kabinet dulu.


1. yg sekolah sekitar 70an akan jumpa buku pembelajaran nama tata rakyat.  dalam buku ni ada satu tajuk "mandi safar" org dulu2 bila masuk bulan safar dorg akan buat mandi safar(mandi tolak bala) tempat mandi safar paling top masa tu kat pandai merdeka kedah.. perbuatan ni sebenarnya syirik n khurafat takde dalam hadith, quran pun. 

oleh sebabkan aku tak pernah hidup pada zaman tu, so tanyalah mak mentua aku sebab dia cikgu. untuk dapatkan kesahihan pasai buku ni. ternyata mmg ada tajuk mandi safar dalam buku tu dulu.

insan bertanggung jawab yg padam subjek tu adalah anwar Ibrahim. dia menteri pendidikan pada masa tu yg arahkan untuk padam semua tajuk mandi safar dalam buku pembelajaran tata rakyat ni. bg aku tindakan anwar ni bkn je berjasa pada negera tapi jugak  pada agama.. ini membabitkan akidah. benda mcm ni kalo biar akan jadi amalan dalam masyarakat Melayu. 


2. Memperkasakan sistem perbankan Islam. bank islam yg wujud hari ni hasil dari idea anwar Ibrahim. dan memperkenalkan pinjaman pendidikan tanpa interest.


3. Mengislamisasi pendidikan hingga pakaian menutup aurat mula diamalkan di sekolah2 arus perdana pada era 90an ketika jadi Menteri Pendidikan dan menerapkan aspek Nilai Murni dlm tiap subjek.


4. tertubuhnya University islam antarbangsa hasil idea anwar Ibrahim


5. anwar yg angkat idea pemikir USM hingga lahirnya Amanah Ikhtiar Malaysia dan tekun. yg bnyak membantu org melayu  untuk buat pinjaman perniagaan. sampai skrg masih wujud lagi.


6. Menubuhkan Yayasan Anda, sekolah swasta utk anak2 Melayu kg pada era 70an.


7. anwar pernah dijulang Menteri Kewangan no.2 terbaik Asia.


8. Euro Money Magazine 1993 menobatkan anwar sbg Menteri Kewangan no.5 Terbaik Dunia.


9. Pada 1998 menjadi Menteri Kewangan Malaysia pertama di anugerahi ‘Asian Of The Year’ oleh majalah Asia Week.


10. Sepanjang anwar menjadi Menteri Kewangan, 5 tahun berturut2 Malaysia mencatatkan budget lebihan.


11. Mencetuskan idea SUKMA ketika sebagai menteri belia dan sukan(1983) dan pada 1986 SUKMA pertama lahir.


12. anwar yg wujudkan pasar tani untuk perniaga2 kecil.


kesemuanya masih relevan dan bermanfaat kepada rakyat sampai sekarang.. so?


......


aku sebenarnya lama dah tak aktif berpolitik2 ni. dah lama tinggal. last masa arwah tok guru nik aziz meninggal.. lepas pada tu aku mmg tak ambik tahu dah.. 


tapi itu lah politik. akan sentiasa ada dalam kehidupan kita. suka or tak kita kena hadap.

masing2 ada pendapat sendiri. 


ini pendapat pribadi aku. antara sabri dgn anwar better anwar lagi. kita dah tngok hasil kerja PN 17bulan tadbir negara. adakah kita nak angkat org yg sama tadbir negera lagi dgn sop caca marba..? kita tak pernah bg anwar peluang.. dulu dalam ph dia hanya ahli parlimen biasa. takde dalam kabinet pun.. lagi pun yg ada dalam ph dulu ada dalam pn jugak skrg so apa bezanya??


islam melarang kita menjadi taasub dan ghuluw kenapa pemimpin. yg salah tetap salah.


oklah ni last aku update pasal politik ๐Ÿ˜œ


yg nak kecam sila ke ruang komen๐Ÿ˜˜


ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR....NI KALAU DI PENANG BUAT..AKU RASA MAU RUNTUH KERAJAAN DAP ATAU PH..


 Masjid dengan senibina Melayu yang tidak jauh dari bangunan terminal Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa kini tinggal kenangan apabila di robohkan..






Masjid ini merupakan contoh yang baik sebelum ini dimana elemen senibina Melayu masjid Kelantan dikaji dan diterapkan sebagai binaan masjid yang baru.


*Masjid ni di robohkan kerana kawasan ni akan dijalankan kerja pembesaran Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.


(Tambahan) Hampir semua struktur binaan masjid ini menggunakan batu bata.bukan kayu.

HARAP MENTERI YANG SAMA TUNGGU DAN UMUMKAN KETIBAANNYA



 

JOM IKUTI BENGKEL LAWAN UMNO...., AKHIRNYA MAKAN TAIK UMNO JUGA

 

Dia buat bengkel lawan Umno, last-last dia masuk bengkel umno " cara- cara cuci taik dalam tong taik".  Tu la, dalam dunia jangan sombong dan mulut celupar, ustaz.  Haha....

W.faudzin




SATU DUNIA TAHU

 


‘First class’, ‘Legend’ : Lelaki Parodi bersuara emas dicari Sultan Johor

 ‘First class’, ‘Legend’ : Lelaki Parodi bersuara emas dicari Sultan Johor


‘First class’, ‘Legend’ : Lelaki Parodi bersuara emas dicari Sultan Johor.Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini, ramai rakyat Malaysia yang tampil menunjukkan kreativiti mereka dalam pelbagai cara.

Antara yang selalu kita lihat adalah parodi lagu dengan lirik yang dikaitkan dengan situasi sekarang. Antara yang menyerlah dan berjaya menarik menghiburkan rakyat Malaysia adalah azmannaim44mantra yang pernah viral dengan lagu raya PKP.

Terbaru Azman telah menaikkan satu lagi lagu parodi bertajuk ‘My Sejahtera Way’ dan seperti biasa lirik serta nyanyian yang bersahaja amat menarik untuk kita dengar. Apa yang paling mengejutkan, Sultan Johor turut menitahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk mencari Azman.


First class, Legend – TMJ

Perkara ini dikongsikan TMJ dalam Instagram Story yang memaklumkan telah dititah Sultan Johor untuk mencari pemilik akaun tersebut. TMJ turut memuji Azman ‘First class’ yang pastinya dapat menghiburkan TMJ dan Sultan Johor.

Menjunjung kasih Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Azman yang sedar dirinya sedang dicari Sultan Ibrahim turut memberi maklumbalas terhadap posting TMJ.

Diharapkan agar rakyat Malaysia meneruskan aktiviti seperti azmannaim44mantra kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu mengurangkan tekanan kita semua. Apapun, salah siapa semua ini, kau tak dapat vaksin? Haha!

Sudah gagal 17 bulan mahu buktikan apa 100 hari – Anwar

 Sudah gagal 17 bulan mahu buktikan apa 100 hari – Anwar


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas pembentukan barisan kabinet oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang dilabelnya sebagai kabinet ‘kitar semula’.

Ini susulan pengumuman barisan kabinet pagi tadi yang hanya menyaksikan lima menteri dan empat timbalan menteri baru.

Selebihnya 26 menteri (tidak termasuk Ismail Sabri) dan 34 timbalan menteri sama ada dikekalkan dalam portfolio yang sama atau dirombak.

Sudah gagal 17 bulan mahu buktikan apa 100 hari - Anwar

“Negara menghadapi krisis akibat Covid-19, yang lebih meruncing dan masalah ekonomi yang menekankan rakyat terutama golongan bawahan.

“Tetapi, langkah yang diambil (oleh Ismail Sabri) hanya dikitar semula menteri-menteri yang tidak menunjukkan keupayaan, menangani masalah ini secara berkesan,” katanya secara langsung menerusi Facebook.



MOGA SAMPAI JUGA KE SUNGAI BULOH

 

Tahniah juga untuk PM Facebook Najib Razak yang serba tahu dan TPM Facebook


Acap Wajdi. Moga istiqamah mengembiri followers sampai ke Sungai Buluh.


May be an image of 2 people, including Roslin Ahmad and text that says "Tahniah kepada YB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABD RAZAK Perdana Menteri FB dan DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI Timbalan Perdana Menteri FB kerana masih mengekalkan jawatan"

Mengapakah Shahidan yang tidak tinggal di Lembah Kelang dilantik Menteri Wilayah?

 


Pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan meningkatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warga kota di Lembah Kelang serta sekitarnya.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepatutnya 'lebih serius' dalam memikirkan hal-hal penting seperti lantikan menteri kabinet.

Menurut beliau, Shahidan Kassim yang tidak pernah menetap di Kuala Lumpur atau kawasan Lembah Kelang dan tidak faham dengan kehendak warga di sana maka tidak seharusnya menjawat Menteri Wilayah.

"Pengumuman kabinet PM, Datuk Seri Ismail Sabri lebih kepada proses 'rombakan kabinet' dengan majoriti menteri masih mengekalkan jawatan mereka.

"Namun apa yang mengejutkan, pelantikan Datuk Seri Shahidan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Ia adalah satu keputusan yang amat janggal dan langsung tidak pernah terlintas di fikiran rakyat tempatan. Menteri Wilayah seharusnya seorang yang tinggal dan bergaul dengan masyarakat setempat setiap hari.

"Keadaan masyarakat miskin di kota raya Kuala Lumpur dikhuatiri tidak dapat diselami oleh seseorang berlatar belakang seperti beliau," katanya.

Bagi Zahir, Shahidan yang hanya mempunyai pengalaman mentadbir negeri Perlis yang jauh berbeza latar sosial penduduknya akan sangat sukar untuk memberikan input idea baharu kepada masyarakat kosmopolitan seperti di Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan.

Zahir mengingatkan Shahidan bahawa terdapat rencam masalah yang dihadapi populasi bandar, yang seharusnya ditangani dengan cara yang berbeza berbanding di negeri yang penduduknya majoriti tinggal di kawasan luar bandar.

"PM dalam ucapannya telah memberikan satu jaminan dalam tempoh 100 hari yang pertama, kesemua Menteri perlu membuktikan pencapaian kementerian mereka. Suka saya ingatkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, ada beberapa isu yang sepatutnya diberikan tumpuan sepenuhnya.

"Perancangan jangka pendek dan panjang harus segera dirangka untuk isu kemiskinan bandar, keciciran pembelajaran kanak-kanak B40, kehilangan pendapatan harian penjaja bandar, dan isu kehilangan pekerjaan. Dalam tempoh 100 hari, beliau sepatutnya telah merangka perancangan tindakan untuk kesemua isu di atas," katanya lagi.

Justeru, Zahir berkata, masalah di Wilayah Persekutuan memerlukan tingkat kefahaman yang rumit dari menterinya dan tekad politik untuk melakukan perubahan.

Hal itu juga, kata Zahir, memerlukan tindakan yang mencabar status quo. Namun, melihatkan kepada pencapaian politik Shahidan selama ini, dikhuatiri rakyat Wilayah Persekutuan cuma boleh mengharapkan pertukaran kerajaan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Untuk rekod, Menteri Wilayah sebelum ini Annuar Musa biar pun Ahli Parlimen dari Kelantan namun memiliki rumah dan sering tinggal di Kuala Lumpur.


NOTA PANJANG PAGI SABTU Description:




NOJJAH


Bertugas di Stor pagi ni... Nyipe nyipe keluarkan peluh.. brg banyak brabuk, bunga pun nampak kena mandikan dah.. skerat stor penuh dgn bunga.. Sebahagian kecil tak balut dgn plastik...kijoe ore jate , meme tak cakna mana.. Description: ๐Ÿ˜ฅ

Besi2 , kayu2 , backdrop pelamin bertimbun2 memenuhi stor..Hasil kijoe 24 tahun.. sebahagian dok dlm stor lain di Dewan Beta..

Melihat semua ni, aku mari baso sebak dan sayu... Ini la minat aku selama ini.. yg aku buat sepenuh hati dan dgn rasa penuh kasih sayang..

Dgn kijoe jadi Wedding planner, aku ramai kawan..networking dari seluruh negara, segenap negeri, segala ceruk kapong, segala laluan bandar di klate aku gi..

Di Seluruh Selangor, aku jajak serata Hotel, serata Balai rakyat, srato Dewan Org ramai, segenap perumahan..Aku boleh kenal pelbagai jenis manusia dari peringkat menteri2 di Putrajaya jame tu, hingga ke peringkat tuke sapu ..Aku bertemu customer dr level kayangan ke level marhaen, dari level kaya raya duit bagai pasir, hingga customer peringkat nak makan pun bersisa sen sen ..

Banyak kenangan pahit manis aku lalui.. Semua itu la yg membentuk aku seadanya hari ini..

Maka, kerana pergaulan , krn hubungan perniagaan yg byk bertukar menjadi sahabat, aku mendapat satu jaringan persahbatan yg sgt besar, memungkinkan segala urusan kerja2 kebajikan dan kerja amal aku menjadi lebih mudah .Ramai sahabat yg bersedia membantu bila bila masa saja.. Asal aku oyak je, berebut2 sahabat yg nak membantu..Bukan aku nak menunjuk atau riak..aku catat di sini sbg satu bukti, bagaimana aku mudah mendapat tajaan, sumbangan atas apa saja program yg aku terlibat..

Aku catatkan di sini, sbg bukti bagaimana aku mudah mendapat maklumat ttg apa apa isu..even atas isu2 yg agak ketat pun, kdg dgn mudah aku mendapat maklumat..Tetapi sebahagian besar, tidak la aku buka utk tatapan dlm medsos..Dalam persahabatan, aku sgt ketat menjaga kerahsiaan..Jika dipesan, simpan, simpan la aku sampai ke liang lahad..Jika boleh diwar2kan, tokde 2 saat, aku segera berkongsi jika ia perlu dan bawa manafaat kpd Amanah dan PH..

Oleh krn itu la. Utk kali terakhir, lepas ni aku tak akan sebut lagi hal ni.. Utk kali terakhir, aku menafikan sekeras2nya tuduhan terhadap aku, yg menyatakan aku SB Umno, yg hadir ke dalam Amanah dgn niat yg tidak baik.. Aku tahu di dalam al Quran Allah tidak menggalakkan bersumpah, tetapi dlm hal2 tertentu, ia diharuskan.. Lillahitaalla, aku hanya la manusia biasa, yg kebetulan saja mempunyai hubungan yg agak baik dgn pelbagai peringkat manusia..maka kelebihan itu menjadi masalah pulak bagi aku di dalam penglibatan aku dlm Amanah selama ini..

Kenapa aku sebut hal ni secara serius hari ni?

Kerana aku ingin menoktahkan tuduhan dan fitnah terhadap aku.. Dan aku jugak tidak lagi akan menjawab apa saja persoalan berkaitan fitnah itu..

Kpd sahabat2 yg percaya kpd fitnah itu, samada dari Awan dan Amanah klate khasnya.. aku cuma ingin berpesan .. Belajar la menilai siapa musuh, siapa sahabat sebenar dlm laluan perjuangan kita.. Seumpama di sebuah padang yg luas, byk kemucuk di jalanan.. kelihatan cantik dari kejauhan, tapi bila penuh di kaki seluar, gatal merenyam kita sudahnya..byk kerikil di jalanan, byk kaca yg kelihatan bersinar..Walau kaca, walau kerikil, walau kemucuk..Allah letakkan ia di sepanjang perjalanan kita dgn peranan masing2.. Tidak Allah jadikan segala sesuatu atas muka bumi ini sia2.. Atas kita la nak nilai staro mana..

Aku tidak ingin mendabik dada..Tetapi org2 seperti aku, kalau kalian percaya kpd fitnah yg dihalakan kpd aku, maka ketahui la kalian adalah org2 yg rugi.. krn kalian tidak tahu bagaimana aku telah berikrar menginfaqkan diri utk berbuat kebaikan, aku telah berikrar utk hanya berpihak kpd kebenaran walau di mana aku berada..Aku hanya akan bercakap perkara yg benar, walaupun pahit..

Darah yg mengalir dlm tubuh aku, adalah darah Puteri Saadong, yg tidak mudah mengalah dlm setiap cabaran.. Tetapi seperti jugak manusia biasa yg lain, Puteri akhirnya membawa diri jauh ke dalam rimba, apabila sudah tidak mampu berada di keliling manusia yg tidak punya rasa ..

Tidak seperti Puteri , aku tidak ada rimba utk dituju.. Dan aku pun tidak akan mengalah selagi hayat masih ada. Byk hala byk haluan, banyak cabang, Amanah tetap di hati, sekurang2 selagi beberapa org yg aku yakini masih berada di dalam Amanah..

Insyaallah semoga dikuatkan hati dan semangat meneruskan langkah dlm perjalanan yg sangat panjang ini..

Salam perjuangan semua!

Lawan tetap Lawan!

Nojah Fendi

28/8/2021

3 hari menjelang hari Kemerdekaan ke 64..

Semoga jiwa kita juga merdeka sepenuhnya ..

 

Selepas Ismail Sabri umum barisan Kabinet baru, MKT Umno bermesyuarat malam ini

 


Selepas Ismail Sabri umum barisan Kabinet baru, MKT Umno bermesyuarat malam ini


Selepas dua kali ditangguhkan, Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijadual berlangsung malam ini di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini.

Ini merupakan kali pertama mesyuarat MKT berlangsung selepas Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9, pada 21 Ogos lepas.

Bahkan, ini juga kali pertama sidang MKT berlangsung dengan Perdana Menteri datang dari kalangan pimpinan kanan parti UMNO, tetapi bukan sebagai Presiden parti tersebut.

Difahamkan, mesyuarat khas ini sepatutnya berlangsung pada Sabtu lepas, namun ditangguh sebanyak dua kali, sebelum tarikh dimuktamadkan hari ini.

Awal hari ini, Perdana Menteri telah mengumumkan senarai Ahli Jemaah Menteri bersama timbalan masing-masing.

Selain Ismail Sabri, seorang lagi Naib Presiden UMNO kembali ke dalam barisan Kabinet, iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Dalam pada itu, portfolio Kementerian Pertahanan kini kembali semula kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein biarpun beliau bukan lagi sebahagian daripada pimpinan pusat parti tersebut.

Turut menjadi tumpuan ialah pelantikan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan, satu lagi portfolio yang dianggap kanan oleh pemerhati politik.

Beberapa veteran UMNO juga dilantik ke dalam kabinet iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi).

Sementara Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad yang juga Ketua Wanita UMNO, diserap semula ke dalam Kabinet selepas meletak jawatan sebagai menteri sewaktu di era Muhyiddin.

Perubahan landskap politik berlaku selepas kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa melepaskan Putrajaya selepas 15 Ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Ismail Sabri selepas mendapati Ahli Parlimen Bera itu mempunyai sokongan yang mencukupi oleh majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.

DIUPDATE LEWAT KERANA GANGGUAN TALIAN...AKAN DISAMBUNG SEMULA JAM 4 PETANG....MAAF KERANA GANGGUAN #KERAJAAN BOTOI KICAP

 



      GANGGUAN TALIAN..HARAP MAAF


Pihak ketiga punca TNB tak dapat bekal elektrik tanpa gangguan

HAAAA.....HANGPA GADUH LA PULAK...PN KA BN ? LETAK LA KERAJAAN MELAYU ISLE 69... KERAJAAN #69..KERAJAAN LORI SAMPAH...KERAJAAN BOTOL KICAP....

 


Terkini! MKT Umno buat ketetapan reject nama kerajaan PN

Terkini! MKT Umno buat ketetapan reject nama kerajaan PN

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan dengan beberapa panduan utama selepas perbincangan dan dipersetujui bersama Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara panduan itu adalah kerajaan perlu terus menggunakan jenama Keluarga Malaysia dan Kerajaan Malaysia dengan tidak lagi menggunakan penjenamaan Kerajaan Perikatan Nasional.

“Ini kerana kerajaan yang dibentuk ketika ini merupakan kerjasama politik longgar antara Parti Barisan Nasional yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan PBRS; Parti Perikatan Nasional (Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan STAR); Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan mesyuarat MKT UMNO yang turut dihadiri Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Yaakob di Menara Dato Onn di sini pada Jumaat.

Katanya, beberapa perkara lain yang dicapai mesyuarat yang berlangsung selama hampir tiga jam itu adalah UMNO menyahut titah saranan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan kerjasama dan permuafakatan rentas parti bagi bersama-sama menangani kemelut ekonomi, pandemik Covid-19 dan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan baharu ini hendaklah segera memfokuskan usaha untuk menangani pandemik Covid-19 dan proses vaksinasi agar mencapai imuniti kelompok yang mampu mengurangkan risiko kematian akibat serangan virus.

“Kerajaan mesti menyantuni kehendak dan tuntutan rakyat berkaitan kebajikan dan kesejahteraan mereka termasuklah penambahbaikan pakej-pakej bantuan rakyat (BPN, BPR dan BKC).

“Ia termasuk moratorium tanpa faedah terakru, pengeluaran i-Citra secara one-off dengan jumlah minimum RM10,000 dan bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat pandemik,” jelasnya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, MKT turut menetapkan parti itu mesti menjadi pelopor kepada usaha reformasi institusi dalam pelbagai cabang kerajaan.

“Ini termasuklah untuk mewujudkan Parlimen yang lebih efisien, pentadbiran telus dan bersih, pendanaan politik, Akta Anti Lompat Parti, campur tangan politik dalam pelbagai institusi yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang seperti Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain,” ujarnya.

Tambah Ahmad Zahid, parti itu turut menggesa penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala pendedahan yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mengenai campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, kehakiman dan keselamatan yang menjadi benteng mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara.

((LIVE)) KABINET LORI SAMPAH - YB MAHFUZ OMAR

Datuk Zaharin Menceritakan Pengalaman Baik Buruk Bergaul Bersama Pemimpi...

KITA TENGOK LAH NANTI DERIS NAK POTONG JUDI DARI 22 KE BAWAH DARI 8 KALI MACAM CINA GUAN ENG BUAT....BOLEH LA GAMAKNYA RUU 355 KITA BAGI MASA SIKIT LAGI.

 


YEEEE....HAAAAAAAA...

May be an image of 1 person, sitting and text that says "Mauricia Grace Aisyah malaysiakini.com BERITA ampu Nak lawan BN kena belajar dari PAS- Idris Ahmad"



Biarlah mereka solat atas air ke, dalam air ke, yg penting puak mereka dah jadi kerajaan siap pegang menteri agama lagi. Kita nak tengok la apa yg Ustaz Derih ni boleh buat. Kalau Guan Eng yg Non Muslim tu pun boleh kurangkan judi dari 22 kali kpd 8 kali, kemudian kjaan PN dan lebai naikkan balik kpd 22 kali, takkan lebai Derih lebih lemah iman dia dari Guan Eng kot? Dapat kurangkan kpd 4 kali separuh dari Guan Eng buat tu pun dah ok. Dulu, alasan tiada kuasa. sekarang ni kuasa dlm tangan. Jangan salahkan Dap pulak nanti ye...


WAN FAUDZIN

BOSSKU..SINGAI BULOH SEDANG MENANTI...KALAU PAK LONG MAIL NAKLEPASKAN DIA..TAK LAMA LA ....

 Pelik! Dulu kutuk Muhyiddin, sekarang Najib pertahan kabinet Ismail Sabri walaupun kitar semula



Pelik! Dulu kutuk Muhyiddin, sekarang Najib pertahan kabinet Ismail Sabri walaupun kitar semula

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kabinet baharu yang dibentuk oleh Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, meskipun menyedari ramai pihak kecewa dengan senarai tersebut, namun beliau berpendapat keputusan yang diambil oleh Ismail Sabri itu adalah sesuatu yang boleh difahami.

“Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan menteri dan timbalan menteri adalah orang yang sama dan ini adalah kabinet kitar semula.

“Bagaimanapun, saya faham kenapa Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan berikut. Agar mengelak perubahan terlalu besar dilakukan ketika tempoh kritikal ini

“Walaupun begitu, sebenarnya hampir separuh kementerian kerajaan telah bertukar pemimpin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Ismail Sabri pada Jumaat mengumumkan senarai barisan kabinetnya yang terdiri daripada 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri.

Najib berkata, perubahan kepimpinan itu antaranya melibatkan Kementerian Luar Negeri; Kesihatan; Pertahanan; Sains, Teknologi dan Inovasi; Komunikasi dan Multimedia; Wilayah Persekutuan; Tenaga dan Sumber Asli; Pembangunan Luar Bandar; Belia dan Sukan serta Usahawan dan Koperasi.

Menurutnya, pertukaran turut berlaku bagi beberapa jawatan menteri di Jabatan Penteri Menteri seperti Menteri Agama, Undang-undang dan Tugas-tugas Khas.

Beliau juga yakin dasar yang digunakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menangani Covid-19 akan turut berubah memandangkan berlakunya pertukaran terhadap individu yang menerajui majlis tersebut.

“Jika ada yang masih mahu buka pintu belakang, ketua MKN baharu yang mempunyai hak serta kuasa bagi keputusan terakhir perlaksanaan dasar akan menghalangnya.

“Jadi, harapan saya satu sahaja. Bahawa kabinet hari ini perlu berdasarkan hasil dan pencapaian serta Perdana Menteri akan menggugurkan menteri yang gagal membuktikan pencapaian serta kemampuan mereka selepas tempoh 100 hari yang diberi telah berlalu.

“Insya-ALLAH, saya akan membantu seberapa yang mungkin dalam usaha memulihkan negara dari segi Covid-19, ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.



TAHNIAH - KELANTAN AKAN MAJU, MASALAH AIR BAKAL SELESAI DAN HUDUD AKAN BERJALAN, KHABARNYA LAH!!


KALAU SETAKAT BANYAK NI TAK MAJU LAGI..MALU DENGAN CINA DAP PENANG LA...



May be an image of 9 people, headscarf and text that says "BANISO Setinggi- tinggi TAHNIAH Diucapkan kepada YB MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI DARIPADA NEGER KELANTAN DARUL NAIM SKNMad"


Perghh...dapat 5 menteri, 4 timbalan menteri untuk serambi mekah. Kalau tak maju juga kelantan, tak tau nak cakap la. Kalau masih juga air paip macam teh tarik, jangan salahkan Dap la. Kalau masih juga meminjam duit dgn pusat untuk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri, jangan marah kalau rakyat kelantan kata pemimpin bodo tolo.

Waktu ni la nak laksana hudud yg telah diluluskan di Dun Kelantan tu. Di negeri, kamu ada kuasa, Pusat pun kamu ada kuasa. Dap pun bukan ada di kelantan dan dalam kerajaan kamu. So, tunggu apa lagi?

Atau, akan ada dalil baru untuk melengahkannya? Atau, kena rujuk dengan MCA dan MIC dulu?

WFAUZDIN NS

 

Kecewa dengan barisan kabinet baru, Ku Li gesa gaji menteri, timbalan dipotong separuh

 


Kecewa dengan barisan kabinet baru, Ku Li gesa gaji menteri, timbalan dipotong separuh


Itu sahaja pilihan yang ada.

Demikian reaksi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berhubung lantikan menteri Kabinet baharu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Sebagai menterjemahkan kekecewaannya, Tengku Razaleigh berharap lantikan baharu ini akan dipotong separuh gaji mereka berbanding ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya telah memberikan ulasan bahawa tak dapat nak duga selain daipada mereka yang dipilih, kerana ini sahaja pilihan yang ada.

“Sudah tentu UMNO kecewa dengan barisan Kabinet baharu ini. Mari kita berdoa agar gaji mereka ini dibayar sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah yang dibayar kepada mereka di bawah (Tan Sri) Muhyiddin,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Pada Jumaat pagi, Ismail Sabri menegaskan, barisan Kabinet baharu yang dilantik akan dipastikan kekal komited dalam menjayakan agenda negara melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Beliau dalam perutusan ‘Pembentukan Kabinet’ berkata, barisan Jemaah Menteri tersebut dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman serta diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi.

Menurut Ismail Sabri lagi, Kabinet baharu itu juga perlu berorientasikan hasil berlandaskan tiga prinsip – peka dengan keperluan semasa; bertanggungjawab dan beramanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Dalam masa sama, Ismail Sabri menegaskan, beliau secara peribadi akan memastikan Kabinet tersebut menekan budaya kerja berprestasi tinggi.

“Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, pelantikan Kabinet di bawah pentadbirannya akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan COVID-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik tersebut.

RASANYA ISMAIL SABRI AKAN MENERIMA NASIB YANG LEBIH BURUK DARI MAHIADDIN YASSIN


 Setakat ini belum ternampak lagi ada mana-mana suara yang memuji kabinet yang dibentuk semalam oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Rata-rata melontarkan kritikan dan kecaman yang menampakkan ketidakyakinan dan rasa kecewa mereka kerana tiada pembaharuan yang ditampilkan dalam sususan kabinet itu.

Sementara UMNO dan Najib Razak sendiri dilihat agak berhati-hati dalam memberi reaksi, mereka yang biasa mengampu Perdana Menteri pun nampaknya takut mengeluarkan suara puji-pujian.

Di dunia nyata dan di alam maya, semuanya sarat dengan kritikan daripada pelbagai aspek yang menggambarkan Ismail Sabri sebenarnya adalah Perdana Menteri paling buruk buat negara.

Kalau dulu disangkakan Mahiaddin Md Yasin yang paling teruk, kini rupa-rupanya Ismail Sabri jauh lebih memperlihatkan ketidakmampuan dan tiada wibawa dalam dirinya.

Sepatutnya beliau mengekalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri serta berani melantik mereka yang sesuai untuk jawatan itu kalau pun kiranya enggan bersetuju dengan calon yang dicadangkan Bersatu.

Bukankah kuasa melantik itu merupakan prerogatif Perdana Menteri?

Selain mengekalkan menteri kanan yang menjadi pertikaian, mengekalkan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan dan Dr Radzi Jidin sebagai Menteri Pendidikan turut merupakan sesuatu yang mengecewakan.

Tidakkah Ismail Sabri sedar bagaimana rakyat banyak mengeluh tentang Tengku Zafrul yang lebih menampakkan dirinya sebagai wakil bank berbanding wakil rakyat?

Begitu juga dengan Dr Radzi yang dipertikai oleh hampir semua guru dan ibu bapa berkenaan keberadaannya yang dilihat tidak berfungsi sebagai Menteri Pendidikan selama ini?

Apakah Ismail Sabri tidak sedar suara-suara rakyat bawahan yang sebahagiannya turut diluahkan di media sosial?

Hakikatnya sukar memahami untuk apa dikekalkan kedua-dua menteri yang menjadi pertikaian ramai itu.

Begitu juga dengan Dr Adham Baba yang masih dikekalkan lagi sebagai menteri dengan hanya bertukar kementerian dengan Khairy Jamaluddin, tindakan ini turut sukar difahami logik dan keperluannya.

Apakah Ismail Sabri selama ini tidak pernah mendengar bagaimana Dr Adham dikritik, dipertikai, disindir, dipersenda, dihentam dan dibenci oleh rakyat?

Apakah Ismail Sabri sebenarnya tidak pernah membaca luahan-luahan rakyat di media sosial?

Paling mengecewakan dalam susunan kabinet ini ialah kerana Ismail Sabri membawa masuk muka-muka lama yang sedia dibenci rakyat atas pelbagai isu ketika mereka menjadi menteri di era BN dahulu.

Mambawa masuk Shahidan Kassim, Noh Omar dan Mahadzir Khalid misalnya adalah liabiliti yang akan mendedahkan lagi Ismail Sabri kepada balunan ramai.

Mereka itu adalah besi-besi buruk yang sudah berkarat yang jika digunakan untuk membuat bangunan hanya lebih mungkin membawa keruntuhan berbanding memastikan bangunan tersebut dapat tahan lebih lama.

Mereka itu seharusnya ditunjukkan jalan persaraan, bukan terus diberikan talian hayat yang menyebabkan mereka gila-gila mahu bertanding lagi dalam PRU akan datang.

Dengan Ismail Sabri baru berusia awal 60an, beliau sepatutnya menggunakan kesempatan ini untuk mengangkat ramai muka-muka baru atau menaikkan pangkat beberapa timbalan menteri sebelum ini untuk menjadi menteri, bukan menampilkan wajah-wajah pencen untuk terus diberikan jawatan.

Selain itu mengekalkan saiz kabinet yang dikira masih besar dalam suasana pandemik, kerajaan tidak banyak wang dan ramai rakyat hilang pendapatan adalah cerminan jiwa Ismail Sabri tidak berjiwa prihatin.

Susunan kabinet yang langsung tidak menampakkan pembaharuan ini, selain lebih mungkin menjuruskan Ismail Sabri ke lembah kegagalan yang lebih dalam, bahkan hampir tidak memberi sebab untuk rakyat yang waras dan matang untuk mengekalkan lagi mereka dalam pengundian PRU akan datang. – ShahbudinHusin 27/08/2021)



PEMBAZIRAN



 Hamzah Tie Na


Semuanya adalah dari kantung negara membayar gaji Buta mereka. Kantung negara bermakna wang rakyat, cukai dari rakyat membayar gaji menteri2 kabinet kayu yg ada dulu dan kini.


Namun sitolol masih gembira dicukai tetapi faedah yg dapat amat sedikit berbanding apa yg mereka nun diatas sana ambil dan pulun dgn lahapnya.

SEPERTI DIJANGKA.. TAK PERLU PH BERSAMA KERAJAAN..JELAS KERAJAAN INI AKAN GAGAL



Semalam bila aku menulis tentang Kerajaan Perpaduan, Aku dah tulis apa yg dihasratkan Tun Mahathir tahun lepas, Dan Kerajaan dan Kabinet Jokowi.. Ianya berbeza dgn tawaran Ismail sabri hari ini..dan jelas aku kata, Tak perlu pun PH bekerjasama dengan Kerajaan hari ini..ia tetap Kerajaan Khianat..Tu sebab aku tak teruja sangat dengan Perjanjian PH dan Ismail Sabri semalam..


Aku rasa, Kalau Sultan Perak, Sultan Nazrin baca laporan pembentukan Kabinet hari ni..dia pun tepuk dahi. Punya lah pelbagai pertemuan, Taklimat diberikan agar satu kerjasama, satu bayangan kerajaan campuran..Pembetukan Kerajaan yang Stabil.. Akhirnya Kerajaan hat ditubuhkan, Takda beza..Tetap takda kestabilan.. tetap kerajaan yg sama..


Tapi kita faham, Mengharapkan hanya kebijaksanaan Sultan Perak ianya mungkin kita akan kalah dengan realiti Politik Ashabiyah dalam Negara kita ini.. Sentimen perlunya Kerajaan Melayu Islam itu jauh lebih kuat dari slogan Islah yang dimahukan orang yang ada kebijaksanaan..


 Sampai habis Raja Raja seluruh Negeri datang dalam keadaan Hujan.. Akhirnya Kerajaan hat ditubuhkan Sama saja.. Takda beza..Tapi itulah UMNO.. dari tahun lepas aku dah tulis rencana UMNO.. Tujuan depa, Hanya nak kan kuasa, Depa dah lama dalam Politik.. depa antara yang mudah mendapat Syafaat dari maha berkuasa..


Seperti aku tulis sebelum ni..kadang kadang aku menyampah jugak dengan pemimpin DAP ni..Terlebih ampu..Terlebih nak tunjuk keterbukaan.. Lebih lajak dari laju.. sama lah dengan Nga Kor Ming dan pemimpin Amanah di Perak terpana dengan idea Jajaran baru.. Akhirnya jadi alat UMNO .. yg untung UMNO dapat gunakan depa untuk jadi MB..


Tengok Najib, Walhal Kerajaan sama jer.. Ismail sabri tu ketuai MKN, Kabinet pun hampir sama.. Tetapi nada Politik sudah berubah, Sebab apa ? Kuasa sudah ada ditangan UMNO... Apa hasrat depa, Hanya kuasa untuk lepas dari Penjara..Puak UMNO ni mana mahu Islah atau Reform..Semua tu Bohong jer.. 


Mcm tu lah Najib game PAS dulu dengan tawaran RUU 355 sampai berjaya jinakkan ulama PAS dan Haji Hadi sebelum PRU 14.. UMNO bijak mengikut kehendak dan rentak lawan.. Macam Haji Hadi dan RUU 355.. Najib suruh bangun dia bangun..Najib suruh Tangguh, dia tangguh.. Dia ibarat Perjanjian US dan Taliban yang buat org Islam terpesona seolah olah datangnya Panji Hitam dan Imam Mahdi..Punya lah lekeh..


Kalau ada yang percaya Ismail Sabri itu nak Islah.. Bagi aku salah orang.. Orang hat cerdik sikit macam Khairy Jamaluddin pun tak boleh pakai..Apa lagi Ismail Sabri yang sebelum ini paling kuat mainkan sentimen kaum dan Agama.. Tu pun ada pemimpin DAP percaya hanya bila dia sebut slogan Keluarga Malaysia..


Kita Berpolitik boleh Matang..Boleh terbuka.. Tetapi tidak ada kompromi dengan Kerajaan yang Khianat.. Jadi nasihat aku, Seperti mana aku sebut sebelum ni Berfikir bagaimaa melawan Ashabiyah...Kita PH kalah dengan Ashabiyah.. 


dah disebut Rafizi baru baru ini.. Buat kerja bagaimana menembusi kawasan luar bandar, Tapi nak tembusi luar bandar, Pembangkang perlu bersatu.. Perlu ada kebijaksanaan.. Dan yang penting perlu lawan Ashabiyah.. 


Berhenti jadi alat UMNO..Dipergunakan UMNO.. Apakah tak serik dipermainkan UMNO di Perak dan dipersekutuan.. Bina kekuatan dan gagasan Pembangkang yang Progresif..tampilkan Politik Idea.. Jangan lagi bermain dengan pelbagai Move Politik.. 


Bagi aku Kerajaan hari ini tidak akan bertahan.. Mungkin tak sampai 18 Bulan seperti Kerajaan Mahiaddin.. Yang penting PH dan Gagasan pembangkang perlu bersama membina kekuatan.. Percayalah, Kerajaan hari ini akan gagal lebih teruk dari Kerajaan Mahiaddin.. 


Bab Kabinet kayu ni, Aku komen kemudian..  :) 


Ipohmali


JIKA PH ANGKAT TANGAN BERMAKNA KEHILANGAN SOKONGAN

 

Macam-macam gelaran dilempar kepada kerajaan recycle 69. Kabinet kayu, lori sampah, lori taik. Adakah akan beri impak kepada mereka?


Mana mungkin kerana apabila Allah menutup hati dan mengizinkan kejahatan dilakukan, tiada siapa dapat membuka hati menginsafkan atau menghalang mereka.


Jalan2 kejahatan yg dipilih mereka adalah jalan2 yang akan mereka lalui. Yang penting janganlah kita ikut sama. Baik pun ada hadnya, ya PH.


DS Anwar Ibrahim dan MP PKR mohon jangan angkat tangan memberi kepercayaan kepada kerajaan 69 songsang tunggang langgang pada 6.9 nanti. AMANAH dan DAP tu kalau liabiliti, jalanlah sendiri bersama rakyat. Biar rakyat angkat DS sebagai PM.


Jangan kerana nak jaga hati kawan-kawan, harapan kami pula diperjudikan. DS dari dulu terkenal menjaga hati kawan-kawan sehingga mereka sanggup khianat dan cerca DSAI, kami ahli bawahan yang tidak tahan. Kami yang bermusuhan dengan mereka. Sedangkan DSAI senang memaafkan.


Rasanya Reformasi elok dimula dengan DSAI sendiri dengan berani melepaskan diri dan menjauhi pembodek-pembodek yang berpura-pura yang nampak DSAI akan tergelincir tetapi membiarkan dan kawan-kawan yang mengambil kesempatan dengan ketulusan dan kejujuran DSAI.


DSAI MESTI SENANTIASA ingat dan berwaspada bahawa lebih ramai ahli politik dan orang-orang sekeliling DSAI matlamat mereka hanya menyekat DSAI sebagai PM. Itu sahaja. Mereka sanggup dibayar jutaan demi menggagalkan cita-cita DSAI memerdekakan dan membina Malaysia semula.


Selagi pandangan penyokong setia dan rakyat menjadi kelas kedua, selagi itulah DSAI terdedah kepada pengkhianatan.  Kami tidak letih berjuang disisi DSAI, kami cuma letih disaat kemuncak harapan, kami terpaksa kompromi dan berakhir dengan kekecewaan. DSAI pernah dengan bersendirian mengumpul ratusan ribu manusia yang bersedia dengan kebangkitan. Walau dalam penjara perjuangan reform DSAI kami teruskan dengan keyakinan ia terbaik untuk negara.


Namun apabila DSAI berkompromi dengan watak-watak munafik berselindung dengan janji reform, kami kecewa. Tiada keperluan mereka reform apabila mereka dapat manfaat dari sistem pincang. Semuga tiada lagi kompromi dari pihak DSAI untuk menghormati dan mengambil hati sesiapa selain dari RAKYAT yang menaruh segunung harapan pada DSAI. SESUNGGUHNYA SELAIN DARI MUNAJAT KEPADA ALLAH, HANYA DENGAN DSAI USAHA KAMI, TIADA SIAPA LAGI.


Tolong jangan kecewakan kami.


- kakIDAabd -



KABINET BARU KABINET LAMA, MARI TELAAH PRESTASI KABINET KERAJAAN TEBUK ATAP 17 BULAN DI BAWAH YIDDIN




Di bawah adalah prestasi Kabinet lama. Mengikut laporan Bloomberg, antara 53 negara di dunia yang membuka ekonominya ketika pandemik COVID-19, Malaysia berada di tangga tercorot iaitu tangga ke-53.


Ini menunjukkan dasar-dasar Kabinet lama telah gagal menangani wabak ini di Malaysia.


Laporan-laporan antarabangsa sebegini memberi kesan kepada keyakinan pelabur lantas kesan negatif kepada pemulihan ekonomi negara.


Sebelum ini saya pernah berkata, untuk menukar dasar, kita perlu menukar pembuat dasar, atau dengan kata lain menukar Kabinet.


Kini Kabinet "lama" telah "ditukar" dengan Kabinet "baru".


Oleh itu, mungkinkah dasar-dasar yang akan dibuat juga akan jadi dasar-dasar "baru" juga?


Apa-apapun rakyat yang akan menanggung kesannya.


Sebab itu saya akan terus menegur dengan apa jua saluran yang berkesan untuk semak imbang dan untuk kepentingan rakyat.


Saya tidak mahu lihat lebih ramai rakyat mati akibat COVID-19 sebab kerajaan buat dasar yang salah.


Dalam tempoh 100 hari akan datang ini, Kabinet "baru" ini perlu membawa negara supaya tidak lagi berada di tangga tercorot malah perlu berada di tangga antara yang teratas di dunia dalam menangani wabak COVID-19. 


Saya harap kerajaan dan Kabinet "baru" ini akan buat perkara yang betul bukan seperti Kabinet "lama" yang sebelum ini.


Buktikan yang Kabinet yang dulu bukanlah yang sekarang.


ISHAM JALIL

27 Ogos 2021


https://www.bloomberg.com/graphics/covid-resilience-ranking/