Bendera putih simbolik solidariti kita berjaya !!!

 





KITA BENDERA PUTIH #benderaputih

Ya!!!!!....bendera putih berjaya menggugat keimanan lebai2 pencinta dunia #lebaikoyak. Jika tidak takkan mereka bersuara mengenainya walaupun terpaksa menyindir bodoh.... mereka sgt takut dgn reaksi rakyat. Walaupun ia hanya sekadar bendera berwarna putih tapi ketakutan mereka seperti melihat lembaga putih terbang di bumbung rumah mereka.

Itu baru 20% menggunakannya. Jika kita bersatu hati mencapai 80% menggunakan bendera putih di profile masing2 tanda simpati kpd marhaen yg ada keluarga mereka yg bunuh diri, yg menjadi gila, yg kelaparan malah ada yg mencuri kerana kesempitan hidup.....pasti impaknya lebih besar.

Pasti rakyat marhaen merasakan mereka mendapat simpati dan kita bersama sama mereka yg ketika ini begitu stress. Kita kena bantu mereka sama2 hentikan membunuh diri sendiri. Kita mahu mereka gantung sahaja bendera putih di pagar rumah. Hari ini dikhabarkan ada org mendapat bantuan rumah sewanya dibayarkan, ada yg mendapat keperluan dapur kerana mengibarkan bendera putih.

Kita mahu perasaan kita ini dpt dilihat hingga ke seluruh dunia. Ayuh netizen tunjukkan perasaan kita. Tunjukkan solidariti kita kpd nasib marhaen. Kita mahu kerajaan mendengar keluhan rakyat. Kita mahu kerajaan membuka Parlimen seberapa segera secara konvensianal.

Ayuh kita tukar sementara profile kita sehingga PKP ini dibuka semula agar hilang resah rakyat yg tertekan. Kita mesti bersatu hati... jika tidak bagaimana utk kita mengubahnya.

Mana tahu jika dulu Reformis dikatakan pemangkin perubahan politik tahanair PRU lalu... generasi seterusnya akn mengingati revolusi politik negara bermula dari Bendera Putih. Di mana2 pemimpin skg sdg berbicara mengenai bendera putih.. ayuh kita jadi sebahagian darinya.

Norman Radzuan

 

GANTIAN/GERAN PENDAPATAN RM 1500 GANTI i-SINAR, TAHNIAH DS ANWAR, SOLUSI ITU TEPAT !


May be an image of 1 person, sitting and text that says "Anwar Ibrahim @anwaribrahim freemalaysiatoday.com Beri bantuan RM1 RM1,500 sebulan kepada B60, Anwar beritahu kerajaan"


1- Tadi sempat melihat laporan di Video Malaysiakini, Antara cadangan Ds Anwar bagi menggantikan i-Sinar adalah gantian Pendapatan RM 1500 sepanjang PKP bagi menggantikan cadangan I-Sinar, Bagi aku ini satu solusi yang tepat dari PH..

2- Dan Ds Anwar berulang kali kata, Apa yg ditawarkan PN dalam pakej Pemulihan bukan Penyelesaian, Memang benar..Ds Anwar sebut dengan Jelas seperti yang aku tulis sebelum ini, Tidak sepatutnya wang dan dana hari tua rakyat digunakan untuk menampung hidup.. Dan Ds Anwar sebutkan 70% dari rakyat punyai simpanan bawah RM 10 ribu.. Bagi aku idea i-Sinar ini bukan saja Populis..Tetapi tidak bertanggungjawab..

2- Alhamdulillah, Apa yang aku bangkitkan sebelum ini cadangan Model German dan Singapura dan mempersoalkan idea Populis Najib Razak dan Idea Kerajaan PN, Akhirnya dicadangkan Ds Anwar petang tadi..

3- Idea yang diutarakan Ds Anwar adalah mirip Geran Pemulihan COVID-19, rakyat Singapura dan penduduk tetap yang layak berusia 21 tahun dan ke atas akan menerima sehingga S$700(RM 2100) dan S$500 Bagi yang kehilangan pendapatan bawah kadar 50%.. Ia termasuk kelompok SIRS yang bekerja sendiri.. Ia dilaksanakan selama 6 Bulan dan ditambah 3 bulan disember lalu..

4- Sebelum ini ramai yang pertikai Cadangan dan Solusi yang aku cadangkan ini.. bagi aku ia mampu dilaksanakan dan lebih bersasar kepada yang benar benar hilang Pedapatan.. Aku dah lampirkan Infografik Gantian Pendapatan ini sejak belanjawan 2021 Disember lepas..

5- Aku dah sebutkan, Tidak mustahil Kerajaan mampu membayar gantian Pendapatan, Atau Geran mudah tunai RM 10 Ribu seorang pun, Jika kaedahnya Bersasar.. Kerajaan boleh meminjam dari Dana awam seperti KWSP mahupun KWAP.. Jika satu Juta dapat RM 10 K ,Baru RM 10 Billion jauh lebih kecil dari suntikan Fiskal awal RM 45 Billion awal tahun lepas..

6- Jika PH dah mula keluar dari bayangan dan Idea Populis Najib Razak, dari sudut Politik nya ianya tepat dan Realistik biarpun aku masih berbeza dalam isu Moratorium..Seperti aku sebut sebelum ini, Jika PH bijak..Ini masanya PH tawarkan Solusi dan penyelesaian Berbeza, Najib sudah terperangkap dengan permainannya sendiri, sama seperti Mahiaddin..

7- Apapun Tahniah Pakatan Harapan dan Ds Anwar.. Description: 🙂

Ipohmali

 

APA JAWATAN DALAM HIERAKI DALAM UMNO PUN TAK ADA...MEMANG AKAN MELINGKUP LA.

 

Ini nak naikkan H2O atau mahu ‘membunuh’ masa depannya?

Apa jawatan pun takde dalam hieraki tertinggi UMNO, macam mana nak jadi Perdana Menteri?

Kalau dial ah nak dinaikkan sahih Malaysia ni lagi kelam kabut. Apa kejayaan dan pencapaian mamat ni dalam kerajaan. Naik setelah belot kepada Anwar dilantik Mahathir jadi ketua pemuda..kemudia sepupu lantik jadi menteri itu ini..Apa pencapaian dia tarak ada ..memang lagi lingkup la.


May be an image of 2 people and text that says "F M T HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINIO Muhyiddin dijangka bawa nama Hishammuddin jika 'terdesak' menghadap Agong, kata penganalisis Nora Mahpar July 2021 9:30 AM 3.8k Shares Penganalisis politik berkata, gerakan mengumpul akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk Hishammuddin Hussein adalah bagi merealisasikan 'impian' 'Muhyiddin."


KAH..KAH..KAH WOI SAMDOL ITU TANDA SUSAH DAN SENANG ORANG TAHU NAK BAGI BANTUAN LA ...MAJLIS ULAMAK CAKAP GINI KAH ?

 May be an image of 1 person and text that says "Majlis ulama-ulama Pas putuskan haramkan kibar bendera putih tanda mohon bantuan kepada UMNO BN dan rakyat Malaysia lain dan Kami lebih 1 juta ahli Pas cukup sahaja. Ketua Ulama Pas Pusat dan ahli Parlimer Pasir Putih Kelantan."

May be an image of 6 people and text that says "Marilah derma!! Bila Mereka Nak Minta Bantuan Dari Rakyat Angkat tangan berdoa bukan angkat bendera putih: Nik Abduh SITI FATIHAH AWANG 29 Jun 2021 Bila Rakyat Nak Minta Bantuan Angkat tangan berdoa! Nik Mohamad Abduh"



Pucuk pimpinan di ambang pertukaran?


Spekulasi semakin kencang mengenai nasib Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penarikan sokongan dua Ahli Parlimen Umno terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Januari menimbulkan kerisauan terhadap kejatuhan pentadbiran Perikatan Nasional, namun pengisytiharan darurat menutup spekulasi itu.

Kini, terdapat khabar angin yang bertiup mengenai beberapa perubahan kuasa yang bakal berlaku.

Selepas hampir enam bulan sejak darurat diisytiharkan pada 12 Januari, persoalan kembali timbul sama ada Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

Dengan keadaan darurat yang masih berterusan, persidangan semula Parlimen masih kelihatan jauh.

Raja-raja Melayu menzahirkan pandangan bahawa tidak ada keperluan untuk melanjutkan darurat dan Parlimen harus bersidang semula.

Pemerhati melihat pandangan itu sebagai maklum balas terhadap situasi Covid-19 yang semakin buruk selain mewakili permintaan rakyat yang melalui keadaan ekonomi yang semakin goyah.

Muhyiddin berkata Parlimen boleh bersidang semula menjelang September atau Oktober sekiranya kes jangkitan berada di bawah paras 2,000 namun laungan untuk mengembalikan demokrasi semakin kuat dan sebahagian mereka di dalam kerajaan percaya kuasa eksekutif tidak akan menutup telinga.

Sudah ada desas-desus di mengatakan bahawa Muhyiddin akan menyerahkan kuasa kepada Hishammuddin Hussein, seorang pemimpin Umno yang dilihat sebagai ‘jambatan’ antara partinya dan Bersatu pimpinan Muhyiddin.

Walaupun ‘tidur sekatil’ dengan kerajaan, kebencian antara dua parti berteraskan orang Melayu itu bukan lagi satu rahsia.

Ada segelintir yang percaya pelantikan Hishammuddin sebagai perdana menteri boleh memberi sedikit masa kepada kerajaan dan penangguhan oleh Umno, sebagai salah satu pengkritik terbesar kerajaan.

Namun, ia masih kekal sebagai salah satu daripada khabar angin yang tersebar di luar sana.

Sejak bulan lalu, beberapa nama menjadi sebutan bermula daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim hingga veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah namun spekulasi itu sering berubah-ubah.

Pada masa sama, terdapat cakap-cakap di kalangan pihak atasan dalam pentadbiran itu sendiri.

Salah seorang kakitangan kanan kerajaan memberitahu FMT, terdapat sebahagian daripada mereka diminta ‘bersedia’ dengan perubahan dalam kepimpinan.

“Pada mulanya, ia hanya khabar angin dan rasa curiga, dan kini angin semakin bertiup kencang,” kata sumber yang tidak mahu didedahkan identiti.

Sumber memberitahu bahawa semalam, lebih ramai pegawai atasan dimaklumkan dengan kemungkinan berlaku perubahan itu sebelum menyampaikan maklumat terbabit kepada pegawai lain.

Menurutnya, spekulasi semakin kuat apabila Pejabat Perdana Menteri memberitahu Muhyiddin dimasukkan ke hospital kerana cirit-birit.

“Kami berharap beliau dalam keadaan baik. Tetapi situasi politik di negara ini perlu diselesaikan kerana ia menjejaskan perkhidmatan awam,” kata sumber itu.

Seorang lagi pegawai atasan berkata, dia juga mendengar cakap-cakap itu tetapi hanya menganggapnya sebagai ‘khabar angin semata-mata’.

Dalam apa saja keadaan, kakitangan awam itu berkata, mereka bersedia dengan apa saja perubahan dan hanya mahu melaksanakan tugas di bawah sebuah kerajaan yang berfungsi.

WALAU CIRIT-BIRIT, MAHIADDIN HANYA TINGGAL ADA DUA PILIHAN

 

Keseriusan dan rasa tanggungjawab yang ditunjukkan oleh Yang Dipertuan Agong untuk memastikan agar Sidang Parlimen dapat diadakan sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos depan sesungguhnya memang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun.

Sehingga ini sudah tiga kali baginda bertitah berkenaan perkara tersebut, selain memanggil menghadap ketua-ketua parti, mengadakan perbincangan khas Majlis Raja-Raja Melayu dan dua hari lalu, memanggil menghadap pula Speaker Parlimen dan Speaker Dewan Negara ke Istana Negara.

Atas semua keprihatinan baginda itu, rakyat sebenarnya amat menjunjung kasih dan menzahirkan rasa terharu yang amat tinggi sekali.

Serentak dengannya, bersama pula komitmen Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara, Dr. Rais Yatim yang turut menjunjung titah Agong itu, sambil telah mencadangkan kepada Perdana Menteri agar satu sidang khas Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos, Mahiaddin Md Yasin dalam hal ini sebenarnya tidak punya banyak pilihan lain lagi.


Sama ada keadaannya yang tiba-tiba diserang cirit-birit semalam adalah suatu kebetulan atau kerana tertekan dengan keadaan yang tidak lagi memihak kepadanya, beliau kini hanya ada dua pilihan saja.

Pertama, akur sepenuhnya dengan titah Agong itu dan tanpa berlengah lagi mesti menetapkan tarikh untuk diadakan Sidang Parlimen sebelum 1 Ogos depan.

Kedua, berundur dan meletak jawatan dengan segera.

Tiada sama sekali pilihan ketiga atau selain daripada dua pilihan diatas.

Tambahan lagi, cirit-birit bukan sejenis penyakit yang memerlukan seseorang itu dirawat, dipantau atau berada di wad hospital untuk tempoh yang terlalu lama.

Paling lama pun, dengan ubat tertentu yang ditelan, biasanya menjelang dua hari ia akan pulih seperti sediakala semula.

Kalau bagi rakyat marhaen, golongan B40 dan mereka yang hilang pendapatan akibat Covid19, mengambil pil chi kit teck aun yang berharga tidak sampai RM2 sekotak atau meminum sebotol 100 Plus juga mampu memulihkan cirit-birit dalam tempoh hanya beberapa jam saja.

Makanya, tidak munasabah untuk Mahiaddin perlu berlama-lama menerima rawatan di hospital seperti orang kena sakit jantung misalnya, sambil bertangguh-tangguh juga memenuhi titah Agong itu.

Dalam sehari dua ini Mahiaddin sepatutnya sudah pun pulih dan boleh menetapkan tarikh Sidang Parlimen sebagaimana titah Agong yang sudah sampai tiga kali ditekankan oleh baginda.

Tiada lagi ruang bagi beliau berlengah-lengah, malah sudah pun tertutup segala pintu jika ada keinginan dalam hatinya untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri tanpa perlu akur terhadap titah Agong itu.

Enggan akur, hanya letak jawatan jawapannya. 

(ShahbudinHusin 01/07/2021)



Hotel Istana Kuala Lumpur umum tutup operasi 1 September ini

 

Hasimi Muhamad
Hotel Istana Kuala Lumpur umum tutup operasi 1 September ini
Hotel Istana Kuala Lumpur umum akan menamatkan operasi pada September ini. -Gambar fail

Surat yang ditandatangani oleh Noorazzudin Omar bertarikh 30 Jun
Surat yang ditandatangani oleh Noorazzudin Omar bertarikh 30 Jun

KUALA LUMPUR: Hotel Istana Kuala Lumpur umum akan menamatkan operasi pada September ini.

Berdasarkan sepucuk surat bertarikh 30 Jun 2021 yang ditandatangani pengurus besar hotel Noorazzudin Omar, pihak pengurusan tiada pilihan selain menutup operasi hotel bertaraf lima bintang yang berusia 29 tahun itu.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa pihak pengurusan Hotel Istana akan menawarkan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada para pekerja.

“Kami sudah capai keputusan selepas mempertimbangkan keadaan semasa dan semua pilihan yang ada.

“Dengan rasa dukacita kami ingin memaklumkan keputusan untuk menutup operasi kami dijangka pada 1 September 2021.”

Selain itu, beliau menambah hotel itu masih tidak mampu menanggung kerugian operasi bulanan walaupun

digunakan sebagai pusat kuarantin bagi pengurusan wabak COVID-19.

Keadaan tersebut, katanya, telah memberi kesan kepada perniagaan, keuntungan dan bilangan pelanggan yang menghuni hotel tersebut.

“Di sini juga, kami inginkan memaklumkan, pihak hotel akan menawarkan kepada pekerja-pekerja skim VSS.

“Pihak sumber manusia akan menghubungi anda dalam masa terdekat,” katanya.

Hotel 23 tingkat dan 486 bilik yang siap dibina pada 1992 itu dimiliki Tradewinds Corp Berhad.

Sementara itu, Astro AWANI ketika menghubungi pihak Hotel Istana, memaklumkan bahawa pekerja masih belum menerima notis secara rasmi.

Bagaimana, Astro AWANI masih cuba mendapatkan pengesahan berhubung perkara ini.

ORANG CIRIT BIRIT LALU MAKAN YA..?

 

HAMZAH RIE NA


Pm ni ker mereka gelar i-cirit Tu? Mcm sihat jerrrrr,sepinggan makanan depan mata. Cirit birit memang berselera makan yer? Kakak tanya sebab kakak bila cherry berry memang flat! Untung pm ni masih ada selera makan!...


May be an image of 1 person

TAK FAHAM TUGAS GAMAKNYA NI...JENGUK LAH TASEK CHINI ATAU HUTAN ULU TEMBELING.

 

Sibuk dengan kerja orang lain....tu hah..hadap isu alam sekitar kat tasik chini tu...dok sibuk dengan kementerian lain plak



May be an image of text that says "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man 7h・ Sebanyak 1 juta dos vaksin AstraZeneca dari Kerajaan Jepun akan tiba pada Khamis, manakala 1 juta dos vaksin keluaran Pfizer akan diperoleh pada Jumaat sumbangan kerajaan Amerika Syarikat JKJAV #LindungDiriLindungSemua"

JANGAN RATIP NAMA ANWAR . NANTI TAK TENANG MACAM ATOK


 KAK IDA ABDULLAH

Ha... Siapa yang dok dengki sakit hati sangat dengan Anwar Ibrahim, dengarlah nasihat Ayah Rani ni, celik mata pagi-pagi cari Tuhan BUKAN Anwar. Nanti sampai tua korang tak tenang macam Atok!


May be an image of 2 people and text that says "Add Muhyiddin... 26 63 Abdul Rani Kulup Fans @KulupFans Ih Sebelum ini dia kata Anwar nak jadi PM.Kendian dia boleh kata,tak mau dah jadi PM lagi.Bila masa dia jatuhkan PH,dia kata Anwar sibuk nak jadi PM.Bila dia nak jadi PM balik,dia kata Anwar tak nak dia jadi PM. Terok dah orang tua ni.Banyak makan anai2 ayah rasa This media is not available because it includes content you've chosen not to see. 28 78 Abdul Rani Kulup Fans @KulupFans 1h Ini orang tua celik aje mata cari Anuar.Bukan dia sibuk nk cari Tuhan 34"

Muhyiddin dijangka bawa nama Hishammuddin jika ‘terdesak’ menghadap Agong, kata penganalisis


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Penganalisis politik berkata, gerakan mengumpul akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk Hishammuddin Hussein adalah bagi merealisasikan ‘impian’ Muhyiddin.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkemungkinan akan menyerahkan nama pemimpin Umno, Hishammuddin Hussein sebagai pengganti beliau kepada Yang di-Pertuan Agong, sekiranya keadaan benar-benar mendesak, kata penganalisis politik veteran.

Bercakap kepada FMT, Ahmad Atory Hussain berpendapat pemilihan menteri luar itu sangat tepat kerana beliau mesra dan “dekat” dengan kepimpinan Bersatu selain mampu menjadi “jambatan pengaman” antara kedua-dua parti.

Katanya, bagaimanapun Azmin Ali yang dikatakan orang paling kanan dan menteri kepercayaan Muhyiddin dijangka tidak berada dalam senarai pilihan kerana sebahagian besar pemimpin Umno “alergik” terhadap Azmin, malah beliau juga tidak mempunyai sokongan kuat dalam kalangan majoriti Ahli Parlimen.

“Muhyiddin akan memilih ‘jalan keluar’ itu sekiranya dia merasakan rakyat sudah bosan dan tidak mahukannya lagi. Pemilihan Hishammuddin juga dibuat kerana Bersatu sedar Umno mempunyai majoriti lebih banyak daripada parti lain di Parlimen,” katanya.

Ahmad Atory Hussain.

Ahmad juga bersetuju gerakan mengumpul akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Hishammuddin adalah bagi merealisasikan “impian” Muhyiddin.

Beliau berkata, jika berlaku peralihan kuasa, walaupun Bersatu tidak lagi memegang jawatan nombor satu pentadbiran Putrajaya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan tetap berjalan seperti biasa, malah hubungan Umno-PN akan bertambah kukuh berbanding sikap dingin yang ditonjolkan oleh kedua-dua pihak ketika ini.

“Umno susah untuk berdiri sendiri walaupun ada tiga juta ahli kerana dipercayai ahli akar umbi sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan sudah memilih ‘payung’ lain,” katanya.

Azmi Hassan.

Sementara itu, pakar geostrategis Azmi Hassan berpendapat tindakan mendesak Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai tindakan terdesak parti lawan kerana hakikatnya tiada seorang pun pemimpin politik mampu menghasilkan sebuah kerajaan stabil ketika negara berada di bawah tekanan krisis kesihatan.

“Jika Muhyiddin berundur sekali pun, kita akan lihat situasi yang sama berlaku kerana pandemik Covid-19 adalah isu sukar yang tidak mampu ditangani sebuah kerajaan dengan sumber yang terhad,” katanya.

Sementara itu, Sulaiman Yassin berpendapat suara sumbang di mana rakyat sudah muak dengan kerajaan PN ada benarnya.

“Ini ditunjukkan dengan pelbagai kempen di media sosial dengan pelbagai jolokan atau gelaran kurang baik diberikan kepada kerajaan Muhyiddin,” kata pemerhati politik veteran itu.

Namun, beliau menyifatkannya sebagai perkara biasa yang akan dilalui oleh setiap pentadbiran ketika rakyat berasa tidak puas hati.

Justeru, beliau berharap Muhyiddin tidak tunduk kepada desakan berundur oleh sesetengah pihak sebaliknya menggunakan kebijaksanaan Jemaah Menteri yang dimilikinya untuk mengendurkan ketegangan yang berlaku.

Dalam sidang media secara maya semalam, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendesak Muhyiddin berundur segera sebagai tanggungjawab terhadap kelemahan tadbir urus pandemik Covid-19.

Gesaan itu menyusul selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan sekali lagi supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

Tanda pagar #PMCirit trending di media sosial

 Tanda pagar #PMCirit trending di media sosial


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjadi sasaran ejekan dalam talian berikutan berita yang melaporkan bahawa dia dimasukkan ke hospital kerana cirit-birit.

Awal hari ini, pejabat Muhyiddin mengeluarkan kenyataan ringkas yang mengatakan bahawa presiden Bersatu itu dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur untuk rawatan dan pemerhatian.

Isu ini tidak hanya dijadikan tajuk berita luar negara, tetapi juga mewujudkan tanda pagar #PMCirit dan #KerajaanCirit.

#PMCirit kekal sebagai topik sohor di Twitter pada setakat pukul 10 malam tadi melibatkan lebih daripada 24,000 ciapan.

Ada pihak yang berspekulasi apakah pengumuman mengejutkan itu ada kaitan dengan kenyataan Yang di-Pertuan Agong yang berulang kali menzahirkan pandangan agar Parlimen segera bersidang semula.

Muhyiddin biasanya mengadap Agong sebelum mesyuarat kabinet pada hari Rabu. Kedua-dua acara ditangguhkan hari ini susulan keadaan kesihatannya.

Laporan Covid-19, Situasi Kewangan Rakyat & Sidang Media

[[LIVE]] 30.6.2021 #CIRIT Anwar bakal menjadi Perdana Menteri Interim?

Lagi Jemaah Menteri Kena Maki, Menteri Punyalah Ramai, Satu Hampas Pon T...

RENTASAN 918 | PANAS!!! AMARAN TERAKHIR BUAT #KERAJAANGAGAL - KINI PM-8 ...


MENARIK DALAM RENTASAN 918
1. TAK MALUKAH DIAIBKAN YANG DI-PERTUAN AGONG? 2. KERAJAAN HARUS BERTANGGUNG JAWAB DI ATAS KEGAGALANNYA 3. BENDERA PUTIH TANDA KERAJAAN GAGAL 4. RAKYAT DIKURUNG, PEMIMPIN KENDURI DURIAN



BUKAN SAJA MAHIADDIN, SELURUH KABINET PUN RASA-RASANYA BAKAL KENA CIRIT-BIRIT JUGA SELEPAS INI….

 

Sejak subuh tadi telah heboh dengan perkhabaran melalui aplikasi Whatsapp tentang Mahiaddin Md Yasin yang dikatakan telah dimasukkan ke wad di sebuah hospital di ibukota.

Laporan itu menyebut Perdana Menteri diserang sakit secara tiba-tiba dan dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan mulai petang semalam.

Begitu pun, tidak disebut masalah kesihatan apa yang sedang dihadapi Mahiaddin itu.

Hanya menjelang tengahari tadi barulah kesahihan khabar angin itu diketahui kebenarannya dengan Pejabat Perdana Menteri sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keadaan kesihatan Mahiaddin.

Kenyataan itu menyebut Mahiaddin telah mengalami diarea atau cirit-cirit dan dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan.

Ehhh…Mahiaddin kena cirit-cirit?

Macam mana boleh kena?

Bagaimana keadaannya?

Salah makan atau kena keracunan makanan ke?

Buat seketika, pelbagai pertanyaan mengenai keadaan kesihatan beliau tergantung begitu saja, sambil ada juga yang mendoakannya agar cepat sembuh.

Tetapi, selepas tengahari tadi apabila Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara, Dr. Rais Yatim mengeluarkan kenyataan media secara bersama mengenai majlis menghadap mereka kepada Yang Dipertuan Agong semalam yang menyebut tentang titah baginda mahukan sidang Parlimen diadakan sebelum 1 Ogos, barulah sedikit-sedikit boleh dijangka kenapa Mahiaddin tiba-tiba dilaporkan sakit perut dan terkena cirit-birit.

Menurut kedua-dua Speaker itu lagi, titah Agong itu juga sudah pun dimaklumkan kepada Mahiaddin dan mereka mencadangkan kepada Perdana Menteri agar satu persidangan khas Parlimen diadakan sebelum 1 Ogos mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Ohh…patutlah kena cirit-birit!!!

Serentak dengan itu, sarat di media sosial dengan pelbagai troll dan sindiran mengenai kemasukannya ke wad akibat cirit-birit itu.

Sewaktu sekolah dahulu, apabila kerja rumah tidak siap dan takut dimarahi cikgu, alasan paling popular untuk murid-murid tidak datang ke sekolah ialah kerana sakit perut atau kena cirit-birit.

Apakah Mahiaddin tiba-tiba kena cirit-cirit kerana titah Agong dan mahu mengelak untuk menghadap baginda dalam waktu yang segera bagi menetapkan tarikh Sidang Parlimen?

Ini kerana hari ini ialah hari Rabu di mana mesyuarat kabinet sepatutnya diadakan dan sebelum mesyuarat kabinet diadakan, Mahiaddin perlu menghadap Agong terlebih dahulu.

Disebabkan cirit-cirit dan menerima rawatan di hospital, difahamkan tiada mesyuarat kabinet pada hari ini dan tiada jugalah Mahiaddin perlu menghadap Agong pada pagi tadi.

Agaknyalah…kalau tak kena cirit-birit dan tak dimasukkan ke wad, ada kemungkinan dalam menghadap Agong pagi tadi, sambil berbual-bual itu baginda bertanya sekali lalu kepada Mahiaddin tentang bila tarikh yang sesuai untuk diadakan Sidang Parlimen.

Seumpama murid yang tak dapat menyiapkan kerja rumah, tentu berpeluh dingin jugalah nak menjawabnya.

Agak-agaknya begitulah!

Apa yang nyata, titah Agong kali ini yang secara spesifik mahukan Sidang Parlimen diadakan sebelum 1 Ogos dengan sendirinya telah menjawab helah seorang menteri, Takiyuddin Hassan yang sebelum ini mengatakan tiada keperluan membuka Parlimen dengan segera kerana baginda tidak menetapkan apa-apa tarikh pun mengenainya, meskipun jelas disebut perkataan segera dan secepat mungkin.

Nah…bagaimana sekarang, apakah Takiyuddin mahu terus berdalih dan derhaka lagi untuk kesekian kalinya?

Selain itu, titah Agong yang disampaikan melalui Speaker Parlimen dan Speaker Dewan Rakyat kali ini turut menunjukkan baginda tidak menerima sama sekali pandangan Peguam Negara yang menyatakan penetapan tarikh Sidang Parlimen mesti dibuat atas nasihat Perdana Menteri.

Mana Peguam Negara nak letak muka selepas ini?

Kalau masih ada rasa malu, sebaik-baiknya letaklah jawatan dengan segera.

Nampak-nampak gayanya, dengan titah Agong ini dan sidang Parlimen sudah tidak boleh dielakkan lagi daripada diadakan sebelum 1 Ogos, bukan saja Mahiaddin, seluruh kabinet pun rasanya bakal kena cirit-birit juga.

Cuma harapnya tiada yang sampai berdarah sudahlah!!!.


 (ShahbudinHusin 30/06/2021)



KEH..KEH...-PUSAT INTERNET ? NEGARA MANA NIH ?

 

MOHD SHAH RIM.


Pusat Internet sementara.. Kelantan..

EXCO dan MB pakai Mercedes..

 

PKR bergolak?: Kumpulan pro Najwan gesa mesyuarat agung luar biasa untuk ‘gulingkan’ Akmal sebagai ketua AMK

 


PKR bergolak?: Kumpulan pro Najwan gesa mesyuarat agung luar biasa untuk ‘gulingkan’ Akmal sebagai ketua AMK

Pemimpin Pemuda PKR (AMK) yang dipecat baru-baru ini secara terbuka mencabar ketua sayap parti itu, Akmal Nasir.

Dalam satu kenyataan bersama, enam daripada mereka yang dipecat, termasuk bekas Ketua AMK Selangor, Najwan Halimi menggesa mesyuarat agung luar biasa diadakan bagi melantik ketua AMK yang baru.

“Sudah terang lagi bersuluh bahawa Akmal Nasir merupakan Ketua AMK Malaysia paling lemah dan tidak efektif dalam sejarah kepimpinan AMK.

“AMK Malaysia perlu mengadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) bagi melantik Ketua AMK Malaysia baru yang mempunyai keabsahan,” kata mereka dalam kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Najwan, bekas ketua AMK Perlis, Azam Karap, bekas naib ketua Syed Badli Shah, bekas penolong setiausaha AMK, Naqib Nasruddin, bekas timbalan pengarah strategi AMK, Fakhrulrazi Zailan, dan bekas ketua biro mahasiswanya, Shahrul Nizam.

Mereka mendakwa sejumlah 110 Ketua AMK cabang daripada 137 secara keseluruhannya menolak serta hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Akmal.

Seluruh kepimpinan AMK Selangor dan Perlis dipecat pada Selasa. lalu dengan beberapa pemimpinnya di peringkat pusat turut mengalami nasib sama.

Alasan yang diberikan adalah “rombakan strategik” itu sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-15 memandangkan pemilihan PKR dilanjutkan hingga 2023.

Namun, kumpulan Najwan berkata sekiranya alasan tersebut diberikan, keseluruhan tampuk kepimpinan AMK harus dirombak.

“Kami berpandangan bahawa jika rombakan mahu dilakukan atas asbab Pemilihan Parti Keadilan Rakyat dilanjutkan sehingga tahun 2023, maka lebih baik rombakan itu dilakukan secara keseluruhan terhadap tampuk kepimpinan AMK,” jelas mereka.

Pertelingkahan itu berlaku di tengah perebutan kuasa antara kem bekas naib presiden parti itu, Rafizi Ramli dan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, yang merupakan setiausaha politik kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Akmal dilihat sebagai anak didik Rafizi dan baru-baru ini membuat komentar tajam mengenai pembantu Anwar itu, khususnya “Geng Baju Hitam” yang dipimpin oleh Farhash.

Najwan bertanding merebut jawatan ketua AMK pada tahun 2018 dalam pertandingan tiga penjuru.

Pertelingkahan terbaru itu berlaku kira-kira selepas setahun pergolakan dalam PKR menyebabkan berlaku insiden lompat parti dan menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan

MERITOKRASI MALAYSIA

 

REJAB HARON


Tahniah! Tahniah! Malaysia semakin maju! Teruskan amalan meritokrasi yg semakin bermutu sesuci dan murni ini! Zaman kabel2 dah berlalu! Hokkk ptuihhh!!!! Bangsat punya penyapu!


May be an image of 1 person, headscarf and text that says "Zack Rockstar Tahiniah!!! Dalam masa 6 bulan, 2 kali dia naik pangkat dari JUSA c ke B, JUSA B ke A. Isteri Menteri Kesihatan @DrAdhamBaba; Nor Zamani Bt Abdol Hamid. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. ENTERIAN GENDIDL MALAY PELAJARAN MALAYSIA SEKTOR DASAR KURIKULUM) Nama DATIN SRI HJH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID ENERRAR PELAJARAN Jawatan TIMBALAN E-mel go መ) ramani amid Teleton insksitainm VOR ZAMANI 0388846149 PELAJARAN HAMID DAN KURIKULUM 12:30 AM Jan Jan11, 2021"

BENDERA PUTIH BANYAK BERKIBARAN DI INDERA MAHKOTA - MP PENGKHIANAT TERCIRIT JUGA KAH?


No photo description available.

May be an image of Kamarulhatta Mohaned Ali and standingMay be an image of standing, car and outdoors




Siapa MP Indera Mahkota? Dia adalah seorang MP yg diberi ihsan oleh Keadilan bertanding di situ pada PRU14 yang lalu kerana dia tiada tempat untuk bertanding, tetapi jual maruah diri jadi pengkhianat.

Keadilan walaupun dikhianati di Indera Mahkota, namun semangat juang aktivis2 Keadilan seperti otai kita sdr Bung Hatta Kamarulhatta Mohaned Ali dan rakan2nya terus melaksanakan tugas membantu masyarakat di IM. Misi mencari orang2 susah setiap hari dilakukan, di mana sahaja kelihatan bendera putih berkibaran, maka di situlah jentera2 Keadilan akan sampai menyampaikan sedikit bantuan makanan. Ada saja laporan atau maklumat tentang keluarga yang susah dan kehabisan makanan, maka Keadilan IM akan cuba membantu mengikut kemampuan. Lupakan pengkhianat yang mereka pilih dulu, biarkan dia tercirit seperti bos dia.

Saya amat respek jentera2 Keadilan di IM di bawah Ketua Cabang yang juga Adun Semambu, YB Lee Chean Chung dan otai di Pahang Sdr Hatta dan rakan2. Mereka memang kuat bekerja di akar umbi. Tidak terdaya saya mengikut caranya bekerja.

Tahniah Indera Mahkota. Muhasabahlah, cari pengganti kepada pengkhianat dengan calon yang terbaik, ikhlas dalam.perjuangan dan paling penting mesti berani bersuara hak dan kepentingan akar umbi. Jangan izinkan pisang berbuah dua kali. Indera Mahkota milik kita, InsyaAllah.

WFAUZDIN NS

 

KIBAR BENDERA PUTIH KERANA MARAHKAN MP KAWASANNYA.

 Diabaikan Oleh Ahli Parlimen, Lelaki Di Ampang Kibar #BenderaPutih


Seorang lelaki di Ampang telah mengibarkan #BenderaPutih selepas diabai oleh Ahli Parlimen kawasannya, Zuraida Kamaruddin.