BUKAN DULUNYA PAS PELUK NAJIB KAH ?

 

Semoga keputusan mahkamah kes Najib jadi kafarah dosa – Nik Abduh

By

 Manzaidi Mohd Amin


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz


Nik Abduh Nik Aziz

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan tahnian atas kemenangan Datuk Seri Najib Razak dalam mempertahankan dirinya daripada segala pertuduhan di mahkamah.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berharap bekas Perdana Menteri itu tidak kecewa dalam perjuangannya.

“Pagi Jumaat penuh berkat ini, saya ingin ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib. Semoga Allah rahmati perjuangan Datuk Seri mempertahankan diri daripada segala pertuduhan di mahkamah.

“Jangan kecewa berjuang. Kecewa hanya untuk mereka yang melakukan kesalahan dan kekal di atasnya. Kelegaan dan kegembiraan adalah buat mereka yang bertaubat dan membaiki diri.

“Saya mengikuti sedari lama perjuangan mereka yang mempertahankan diri di mahkamah terutama orang-orang politik termasuk juga Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Semalam, media melaporkan, kerajaan Malaysia gagal dalam permohonannya untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM114 juta yang disita polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018, didakwa milik Najib dan UMNO.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wang dirampas dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd itu diperoleh daripada kesalahan pecah amanah.

Katanya, pegawai penyiasat kes pengubahan wang haram iaitu Asisten Komisioner D. Rajagopal gagal menunjukkan wang itu harta curi, wang dipindahkan hasil daripada pecah amanah jenayah atau penipuan serta gagal menjelaskan bagaimana pecah amanah jenayah atau penipuan berlaku.

Menurut Nik Abduh, persamaan dihadapi Najib dan Anwar ialah mereka melawan Tun Dr. Mahathir Mohamad lalu diheret ke mahkamah tetapi dengan perbezaan pertuduhan.

“Semoga jadi kafarah daripada dosa. Itulah yang utama dalam setiap musibah. Muslim tidak pernah rugi selama dia yakin pada ketentuan Allah untuknya.

“Ini mahkamah dunia. Ada orang yang amat jahat tetapi tidak pun dihadapkan ke mahkamah. Allah menangguhkannya sehingga akhirat.

“Di sana, segalanya hanyalah penyesalan kecuali dengan bekalan taubat, keinsafan, ihsan dan rahmat daripada Tuhan Yang Maha Esa,” katanya sambal memberi semangat agar Najib teruskan berjuang. 

 





Khairy dedah siapa sebenarnya yang tawar sumbangan 2 juta vaksin Covid-19 kepada Pulau Pinang

 



Panas! Khairy dedah siapa sebenarnya yang tawar sumbangan 2 juta vaksin Covid-19 kepada Pulau Pinang


Sehari setelah media melaporkan Khairy Jamaluddin menyifatkan tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Covid-19 sebagai palsu, ahli perniagaan yang dikaitkan dengan dakwaan itu dikatakan berhubungan dengan pejabat Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) berkenaan.

Menyentuh mengenai perkara itu di Twitter, Khairy mengatakan pegawainya menghubungi seseorang yang “mengaku sebagai Yong Chee Kong”.

Khairy menegaskan dia akan mempermudah tawaran Yong untuk menyumbangkan vaksin, namun, menurutnya, ahli perniagaan itu enggan membuktikan bahawa tawaran sumbangan itu benar.

“Dia (pegawai Khairy) bertanya kepadanya (orang yang mengaku sebagai Yong) apakah dia mempunyai bukti sumbangan tersebut agar kami dapat mempermudahnya. Dia mengatakan tidak. Dia mengatakan dia mempunyai wang di sebuah akaun di Hong Kong.

“Dia (pegawai Khairy) kemudian tanya kepadanya bahawa sama ada dia dapat menunjukkan bukti sumbangan itu atau membuat sumbangan rasmi kepada kerajaan Malaysia yang akan kami sampaikan kepada kerajaan Pulau Pinang, bukan untuk dia membayar kepada mana-mana syarikat, tapi ditolak.

“Seperti yang saya katakan semalam, saya dengan senang hati dapat memberikan bantuan sekiranya Yong dapat membuktikan bahawa dia boleh mendapatkan vaksin atau memberikan sumbangan rasmi kepada kerajaan,” kata Khairy di Twitter.


Khairy menanggapi laporan berita hari ini, yang memetik seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Yong yang menegaskan tawaran sumbangan vaksinnya kepada Pulau Pinang adalah sahih.

Pada sidang media semalam, Khairy mendakwa bahawa tawaran itu palsu dan syarikat yang dikaitkan tidak wujud. Ini mendorong Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow untuk mendesak pihak di sebalik tawaran untuk menjelaskan situasi.

Pengarang surat yang menawarkan dua juta dos vaksin Sinovac kepada Pulau Pinang telah menyatakan dirinya dalam surat itu sebagai Yong Chee Kong, pengarah urusan firma Xintai Development Enterprise Ltd. yang berpusat di Hong Kong.

Semakan Malaysiakini sendiri di daftar syarikat Hong Kong juga mendapati syarikat itu tidak wujud.

Sebaliknya, ada dua syarikat dengan nama yang serupa, tetapi tidak ada yang menyenaraikan Yong sebagai pengarah.

Namun demikian, menurut laporan Malay Mail hari ini, Yong mengatakan tawaran itu tidak ada kaitan dengan syarikat itu kerana dia bertindak atas kapasiti peribadinya untuk menyumbangkan vaksin dan tidak pernah mahukan pendedahan.

“Isu ini sekarang jadi isu politik. Tidak adil bagi saya. Kami hanya ingin menyumbangkan vaksin, bukan memberi wang tunai,” katanya.

“Saya telah menghubungi kerajaan negeri Sabah melalui ketua menteri tetapi selepas mereka tidak menjawab, Pulau Pinang menghampiri saya dan berkata memandangkan Sabah menolak tawaran itu, mengapa tidak memberikannya kepada pembangkang?” katanya dilaporkan melalui wawancara telefon.

Yong dilaporkan mengatakan bahawa surat yang mempunyai tanda tangannya ditulis oleh DAP Pulau Pinang adalah untuk dikemukakan sebagai tawaran rasmi.

Jelasnya, surat itu sepatutnya menyatakan alamat syarikat, tetapi malangnya ia tertera alamat peribadinya di Kota Kinabalu.

“Saya tidak menulis surat itu, ini adalah sesuatu yang diinginkan oleh orang atasan saya di Hong Kong. Tidak sepatutnya alamat saya,” katanya.

Dia juga mendakwa nama syarikat seperti yang disebutkan dalam surat itu tidak tepat, dan syarikat sebenar yang dimaksudkan itu beroperasi di Kuala Lumpur dan Hong Kong.

Yong dilaporkan menegaskan bahawa dia hanya akan menyumbangkan vaksin yang dia beli sendiri.

“Tetapi mereka mahu saya membayar kepada sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Saya tidak menginginkannya. Saya tahu kosnya,” katanya.

Yong mengatakan bahawa dia sedang berunding dengan peguamnya mengenai apakah akan mengadakan sidang media dan menjelaskan perkara-perkara berikutan kenyataan Khairy.

“Saya masih memikirkannya. Sudah tentu saya mahu membersihkan nama saya,” katanya.



Tawaran 2 juta vaksin Sinovac tulen, penderma nafi dakwaan ‘scam’ KJ Durie Rainer Fong





© Provided by Free Malaysia Today Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada sidang media Selasa lalu ketika mendedahkan tawaran dua juta dos vaksin Sinovac secara percuma ditolak Kementerian Kesihatan.

KOTA KINABALU: Seorang kakitangan sebuah syarikat swasta di Hong Kong mempertahankan tawaran dua juta dos vaksin Sinovac kepada kerajaan Pulau Pinang adalah tulen.

Yong Chee Kong, 58, berkata tidak adil untuk seorang menteri persekutuan melabelkan tawaran Xintai Enterprise Development Ltd, syarikat pelaburan, sebagai “scam”.

Beliau berkata, majikannya yang berpangkalan di Hong Kong meminta beliau menulis surat kepada kerajaan Pulau Pinang untuk menawarkan vaksin itu, selepas surat mereka kepada kerajaan Sabah ditolak Kementerian Kesihatan Januari lalu.

“Itu sebabnya saya perlu ke negeri pembangkang,” katanya ketika dihubungi FMT.

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, tawaran dua juta dos vaksin Sinovac adalah “scam” dan syarikat itu “bogus”.

Khairy berkata, beliau tidak menemui bukti sama ada penderma didakwa “Yong Chee Kong” atau syarikat berpangkalan di Hong Kong yang disebut dalam surat itu, “Xintai Development Enterprise Ltd”, wujud.

Yong berkata, beliau tidak pernah menyatakan dirinya ialah pemilik syarikat itu dan mendakwa syarikat asing itu mempunyai modal berbayar HKD300 juta.

Katanya, Xintai Development Enterprise Ltd yang disebut Khairy tidak sama dengan nama sebenar syarikat itu, Xintai Enterprise Development Ltd.

Disebabkan namanya dipetik menteri itu, beliau kini mendapat perhatian tidak dikehendaki daripada orang ramai.

“Perkara ini dipolitikkan dan ia tidak adil untuk saya. Nama saya muncul dan dikaitkan sebagai ‘scammer’,” katanya yang mempertimbangkan tindakan undang-undang.

“Saya rasa dipermainkan, di mana saya hendak letak air muka saya? Saya tidak merancang masuk berita atau apa-apa seperti itu.

“Tetapi saya tidak bimbang kerana tawaran bos saya untuk menderma vaksin itu tulen. Ia bukannya ‘scam’.”

Katanya, polis turut menghubunginya berhubung perkara itu dan akan menemui mereka esok.

Buat masa ini, Yong, yang mendakwa sudah bekerja untuk Xintai selama 10 tahun, akan menunggu reaksi kerajaan sebelum mengambil tindakan lanjut.

Beliau juga mempertimbang mengadakan sidang media bagi membersihkan namanya, tetapi peguam memintanya ditangguhkan dahulu.

“Saya masih fikir saya patut mengadakan sidang media kerana tidak tahan (cercaan dihadapinya), tetapi tengoklah nanti.”

 

Zalimkah dia?

 










Baru-baru ini ada orang bertanya kepada saya, zalim sangatkah dia sehingga kita semua membencinya?

Orang yang bertanya itu nampaknya percaya bahawa dengan melontarkan soalan sedemikian dia dapat menukar kebencian menjadi kasihan, dan dari kasihan barangkali dapat meningkat jadi kasih. Soalan itu dirasakan soalan pandai. Ini kerana ia semacam memerangkap kita semua yang sedang di puncak rasa menyampah kepadanya oleh kezaliman.

Jadi orang bertanya itu percaya, dia tidaklah zalim mana.

Untuk mengetahui dia ini zalim atau tidak saya rasa kita boleh menyemak tingkatan zalim atau tidak itu dengan panduan daripada Ja’far al-Sadiq. Siapakah orang ini? Dalam sebuah buku ilmiah karangan Ahmad Zuhdi Ismail, pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, yang berjudul “Imam Ja’far al-Sadiq: Pemikirannya Tentang Konsep Ketuhanan” terbitan Penerbit Universiti Malaya (2006) dijelaskan yang beliau keturunan Rasulullah. Beliau mengajar ilmu agama lebih 34 tahun di mana terdapat beribu-ribu muridnya.

Dalam hayatnya, Ja’far menentang korupsi dan perubahan agama ketika era Bani Umaiyyah. Menurut Zuhdi, saya petik:

“Walaupun bentuk pengajaran Imam Ja’far menyentuh pelbagai sudut, tetapi ia disatukan dan didirikan kepada satu matlamat, iaitu menghidupkan kembali kefahaman masyarakat terhadap Islam yang murni sebagaimana yang dipegang oleh Rasulullah SAW dan sahabat Rasulullah SAW khususnya Ali bin Abi Talib. Imam Ja’far sentiasa berusaha untuk mengembalikan semula Islam ke zaman awalnya dan usaha-usahanya yang serius untuk membebaskan diri daripada belenggu kekuasaan yang menyimpang daripada landasan al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah SAW.

“Usaha-usaha tersebut telah menimbulkan bermacam-macam reaksi dalam kalangan pemerintah-pemerintah dan masyarakat sekelilingnya. Di antara mereka ada yang tidak senang dengan ajaran-ajaran beliau, malahan ada yang mengecamnya dengan hebat sehingga ada yang sanggup membunuhnya.”

Menurut laman “Irsyad Al-Hadith Siri Ke-338: Imam Ja’far Al-Sadiq” oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (terbitan 27 Januari 2019), antara murid Ja’far adalah Abu Hanifah, pendiri mazhab Hanafi. Terdapat banyak pujian ulama mengenai Ja’far, misalnya, saya kutip:

“Imam Abu Hanifah berkata: ‘Tidak ada orang yang lebih faqih daripada Ja’far bin Muhammad’; dan Ibnu Taimiyyah memuji beliau dengan katanya: ‘Sesungguhnya Ja’far bin Muhammad termasuk imam, berdasarkan kesepakatan Ahli Sunnah’.”

Justeru menurut saya, tidak teragak-agaklah kita untuk menjadikan seorang ulama keturunan langsung Nabi Muhammad sebagai pedoman dalam menentukan “fiil” orang zalim ini.

Ada satu riwayat Jaafar Sadiq yang dikutip dari buku “Tuhaf al-Uqul”, berbunyi lebih kurang begini:

“Hindari berkawan atau bergabung dengan tiga jenis manusia: yang tidak setia (khianat), yang menindas, dan yang suka mengata. Kawan yang mengkhianati untuk kamu, satu hari kelak akan mengkhianati kamu pula. Kawan yang menindas demi kamu, lambat laun akan menindas kamu pula. Manakala kawan yang mengata-ngata orang di hadapan kamu, pasti mengata kamu pula di hadapan orang lain pada masa mendatang.”

Poin saya mudah sahaja. Jika berkawan dengan pengkhianat, penindas, dan penista itu dilarang; tentu sahaja berkahwin, bersekutu, duduk serumah sekelambu, belajar atau bergaul dengan mereka itu turut ditegah.

Poin itu lebih dimudahkan begini, jika berkawan dengan pengkhianat, penindas, dan penista itu dilarang; maka lebih-lebih lagi pasti berbai’ah atau bertaat, bermajikan, berlutut, dan berpemerintah dengan jenis pengkhianat, penindas, dan penista itu tidak dianjurkan.

Semua sifat di atas iaitu khianat, menindas, dan mencemuh orang itu sifat orang yang zalim. Dalam erti kata lain zalim itu ialah khianat, menindas, dan mengutuk.

Orang zalim memang khianat. Orang zalim mengkhianati misalnya amanah yang diberikan orang lain kepadanya. Orang zalim mengkhianati tanggungjawab yang diserahkan. Orang zalim mengkhianati janji yang dipersetujui dengan orang ramai. Orang zalim pokok pangkalnya sanggup mengkhianati diri, anggota keluarga sendiri, dan jika dia pemimpin, dia akan mengkhianati yang dipimpin.

Bahawasanya ada pengikut dia yang percaya dia tidak khianat bukan dalil untuk membuktikan dia bukan pengkhianat.

Orang zalim juga tentu sahaja menindas. Kita misalnya mengatakan Israel itu zalim kerana menjajah, menduduki, dan menindas orang Palestin. Akan tetapi barang diingat penindasan itu bukan sahaja bila seorang penjahat membawa kereta kebal dan mesingan untuk menghunjam mereka yang ditakluk, penindasan juga berlaku saat seorang zalim itu meraup apa yang tidak ia punya dengan tidak memberikan hak orang dengan setara. Jika yang melakukannya adalah pemimpin maka dia pemimpin zalim.

Misalnya pemerintah yang berada di atas undang-undang sedang rakyat dimamah segala hukum dan peraturan, itu kita katakan pemerintah atau majikan yang zalim. Ini kerana menindas itu begitu luas. Orang yang menindas itu biasanya menginjak, melenyek, dan melanyak orang terbanyak di bawah.

Orang zalim juga mengata, mencemuh, memfitnah, dan menista. Kadang kita tertanya-tanya perangai orang zalim ini, sudahlah dia berada di atas nun sana, dek tiada kerja selain menggentel bergedel, dia sempat memerli dan menyindir yang terbanyak di bawah ini. Pakej zalim ini datang sekali dengan khianat dan tindas; justeru meremehkan orang juga komponennya.

Ini kerana demi mempertahankan kelakuan jahat mereka itu, apa yang boleh dilakukan ialah dengan memutar-belitkan kebenaran.

Kita melihat Israel misalnya cukup bijak dan kreatif berkelakuan begini. Demikianlah juga mana-mana pemerintah zalim ini berkelakuan. Dalam kata lain ia dinamai propaganda. Kadang-kala kerja memutar fakta ini dilakukan pula oleh agamawan. Mereka berbuat dalil dan kisah untuk mengesahkan perangai mereka itu dengan mencipta-cipta fatwa dan ijtihad.

Jadi kembali kepada persoalan, apakah zalim sangatkah orang bertanya itu sehingga kita meluat sangat dengannya? Kita, tidak dapat tidak, perlu kembali kepada tiga parameter yang diatur di atas. Jika dia berkawan dengan orang khianat maka dia zalim. Jika dia berkawan dengan penindas maka dia zalim. Jika dia berkawan dengan orang yang suka memutar belit dan berbohong maka dia juga tidak bukan zalim.

Apatah lagi jika dia sendiri itu pengkhianat maka sah-sahlah dia itu penzalim. Atau dia sendiri itu penindas dan perampok sudah tentu tidak lain tidak bukan dialah juga penzalim. Yang mana jika dia itu pengkhianat dan penindas tentu saja dia kaki temberang dan buat cerita yang melengkapkan kezalimannya selaku penzalim.

Baru-baru ini ada orang bertanya kepada saya, zalim sangatkah dia sehingga kita semua membencinya? Jawapan saya, ya zalim. Kalau kita betul-betul ukur dia itu dengan agama (bukan dengan agamawan). Maka memang kita perlu memisahkan diri daripada orang zalim. Malah kalau ada orang menunjuk rasa membantah penzalim, dia itu sudah melakukan satu tugas dari pelbagai tugas agama.

 

‘Dah paling popular, jangan sambung darurat, bubar Parlimen lagi bagus’

 


Mat Sabu: Ucapan Penuh Ceramah Mega Selamatkan Palestin

RENTASAN 890 | PH BERI JAMINAN 'KEDUDUKAN' PM-8 AKAN DILINDUNGI JIKA PAR...






MENARIK DALAM RENTASAN 889
1. VAKSIN PERCUMA PULAU PINANG SATU SCAM, KENAPA BARU SEKARANG? 2. ISU PALESTIN, SEJAUH MANA IKHLASNYA KITA? 3. PKP SEKEJAP BUKA SEKEJAP TUTUP, RAKYAT SUDAH MUAK



DARURAT YANG MACAMERBA..KES COVID PUN KELAUT,MENTEI PUN TERDIAM

 

MOHD MUKHLIS

Teringat ada "pakar pelembagaan" yang justifikasi tindakan melaksanakan darurat ialah untuk mengelakkan ahli politik bercakaran sesama sendiri demi kuasa.

Tapi hari ini, darurat sudah, PKP sampai 3 kali cumanya kes paling tertinggi pula .

Kalau yang mengulas tadi level walaun, kita faham la, ini yang ada PHD pun boleh cognitive bias.

Memanglah parlimen itu sendiri dalam demokrasi untuk berbincang hak-hak rakyat dan gubal undang-undang. Fungsi parlimen (legistatif) juga salah satu dari 3 cabang negara demokrasi berpalimen, dan tugas parlimen untuk semak imbang kuasa eksekutif (Kerajaan).

Jadi kalau parlimen tak berfungsi, demokrasi itu sendiri sudah cacat. Ini yang saya ulang dari bulan januari lepas.

Dan dalam Perlembagaan persekutuan itu sendiri sudah kata, kalau tak dapat sokongan, kena letak jawatan bukan pro-rouge parlimen. Negara lain yang amalkan sistem Westminster, banyak kali PM mereka bertukar kalau sudah tidak dapat sokongan, ini benda biasa. Apa yang tidak biasa ialah tutup parlimen demi kelangsungan berkuasa.

Jadi Prof Kangkung tadi patut bertanggungjawap atas sokongan dan jaminan dia bila parlimen tutup.

Kalau parlimen tutup:

Bila laptop untuk anak miskin tak sampai untuk PdPR, siapa yang hendak di pertanggungjawab?

Jumlah yang di vaksin sehari berapa orang? Bila estimated untuk capai herd immunity kalau dengan kadar yang macam ini?

Asalnya depa nak buat PRU dengan kadar segara dalam bulan Dec tahun lepas masa rating Mahidin tengah tinggi. Tapi PRN Sabah pula jadi, terus kes naik. Tu yang time tu dia pulun bantai budget 2021 yang tak masuk akal.

Siap semua semua seronok PN menang termasuk la Najib Razak dan penyokong dia budak bukit Tunggal tu macam menang cabutan Toto Sukan . Tapi hari ni PN bila tak perform, depa acah2 cakna rakyat pula dalam FB, padahal patut dia yang sokong dari awal.

Lepas itu ada bisik-bisik nak buat PKP seluruh negara, saya rasa depa tak berani . Sebabnya mudah, duit berjoli sudah habis sampai kena ketuk dana KWAN. Dan kalau semua duit KWSP dah kena korek dengan i-sinar, PKP kali ke 3 nak korek duit mana? Maybe boleh print duit macam Senator Jargon pernah cadang dulu.

Dan guna dana KWAN siapa yang hendak bertanggungjawap? Even zaman penyamun BN pun depa tak sentuh duit KWAN.

Macam mana CEO TH Nik Hasyudeen ( yang telah di tukar kan oleh Menteri Kopiah Merah @ aka Menteri Nikah Kawin dan Kenduri Selebriti), kata, kalau nak harungi Covid dengan berjaya kena ada 3 benda di bawah. :

1. Kawalan sempadan yang ketat

2. Program vaksinasi yang agresif

3. Kena ada kekuatan ekonomi untuk tanggung kesemua tindakan yang dibuat.

1. No satu ini tak payah cerita, laporan MAHB kata 548 ribu penumpang antarabangsa di catat pada bulan April 2021, tak tahu lah ini transit atau memang ke Malaysia. Jadi lagi mau tanya mana datang strain mutasi covid yang pelik-pelik?

2. Ini lagi kelakar, the main reason kenapa mereka set darurat sampai Ogos ini adalah konon2nya boleh capai herd immunity, nanti depa nak bubar parlimen. Tapi dengan rate sekarang, agak2 tahun 2023 pun tak selesai. Sebab itu ada dengar rumors yang kata depa nak extend darurat tapi kena reject?

3. Ni tak payah nak cerita, proof is in the pudding. Kalau dah tap reserve fund macam KWAN, nampak sangat dah takde duit. Lepas tu pula boleh tukar CEO TH, jangan melingkup macam zaman mamat baling sudah la.

Ini juga membuktikan yang ciri-ciri pemimpin yang di persetujui oleh jumhur ulama ialah Qawwi (kompetant & kuat) dan Amin (Amanah)? , yang mana kedua-duanya absent dari Mahiadin.

Yang peliknya takkan SSST tak belajar ilmu fiqh pasal orang yang memberi nasihat tapi dia tiada ilmu dalam perkara tersebut?

---------------------------

Jabir dia berkata; Kami pernah keluar dalam sebuah perjalanan, lalu salah seorang di antara kami terkena batu pada kepalanya yang membuatnya terluka serius. Kemudian dia bermimpi junub, maka dia bertanya kepada para sahabatnya; Apakah ada keringanan untukku agar saya bertayamum saja? Mereka menjawab; Kami tidak mendapatkan keringanan untukmu sementara kamu mampu untuk menggunakan air, maka orang tersebut mandi dan langsung meninggal. Ketika kami sampai kepada Nabi ï·º, beliau diberitahukan tentang kejadian tersebut, maka beliau bersabda,

"Mereka telah membunuhnya, semoga Allah membunuh mereka! Tidakkah mereka bertanya apabila mereka tidak mengetahui, karena obat dari kebodohan adalah bertanya! Sesungguhnya cukuplah baginya untuk bertayamum dan meneteskan air pada lukanya -atau- mengikat lukanya- Musa ragu- kemudian mengusapnya saja dan mandi untuk selain itu pada seluruh tubuhnya yang lain."

(HR. Abu Daud: 284).

---------------------------

Jadi kalau zaman Nabi SAW, salah ijtihad pun di sabitkan dengan dosa membunuh, apatah lagi jika yang menasihatkan tadi tadi menyebabkan beribu-ribu orang kematian, dan berjuta-juta hilang perkerjaan dan punca pendapatan.

Sebab itu dalam Al-Quran, penasihat yang jahat macam Haman ini Allah ulang sampai 6 kali, kerana di sebabkan penasihat yang jahat, Firuan menjadi lebih sombong dan bongkak dengan kuasa yang Allah berikan.

SSST boleh block pertanyaan orang yang tak sebulu dengan dia di sosial media, hanya kerana mereka mahu menuntut jaminan SSST tentang kerajaan PN yang dia jamin.

Jika jaminan itu tidak dapat kami tuntut di dunia, kami akan tebus jaminan tersebut di hadapan Allah yang Maha Kuasa dan Adil.

BTW, tak payah letak harapan tinggilah, baca sahaja pendedahan bab kartel vaksin dari AsiaSentinel dan steadyaku47, nanti hangpa tahu reason behind all this fiasco; tak boleh tulis, kang ke dalam pula.

Cuma kalau nak ada harapan pun, tunggu umbrella council meeting bulan 6 ini itu pun kalau tak kena tunda lagi sekali.

Wallahualam

BUDAYA YANG MEMBUATKAN MELAYU MUNDUR

 


May be an image of one or more people, headscarf and text that says "Derma saja, jangan tanya sampai ke tak, kata Nik Abduh Oleh MALAYSIA DATELINE May 16, 2021"

NORMAN RADZUAN

Teringat apa yg lahir dari pemikiran Prof DiRaja Engku Aziz. Katanya, " Malangnya di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak2 bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya Kenapa?

Di negara kita pelajar tidak berani bertanya dan guru2 pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dlm masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik."

Sebab itu wujud budaya kelompok yg dipanggil 'walaun'. Mereka tidak berani bertanya mengapa hukum atau cita2 parti itu berubah rubah. Kadang2 lebih kejam dari parti yg mereka tuduh sosialis.

Inilah yg diluahkan isi hati Pro Engku Aziz sikap negatif yg menyebabkan berleluasanya cerita org kena tipu dgn bomoh...

 

ADAKAH BANK RUGI SEMASA BERI MORATORIUM? JOM KITA LIHAT.

 

ZUL AZ


Kat sini, aku share info keuntungan bersih bank 2019 dan 2020 untuk dibuat perbandingan.

Jawapannya: UNTUNG BANK TERJEJAS TAPI BANK TIDAK RUGI.

Berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan oleh bank² tersebut, kita boleh simpulkan bahawa mereka masih tidak rugi, masih untung berbilion, cuma jumlah untung jer yang berkurangan.

Walaupun pelanggan² diberi 6 bulan moratorium, bank tetap merupakan suatu jenis perniagaan yang masyuuuukkk.Description: 🤑Description: 🤑

Pada akhirnya pelanggan bank yang membuat pembiayaan tetap perlu membayar balik pembiayaan pinjaman. Akhirnya, bank juga akan tetap mendapat bayaran penuh, cuma lewat sikit aje laa.

Sebab tu aku mohon/rayu kawan², pemimpin² politik dan masyarakat dan YB² sekalian... TOLONG TERUS DESAK KERAJAAN KHASNYA MENTERI KEWANGAN DAN GABENOR BNM AGAR BERI MORATORIUM AUTOMATIK PADA RAKYAT UNTUK HARUNGI PKP 3.0.

Kredit sumber info: majalahlabur.com & malaysiastock.biz.

 

PERSAMAAN MACAM ORANG TAK SEKOLAH TINGGI JA....

 May be an image of 1 person and text that says "lofa.page 36m Palestine and Neelofa ada satu persamaan. Palestin ditindas atas tanah sendiri, Neelofa pun sama, dibuli dan dimaki atas tanah tumpah darah sendiri. Perbezaan? Palestine ditindas oleh bangsa Israel, tapi Neelofa dibuli dan dimaki oleh saudara seagama. Wallahu'al SR suararokyat"

HAMZAH RIE NA

Bila bodoh tu percuma keluar lah statement bodoh mcm dibawah. Ramai jer artist tak dimaki, sebab mereka faham dan akur undang2.

Kesalahan dlm dunia ni bukan hanya meyamun duit rakyat, berbagai bagai kesalahan. Dan bagi yg melanggar undang2 walau sekecil mana pun tindakkan harus diambil.

Jika tidak ramai yg akan ikut langgar maka undang2 akan dilihat enteng dan tidak lagi dipatuhi. Harus diingat melanggar undang2 tetap salah dan diatas kesalahan tersebut hukuman harus dijlnkan menggikut berat kesalahan yg dilakukan. Demokrasi itu satu proses yg bising namun ianya harus dijunjung sebaik mungkin.

 




ELOK LAH ORANG MELAYU TOLAK PUN DAN SUKAR UNTUK DIPULIHKAN KEMBALI

 May be an image of text that says "Sejahat-jahat jahat British menjajah, boleh merizabkan 3. 3.15 juta hektar Tanah Melayu.. TETAPI BILA Sipengkhianat Umno memerintah anah Rizab Melayu bebai inggal nektar sanala setakat pada2009 TANAH RIZAB MELAYU TINGGAL 12% SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB? SR suara rakya www PASTU KO CAKAP... BANGSA LAIN YANG SALAH!!"



Anwar bidas Hisham tak hadir sesi khas PBB bincang konflik Palestin-Israel

 


FMT


Anwar Ibrahim menuntut penjelasan penuh Kementerian Luar berhubung ketidakhadiran Hishammuddin Hussein di sidang khas Perhimpunan Agung PBB.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kesal dengan Menteri Luar, Hishammuddin Hussein yang tidak menghadiri sesi khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membincangkan konflik berterusan antara Palestin dan Israel.

Mesyuarat khas itu sedang berlangsung di New York.

Anwar berkata, beliau kecewa dengan Hishammuddin yang sebaliknya menghantar wakil Malaysia sebagai penggantinya ke mesyuarat PBB itu.

“Saya menuntut penjelasan penuh daripada Kementerian Luar,” katanya di Twitter malam tadi.

Beliau berkata, rakan sejawatan Hishammuddin dari negara lain seperti Turki, Pakistan dan Indonesia dilaporkan berada di New York untuk sesi khas itu.

Konflik terbaru di Semenanjung Gaza memasuki hari ke-11.

Menurut laporan, 230 warga Palestin terkorban, termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita, dengan lebih 1,7000 orang cedera dalam serangan udara sejak konflik itu bermula 10 Mei lalu.

Pihak berkuasa Israel pula melaporkan 12 orang meninggal dunia di negara itu, dengan 336 lagi cedera.

 


VAKSINASI TERLALU LAMBAT, KERAJAAN NEGERI HARUS DIBENAR BELI VAKSIN SENDIRI

 

Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan. Perlembagaan Malaysia juga dipanggil Perlembagaan Persekutuan. Dalam Senarai III iaitu Senarai Bersama Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan di bawah butiran No.7 disenaraikan bahawa Kesihatan awam dan pencegahan penyakit adalah dalam kuasa Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan negeri.

Oleh yang demikian, saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang mendesak Kerajaan Persekutuan supaya memberi kebenaran kepada kerajaan-kerajaan negeri berusaha mendapatkan vaksin untuk rakyat mereka.

Hal ini perlu atas beberapa sebab mendesak.

Pertama Kerajaan Persekutuan yang diperintah oleh Perikatan Nasional terlalu lambat dalam melaksanakan program vaksinasi bagi seluruh negara.

Dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri, program vaksinasi itu dapat dipercepatkan.

Sebab kedua ialah kerana jumlah jangkitan kes baharu Covid-19 telah naik dengan mendadaknya dalam beberapa hari ini.

Contohnya, pada hari ini sahaja 20 Mei 2021 jumlah kes baru direkodkan adalah sebanyak 6,806, melebihi paras enam ribu.

Walaupun negara berada di dalam Darurat dan Parlimen digantung tetapi Kerajaan Persekutuan perlu menyedari bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak digantung.

Jadi saya mendesak supaya sistem monopoli dalam kawalan penawaran vaksin ini tidak ditentukan dan dikuasai oleh Kerajaan Persekutuan sahaja. Kuasa kerajaan-kerajaan negeri perlu dihormati.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

20 Mei 2021 (Khamis)