AMK Kota Raja lulus usul sokong DS Anwar calon PM ke 9





katan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Kota Raja semalam meluluskan usul utama menyokong Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.



Menurut kenyataan AMK Kota Raja, Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kota Raja kali ini mengundang Timbalan Ketua Cabang, Ustaz Zawawi Mughni untuk merasmikan mesyuarat, semalam.



"Setelah beberapa tahun, kami telah kembali dengan tradisi parti iaitu menjemput Timbalan Ketua Cabang Kota Raja iaitu YB Ustaz Zawawi Mughni untuk merasmikan MATAMK kali ini.



"Kehadiran anggota parti yang terhad dengan mematuhi SOP telah melancarkan prosesnya. Mesyuarat secara sebulat suara telah membuat usul menyokong Datuk Seri Anwar mengetuai Pakatan Harapan dan menjadi calon tunggal Perdana Menteri dalam PRU akan datang," kata kenyataan itu.



Turut hadir adalah Ketua AMK Cabang Shah Alam, S Sarawanan sebagai pemerhati.

 

Isu Klip Audio Dari Perspektif Undang-Undang

 




Oleh: Hassan Abdul Karim



Amat menarik isu klip video yang dikatakan percakapan telefon beberapa minit antara Presiden Umno, Zahid Hamidi dengan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Isu yang kecil ini mempunyai pengertian dan implikasi yang besar termasuklah persoalan undang-undang.



Secara jujur, saya telah mendengar klip audio itu hanya sekali. Saya tidak ada credential atau tauliah kepakaran untuk mengesahkan adakah klip audio itu tulen, sahih dan benar. Justeru itu, saya ingin mengulas perkara ini dari perspektif undang-undang.



Saya teringat, lebih 13 tahun yang lalu pernah ada suatu kes dan kontroversi sehingga ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dakwaan wujudnya klip audio percakapan telefon antara seorang peguam kanan dengan bekas Ketua Hakim Negara. Terdapat verbatim pembelaan yang amat menarik dari peguam tersebut, iaitu: “Suara itu macam saya, tetapi itu bukan saya”.



Tidakkah rakyat ada privasi?



Dalam negara demokrasi, adakah rakyat tidak ada privacy? Ini perkara penting yang ingin saya hujahkan. Hanya di dalam sebuah negara diperintah diktator dan punya polis ala-gestapo yang akan melakukan pengintipan perbualan dan percakapan telefon musuh-musuh politiknya dan rakyat jelata amnya. Misalnya, apa yang berlaku di zaman Nazi Hitler di Jerman dan di zaman diktator Joseph Stalin di Soviet Union. Adakah Malaysia kini di bawah kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin sudah sampai ke peringkat yang sama seperti itu?



Sekiranya, klip audio Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim itu tulen dan benar, bukan Zahid dan Anwar yang perlu disiasat. Yang berbuat jenayah dan wajib disiasat ialah orang yang melakukan pengintipan percakapan telefon Zahid dan Anwar itu. Siapa orang itu? Adakah individu biasa atau sebuah agensi kerajaan? Apa kuasa undang-undang yang membenarkan pihak-pihak tertentu melakukan pengintipan percakapaan telefon kedua orang presiden parti politik yang sah di negara ini? Inilah terma rujukan yang patut diikut oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya siasatan hendak dilakukan.



Apa jadi kalau klip audio percakapan Zahid dan Anwar itu palsu dan sengaja direka-reka? Ini adalah perbuatan yang jelas bersifat jenayah. Polis wajib siasat. Siapa yang mereka-reka klip video itu? Apa tujuan mereka? Apa kesan pendedahan klip video yang palsu itu? Adakah ia menimbulkan kegusaran dan kegentaran awam? Kalau jawapannya ya, maka perbuatan itu suatu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.



Zahid, Anwar boleh lapor polis



Adakah Zahid dan Anwar perlu membuat laporan polis? Zahid dan Anwar adalah mangsa di dalam konspirasi ini, sama ada klip video itu benar ataupun palsu. Mangsa kepada perbuatan jahat orang lain boleh membuat aduan polis, tetapi tidak semestinya wajib mereka membuat laporan polis. Laporan polis dari segi undang-undang hendalah dibuat secara sukarela bukannya dipaksa.



Pernah berlaku lebih 23 tahun lalu, seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia di zaman Perdana Menteri Keempat, telah membuat laporan polis melalui pegawainya tentang wujudnya buku yang sarat memfitnahnya dengan 50 Dalil mengapa Timbalan Perdana Menteri itu tidak boleh jadi Perdana Menteri. Apa yang berlaku? Bukannya pihak yang menulis, menerbit, mencetak dan mengedarkan buku fitnah 50 dalil itu disiasat, sebaliknya diri Timbalan Perdana Menteri itu pula yang jadi mangsa siasatan, kemudian dituduh di mahkamah, dipukul separuh mati di dalam lokap polis sehingga lebam matanya, kemudian dijatuhkan hukuman 6 tahun dan merengkok di dalam penjara. Mungkin Zahid dan Anwar yang hidup pada zaman itu masih ingat akan episod mata lebam itu.



Adakah Zahid dan Anwar wajib membela diri mereka dan membuktikan klip video itu bukan percakapan telefon antara mereka berdua? Dari perspektif undang-undang beban pembuktian tidak terletak ke atas Zahid dan Anwar. Mereka berdua adalah mangsa konspirasi pihak ketiga. Pihak yang patut membuktikan kesahihan klip video itu ialah pihak yang menuduh klip video itu sesungguhnya rakaman percakapan Zahid dan Anwar.



Siapa sekarang yang beria-ia sangat menuduh Klip Video itu adalah benar dan autentik? Dari pembacaan saya terdapat sekurang-kurangnya tiga orang Menteri di bawah kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin yang telah mendakwa secara terbuka bahawa klip video itu sah, tulen dan autentik. Mereka yang telah mengumumkan kesahihan klip video itu semacam pakar-pakar audio berlesen ialah menteri-menteri bernama Annuar Musa, Zuraidah Kamarudin dan Azmin Ali. Manakala Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin juga telah membuat beberapa kenyataan sebagai menteri dalam isu ini.



Lebih baik siasat video 'kabur'



Nampaknya beban sekarang terletak pada Kerajaan Muhyiddin Yassin untuk membuktikan klip video Zahid dan Anwar itu adalah benar, sahih dan autentik.



Alang-alang hendak lakukan siasatan, maka sebagai seorang Ahli Parlimen, saya meminta Kerajaan Muhyiddin Yassin dengan Menteri Kanannya Azmin Ali supaya menyiasat sekali isu klip video tentang salahlaku dua orang di dalam sebuah hotel di Sabah yang jelas telah melakukan kesalahan jenayah seks songsang di bawah Kanun Keseksaan dan Undang-Undang Syarie supaya kes video itu dibuka semula.



Video itu, di mana seorang pelakunya telah mengakui kesahihannya, yang pihak Peguam Negara kemudian telah akui video itu adalah sah, tulen dan benar, tetapi gambar tidak jelas, hendaklah kes itu di buka semula untuk disemak dan dihantar ke pihak forensik, mungkin telah ada sekarang yang boleh memeriksa dengan sejelas-jelas gambar dalam video itu. Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin memikul tanggungjawab menyelesaikan siasatan kes video seks songsang ini.



Tuntutan saya ini penting, sesuai dengan Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kesamarataan setiap warga negara Malaysia yang membabitkan rakyatnya sama ada rakyat itu bernama Zahid, Anwar ataupun individu-individu dalam video atas ranjang di hotel Sabah itu.



________________________________________________________________________________

Hassan Abdul Karim merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

 

Deal dengan parti lawan, biasa dalam politik, samada melibatkan Anwar mahupun Hadi

 


Deal dengan parti lawan, biasa dalam politik, samada melibatkan Anwar mahupun Hadi


Bila tersebar audio perbualan Ds Anwar dan Zahid, Aku ikutkan malas nak komen pun..Soal betul atau tak..bukan lah jadi Soal.. Bukan lah luar biasa..Bagi aku deal dalam Politik ini bukan perkara baru.. Ia dilakukan semua Presiden Parti..

Bagi Ds Anwar pun ianya bukan perkara baru, Sebulan sebelum PRU 13, Anwar pernah deal dengan Najib di Indonesia didepan Jusof Kalla yang ketika itu Naib Presiden Indonesia.. tidak sapa tahu samada PAS mahupun DAP..ianya terdedah bila Jusof Kalla yg juga sahabat Ds Anwar mendedahkan Deal antara Najib dan Anwar dalam satu wawancara oleh blogger Indonesia..

Selepas PRU 13, Pakatan Rakyat Kalah, Ketika itu Ds Anwar tidak dapat menerima keputusan kononnya PR kalah sebab undi hantu, Maka diheretkan lah semua parti dan penyokong ke Jalanraya termasuk aku, Maka wujudlah himpunan Blackout 505..

Ditengah tengah kehangatan Demo Blackout 505, dan akhirnya PAS dan Azmin tarik diri..Masa tu lagi Azmin dah kurang ajar, Suruh Anwar sedar diri.. Azmin dan Zuraidah Khianat ni bukan baru.. sama mcm Haji Hadi.. Azmin masa tu tak puas hati TS Khalid Ibrahim terus dilantik sebagai MB..

Dan akhirnya.. sekali lagi Deal berlaku, Mungkin kita masih ingat gambar Ds Anwar dan Najib minum Teh bersama di Parlimen, Para penyokong protes dan tidur diluar parlimen termasuk geng Reformis dan Chegubard.. Masa tu katanya itu permulaan perkataan Konsolidasi Nasional atau Konsensus Nasional oleh Najib dan Ds Anwar ditawarkan.. Tapi PAS tolak…

Deal dalam Politik ini bukan perkara baru.. hatta wujud dalam PAS..
Sebagai contoh..Haji Hadi pernah lakukan perkara yg sama dengan Paklah ketika menawarkan Kerajaan Perpaduan “Melayu-Islam” yang akhirnya menimbulkan kemarahan TG Nik Aziz.. TG Nik Aziz marah dengan Hj Hadi, buka soal Deal tu..Tetapi ia dilakukan secara rahsia tanpa pengetahuan Parti..

TG Nik Aziz pernah Kata, ”

Apapun bawa ke Mesyuarat Parti.. Kalau PAS setuju, Pakatan setuju..Itu lainlah masalahnya.. Ini PAS pun tak tahu, Pakatan pun tak tahu…PAS tak dibincang, Pakatan tak dibincang..”

akhirnya TG Nik aziz lafazkan, Ini kerja ” BONEKA UMNO “.. Jadi apa yg dikata TG Nik Aziz berlaku hari ini, Jelas Hj Hadi dan PAS jadi boneka UMNO…

Tu sebabnya, Dalam melbatkan deal Politik..Aku setuju ketetapan PH yang baru , Ia mesti jelas, ia mesti dinyatakan secara terbuka.. Ia bukan tanpa pengetahuan parti dan Pakatan.. Deal mesti berdiri atas prinsip bersama, Reform/Islah yg jelas biarpun ada dasar dasar yg kita berbeza…

Sebagai Contoh, Selepas PH tumbang, Tun dan Shafie Afdhal pernah datang mesyuarat bersama PH, Tun tawarkan kerjasama dengan syarat tertentu.. Tapi PKR tolak.. Bagi aku cara tu betul..Nak tolak, Tolak secara terbuka, Deal..deal lah cara terbuka.. Kalau PKR tolak, DAP dan Amanah terima..Itu biasa..

Nak Deal dgn MP UMNO ? Boleh.. secara terbuka…Siapa tak setuju dengan Kerajaan tebuk atap atau PN.. Nyatakan pendirian terbuka.. Secara terbuka kata Kami MP, Parti UMNO sokong Ds Anwar sebagai PM, kalau UMNO Sepondan pondan sajat pun, tarik diri dari PN.. Jatuhlah Kerajaan.. tapi itu tak berlaku..

Kita tak mahu cakap di pentas UMNO lain, Deal belakang belakang lain.. ni tidak lah aku memaksudnya aku percaya Audio tu betul.. Tetapi itulah situasi contoh cara politik yg salah..Kita membuka ruang kepada lawan akibat move atau penasihat tak guna disekeliling kita..

aku sebenarnya dok harap Zahid kekal sehingga PRU 15…Jangan bagi ruang UMNO mengukuh dan berlaku reform dalam parti mereka, Masa tu PH sendiri checkmate.. strategi orang sekeliling Ds Anwar yang buat aku marah.. sebabkgelojohan mereka itu sebenarnya memerangkap Ds Anwar sendiri..

Aku takda masalah pun kalau Ds Anwar bercakap telefon dengan Zahid, Hatta kepimpinan PKR dan UMNO bertemu secara terbuka di parlimen menarik diri dari PN dan Menyokong Ds Anwar..aku alu alukan.. tapi jangan buat deal dan Move tak ketahuan hala sampai pemimpin Amanah dan DAP tak tahu….

Tapi tu lah masalahnya.. Bila Tun Buat Move dan Deal dengan PAS dulu dalam memperkukuhkan dominasi Melayu dalam kerajaan jadi salah.. Kalau pemimpin aku buat Deal.. Habis KLEPTORAT pun jadi sesuci lebaran, Kalau sembang bab Prinsip Islah tu dah macam PAS sembang bab Islam… Last last2 semuanya Sembang… 🙂

Ipohmali




Kantoi! Aktivis kemanusiaan terkenal dicekup ehem bersama teman lelaki di hotel

 


Kantoi! Aktivis kemanusiaan terkenal dicekup ehem bersama teman lelaki di hotel


Seorang aktivis kemanusiaan wanita dan pasangannya ditahan pihak berkuasa di sebuah bilik hotel dekat sini tengah malam kelmarin.

Sumber polis berkata, pasangannya yang juga seorang penulis buku ditahan selepas pihak berkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Aktivis wanita itu sebelum ini pernah terbabit dalam beberapa misi kemanusiaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) termasuk di Gaza sekitar 2012.

Dia pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki Arab dan mengusahakan perniagaan makanan di negara ini.

Sumber itu berkata, pasangan itu ditahan jam 12.45 tengah malam dan dibawa ke Balai Polis Taman Seri Muda untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Jais Datuk Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

“Ya. Kita menerima laporan polis berkenaan dan akan bertindak menyiasat lanjut semua perkara yang bersangkutan dengan kesalahan jenayah syariah tanpa memilih dan menilai siapa terbabit,” katanya.



BAGAIMANA JIKA ANWAR GUNA ALASAN YANG SAMA TERHADAP VIDEO HAZIQ


 Ketua Penerangan PN, Azmin Ali melahirkan keyakinan rakaman audio yang bocor yang dikatakan perbualan antara Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim adalah rakaman yang sahih.

Katanya, sebagai bekas pegawai yang pernah berkhidmat lama dengan Anwar sebagai Setiausaha Sulitnya, beliau yakin itu adalah suara Anwar.

“Saya sebagai pegawai yang telah berkhidmat dengan beliau (Anwar) sekian lama, saya yakin itu adalah rakaman yang sahih.

“Ia bagaimanapun akan dibuktikan melalui penyiasatan,” tambahnya.

Azmin seterusnya menuntut pihak berkuasa melakukan siasatan segera bagi merungkai kesahihan rakaman audio itu.

“Saya kira ia (proses siasatan) memberikan ruang kepada mana-mana pihak untuk membela diri mereka.

“Kita berharap kedua-dua individu ini jujur, sekurang-kurangnya kepada ahli parti masing-masing,” tambah Menteri Perdagangan dan Industri itu lagi.

Jika begitu alasan atau hujah Azmin, bagaimana jika berkaitan “video Haziq”, Anwar pula melahirkan keyakinan ia juga rakaman yang tulen berdasarkan Ahli Parlimen Gombak itu adalah bekas Setiausaha Sulitnya untuk tempoh yang agak lama.

Kalau disebabkan berkhidmat lama, Azmin kenal suara Anwar, disebabkan berkhidmat lama dengannya juga, sudah tentu Anwar turut kenal rupa wajah Azmin.

Bolehkah jika Anwar berkata, “oleh kerana Azmin adalah bekas pegawai saya dalam tempoh agak lama, meskipun dikatakan video tersebut adalah kabur dan mempunyai resolusi rendah, saya yakin itu adalah dia.”

Dengan hujah sedemikian, apa lagi setelah pasangannya dalam video tersebut telah pun mengaku beliau bersama Azmin dalam rakaman itu, bolehkah bekas Timbalan Presiden PKR yang melompat parti itu dituntut turut berlaku jujur sebagaimana tuntutannya kepada Anwar dan Zahid Hamidi?

Macam mana sekarang, Azmin?

Berani bersuara lagi selepas ini?


 (Shahbudindotcom 12/04/2021)



‘Kita perlu percaya kata pakar khianat’, netizen sindir Azmin

 


Batal Bazar Ramadan tergesa-gesa, peniaga wajar dibayar ganti rugi

 




Kerajaan Kelantan seharusnya membayar balik wang deposit kepada para peniaga ekoran bertindak membatalkan Bazar Ramadan di saat akhir.

Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, pembayaran deposit itu perlu dibayar balik kepada para peniaga kerana pembatalan yang dibuat masih dalam tempoh ‘khiyar’.

Selain itu, katanya kerajaan Pas Kelantan juga sepatutnya membayar ganti rugi kepada para peniaga kerana membatalkan operasi bazar Ramadan dengan tergesa-gesa.

“Sejauh manakah Islam telah diamalkan dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan, kita tunggu dan lihat apa reaksi Pas sebagai parti yang memerintah Kelantan,” katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin memaklumkan Bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh Kelantan tahun ini dibatalkan susulan lonjakan kes Covid-19 di negeri pantai timur itu.

Menerusi Facebooknya, beliau juga memberitahu Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai ikhtiar membendung penularan wabak berkenaan.

Berikutan keputusan tergesa-gesa itu, ramai peniaga meluahkan rasa kecewa kerana wang sudah habis berbelanja untuk persiapan berniaga pada Ramadan yang akan bermula esok.

 

PAS UMNO MASIH INTIM

 


Gempar! Tok Mat dedah UMNO dan PAS ‘masih comolot’

Gempar! Tok Mat dedah UMNO dan PAS ‘masih comolot’

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau tidak tahu jika rundingan kerusi antara parti berkenaan dengan PAS telah ditangguhkan ketika ini.

Beliau berkata setakat ini, rundingan berkenaan masih berlangsung di bawah Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN), yang diadakan setiap dua minggu sekali.

“Saya cuma baca dalam media juga, tetapi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk MN baru-baru ini, kita (Umno) nyatakan rundingan kerusi Umno dan PAS (masih) diteruskan.

“Bahkan kita setuju (antara formula yang digunakan) kerusi yang dimenangi akan ditandingi oleh parti masing-masing, dan formula kedua kita setuju parti mana yang dapat undi terbanyak, kerusi berkenaan akan diberikan kepada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Bangkit 15 di Melaka hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya telah menghantar wakil untuk berunding dengan Bersatu mengenai pembahagian kerusi, dan perbincangan dengan Umno ditangguhkan buat seketika, kerana parti itu kini berdepan kemelut dalaman.

 Mohamad berkata Umno akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada PAS berhubung perkara berkenaan, ketika Mesyuarat Jawatankuasa Induk MN yang akan datang.

Ditanya hubungan antara Umno dan PAS ketika ini, beliau berkata: “Kita masih cium mulut lagi (masih baik lagi).”

Mengulas mengenai desakan segelintir pihak yang mahu Umno mengadakan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada Jun ini beliau berkata, ia bergantung kepada keadaan semasa terutama ketika pandemik Covid-19 masih lagi mencatatkan kes yang tinggi.

“Dalam keadaan sekarang kita tengok (kes harian) Covid-19, kerana dalam pemilihan ahli wajib hadir, tapi ketika ini ada kesulitan dalam keadaan Covid-19 masih belum reda. Kita perlu patuh prosedur operasi standard (SOP).

“Macam di (Umno bahagian) Rembau ada 1,100 perwakilan. Kena cari dewan yang boleh muatkan 3,000 orang untuk patuh kepada SOP. Kita tak boleh bawa 20 peratus sahaja yang hadir, nanti mesyuarat tak sah. Itu kekangan-kekangan yang kami sedang teliti,” katanya.


ALAHAI HADI

 

MAN TOBA

Tak sampai 2 tahun ko dan MP khianat rampas kerajaan dah. Kot ya nak cakap manifesto tak tunai tunggu lah 5 tahun.

1 hal lagi, dia sokong Mahathir sangat-sangat, saka tua tu la khianat PH. Siap kata manifesto bukan kitab suci lagi.

Nak maki kang puak-puak  khaldai dia marah pulak. Tapi tu fakta.

May be an image of 1 person, sitting and text that says "Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 1 hr Facebook for Android … Pakatan Harapan hanya indah khabar dari rupa dengan manifesto yang tidak mampu dikotakan. "Perubahan kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) dahulu dengan kelemahan pemerintahannya tidak mampu diubah oleh Pakatan Harapan (PH) seperti yang dijanjikan, hanya indah khabar dari rupa dengan manifesto yang tidak mampu dikotakan." H ulH abdulhadi @abdulhadiawang adi"


 

MENERIMA BUKU DARI GOLONGAN PROFESSOR

 

Menerima buku dari berapa penulis hebat terdiri dari golongan Profesor dan pemikir negara antaranya Prof Dr Azizuddin Sani, Prof Dr Zaid Ahmad dan Prof Abdul Latiff Abu Bakar.

InsyaAllah akan saya baca dan kupas penulisan mereka ini nanti.

Saya juga turut serahkan naskhah Critical Muslim yang memuatkan tulisan terbaru saya terkait keadilan yang menyorot renungan saya tatkala mendekam di dipenjara.

InshaAllah saya akan mengupas lanjut mengenainya nanti bersama Ehsan Masood dan penerbit Muslim Institute yang berpengkalan di London.


May be an image of one or more people, people standing and indoorMay be an image of 4 people, people standing and indoorMay be an image of 1 person, standing and indoor



 

SEKALI DUA KALA, AHMAD MASLAN NI BIJAK JUGA

 

BOB KELANANG

‘Wahai PAS yang ada 18 kerusi, bayangkan jika 15 kerusi lompat’

malaysiakini.com
‘Wahai PAS yang ada 18 kerusi, bayangkan jika 15 kerusi lompat’
Kalau PAS soal 'kenapa gaduh', parti itu kena tahu apa sebab "Umno dan Bersatu tak boleh nak ngam," jelas Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.


Sekali-sekala Ahmad Maslan ni bijak juga rupanya...

KOH KOH KOH... bilamana dia 'smash' PAS 'direct' terang-terang...

KOH KOH KOH…

Ahmad Maslan cakap...

“Inilah antara sebab Umno dan Bersatu tak boleh nak ngam (serasi)"

“Kalau PAS kata, apa benda ni? (bergaduh). Saya nak bagitahu kepada PAS, wahai PAS yang ada 18 kerusi, bayangkan kalau daripada 18 kerusi itu, katalah 15 kerusi melompat kepada Amanah"

“Lepas itu kita nak paksa PAS yang tinggal beberapa kerusi itu baik dengan Amanah, boleh ke…”

KOH KOH KOH... kan dah kena setepek...

KOH KOH KOH… Adan Uker... bodoh betul la PAS ni...

KOH KOH KOH... benda simple macam ni pun xbole nak pikir... adoilah...

KOH KOH KOH... macam mana nak 'lead' Malaysia ni...

KOH KOH KOH... bodoh tegar... bodo bertingkat2…

KOH KOH KOH… jilaker!!

FUHHH VIDEO INTIM TULIN...

 May be an image of 2 people and text that says "Ûideo intim Haziq tulen- Ketua Polis Negara Astro Awani Julai 18, 2019 15:04 MYT Menurut Abdul Hamid, CyberSecurity Malaysia sahkan video intim Haziq itu tulen. Video intim yang melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (A.K) Cabang Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan pasangan lelaki mirip seorang menteri kanan disahkan tulen."

MASIH JUGA ADA KLUSTER KAYANGAN

 FAEZUDDIN PUAD


Kerajaan sepatutnya bertindak adil dan wajib tidak memilih bulu apabila hendak menjatuhkan hukuman.

Jika rakyat langgar SOP, terus kompaun. Sengaja atau tidak sengaja, besar atau kecil kesalahan pasti akan dikompaun.

Jika libatkan orang tertentu seperti Menteri, Timbalan Menteri dan orang-orang kaya, pasti kita akan dengar perkataan "kertas siasatan akan dibuka" atau "kita akan panggil untuk beri keterangan".

Kenapa tidak saman terus?

Rakyat tertanya-tanya mengapa harus ada dua undang-undang yang berbeza sedangkan kesalahan yang dilakukan adalah sama?

Sedangkan SOP Pencegahan Covid-19 cuma ada satu.

Mengapa harus ada double standard?

Rakyat tak bodoh, rakyat memerhati.



May be a cartoon of one or more people and text that says "ORANG BIASA BIASA ORANG KAYANGAN TERUS KOMPAUN RM 10,000 MASIH TIADA KOMPAUN"





Apakah Tujuan Audio Itu Dibocorkan Dan Diviralkan?

Anwar Ibrahim: Cukup Nombor Untuk Membentuk Kerajaan, Tapi Tak Payah Lom...

TERKINI - KESELURUHAN CABANG DI NEGERI PAHANG MELULUSKAN USUL TOLAK KERJASAMA POLITIK DENGAN TUN DR MAHATHIR DAN PEJUANG

 

Bermula bulan Mac 2021 yang lalu adalah tempuh bagi 14 Cabang di seluruh Pahang untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) masing-masing sebelum tarikh tutup pada 02 Mei 2021. 


Di Pahang, MATC bermula pada 27 Mac 2021 dengan dua Cabang  iaitu Kuantan dan Temerloh memulakannya  dengan diikuti oleh Cabang-Cabang yang lain mengikut tarikh dan notis yang dikeluarkan oleh Cabang-Cabang berkenaan.  Cabang terakhir melaksanakan MATC adalah Cabang Cameron Highland yang baru sahaja hari ini, Ahad (11 April 2021) mereka selesai melaksanakannya.


Apa yang menarik di dalam MATC kali ini adalah usul berkaitan kerjasama politik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti Pejuang menjadi perhatian di semua Cabang.  Kesemua 14 Cabang meletakkan usul mendesak Parti Keadilan Rakyat menolak sebarang kerjasama politik dengan Tun Dr Mahathir dan partinya, Pejuang sebagai usul utama.  Seperti yang dijangka, usul ini tidak perlu dibahas panjang lebar, terus mendapat sokongan sebulat suara dari semua ahli di setiap Cabang.


Maksudnya, seratus peratus Cabang di Pahang menolak kerjasama politik dengan Tun Dr Mahathir dan partinya Pejuang dan mereka mahukan Parti Keadilan Rakyat di peringkat Pusat membenarkan usul ini dibahaskan di Kongres Nasional nanti agar parti dapat membuat keputusan yang jelas dalam isu ini.


Keadilan Pahang menyokong kesemua ketetapan yang dipersetujui di dalam Retreat PH di Port Dickson baru-baru ini, berhubung dengan kerjasama dengan mana-mana pihak, asalkan menerima prinsip PH termasuk agenda reform yang ingin dibawa.


Kecuali, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pejuang, kerana kita dapat melihat sendiri bagaimana Tun Dr Mahathir sewaktu diberi peluang untuk menjadi ketua kerajaan di dalam PH, beliau langsung tidak  menunjukkan minat bagi melaksanakan agenda reformasi yang kita janjikan kepada rakyat.  Beliau tidak percaya kepada janji-janji di dalam manifesto PH, bahkan beliau memperlekehkannya dengan menyatakan manifesto bukan kitab suci.  


Rata-rata ahli Keadilan menganggap punca kejatuhan kerajaan PH pada Februari tahun lalu adalah kerana niat Tun Dr  Mahathir sendiri untuk neruntuhkan kerajaan PH yang telah mengangkatnya sebagai PM bagi menghalang Anwar Ibrahim menjadi PM berikutnya seperti yang dijanjikan.  Perletakan jawatannya tanpa berbincang dengan Majlis Presiden PH nerupakan satu bukti kukuh akan nawaitunya.  Keengganan beliau menerima nasihat Agung agar beliau tidak meletakkan jawatan menunjukkan bahawa beliau memang serius untuk menjatuhkan kerajaan PH, kerajaan yang rakyat beri mandat pada PRU14 yang lalu.  Akhirnya, hasil dari peluang dan ruang yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir, maka memudahkan puak pengkhianat masuk dan merampas Putrajaya dari tangan PH.


Keadilan, bahkan PH itu sendiri wajar menjauhkan diri dari Tun Dr Mahathir.  Beliau sendiri sebut sewaktu menubuhkan Pejuang, iaitu Pejuang tiada kaitan dengan PH.  Pejuang akan membuat keputusan sendiri untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak selepas PRU nanti.  Apakah parti seperti ini akan memperkuatkan PH? Parti seperti ini akan menjadi 'api dalam sekam'.


Pejuang juga diura-urakan akan mengadakan gabungan baru bersama Warisan dan Muda.  Justeru itu, PH perlu bersedia dan memperkukuhkan kerjasama di antara tiga parti yang ada tanpa mengharap dan bergantung lagi dengan Tun Dr Mahathir. 


Penolakan total kesemua Cabang di Pahang terhadap Tun Dr Mahathir dan Pejuang amat membanggakan.  Sikap berani membuat keputusan oleh kesemua Cabang di Pahang mudah-mudahan diikuti oleh kesemua 222 Cabang di seluruh negara.


Syabas Keadilan Pahang!!


WFAUZDIN NS