RAKYAT SERANG MUHYIDDIN MELALUI ISTANA..

 

3 Februari 2021 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini.
Sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula jam 8.00 pagi.
Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.
Zakaria Zeck, Azman Mohd Nasir and 10K others
2.8K comments
630 shares
Like
Comment
Share

Comments

Most relevant

  • Kerajaan yang tiada majoriti ialah kerajaan yang tiada moral, tiada integriti dan tiada rasa hormat dari negara luar.
    Kalau berterusan begini, jangan salahkan sesiapa tapi rakyat yang menanggung akibatnya.
    26
    • Like
    • Reply
    • 2 h
  • Ampun Tuanku...kami rakyat jelata sangat tertekan dengan kepayahan hidup dan ancaman wabak yang sedang mengganas. Kerajaan PN ini telah gagal. Gagal mengurus pandemik dan gagal menjaga ekonomi negara. Malu kami ada kerajaan yang lemah dan mengarut ini.… 
    See more
    27
    • Like
    • Reply
    • 1 d
  • Sorang pun wakil istana tidak mahu ambil tindakan atas tuduhan Muhyiddin Yassin bahawa YDPA seorang yg bias dan memilih kasih?
    36
    • Like
    • Reply
    • 4 h
  • Rakyar tetekan dengan PM yg bukan pilihan rakyat
    115
    • Like
    • Reply
    • 2 d
    7 replies
  • Ampuan tuanku.. mohon parliment dibenarkan bersidang ketika inj.. sebab rakyat sedia maklum yg muhyidin sekarang sudah hilang majority..
    • Like
    • Reply
    • 4 h
  • Ampun Tuanku..... Dengar lah luahan hati kami....
    5
    • Like
    • Reply
    • 3 h
  • Kerajaan haramjadah perlembagaan atuk dan abah punya
    7
    • Like
    • Reply
    • 8 h
  • Ampun Tuanku ... Kami dah letih dan meluat dgn kerajaan PN .. byk menyusahkan rakyat .. Barisan kabinet yg terlalu ramai.. Menghabiskan wang rakyat membayar gaji2 menteri yg tidak berfungsi dan byk lagi kerosakan dari setiap segi .. Memohon restu kpd t… 
    See more
    8
    • Like
    • Reply
    • 4 h
  • Pm perutusan..apa nak jd dgn msia ni..makin teruk ekonomi
    2
    • Like
    • Reply
    • 4 h
  • Tuanku....negara semakin hancur dgn ekonomi rakyat makin tenat...tolong nyahkan Muhyiddin dgn kerajaan yg tiada mandat....
    5
    • Like
    • Reply
    • 5 h
  • Alhamdulillah...
    terbaik
    • Like
    • Reply
    • 2 d
  • Hahaha bleh lihat beribu komen rakyat sudah teramat benci...xde rasa malu ke muhyidin.. demi rakyat, raja harus bersikap adil.
    9
    • Like
    • Reply
    • 3 h
    2 replies
  • Rakyat dlm kesempitan ni, muhyidin xdk ketokohan sebagai pm
    • Like
    • Reply
    • 4 h
  • Kami rakyat msia nakkan Anwar Ibrahim contohnya .seorg yg berkarisma .bkan Muhyidin ni .rakyat sangat terkesan dgn pemerintahan yg gagal ini .ampun tuanku .payungilah rakyat jelata .
    • Like
    • Reply
    • 2 h
  • Dengarlah rintihan rakyat Tuanku.. nanti menyesal xsudah.. menjawablah di depan Allah akhirat kelak!
    21
    • Like
    • Reply
    • 3 h
  • Jangan melindungi politikus yg menzalimi rakyat. Rakyat dah hilang sabar
    3
    • Like
    • Reply
    • 40 m
  • P Indonesia boleh pulak rentas nega

Panas! Netizen ‘serang’ Muhyiddin di facebook Istana Negara

 Panas! Netizen ‘serang’ Muhyiddin di facebook Istana Negara


Seolah-olah tidak tahan dengan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, warga maya menyuarakan rasa tidak puas hati mereka menerusi ruangan komen di akaun Facebook Istana Negara.

Dalam satu hantaran yang memuatnaik gambar Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam bagi sesi perbincangan dan pertukaran pendapat berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan, rata-rata warga maya menggunakan platform media sosial untuk mengadu kesukaran mereka sewaktu pandemik Covid-19 dan tidak kurang juga yang “menyerang” pentadbiran Muhyiddin.

Tidak terkecuali juga, ada yang meninggalkan komen-komen nakal mengenai jumlah majoriti yang menyokong pentadbiran Muhyiddin.

Salah seorang pengguna dengan nama Hazriq Zamali berkata; “Kami perlukan seorang pemimpin yang baik, serta bijak laksana untuk membantu kami di kala negara dilambung musibah.

“Bukan seorang pemimpin sekampit beras.. Daulat Tuanku moga Allah kurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik pada seluruh kaum kerabat Sultan Pahang.”

Salman Khair pula berkata; “PM tiada majoriti pertama di Malaysia. Pelik bin ajaib. Daulat tuanku. Mohon tuanku sentiasa memberikan yang terbaik buat kami rakyat Malaysia,” katanya.

Mohd Farhan yang turut menyokong pendapat Salman itu membalas; “Betul tu. Sampai bilalah kita nak duduk di bawah kerajaan tak ada majoriti ni. YDPA sahaja harapan rakyat.”

 

Terdapat pengguna lain yang menyuarakan kebimbangan mereka berhubung isu kestabilan ekonomi negara dan tindakan pelabur yang berpindah ke negara-negara jiran.

Antaranya warga maya dengan nama Wan Jitraa yang mengadu; “Mohon tuanku faham kehendak rakyat. Rakyat dah cukup terseksa dan menderita di bawah kerajaan PN.

“Pelabur dah ramai lari, rakyat dah ramai yang tak ada kerja, hilang punca pendapatan, ekonomi negara makin teruk tuanku, kes rasuah makin meningkat. Harap tuanku dengarlah suara majoriti rakyat Malaysia.”

Pengguna Zainol Azhar turut menyuarakan kebimbangan yang serupa; Zainol Azhar “Tuanku, negara dan rakyat tidak akan berada di dalam keadaan yang baik jika income negara tidak berkembang.

“Pelabur asing hilang kepercayaan jika kerajaan itu rapuh. Kini pun terdapat banyak sektor-sektor awam telah mulai tutup sedikit demi sedikit. Ada di antara para pelabur asing pun sudah mulai berpindah arah ke negara-negara lain.”

 

Untuk rekod, sebelum ini beberapa pemimpin politik dari Umno mahupun pembangkang membangkitkan isu yang sama.

Antaranya Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh pula menggesa kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar lebih giat memainkan peranan membawa masuk pelaburan asing ke dalam negara serta merangka pelan untuk memanfaatkan pelaburan untuk rakyat dan ekonomi negara.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki turut menuntut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali menjelaskan tindakan segera kerajaan bagi menangani kejatuhan terus pelaburan langsung asing (FDI) negara.

Dia turut memetik laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) yang diterbitkan 24 Jan, FDI Malaysia merosot sehingga 68 peratus – jauh teruk berbanding negara negara lain Asean yang disebut dalam laporan itu.

 

Dalam laporan itu, FDI Malaysia ialah sebanyak AS$2.5 bilion berbanding negara Singapura (AS$58 bilion – jatuh 37 peratus), Indonesia (AS$18 bilion – jatuh 24 peratus), Vietnam (AS$14 bilion – jatuh 10 peratus), Thailand (AS$11.4 billion – jatuh 50 peratus), dan Filipina (AS$6.4 bilion – naik 29 peratus).



Industri kecewa dengan pengumuman PM – FMM

 Industri kecewa dengan pengumuman PM – FMM


Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan untuk menyelaraskan usaha penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengikut garis panduan standard dan menurut prosedur operasi standard (SOP) am yang diumumkan bagi pelaksanaan di seluruh negara.

Mengulas mengenai keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 18 Feb, Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata FMM sentiasa menekankan bahawa untuk memutuskan rantaian jangkitan perlu ada jalinan usaha bersepadu antara sektor awam dan swasta.

“Pada masa yang sama, FMM juga ingin mengulangi bahawa perintah penutupan serta merta perniagaan yang tidak mematuhi SOP dan keadaan operasi perlu dibuat dengan mengambil pertimbangan beberapa cabaran utama yang dihadapi industri.

“Ini termasuk mereka yang memerlukan kerjasama penuh daripada pemegang kepentingan utama lain seperti majlis tempatan berkaitan pematuhan kepada Akta 446 mengenai penginapan pekerja asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Soh juga berkata industri kecewa dengan pengumuman pada Khamis lepas apabila sektor yang diluluskan untuk menyambung perniagaan sebelum ini seperti tekstil, pakaian dan kasut tidak dimasukkan ke dalam senarai perkhidmatan penting.

“Ini juga termasuk keseluruhan rantaian bekalan, termasuk runcit dan industri/sektor lain yang mungkin menyokong secara tidak langsung perkhidmatan penting, serta syarikat berorientasikan eksport utama.

“Sektor-sektor ini tidak boleh berterusan ditutup dalam tempoh PKP yang dilanjutkan ini kerana ia akan menjejaskan dengan teruk perniagaan mereka,” katanya.



27 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 


SILA TEKAN    >  UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI.




ZULAIFA RAHMAN


SEJAK PNDEDAHAN DARI TOMMY THOMAS, SAKA SUDAH MENJADI SAWAN TAHAP KRONIK.!!

KINI SAKA SDG GELUPOR UTK MENEGAKKN BENANG BASAHNYA.!

DIA SGAJA MLETAKKN JAWATAN UTK KHIANATKAN PH DGN NIAT MGHALANG DSAI JADI PM...!!DAN,

SAPE YG BERJANJI UTK MYERAHKAN JAWATAN PM KPD DSAI DAN SAPE PULA YG MEMUNGKIRINYA.???LIDAH PENIPU,SIMUNAFIK !!

NAK NAFI APA LAGI. !!??

May be an image of 1 person and text that says "SUARA.TV "PH jatuh sebab pilih Anwar jadi PM" -Dr Mahathir"



BODOH BETUL...MANA LA SI KJ TU TAHU..DIA BUKAN BIDANG PERUBATAN LA NGIOK...ADA AKAI KA?TAHU LA YANG DOKTOR PUN BANGGANG JUGA....ORANG LAIN TAK ADA KA?

 


Ahli parlimen lobi KJ ganti Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan

Ahli parlimen lobi KJ ganti Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan

Senator DAP Liew Chin Tong hari ini mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) menukar Menteri Kesihatan Adham Baba dengan individu yang lebih layak.

“Kita tidak tahu di mana perginya menteri kesihatan dan beliau dilihat sebagai tidak layak untuk mengetuai kementerian yang paling penting ketika negara sedang memerangi wabak Covid-19,” katanya.

Liew secara khusus menyebut nama penasihat kesihatan perdana menteri, Jemilah Mahmood dan Khairy Jamaluddin yang kini menjawat jawatan menteri sains, teknologi dan inovasi.

“Sekiranya ia memerlukan lantikan politik daripada Umno, demi mengelakkan masalah politik, sekurang-kurangnya Khairy Jamaluddin nampak jauh lebih berkebolehan daripada Adham Baba.

“Secara peribadi, saya meminta perdana menteri untuk melantik Khairy sebagai menteri kesihatan.

“Jika kerajaan hanya memberi Khairy portfolio imunisasi tanpa sokongan penuh daripada birokrasi Kementerian Kesihatan, ia seolah-olah mahu melihat beliau gagal,” katanya.

Dia merujuk pelantikan Khairy sebagai menteri penyelaras program imunisasi Covid-19 Kebangsaan, semalam.

Tak adil serah semua pada DG Hisham

Dia menyifatkan tindakan menyerahkan semua tugas, termasuk membuat keputusan dasar, kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah sebagai tidak adil

“Tugas KP kesihatan adalah untuk memastikan pelaksanaan dasar kementerian, iaitu dasar yang telah ditentukan oleh menteri selepas rundingan bersama dengan kabinet dan perdana menteri,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurut Liew, dalam sistem demokrasi berparlimen Westminster, menteri perlu menggalas tanggungjawab penuh atas segala dasar yang diputuskan.

“Kerana kepimpinan politik Adham Baba yang lemah, KP kesihatan terpaksa memikul hampir semua beban pengurusan Covid-19. Kita berterima kasih kepada Noor Hisham kerana penilaian beliau banyak membantu negara pada peringkat awalnya.

“Tetapi beberapa aspek pendekatan beliau sejak akhir-akhir ini, seperti beliau keberatan untuk menggunakan kit ujian pantas atau enggan menyaring kontak rapat tidak bergejala, secara tanpa sedar telah menyumbang kepada lonjakan bilangan kes,” katanya.

Kata Liew, sekiranya menteri berkelayakan dan berkebolehan, KP Kesihatan tidak perlu pun membuat keputusan politik dan dasar yang sukar.




Gempar! Panasonic bakal hentikan pengeluaran bateri, panel solar di Malaysia Gempar! Panasonic bakal hentikan pengeluaran bateri, panel solar di Malaysia February 5, 2021 3:45 pm 0 Memetik laporan Nikkei Asia, gergasi elektronik dari Jepun itu akan menghentikan pengeluaran di kilang miliknya di Malaysia dan Shimane Prefecture, Jepun seawal Mac 2022. Langkah itu menandakan ‘jalan keluar’ sepenuhnya Panasonic dalam perniagaan pengeluaran solar selepas syarikat berpangkalan di Osaka itu menamatkan kerjasama pengeluaran sel solar dengan Tesla tahun lalu. Menurut laporan Nikkei Asia, Panasonic akan mendapatkan panel solar daripada pengeluar lain bagi memastikan ia kekal dalam industri tenaga menerusi perniagaan seperti pemasangan sistem penjanaan bagi kegunaan kediaman.

 


Gempar! Panasonic bakal hentikan pengeluaran bateri, panel solar di Malaysia


Memetik laporan Nikkei Asia, gergasi elektronik dari Jepun itu akan menghentikan pengeluaran di kilang miliknya di Malaysia dan Shimane Prefecture, Jepun seawal Mac 2022.

Langkah itu menandakan ‘jalan keluar’ sepenuhnya Panasonic dalam perniagaan pengeluaran solar selepas syarikat berpangkalan di Osaka itu menamatkan kerjasama pengeluaran sel solar dengan Tesla tahun lalu.

Menurut laporan Nikkei Asia, Panasonic akan mendapatkan panel solar daripada pengeluar lain bagi memastikan ia kekal dalam industri tenaga menerusi perniagaan seperti pemasangan sistem penjanaan bagi kegunaan kediaman.

Dalam satu lagi laporan media, Panasonic berkata ia akan menamatkan penghasilan bateri solar akhir tahun fiskal 2021 sebagai sebahagian jalan keluar daripada perniagaan yang tidak menguntungkan itu.

Menurut syarikat itu, ia akan mengekalkan jumlah pekerja di kilang miliknya di Shimane Prefecture di mana peranti lain berkaitan penjanaan tenaga solar akan dihasilkan.

Kilang miliknya di Malaysia diuruskan Panasonic Energy Malaysia (PECMY) iaitu bahagian pengeluaran perniagaan Panasonic Solar dan turut mengeluarkan panel solar serta pembuatan wafer, bateri dan modul bersepadu.

Satu-satunya kilang yang beroperasi di seluruh dunia ketika ini terletak di Taman teknologi Tinggi Kulim, iaitu 50 kilometer bahagian timur Pulau Pinang.

Kilang yang dibina dalam masa sembilan bulan bermula dari perancangan hingga pentauliahan adalah pemegang rekod pembinaan kilang berskala besar terpantas di taman perindustrian.

Sementara itu, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, jumlah penjanaan tenaga solar baru tahun ini dijangka mencapai 117 juta kilowatt, meningkat 10 peratus dari tahun sebelumnya.

Susulan peningkatan pengeluaran oleh pengilang China, harga panel solar telah susut ke sekitar satu pertiga dari harga tahun 2012.

Berikutan harga yang lebih rendah ditawarkan pesaingnya di China, ia memaksa pengeluar Jepun menamatkan pengeluaran dengan perniagaan bateri dan panel solar Panasonic mencatat kerugian.

Pada masa ini, kebanyakan jualan adalah berdasarkan permintaan domestik, namun ia dijangka tidak berkembang selepas program insentif untuk penjanaan tenaga solar kediaman di Jepun telah ditamatkan sejak November 2019.

Panasonic telah membangunkan perniagaan bateri solar daripada Sanyo Electric, yang menjadi anak syarikat penuhnya pada 2011.

Teknologi asal yang dikenali sebagai HIT, dianggap memiliki kecekapan tertinggi di dunia dalam mengubah cahaya matahari kepada tenaga elektrik pada masa.

Pada 2009, Panasonic berusaha untuk menjadi antara tiga pengeluaran utama, tetapi ia kini di luar senarai lima teratas ekoran perang harga dengan syarikat China yang mewakili 30 peratus dari bahagian pasaran.

Bagaimanapun, Panasonic merancang untuk terus berada dalam perniagaan tenaga boleh diperbaharui, dengan memberi tumpuan kepada segmen lain seperti sistem pengurusan kuasa untuk bandar pintar.

Selepas menamatkan pengeluaran panel solar, kilangnya di Shimane akan menumpukan perhatian kepada pengeluaran perapi tenaga yang menukar elektrik yang diekstrak panel solar dari arus terus kepada arus alternatif.

Kilang miliknya di Osaka yang menghasilkan panel dalam kenderaan dijangka menjadi penempatan semula pekerjaannya.

Selepas Panasonic menarik diri, Kyocera dan Sharp akan menjadi syarikat utama di Jepun yang menghasilkan bateri dan panel solar.

Bahagian pasaran global kini dikuasai pengeluar China seperti JinkoSolar dan pengeluar Jepun yang pernah menerajui pasaran kini kehilangan tempat. – Careta



PENERIMA RASUAH TERSEPIT, TUKANG BAWA 'SALAM' TERLEPAS...

 


Apa yang termusykil oleh saya dalam kes Isa Samad ialah kedudukan atau status Senator Zahid Mat Arif (pix, bawah) dalam kasus ini. Dia dikenal pasti malahan mengaku menjadi perantaran alias broker dalam kes rasuah itu. Wang yang didakwa rasuah itu diberi melaluinya kepada Isa Samad.

Logiknya, bukankah peranan Zahid itu sesuatu (tukang bawa salam) yang jijik DAN kotor. Apakah dia tidak terkait dengan mana-mana undang-undang ATAY seksyen dalam akta SPRM?

Apakah kerana dia bersetuju untuk jadi saksi pendakwa maka dia tidak didakwa sama. Kalau begitu penahanan reman Zahid selama beberapa hari oleh SPRM hanya untuk mendapat maklumat DAN mengambil persetujuannya untuk menjadi saksi pendakwa sahaja. Kenapa tidak didakwa bersama sebagai bersubahat?

Dari sisi ini dimanakah keadilan undang2. Jika boleh dianalogikan kalau dalam proses menerima DAN membawa wang rasuah kepada Isa itu, seumpama sebuah kereta Zahid lah yang memandunya, Isa duduk disebelah. Apabila berlaku eksiden, apakah Mat Isa yang tercedera tetapi Zahid tidak. Begitukah? Mungkin dari sudut perundangan Islam ia berbeza. Mungkin para pengamal undang2 dapat mengulas DAN memberi pencerahan. - mso

 

BMF NI KEMPEN POLITIK AJARAN NABI ?

 

May be an image of text


MOHD MUKHLIS

Saya gelakkan aje. Bila orang cerdik pandai kata BMF kempen politik yang Nabi SAW tak ajar, kempen BMF hanya sebab hendak dapat kuasa, kome maki hamun, sampai golongan ruwaibidhah buat fitnah sana sini.

Group BMF penuh dengan post xenophobic suruh boikot product bukan Melayu/Muslim walaupun product mereka lebih berkualiti dan ada halal Jakim. Sekarang ni rasainn looo. Dah dapat kerajaan Melayu Isle kan? No Anwar No DAP kan? How does the taste of your own medicine?

Dulu di jaja islam terancam, tapi masih boleh solat Jumaat, boleh solat terawikh berjemaah, sekarang BMF ke laut, menteri duk berbahagi kontrak berbilion lulus luar parlimen asbab darurat.

Rasa tertipu ke?

Jangan risau, Quran ada ajar doa untuk pemimpin yang menyesatkan pengikut mereka waktu di dunia.

"Dan mereka berkata, “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menaati para pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.” Quran. Ahzab 67-68.

Ps, jangan lupa mutfi utara dalam doa tu nanti sebab dia pun dulu spokesperson kempen BMF. Wallahuaklam

 

JOM....TAKDIRRR

 

Maaf

Drmaza

, biri-biri sudah bertanya; ke mana kita?

1) Padang Merbuk ka?

2) Mereka semakin berani?

3) Atau bincang secara ilmiah?

Cuma kalau berhimpun di Padang Merbuk boleh solat jumaat tak?

Eh lupa masjid tutup zaman kerajaan melayu Isleyyyyy.

 

MOHD MUKHLIS 


May be an image of 1 person and text

DAP BUKAN SEBAHAGIAN DARI KERAJAAN


FAEZUDDIN PUAD


Rasanya DAP bukan lagi anggota kerajaan?

Ada lagi Menteri DAP?

Lagi ramai Menteri PAS kot?

Wallahualam

 


May be an image of monument and text that says "malaysiakini ST ISTANA KEHAKIMAN BERITA AznealIshakmalaysiakini.com Azneal Ishak malaysiakini.com Mahkamah putuskan Rosliza Ibrahim bukan Islam Diterbitkan 14 minit lepas Iklan Dikemaskini 11 minit lepas"

KENYATAAN MEDIA

 No photo description available.May be an image of text

PKP2.0: Perniagaan merudum, 3,000 pengusaha restoran di Kelantan bakal gulung tikar

 


PKP2.0: Perniagaan merudum, 3,000 pengusaha restoran di Kelantan bakal gulung tikar


Dianggarkan hampir 3,000 pengusaha restoran dan kedai makan seluruh Kelantan berdepan penutupan premis perniagaan sekiranya kerajaan tidak melakukan sesuatu bagi mengurangkan beban mereka.

Perkara ini didedahkan oleh wakil pengusaha restoran, Hassan Mohd Zain yang memaklumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 kali ini dengan peraturan tidak boleh makan di restoran menyebabkan perniagaan mereka merosot hampir 90 peratus.

“Bila tak dibenar dine in, kita punya sales drop hampir 90 peratus. Pekerja kita banyak kena bagi cuti pasal kalau kita ada 15 pekerja, kita hanya guna tiga orang.

“Kalau keadaan ini tak dibantu, kita tokey pun lemas… kekangan sewa bil air, letrik dan komitmen kita dengan insurans, bank.

“Kami peniaga hampir separuh dah tutup kedai. Kalau berterusan lagi dua minggu, ramai lagi akan tutup kedai,” kata Hassan.

Pandangan sama turut disuarakan seorang lagi pemilik restoran, Che Zarin Omar Daud.

“Sekarang ni ramai dah tutup, hampir separuh dah tutup, dan yang ada ni bertahan dalam keadaan rugi.

“Dengan bil tertunggak, sewa tertunggak … kita bertahan dengan gaji staf tertunggak.

“Kita ada had untuk bertahan kalau kerajaan tak bantu,” kata Che Zarin.

Bagi Farah Sharina Zamari, dia berasa sedih kerana keadaan semasa tidak membolehkan dia mengambil lebih ramai pekerja.

“Kita rasa makin teruk untuk kita tanggung sewa, bil api tertunggak dengan gaji staf.

“Saya rasa sedih sebab ramai staf nak kerja, tapi kita tak mampu bayar gaji. Saya ambil sehari tiga orang saja,” kata Farah Sharina.

Menurut mereka, sekiranya keadaan tidak berubah, lebih ramai pengusaha restoran, kafe dan kedai makan bakal gulung tikar manakala pekerja kedai makan terpaksa diberhentikan.

Mereka antara lain memohon agar dibenarkan pelanggan makan di premis dengan jumlah yang dihadkan, serta kebenaran beroperasi hingga jam 12 tengah malam.



PKP2.0 gagal kerana tutup segmen ekonomi yang sihat, buka pula industri yang sakit

 PKP2.0 gagal kerana tutup segmen ekonomi yang sihat, buka pula industri yang sakit


PKP 2.0 GAGAL SEBAB KITA KURUNG DAN TUTUP SEGMEN EKONOMI YANG SIHAT..BUKA SEGMEN INDUSTRI YANG SAKIT…

Hari ini 4hb Febuari 2021..hari yang Sepatutnya PKP 2.0 sepatutnya ditamatkan mengikut kata Ketua Pengarah kesihatan..kes dicatatkan hari ini lebih 4571 Kes dengan kematian yang tinggi 17 kematian.. Sedangkan sebelum perlaksanaan PKP kes lebih 2400 kes..

Maksudnya dengan perlaksanaan PKP selama hampir sebulan ditambah dgn Dharurat Politik pun, kita gagal untuk mengembalikan kes kepada angka dibawah 3 ribu.. Kalau di Jepun Menteri hatta Perdana Menteri dah wajib bunuh diri.. Kegagalan paling besar, Mengekalkan Menteri dan Perdana Menteri yang terbukti Gagal … Itulah kegagalan besar..

Aku tetap dengan Pandangan PKP 2.0 tak perlu dilaksanakan..Sebab kita sudah ditahap tepu..Tidak terkawal..Kalau diumpamakan banjir.. Ia sudah jadi banjir besar.. Sukar untuk surut.. yang perlu adalah kebijaksanaan Kerajaan melakukan kawalan..

Sebenarnya cukup tutup sempadan daerah dan negeri..Lockdown kapasiti Industri.. dan mengurangkan segmen pengurusan tempat kerja kepada 30%… Sebab faktor besar kes kebelakanagan ini 90% Berpunca dari kluster tempat Kerja..terutama di Johor dan Selangor.. semalam saja 6 dari 7 Kluster baru..kluster tempat kerja..

Malangnya yang jadi mangsa rakyat yang sihat, Segmen Ekonomi yang Sihat.. tidak ada bukti kukuh Kedai makan, Aktiviti jual beli gerai jalanan, Pasar tani atau di Pasaraya dan retail mencetuskan kluster besar..kalau ada disebabkan Pekerja terlibat sebagai kontak rapat dari aktiviti rentas Negeri.. tapi segmen inilah yang dibunuh Kerajaan secara perlahan..

Kalau aku jadi Kerajaan.. Aku akan benarkan aktiviti retail diteruskan.. Aku akan benarkan kedai makan beroperasi dengan kawalan SOP ketat dengan 1 meja 2 Orang..Sebab dari aktiviti ini bukan faktor besar jangkitan….yang tidak dibenarkan adalah aktiviti sosial atau lepak melepak seperti menonton live MU Vs Liverpool di kedai mamak..

Kata Najib, Cukup PKP 2.0 Dilaksanakan 2 Minggu tetapi ketat.. Teori itu tak betul.. aku dah tulis awal, Tidak semudah PKP 2.0 kes menurun..ia tak mungkin berlaku..Strategi yang sama tak boleh diguna pakai..katalah kes kembali ke angka 2 ribu, Bila sektor ekonomi dibuka..ia tetap akan melonjakkan kes semula..

Sebab keadaan berbeza.. PKP 1.0 sebenarnya tak perlupun PKP.. Sebab puncanya jelas, hanya melibatkan aktiviti perjumpaan Tabligh.. jadi logiklah masa itu yang ditumpukan mereka yang duduk dirumah.. Kes hanya berlegar 100-200 Kes..Terkawal dan mudah dilandaikan..

Kali ini berbeza.. kes sudah melebihi 4 angka..Kluster wujud ditempat kerja.. masa PKP 1.0 tidak ada kluster besar tempat kerja yang besar.. tidak ada.. PKP 1.0 ia umpama banjir kilat..kali ini umpama banjir besar..sukar untuk surut dalam tempoh yang singkat.. apalagi pencetus Kluster masih dibenarkan beroperasi..

Apapun Allah cuma zahirkan inilah bencana dan kebinasaan atas perbuatan Khianat..dan inilah gambaran Kelompok Ruwaibidhah.. kata Nabi SAW.. bila urusan itu diserahkan bukan pada ahlinya..Tunggulah saat kebinasaan.. Inilah Kerajaan yg dikata seorang Ulama Jahat dari Utara Kerajaan yang mendapat rahmat Tuhan atas kerja khianat mereka.. 🙂

Ipohmali



AHHH… PATUT PUN UMNO SELAMA INI KENA BULI DENGAN BERSATU!!

 

Pemotongan peruntukan oleh kerajaan PN terhadap enam Ahli Parlimen UMNO, selain menyerlah hakikat bahawa Muhyiddin Yassin tiada lagi majoriti kerana ternampak beliau tidak lagi memerlukan sokongan mereka dengan meletakkan wakil rakyat tersebut bersama blok pembangkang, ia juga menunjukkan sifat zalim dan dendam sebuah kerajaan yang mendakwa berteraskan Melayu dan Islam.

Sifat dendam dan zalim itu memang tidak boleh diterima kerana wakil rakyat tersebut bukan saja merupakan sebahagian daripada kerajaan, malah UMNO adalah blok Ahli Parlimen terbesar yang menjadikan Muhyiddin merasa duduk di kerusi Perdana Menteri.

Sementara tindakan kerajaan PN itu barangkali memang suatu penyakit yang memang tidak boleh diubati lagi lantaran kelompok pencatur kuasa dalam PN ini adalah golongan pengkhianat dalam pelbagai konteks, persoalan lebih penting ialah apakah tindak balas UMNO terhadap pemotongan peruntukan itu?

Berkaitan soal ini, pertama sekali, dari segi UMNO secara keseluruhannya dan Ahmad Zahid Hamidi sendiri selaku Presiden parti, apakah beliau hanya mampu bercakap saja?

Apakah memadai dengan Presiden UMNO sekadar mendedahkannya saja melalui media, kemudian menyindir serta mengungkit sokongan yang diberikan kepada kerajaan ketika pengundian Belanjawan 20211, lalu berharap Muhyiddin akan berubah hati?

Kenapa tidak dibalas dengan tindakan yang lebih keras terhadap Muhyiddin, sesuai dengan kedudukan UMNO yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen terbanyak dalam kerajaan PN?

Apa guna jadi majoriti atau kelompok terbanyak jika masih rela dibuli oleh mereka yang minoriti?

Mengapa Ahmad Zahid masih terhegeh-hegeh dan lambat untuk bertindak balas, walhal pemotongan peruntukan itu adalah suatu penganiayaan kepada rakyat di enam kawasan Parlimen berkenaan yang turut membayar cukai yang sama seperti pengundi di kawasan lain yang diberikan peruntukan penuh untuk pembangunan?

Apa yang beliau tunggu atau takutkan lagi?

Sebagaimana disebut Ahmad Zahid dua hari lalu, lima Ahli Parlimen yang dipotong peruntukan untuk kawasan Parlimen masing-masing itu ialah dirinya sendiri, Najib Razak, Ahmad Maslan, Nazri Aziz dan Ahmad Jazlan Yaakob di mana mereka hanya diberikan peruntukan RM100 ribu bagi tahun 2021 berbanding RM3.7 juta untuk Ahli Parlimen kerajaan yang lain.

Tengku Razaleigh Hamzah yang turut termasuk dalam kelompok dipotong peruntukan itu, bagaimanapun dilaporkan langsung tidak diberi walau satu sen pun kewangan untuk kawasan Gua Musang yang diwakilinya.

Yang keduanya, apa perasaan Ahli Parlimen UMNO yang ada kedudukan dalam kerajaan apabila melihat kezaliman di depan mata oleh kerajaan yang mereka berada di dalamnya terhadap enam rakan parti sendiri itu?

Apakah mereka hanya mampu berdiam diri saja, lantaran lebih sayang dan ingin menjaga kedudukan sebagai menteri dan timbalan menteri?

Mengapa tidak ada seorang pun menteri atau timbalan menteri mampu bersuara menuntut peruntukan yang sama daripada Muhyiddin demi kepentingan rakyat yang dianiaya serta UMNO yang dibuli secara nyata itu?

Apakah mereka tidak sedar bahawa kedudukan yang mereka perolehi dalam kerajaan sekarang adalah atas nama UMNO sebagai wadah perjuangan?

Mengapa? Mengapa? Mengapa?

Jika dalam soal sepenting ini pun, UMNO dan Presidennya, selain Ahli Parlimen parti itu yang ada kedidukan dalam kerajaan masih tidak mampu berjuang dan menyingsing lengan, ayat paling sesuai untuk diungkap dan ditujukan ialah – memang patut pun UMNO selama ini kena buli dengan Muhyiddin, Bersatu dan Hamzah Zainuddin.

Ahhh…bukannya Muhyiddin, Bersatu atau Hamzah itu terlalu gagah, tapi UMNO sendiri yang memilih untuk jadi pengecut. 


(Shahbudindotcom 05/02/2021)




Panas! Guan Eng dedah kerjasama DAP-UMNO

 


Panas! Guan Eng dedah kerjasama DAP-UMNO


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata keadaan politik negara sangat tidak menentu untuk membuat sebarang keputusan berhubung desa-desus kerjasama parti itu dengan Umno sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, Lim mengesahkan bahawa Umno dan DAP ada berbincang ketika krisis politik Perak berlaku baru-baru ini yang menyaksikan pengerusi Umno negeri itu Saarani Mohamad menggantikan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar hujung tahun lalu.

Bagaimanapun kata Lim, apa yang berlaku di Perak terbatas kepada perbincangan saja.

“Di Perak, apa yang berlaku adalah berbincang, belum sampai ke tahap membuat keputusan untuk bersama… berbincang sahaja.

“Jadi, saya rasa tidak salah untuk berbincang,” katanya

Ahli parlimen Bagan itu berpendapat tiada salah untuk DAP kalau sekadar berbincang dengan Umno.

Kalau berbincang pun dianggap salah, katanya, sudah tentu DAP tidak akan menyertai jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menasihat Yang di-Pertuan Agong berhubung pengisytiharan darurat.

Lim berkata demikian semasa menjawab soalan Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Dr Muhammad Asri Mohd Ali dalam program Minda Profesor Negara hari ini.

Sesi membincangkan persoalan sama ada DAP sedia bekerjasama atau tidak dengan Umno di peringkat pusat sebelum atau selepas PRU15. Ia disiarkan secara langsung dalam Facebook turut disertai Presiden MPN, Prof Dr Raduan Che Rose.

Harus galakkan perbincangan

Kata Lim dengan keadaan yang tidak sangat menentu sekarang keputusan berkenaan mewujudkan gabungan dengan parti lain perlu melihat keputusan PRU15.

“Apa yang pasti ialah dalam keadaan sedia ada, PH (Pakatan Harapan), PN (Perikatan Nasional) dan BN, yang mana satu akan menjadi tunjang utama, saya rasa rakyat akan putuskan,” katanya.

Pada masa sama bekas menteri kewangan itu juga berkata kekangan untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bukanlah suatu keadaan yang sihat.

“Dalam kalangan rakyat Malaysia, kita harus mengalakkan perbincangan dan juga sembang antara satu sama lain,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, sewaktu kemelut politik berlaku di Perak pada Dis lalu, langkah Umno menaikkan calon mereka mengisi jawatan menteri besar tertangguh untuk seketika apabila parti itu gagal mendapatkan jumlah majoriti untuk dipersembahkan kepada Sultan Nazrin Shah.

Umno sebelum itu membawa usul percaya Ahmad Faizal sebagai menteri besar dan ia gagal mendapat sokongan majoriti. Semua Adun PH mengundi untuk menolak usul itu bersama Adun Umno.

PAS pula pada awalnya berikrar untuk tidak menyertai pembentukan kerajaan baru negeri, malah parti itu gagal hadir menghadap Sultan Perak seperti yang dititahkan.

Ketika itu ada desas-desus yang mengatakan Umno terbuka mengadakan kerjasama dengan PH – termasuk DAP – bagi membentuk kerajaan negeri.

PAS kemudian mengubah pendirian mereka tidak lama selepas itu dan presidennya Abdul Hadi Awang menghadap sultan untuk meminta maaf.