PENERIMA RASUAH TERSEPIT, TUKANG BAWA 'SALAM' TERLEPAS...

 


Apa yang termusykil oleh saya dalam kes Isa Samad ialah kedudukan atau status Senator Zahid Mat Arif (pix, bawah) dalam kasus ini. Dia dikenal pasti malahan mengaku menjadi perantaran alias broker dalam kes rasuah itu. Wang yang didakwa rasuah itu diberi melaluinya kepada Isa Samad.

Logiknya, bukankah peranan Zahid itu sesuatu (tukang bawa salam) yang jijik DAN kotor. Apakah dia tidak terkait dengan mana-mana undang-undang ATAY seksyen dalam akta SPRM?

Apakah kerana dia bersetuju untuk jadi saksi pendakwa maka dia tidak didakwa sama. Kalau begitu penahanan reman Zahid selama beberapa hari oleh SPRM hanya untuk mendapat maklumat DAN mengambil persetujuannya untuk menjadi saksi pendakwa sahaja. Kenapa tidak didakwa bersama sebagai bersubahat?

Dari sisi ini dimanakah keadilan undang2. Jika boleh dianalogikan kalau dalam proses menerima DAN membawa wang rasuah kepada Isa itu, seumpama sebuah kereta Zahid lah yang memandunya, Isa duduk disebelah. Apabila berlaku eksiden, apakah Mat Isa yang tercedera tetapi Zahid tidak. Begitukah? Mungkin dari sudut perundangan Islam ia berbeza. Mungkin para pengamal undang2 dapat mengulas DAN memberi pencerahan. - mso

 

No comments: