Jenderal Min Aung Hlaing mengepalai rampasan kuasa tentera Myanmar semalam.

 

May be an image of 2 people and military uniform


‪Dia menjadi ketua pemerintah angkatan tentera Myanmar pada 30 Mac 2011.

‪Pada 2016-2017 sebagai pemerintah tentera, Jenderal Min Aung Hlaing menjadi ketua tertinggi yang bertanggungjawab melakukan genosid ke atas etnik Rohingya dengan membunuh tak kurang 24,000 orang, merogol 18,000 wanita dan gadis serta menghalau lebih 700,000 etnik Rohingya dari Arakan.

‪Dalam profilnya, Jenderal Min Aung Hlaing bangga menyebut dirinya sebagai penerima dua pingat dari Malaysia:

Description: ▪️Darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera Malaysia (Gallant Commander of the Malaysian Armed Forces)

Description: ▪️Darjah Kehormat Keberanian Pangkat Pertama Angkatan Tentera Malaysia (Honorary Malaysian Armed Forces Order for Valour (First Degree)

‪Pada 26 Januari 2018, Burma Campaign UK telah melancarkan suatu petisyen antarabangsa bagi menggesa Kerajaan Malaysia menarik balik dua pingat ketenteraan yang pernah dianugerahkan kepada Jenderal Min Aung Hlaing.

‪Ketika itu PM Malaysia ialah Najib Razak. Kemudian digantikan oleh Dr Mahathir Mohamad, dan kini Muhyiddin Yassin. Namun, tiada maklumat yang menunjukkan Malaysia telah menarik darjah ketenteraan daripada Jenderal Min Aung Hlaing.

‪Dengan latar keganasannya terhadap etnik Rohingya dan kerakusannya memusnahkan demokrasi di Myanmar, adalah tersangat tidak wajar Malaysia membenarkan Jenderal Min Aung Hlaing kekal memiliki dua anugerah ketenteraan Malaysia yang amat berprestij tinggi itu.

‪Kerajaan Malaysia dituntut supaya bertindak segera menarik balik pingat-pingat kebesaran Angkatan Tentera Malaysia dari Jenderal Min Aung Hlaing.

‪Bukankah wajar ditarik anugerah itu? Memalukan Malaysia!

Kredit Abd Malek Husin