PKP2.0 gagal kerana tutup segmen ekonomi yang sihat, buka pula industri yang sakit

 PKP2.0 gagal kerana tutup segmen ekonomi yang sihat, buka pula industri yang sakit


PKP 2.0 GAGAL SEBAB KITA KURUNG DAN TUTUP SEGMEN EKONOMI YANG SIHAT..BUKA SEGMEN INDUSTRI YANG SAKIT…

Hari ini 4hb Febuari 2021..hari yang Sepatutnya PKP 2.0 sepatutnya ditamatkan mengikut kata Ketua Pengarah kesihatan..kes dicatatkan hari ini lebih 4571 Kes dengan kematian yang tinggi 17 kematian.. Sedangkan sebelum perlaksanaan PKP kes lebih 2400 kes..

Maksudnya dengan perlaksanaan PKP selama hampir sebulan ditambah dgn Dharurat Politik pun, kita gagal untuk mengembalikan kes kepada angka dibawah 3 ribu.. Kalau di Jepun Menteri hatta Perdana Menteri dah wajib bunuh diri.. Kegagalan paling besar, Mengekalkan Menteri dan Perdana Menteri yang terbukti Gagal … Itulah kegagalan besar..

Aku tetap dengan Pandangan PKP 2.0 tak perlu dilaksanakan..Sebab kita sudah ditahap tepu..Tidak terkawal..Kalau diumpamakan banjir.. Ia sudah jadi banjir besar.. Sukar untuk surut.. yang perlu adalah kebijaksanaan Kerajaan melakukan kawalan..

Sebenarnya cukup tutup sempadan daerah dan negeri..Lockdown kapasiti Industri.. dan mengurangkan segmen pengurusan tempat kerja kepada 30%… Sebab faktor besar kes kebelakanagan ini 90% Berpunca dari kluster tempat Kerja..terutama di Johor dan Selangor.. semalam saja 6 dari 7 Kluster baru..kluster tempat kerja..

Malangnya yang jadi mangsa rakyat yang sihat, Segmen Ekonomi yang Sihat.. tidak ada bukti kukuh Kedai makan, Aktiviti jual beli gerai jalanan, Pasar tani atau di Pasaraya dan retail mencetuskan kluster besar..kalau ada disebabkan Pekerja terlibat sebagai kontak rapat dari aktiviti rentas Negeri.. tapi segmen inilah yang dibunuh Kerajaan secara perlahan..

Kalau aku jadi Kerajaan.. Aku akan benarkan aktiviti retail diteruskan.. Aku akan benarkan kedai makan beroperasi dengan kawalan SOP ketat dengan 1 meja 2 Orang..Sebab dari aktiviti ini bukan faktor besar jangkitan….yang tidak dibenarkan adalah aktiviti sosial atau lepak melepak seperti menonton live MU Vs Liverpool di kedai mamak..

Kata Najib, Cukup PKP 2.0 Dilaksanakan 2 Minggu tetapi ketat.. Teori itu tak betul.. aku dah tulis awal, Tidak semudah PKP 2.0 kes menurun..ia tak mungkin berlaku..Strategi yang sama tak boleh diguna pakai..katalah kes kembali ke angka 2 ribu, Bila sektor ekonomi dibuka..ia tetap akan melonjakkan kes semula..

Sebab keadaan berbeza.. PKP 1.0 sebenarnya tak perlupun PKP.. Sebab puncanya jelas, hanya melibatkan aktiviti perjumpaan Tabligh.. jadi logiklah masa itu yang ditumpukan mereka yang duduk dirumah.. Kes hanya berlegar 100-200 Kes..Terkawal dan mudah dilandaikan..

Kali ini berbeza.. kes sudah melebihi 4 angka..Kluster wujud ditempat kerja.. masa PKP 1.0 tidak ada kluster besar tempat kerja yang besar.. tidak ada.. PKP 1.0 ia umpama banjir kilat..kali ini umpama banjir besar..sukar untuk surut dalam tempoh yang singkat.. apalagi pencetus Kluster masih dibenarkan beroperasi..

Apapun Allah cuma zahirkan inilah bencana dan kebinasaan atas perbuatan Khianat..dan inilah gambaran Kelompok Ruwaibidhah.. kata Nabi SAW.. bila urusan itu diserahkan bukan pada ahlinya..Tunggulah saat kebinasaan.. Inilah Kerajaan yg dikata seorang Ulama Jahat dari Utara Kerajaan yang mendapat rahmat Tuhan atas kerja khianat mereka.. 🙂

Ipohmali



No comments: