Najib cadang sesi persekolahan ditangguhkan


Umavathi Ramayah
Najib cadang sesi persekolahan ditangguhkan
Najib Tun Razak mengesyorkan agar pemulaan sesi persekolahan 2021 ditangguhkan selepas Cuti Tahun Baru Cina. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesyorkan agar pemulaan sesi persekolahan 2021 ditangguhkan selepas cuti Tahun Baharu Cina.
Beliau berkata, penangguhan itu perlu diambil kira memandangkan situasi negara yang berdepan dengan keadaan banjir selain kes penularan COVID-19 yang semakin tinggi.
Selain itu, katanya timbul juga ura-ura mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri zon merah.
"Pandangan saya ialah permulaan penggal sekolah 2021 patut ditangguhkan ke selepas cuti Tahun Baru Cina memandangkan keadaan banjir belum reda, situasi COVID semakin teruk dan ada ura-ura nak melaksanakan semula PKP ketat di beberapa negeri zon merah.
[INFOGRAFIK] Takwim penggal dan cuti persekolahan tahun 2021
"Kita boleh ganti hari sekolah yang tertangguh dengan membatalkan cuti pertengahan penggal pertama (sembilan hari) dan cuti pertengahan tahun (16 hari)," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya di sini, pada Sabtu.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semua institusi pendidikan di bawah seliaan mereka akan dibuka di seluruh negara mengikut takwim 2021, termasuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Pendidkan, Dr Radzi Jidin berkata, pengoperasian kesemua institusi pendidikan adalah tertakluk kepada pematuhan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu.

LAIN LAIN NAK TUNGGU APA LAGI ?????PN KINI 110 ???

 

SHAHBUDIN HUSIN


Sebelum PKP semula mungkin diumumkan esok yang seterusnya tidak mustahil menyebabkan Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari depan terpaksa ditangguhkan, menarik sokongan sebelum terlambat adalah tindakan paling wajar.

Syabas sekali lagi buat Ahmad Jazlan, yang lain-lain  nak tunggu apa lagi?

 Image may contain: text that says "Home UTAMA Ahmad Jazlan Umum Tarik Sokongan, Kerajaan PN Bakal Jatuh? UTAMA By Editor 09/01/2021 MRRLANIAN 山ம KOTA BHARU Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mengumumkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini. Beliau yang juga merupakan Pengerusi UMNO negeri kelantan mengumumkan perkara demikian dalam sidang media sebentar tadi. Penarikan sokongan ini bermakna kerajaan PN kini hanya mempunyai 110 kerusi dan akan hilang sokongan majoriti dalam masa terdekat."

Kah....Jaga Mercedes dulu...



JAWAPAN KETUA KOMUNIKASI NASIONAL GERAK98 KEPADA YB KHALID SAMAD - BENARKAH JASA MAHATHIR PUNCA KEMENANGAN PH?




Undi Melayu Semenanjung

PRU2018 BN 46.29% PAS 28.14% PH 25.47%

PRU2013 BN 63.30% PR 36.70%


Tinggalkan dahulu statistik di atas. Tetapi perlu dijelaskan bahawa ketika berdepan Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu, pembangkang berpecah kepada dua koalisi, satu Pakatan Harapan dan satu lagi Gagasan Sejahtera (PAS), maka sebenarnya tiada "Grand Coalition" waktu itu seperti dakwaan Khalid Samad.


Selepas Pilihanraya Umum Ke-13, Muhyiddin Yassin yang ketika itu masih Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN pernah menyatakan, andai kata dalam Pilihanraya Umum Ke-13 yang baharu usai itu, 2 peratus lagi undi lari dari BN, maka BN kalah! Ruyup! Ingat, pencapaian Pakatan Rakyat ini ketika itu dicapai tanpa ada Dr. Mahathir bin Mohamad di barisan hadapan, bahkan Mahathirlah antara musuh yang dilawan.


Andaikan 2 peratus itu adalah pemboleh-ubah malar (tidak berubah) dalam peningkatan pengundi baharu dan pembentukan pakatan pembangkang baharu (Pakatan Harapan) memasuki Pilihanraya Umum Ke-14. BN dari melawan Pakatan Rakyat sebelumnya, dalam Pilihanraya Umum Ke-14 terpaksa melawan Pakatan Harapan dan Gagasan Sejahtera (PAS). Jika 2 peratus yang malar itulah yang beralih kepada Pakatan Harapan dan seterusnya menjadi sebab kemenangan bersejarah Pakatan Harapan pada 9 Mei 2018, apakah penyebabnya? Betulkah dakwaan Khalid bahawa sebabnya ialah kerana gabungan dengan Mahathir? Tetapi bagi penyokong Rafizi Ramli, mereka akan kata ini jasa Rafizi dan Invoke. Atau apakah ia kerana pertembungan tiga penjuru? Atau sememangnya kerana kesedaran rakyat secara keseluruhan untuk menolak BN ketika itu akibat dari ledakan maklumat dan meluasnya akses kepada media sosial? "Mood" menolak BN ini ialah "mood" nasional ketika itu, bahkan di Terengganu rakyatnya hampir mutlak menolak BN, tetapi di sana rakyat menolak BN dengan memilih PAS, mungkin kerana Pakatan Harapan di Terengganu dilihat lemah berbanding dengan BN dan PAS. Terengganu, sebuah negeri dengan majoriti besarnya orang Melayu jelas tidak mengendahkan Mahathir, walaupun Mahathir turun berkempen di sana.


Itu di Terengganu, di peringkat nasional, kalaulah kita cuba menerima bahawa semua yang saya katakan di atas adalah sebab yang menyumbang kepada peralihan undi kepada Pakatan Harapan dan seterusnya memenangkan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu, maka dari 2 peratus itu sebesar mana sumbangan Mahathir? Dan jangan pula lupa soal 49 peratus yang asal dan siapa penyumbangnya, faktor Anwar Ibrahim mahu letak di mana?


Saya pelik, apa tujuan Khalid Samad membawa sampel data keputusan Pilihanraya Umum Ke-14 di beberapa kerusi dan dibandingkan dengan keputusan di kerusi yang sama dalam Pilihanraya Umum Ke-13. Apa yang Khalid mahu tunjukkan dengan pertambahan undi itu? Tetapi bila dia bercerita tentang kerusi Pandan yang dimenangi oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mewajarkan pertambahan undi di situ kerana kerjasama baik Kak Wan dengan Mahathirlah penyebabnya, lebih tepat Khalid maksudkan Mahathirlah yang menyebabkan pertambahan undi tersebut, maka saya memahami. Apa bukti dan dalilnya? Apakah Khalid lupa bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 adalah pertembungan dua penjuru, sedangkan Pilihanraya Umum Ke-14 pula tiga penjuru. Apakah tidak mungkin pertembungan tiga penjuru itulah yang menyumbang pertambahan undi kepada Kak Wan? Jangan lupa pertambahan pengundi-pengundi baharu di kawasan-kawasan yang beliau nyatakan itu juga membantu. Tidakkah Khalid nampak bahawa dalam perlawanan tiga penjuru, bila wujud penjuru ketiga yang membawa naratif Melayu/Islam (PAS dalam Pilihanraya Umum Ke-14, Pejuang dalam Pilihanraya Umum Ke-15) sama seperti penjuru pertama (BN dalam Pilihanraya Umum Ke-14, PN dalam Pilihanraya Umum Ke-15) maka kelebihan bersaing dan kelebihan berbanding akan ada di pihak Pakatan Harapan? (Harus diingat, naratif Melayu/Islam ini cumalah permainan politik, bukan naratif perjuangan)


Khalid sekali lagi membela Mahathir bila membawa kes Pilihanraya Kecil Slim River dalam tulisannya, padahal Slim River jelas memberitahu bahawa Mahathir gagal menarik sokongan pengundi Melayu terhadapnya. Tidak perlu pun sebenarnya untuk kita mengambil rekod Pilihanraya Kecil Slim River bagi membuktikan bahawa Mahathir gagal menarik sokongan pengundi Melayu, sekaligus membuktikan bahawa bukanlah kerana sokongan pengundi Melayu yang dibawa dia yang memungkinkan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum Ke-14. Cukup dengan rekod pencapaian Mahathir semasa memimpin Parti Pribumi BERSATU Malaysia ketika menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 tersebut. Bersatu sebagai sebahagian dari Pakatan Harapan ketika itu bertanding 52 kerusi parlimen (kerusi majoriti Melayu) dan cuma menang 13 daripadanya, cuma memperoleh 5.95% undi dari undi keseluruhan atau 11.88% dari undi Pakatan Harapan. Secara matematik, ia nyata satu kegagalan, kegagalan dari satu parti pimpinan Mahathir yang dia dakwa dan didakwa Khalid Samad juga, sebagai parti yang berjasa menarik sokongan Melayu kepada Pakatan Harapan. Kuatnya pembelaan Khalid pada Mahathir, sampai saya tertanya-tanya, dia ini Pengarah Komunikasi Amanah atau Pejuang?


Maka berbalik kita kepada statistik yang saya paparkan mula-mula tadi. Data ini saya perolehi dari seorang yang membuat analisis sokongan Melayu terhadap parti politik dalam Pilihanraya Umum Ke-14 dan Ke-13 di Semenanjung Malaysia. Kita lihat dalam Pilihanraya Umum Ke-14 Pakatan Harapan hanya mendapat 25.47% undi Melayu, berbanding 36.7% (peratus nasional dalam 35%) oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-13. Di mana logik akan terdesaknya keperluan bergabung semula dengan Mahathir atas nama "Grand Coalition" kononnya untuk menarik tambahan sokongan Melayu? Data tidak menunjukkan sebegitu. Memang berlaku penurunan undi Melayu terhadap BN ketika itu, dari 63.3% dalam Pilihanraya Umum Ke-13 jatuh kepada 46.29% dalam Pilihanraya Umum Ke-14. Apakah Mahathir yang berjasa merampas beza peratus kejatuhan sokongan Melayu terhadap BN itu? Tidak Khalid Samad... Ia berlaku kerana pertamanya sikap nekad sebahagian pengundi Melayu menolak BN, kedua tentulah kerana pertembungan tiga penjuru, sebahagian besar undi Melayu BN yang hilang berada dengan PAS sekarang, bukan Pakatan Harapan! Bukan Mahathir, bukan Pejuang, apalagi Amanah. Bukan saya kata, tetapi statistik menunjukkan begitu.


Khalid Samad, "Grand Coalition" bukan satu-satunya jawapan kepada usaha mengambil-alih semula kerajaan. Sudah-sudahlah bermain dengan peribahasa, menang sorak kampung tergadai konon! Hakikatnya, kita memang menang sorak pada 9 Mei 2018, selepas 22 bulan siapa pula yang menggadai kampung/daerah kemenangan itu? Kalau bukan orang yang bernama Mahathir?


Saya tidak nafikan, kalau kita bodohkan diri kita sekali lagi, kita punah-ranahkan maruah kita sekali lagi dengan mengambil semula Mahathir dan rakan-rakannya menyertai "Grand Coalition" yang Khalid Samad idam-idamkan, kita mungkin berpeluang mengambil-alih kembali kerajaan, kembali menang. Cuma saya mahu bertanya Khalid Samad, puluhan tahun kita berjuang untuk apa? Untuk menang? Menang pula untuk apa? Saya jawab, menang untuk perjuangan. Lalu kalau selepas menang kita gagal mendedikasikan kemenangan itu untuk sebuah perjuangan, idea-ideanya, gagasan-gagasannya, cita-cita perubahannya, maka kemenangan itu bukanlah kemenangan berjuang.


Kemenangan berjuang tidak datang dengan pimpinan setahun dua Mahathir bersama Pakatan Harapan, ia usaha puluhan tahun mengajar dan menyedar rakyat, pertamanya tentang keberanian berubah, berilah penghargaan kepada mereka yang sepatutnya dihargai. 22 bulan memerintah Mahathir telah membuktikan dia bukan kawan, dia bukan kawan berjuang, bahkan dia adalah tukang sailang, sailang melalui huluran salam. Dia sailang perjuangan kerana dia anti perubahan, anti reformasi, anti Anwar Ibrahim. Dia penganut orde lama yang totok! Benarkah Khalid Samad kata Pakatan Harapan sepatutnya kalah dalam Pilihanraya Umum Ke-14 lalu? Memang kalah, perjuangan puluhan tahun itu yang kalah, kemenangan itu ada kekalahan kepada lakonan seorang Mahathir, lebih teruk bila sampai hari ini masih ada yang percaya akan lakonan itu.


Zukri Aksah 

Ketua Komunikasi Nasional

Gerakan Reformasi 98 - GERAK 98



PENGALAMAN BERGANDING DENGAN PAS- UMNO PPBM KENA BELAJAR...KAH.....KAKI KENCING KAWAN

PKP idea tumpul, tambah 10,000 kakitangan KKM lebih baik

 

Dr Lee Boon Chye: MCO poorly planned, but mistakes happen


Idea Kerajaan Perikatan Nasional ingin melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhad di Lembang Kelang atau negeri-negeri tertentu tidak menyelesaikan rantaian penularan Covid 19 secara menyeluruh.

Mantan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata PKP pernah dilakukan pada Mac tahun lalu, biarpun berjaya memutuskan rangkaian Covid namun tidak menjamin jangkitan akan berakhir.

PKP juga katanya akan mengakibatkan kesan besar ke atas ekonomi yang mungkin menyebabkan lebih banyak perniagaan gulung tikar, terutama sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana.

“Penggunaan PKP secara meluas merupakan satu kaedah tumpul, walaupun berkesan tetapi membawa impak negatif yang besar. Kerugian kerana PKP seluruh negara pada Mac – Jun 2020 sebanyak RM 2,600 juta sehari apabila aktiviti ekonomi mengecut 50%.

“Sekiranya PKP dilaksanakan di Lembah Kelang sahaja, kerugian sehari dijangka melebihan RM 1,000 juta sehari!

“Sebenarnya PKP secara meluas boleh dielakkan. Penularan Covid 19 boleh dikawal dengan PKP Diperketat bersasar, di samping ujian Covid 19 secara massa serta pengesanan, ujian dan pengasingan kontak rapat dalam tempoh 48 jam,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Dr Lee lagi, alternatif kepada PKP adalah menambah kakitangan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dengan penambahan kakitangan tersebut, katanya, ujian dapat dijalankan dalam skala lebih besar ke atas penduduk Malaysia dan KKM akan punya cukup kakitangan untuk melakukan pengawalseliaan rapi ke atas kontak rapat pesakit agar tidak menjangkiti warga yang sihat.

“Kerajaan harus menubuhkan satu rangkaian petugas khas pengesanan kontak di seluruh negara, di mana anggotanya terdiri daripada 10,000 anggota tambahan Di Bahagian Kesihatan Awam KKM dengan kerjasama pemimpin masyarakat tempatan.

“Petugas khas ini boleh dilatih dan dibimbing oleh Pegawai Kesihatan Awam untuk pengesanan kontak, untuk memastikan kontak mematuhi perintah kuarantin, untuk memastikan perniagaan mematuhi SOP, untuk membantu ‘mass testing’ dan sebagainya. Mereka boleh diambil dari kalangan graduan yang menganggur dan mereka yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik Covid 19,” katanya.

Tambah Dr Lee, kos upah untuk 10,000 tenaga kerja tambahan tersebut tidak begitu besar berbanding kerugian harian yang terpaksa ditanggung oleh sektor ekonomi apabila PKP dilaksanakan.

“Apakah implikasi Kos untuk mengambil 10,000 graduan sebagai Petugas Khas Covid 19?

“Dengan anggaran kos (gaji atau elaun) RM2,500 sebulan untuk setiap petugas, jumlah kos keseluruhan adalah RM 300 juta setahun dan jumlah ini jauh lebih rendah daripada kerugian ‘lockdown’!” katanya.

Sehubungan itu, Dr Lee merayu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin agar mengarahkan pengambilan petugas khas tersebut secara kontrak dengan kadar segera dalam pengumuman khas pada 11 Januari ini.

PKP dicadang dilaksanakan semula ketika jumlah kes harian baharu mungkin melebihi 5,000 menjelang akhir Mei 2021 mengikut unjuran KKM. Gelombang ketiga ini dianggap tsunami yang membawa impak di luar jangkaan.



KEH...KEH...AWAI MEETING SEDIAKAN PAYUNG NAK TERJUN LONGKANG KAH.....BALIK TOLONG ORANG BANJIR WEIIII

 

Terkini! Pemimpin Pas bermesyuarat bincang pergolakan hubungan Umno-Bersatu

Terkini! Pemimpin Pas bermesyuarat bincang pergolakan hubungan Umno-Bersatu

Kepemimpinan PAS hari ini bermesyuarat bagi membincangkan situasi politik semasa negara khususnya membabitkan hubungan Umno dengan Bersatu.

Pemimpin utama PAS tiba di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan mesyuarat bermula jam 10 pagi ini.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Bagaimana pun Ahli Jawatankuasa PAS pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dilihat meninggalkan ibu pejabat parti itu jam 10.30 pagi.

Kelmarin Bendahari PAS Pusat, Iskandar Abd Samad parti itu akan membincangkan ketetapan yang diambil Umno berkenaan usul memutuskan hubungan dengan Bersatu dalam PRU15, hari ini.

Semalam pemimpin veteran PAS, Dr Mahfodz Mohammed, berkata parti itu akan terus berusaha agar sekutunya, Umno dapat menerima hakikat betapa perlunya mereka terus kekal dalam satu gabungan.

Mahfodz berkata suka atau tidak, ketiga-tiga parti Melayu-Islam di negara ini perlu kekal bersama bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.




Pahang MB introduces changes in first year in office


Banjir makin buruk MB Pahang masih terkial-kial

Keadaan banjir di Pahang yang semakin buruk memerlukan Menteri Besar (MB) Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail segera meluluskan bantuan kecemasan malapetaka banjir.

Bagi ADUN Semambu, Lee Chean Chung, kerajaan PN tidak perlu menunggu keadaan menjadi lebih buruk kerana jumlah mangsa banjir terkini telah pun mencecah 26,760 orang.

“Pengalaman saya melawat mangsa-mangsa banjir keadaan kebanyakan mereka agak membimbangkan. Wabak Covid 19 sejak awal tahun ini telah memburukkan keadaan ekonomi mereka, dengan banjir yang melanda lebih memudaratkan kehidupan mangsa-mangsa yang hilang harta, rumah dan adakalanya nyawa.

“Ini menjadikan krisis banjir kali ini satu krisis luar biasa. Krisis ini merupakan kejadian berganda dan umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Rakyat dan mangsa yang terhimpit ini amat memerlukan perhatian kerajaan dan pemimpin yang prihatin.

“Maka dengan ini saya menggesa MB Pahang Datuk Seri Wan Rosdy segera meluluskan bantuan banjir kepada mangsa-mangsa di Pahang yang kian bertambah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Lee lagi, keadaan cuaca yang masih buruk dengan amaran Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa hujan lebat akan berterusan di beberapa kawasan pasti menambahkan mangsa banjir yang perlu dibantu untuk memulihkan kehidupan mereka.

Sehingga hari ini, jumlah yang dipindahkan di Pahang membabitkan 7,222 keluarga yang ditempatkan di 276 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan daerah iaitu Temerloh (67), Lipis (39), Maran (35), Raub (33), Jerantut (31), Pekan (26), Kuantan (25), Bera (12) dan Rompin (8).




DSAI TIDAK BERBOHONG. TAPI SENANTIASA DINAFIKAN HAK DAN USAHA DIA DGN PERUBAHAN MASA SERTA "TIANG GOL..!!"

 

DSAI TIDAK BERBOHONG. TAPI SENANTIASA DINAFIKAN HAK DAN USAHA DIA DGN PERUBAHAN MASA SERTA "TIANG GOL..!!" Image may contain: 1 person, text that says "PERLUKAH SAYA KOMEN MALAM INI? BANYAK KALI SUDAH SAYA PERTEGASKAN BAHAWA ANWAR IBRAHIM TIDAK MENIPU DENGAN "KEMENANGAN" ITU SENANTIASAAKA DINAFIKAN DENGAN PERMAINAN MASA. MASA DAN PENAMBAHANMASA MALAM INI BERLAKİ LAGI. MASA DALAM JURUS KUASA MASIH DI LUAR LINGKUNGAN KAWALAN ANWAR. DALAM KAWALAN MUSUH ATAU PIHAK YANG TIDAK MENYUKAI ANWAR. SCAAK ம 98 GERAK ZUKRI AKSAH KETUA KOMUNIKASI NASIONAL GERAKAN REFORMASI 98"

Malangnya ramai "𝗡𝗔𝗡𝗚𝗢𝗜 𝗣𝗔𝗡𝘁𝘂𝗸 𝗢𝗿𝗲𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗮𝗺" cuba menangguk di air keruh dgn mengulang-ulang tuduhan itu yg MUNGKIN dimulakan oleh musuh-musuh politik DSAI tak kira samada dari UMNO BN, PA$, Bersatu mahupun JASA geng Semburit PN.
Wallahualam.
- Zus Din
09 Januari 2021


BN paling rugi jika kerjasama Umno-Bersatu-Pas kekal

 

BN paling rugi jika kerjasama Umno-Bersatu-Pas kekal

Seorang penganalisis politik berkata, Umno berkemungkinan menjadi tidak relevan dalam kalangan penyokongnya jika ia terus gagal membuat keputusan mengenai hubungannya dengan PPBM.

Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, ahli akar umbi parti itu jelas mengenai apa yang mereka mahu pimpinan parti itu lakukan.

Walaupun kebanyakan bahagian Umno tidak mahu parti itu bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya akan datang, namun Majlis Kerja Tertinggi Umno masih menimbangkan baik-buruk langkah memutuskan hubungan dengan PPBM.

Majlis itu, yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam Umno, menangguhkan keputusan sehingga perhimpunan agung tahunannya pada akhir bulan ini.

Lee berkata, Barisan Nasional (BN) bakal paling rugi susulan kerjasama Umno-PPBM-PAS.

“PPBM dan PAS paling untung kerana dengan bantuan Umno mereka berjaya membentuk kerajaan walaupun Umno mempunyai kerusi terbanyak dan menikmati sokongan akar umbi paling kuat.”

Lee berkata, kepimpinan parti itu berisiko kehilangan sokongan akar umbi selagi hubungan dengan PPBM kekal.

“Kepemimpinan Umno berada dalam dilema dan setiap kali parti itu gagal bertindak, maka kedudukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjadi semakin kukuh katanya.

Bekas ahli akademik dari Universiti Teknologi Malaysia Azmi Hassan berkata, beliau yakin pandemik Covid-19 menghalang kepimpinan Umno daripada bertindak kerana mereka tidak mahu dipersalahkan kerana menyebabkan pilihan raya umum diadakan.

Pada masa sama katanya, BN, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) tahu akan kesukaran untuk membentuk kerajaan dengan majoriti selesa tanpa bekerjasama dengan satu atau yang lain.

“Walaupun Umno paling kuat dalam PRU15, parti itu tahu mereka tidak mampu melakukannya bersendirian kerana PPBM dan PAS akan memecahkan undi orang Melayu.

“Perkara sama terpakai kepada PPBM dan PAS sekiranya mereka tidak bekerjasama dengan Umno.”

Beliau berkata, pengorbanan perlu dibuat kerana BN atau PN tidak akan mendapat undi bukan Melayu yang boleh menjadi undi penentu.

“Bagi saya, walaupun kepemimpinan Umno keberatan, namun Muhyiddin dan PPBM perlu memastikan Umno kekal dalam kerjasama itu kerana tidak mungkin parti itu akan membelakangkan akar umbi mereka jika PPBM tidak mahu berkorban.”



WOII ZAMAN BN DULU, BUKAN TAKAT KERETA HANGPA PAKAI MERCEDES...HANGPA BALUN JUAI SEMUA...MERCEDES NI BUKAN ZAMAN PH SAHAJA LA PENANG PAKAI..

 Image may contain: 2 people


Pembangkang kecam KM Pulau Pinang dapat kereta mewah

Pembangkang kecam KM Pulau Pinang dapat kereta mewah

KERAJAAN Pulau Pinang tidak wajar membeli kereta mewah untuk kegunaan ketua menteri sewaktu rakyat menderita kerana tekanan akibat pandemik Covid-19, kata pembangkang.

Pemimpin Gerakan, Puvaniten Helan Govan berkata ia turut menunjukkan sikap tidak konsisten DAP yang sebelumnya akan terus mengkritik jika kerajaan persekutuan membeli kereta seperti itu.

BAGAIMANA PAS NAK SOKONG DUA DUA...TOK USIN BAGI PENCERAHAN.


 Ramai tanya tok tentang pendirian parti guru tok.  Katanya ada hubungan dengan Bersatu, dalam masa yang sama ada juga hubungan dengan Amno.  Sedangkan Amno tak nak berkawan dengan Bersatu.  Habis camne?


Tok teringat kata2 guru tok.  Dia kata, "Dengang Bersatu, kite doh nikoh secara sohih.  Ertinya, boleh doh nok 'berjimok" tak kire le guane stail mung nak buat, nok dogi ke..stail enang puluh sembilang ke...terpulang pada mung".

Tapi....dengang Amno ni, kite baru tunang je...belum boleh jimok lagi...romeng2 sikek tu kire pejang mate la...".



AKU RELA UNDI UMNO DARI PENGKHIANAT


Kalau di satu-satu kawasan tiada calon dari PH, yang ada hanya Calon Umno dan Bersatu atau Pejuang, kompom aku undi Umno.  Itu lebih afdhal.  Bukan Shafie Apdal, ok.  


Umno,  bagi aku hanya musuh politik.  Dengan musuh, boleh berbincang, boleh gencatan senjata.  Nabi pernah lakukan rundingan dan gencatan senjata dengan musuh. 


Bersatu pula pengkhianat.  Pengkhianat ini lebih jahat dari musuh.  Dengan pengkhianat tidak boleh berunding bahkan tidak boleh dipercayai langsung.  Wajib lawan pengkhianat.  


Bagaimana dengan Pejuang?  


Bagi aku, dalam Pejuang, yang ber"mazhab" Mahathir sahaja tidak boleh dipercayai.  Kalau di zaman Nabi, puak ni geng Abdullah bin Ubai.  


Kalau Pas pula..? Kalau Pas lagi tak boleh pakai..sebab dengan mereka ini..bukan saja jual agama,depak pajak segala hukum hakam 355,hudud sejak azali..reta dunia malahtak tinggai juga.. pernah khianat saat akhir ketika dalam PR...PUAK NI  bukan Abdullah Ubai ..puak ni...mahaci...


WFAUZDIN NS





SATIRA POLITIK SEMASA....WALKOVER UNTUK GAME PERTAMA

 Oleh: C.Nicholl (Bahagian IV)

Malam itu mereka tiba di KL agak lewat. Mereka semua menginap di KL international hotel di belakang Chow Kit, kawasan yang boleh ditakrifkan sebagai ‘the red light district of KL’, atau kawasan lampu merah yang menjadi pusat hiburan ternama.

Di kawasan inilah terletaknya banyak pusat. Pusat karaoke, pusat bar, kelab malam dan pusat kepada bermacam pusat-pusat asli. Ada pusat dari China, Indonesia dan Philippines. Dan paling akhir, sekarang terdapat juga pusat-pusat dari Russia, Ukraine dan Uzbekistan yang sekarang ternyata amat popular diantara mereka yang berwang ini.

Selain dari bermain bola lisut dan masuk pertandingan untuk dinobatkan sebagai ‘Champion of Malaysia’, pemain-pemain ini semua juga suka kepada hiburan, berhibur dan dihibur. Jadi menginap di kawasan sebegini sewaktu pertandingan berjalan selama lebih sebulan ini, tanpa isteri bagi yang lelaki, tanpa suami bagi wanita, amat tepat sekali.

Amat sesuai untuk mereka semua yang bersukan disiang hari dan berhibur dan dihibur pada malam hari hingga ke pagi. Begitulah kehidupan sebagai pemain-pemain professional ini. Bukan saja mereka dibayar dengan gaji yang lumayan, tetapi elaun harian dan elaun hiburan mereka juga agak mewah.

Setelah beberapa hari menjalankan latihan dengan agak pesat, dan beberapa malam yang dipenuhi bermacam aktiviti yang agak

pesat dan berpusat, akhirnya tibalah hari perlawanan pertama yang akan dilangsungkan di padang bola lisut bertaraf antarabangsa di padang parlimen itu.

Orang ramai tidak dibenarkan masuk atas alasan Covid19 yang masih berleluasa. Tetapi sepanjang pertandingan ini, semua permainan akan mendapat liputan media yang cukup luas termasuk ulasan secara langsung dikaca TV di semua saluran. Jadi penonton dari seluruh pelusuk tanah air akan dapat menonton.

Apa tidaknya, inilah pertandingan yang dinanti-nantikan oleh setiap lapisan masyarakat, peminat sukan bola Lisut dan rakyat jelata yang telah lama menunggu. Minda mereka juga telah banyak dibakar dan dipanaskan oleh pihak media.

Setiap hari mereka disogok dengan pelbagai berita dan ulasan dari banyak pihak. Bermacam ragam dan pendapat dari penganalisa, pemerhati dan pengulas sukan negara.

‘Pengadil pertandingan dilantik oleh Muhyudin.’ Kata satu tajuk utama diportal internet, ‘MalaysiaTidakKini’.

‘Pengadil yang akan berlaku tidak adil.’ Kata satu lagi portal popular, ‘NomoreFree Malaysia Today.’

Entah mengapa, pengadil yang bernama Harun itu, terus menjadi tidak harum.

‘Muhyudin dah pegang telor pengadil.’ Kata satu lagi komen yang tajam dan berani diportal yang menjadi viral, ‘Malaysia Outsight’.

Tajuk-tajuk sebegini menjadikan perlawanan pertama antara pasukan yang diketuai Muhyudin dan pasukan Anwar menjadi bertambah hangat. Banyak komen-komen di internet yang agak memihak, samaada kepada Muhyudin atau kepada Anwar. Jarang yang adil atau tidak memihak.

Sekian hari bermacam-macam yang menular bukan saja diportal rasmi media yang popular seperti yang disebutkan tadi, tetapi juga dalam akaun Twitter, Facebook dan kalangan WhatsApp yang bermacam komen yang diutarakan.

Beberapa media yang kurang popular seperti ‘Malaysia-yesterday’, ‘Malaysia Indigest’ dan ‘the Tepi’ yang turut mengselatankan keadaan dengan meneka bahawa team Muhyudin akan menang dengan mudah.

Kata mereka atau komen yang dibuat menyatakan bahawa team Muhyudin mempunyai ramai pemain-pemain yang handal dan berpengalaman. Mereka pernah menang dan menjadi johan sebelum ini.

Sedangkan team Anwar, ramai yang dah lanjut usia mereka dan mereka seharusnya sudah patut bersara dari permainan ini dan memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk mengambil alih.

Tetapi yang peliknya, ada juga lapuran yang menyatakan bahawa ada beberapa pemain dari team Muhyudin yang mungkin akan  menarik diri disaat-saat akhir perlawanan. Pemain-pemain ini dikatakan diketuai oleh Zahid.

Mereka dikatakan agak memihak kepada team Anwar diatas sebab-sebab tertentu yang tidak disebut dengan jelas. Banyak pembaca yang tertanya-tanya.

Ini mungkin juga cara penganjur atau strategi pihak media untuk menarik minat mereka yang kurang berminat dengan permainan bola Lisut ini, untuk mengikuti perkembangan dan seterusnya menjadi penonton yang setia.

Ternyata mereka telah berjaya.

Kerana di waktu terjadinya perlawanan, di hari dan masa yang ditetapkan, di padang parlimen yang dipenuhi dengan karyawan media yang begitu ramai, team Muhyudin dengan segala kelengkapan dan pakaian sukan yang cukup berwarna dan meriah, bersedia seramai 111 pemain untuk berlawan dan menghadapi segala cabaran.

Yang peliknya, team Anwar pula cuma diwakili oleh seorang pemain tua, juga bekas pemandu bas yang banyak pengalaman dan lama memandu, yang cuba berlagak seperti captain serta 12 orang pemain yang lagaknya tidak serius dan tiada peralatan pemainan. Anwar sendiri dan pemain-pemain lain tidak turun ke padang. Tidak pasti kenapa dan mengapa. Semuanya tidak jelas.

Secepat itu pengadil Harun, yang lagaknya persis memihak, menyatakan nombor pemain tidak mencukupi. Dia terus memberi kemenangan ‘walk over’ secara langsung kepada team Muhyudin untuk permainan pusingan pertama ini. Muhyudin menang mudah, 1 – 0.

Lapuran media ini, ada kalanya, ada juga unsur-unsur ‘fake’ atau fitnah.

Bersambung…



ALASAN RAMPASAN KUASA....KEH...KEH...

 

MAZLAN MOKHTAR 

Alasan utama Langkah Sheraton, mengurus wabak C19 dgn lebih baik.


KONON.....


Tikus baiki labu

Babi baiki atap

Doa dalam kelambu

Hapa takleh harap

Ko ada nampak itu pintu...???

Gi minum air suam


Image may contain: text that says "PENULARAN NASI NAL HARAPAN HARAP PERIKATAN NASIONAL 3 Kes baharu tertinggi COVID-19 TIADA KEMATIAN 3,027 Kes baharu tertinggi COVID-19 521 KEMATIAN KEVENTERANKESIHATAN MALAYSIA"

MENCARI MENTERI KESIHATAN TUNTUT LETAK JAWATAN

 Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎sinaran SinaranHarian @HarianSin... -5s Saya sedia meletak jawatan sekiranya jumlah covid19 mendadak naik. r.Adam Baba ר‎"‎‎

VIDEEO BUAL BICARA : Usul tolak mahathir dalam MATC cabang - Wan Fauzdin

BERITA VIDEO: RENTASAN 801 | TINDAKAN PN 'MENJARAH ASET-ASET NEGARA' DALAM HANYA SETAH...


MENARIK DALAM RENTASAN 801

1. MB KELANTAN NAFI BANJIR DISEBABKAN PEMBALAKAN 2. BERHENTI BERBALAH SEBELUM MEMBAWA CELAKA 3. PN TERUS MENJARAH ASET NEGARA, LEBAI PAS MEMBISU


BERITA VIDEO: KETUA AWAN KELANTAN PERSOAL REAKSI TIMBALAN MENTERI AGAMA. OWHHH...KENA PUAK KAMU SOH DIAM?


Katanya, dalam kes-kes jenayah seksual membabitkan agamawan dan selebriti yang mengajar dan menjadi ikutan ramai, pihak berkuasa perlu bertindak lebih tegas melakukan usaha mencegah mereka daripada membahayakan dan menjadi ikutan masyarakat awam. “Perbuatan mereka tidak ubah seperti harapkan pegar, pegar makan padi,” katanya.




AKHIR ZAMAN YANG PELIK. NON MUSLIM DISERU ZUHUD YANG LEBAI TAK TAKUT DIHISAB

 Image may contain: 2 people


ROZY RAZIT


Ada yang kata, pak lebai beli mercedes bising.. Cina DAP beli di sokong.. Ape pak lebai ni x bole pakai mercedes ke??

 

Isunya bukan pak lebai tak boleh pakai mercedes atau pertahan Cina DAP.. Isu sekarang ni, cuba bandingkan dulu berapa buah mercedes yang Penang beli & berapa buah mercedes yang Kelantan beli??

 

 Bandingkan harganya pulak.. Bandingkan juga ekonomi kedua-dua negeri.. Tengok semula kedua-dua  negeri meluluskan pembelian mercedes tu pada tahun bila??

 

 Tu belum lagi sentuh isu naik gaji & backdated exco lagi..

Tolong la jangan jadi penghasut sangat kalau tak tau hujung pangkal cerita.. Guna otak tu sikit, jangan asyik meratib 'khadam DAP..khadam DAP..'

 

Paling bangang walaun ni bila tak sedar kemajuan negeri dia dengan Penang yang memang jauh bagai langit dengan bumi.Jangan dok pertikai la walaun…sah sah…Penang sana nu…KM dah lama la pakai Mercedes sejak 70an…tak pakai lagi jenama lain ..awat ya jakun sangat?

 


AGAK AGAK BANJIR DISEBABKAN KEMARAU ?....

 Image may contain: 1 person, text that says "Home Headline MB Kelantan nafi banjir teruk sebab pembalakan tetapi kerana hujan"

PUNYA LA LEMBAB..NAK BAGI VAKSIN PUN HANGPA DOK GADUH..NEGARA LAIN DAH SIAP EDAR DAH BAGAI....

 Image may contain: one or more people, text that says "The Ahmad Maslan 1h Saya tak mahu bergaduh dengan YB @Khairyk tentang isu pemikiran #PisangGoreng ke atau #GorengPisang Ayuh kita tumpu untuk segerakan #vaksin #Covid19. Kes ratusan ribu, mati ratusan Prakyat Moga YB KJ, YB DS @DrAdhamBaba, DS @tzafrul aziz & YAB @MuhyiddinYassin akan segerakar vaksin Story NEWS Infections pass 3,000, Johor tops list DERMENINN BERHENTI nabbed for flouting RMC0 amid Covid-19 spike"

IDEA MENGARUT KAU NI BOLEH MAMPUS RAKYAT...MANA BOLEH GENCATAN..KITA LAWAN TETAP LAWAN...

 


Muhyiddin punya dua pilihan: Gencatan politik atau umum PRU, kata Shafie

Muhyiddin punya dua pilihan: Gencatan politik atau umum PRU, kata Shafie

Lakukan gencatan politik atau umum pilihan raya. Itu cadangan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas kedudukannya tidak kukuh susulan krisis politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.

Menurutnya, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan penyingkiran Menteri Besar Perak pada 4 Disember lalu melalui tindakan UMNO dan Pakatan Harapan (PH) menunjukkan bahawa hubungan antara UMNO dan Bersatu sangat rapuh.

“Semakin terbukti bahawa UMNO dan Bersatu tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang sebagai satu pasukan,” katanya ketika berucap pada forum yang dianjurkan Institut Kaji Selidik Asia Tenggara (ISEAS) secara maya pada Jumaat.

Mohd Shafie berkata, Muhyiddin mempunyai dua pilihan, mewujudkan ‘gencatan senjata’ bersama UMNO dan pihak pembangkang untuk memberi fokus kepada mentadbir negara dalam tempoh koronavirus (Covid-19).

“Melalui senario ini, tidak mungkin pilihan raya akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Pilihan kedua adalah mengumumkan pilihan raya serentak dengan PRN Sarawak antara Jun dan Ogos. Ini bermaksud semua parti akan aktif berpolitik pada bulan-bulan seterusnya,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, politik Malaysia perlu ditetapkan semula pada 2021 dan masa hadapan.

“Ekonomi Malaysia telah terbantut sejak krisis kewangan 1998, kerana dihalang oleh politik kotor malah lebih teruk apabila institusi dalam negara kini tergugat.

“Naratif baharu Malaysia diperlukan dalam tiga tiang utama negara iaitu politik, ekonomi dan sosial, daripada pemerintahan dan akauntabiliti, pendidikan, teknologi, kesihatan dan mobiliti sosial.

“Tiada ruang untuk politik agama dan perkauman, UNITY perlu menjadi asas kepada reformasi yang perlu dilaksanakan melalui demokrasi yang perlu diwakili semua pihak bertanggungjawab, tua dan muda, bandar dan luar bandar, liberal dan konservatif, dengan sistem pentadbiran berasaskan nilai yang melangkaui agama dan bangsa,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Shafie berkata, perlu ada gerakan baharu untuk mengisi kekosongan yang disenaraikan.

“Kita perlu berganjak di luar politik peribadi antara Tun Dr Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita perlu menggerakkan satu gerakan melibatkan semua rakyat Malaysia menentang orang lama dan golongan elit yang menguasi parti-parti politik untuk memberikan ruang kepada sesiapa sahaja bersuara serta mengembangkan potensi masing-masing,” katanya.

Tambah beliau, rakyat Malaysia perlu menentukan masa depan sendiri kerana telah melalui tempoh sukar tetapi berbaloi untuk keluar daripada idea lama kepada idea baharu dan segar untuk membina negara Malaysia bagi berdepan dengan era pasca 2020.