


Saya melihat ada beberapa orang mula menyebarkan gambar tangkap
layar ini. Sebahagian mereka mula mempertikaikan kerana terdapat kontradiksi
antara isi kandungannya. Pada 2013 melarang ucapan. Manakala pada tahun ini
mereka sendiri mengucapkan selamat pada hari raya Krismas/Natal. Post asal
boleh dilihat di link berikut:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=783540668329346&id=220590201291065
https://www.facebook.com/333762569997423/posts/5097063960333903/
Respon saya adalah seperti berikut:
1. Ulama semasa berbeza pendapat tentang hukum mengucapkan
selamat pada hari raya orang kafir selagi mana ia tidak mengiktiraf kekufuran
mereka. Ia isu khilaf yang kita semua tahu.
2. Jika diperhatikan, tangkap layar 1 adalah dari Page FB Pas
Pusat. Manakala tangkap layar 2 pula dari pimpinan parti tersebut. Ia dari
individu yang mungkin berbeza. Mungkin mereka mempunyai pandangan yang berbeza.
Kita perlu adil dalam masalah ini kerana tidak mustahil pimpinan parti
mempunyai 2 atau lebih pandangan dalam isu-isu ijtihad.
3. Cuma kita perlu bertanya kepada pemilik Page FB Pas Pusat
yang menulis hukum haram pada tahun 2013 adakah mereka telah mengubah pandangan
atau masih memegang pandangan haram? Jika mereka mengubah pandangan mereka ia
perkara biasa kerana perkara ijtihad adakalanya seseorang boleh mengubah
pandangan. Ia bukanlah suatu yang mengejutkan dan memalukan.
4. Jika mereka masih memegang pandangan haram hukumnya, adakah
mereka akan menegur mana-mana pihak yang mengucapkan selamat pada hari raya
Natal dari kalangan pimpinan mereka?
5. Jika mereka telah mengubah pandangan dari haram kepada harus
selagi lafaz ucapan itu tidak mengandungi pengiktirafan kepada kekufuran,
adakah sewaktu mereka menulis hukum haram itu mereka tidak memakai
"teropong putih bersih yang boleh melihat semua warna yang sebenar tanpa
tersilap"?
6. Jika mereka berbeza pendapat dengan 2 pimpinan ini sedari
awal lagi, siapakah yang memakai teropong tersebut ketika memilih pandangan ini
sehingga terlahir daripada mereka 2 pandangan yang tidak selari?
Saya sebagai rakyat juga teringin tahu penjelasan mereka dalam
isu ini.
Dr Rozaimi Ramle


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali tampil mengucapkan Selamat Hari Natal berbeza dengan pendirian Pas sebelum ini.
Poster ucap selamat perayaan penganut Kristian itu dengan wajah pemimpin Pas tersebut dimuat naik menerusi Facebook rasmi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).
Turut dimuatnaik poster dua timbalan menteri dan ketua setiausaha kementerian itu yang ketiga-tiganya bukan beragama Islam.
Khairuddin yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat Pas juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Pas dalam hantaran pada tahun 2013 menyatakan pendirian haram hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal.
Kenyataan ketika Pas masih parti pembangkang itu menyatakan mungkin ada penganut yang mengucapkan Hari Krismas kerana belum mengetahui hukumnya.
Pendirian itu dinyatakan menerusi petikan dialog dua watak antara penganut Muslim dan Kristian diberi nama David seperti berikut:
“Christian: Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?
Muslim: Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.
Christian: Tapi kenapa, bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yang lain, mengucapkannya kepada aku?
Muslim: Mungkin mereka belum mengetahuinya. David, kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah, dalam bahasa Melayu pun tak mengapa?
Christian: Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.
Muslim: Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah…
Christian: Sekarang, saya mengerti.
Jadi, haram hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas.”


Orang ramai menyindir gambar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan dua timbalannya dalam poster ucapan Hari Natal oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Rata-rata netizen mempersoal kedudukan gambar mereka bertiga di tengah-tengah poster yang dimuatkan dalam Facebook rasmi KKM.
Rakyat dilihat mahukan saiz gambar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah lebih besar dan berada di tengah poster itu.
Walaupun umumnya tahu amalan lazim kedudukan gambar orang kenamaan di tengah dan saiznya lebih besar berbanding individu lain tetapi netizen menganggap imej Dr Norr Hisham patut paling ditonjolkan.
Warganet menyifatkan Adham yang juga Ahli Parlimen Umno Tenggara itu serta dua timbalannya, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Datuk Aaron Ago Dagang sebagai ‘tidak buat kerja’.
Oleh itu, orang ramai menganggap gambar ketiga-tiga ahli politik dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu tidak relevan sama sekali untuk ditonjolkan dalam poster.
“Susun gambar nombor 1 ialah Dr Noor Hisham bah sebab jasa dia yang paling banyak dan disayangi rakyat. Terima kasih,” kata pengguna Facebook dari Sabah, Christopher Cf Yong.
Hal sama dibangkitkan Mohd Nasrul Nizam apabila menulis, “Lain kali susun gambar ikut sumbangan dan kerja buat pula.”
TERIMA KASIH KERANA MELAYARI WRLR. SOKONGAN ANDA AMAT DIHARGAI.
SILA TEKAN > UNTUK BERITA AWAL....
KENAPA BANYAK POSTING MENGHENTAM PAS..KERANA DUDULNYA PAS MENGHENTAM PH...PULANG PAKU BUAH KERAS DAN ADAT BERPOLITIK. ADALAH BIASA...CAKAP TAK SERUPA BIKIN,BIKIN TAK SERUPA CAKAP. BLOG INI BEBAS MENGHENTAM KEPADA MANA MANA PARTI POLITIK YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

BANG AIM
Ini ialah riwayat yang SOHEH selepas mendapat kuasa pemerintahan. Nanti kalau kalah, fatwa akan bertukar semula.

SHAHBUDIN
Kalau kedai kek halal tidak dibenar pamerkan ucapan krismas pada
kek untuk tujuan pameran, apakah dibenarkan pemimpin Pas yang tentunya ada cop
halal pada perbuatan mereka meletakkan ucapan krismas untuk tujuan pameran
secara meluas di FB?


Gabungan Besar atau Grand Coalition yang dicadangkan dibentuk mengumpulkan parti-parti pembangkang tidak akan mengetepikan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub berkata, Gabungan Besar yang menjadi topik perbincangan hangat sejak kebelakangan ini sekiranya menjadi kenyataan akan menempatkan PH sebagai pemimpin parti-parti pembangkang lain, bukan sebaliknya tokoh-tokoh di luar PH diberi kesempatan menjadi ketua.
"Apa dia gabungan besar? Tidak ada niat buang dan ketepi Anwar seperti difitnahkan hari-hari.
"Gabungan besar itu kita cadang PH jadi tunggak, bukan orang lain memimpin. Jelas perjanjian dalam PH masih utuh, pemimpin PH masih Anwar," katanya ketika berucap merasmikan konvensyen Pemuda Amanah di Melaka, hari ini.
Menurut Salahuddin lagi, Amanah sebagai salah satu parti komponen dalam PH kekal dengan konsensus awal bahawa Anwar diberi tanggungjawab dan kebebasan untuk mengembalikan kerajaan PH di Putrajaya, secara mencari bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi atau berkerjasama dengan mana-mana organisasi politik dengan syarat-syarat tertentu.
“Majlis Presiden izinkan Anwar teroka jumlah daripada kumpulan dan parti lain yang dirasakan munasabah dengan parameter, bukan satu cek kosong.
“(Kebebasan itu diberi) dengan parameter yang kita boleh tanggungjawab bersama, kalau boleh ambil kerajaan.
“Kerana kita akan hadapi pilihan raya umum ke-15, apa akan kita jawab kepada rakyat,” kata Salahuddin lagi.
Penegasan Salahuddin mungkin membawa pencerahan kepada senario ketidaktentuan ikatan PH dalam dua minggu ini, sejak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu mengeluarkan kenyataan bersama mengenai masa hadapan gabungan itu, serta reset politik pembangkang.

Perayaan
Krismas seharusnya dijadikan pemangkin meningkatkan semangat kerukunan dan
jamak budaya di Malaysia.
Dalam perutusan sempena Krismas, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan perlunya rakyat bersyukur hidup dalam kepelbagaian dan saling menghormati antara kaum.
"Rakan dan sahabat handai kita yang menganut Kristian menyambut perayaan Hari Krismas. Kita sebagai rakyat Malaysia yang kaya dengan budaya yang pelbagai pasti merasakan kemeriahannya setiap tahun.
"Setiap perayaan-perayaan besar di negara ini wajar dijadikan pemangkin dalam meningkatkan semangat kerukunan dan jamak budaya. Aktiviti kunjung mengunjung mungkin terkesan dengan tantangan yang dibawa wabak COVID-19, namun ia tidak seharusnya menjauhkan kita dari iltizam murni ini," katanya.
Dalam perutusannya, Anwar turut memetik Bible, Psalm 106:3: "Berbahagialah segala orang yang menegakkan keadilan dan yang berbuat kebajikan pada setiap ketika".
Katanya, seruan tersebut adalah universal bagi mengangkat keadilan dan kesaksamaan di dalam masyarakat Malaysia.
"Kesaksamaan mesti diterjemahkan dalam amalan dan sikap kita, terutamanya dalam persoalan tatakelola dan pentadbiran agar ia tidak sekadar retorik yang sering kita ulang tanpa komitmen jelas kepadanya.
"Tahun 2021 juga akan mempersiapkan kita dengan prospek ekonomi pasca Covid-19 yang menunjukkan demokrasi-demokrasi besar di dunia masih merangkak dalam mencapai pertumbuhan.
"Selamat Menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru 2021 kepada semua rakyat Malaysia," katanya lagi.

Larry Sng bersetuju untuk kekal sebagai pengerusi KEADILAN
Sarawak.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan rakan gabungan Pakatan Harapan (PH).
"Setelah berunding dengan pemimpin negeri dan rakan koalisi, kami sepakat bahawa pemilihan pemimpin Dayak untuk memimpin PH dalam pilihan raya negeri Sarawak dan tawaran saya untuk mengundurkan diri sebagai ketua MPN adalah dua isu yang berasingan.
"Pemimpin negeri KEADILAN Sarawak memberi saya keyakinan dan sokongan penuh untuk terus memimpin MPN dan tidak membantah cadangan saya untuk mengenal pasti pemimpin Dayak yang sesuai untuk memimpin kita dalam menghadapi pilihan raya.
"Rakan sekutu PH juga telah dimaklumkan dan bersedia membincangkan perkara ini dengan serius pada awal Januari," katanya.
Larry bagaimanapun tetap bertegas bahawa PH seharusnya melantik pemimpin Dayak sebagai Ketua Menteri Sarawak sekiranya memenangi pilihan raya negeri.
"Saya yakin sekiranya cadangan ini diterima, PH akan bertanding pilihan raya negeri dengan calon CM Dayak. Sekiranya kita memenangi pilihan raya negeri, dia akan menjadi Ketua Menteri Dayak ketiga Sarawak dalam sejarah.
"Ini penting untuk mewujudkan peluang yang sama rata kepada kaum Bumiputera yang telah diabaikan oleh kerajaan. Mereka adalah kaum terbesar tetapi dipinggirkan di setiap bidang dan industri di negeri ini.
"Ratusan ribu hektar tanah mereka telah diambil oleh taukey besar di Sarawak, melalui pengeluaran lesen pekerjaan sementara. Sebilangan besar, mereka bahkan tidak akan menerima hak milik tanah masing-masing, yang merupakan hak kelahiran mereka, sepanjang hayat mereka.
"Sebilangan besar penjawat awam Dayak tidak dilantik sebagai pegawai kanan dalam perkhidmatan awam.
"Orang Dayak juga paling miskin berbanding kaum lain. Ini bagi saya sangat tidak adil.
"Tidak ada waktu yang lebih baik daripada sekarang, untuk membangkitkan masalah ini untuk memenuhi hasrat mereka yang terpinggir, sehingga masalah yang paling mempengaruhi mereka akan diberi keutamaan.
"Oleh kerana GPS tidak dapat memberikan impian ini kepada rakyat Sarawak. Mungkin PH boleh.
"Saya bersedia mempertimbangkan untuk kembali memimpin untuk sementara waktu lebih lama, jika idea ini dapat diterima oleh pemimpin KEADILAN pusat dan rakan PH," katanya.

Imej industri halal Malaysia terjejas teruk akibat jenayah
penyeludupan 'kartel daging' yang dibongkar dalam beberapa hari kebelakangan
ini.
Menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, penyeludupan daging tidak halal kemudian dibungkus semula dan meletakkan label halal benar-benar mencemar industri makanan halal negara yang berintegriti dan terkenal di peringkat antarabangsa.
Katanya, lebih jelik lagi, sindiket tersebut dilaporkan oleh akhbar New Straits Times (NST) mungkin telah berleluasa selama puluhan tahun atas "sokongan" daripada pegawai-pegawai kerajaan yang "dibeli".
"Meskipun Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menafikan angka 40 tahun (sidiket), namun tidak mustahil ia telah berlarutan dalam tempoh lama kerana dilaporkan melibatkan ramai “orang dalam” dan aduan berkenaannya pernah dibuat.
"Tambah buruk apabila penyeludupan ini berlaku di banyak negeri seperti Kelantan, Sarawak dan Johor seperti yang disahkan oleh Bukit Aman.
"Operasi dan serbuan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa di
Taman Perindustrian Senai baru-baru ini mendapati sebuah gudang digunakan
sebagai lokasi membuat cap palsu yang kemudiannya ditampal pada kotak daging
yang dibungkus semula. Ia seolah-olah satu perbuatan yang dirancang malah
dibantu oleh tangan ghaib penguasa.
"Selaku Ahli Parlimen bagi kawasan Johor, saya menyeru agar Kerajaan Negeri lebih tangkas mengawal keadaan agar tidak menjadi kronik. Saya dimaklumkan, aduan berkenaan kegiatan ini pernah dilaporkan kepada pihak Kastam Johor sebelum ini namun tidak ada tindakan yang diambil," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Syed Ibrahim mencadangkan buat sementara waktu ketika siasatan terperinci dijalankan oleh pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa tindakan susulan boleh diambil.
Terutamanya, usaha sepadu oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Lembaga Pelabuhan Johor untuk membanteras penyeludupan. Usaha tersebut harus meliputi meninjau kelemahan prosedur, sistem import eksport, kelonggaran pintu masuk serta integriti pegawai yang terlibat.
Kerajaan juga, menurut beliau wajar mengesan daging beku yang dikenalpasti secara dokumentasi telah diedarkan serta mengambil tindakan sewajarnya sama ada merampas atau menyita demi pengguna.
Selain itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu juga menyeru agar diselesaikan segera bidang kuasa agensi yang terlibat supaya tidak timbul konflik kelewatan atau birokrasi yang dikhuatiri terdapat pertindihan perundangan dan bidang kuasa sehingga menjejaskan tindakan membanteras dan menjaga kepentingan rakyat.
"Akhirnya, sebagaimana saranan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, saya juga menyeru semua Kementerian dan agensi yang terlibat untuk tampil kehadapan dan berani menggalas tanggungjawab untuk bersemuka dengan rakyat dalam isu ini.
"Sekiranya dakwaan ini benar maka ianya wajib dibongkar dan dibanteras habis-habisan. Rakyat wajar dimaklumkan. Semua mereka yang bersekongkol dalam jenayah penyeludupan dan komplot kartel termasuk pemegang Permit Import (AP) serta perasuah wajib dibawa ke muka pengadilan, tidak kira pangkat atau kedudukan," katanya lagi.
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
Zaman Kerajaan Melayu Isle ni, bukan takat beer halal jadi arak
lembut, Polis pun sekali ting-tong siap lawan arus. Harap tak ada kad OKU la ye
kan?
Cuma nak bincang secara ilmiah dan tak emosi dengan psuedo
melayu macam
Firdaus Wong Wai
Hung - Official
, kiranya macam ini boleh di kategorikan islam terancam tak?
Tapi kali ini salah Menteri atau salah didikan ibu bapa?
Pindaan akta 333 dah gazet belum; hari ni serba tahu macam tok
peti utara.


Ke mana agaknya budak-budak Pas yang suka nunjuk penumbuk nih sekarang.
Dulu bukan main nak haramkan Dong Zong, tup tup tak siapa berani haramkan Dong
Zong termasuk Pas. Budak-budak nih dah tak prihatin ka dengan isu daging tak halal,
ostad-ostad gila seks, Illi Najwa kawin dengan lelaki Sikh dari India dll isu yang
mengancam Islam? Hidup ka lagi mereka.???
BOB KELANANG

Temubual yang dijalankan terhadap lima orang pekerja dan
pemantau rumah sembelihan di Australia mendedahkan bahawa mereka telah diugut
supaya meluluskan daging-daging haram untuk pasaran Malaysia.
Mereka juga mendakwa telah menerima layanan buruk sepanjang
bertugas di bawah seorang individu bernama Mohamed Adil Rahman.
Isu Daging Halal
Kelima-lima mereka yang bekerja di pelbagai tempat sembelihan di
Australia itu meminta supaya wartawan menggunakan nama samaran supaya identiti
mereka tidak didedahkan.
Seorang lelaki bernama ‘Mustafa’ diambil bekerja sebagai tukang
sembelih oleh Mohamed Adil Rahman bagi mewakili Sichma (Supreme Islamic Council
of Halal Meat Australia).
Mustafa kemudiannya ditugaskan sebagai pemantau di antara tahun
2008 dan 2012 di pelbagai rumah sembelihan terletak di New South Wales,
Australia.
Dalam satu rakaman temubual, Mustafa mendedahkan, dia telah
diarahkan oleh Adil Rahman supaya “meluluskan bangkai yang haram menjadi halal”
dengan cara membuang tag ‘tidak halal’ dan menggantikannya dengan ‘halal’
sebelum dicampurkan ke dalam proses penyediaan daging halal.
Selanjutnya, haiwan-haiwan yang dikenali sebagai ‘downers’ atau
terpaksa dibunuh, yang sudah mati dan haram juga dilabelkan sebagai halal. Ini
termasuklah bangkai haiwan yang tengkoraknya retak yang sepatutnya dilabelkan
sebagai haram.
Menurut Mustafa, dia telah membuat aduan kepada kedua-dua wakil
Sichma, Adil Rahman dan sebelum ini Mughdar Sadian namun diminta agar menuruti
sahaja arahan jika tidak mahu dipecat.
Tambahnya lagi gajinya juga dipotong secara berkala untuk
membayar ‘derma’ dan tidak dibenarkan untuk bercuti. Selain itu katanya, dia
tidak diberikan surat rasmi tawaran kerja atau kontrak.
Individu bernama Fikri diambil bekerja sementara oleh Adil
Rahman dalam tahun 2014 di Gundagai, New South Wales untuk Sichma. Fikri juga
mengesahkan dakwaan bahawa bangkai haiwan yang tidak halal kerana terpaksa
dibunuh telah diletakkan label halal.
Kata Fikri dia meninggalkan Sichma walaupun baru bekerja tiga
hari kerana merasa jijik dengan kegiatan curang dalam proses penyediaan daging
halal. Fikri juga tidak diberikan sebarang kontrak kerja dan tidak pernah
diberi gaji.
‘Abdul’ pula mendakwa telah diambil bekerja oleh Adil Rahman sebagai
tukang sembelih dari bulan Jun 2017 sehingga bulan Mei 2018 di dua buah rumah
sembelihan terletak di New South Wales.
“Sepanjang saya bekerja dengan Mohamed Adil Rahman. Saya lihat
mereka tidak mengikut standard Syariah/Halal sepenuhnya,” katanya.
Tukang sembelihan bukan beragama islam dakwanya mengambil
bahagian secara bergilir dalam produksi dengan tiada langsung kehadiran
pemantau halal di sebuah rumah sembelihan.
“Setiap kali pekerja islam perlu pergi ke tandas, pekerja bukan
Islam meneruskan proses sembelihan, mengakibatkan daging halal dan bangkai
haram bercampur. Atas alasan yang sama, saya sukar untuk menunaikan solat
kerana tidak dibenarkan berehat,” dedahnya.
Menurut Abdul, gaji yang diterimanya kurang daripada separuh
seperti yang dijanjikan disebabkan oleh ‘derma misteri’ yang ditolak dari
bayaran.
Abdul turun mengadu dalam kenyataan bersumpahnya bahawa dia
tidak dibenarkan bercuti dan tiada pampasan perubatan ketika bekerja di bawah
Adil Rahman.
Seorang lagi tukang sembelih dan juga juru pemantau bernama
“Halim” diambil bekerja oleh Muhamed Adil Rahman dari bulan Mei 2016 hingga May
2017.
Kata Halim, dia telah dikejarkan ke hospital dan menerima 10
jahitan selepas terlibat dalam satu kemalangan, namun sebaliknya dia telah
diarahkan oleh Mohamed Adil Rahman untuk segera kembali bekerja.
Selepas merayu, Adil Rahman akhirnya membenarkannya masuk kerja
pada pagi keesokan harinya. Keesokan pagi itu katanya, dia merasa begitu sakit
dan telah pulang ke rumah berdekatan dengan rumah sembelihan.
Akibat perbuatan itu, Mohamed Adil Rahman telah memecat Halim
dan menghalaunya keluar dari rumah.
Halim juga tidak pernah menerima kontrak kerja, justeru tiada
dokumen bukti pekerjaannya. Dia tidak dibenarkan mengambil cuti atau meminta
pampasan perubatan. Tiada tempoh masa bekerja setiap minggu dan syarat-syarat
minimum bagi notis pemecatan.
Seorang lagi individu bernama “Raslan” mendakwa telah diambil
bekerja oleh Muhamed Adil Rahman sebagai pemantau dari tahun 2013 hingga 2017.
“Saya secara tidak sedar berada dalam sistem yang melibatkan
penipuan kontrak kerja, penipuan cukai, dan kegiatan ekonomi gelap yang telah
dirancang, dilakukan, dan didalangi oleh Mohamed Adil Rahman menggunakan nama
Supreme Islamic Council of Halal Meat Australia Inc. (Sichma) sebagai pihak
pengesahan, yang mana saya tidak mahu terlibat lagi,” dedahnya.
Menurut Raslan, Adil Rahman bertindak sebagai pemantauan negeri
untuk Sichma, juru audit rumah sembelihan, dan penyedia tukang sembelihan yang
menumpukan kepada penyediaan juru sembelih halal untuk Sichma.
“Memegang ketiga-tiga jawatan ini melanggar undang-undang dan
standard halal, dan akan menjejaskan integriti produk-produk halal,” katanya.
Menurut Raslan, Adil Rahman telah menggunakan pengaruhnya untuk
menyingkirkan Australian Halal Food Services (AHFS) dari akreditasi sebagai
pembekal kepada Jakim dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Adil Rahman juga katanya telah menyingkirkan Islamic
Co-coordinating Council of Victoria (ICCV) dari akreditasi Jakim.
“ICCV enggan patuh kepadanya. Tiga minggu kemudian dengan
perasaan puas dia beritahu saya, sudah selesai. Saya dah buang ICCV dari
senarai Malaysia dan Singapura. Pada minggu berikutnya, sebuah notis dari
Malaysia dan Singapura sampai mengesahkan kenyataan Adil Rahman,” dedahnya.
Raslan menceritakan sebuah sistem yang mana Adil Rahman telah
mengawal kesemua kemudahan tukang sembelih termasuk kemudahan cukai, caruman
pencen, cuti bergaji, cuti sakit, elaun dan lain-lain.
Namun bayaran yang sepatutnya diterima oleh pekerja ini katanya
dikongsi bersama bos-bos Sichma dan pihak lain.
“Orang tengah (yang juga merupakan seorang tukang sembelih)
kemudian membayar pekerja sembelihan lain. Namun tiada pekerja yang menerima
kemudahan cukai, caruman pencen, cuti bergaji, cuti sakit. Mereka hanya
menerima gaji asas tidak lebih dari itu,”
“Sebagai orang tengah, Adil Rahman mengarahkan saya untuk
menubuhkan sebuah syarikat di bawah nama saya, untuk bertindak sebagai
pembayar. Namun syarikat itu berfungsi seperti yang diarahkan oleh Adil Rahman,
dan saya tidak mempunyai kuasa ke atasnya,” dedahnya.
“Ironinya, disebabkan pendekatan licik, Adil Rahman tidak
mempunyai sebarang perjanjian dengan mana-mana rumah sembelihan untuk
menyediakan pekerja. Namun loji-loji sembelihan ini membayar secara terus
kepadanya untuk mendapatkan perkhidmatan juru sembelih,”
“Perlu diketengahkan bahawa sekiranya sebuah rumah sembelihan
tidak bersetuju dengan cara itu, ia akan hilang lesen mengimport daging halal
kerana Adil Rahman merupakan seorang Pemantau Halal Negeri dan Juru Audit Loji
Sembelihan untuk Sichma,”
“Saya pernah menjadi salah seorang pemantau, dan saya ditugaskan
membayar gaji pekerja. Namun akhirnya saya sedar ini merupakan satu bentuk
penghambaan moden terhadap pekerja dan mengambil keputusan untuk tampil
mendedahkan informasi ini kepada anda hari ini. Para pekerja masih lagi dilayan
buruk, dan menerima gaji yang tidak setimpal,” dedahnya.
Jika ada mana-mana juru sembelih yang mengadu kepada rumah
sembelihan, kata Raslan, mereka diberitahu bahawa itu bukan tanggung jawab loji
sembelihan.
Apabila juru sembelih mengadu kepada Sichma, sebaliknya mereka
diminta untuk bercakap kepada Adil Rahman dan apabila mereka mengadu kepadanya,
mereka diugut untuk dipecat, dan gaji minggu lalu tidak akan diberikan.
“Saya tidak boleh nafikan bahawa Adil Rahman mempunyai hubungan
baik dengan Malaysia dan Singapura, dan dia menggunakan kelebihan ini untuk
maju dalam perniagaan,” dedahnya.
Sichma menerusi peguamnya Peter Guy, dari Kennedy Guy Solicitors
Melbourne menafikan segala dakwaan dan menyifatkannya sebagai palsu dan tidak
tepat.
Sichma juga menafikan bahawa Mohamed Adil Rahman merupakan
juruaudit halalnya, namun ia enggan mengesahkan peranannya dalam organisasi
berkenaan.
Sichma juga telah mengugut untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap artikel Asian Sentinel bertarikh 7 November yang
melaporkan tentang penyelewengan. Asian Sentinel bagaimanapun mempertahankan
laporan itu dan tidak memadamnya sekaligus bersedia untuk disaman.