BERLAKUKAH TSUNAMI POLITIK DI SABAH?





 Oleh: Redzuan Shamsudin

 

Persoalan utama selepas kempen bermati-matian parti-parti politik di Sabah selama dua minggu, menuju hari pengundian pada 26 September ini adalah apakah akan berlakukah tsunami politik?

 Jawapan itu tidak mudah ditemukan oleh pihak-pihak yang membuat tinjauan berikutan 16 parti bertanding merebut 73 kerusi DUN. Lebih menyukarkan keadaan, politik di Sabah masih dipengaruhi tokoh-tokoh veteran yang menjadi godfather atau penaung kepada masyarakat setempat.

 Misalnya calon di DUN Pintasan, Pandikar Amin Mulia yang menyertai parti kecil USNO merupakan bekas Ketua Penerangan Umno dan masih berpengaruh dalam politik. Begitu juga Anifah Aman yang mencuba nasib menyertai Parti Cinta Sabah dan bertanding di DUN Bogawan, masih dianggap tokoh Umno yang dihormati.

 Tidak mustahil biar pun parti mereka kalah teruk tetapi ketuanya yang merupakan orang lama dalam politik akan menang dan menjadi wakil rakyat di DUN Sabah.

 

Sokongan terbelah dua

 

Namun secara kasar sokongan boleh dikatakan terbelah dua di antara gabungan Perikatan Nasional (PN) – BN dan Warisan – Pakatan Harapan (PH). Parti-parti kecil lain atau parti baharu pula diramal hanya mendapat sokongan berbaki dari kedua-dua gabungan besar berkenaan.

 Dari segi naratif kempen hanya ada dua isu yang menjadi fokus utama pengundi, iaitu memilih kerajaan Sabah yang diperintah oleh anak negeri tanpa campurtangan Persekutuan atau pemerintahan mengikut telunjuk Putrajaya bagi mendapatkan lebih banyak peruntukan.

 Kedua-dua naratif mempunyai kekuatan tersendiri. Terutama di sebelah Barat Sabah, pengundi sub bandar dan kampung lebih mengutamakan parti-parti Semenanjung yang terdiri dari BN dan PN. Manakala di Pantai Timur Sabah, kawasan kubu kuat Warisan, pengundi menolak konsep campurtangan Persekutuan dan mempertahankan kerajaan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal.

 Hujah Warisan dalam siri kempen mereka amat jelas. Sabah sejak 1963 telah diperintah oleh parti pro Semenanjung dan pada 1990an Umno dibawa masuk serta memerintah secara pengaruh langsung dari Kuala Lumpur.

 Namun berbanding Semenanjung, pembangunan di Sabah terhad. Biar pun merupakan pengeluar petroleum kedua besar di Malaysia, insiden kemiskinan di negeri itu paling buruk. Sabah juga pengeluar kayu balak terbesar. Malangnya pemimpin politik dan pemodal menjadi kaya-raya sedangkan rakyat bawahan tidak mendapat kemudahan asas minimum.

 Contoh paling mudah, Sabah hanya mempunyai 10,000 km jalan berturap sementara Semenanjung mempunyai 131,000 km jalan berturap. Berbilion ringgit hasil bumi Sabah dicukai dan wang itu tidak dipulangkan sebagai peruntukan pembangunan.

 Sedangkan mengikut perjanjian pembentukan Malaysia, wilayah Sabah dan Sarawak adalah rakan kongsi sama taraf dengan Semenanjung. Mengikut perjanjian itu juga, Tanah Melayu tidak memberi subsidi kepada Borneo Utara dari segi pembangunan, sebaliknya Tanah Melayu akan mendapat 60% sementara Sabah mendapat 40% wang mereka sendiri untuk pembangunan.

 

Bakar semangat kekalkan Warisan

 

Hujah ini menjadi pembakar semangat kepada rakyat Sabah yang dinafikan hak pembangunan buat sekian lama untuk mengekalkan pemerintahan Warisan. Sementelah Shafie pula telah melakukan perubahan besar dengan menubuhkan tiga kementerian untuk membawa perubahan bermakna, seperti Kementerian Pelajaran dan Inovasi, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat serta Kementerian Hal Ehwal Anak Negeri. Selain itu, beliau juga telah mencukai syarikat perlombongan yang mana dana tersebut digunakan untuk pembangunan negeri.

 

Populariti Shafie meningkat mendadak lewat polisi pemberian Geran Tanah kepada penduduk. Beliau turut memansuhkan Geran Komunal dan memulihkan pajakan tanah yang sebelum ini dikurangkan menjadi 99 tahun setelah mahkamah Borneo memutuskan bahawa ianya harus dikekalkan pada 999 tahun. Shafie mengumumkan sebahagian besar hak milik tanah yang telah tamat tempoh pajakannya boleh diperbaharui dengan premium minimum.

 Polisi ini mendapat sokongan meluas penduduk di luar bandar kerana ketika era BN geran tanah jarang sekali diperolehi penduduk. Tanah-tanah kerajaan adalah hak ketua menteri mengagih-agihkan kepada kroni atau kepada syarikat perladangan.

 Dengan perubahan yang bermakna, kerajaan Shafie berusia dua tahun itu telah mendapat pujian dan pujaan pengundi. Ke mana sahaja Shafie pergi dalam ceramah dan kempen politiknya beliau disambut oleh penduduk tempatan dengan meriah.

 

Bagi yang tidak biasa dengan politik Sabah yang mana kurang sekali penyokong setia dan sokongan politik boleh berubah-ubah melalui pemberian wang atau hadiah, sokongan padu yang ditunjukkan kepada Shafie boleh dianggap sebagai bayangan awal kemenangan Warisan pada 26 September.

 

Sokongan melimpah kepada KEADILAN

 

Sokongan tidak hanya terhad kepada Shafie atau calon Warisan malah ditunjukkan juga kepada parti sekutu asal Semenanjung.

 

Misanya jelajah Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim di 7 DUN yang ditandingi parti itu mendapat sokongan padu. KEADILAN tidak menyediakan hadiah kepada penduduk setempat untuk hadir namun kehadiran sejumlah besar penyokong di tengah-tengah ancaman Covid 19 amat mengujakan. Ditambah pula kawasan di mana KEADILAN bertanding terletak di Pantai Barat Sabah dan merupakan kubu Umno – BN sebelum ini.

 Oleh itu, satu rumusan boleh dibuat bahawa riak-riak tsunami telah kelihatan di Sabah. Apatah lagi kesilapan Muhyiddin dalam kempen yang dikepalai beliau seolah-olah mengugut rakyat Sabah sekiranya mahukan lebih banyak peruntukan maka jalan terbaik adalah mengundi PN.

 Naratif itu juga dibawa oleh pemimpin-pemimpin Bersatu yang berasal dari Semenanjung, mendedahkan Shafie mengutus surat kepada pentadbiran Dr Mahathir meminta peruntukan untuk Sabah. Ditohmah kononnya Sabah tidak mungkin boleh survive tanpa sokongan Putrajaya.

 Kempen menyakitkan hati orang Sabah itu mungkin menatijahkan penyudah tidak baik kepada PN. Apatah lagi rakyat Sabah yang baru sahaja dalam proses pemulihan selepas Perintah Kawalan Pergerakan tidak begitu selesa dipaksa menghadapi Pilihan Raya Negeri lewat cubaan rampasan kuasa arahan Semenanjung yang gagal.

 Dengan janji calon-calon Warisan – PH berintegriti dan hanya ada satu calon Ketua Menteri bagi Sabah, iaitu Shafie Apdal, berbanding dua atau tiga calon bagi parti lawan maka tidak mustahil tsunami politik akan berlaku pada 26 September ini.

 Sekiranya hal itu berlaku, maka politik Sabah mungkin akan memberi kesan besar ke atas politik Malaysia. Kerajaan PN di Putrajaya berkemungkinan besar tidak selamat.

 Gabungan Politik Sarawak mungkin akan mencari sekutu baharu bagi mengelakkan tsunami Sabah menyeberang sempadan. Begitu juga Umno yang baru-baru ini presidennya Dr Zahid Hamidi telah mengesahkan beliau tidak akan menghalang Ahli-ahli Parlimen parti itu menyokong Anwar, akan lebih padu menyokong sebarang perubahan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

 

 

Kalau Warisan Plus menang PRN Sabah, PN akan tumbang di Putrajaya

 

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman menganggap jika Warisan Plus memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September, kerajaan Perikatan Nasional akan tumbang di Putrajaya.

 Beliau berkata, PRN Sabah menjadi penentu kepada kestabilan kerajaan PN dan membuktikan sokongan sebenar rakyat terhadap kerajaan pemerintah.

 "Rakyat Sabah kena buktikan bahawa kita tidak mudah untuk dibeli, PRN Sabah ini boleh jadi penanda aras kepada kekuatan PN, kalau tolak PN ke BN ke MN ke, kemenangan akan memihak Warisan Plus dan akan tumbanglah PN.

 "Kita kena lawan balik, selama berpuluh tahun BN memerintah, apa yang kita dapat adalah elektrik dan air putus-putus, pelajar pun terpaksa naik pokok, itu hadiah BN untuk orang Sabah? Sejarah buktikan kita sering dibuli oleh mereka. Ini masanya kita bersatu kerana Sabah boleh berdiri di atas kaki sendiri," katanya dalam Ceramah Mega Warisan Plus DUN Inanam.

 Tambah Azis, rakyat Sabah boleh menerajui kerajaan sendiri tanpa mengikut telunjuk kerajaan persekutuan.

 "Kalau Kelantan boleh bertahan 30 tahun dan tidak sealiran dengan kerajaan persekutuan jangan beritahu saya Sabah tidak melakukan perkara yang sama. Kalau rakyat bagi kita mandat yang besar, saya yakin PN akan tumbang di Putrajaya," katanya.

 Dalam pada itu, Azis turut menyeru rakyat Sabah supaya tidak perlu takut untuk mengundi calon KEADILAN DUN Inanam, Peto Galim pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 Beliau berkata, tindakan Kenny Chua melompat parti bukanlah salah KEADILAN semata-mata.

 "Di Sabah ini ramai yang lompat, yang bikin malu salah satu ADUN inanam. Rakyat Inanam boleh ubah budaya ini, pemimpin katak jangan bagi undi, bersedialah Kenny untuk hadapi rakyat, rakyat akan hukum kamu.

 "Ramai juga marah sebab si kenny ini lompat, sebenarnya ini macam main bola sahaja. Ada pemain yang buat kesalahan, jangan marah sama Man United, kita sudah jual sudah lelong pemain itu tidak ada lagi, Man United tetap Man United. Jadi jangan salahkan KEADILAN sebab yang lompat adalah Kenny.

 "Undi KEADILAN ini sama macam undi Warisan, jadi undilah KEADILAN DUN Inanam," katanya ketika Ceramah Mega Warisan Plus DUN Inanam.

 Azis juga menyeru supaya semua pengundi bersatu-padu untuk mempertahankan kedaulatan Sabah dan menolak gabungan BN dan PN.

 "Hari ini lahir wadah perjuangan baru, KEADILAN dan Warisan berdiri sebagai parti berbilang kaum. Kita harus pertahankan identiti ini, jangan dipecahkan dengan sentimen kaum.

 "Keunikan Sabah harus dipertahankan, kita boleh duduk sama-sama. Marilah kita bersatu dan menang PRN ini.

 "Kami Warisan, KEADILAN, DAP, Amanah dan UPKO sentiasa bekerjasama, kalau ada kekurangan kita saling melengkapi, silap sini sana jangan simpan dalam hati.

 "Sebab musuh kita semua adalah satu, PN dan BN jadi pengundi ada satu pilihan iaitu Warisan dan berilah sokongan kepada Peto Galim," katanya.

 


Bangun Sabah bangun, pastikan KEADILAN menang

 




Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyeru rakyat Sabah supaya bangkit mempertahankan tanah air mereka dengan mengundi KEADILAN dan Warisan Plus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September, esok.

 Beliau berkata, rakyat Sabah tidak perlu berfikir panjang untuk menolak Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) kerana merekalah yang cuba menjatuhkan kerajaan negeri dan merampas hasil kekayaan Sabah.

 "Warisan baru sahaja menang selepas UMNO dan BN diberi peluang puluhan tahun untuk memerintah di Sabah, tapi mereka tidak tahan jadi pembangkang, mereka tanam fitnah, mereka rampas kerajaan persekutuan, rampas kerajaan negeri, sekarang mereka mahu rampas Sabah.

 "Tarikh 26 September bukan hari mengundi biasa, hari tersebut akan tentukan nasib rakyat sama ada Sabah akan dicuri dan dirompak, jadi ayuh kita buang perompak, tendang mereka yang cuba curi kerajaan. Pilih Warisan dan KEADILAN, buang perompak," katanya ketika Ceramah Mega Warisan Plus di DUN Inanam.

 Amirudin juga meminta rakyat Sabah supaya tidak mudah tergoda dengan sogokan wang, sebaliknya pertahankan kerajaan milik rakyat Sabah.

 "Mereka bukan nak bagi semula hak kepada rakyat tapi nak curi dari rakyat. Ketua Menteri, Shafie Apdal satu-satunya ketua menteri yang kembalikan tanah kepada rakyat. BN dan PN takut serta bimbang sebab mereka tak buat sebelum ini.

 "Ini soal maruah rakyat, orang Sabah diganggu, dirompak dan dicuri oleh petualang, mereka sangka dengan permainan duit mereka boleh rampas kekayaan Sabah.

 "Tetapi pada 26 September ini, rakyat Sabah akan bangun dan beritahu kepada mereka bahawa orang Sabah bukan orang kaya tapi harga diri mereka tinggi, mereka akan kekalkan kerajaan sah Warisan Plus yang dipilih, bangun Sabah bangun," katanya.

 

Politik Pintu Belakang, Awal PH Jadi Kerajaan Rafizi Ramli Sudah Ingatka...

ANWAR MENGADAP YDP AGONG HARI INI ?BERITA SAHIH BERKAITAN SEMUA MP DIARAH BALIK

 


Ahli Parlimen PKR di Malaysia Timur dikatakan mendapat arahan hari ini untuk bertolak ke Kuala Lumpur “untuk membuat persiapan”, lapor akhbar Sin Chew.

Walaupun laporan itu tidak menyebut persiapan apa, dipercayai ia berkaitan dengan Istana Negara membenarkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, menghadap Agong.

Anwar sebelum ini mendakwa mendapat sokongan “kukuh” dan “meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk membentuk kerajaan.


PERCATURAN POLITIK SENGIT SELEPAS PENGUMUMAN ANWAR


PAS SOKONG SIAPA SAHAJA JADI PM?


MALAYSIA PANAS.MIMPI ANWAR IBRAHIM JADI PM TERWUJUD? CNBC INDONESIA

 

Jakarta, CNBC Indonesia - Pemimpin oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim, telah mengklaim dirinya mendapat dukungan dari mayoritas anggota parlemen untuk membentuk pemerintahan baru. Yang berarti dirinya bisa menjadi perdana menteri baru Malaysia.

Klaim tersebut juga berarti bahwa ia akan melengserkan Perdana Menteri Malaysia yang sah saat ini, Muhyiddin Yassin. Namun, seberapa besar kah kemungkinan bagi klaim Anwar untuk menjadi nyata?

 

PILIHAN REDAKSI

·         Makin Panas! PM Malaysia Muhyiddin Gerilya Cari Suara

Dalam pemerintahan Malaysia, klaim Anwar tersebut ternyata tidak memiliki banyak arti. Sebab, untuk menjadi seorang perdana menteri, ia harus mendapat "restu" dari Raja Malaysia atau Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah.

"Raja Malaysia adalah kunci," tulis Bloomberg dalam analisisnya.

Jika benar Anwar memiliki dukungan mayoritas seperti yang diklaimnya, maka Yang di-Pertuan Agong akan harus memutuskan apakah ia bersedia mengangkat dan menyumpah Anwar sebagai perdana menteri kesembilan Malaysia.

Di sisi lain, meski Anwar mengklaim ia mendapat "dukungan mayoritas" namun ternyata ada jumlah dukungan tertentu yang baru bisa membuatnya mengajukan diri menjadi perdana menteri.

Menurut laporan, setidaknya Anwar membutuhkan 120 suara dukungan suara dari anggota parlemen untuk dapat mengajukan diri menjadi perdana menteri.

Di sisi lain, jika Yang di-Pertuan Agong tidak bersedia mengangkat Anwar atau membiarkan Muhyiddin Yassin terus melanjutkan menjadi perdana menteri, maka ia berhak untuk membubarkan parlemen dan menggelar pemilu dini.

Dalam kasus ini, jika Raja memilih untuk membubarkan parlemen, maka Muhyiddin Yassin akan memiliki kemungkinan untuk menang lagi di pemilu dan batal turun dari kursi perdana menteri.

Cara ini dipandang sebagai cara yang lebih "aman" untuk menyudahi ketidakstabilan politik berkepanjangan di Malaysia.

Meski demikian, hingga kini belum diketahui kapan Yang di-Pertuan Agong akan mengumumkan keputusannya, mengingat dirinya masih menjalani perawatan di Institut Jantung Negara.

FILE- In this Jan. 11, 2019, file photo, Pahang state Crown Prince Tengku Abdullah arrives for a private event at a hotel in Kuala Lumpur. King Sultan Muhammad V shocked the nation by announcing his abdication in January 2019, days after returning from two months of medical leave. The 49-year-old sultan from eastern Kelantan state only reigned for two years as Malaysia's 15th king and didn't give any reason for quitting. Sultan Abdullah Azlan Shah succeeded his ailing 88-year-old father on Jan. 15, in a move seen as paving the way for him to become the next king. (AP Photo)




Foto: Raja Malaysia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (AP Photo)
FILE- In this Jan. 11, 2019, file photo, Pahang state Crown Prince Tengku Abdullah arrives for a private event at a hotel in Kuala Lumpur. King Sultan Muhammad V shocked the nation by announcing his abdication in January 2019, days after returning from two months of medical leave. The 49-year-old sultan from eastern Kelantan state only reigned for two years as Malaysia's 15th king and didn't give any reason for quitting. Sultan Abdullah Azlan Shah succeeded his ailing 88-year-old father on Jan. 15, in a move seen as paving the way for him to become the next king. (AP Photo)



Politik Malaysia panas sejak Politik Malaysia panas sejak Februari 2020. Mahathir Mohamad mundur sebagai PM dan kemudian ditunjuk sebagai PM sementara.

Ia mundur persis setelah Anwar Ibrahim mengatakan ada pengkhiatan dalam tubuh koalisinya dengan Mahathir. Mereka saat itu membuat Koalisi Pakatan Harapan.

Koalisi ini merupakan gabungan partai pendukung Mahathir dan Anwar yang terdiri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Gabungan Parti Sarawak (GPS), serta Parti Warisan Sabah (Warisan).

Sebelumnya mereka berkongsi untuk mengalahkan UMNO pimpinan Najib Razak, Mei 2018 lalu. Saat itu keduanya membuat perjanjian bahwa setelah 2,5 tahun, posisi PM akan diserahkan Mahathir kepada Anwar.

Namun Pakatan Harapan disebut kehilangan suara saat partai lainnya, di mana ada koalisi baru yang dibuat parlemen tanpa memasukkan politisi Anwar Ibrahim. Kisruh ini kemudian memunculkan Muhyiddin Nasir sebagai PM Baru setelah ditunjuk resmi oleh Raja Malaysia.

Sebelumnya, sejumlah lembaga global memberi "pesan" khusus soal politik dan ekonomi Malaysia. Panasnya politik akan jadi hambatan berat dalam perekonomian negara itu, yang dilihat investor sebagai ketidakstabilan.



RISAU HILANG JAWATAN


YOB BMO

Dapat jawatan dari kerja khianat orang ini lah jd nyer...dedalu risau 

pokok yang dia tumpang akan mati...sekali dengan dia ghuyupp...

 Image may contain: ‎2 people, ‎text that says "‎Hd Harakahdaily 44 min Bawa pencapaian yang baik dan meyakinkan rakyat. نAر Harakahd i harakahdaily.net Kerajaan pimpinan TS Muhyiddin perlu dikekalkan‎"‎‎

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA, NANTI LAMA-LAMA...

 Image may contain: 1 person, text

READY SEMUA...

 Image may contain: text

SESIAPA YANG MENYOKONG ANWAR DENGAN IKHLAS MEREKA LEBIH MULIA DARI PARA PENGKHIANAT

 

Kalau kita nak buat benda yg baik, ada orang jahat sokong kita, boleh tak dia sokong atau dia lawan kita? Kalau kita nak buat benda baik, tetapi kita angkat orang jahat jadi pemimpin kita, adakah kita betul dan dapat pahala?

Almarhum tok guru Nik Aziz pernah sebut, jika iblis nak sokong Pas pun tiada masalah. Adakah itu bermaksud Pas mahu berketuakan iblis? Dalam maksud kata2 beliau. Hanya yg berakal boleh menafsirkannya

Jika ada pemimpin2 Umno yg mahu sokong Anwar, dialu2kan. Tetapi, jangan berangan jika mahu Anwar 'bersih dan sucikan' kamu jika kamu ada kesalahan dengan rakyat atau negara. Anwar mungkin boleh maafkan kesalahan peribadi kamu dengannya, tetapi jika kamu merompak harta rakyat, kamu tidak akan terlepas meskipun 10 kajang kertas kamu tandatangan SD untuk menyokong Anwar.

Sesiapa dari Umno yang menyokong Anwar untuk mendapatkan kembali mandat rakyat yg dirompak itu. kamu lebih baik dari para pengkhianat. Kamu boleh tebus kesalahan kamu yang sebelum ini bersubahat dengan pengkhianat merampas mandat rakyat apabila kamu menyokong Anwar Ibrahim dan PH. Lakukan lah !!

WFAUZDIN NS

UNDI ONLINE PUN DAPAT SOKONGAN

 







NORA JAMILAH

Semua undi-undi online yg lalu di Twitter berpihak kepada DSAI.... hattah undi yg dibuka oleh penyokong PeeEnd sekalipun...Ini menunjukkan majoriti rakyat sdh tdk sabar lagi DSAI memegang tampuk pemerintahan.... Semoga dipermudahkan Allah SWT...


ANWAR DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

 

IBRAHIM MAT ISA


Image may contain: 1 person, glasses, text that says "0P Kita perlu lebih serius untuk KEMISKINAN selesaikan masalah "Dengan menggunakan data tidak tepat, kerajaan terdahulu telah menyatakan masalah emiskinan telah hampi dibasmi epenuhnya. Kita tahu kenyataan itu tidak tepat dan saya sendir menyaksikar kemiskinan setiap bandar dan kampung yang saya lawati Malaysia Kita akan dikira melakukan kecelakaan yang besar kepada rakyat sekiranya pertimbangan, metodologi dan pendekatan dalam memerangi kemiskinan tidak disemak semula' ANWAR BRAHIM"


Anwar tetap perjuangkan rakyat miskin dan melarat. Puak yang mengecam beliau dengan kata kesat seperti peliwat, penjahanam negara, pengkhianat Melayu itu semua point untuk menjatuhkannya tanpa berfikir inilah sosok manusia yang pernah terpenjara kerana bersolidariti dengan penduduk miskin Baling seawal tahun 70an dulu.

Budak-budak sekarang tahu apa?

Celik mata dah kaya, anak orang senang.. sokong pemimpin korup asalkan jangan kacau kami yang kaya sudah! Di luar sana masih ada yang miskin melarat yang wajib pemimpin perjuangkan.

Ini matlamat berpolitik. Dapat kuasa, bantu dan perkembangkan, bina kemajuan dan wujudkan peluang. Pandemik hanya ujian tapi ruang mesti dicipta supaya pandemik juga menjadi nikmat.

Tok aku selalu sebut, when there are problems, you can create money and wealth.

Selama PN dapat kuasa apa perkembangan ekonomi? Janji mereka nak selamatkan Malaysia.. Selamatkan kepala bapa apa?

 

LETAK LAH JAWATAN DENGAN HORMAT

 Image may contain: 2 people, text that says "Tweet Khalid Samad Bila awak khianat bersama Azmin, yang menyebabkan PH kehilangan majoriti, Tun letak jawatan Tun beri laluan pada yang dapat majoriti ambil alih tanpa menjejaskan kestabilan politik. Sekarang kamu hilang majoriti. Beri laluan, letak jawatan dan jangan jejas kestabilan politik! BERNAMA PM @MuhyiddinYassin seru rakyat tolak tindakan jejas kestabilan politik bernama.com/bm/am/news.php bernama php."

RAKYAT MENANTI SINAR BARU


Saya menerima gambar-gambar ini melalui grup WhatsApp yang menyatakan Cabang Keadilan Kota Raja telah mengadakan Solat hajat bagi mempermudahkan urusan DSAI untuk diangkat sebagai PM. Turut serta menyertai solat hajat ini adalah para pendokong GERAK98 Kota Raja.

Alhamdulillah, Allah adalah tempat kita mengadu. Kita dikhianati dan dianiayai oleh para pengkhianat yang tidak berhati perut yang telah merampas mandat rakyat. Anwar bertanggungjawab berusaha untuk mendapatkan kembali hak rakyat ini begitu juga dengan pimpinan PH dari Amanah dan Dap, kecuali si tua saka yang sekarang ini bergembira kerana berjaya gagalkan kemaraan Anwar sebagai PM selepas beliau seperti yang dijanjikan.

Anwar merasakan satu dosa besar jika berterusan membiarkan pengkhianat ini merayakan hasil rompakan mereka dengan menjamu rakyat bagi melalaikan rakyat tentang dosa besar mereka. Atas sebab itulah, Anwar berusaha semampunya bagi mengembalikan semula mandat itu.

Kita mendoakan agar Allah permudahkan urusan pimpinan PH dan pecahbelahkan sesama mereka d kalangan pengkhianat itu.

Ameen.

WFAUZDIN NS


TAK SEMPAT LAGI NAK MAKAN GAJI GLC

 

Pemuda Pas mengutuk tindakan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang hendak menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

"Tindakan Anwar memang zalim, tidak berhati perut dan menindas golongan muda, Ketua Pemuda kami tak sempat nak menikmati gaji di GLC lagi," menurut kenyataan itu.

Image may contain: 2 people, text that says "HarakatDaily Bener Berita DPPM kutuk tindakan Anwar September 23, 2020 2OT cna"

 

THE MUSLIM 100, 2020


NORA JAMILAH


 

BARU UMUM DAH KEPANASAN

 

Dari sudut kiri kanan atas bawah bantai Anwar termasuk Mak Lampir! Mereka kepanasan!

 Harap-harap ada suara ahli-ahli MPN dari setiap negeri dan pemimpin-pemimpin parti dan pemimpinpemimpin PH tolong cover presiden PKR @ pengerusi PH!

 Tak apalah kami di bawah level grassroot cuba cover, rasa Anwar tidak bersalah, beliau cuma menjalankan kewajipan dan peranan beliau sebagai ketua pembangkang dan pemimpin parti untuk mendapatkan kembali mandat rakyat beri di PRU yang lalu.


 

TIGA RIBU PENGUNDI AWAL (TENTERA) WAJAR MEMILIH CALON WARISAN DARI AMANAH DI N24 TANJUNG KERAMAT, SDR ROSDY WASLI

 

Dun N24 Tanjung Keramat adalah di bawah Parlimen Putatan. Di Dun ini lebih kurang 14 Ribu pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Sabah pada Sabtu ini. Daripada jumlah tersebut, lebih kurang tiga ribu adalah pengundi2 awal di kalangan warga tentera.

Calon yang mewakili Warisan yang bertanding di Dun Tanjung Keramat ini adalah Sdr Rosdy bin Wasli dari parti Amanah iaitu seorang tokoh berusia 45 tahun, matang, bertenaga serta berkelulusan universiti. Ini terbukti dengan penglibatannya di dalam banyak persatuan terutamanya di bidang sukan. Beliau dari parti Amanah, sudah tentunya memiliki ciri2 akhlak dan moral yang baik sebagai seorang pemimpin.

Saya sebagai bekas tentera, menyeru rakan2 khususnya warga tentera di Dun Tanjung Keramat untuk memberikan kepercayaan kepada Sdr Rosdy Wasli agar beliau boleh berperanan lebih besar di dalam Dun Sabah nanti apatah lagi di bawah kerajaan Warisan Sabah. Saudara semua terutamanya yang telah lama berkhidmat di Tanjung Keramat sudah pasti boleh menilai dan membuat perbandingan di antara kerajaan terdahulu berbanding kerajaan Warisan meskipun kerajaan di bawah Shafie Apdal ini belum pun masak sepenuhnya, tetapi berjaya menampilkan pentadbiran yang bersih dan telus. Kerajaan yang cuba dijatuhkan dengan cara jijik ini sewajarnya dihukum oleh warga tentera di sini.

Sdr Rosdy Wasli begitu menghormati anggota pasukan keselamatan dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyinggung kita semua samada warga tentera, polis atau pesara2 tentera. Adalah tidak adil sekiranya kita menghukum beliau hanya kerana terdapat ketelanjuran kata2 yang mengguris hati dan perasaan kita yang dikeluarkan oleh pihak lain di mana kenyataan itu turut dibantah oleh calon Warisan di sini iaitu Sdr Rosdy. Ketegasan Sdr Rosdy di dalam membantah kenyataan dari Mohamadin Ketapi baru2 ini membuktikan beliau bersedia untuk membela maruah warga tentera. Pemimpin Warisan, Shafie Apdal sendiri secara tegas menegur perbuatan tersebut dan meminta maaf di atas ketelanjuran beliau.

Saya percaya, teman2 warga tentera tidak akan terpengaruh dengan propaganda atau hasutan dari pihak tertentu. InsyaAllah, perubahan kerajaan di peringkat Pusat tidak beberapa lama lagi akan memberi manafaat kepada Sabah khususnya di Dun Tanjung Keramat itu sendiri di mana kerajaan Warisan Sabah yang bakal terbentuk selepas 26 September ini adalah kerajaan negeri yang akan bekerjasama dengan kerajaan PH di peringkat Pusat setelah PH berjaya mengembalikan semula mandat rakyat.

Semoga teman2 dapat membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian nanti. Undilah calon Warisan, Sdr Rosdy Wasly.

WFAUZDIN NS.

 

OWH TAK SENANG SAJA NAK CABUT

 Image may contain: 2 people, text that says "10:25 English themalaysianinsight.com Bahasa Daftar Masuk Berita 三 Seksyen Lebih 10 ahli Parlimen Umno tak senang dengan Muhyiddin, kata Nazri Kamles Kumar Dikemas kini jam yang lalu Diterbitkan pada 24 Sep 2020 8:56PM 0 Komen Zufkefi Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Aziz tidak mustahil wakil rakyat Umno yang senang dengan kepimpinan Muhyiddin Yassin akan menyokong Anwar Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insight, 24 September, 2020. Lebih Lani A+"