RAKYAT PERAK BANGUN MEMBANTAH











Kebangkitan rakyat Perak yang berlaku selepas sembahyang Jumaat di masjid Ubudiah dilihat sebagai satu tindakan memprotes para ahli dewan undang negeri Umno mengangkat sumpah pada petang 6hb Jumaat lepas di istana Bukit Candan .Kebangkitan yang tidak disangka-sangka itu tidak di pimpin oleh sesiapa kecuali kehadiran 3000 jemaah anak negeri Perak yang hadir bersembahyang Jumaat dan cuba merayu kepada Baginda Sultan Perak agar mempertimbangkan semula kehendak kebanyakkan rakyat untuk diadakan semula pilihanraya yang diangggap sebagai satu jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah yang di hadapi.

Umum mengetahui bahawa penghijrahan dan pembentukan semula kerajaan negeri adalah tidak sah di ketika kerajaan Pakatan Rakyat masih memegang tampuk kuasa selagi dewan Undangan negeri belum membuat undi tidak percaya kepada kepimpinan Dato Seri Mohd Nizar atau pembubaran dewan Undangan Negeri.

Kejadian kebangkitan rakyat ini adalah sebagai membantah pengambilalihan kerajaan negeri secara tidak bermoral dan Umno membawa pihak istana ke kancah politik dan ini sudah tentulah membabitkan pihak istana kedalam kancah politik di negeri Perak dan Malaysia amnya.Menggunakan kuasa polis untuk mencapai matlamat dilihat seringkali digunakan oleh pemerintah untuk mencapai maksud dan inilah yang menyebabkan rakyat merasakan bahawa pilihanraya adalah jalan yang seadil-adilnya bagi menyelesaikan kemelut negeri Perak.

Kebangkitan dan kejadian di masjid Ubudiah adalah permulaan kerana ianya akan lebih membara jika perasaan ketidakpuasan hati rakyat tidak diambil kira.Kejadian rakyat tidur di jalanraya bagi menghalang kenderaan dan kekerasan pasukan FRU tidak dapat menyelesaikan masaalah untuk jangka panjang demi kedaulatan rakyat yang menjunjung dan menghormati pihak Istana.Rakyat Perak hanya mahu perubahan di lakukan dengan seadil-adilnya iaitu dengan cara mengadakan pilihanraya dan bukannya pilihan jalanraya.Namun tidak mustahil ianya akan berulang jika jalan penyelesainnya ialah dengan membentuk kerajaan secara tidak mengikut lunas-lunas demokrasi iaitu membiarkan rakyat menentukan.
TEMAN NAK SALAH FRU PUN IDAK.KOJE YOP.NAK SALAH DEME PUN UDAH UNDANG-UNDANG GITU.
LAPORAN INI LEWAT DI SIARKAN .PIHAK BERKUASA MEMBERI KERJASAMA KEPADA PARA WARTAWAN. TERIMA KASIH.

Key Malaysia party backs Anwar as leader



Tuesday, February 10, 2009-->Web posted at: 2/10/2009 7:5:14Source ::: Agencies

KUALA LUMPUR: A key Malaysian opposition party said yesterday it continued to support Anwar Ibrahim as the leader of a three-party alliance following calls for him to step down.
Anwar, 61, the country’s former deputy premier, was asked to step down on Sunday by the chairman of the Democratic Action Party (DAP) after the opposition lost control of one of the five states it rules to the national government.
“In this regard the DAP supports ... Anwar Ibrahim as the parliamentary opposition leader and will remain so as no single leader has ever questioned this during internal meetings whether at the highest levels or otherwise,” DAP Secretary General Lim Guan Eng said in a statement.
The Chinese-dominated DAP is the second largest of the three unwieldy parties in Anwar’s People’s Alliance that also comprises an Islamist party and the multi-ethnic People’s Justice Party. The apparent rift in the DAP leadership.

But while the National Front now has a majority in the state assembly after the defections, the chief minister of tin-rich Perak from the People’s Alliance has defied Sultan Raja Azlan Shah’s order to vacate the statehouse, throwing Malaysian politics into further turmoil. The Sultan was due to swear-in a new chief minister from the National Front on Friday.

Malaysia has nine sultans who are titular rulers of their states and take turns being the country’s constitutional king under a rotating monarchy.

The apparent rift in the DAP leadership comes amid talk that the National Front is looking next to toppling opposition-ruled Kedah state. And with Anwar threatening a series of rallies to stir his legions into action, the political uncertainties that have beset Malaysia since elections nearly a year ago seem set to continue.
reuters

Malaysia government faces by-elections amid anger



The Associated Press


Published: February 10, 2009


KUALA LUMPUR, Malaysia: Malaysia's ruling coalition braced Tuesday for unexpected elections for two legislative seats that could see it chastened by voters following its contentious takeover of an opposition-led state.


The special ballots will be viewed as a public referendum on tactics used by Malaysia's Deputy Prime Minister Najib Razak — scheduled to take over as prime minister in March — and his National Front coalition to take over the administration of northern Perak state last week.
The Election Commission has to hold the by-elections within 60 days after an opposition member of Parliament in Perak died of a heart attack Monday and an opposition state lawmaker in neighboring Kedah resigned amid personal problems.


Neither election would cause a shift in power, but the Perak ballot in particular "will be a difficult by-election for (the ruling coalition) to go into in the midst of high emotions and anger running in Perak," political analyst Khoo Kay Peng wrote in a commentary.


Perak was one of five states won by opposition leader Anwar Ibrahim's three-party alliance in national polls last March, when the National Front suffered its worst electoral losses in more than 51 years of uninterrupted rule.



The National Front recaptured control of Perak after several opposition lawmakers switched allegiances.



Opposition parties decried the takeover as illegal and pledged to challenge it in court after Perak's royal ruler rejected their demand for fresh statewide elections.
Najib will face intense pressure to win the upcoming by-elections to prove he can shore up the National Front's ebbing popularity following two consecutive losses in similar ballots over the past six months.

PULUHAN RIBU HADIR CERAMAH PERDANA




IPOH-Puluhan ribu rakyat Perak hadir dalam ceramah perdana di kediaman menteri besar Dato Seri Mohd Nizar.Sekatan polis di merata tempat tidak menghalang orang ramai hadir.

PAKATAN RAKYAT SOKONG NIZAR,MOHON JUMPA PADUKA TUANKU RAYU ADAKAN PILIHANRAYA

UCAPAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM DI RUMAH MENTERI BESAR

Lebih 30 ribu hadir memenuhi segenap lapisan perkarangan rumah Menteri besar Dato Seri Mohd Nizar bagi mendengar amanat pimpinan Pakatan Rakyat.Turut hadir ialah Presiden PAS Tua Guru Hj Hadi Awang , Sr Tan Seng Gew menggantikan Sdr Lim Kit Siang, Dan Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Ucap utama Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim di akhir majlis ialah bahawa kehadiran Dato Nasaruddin bukan atas jemputan beliau, malahan atas kerelaan beliau sendiri untuk menyertai PKR. Malah beliau menjelaskan bahawa sikap kedua-dua wakil rakyat dari PKR yang melompat adalah sesuatu tindakan yang tidak dapat di maafkan kerana lari dari tanggungjawab dan perjuangan parti.Kita akan lawan mereka habis-habisan.

“Saya memohon maaf kepada semua rakyat, pengundi kerana kedua wakil PKR khianat .namun saya tidak akan memaafkan mereka kerana lari dari perjuangan dan khianat. Kita akan lawan mereka habis-habisan.Seminggu isteri mereka tidak dapat dihubungi.suami apa tak menjawab panggilan isteri”


“Saya tidak menjemput Dato Nasaruddin menyertai PKR, malahan beliau sendiri yang datang untuk menyertai PKR.Namun beliau hilang kemudiannya .Bukan kerja saya membeli orang dengan habuan.Kita menang bukan kerana calon hebat, atau parti hebat , tetapi kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional”

Menurut Dato Seri Anwar Ibrahim lagi Pakatan Rakyat akan tetap menyokong Dato Seri Mohd Nizar kerana percaya bahawa beliau mendapat mandat rakyat dari semua lapisan masayarakat di Perak.Ini adalah kerana banyak projek-projek khas untuk menolong rakyat , malah banyak perancangan telah dan sedang di rancang untuk orang-orang Melayu di Bandar Ipoh.Pakatan Rakyat sokong kerana bukan dia Dato Seri Nizar, tetapi sikap,pendirian,kekuatan dan kecekalan beliau sebagai pimpinan negeri Perak.

”Dato Seri Mohd Nizar belum hilang majoriti kerana beliau kini masih mempunyai 28 undi manakala 28 undi dari BN maka 3 lagi adalah calon bebas dan di pecat speker.Patutnya polis siasat dahulu kerana mereka hilang selama seminggu kemana mereka menghilangkan diri.tapi kemudiannya di istiharkan menyokong mereka.3 lagi telah di lucutkan oleh speker mengikut undang-undang.”


“Apa kerja Dato Najib menghilangkan orang, dan kemudiannya mengistiharkan menyokong Barisan Nasional .Speker masih lagi Pakatan Pakyat.Sepatutnya Suruhanjaya BPR siasat dulu kemana hilang mereka selama seminggu. Kini mereka menggunakan istana menyatakan kita derhaka.Dato Nizar tidak pernah di panggil istana sebelum ini. Di Permatang Pauh berbagai janji di curahkan, berbillion dicurahkan di Kuala Terangganu, namun mereka tewas.maka kerana itu mereka tidak mahu bertanding di dalam piihanraya.” Demikian jelas Anwar.”


“Kamu kata kamu kuat , kami kata kami kuat, kita ada 28 masing-masing, maka eloklah di adakan pilihanraya , saya yakin kita akan lebih kuat dari mereka,nak turun pilihanraya mereka takut.Ingat 8 mac anda kalah di Perak. Isu apa yang Dato Seri Mohd Nizar buat dan ambik.Lihat Pulau Pangkor kepada siapa yang Umno beri?Genting highland milik siapa ”jelas Anwar.



“Ada orang meyatakan bahawa YB Karpal Singh nak saman Tuanku , maka kita buat satu panel peguam ialah nak tolak salah tanggap dan perlu dapatkan kesahihan, kita bukan nak mempertikaikan Tuanku dan kemuliaan Raja-Raja kerana itu fitnah Umno dan TV3 , ini bodo punya media. Anda tipu di Permatang Pauh, anda tipu di Kuala Terengganu, namun anda kalah akhirnya.Pendirian Pakatan Rakyat jelas bahawa kita akan tetap mempertahankan perlembangaan negara dan menghormati hak-hak Raja-Raja Melayu,agama,bahasa,dan perlembagaan negara.”


Rumah ini masih berhak diduduki Mohd Nizar dan kita tengah runding dan pohon mengadap Tuanku Sultan Perak.Menteri Besar memang jelaskan namun saya berhak mohon mengadap mohon jelaskan, mohon maaf Tuanku patik, Raja berdaulat harus mendegar rintihan rakyat bawahan dan ini yang kami akan terangkan, jika ada yang tersinggung, kita akan mohon maaf.


Menurut Ketua umum PKR juga ketua Pembangkang, beliau akan bersama-sama Presiden PAS dan Pengerusi DAP bercadang untuk mengadap baginda Tuanku Sultan Perak bagi memohon pekenan berjumpa dan berbincang agar baginda Tuanku membubarkan DUN di seluruh Perak bagi di adakan pilihanraya dan agar rakyat dinegeri Perak dapat menentukan pilihan mereka.



“Kita bukan macam apa yang berlaku di Terangganu apabila peristiwa melantik Menteri Besar,mereka menghina Sultan dan Baginda Tuanku , kita juga bukan seperti peristiwa Perdana Menteri meminda pelembagaan dan menghina Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu ,Paduka Sultan Perak adalah Raja kepada semua rakyat dan bangsa di negeri Perak . Umno jangan gunakan Istana dan berselindung di sebalik pihak Istana. Apa yang patik mohon ialah meminta diadakan pilihanraya .Jika Mohd Nizar kalah,beliau turun. Adakan pilhanraya seluruh negeri Perak.itu pendirian kita.Patik pohon pada Tuanku.patik hanya pohon keinzinan Tuanku kerana krisis perundangan adalah di bawah kuasa rakyat memilih dan kuasa Tuanku menentukan masa depan negeri Perak.Selain kita berserah kepada Tuhan, pilihan di tangan rakyat. Surat perletakan jawatan telah di serahkan kepada Tuanku dan tidak ada pertikaian ketika itu.” Demikian jelas Ketua Umum untuk mengadap baginda Sultan .



Ketua Umum PKR itu juga kemudiannya sekali lagi mengulangi kepada seluruh ahli Umno agar sedar dan kembali kepada pakatan Rakyat kerana dilihat parti tersebut makin lemah dan tidak mendapat sambutan rakyat malah merosak kan hubungan Istana dan Rakyat.


“Cadangan kita dalam majlis Pakatan Pakyat , ialah Menteri Besar harus kekal di rumah rasmi kerajaan agar dapat menjalankan urusan kerja dan sehingga rundingan di selesai dan rakyat juga berikan pandangan. Jika tidak speker panggil sidang DUN .Saya tidak beli orang dan saya nak ulang tawaran kepada sesiapa dari Umno yang nak berhijrah ,tunggu apa lagi jika Umno telah rosak ,dan apa yang penting ialah rakyat.”

JALAN MASUK KE BANDAR IPOH DISEKAT







updates:210pm 8HB 2009









Laluan masuk ke bandaraya Ipoh telah mula di sekat.Pihak berkuasa di jangka mengadakan kawalan ketat bagi mengelak berlaku sesuatu yang tidak diingini.Ketua Umum PKR,Presiden PAS dan Pengerusi DAP dijangka berucap malam ini di perkarangan rumah MB.






Mohd Nizar di jangka akan meninggalkan rumah rasmi MB selepas ceramah perdana malam ini.

ANWAR,KIT SIANG DAN HJ HADI DI RUMAH MB BERCERAMAH

CERAMAH PERDANA
SDR LIM KIT SIANG
TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG
DATO SERI ANWAR IBRAHIM
TEMPAT: PERKARANGAN RUMAH MB PERAK
JAM 9.00 MALAM
TARIKH:8 FEB 2009
PENJELASAN ISU SEMASA DALAM NEGERI
RAKYAT PERAK DI JEMPUT HADIR

RIBUAN KEMAAFAN TIDAK DAPAT MENGUPDATE BERITA-BERITA

MAAF KEPADA PENGUNJUNG KERANA TIDAK DAPAT MENGUPDATE BLOG.


BEBERAPA PERISTIWA BERLAKU HARI INI.

Pagi -Keadaan seperti biasa.Rumah MB masih dikawal oleh Unit amal 24 jam.


6.30 Petang -di Sekolah menengah Yoot Chooi satu program sambutan tahun baru cina diadakan.Sepatutnya Dato najib Hadir tetapi MB baru hadir.


9.30. Hampir 300-400 orang hadir membawa bunga dan kalungan bunga "virgil" dihadapan sekolah sebagai menandakan bantahan dan lambang kepada kematian kepada sebuah demokrasi.


12.oo mlm MB berceramah di kawasan rumah beliau dihadiri sekitar 300 orang.Beliau menjelaskan bahawa beliau masih menteri besar yang sah.



GAMBAR-GAMBAR AKAN MENYUSUL KEMUDIAN

SPEKER PERAK MOHON ADAKAN SIDANG TERGEMPAR

Menurut V sevakumar, beliau telah menghantar surat kepada Sultan memohon diadakan sidang dewan tergempar bagi menyelesaikan masaalah dan memohon di adakan pilihanraya.

KEADAAN TENANG BERKOCAK DI DALAM





UPDATES 10.30 pagi 7.2.09



Keadaan tenang di pejabat SUK.kelihatan pekerja masih keluar masuk untuk menyambung kerja yang belum di siapkan.persiapan untuk sambutan Majlis Jubilee Raja Perak yang berlangsung mulai 2 Februari.Satu majlis makan akan diadakan pada 10 Feb 2009 di Batu Gajah untuk 5000 orang disediakan.Semua rakyat Perak dijemput hadir.Pejabat kerajaan negeri di kawal oleh pihak polis.











Di hadapan rumah MB Mohad Nizar kelihatan petugas Unit Amal Malaysia mengawal pintu masuk dan diberitakan satu mesyuarat majlis Ulamak PAS sedang berlangsung.





Laporan kekecohan di pejabat MB akan menyusul .....siaran tertunda...gambar SUK menghalau wartawan.



BEBERAPA PERISTIWA YANG TIDAK SEMPAT DISIARKAN








SOLAT HAJAT , CERAMAH DAN LUAHAN PERASAAN DI ADAKAN PADA HARI KHAMAIS MALAM JUMAAT BARU-BARU INI.LAGI GAMBAR-GAMBAR DAN PERISTIWA MUNCUL.BERSABAR....








BERMULA HARI KHAMIS RAKYAT MULA MEMENUHI PERKARANGAN RUMAH MB PERAK UNTUK MENDENGAR BEBERAPA PERISTIWA DAN AMANAT YANG AKAN DI SAMPAIKAN OLEH PIMPINAN DAN SEMBAHYANG SOLAT HAJAT.

KEADAAN DIRUMAH MB TENANG DAN 1000 PENYOKONG MASIH BERADA DI KAWASAN RUMAH.







Keadaan di dalam rumah Menteri Besar Perak masih ada penyokong yang sedia menunggu dan dianggarkan seramai 1000 orang yang akan mengawal.Unit amal masih mengawal di hadapan pintu masuk utama.




Ceramah sedang berlaku sekarang ini dan Sdr Faris Musa sedang berucap .Beliau menjelaskan bahawa satu mobilasi rakyat akan di jalankan untuk menggerakkan rakyat Perak.Esok Dato seri Najib akan hadir bertemu masyarakat Cina di Ipoh.


RUMAH MENTERI BESAR MASIH DIKUNJUNGI RAMAI RAKYAT

Akan updates sebentar lagi.Peristiwa pagi tadi dan malam ini akan di masukkan. harap bersabar.................

GAMBAR-GAMBAR PETANG TADI DI HADAPAN MASJID UBUDIAH MEGHALA KE ISTANA BUKIT CANDAN




TURUN KE JALAN MENGHALANG WAKIL UMNO MENUJU KE ISTANA






MENANDATNGANI BANNER ADAKAN PILIHANRAYA













Bermula selepas sembahyang jumaat petang tadi.Lebih 2000 pejuang reformis hadir menghalang wakil Umno untuk mengangkat sumpah di istana Bukit Candan.Masjid Ubudiah dalah satu-satunya jalan yang perlu dilalui oeh waki untuk mengangkat sumpah termasuksultan.




Bermula dengan menandatangani banner untu sultan,terus ke jalanraya.bermulalah,,,,,,,,









BERSEDIA UNTUK BERTEMPUR

WAKIL UMNO MENUJU KE ISTANA ISKANDARIAH

Setelah berlaku pertempuran dengan rakyat.Kini wakil Umno telah hadir dan memasuki istana Iskandariah. Kekuatan maksima FRU digunakan apabila rakyat Perak bangkit menentang Umno dari memasuki Istana. Manakala Nizar masih mendakwa hanya kuasa Dewan Negeri yang akan menentukan kuasa beliau.Pagi tadi Dato Seri Nizar memasuki pejabat beliau dengan para EXCO walau di banggunan tersebut penuh dengan anggota polis. SUK menghalau para wartawan di ketika temuramah di adakan.



Gambar-gambar akan menyusul kemudian.

"POHON DERHAKA " BUKAN BERMAKNA DERHAKA.IANYA UNTUK MELAHIRKAN RASA AGAR BELIAU TIDAK MELETAK JAWATAN

Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’.

Akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan akan masuk pejabatnya hari ini.
Kerajaan negeri bersama pemimpin kerajaan campuran pembangkang akan memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah untuk merayu agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT


GAMBAR-GAMBAR AAKAN MENYUSUL

KEBANGKITAN RAKYAT DI HADAPAN MASJID UBUDIAH

Pertempuran antara rakyat dan Polis berlaku di hadapan masjid Ubudiah.rakyat mengahalang para YB UMno untuk menghadiri angkat sumpah.Berlaku pertempuan antara rakyat marhaen dan juga anggota polis.


gambar-gambar peristiwa kelmarin,semalam dan hari ini akan menyusul malam ini.harap maaf.