MEDIA PKR LEMAH. HANYA MAMPU BERTAHAN TANPA MENYERANG

 

Norman Daud


Selepas PRU14, kita melihat bagaimana media sosial menjadi senjata paling berkuasa dalam menentukan naratif politik negara. Pakatan Harapan, yang pernah menggunakan kekuatan digital sebagai pemecah monopoli maklumat, kini perlu menerima satu hakikat: medan telah berubah, dan musuh sudah lama bersifat ofensif.






PRU16 bukan lagi sekadar pertarungan dasar dan manifesto. Ia adalah pertarungan persepsi, sentimen dan kepercayaan dan semuanya dibentuk di media sosial.


1. Pertahanan Semata Tidak Akan Menang Perang


Pakatan Harapan sejak beberapa tahun kebelakangan ini terlalu kerap berada dalam mod bertahan  menepis fitnah, menjawab tuduhan, menafikan manipulasi. Namun, pertahanan semata-mata tidak membina keyakinan, ia hanya melambatkan keruntuhan.


Parti lawan, terutamanya dari blok konservatif, telah lama memanfaatkan strategi komunikasi agresif: menyemai ketakutan, membentuk persepsi jahat, dan mencipta musuh dalam khayalan rakyat.


Jika Pakatan Harapan terus pasif, kita akan terus dibentuk oleh naratif orang lain  dan kita akan kalah bukan kerana dasar kita lemah, tetapi kerana kita gagal menguasai persepsi.


2. Politik Persepsi Menang Kerusi, Bukan Semata Fakta


Kita boleh bercakap tentang peningkatan gaji penjawat awam, kestabilan ekonomi, atau pelaburan asing yang masuk. Namun, jika rakyat tidak rasa mereka sedang hidup lebih baik, semua itu tidak akan bermakna.


Persepsi mengalahkan realiti. Dan persepsi dibentuk bukan oleh fakta semata, tetapi oleh cerita yang diceritakan lebih dahulu dan lebih kuat.


Pakatan Harapan perlu menjadi pihak yang mendahului naratif, bukan sekadar menyanggahnya.


3. Ofensif Bermakna Mengawal Isu, Bukan Membuat Kecoh


Bersikap ofensif bukan bererti menyerang membabi buta atau menjadi pemfitnah. Ia bermaksud:


Mengangkat isu sebelum musuh sempat manipulasi.


Menyentuh perasaan rakyat sebelum lawan semai ketakutan.


Membentuk keraguan terhadap integriti pihak lawan.


Menyerlahkan hipokrasi dan kegagalan blok lawan.


Ini adalah bentuk serangan strategik dilakukan dengan fakta, ironi dan keberanian.


4. Naratif Pakatan Harapan Mesti Dibina di Tangan Sendiri


Kita tidak boleh berharap pada media arus perdana atau hanya bergantung pada sidang media menteri. Rakyat hari ini tidak menunggu berita jam 8 malam. Mereka percaya pada apa yang pertama mereka lihat di Facebook dan TikTok.


Jika kita tidak menyebarkan versi kita lebih awal, mereka akan percaya versi musuh.


Oleh itu, Pakatan Harapan mesti:


Ada kalender naratif mingguan yang dikongsi ke semua jentera penerangan.


Latih penyokong akar umbi jadi pembawa suara parti di media sosial.


Galakkan penghasilan kandungan yang menyerang lawan dengan fakta dan sindiran.


5. Anak Muda Tidak Akan Menyokong yang Lembik


Generasi muda, yang akan menjadi penentu undi di PRU16, tidak mencari parti yang hanya bertahan. Mereka mencari parti yang berani, lantang dan kelihatan yakin.


Jika Pakatan Harapan terus bermain defensif, kita kelihatan lemah – dan anak muda tidak akan meletakkan harapan pada kekuatan yang tidak melawan.


Sebaliknya, jika kita tampil menyerang:


Mendedahkan hipokrasi politik lawan.


Menunjukkan lawan tidak konsisten, oportunis dan gagal ketika berkuasa.


Mengangkat suara rakyat biasa dan melawan ketidakadilan sosial.


Maka anak muda akan percaya bahawa Pakatan Harapan masih relevan dan masih berani.


6. Menyerang Bukan Tak Subur, Tapi Tanda Bernyawa


Sesetengah mungkin bimbang bahawa sikap ofensif boleh mengundang kecaman atau dilabel radikal.


Tapi dalam politik, yang diam itu dianggap setuju, yang lembik itu dianggap selesai.

Jika Pakatan Harapan mahu kembali menjuarai kepercayaan rakyat, kita mesti menunjukkan bahawa kita masih punya nyawa perjuangan


Pakatan Harapan tidak boleh masuk PRU16 dengan strategi PRU14. Media sosial bukan lagi tentang "menyampaikan maklumat", tetapi memenangi jiwa dan kepercayaan melalui naratif yang ofensif dan meyakinkan.


Sudah tiba masanya kita menyerang dengan fakta, dengan suara rakyat, dan dengan keyakinan bahawa kebenaran tidak akan menang jika tidak diperjuangkan secara lantang.


Jika Pakatan Harapan mahu menang di PRU16, kita mesti menukar strategi dari hari ini. Bukan tunggu bila fitnah datang, tapi kita yang kuasai perbualan.




CUBA BAYANGKAN JIKA TIDAK DITEGUR.

 

Hamdan Taha


Cuba tuan tuan bayangkan jika BN Kerajaan ketika ini, Ketua Hakim tidak di lantik lagi dan Hakim Hakim lain juga tak di lantik dan masa itu Dato Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Apa akan jadi ketika itu....


Ke 2. Cuba bayangkan kerajaan sekarang ni BN dan harga Disel tidak lagi ada sabsidi dan ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang, Apa akan jadi agaknya ketika itu...


Ke 3. Cuba bayangkan Kerajaaan sekarang ni BN dan tidak lantik Tan Sri Ayob Khan sebagai IGP, masa itu Dato Seri Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang, Agaknya apa Dato Seri Anwar Ibrahim akan kata ketika itu?


Ke 4. Cuba bayangkan PM dari BN keluar negara terlalu kerap dan masa itu Dato Seri Anwar Ibrahim ketua pembangkang, agaknya di atas pentas ceramah dia akan cakap apa?


Ke 5. Cuba bayangkan Umno adakan Pemilihan Parti dan Presiden Umno punya anak bertanding Ketua Pemuda sahaja bukan timbalan presiden, agak agak Dato Seri Anwar cakap apa di pentas ceramah, dan penyokong PH akan kata apa di media sosial agak agaknya lah.


Ke 6. Cuba Bayangkan Kerajaan Bn dan anak PM di lantik ke jawatan penasihat dan gaji 35 ribu sebulan dan dengan kemudahan, menantu pula di lantik di kazanah jawatan Timbalan Pengarah, ketika itu ketua pembangkang Anwar Ibrahim, agak agak di pentas ceramah dia akan cakap apa? Penyokong PH akan cakap apa di media sosial


Ke 7. Cuba bayangkan kerajaan bn naikkan cukai GST dari 6 ke 8 persen, Ketua Pembangkang Ketika itu Anwar Ibrahim, agaknya lah apa akan jadi? Penyokong pula akan buat apa...


Ke 8. Cuba Bayangkan Kerajaan Bn memerintah dan Agung berikan tahanan rumah kepada Anwar Ibrahim, tapi terjadi seperti apa yang Dato Najib alami sekarang, agak agak anwar akan kata apa, buat apa dan penyokong dia buat apa?


Ke 9. Cuba bayangkan Kerajaan Bn sekarang dan harga harga barang ada kenaikan seperti sekarang dan ketika itu Anwar Ibrahim jadi Ketua Pembangkang, agak agaknya apa dia akan kata di pentas ceramah dan apa penyokong Ph akan kata pada Kerajaan


Ke 10. Jika tuan baca ni tuan tambah le apa nak tambah... Haha




GESA PECAT, TAPI SENDIRI TAK BOLEH BERTANG PUN. KERUSI MILIK PARTI LAIN.. ALAHAIIII... KIOK JUGA

 


Tiba-tiba....


19 Ketua Cabang Johor tanpa jawatan Ahli Parlimen & ADUN buat gesaan gantung sementara Rafizi Rafizi Ramli  Rafizi Ramli  & 8 MP Zahir Hassan  Rodziah Ismail  Rodziah Ismail  Wong Chen  Nik Nazmi  Nik Nazmi Nik Ahmad  Muhammad Bakhtiar  MP Sungai Siput Kesavan Subramaniam ? Perlukah buat begitu? 


* MP dari Johor ialah Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu Bakar & Ledang Syed Ibrahim Syed Noh .





PRU 16 PKR Akan Menang 10 Kerusi Parlimen Sahaja!

GEMPAK! MANA GENERAL BARU MENGHILANG! DS RAFIZI RAMLI BALUN LEBAI PAS!

TERENGGANU NEGERI PERTAMA TERIMA BANTUAN TUISYEN PERCUMA

 

Saya kemudian ke Pasar Payang, yang juga dikenali sebagai Pasar Besar Kedai Payang, pusat pasaran tradisional ikonik bagi Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu.










Dengan tema “Pembangunan MADANI, Rakyat Sejahtera”, PMR 2025 Terengganu menampilkan usaha Kerajaan MADANI membangunkan infrastruktur inklusif seperti jalan, jambatan dan kemudahan awam, sambil memperkukuh nilai insaniah demi membentuk rakyat beretika, cakna dan bertanggungjawab.


Dalam ucapan, saya maklumkan Terengganu dipilih sebagai negeri pertama di bawah Program Tuisyen MADANI yang menerima peruntukan sebanyak RM5.27 juta melibatkan seramai 9,408 orang pelajar dengan kerjasama bantuan pengajar daripada guru-guru sekolah seramai 614 orang guru.


Saya percaya, inisiatif ini dapat membantu pelajar yang kurang berkemampuan agar tidak tercicir dalam pelajaran, mengurangkan jurang pendidikan, meningkatkan prestasi akademik selain satu pelaburan dalam pendidikan anak-anak untuk masa depan negara yang lebih sejahtera dan beretika.


Sebelum beredar, saya mengingatkan rakyat Terengganu agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas kononnya kerajaan Persekutuan tidak membangunkan negeri ini.


Hakikatnya, sebanyak 445 program dan projek bernilai RM1.836 bilion telah diluluskan di bawah RP5 RMK12, iaitu peningkatan RM239 juta berbanding tahun lalu.


Ini jelas membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat Terengganu terus diperkasa.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja


RAFIZI- KALAU TIDAK DITEGUR AKAN MEROSAKKAN PARTI- SOALNYA KENAPA TERLALU LAMA KEKOSONGAN HAKIM HAKIM INI DIBIARKAN. BILA DITEGUR KENA BUANG , JADI MACAM NAJIB LAH. BIL DITEGUR DIAMBIL TINDAKAN , BERMAKNA RAKYAT MELIHAT KITA BUAT KERJA

𝗣𝗮𝗿𝘁 𝟰: 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗧𝗮𝗸 𝗞𝗮𝗹𝗮𝗵. 𝗗𝗶𝗮 𝗗𝗶𝗽𝗶𝗻𝘁𝗮𝘀 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗿𝗰𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻.





Dubuk-dubuk dungu Damai sering ejek Rafizi “𝘥𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘩, 𝘮𝘦𝘳𝘰𝘺𝘢𝘯, 𝘮𝘰𝘷𝘦 𝘰𝘯.” Tapi hello… ini bukan cerita kalah pemilihan biasa, ini 𝙠𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙧𝙘𝙖𝙩𝙪𝙧𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙚𝙣𝙪𝙝 𝙩𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙨𝙤𝙖𝙡.


📌 𝗙𝗮𝗸𝘁𝗮 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮:


Rafizi menang Timbalan Presiden PKR tahun 2022 – selepas bertarung dan menewaskan Saifuddin Nasution, yang ketika itu disokong kuat oleh kem presiden.


Tapi dalam Pemilihan PKR 2025, Rafizi tidak bertanding semula.


Yang berlaku: catur masuk Nurul Izzah Anwar (NIA) ke gelanggang Timbalan Presiden tanpa pencabar.


> 𝙄𝙣𝙞 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 “𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙝”, 𝙞𝙣𝙞 “𝙠𝙚𝙧𝙪𝙨𝙞 𝙙𝙞𝙖𝙩𝙪𝙧 𝙠𝙤𝙨𝙤𝙣𝙜 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙉𝙄𝘼.”

Kalau kau masuk padang bola dan pihak lawan dah tiada, itu bukan “kemenangan bergaya”, itu “persembahan solo.”


⚖️ 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗿𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗖𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻


> "𝙈𝙤𝙫𝙚 𝙤𝙣" 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙙𝙞𝙠𝙖𝙩𝙖 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙡𝙖𝙬𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙞𝙩𝙪 𝙖𝙙𝙞𝙡.

Kalau kemenangan itu hasil rundingan belakang tabir dan manipulasi sistem, itu bukan kalah — itu 𝙥𝙚𝙣𝙞𝙥𝙪𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙠𝙣𝙤𝙠𝙧𝙖𝙩𝙞𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙡𝙪𝙩 𝙙𝙚𝙢𝙤𝙠𝙧𝙖𝙨𝙞."


Bila Rafizi dan Team HIRUK 𝙥𝙚𝙧𝙨𝙤𝙖𝙡 perkara ini, mereka bukan meroyan. Mereka 𝙢𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙟𝙚𝙡𝙖𝙨𝙖𝙣, bukan minta perhatian.


❗𝗖𝗼𝗻𝘁𝗼𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗰𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵𝗮𝗻:


Sistem blockchain yang kononnya telus, beri keputusan 𝟮𝟬 𝙟𝙖𝙢 𝙡𝙚𝙬𝙖𝙩?


Tiada pengumuman rasmi Rafizi tarik diri, tapi tiba-tiba diumumkan tiada pencabar untuk NIA?


Beberapa cabang yang kononnya ada undi — kenapa tak diumumkan secara rasmi?


Siapa dalang teknikal, siapa kontrol sistem, siapa yang dapat akses data pemilihan?


Ini bukan paranoia — ini soalan logik.

𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙩𝙖𝙠𝙙𝙚 𝙥𝙚𝙣𝙞𝙥𝙪𝙖𝙣, 𝙠𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙩𝙖𝙠𝙪𝙩 𝙖𝙪𝙙𝙞𝙩 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙪𝙠𝙖?


🔁 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻: 𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 “𝗞𝗮𝗹𝗮𝗵”?


𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙣𝙖𝙠 𝙗𝙖𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜, 𝙗𝙖𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙖𝙙𝙞𝙡.


📍 𝗡𝘂𝗿𝘂𝗹 𝗜𝘇𝘇𝗮𝗵 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 (𝗡𝗜𝗔):


𝙆𝙖𝙡𝙖𝙝 di kerusi Permatang Pauh, kerusi warisan Papa & Mama sejak era reformasi.


𝙆𝙖𝙡𝙖𝙝 dengan calon PAS, di kawasan majoriti penyokong PH.


𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙧𝙚𝙠𝙤𝙙 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙚𝙙𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙧𝙖𝙨𝙪𝙖𝙝 𝘽𝙉 sewaktu jadi MP.


𝙏𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙖𝙙𝙖 𝙥𝙤𝙧𝙩𝙛𝙤𝙡𝙞𝙤 𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙞 semasa, kini hanya penasihat ekonomi & kewangan kepada PM.


📍 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶:


𝗠𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 kerusi Pandan (PRU13) – 𝙧𝙖𝙢𝙥𝙖𝙨 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙈𝘾𝘼 yang pegang berdekad.


𝙏𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙖𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙍𝙐14 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙨𝙖𝙗𝙞𝙩𝙖𝙣 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙙𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙨 𝙉𝙁𝘾 – bukan rasuah peribadi, tapi kerana dedahkan penyelewengan dana awam.


𝙉𝙖𝙨𝙞𝙝𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝘿𝙎𝙒𝘼 𝙖𝙢𝙗𝙞𝙡 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙞 𝙋𝙖𝙣𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜.


PRU15: Bila layak bertanding, masuk semula ke Pandan, dan 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙟𝙤𝙧𝙞𝙩𝙞 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧.


Menjadi 𝙈𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙞 𝙀𝙠𝙤𝙣𝙤𝙢𝙞, bawa pelan 𝘼𝙮𝙪𝙝 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖, tumpu kepada 𝙧𝙚𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙨𝙞 𝙨𝙞𝙨𝙩𝙚𝙢, 𝙙𝙖𝙩𝙖-𝙙𝙧𝙞𝙫𝙚𝙣 𝙜𝙤𝙫𝙚𝙧𝙣𝙖𝙣𝙘𝙚, 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙩𝙧𝙪𝙠𝙩𝙪𝙧 𝙨𝙪𝙗𝙨𝙞𝙙𝙞.


❗𝗦𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿:


> 𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞 𝙙𝙞𝙝𝙪𝙠𝙪𝙢 𝙠𝙤𝙣𝙤𝙣 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙝, 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙉𝙄𝘼 𝙙𝙞𝙗𝙚𝙧𝙞 𝙡𝙖𝙡𝙪𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙤𝙡𝙖𝙝-𝙤𝙡𝙖𝙝 𝙩𝙖𝙠 𝙥𝙚𝙧𝙣𝙖𝙝 𝙜𝙖𝙜𝙖𝙡?


𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞 𝙋𝙚𝙧𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙋𝙖𝙪𝙝 𝙙𝙞𝙖𝙣𝙜𝙜𝙖𝙥 “𝙠𝙚𝙨𝙞𝙡𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙘𝙞𝙡”, tapi Rafizi yang tak tanding pun nak dicanang kalah dan meroyan?


📢 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗸 𝗦𝗲𝗿𝗼𝗻𝗴, 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵


𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙣𝙖𝙠 𝙘𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖, 𝙘𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝙗𝙞𝙖𝙧 𝙥𝙚𝙣𝙪𝙝.


𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙘𝙚𝙙𝙤𝙠 𝙨𝙚𝙥𝙖𝙧𝙪𝙝, 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡 𝙛𝙖𝙠𝙩𝙖 𝙡𝙖𝙞𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙩𝙤𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙢𝙥𝙖𝙝.


> Kita bukan balas sebab nak defend Rafizi membabi buta.

𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙗𝙖𝙡𝙖𝙨 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙠𝙖𝙢𝙪 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙞𝙣𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙣𝙞𝙥𝙪𝙡𝙖𝙨𝙞 𝙛𝙖𝙠𝙩𝙖 𝙨𝙚𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜-𝙩𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣.


Kalau kamu nak angkat NIA, angkatlah dengan 𝙘𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧.

𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙢𝙗𝙖𝙠 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙟𝙪𝙨𝙩𝙞𝙛𝙮 𝙥𝙚𝙡𝙖𝙣𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙋𝙈.

𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙠𝙖𝙢𝙪 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗 tentang sistem pemilihan yang dipersoal, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗹𝗶𝗵 𝗶𝘀𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗿𝗮𝘁𝗶𝗳 “𝗺𝗲𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵.”


🧭 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻:


𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙝 — dia dikeluarkan dari gelanggang.

Dan 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙙𝙞𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙤𝙖𝙡, 𝙙𝙞𝙖 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙬𝙖𝙣 — dia cuba jaga maruah institusi.

Kita di Team HIRUK 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨 𝙡𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙣𝙖𝙧𝙖𝙩𝙞𝙛 𝙥𝙖𝙡𝙨𝙪, 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙛𝙖𝙠𝙩𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧, 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥, 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙠𝙖𝙙 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙠 𝙜𝙚𝙣𝙩𝙖𝙧.


> 𝙉𝙖𝙠 𝙝𝙪𝙟𝙖𝙝? Mari berhujah.

𝙉𝙖𝙠 𝙚𝙟𝙚𝙠? Pergi playground.

𝙉𝙖𝙠 𝙡𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙛𝙖𝙠𝙩𝙖? Sediakan hujah, bukan slogan.

𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗻𝗱𝘂 𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗛𝗜𝗥𝗨𝗞 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻. 🎯


Tamat Part 4.


>>>

Leon Wen | Hiruk Kata...

Kami bukan pembenci, kami 𝙥𝙚𝙣𝙮𝙤𝙖𝙡.

Kami bukan pengampu, kami 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙨𝙖𝙠.

Kami bukan pemberontak, kami 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙖.

𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗛𝗜𝗥𝗨𝗞 — 𝘽𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜 𝘿𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙁𝙖𝙠𝙩𝙖, 𝘽𝙚𝙧𝙙𝙞𝙧𝙞 𝘿𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙋𝙧𝙞𝙣𝙨𝙞𝙥, 𝙏𝙖𝙠 𝙂𝙚𝙣𝙩𝙖𝙧 𝙋𝙖𝙙𝙖 𝙏𝙞𝙥𝙪 𝘿𝙖𝙮𝙖.




APAKAH RAFIZI AKAN HADIR PERTEMUAN PMX DGN AHLI-AHLI PARLIMEN PH 14 JULA...

BETUL KE BAWA PULANG HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN BOLEH MENGUATKAN UMNO?

DATO TAJUDDIN CERITA PASAL PMX ANWAR !

ISWARDY RESPON ANWAR JUMPA AHLI PARLIMEN BN,KENAPA ?

𝐖𝐇𝐘 𝐍𝐎𝐓 𝐉𝐔𝐒T 𝐅𝐈𝐑𝐄 𝐓𝐇𝐄𝐌? 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐑𝐞𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚


Faudsi Majid Al Yameni




Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sekadar satu entiti politik. Ia adalah simbol kepada perjuangan rakyat Malaysia menentang ketidakadilan dan penindasan sejak 1998. Lahir daripada semangat Reformasi yang menggoncang sistem, PKR membawa aspirasi rakyat untuk melihat sebuah Malaysia yang adil, telus, dan bebas daripada salah guna kuasa.


Namun setelah lebih dua dekad, ramai yang mula bertanya — adakah PKR masih memegang prinsip perjuangan asal, atau kini terperangkap dalam the very power structure it once vowed to dismantle?


𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐞𝐫𝐢𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐡 𝐤𝐞 𝐂𝐨𝐦𝐟𝐨𝐫𝐭 𝐙𝐨𝐧𝐞


Waktu parti ini berada di luar kerajaan, perjuangan sangat nyata. Ramai aktivis, pemimpin dan penyokong sanggup berdepan risiko — ditangkap, dituduh, malah dipukul kerana mempertahankan prinsip. Nama-nama seperti Anwar Ibrahim, Tian Chua, Rafizi Ramli dan ramai lagi menjadi suara keberanian.


Tetapi apabila PKR mula berada dalam kerajaan, situasi berubah. New faces started appearing — individuals who were never seen during the struggle, now positioning themselves in corridors of power. Mereka bercakap tentang perjuangan, tetapi tindak-tanduk menunjukkan sebaliknya.


Budaya oportunisme mula mengambil tempat. Power became the goal, not the means.


Maka timbul persoalan besar — adakah PKR masih menjadi parti rakyat, atau sudah mula berubah menjadi parti elitis yang hanya menjaga kepentingan dalaman?


𝐑𝐚𝐟𝐢𝐳𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐥𝐢: 𝐅𝐫𝐨𝐦 𝐇𝐞𝐫𝐨 𝐭𝐨 𝐓𝐚𝐫𝐠𝐞𝐭?


Kebimbangan ini semakin nyata apabila Rafizi Ramli — bekas Timbalan Presiden dan antara arkitek utama kemenangan Pakatan Harapan 2018 — mula dikritik hebat hanya kerana menyuarakan kebimbangan terhadap pelantikan Ketua Hakim Negara.


Isunya mudah: bagaimana pelantikan sebesar itu dibuat tanpa pemakluman awam yang jelas? Bukankah ini menyentuh soal integriti institusi kehakiman — benteng terakhir dalam sistem demokrasi?


Malangnya, suara Rafizi ini tidak diraikan. Instead, beberapa Ketua Cabang Johor mendesak agar beliau dikenakan tindakan disiplin, malah digantung keanggotaan.


Is dissent now forbidden in PKR?


Rafizi bukan pemimpin biasa. Beliau membina reputasi melalui keberanian, bukan kuasa. Beliau mendedahkan skandal besar seperti NFC dan 1MDB. Tetapi jika suara seperti Rafizi pun dianggap musuh, maka idealisme reformasi sedang menghadapi detik-detik terakhirnya.


𝐃𝐢𝐬𝐢𝐩𝐥𝐢𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡: 𝐇𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐦 𝐯𝐬 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐳𝐢


Lebih membimbangkan ialah sikap double standard dalam isu disiplin parti. Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang, juga sering mengkritik kerajaan secara terbuka. Tetapi tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap beliau.


Mengapa Rafizi ‘kena’, tapi Hassan ‘lepas’? Is it because Rafizi poses a greater political threat within the party?


Jika perbezaan pandangan dihukum selektif, dan tindakan disiplin hanya dijadikan senjata politik terhadap mereka yang tidak tunduk, maka parti ini bukan lagi reformis — tetapi meniru budaya parti yang pernah kita lawan.


𝐃𝐢 𝐌𝐚𝐧𝐚 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧?


Dalam keadaan parti sedang dilanda krisis keyakinan, satu lagi kekecewaan ialah the silence of the current Deputy President. Dalam suasana di mana prinsip sedang diuji, ketiadaan suara tegas dari barisan tertinggi parti amat mengecewakan.


Seorang pemimpin tidak boleh hanya muncul semasa selesa. Leadership is tested during storms, not sunshine. Dan jika pemimpin utama tidak berani bersuara ketika prinsip dikhianati, itu satu bentuk pengkhianatan terhadap amanah rakyat.


𝐑𝐞𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢: 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐌𝐚𝐭𝐢?


Persoalan paling penting sekarang — is Reformasi still alive, or has it died a slow death within the party?


Jika sebuah parti yang lahir atas semangat keberanian dan kebebasan bersuara kini menjadi ruang menekan suara sendiri, maka kita sedang menyaksikan sebuah transformasi tragik — dari gerakan rakyat kepada mesin kuasa.


Rakyat tidak setia kepada sejarah semata-mata. Mereka setia kepada prinsip yang kekal, integriti yang konsisten, dan keberanian yang tidak tunduk pada tekanan dalaman.


Tanpa itu semua, PKR hanya tinggal nama — satu jenama lama yang kini kehilangan isi.


𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚?


PKR hari ini sedang berdiri di persimpangan sejarah.

Di satu jalan, ada peluang untuk kembali kepada semangat asal — meraikan perbezaan, melawan budaya elit, dan menghidupkan kembali roh reformasi.

Di jalan satu lagi, ada risiko menjadi parti yang pernah kita tentang — senyap, takut, dan penuh kepura-puraan.


#ReformasiAtauRealiti  

#KebenaranBukanKesetiaan  

#PKRDiPersimpangan  

#ManaReformasi  

#SuaraRakyatDihukum  

#JanganMatiPrinsip  

#RafiziBukanMusuh  

#HidupAtauMatiReformasi  

#PartiUntukSiapa  

#KeadilanTanpaIntegriti  

#OportunisVsPejuang  

#BukanSekadarKuasa  

#KembalikanPKR  

#ReformasiBelumSelesai  

#SilentDeputy  

#DissentIsNotDisloyalty  

#FromHeroToTarget  

#ReformOrRot




PROGRAM BERSAMA RR


Iswardy Morny


Persediaan program berani semua bersama Rafizi Ramli


#rr

#Realreform






TAK PAYAH ULAS LA LEBAI LEBAI OOOIIII


Sham Ghaz



 Bila YB2 PAS dan BERSATU kupas bab OPR, saya geli hati baca tulisan versi Chat GPT mrka tu.


Realitinya purata pendapatan di Negeri Pas kuasai tercorot dari segi Pendapatan Per Kapita.


Nak sembang bab OPR konon, bab kukuhkan ekonomi, bagi peluang kerja dan sediakan basic Income pada rakyat pun kelaut.


Laporan terbaru Bank Dunia. Lima negeri mencapai status pendapatan tinggi. Pendapatan perkapita negeri paling tinggi iaitu Kuala Lumpur RM135.8k adalah 7.8 kali ganda negeri tercorot, Kelantan (RM17.3k).







PENGARAH YANG PUNYA HATI NURANI BAIK


 

BANTU JUGA GANU YA


 

APA PULAK GANTUNG…PECAT TERUS SAJALAH SEMBILAN AHLI PARLIMEN TU?


https://wrlr.blogspot.com/2025/07/patut-la-tak-ada-peluang.html?m=0

APA PULAK GANTUNG…PECAT TERUS SAJALAH SEMBILAN AHLI PARLIMEN TU?


12 July 2025


Seramai 19 Ketua Cabang PKR daripada Johor dilaporkan mendesak agar Rafizi Ramli dan lapan Ahli Parlimen parti itu  yang mengadakan sidang media mendesak kerajaan menubuhkan RCI berkaitan isu kehakiman baru-baru ini diambil tindakan disiplin.


Kumpulan itu menyifatkan tindakan sembilan wakil rakyat berkenaan – termasuk bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi – sebagai langkah di luar saluran parti, terutama ketika Presiden PKR merangkap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sedang dalam lawatan kerja luar negara.


“Tindakan mereka itu bukan sahaja melanggar disiplin dan etika parti malah memberi tanggapan buruk terhadap kepimpinan Perdana Menteri serta membuka ruang kepada manipulasi politik pihak lawan.


“Sebarang isu berkaitan dasar atau keprihatinan terhadap pentadbiran negara seharusnya disalurkan melalui platform dalaman parti seperti Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP),” kata mereka pada satu kenyataan.


Kumpulan 19 Ketua Cabang terbabit juga menganggap tindakan sembilan Ahli Parlimen itu sebagai “melangkaui batas disiplin parti dan bercanggah dengan kod tataetika anggota PKR”, sekali gus mencemarkan nama baik serta perpaduan dalaman parti.


“Sehubungan itu, kami dengan tegas menyeru Setiausaha Agung parti,  Fuziah Salleh, agar segera menggantung sementara keahlian kesemua sembilan Ahli Parlimen terlibat serta memulakan siasatan tatatertib menyeluruh melalui Jawatankuasa Disiplin Parti,” tambah mereka lagi.


Bermula dengan tampilnya Kumpulan 19 ini, adalah dipercayai selepas ini lebih ramai lagi pemimpin PKR yang tampil dengan desakan yang sama.


Lagi pun, sebagaimana Rafizi dilaporkan ditolak oleh hampir 200 Ketua Cabang PKR ketika pemilihan Mei lalu, maka tentulah mustahil jika suara 19 Ketua Cabang PKR itu tiada sambutan daripada pemimpin lain.


Tambahan lagi Rafizi sudah tiada jawatan dalam kerajaan dan tiada apa-apa  lagi dapat diharap daripadanya berbanding mempelihatkan sokongan kepada parti dan Perdana Menteri yang masih banyak ghanimah boleh diagih-agihkan.


Selain itu, kiranya tindakan diambil terhadap sembilan Ahli Parlimen PKR itu, peluang juga nantinya akan terbuka untuk pemimpin-pemimpin parti yang lain untuk bertanding pula di tempat mereka itu pada PRU16 akan datang.


Cumanya, alang-alang nak ambil tindakan disiplin, lebih baik sembilan Ahli Parlimen berkenaan dipecat terus saja daripada PKR berbanding sekadar hanya digantung keahlian.


Sama ada gantung atau pecat, kesannya tiada banyak pun bezanya.


Yang pasti, Rafizi dan lapan lagi Ahli Parlimen terbabit boleh dikata 120 peratus tidak lagi akan dicalonkan oleh PKR pada PRU16 akan datang berikutan tindakan mengadakan sidang media yang secara politiknya menggambarkan hilangnya kepercayaan mereka kepada Anwar selaku Perdana Menteri.


Dengan itu, buat apa digantung keahlian mereka?


Jangan dera mereka dengan hukuman yang menyiksa, lebih munasabah pecat terus agar Rafizi dan rakan-rakannya itu dapat mencari hala tuju baru dengan kebebasan yang mutlak.


Bila dipecat, ia semacam keputusan “win-win” juga dan selepas ini kedua-dua pihak bebas untuk bertarung semula.


 Itu barulah reformasi!! – ShahbudinHusin 12July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/apa-pulak-gantungpecat-sajalah-sembilan-ahli-parlimen-tu/



Selagi Jantung Berdenyut


Noraini



Apa sebab PMX perlu turun?...Sebelum jam 11 pagi ini lebih 10 ribu pengunjung hadir menanti PMX yang akan merasmikan Majlis Penutup Program Madani Rakyat di Pasar Payang , Kuala Terengganu.


PMX semakin mendonia  - Pembangkang pula semakin tersakiti


Ulusan  penuh dalam Jendela Madani

https://jendelamadani.net/2025/07/12/semakin-pmx-mendonia-pembangkang-makin-tersakiti/


***


Sudah lebih 50 ribu  pengunjung hadir di sini.


*Jumlah Pengunjung PMR 2025 Terengganu*


*10 Julai 2025 - Hari Pertama*

Jumlah pengunjung : 21,719 orang.


*11 Julai 2025 - Hari Kedua*

Jumlah pengunjung : 36,722 orang.








*12 Julai 2025 - Hari Ketiga*

10am: 8,422 orang

Jumlah pengunjung : 8,422 orang.


*Jumlah Terkumpul/ Keseluruhan*: 66,863 orang




NAKHARAP MEZAH MINYAK MASAK...LAMBAT LAGI LA ...


 

DARI NAMA BESAR KE CYTRO


 

JAGA JAGA NANTI ORANG KEDAH MAI CING


 

PN NAK AMBIL ALIH NEGARA ? JOM KITA LIHAT MEREKA NI DAH BERSEDIA ATAU BELUM.


 

ADAKAH MEREKA TIDAK LAYAK


 

NAK SURUH ANWAR TURUN...SELAMA NI APA YNG DIA BUAT BUTA LANGSUNG KAH ?


 

PEMIMPIN MELAYU MELALAK MELAYU TERTINDAS...TAPI HAKIKATNYA...

 



ISMET ULAM RAJA 




Ramai pemimpin Melayu hendakkan kita pasakkan minda. Katanya, kaum majoriti tertindas di Malaysia. Walau kita tuan tanah, kuasa ekonomi kita hilang. Diambil oleh “pendatang”.  


Walaupun selalu yang laung terpaling Melayu ini, sudah kaya raya 7 keturunan. Majorly bukan kerana membanting tulang. Tetapi kerana kontrak Kerajaan melalui proksi dan kroni. Untung Biliun2 mereka bilang. 


Secara rasmi, 10 orang terkaya di Malaysia, hanya seorang je Melayu dalamnya. 


Tetapi secara tidak rasmi, dalam senarai Pandora dan Panama Papers, harta Ismet Ulam Raja di luar negara, majoritinya Melayu yang punya, seketul dua sahaja lain bangsa. 


Buatkan kita terpikir. Patutlah ekuiti Melayu dalam Malaysia tak naik2. Hampa pi ikut Ismet rupanya. Dok melabur luar negara 😅 


********************


Bila depa kata Melayu tertindas di negara sendiri, tidak berharta lagi, I’m sure mereka tak kata kat diri sendiri. Mereka tujukan kepada kita, marhein yang di bawah sekali. Kita ini susah, makan pun payah. Maka perlu ada kami ini pejuang Melayu nak lindungi hampa! 


Tapi sebelum nak percaya, marilah kita tengok sejarah. 


Tanah Melayu ini secara total 446 tahun dijajah. Masa ini, kita hilang kuasa memerintah. 


83 tahun bawah British, fabrik sosial kita diganggu. Negeri Selat dan Bersekutu dipunggah dan diangkut hasilnya. Penduduk asal tak boleh buat apa. Dah jadi British yang punya. 


Bukan itu sahaja, dibawa influx pedagang dan peniaga. Dari India dan Cina. Buka kedai dan jual hasil bumi. Ada juga British dan Raja2 Melayu buat jadi rakan kongsi. Makanya apa yang terjadi? 


Ketika Merdeka, ekuiti atau pegangan harta dalam negara dikuasai bangsa asing. Kaum peribumi Melayu hanya pegang tak sampai 5%. Yang lain orang lain yang punya. Ya tika itu, kita hampir sudah hilang negara. 


Sampailah Merdeka dan lepas 13 Mei kita sedar. Nak duduk sama2, kek ekonomi pun kena saksama. 


Itulah yang menjadi dasar yang membawa kepada DEB. 


Dasar Bumiputera paling berjaya adalah ketika zaman Tun Razak. Beliau buat FELDA, MARA dan RISDA. Maka ramai Melayu jadi tuan tanah, pedagang dan peniaga. Zaman Tun M yang pentingkan biasiswa luar negara, buatkan ramai Melayu menjadi profesional. 


Makanya kalau tengok data yang ada, banding sejak merdeka, ada peningkatan keterlibatan Melayu dalam semua sudut dalam ekonomi. 


Namun kita punya seize mentality, sebab kita hilang negara sendiri punya lama, kita buat polisi yang menindas orang pula. Kita dahulukan kita. 


Ada orang kata tidak apa, depa yang lain boleh survive punya. Kita ni yang nak hilang negara. İni sudah jadi chip on our shoulder. Orang lain kita buat macam musuh pula. 


Sejujurnya, I think we are doing ok. Melayu makin mandiri, ada ekonomi sendiri. Berpendidikan lagi. Berbanding ketika lepas merdeka. Namun saya agree. Banyak lagi yang boleh dibaiki. 


**********************


Setengah pemimpin Melayu bising pasal ekuiti. Dari 5% ketika Merdeka ke 20% sekarang, tersasar dari target DEB. Itu mereka perlu tanya diri sendiri. 


Bilamana parti politiklah yang sebenarnya kuasai ekonomi. Dengan segala projek mega diberi kepada kroni dan jadi hasıl untuk parti. 


Dengan benarkan Alibaba bukan kepada bangsa sendiri. Dengan mereka mencari rakan kongsi dari lain bangsa. Depa pun masuk meniaga kontrak Kerajaan biliun2 dan ratus juta. 


Mereka pi salahkan marhein pula, malas dan kurang berjaya. Meniaga pun tak bijak mana. 


Kita pun boleh bertanya. Dengan berbilion hasil negara yang dicurahkan sekian lama. Untuk naikkan ekuiti peribumi, ke mana ia pergi sebenarnya? Adakah kocek kami atau kocek anda? 


Adakah salah kami pemalas dan tidak mahir. Atau pun anda yang kurang reti mentadbir? 


Dengan kes penyelewengan punya banyak, the proof is in the pudding. 


Saya letih dengar pemimpin Melayu kita mainkan sentimen bangsa. Mereka suka memandirkan kita. Agar kita pajak jiwa. Supaya mereka boleh buat apa saja. Yalahkan, Pentaksub takkan bersuara. 


Satu yang mereka takut sebenarnya. Bangsa yang boleh berfikir, kerana ketika itu segala pembodohan mereka akan berakhir. 


Moga Malaysia dikurniakan dengan lebih ramai pengundi bijak berbanding mereka yang dipajak otak. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



ISU AKAN DISELESAIKAN. KELEWATAN PERLANTIKAN BUKAN ISU YANG MERUNCING. RR PUN BUKAN NAK MENJATUHKAN. IANYA ZATU PERINGATAN SUPAYA KES DULU TIDAK BERULANG

 

Che Ibrahim.


Ambo tak nampak, dan ambo masih yakin Badan Kehakiman kita masih berintegriti, bebas dan telus, belum sampai ke tahap kemelut atau krisis Badan Kehakiman. 


Kelewatan perlantikan Hakim Hakim Atasan adalah kerana sebab sebab pentadbiran dan prosesnya masih diyakini. Petisyen mendesak kebebasan Badan Kehakiman hanyalah satu isu yang sengaja diada adakan.




ROH ROH ROH NEH NEH NEH..OTAK keruh tak pernah jernih..kiok

 

Adrian Lim Chee Ann


OPR naik, dia marah.

OPR turun, dia pun marah.


Betul lah Shahril Hamdan. Aset terbesar PMX dan Kerajaan Perpaduan ialah pembangkang yang tak function.


Ruh ruh ruh, neh neh neh.




DUIT KERAJAAN BAGI DAPAT BULAN BULAN.. MP PERMATANG PAUH BAGI BAJU FREE.. RAKYAT MINTA BANTUAN DIA BUAT BODO.. TURUN DEMO PALA BAPAK APA?


 

IDUP PIL KUDA.... ISLE... KIOK


 

WoOOIHHHH... NI BULOH KA BUTOH APA.ORANG KAMPUNG MARAH SANUSI


 

DULU DILANTIK PENGARAH SPRM ATAS KAPASITI APA?


 

REALITI PKR




Iswardy Morni Utama memanglah seorang #Realist #RR_RealReform yang buat keputusan berdasarkan FAKTA dan DATA. 


Meskipun Iswardy anggap Fasa #DAMAI dan #HIRUK dah selesai, sudah berlalu, hakikatnya TIDAK. Sebagai ahli parti beliau mahukan penyatuan. Kita faham.


Namun, seperti kata Faizal Rahman lukanya terlalu dalam. DSRR dan Team HIRUK ditikam dibelakang dan hulu pisau dipatahkan dibiarkan begitu sahaja dan disuruh "Move on".


Gelaran #HIRUK itu cara untuk membezakan REFORMIS TULEN dan ASAL dengan kumpulan dimonopoli Tikus2 Kartel, Pahlawan Jadi-jadian, Jagoan Kesiangan, ex MIC, ex PSM, ex macai, ex walatok, ex walargon, ex walaun & untit yakni #DAMAI CAI (NIApotisme).


Perkara ni akan berlarutan walau DSRR dah "Move on" sebab JPP PKR tidak beri keadilan kepada golongan MUSTAD'AFIN di bawah, di cabang2. 


Situ duduk..!!


-Zus Din

12072025


#DSRR

#HIRUK 

#GELOMBANG

#REFORMASI2.0



ANTARA MALAIKAT DAN SYAITAN.

Che Ibrahim. 




Syaitan adalah makhluk atau spesis jahat, dicipta semenjak azali untuk melakukan jahat. Takdak seekor pun spesis syaitan yang berjurus. 


Manakala malaikat pula adalah spesis baik, dicipta untuk melakukan kebaikan, tidak ada satu pun dari spesis malaikat ini yang jahat, semuanya berjurus. 


Sebab itu ada manusia yang sanggup memohon bantuan syaitan untuk melakukan kejahatan. Tidak ada manusia yang akan menerima bantuan syaitan dalam melakukan kebaikan. 


Apabila berada dalam situasi yang amat parah, bercelaru dan tidak menentu, kadang kadang kita terasa bantuan Allah semakin sukar, malaikat pun tidak bersedia untuk bersama kita, tetapi syaitan syaitan semakin merapat diri seolah olah kita amat berhajat kepadanya.



ADOIII LA.. AWAT HANGPA DOK PELEKEH MB SEMPOI KAMI NAK TANAM BULOH TEPI SG KOROK. JOM BACA.


Spark Nauza




Malas nak ulas sebenarnya.. tapi tah macam terbaca... Konon.. penyokong kerajaan ni suka kecam idea Sanusi.


Siapa yang kecam tu?..  kalau setakat 2-3 orang 14 orang kecam pun jangan la 'wrap' konon semua kecam sbb nak pertahan MB kami sempoi. 


Kalau tanya aku..aku setuju sangat la... Elok la tanam pokok dari teroka hutan bukit Enggang kan 


Tp tu la .kenapa dari dulu tak cadangkan.. tak buat .  kes kenderaan masuk sungai tu bukan baru jadi minggu lepas.


Lagi nak tanya.. dah abis kaji ke cadangan tu . Ke sepontan depan wartawan..


Ye la.. kata Sanusi..cara ni jimat . tapi dia cadang tinggikan dulu tebing. nak tinggikan tebing tu tang mana ' jimat kos'?.. 


Kena fikir jugak .lepas tanam.. berapa kos maintenance pulak nak keluarkan.. takkan nak biar bersemak je rumpun buluh tu ... Jadi tempat.. naga dinosaur ular sawa bersarang..


Nak selenggara bukan murah pun.  Nak kena lantik kontraktor la pulak..company mana pulak dapat ..tapi dgn keadaan Kewangan Negeri yg tak berapa... Errrrm . rasional ke cadangan ni.


Kemudian.. kena jelas..nak tanam Buluh jenis apa ?.. Buluh Pagar ke . Buluh lemang ke . camne .?.. kalau Buluh Pagar.. takat moto tevavas boleh la halang..tapi kalau kereta . tak guna jugak... Tp nampak la kesan Buluh kena tempuh kan..


Pilih jenis Buluh ni penting 

Kalau buluh lemang, betong, Buluh galah atau buluh semeliang . Jangan nnti habis kena kerat-kerat sudahlah . ..


Tepacak2 pulak tunggul Buluh tajam.. ko bayangkan je kereta atau moto terbabas.  negeri mat... gila vavi punya negeri 


Sbb tu nak buat tak senang macam bercakap.. bukan semua benda muncul dalam otak boleh terus terjemahkan 


Kang tanam buluh sepanjang sungai tu . Dah susah pulak nak buat penyelenggaraan sungai... Takkan nak biar buluh tu tak berjaya..dah Negeri seram2 sejuk pulak nak lalu nnti.


Kesimpulan . Aku sangat setuju kalau nk tanam pokok ke.. Buluh ke ... Pokok kurma ke Apa je la..


Kurang 2 sejuk sikit dunia ni.. tp biarlah kaji betul2 dulu..


Bukan takde rekod..Idea banyak2 nak bina itu ini.. tp sampai ke sudah litar lumba pun tak nampak grid line.. camne 


Bercakap memang senang.. aritu cakap nak kalih sungai.. biar penduduk Pulau Pinang takde air . . Sampai ke sudah tak buat2


Bercakap ..siapa siapa pun boleh cakap..  tapi buat lah



PATUT LA TAK ADA PELUANG



 Patut la berani, sebab PRU/PRN nanti mereka dah confirm tak dicalonkan. Parlimen/Dun yang PKR tak letak calon pun... kalau jadi calon pun kami #teamhiruk dah mark bakal tewas. 🤣🤣🤣




TIADA LAGI KARTEL.... SAYONARA


 

CUKUR BAGI PUAK NAJIB



 Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, Jabatan Peguam Negara akhirnya mengakui kewujudan titah addendum, semalam.





Ini sekali lagi mengesahkan, afidavit yang saya kemukakan kepada pihak mahkamah, bahawa saya mengetahui kewujudan titah ini adalah benar dan bukan bersifat ‘hear say’.


Memandangkan pihak Peguam Negara secara langsung atau tidak langsung mengakui keabsahan titah addendum ini, adalah wajar bagi proseding ini dihentikan dan titah ini dilaksanakan.


Jabatan Peguam Negara, Mahkamah dan semua pihak yang terlibat terutama pihak kerajaan perlu menjadi badan yang menjunjung konsep pengasingan kuasa, termasuk menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.


Saya secara peribadi dan juga mewakili rakyat Negeri Pahang berdoa agar Dato’ Sri Najib mendapat keadilan seperti yang terkandung dalam titah addendum tersebut.


Kepada Allah kami berserah.


YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail 

Naib Presiden UMNO

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang 

11 Julai 2025




𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝟗 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧: 𝐃𝐢𝐬𝐢𝐩𝐥𝐢𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐮𝐧𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐦𝐨𝐤𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧?


Faudsii Majid


Pada 11 Julai 2025, satu kenyataan media dikeluarkan oleh kumpulan akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Johor yang menggesa penggantungan keanggotaan sembilan Ahli Parlimen parti berikutan tindakan mereka mengadakan sidang media terbuka berkenaan isu pelantikan badan kehakiman. Mereka mendesak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan demi menjaga integriti institusi kehakiman negara. Kenyataan ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong dan pengkritik parti kerana ia melibatkan persoalan pokok: adakah tindakan Ahli Parlimen ini satu bentuk pengkhianatan terhadap parti, atau satu bentuk keberanian politik demi prinsip ketelusan?


Pertama sekali, perlu dinyatakan bahawa tindakan sembilan Ahli Parlimen PKR ini bukan bersifat sabotaj atau pengkhianatan, tetapi lebih merupakan satu tindakan berani untuk mempertahankan prinsip keadilan dan integriti institusi negara. Sebagai wakil rakyat, mereka bukan hanya bertanggungjawab kepada parti, tetapi juga kepada rakyat yang memilih mereka. Isu pelantikan badan kehakiman bukan isu remeh — ia menyentuh jantung kepada sistem demokrasi dan keadilan. Oleh itu, jika terdapat keraguan atau persoalan berkenaan ketelusan dalam proses pelantikan, maka gesaan untuk menubuhkan RCI adalah sesuatu yang wajar dan patut disokong, bukan dihukum.


Kenyataan akar umbi PKR menyatakan bahawa tindakan sembilan Ahli Parlimen ini melanggar beberapa peruntukan dalam Kod Etika Parti, termasuk kegagalan mematuhi saluran dalaman parti. Namun begitu, satu persoalan penting timbul: adakah saluran dalaman benar-benar berfungsi dan sedia mendengar pandangan yang berbeza, atau hanya sekadar platform untuk mengesahkan keputusan yang telah ditentukan oleh kepimpinan tertinggi? Dalam sejarah politik Malaysia, khususnya dalam PKR, banyak contoh menunjukkan bahawa suara-suara yang kritikal terhadap pucuk pimpinan sering kali disenyapkan atau dipinggirkan. Maka, tidak hairanlah jika sesetengah pemimpin memilih ruang awam untuk bersuara, terutamanya dalam isu melibatkan kepentingan nasional.


Kritikan juga harus diberikan terhadap pendekatan yang diambil oleh kumpulan Ketua Cabang dari Johor ini. Kenyataan mereka menekankan soal disiplin, kesetiaan dan imej parti, namun ia seakan-akan mengabaikan semangat reformasi yang menjadi asas penubuhan PKR sejak tahun 1999. Jika parti ini tidak lagi mampu menerima perbezaan pandangan dan menindas suara yang lantang, maka PKR berisiko berubah daripada parti reformasi kepada sebuah organisasi politik yang rigid, autoritarian dan hanya mengutamakan kesetiaan membuta tuli. Dalam demokrasi yang sihat, perbezaan pandangan bukan sahaja dibenarkan, malah disambut sebagai sebahagian daripada proses semak dan imbang.


Tambahan pula, kenyataan media ini hanya ditandatangani oleh pemimpin cabang dari satu negeri sahaja — Johor. Ini menimbulkan persoalan: adakah ini benar-benar suara seluruh akar umbi nasional, atau hanya gerakan kecil yang dipacu oleh kepentingan politik wilayah tertentu? Dalam konteks pemilihan parti yang semakin hampir, tidak mustahil wujud unsur-unsur percaturan politik dalaman untuk melemahkan tokoh-tokoh yang dilihat berpengaruh atau berpotensi mencabar status quo dalam parti.


Dari sudut undang-undang parti, memang benar bahawa peraturan mesti dihormati. Namun undang-undang dan kod etika juga tidak boleh digunakan secara selektif dan bermotif politik. Jika disiplin hanya ditegakkan kepada pihak yang tidak sehaluan dengan pimpinan, maka ini bukan disiplin — ini adalah intimidasi politik. Maka, seruan untuk menggantung sembilan Ahli Parlimen ini harus dilihat secara kritis, kerana ia mungkin lebih bersifat politik daripada semangat keadilan yang sebenar.


Kesimpulannya, kenyataan media yang dikeluarkan oleh akar umbi PKR dari Johor ini walaupun beralaskan semangat disiplin parti, dilihat gagal menangani isu pokok yang lebih besar iaitu integriti institusi kehakiman dan kebebasan bersuara dalam parti. Sebuah parti yang lahir daripada semangat reformasi tidak boleh takut kepada perbezaan pandangan. Sebaliknya, ia harus membina budaya politik yang matang, terbuka, dan sedia menilai teguran sebagai tanda sayang, bukan ancaman. PKR perlu kembali kepada akar perjuangannya — untuk memperjuangkan keadilan, bukan membungkam suara yang memperjuangkannya.


#KeadilanUntukSemua  

#ReformasiTidakBisu  

#TegakkanKeadilan  

#JanganBungkamSuara  

#DisiplinBukanSenjata  

#PolitikMatang  

#DemokrasiDalamParti  

#ReformasiBukanRetorik  

#SuaraRakyatSuaraKeadilan  

#IntegritiInstitusi

#SembilanBersuara  

#SembilanDipertikai  

#SembilanUntukReformasi  

#SolidaritiSembilan  

#KamiBersama9  

#9DemiIntegriti  

#SembilanTidakDerhaka



DAP PERLU SOKONG

 

Ustaz Al Asri


Democratic Action Party  bakal hilang banyk undi urban jika tak sign usul yg dibawak Rafizi Ramli .


Anthony Loke Siew Fook harap maklum ye!!..




𝗣𝗮𝗿𝘁 𝟰: 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗧𝗮𝗸 𝗞𝗮𝗹𝗮𝗵. 𝗗𝗶𝗮 𝗗𝗶𝗽𝗶𝗻𝘁𝗮𝘀 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗿𝗰𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻.

 

Leon Wen



Dubuk-dubuk dungu Damai sering ejek Rafizi “𝘥𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘩, 𝘮𝘦𝘳𝘰𝘺𝘢𝘯, 𝘮𝘰𝘷𝘦 𝘰𝘯.” Tapi hello… ini bukan cerita kalah pemilihan biasa, ini 𝙠𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙧𝙘𝙖𝙩𝙪𝙧𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙚𝙣𝙪𝙝 𝙩𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙨𝙤𝙖𝙡.


📌 𝗙𝗮𝗸𝘁𝗮 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮:


Rafizi menang Timbalan Presiden PKR tahun 2022 – selepas bertarung dan menewaskan Saifuddin Nasution, yang ketika itu disokong kuat oleh kem presiden.


Tapi dalam Pemilihan PKR 2025, Rafizi tidak bertanding semula.


Yang berlaku: catur masuk Nurul Izzah Anwar (NIA) ke gelanggang Timbalan Presiden tanpa pencabar.


> 𝙄𝙣𝙞 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 “𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙝”, 𝙞𝙣𝙞 “𝙠𝙚𝙧𝙪𝙨𝙞 𝙙𝙞𝙖𝙩𝙪𝙧 𝙠𝙤𝙨𝙤𝙣𝙜 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙉𝙄𝘼.”

Kalau kau masuk padang bola dan pihak lawan dah tiada, itu bukan “kemenangan bergaya”, itu “persembahan solo.”


⚖️ 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗿𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗖𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻


> "𝙈𝙤𝙫𝙚 𝙤𝙣" 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙙𝙞𝙠𝙖𝙩𝙖 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙡𝙖𝙬𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙞𝙩𝙪 𝙖𝙙𝙞𝙡.

Kalau kemenangan itu hasil rundingan belakang tabir dan manipulasi sistem, itu bukan kalah — itu 𝙥𝙚𝙣𝙞𝙥𝙪𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙠𝙣𝙤𝙠𝙧𝙖𝙩𝙞𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙡𝙪𝙩 𝙙𝙚𝙢𝙤𝙠𝙧𝙖𝙨𝙞."


Bila Rafizi dan Team HIRUK 𝙥𝙚𝙧𝙨𝙤𝙖𝙡 perkara ini, mereka bukan meroyan. Mereka 𝙢𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙟𝙚𝙡𝙖𝙨𝙖𝙣, bukan minta perhatian.


❗𝗖𝗼𝗻𝘁𝗼𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗰𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵𝗮𝗻:


Sistem blockchain yang kononnya telus, beri keputusan 𝟮𝟬 𝙟𝙖𝙢 𝙡𝙚𝙬𝙖𝙩?


Tiada pengumuman rasmi Rafizi tarik diri, tapi tiba-tiba diumumkan tiada pencabar untuk NIA?


Beberapa cabang yang kononnya ada undi — kenapa tak diumumkan secara rasmi?


Siapa dalang teknikal, siapa kontrol sistem, siapa yang dapat akses data pemilihan?


Ini bukan paranoia — ini soalan logik.

𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙩𝙖𝙠𝙙𝙚 𝙥𝙚𝙣𝙞𝙥𝙪𝙖𝙣, 𝙠𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙩𝙖𝙠𝙪𝙩 𝙖𝙪𝙙𝙞𝙩 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙪𝙠𝙖?


🔁 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻: 𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 “𝗞𝗮𝗹𝗮𝗵”?


𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙣𝙖𝙠 𝙗𝙖𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜, 𝙗𝙖𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙖𝙙𝙞𝙡.


📍 𝗡𝘂𝗿𝘂𝗹 𝗜𝘇𝘇𝗮𝗵 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 (𝗡𝗜𝗔):


𝙆𝙖𝙡𝙖𝙝 di kerusi Permatang Pauh, kerusi warisan Papa & Mama sejak era reformasi.


𝙆𝙖𝙡𝙖𝙝 dengan calon PAS, di kawasan majoriti penyokong PH.


𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙧𝙚𝙠𝙤𝙙 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙚𝙙𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙧𝙖𝙨𝙪𝙖𝙝 𝘽𝙉 sewaktu jadi MP.


𝙏𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙖𝙙𝙖 𝙥𝙤𝙧𝙩𝙛𝙤𝙡𝙞𝙤 𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙞 semasa, kini hanya penasihat ekonomi & kewangan kepada PM.


📍 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶:


𝗠𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 kerusi Pandan (PRU13) – 𝙧𝙖𝙢𝙥𝙖𝙨 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙈𝘾𝘼 yang pegang berdekad.


𝙏𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙖𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙍𝙐14 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙨𝙖𝙗𝙞𝙩𝙖𝙣 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙙𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙨 𝙉𝙁𝘾 – bukan rasuah peribadi, tapi kerana dedahkan penyelewengan dana awam.


𝙉𝙖𝙨𝙞𝙝𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝘿𝙎𝙒𝘼 𝙖𝙢𝙗𝙞𝙡 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙞 𝙋𝙖𝙣𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜.


PRU15: Bila layak bertanding, masuk semula ke Pandan, dan 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙟𝙤𝙧𝙞𝙩𝙞 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧.


Menjadi 𝙈𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙞 𝙀𝙠𝙤𝙣𝙤𝙢𝙞, bawa pelan 𝘼𝙮𝙪𝙝 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖, tumpu kepada 𝙧𝙚𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙨𝙞 𝙨𝙞𝙨𝙩𝙚𝙢, 𝙙𝙖𝙩𝙖-𝙙𝙧𝙞𝙫𝙚𝙣 𝙜𝙤𝙫𝙚𝙧𝙣𝙖𝙣𝙘𝙚, 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙩𝙧𝙪𝙠𝙩𝙪𝙧 𝙨𝙪𝙗𝙨𝙞𝙙𝙞.


❗𝗦𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿:


> 𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞 𝙙𝙞𝙝𝙪𝙠𝙪𝙢 𝙠𝙤𝙣𝙤𝙣 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙝, 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙉𝙄𝘼 𝙙𝙞𝙗𝙚𝙧𝙞 𝙡𝙖𝙡𝙪𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙤𝙡𝙖𝙝-𝙤𝙡𝙖𝙝 𝙩𝙖𝙠 𝙥𝙚𝙧𝙣𝙖𝙝 𝙜𝙖𝙜𝙖𝙡?


𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞 𝙋𝙚𝙧𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙋𝙖𝙪𝙝 𝙙𝙞𝙖𝙣𝙜𝙜𝙖𝙥 “𝙠𝙚𝙨𝙞𝙡𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙘𝙞𝙡”, tapi Rafizi yang tak tanding pun nak dicanang kalah dan meroyan?


📢 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗸 𝗦𝗲𝗿𝗼𝗻𝗴, 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵


𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙣𝙖𝙠 𝙘𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖, 𝙘𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝙗𝙞𝙖𝙧 𝙥𝙚𝙣𝙪𝙝.


𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙘𝙚𝙙𝙤𝙠 𝙨𝙚𝙥𝙖𝙧𝙪𝙝, 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡 𝙛𝙖𝙠𝙩𝙖 𝙡𝙖𝙞𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙩𝙤𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙢𝙥𝙖𝙝.


> Kita bukan balas sebab nak defend Rafizi membabi buta.

𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙗𝙖𝙡𝙖𝙨 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙠𝙖𝙢𝙪 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙞𝙣𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙣𝙞𝙥𝙪𝙡𝙖𝙨𝙞 𝙛𝙖𝙠𝙩𝙖 𝙨𝙚𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜-𝙩𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣.


Kalau kamu nak angkat NIA, angkatlah dengan 𝙘𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧.

𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙢𝙗𝙖𝙠 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙟𝙪𝙨𝙩𝙞𝙛𝙮 𝙥𝙚𝙡𝙖𝙣𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙋𝙈.

𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙠𝙖𝙢𝙪 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗 tentang sistem pemilihan yang dipersoal, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗹𝗶𝗵 𝗶𝘀𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗿𝗮𝘁𝗶𝗳 “𝗺𝗲𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵.”


🧭 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻:


𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙝 — dia dikeluarkan dari gelanggang.

Dan 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙙𝙞𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙤𝙖𝙡, 𝙙𝙞𝙖 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙬𝙖𝙣 — dia cuba jaga maruah institusi.

Kita di Team HIRUK 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨 𝙡𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙣𝙖𝙧𝙖𝙩𝙞𝙛 𝙥𝙖𝙡𝙨𝙪, 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙛𝙖𝙠𝙩𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧, 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥, 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙠𝙖𝙙 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙠 𝙜𝙚𝙣𝙩𝙖𝙧.


> 𝙉𝙖𝙠 𝙝𝙪𝙟𝙖𝙝? Mari berhujah.

𝙉𝙖𝙠 𝙚𝙟𝙚𝙠? Pergi playground.

𝙉𝙖𝙠 𝙡𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙛𝙖𝙠𝙩𝙖? Sediakan hujah, bukan slogan.

𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗻𝗱𝘂 𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗛𝗜𝗥𝗨𝗞 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻. 🎯


Tamat Part 4.


>>>

Leon Wen | Hiruk Kata...

Kami bukan pembenci, kami 𝙥𝙚𝙣𝙮𝙤𝙖𝙡.

Kami bukan pengampu, kami 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙨𝙖𝙠.

Kami bukan pemberontak, kami 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙖.

𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗛𝗜𝗥𝗨𝗞 — 𝘽𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜 𝘿𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙁𝙖𝙠𝙩𝙖, 𝘽𝙚𝙧𝙙𝙞𝙧𝙞 𝘿𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙋𝙧𝙞𝙣𝙨𝙞𝙥, 𝙏𝙖𝙠 𝙂𝙚𝙣𝙩𝙖𝙧 𝙋𝙖𝙙𝙖 𝙏𝙞𝙥𝙪 𝘿𝙖𝙮𝙖.