KOMEN PAKAIAN PM KENYATAAN UMUM, JANGAN ‘SENTAP’


KEPUTUSAN RASMI JAWATAN PEMILIHAN PKR MINGGU INI


NILAI TANAH LEBIH RM 4 JUTA ?





Maafkan saya.


Posting semalam saya tertinggal masukkan salinan geran tanah milik Madinatul Ilmi. Di mana abang se orang Exco Kelantan adalah antara pengarahnya.


Saya masukkan pagi ini. Untuk menghilangkan keraguan pihak yg tak habis-habis ragu.


Alang-alang tambah posting semalam - elok juga kita tanya berapa nilai tanah ini?


Letaknya tepi jalan besar Kota Bharu - Kuala Krai. Kampung Kubur Minah, Mukim Pemanok. 


Katakan setiap ekar nilainya RM 300,000. Untuk 14 ekar, nilainya RM 4.2 juta!


Wow!


Kalau lebih dari RM 300,000 se ekar?


Nanti ada yang tanya, kenapa pula 14 ekar. Bukan semalam tulis 16 ekar.


Masa lulus 16 ekar. Dipulang balik sekitar 2 ekar. 


Untuk nilaian, kita guna angka 14 ekar.


Tapi kena ingat. Isu utama yg saya bangkitkan ialah : KENAPA PERMOHONAN TANAH RAKYAT MISKIN TAK DILAYAN?


Tanah rakyat dah teroka lama dirampas begitu saja. Jadi milik taukeh luar Kelantan. Terlalu banyak bukti dan kes.


Tanah yg diduduki lama oleh rakyat sebelum wujudnya PKINK pun dirampas tanpa pampasan sewajar. Rujuk kes Jalan Atas Paloh Kota Bharu.


Rakyat tersebut pula sebaliknya menerima kacau ganggu kata-kata yg menghina.


HENTIKAN SEMUA KERAKUSAN DAN KESOMBONGAN ITU. HENTIKAN KETIDAK ADILAN. HENTIKAN MENGAMBIL KESEMPATAN.


Itu saja tugas saya dan Save Kelantan.


HUSAM MUSA 

29 Jun 2022


#SaveKelantan 

#SelamatkanKelantan



Filem Mat Kilau yang setakat ini mencatat kutipan RM12.8 juta rupanya belum balik modal...

 Filem Mat Kilau yang setakat ini mencatat kutipan RM12.8 juta rupanya belum balik modal...


Tadi aku terbaca ulasan Mawi yang menjelaskan, sebanyak 25% (RM3.2 juta) daripada jumlah kutipan perlu diserahkan kepada kerajaan sebagai cukai hiburan.


Bakinya (RM9.6 juta) pula perlu dibahagi 2 dengan pawagam iaitu RM4.8 juta. Jadi filem yang menelan belanja RM8 juta ini perlukan lagi RM3.2 juta untuk balik modal.


Berdasarkan perkiraan aku, filem Mat Kilau perlu catat kutipan sebanyak RM22 juta barulah boleh untung iaitu kira-kira RM8.25 juta setelah ditolak cukai hiburan dan bayaran pawagam.


Wow... Patutlah susah sangat nak tengok syarikat filem tempatan keluarkan filem bermutu. Sebab nak keluarkan modal kasar pun, kutipan kena berganda baru boleh untung.


Aku rasalah, kutipan 25% cukai hiburan adalah terlalu tinggi untuk filem tempatan. Kalau kerajaan nak bantu industri filem tempatan, mungkin boleh kurangkan sedikit jumlah peratusan cukai yang perlu dibayar.


Sebab filem kita bukan dipasarkan di luar negara pun. Berapa sangatlah kutipan? Kalau berterusan begini, memanglah syarikat tempatan  akan lebih cenderung keluarkan filem seperti Sembelit 11.


Tentang bayaran pawagam, susah nak komen sebab itu deal antara syarikat filem dan pawagam sendiri. Lagipun tak ada pilihan. Kalau tak setuju, tak dapat slot.


Itu belum kira rasuah yang kena bayar untuk dapat slot masa yang sesuai. Tak pastilah kena rasuah atau tidak tapi kemungkinan itu ada.


Banyak betul cukai yang kerajaan kutip. Sana sini cukai. Tapi hujung hujung, tarik balik subsidi sebab kerajaan tak cukup duit. Entah ke manalah duit cukai semua tu.


Senanglah jadi kerajaan macam ni. Bila rakyat buat duit, dia hentam cukai. Bila rakyat susah, dia pejam mata. Bila duit dah habis dia belanja, dia potong subsidi untuk rakyat 


Akhirnya, rakyat jadi miskin. Pemimpin boleh pakai baju harga ribu riban, rakyat nak beli t-shirt pagoda pun fikir 14 kali. Kalau tahu begini, aku pun nak jadi perdana menteri.


Itulah nasib kita. Negara lain kutip cukai tinggi tapi harga barangan keperluan kekal rendah. Negara kita kutip cukai kemain banyak, harga barangan makin meningkat.


Untuk apa ada kerajaan, aku pun tak tahu. Orang lain ada kerajaan untuk sejahterakan hidup rakyat. Kita ada kerajaan untuk bikin sengsara. Nasiblah... Guane boh?


 

Raja Gelap



FENOMENA RALITI DAN PELESU..KAH..KAH..KAH



TAK LEH PAKAI ....IKUT SEDAP MULUT SAJA LEBAI NI...UTUNG DIA SOKONG ..RASA TAK UNTUNG DIA KELUARKAN FATWA LA BAGAI....

 

Terbuka terima cadangan PRU15 awal, petanda PAS akan tinggalkan PN, kata penganalisis





Langkah PAS seterusnya bergantung kepada apa yang menjadi
 keutamaan parti itu untuk PRU15, menurut penganalisis.

PETALING JAYA: Penganalisis membuat spekulasi bahawa PAS sudah bersedia untuk bergerak secara solo pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, ini dapat dilihat menerusi pengisytiharan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa parti itu terbuka kepada idea PRU awal.

Kenyataan Hadi itu, katanya, boleh ditafsirkan sebagai parti itu menjarakkan diri daripada sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN), Bersatu, yang tidak mahu PRU diadakan sebelum masanya.

“Dengan cadangan dari dalam parti untuk menggunakan logo sendiri, ditambah kenyataan Hadi bahawa parti itu tiada masalah jika PRU15 disegerakan, ini membayangkan PAS tidak sehaluan dengan kehendak Bersatu,” katanya kepada FMT.

Jumaat lepas, Hadi berkata, walaupun secara dasarnya PAS bersetuju PRU15 patut diadakan pada akhir penggal Parlimen, ia boleh disegerakan jika timbul keperluan bagi kerajaan yang lebih kukuh.

Azmi Hassan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pandangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa masa terbaik untuk mengadakan PRU15 adalah pada Julai 2023.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cadangan sesetengah pihak dalam PAS supaya parti itu menggunakan logo sendiri pada PRU15, Hadi berkata, itu hanyalah pandangan peribadi mereka.

Setakat ini, parti masih menggunakan logo Perikatan Nasional (PN), tambahnya.

Azmi memberi amaran, jika PAS bertanding sendirian pada PRU15, ia mungkin melemahkan peluangnya kerana perlu bersaing dengan Umno dan Bersatu untuk meraih undi Melayu.

Katanya, apa yang terbaik untuk PAS dalam menghadapi PRU15 adalah menghidupkan semula gabungannya dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Bagaimanapun, katanya, Umno tiada sebab untuk bekerjasama dengan PAS pada peringkat ini.

Beliau berkata, jika perlu bekerjasama dengan Bersatu, PAS wajar menggunakan logo sendiri memandangkan panji PN tidak akan memberi sebarang nilai tambah, merujuk kepada prestasi buruk ditunjukkan dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka serta Johor.

Seorang lagi penganalisis, Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata, langkah PAS seterusnya akan bergantung kepada apa yang menjadi keutamaan parti itu untuk PRU15.

“Jika ia mahu kekal mempunyai suara dalam kerajaan persekutuan, lebih baik jika kekal bersama Umno,” katanya.

“Namun ini juga akan membuka ruang untuk Umno terlibat dalam kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah,” katanya kepada FMT.

Sebaliknya, katanya, jika keutamaan PAS lebih kepada untuk mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri seperti sekarang, lebih masuk akal untuk menggunakan logo sendiri.

Takkan tiada seorang pun layak jadi Perdana Menteri?

 June 29, 2022



AKU TAK RASA RAKYAT INDON AKAN KATA JOKOWI IKUT YAHUDI KALAU US NAK MELABUR DINEGARA MEREKA-KALAU MALAYSIA ....MMMMMM


DARI TEITTER BINGGER BALL


@jokowi

bersama pak

@JoeBiden

& Macron Mana PM Malaysia

@IsmailSabri60

?? Tk di jemput ke G7 summit?











 

Lembaga Displin UMNO boleh siasat Tajuddin jika ada aduan - Ahmad Zahid: SAIASAT TU PUN ADA MOTIF JUGAK GAMAKNYA


Firdaus Azil
Lembaga Displin UMNO boleh siasat Tajuddin jika ada aduan - Ahmad Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (kanan) boleh disiasat oleh Lembaga Displin UMNO berhubung kenyataannya yang dilihat mengkritik parti, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman boleh disiasat oleh Lembaga Displin UMNO berhubung kenyataannya yang dilihat mengkritik parti, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Bagaimanapun, jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, keadaan itu bergantung jika ada ahli parti yang membuat laporan kepada Lembaga Disiplin terhadap Tajuddin.
Jika siasatan selesai dilakukan, Ahmad Zahid berkata, terpulang kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk memutuskan jenis tindakan terhadap Tajuddin.
"Saya juga menghormati pelbagai parti, di mana di sana terdapat Lembaga Disiplin. Jika Lembaga Disiplin dapat laporan atau permintaan atau sebarang siasatan untuk sesuatu tindakan dilakukan, maka apa juga saranan oleh Lembaga Disiplin itu akan dipertimbang dan akan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi,” katanya lagi.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menghadiri prosiding berhubung perbicaraannya tentang Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini hari ini.
Terdahulu bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditanya mengenai kenyataan Tajuddin yang menggesa terdapat usaha mengumpulkan akuan bersumpah (SD) bagi memberi sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu.
Selain itu Tajuddin juga menggesa agar Ahmad Zahid berundur dan memberi peluang kepada individu lain untuk memimpin UMNO.
Tajuddin, yang juga bakal Duta Besar Malaysia ke Indonesia membuat dakwaan tersebut dalam satu sidang media semalam yang dilihat pemerhati politik melihat sebagai tindak balas terhadap keputusan Ahmad Zahid menggugurkan beliau sebagai Ahli MKT pada minggu lepas.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Tajuddin dahulu hanya dilantik ke dalam MKT UMNO berdasarkan budi bicaranya selaku Presiden dan mengikut klausa Perlembagaan parti.
Katanya lagi, terpulang kepada ahli parti untuk menilai sejauh mana kebenaran dakwaan tajuddin.g
"Bagi saya apa saja yang dinyatakan oleh beliau sama ada tidak benar ataupun terdapat sedikit kebenaran, saya serahkan kepada ahli UMNO terutama di akar umbi untuk membuat penilaian yang sewajarnya terhadap kedudukan seseorang itu sebagai anggota MKT,” tegas Ahmad Zahid lagi.

Bukti Pedang Pemberian Tokku Paloh Kepada Datuk Bahaman Dari Catatan Hug...



Terdapat catatan daripada Sir Hugh Clifford mengenai pemberian Tokku Paloh kepada para pahlawan Pahang iaitu Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau ketika mereka berundur ke Negeri Terengganu dan berlindung di sana.




FADZIL HJ AZIZ

TAHUKAH ANDA | Operasi Memburu Datuk Bahaman, Mat Kilau & Tok Gajah berlangsung dari 1895 hingga 1896.

Pegawai Penjajah British dengan restu pihak istana iaitu Hugh Clifford ditugaskan untuk memburu mereka.

Misi bermula dari Pahang merentasi Terengganu, Kelantan hingga ke sempadan Patani.

Berdasarkan catatan penjajah dan Hugh Clifford sendiri, operasi dibantu oleh:-

1. Dua pegawai Melayu iaitu

- Syed Husin

- Syed Seman

2. R.W.Duff – Superintendent Polis Pahang

- 40 Anggota Dayak dan lapan Anggota Sikh

- Pasukan Bantuan 250 orang Melayu Pahang

3. Dr. A. B. Jesser Coope iaitu Residency Surgeon Pahang bertindak selaku Pegawai Perubatan dalam misi tersebut

4. Dua orang wakil Kerajaan Siam

- Luang Visudh Parihar (Luang Swat)

- Luang Sevasti Borirom

Ekspedisi bermula dari Kuala Tembeling hingga ke Pasir Rawa.di Tanah Merah, Kelantan.

Ia mengambil masa selama 3 bulan dengan belanja sekitar 5,000 ringgit.

Datuk Bahaman, Mat Kilau & Tok Gajah berundur bukanlah kerana takutkan British.

Sebaliknya mereka memilih hidup di tempat baharu dengan nama baharu kerana sedar wujudnya ramai pengkhianat bangsa Melayu yang gemar makan dedak pada masa itu.

Bukan sahaja British yang memburu mereka malah pihak istana turut menghantar orangnya juga.

Mat Kilau telah di’cop’ sebagai penderhaka oleh pihak Istana, British dan kuncu-kuncunya.

Beliau terpaksa mengasingkan dirinya sebelum menetap di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya beberapa kali dan akhirnya memakai nama Mat Siam.

Pada Disember 1969, Allah menggerakkan hati Mat Kilau untuk menzahirkan dirinya yang sebenar.

Ketika itu beliau memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dengan nama Mohamad Bin Ibrahim.

Bagi mengelakkan publisiti, beliau bersetuju untuk mengumumkan di kampung kelahirannya iaitu di Kampung Masjid, Pulau Tawar.

Pahlawan Melayu ini pergi ke Masjid lama Kampung Tawar, Jerantut untuk bersolat Jumaat pada 26 Disember 1969.

Usai solat, beliau membaca al Quran dan mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan ini menggemparkan orang ramai sehinggalah kerajaan Pahang terpaksa menubuhkan sebuh jawatan kuasa untuk menyiasat.kesahihannya.

Jawatan kuasa ini dibentuk pada 8 Januari 1970 dan pelbagai mekanisma telah dilakukan termasuklah temuramah dengan beberapa individu yang berkaitan.

Pada 6 Ogos 1970, jam 10.30 pagi, Mat Siam diisahkan sebagai Mat Kilau oleh kerajaan negeri.

Mat Kilai meninggal dunia empat hari kemudian pada usia 122 tahun kerana uzur.

Hakikatnya, keturunan tali barut dalam kalangan orang Melayu wujud sampai hari ini.

Mereka bijak bermuka-muka termasuk berkeris dan bertanjak dengan menunggang agama dan bangsa.

Jadi berwaspadalah wahai Melayu.

Rujukan:

1. A Journey through the Malay States of Trengganu and Kelantan.1897. Hugh Clifford

2. Expedition to Trengganu and Kelantan.Khoo Kay Kim and Hugh Clifford.JMBRAS, Vol. 34, No. 1 (193), Expedition to Trengganu and Kelantan (May, 1961), pp. xi-xviii, 1-162.

3. Portrait Sir Hugh Clifford, 1919- Bibliothèque nationale de France

 


TANDA TANDA PRU DAH DEKAT, DIA KERAP KELUAR FATWA DANMEROYAN


 

KENYATAAN TAJUDDIN SAHKAN WIBAWA ANWAR

 

KEH..KEH...LAWAN TETAP LAWAN


 Zunar cartoonist fan club.

KAH..KAH..KAH...TENGOK TETAP TENGOK..MASA HANGPA BOLEH HENTAM ORANG ..SELAMBA WALAUN TURUT HENTAM..KENA HENTAM BAB TENGOK WAYANG HANGPA KALUT....WOIIII...ADIB,RUU 355 DAN LAIN LAIN TAK MAU TERANGKAN KE ?

 

Pemuda PAS perjelas dakwaan hipokrit tonton ‘Mat Kilau’




Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari, dikecam warganet kerana didakwa hipokrit susulan menonton dan mempromosikan filem, Mat Kilau, di sebuah pawagam, di ibu negara, baru-baru ini.

PETALING JAYA: Selepas dituduh bersikap hipokrit kerana menonton wayang filem, Mat Kilau, namun pada masa sama menyokong ‘pengharaman’ panggung wayang di Kelantan, Pemuda PAS tampil menjelaskan pendirian mereka.

Ia susulan kecaman warganet yang mengkritik tindakan Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari, yang menonton dan mempromosikan filem itu di sebuah pawagam, di ibu negara, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan Pemuda PAS, sayap parti itu mempertahankan tindakan Fadhli dengan memberi beberapa penerangan berhubung adab menonton wayang yang dibenarkan Islam.

Pemuda PAS menjelaskan, sekiranya filem ditayangkan itu mempunyai barisan pelakon menutup aurat dan penonton menjaga batas serta jalan cerita tersebut tidak menjurus kepada maksiat, ia tidak dianggap haram.

Ads by Kiosked

“Tengok wayang bukan haram terus. Kalau cerita ditayangkan itu seru kepada kebaikan, ajak orang kenal sejarah, ajak cintakan negara, itu tak haram. Kalau cerita ditayangkan itu pelakonnya semua tutup aurat, tengok wayang jaga batas syarak, itu tak haram,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, Pemuda PAS berpendirian panggung wayang tetap dikategorikan haram sekiranya tidak menepati syariat Islam.

“Tengok wayang haram kalau duduk berdua-duaan dengan bukan mahram, sebelah-sebelah, tengok wayang cerita cintan-cintun, ajak kepada kemaksiatan dan tiada nilai pengajaran. Tengok wayang sampai lupa solat, masuk waktu solat pun masih di pawagam, itu haram,” katanya.

Katanya, Pemuda PAS juga membantah pembukaan pawagam di Kelantan selagi ia tidak menepati syariat dan menjaga kesucian agama Islam.

“Kalau panggung wayang tu boleh asingkan tempat duduk lelaki perempuan dan keluarga, boleh set (tetapkan) tiada tayangan semasa waktu solat, boleh pastikan cerita yang ditayang betul-betul patuh syariah, tak ada masalah. Kita pun setuju.

“Tengok Terengganu. Ada je (sahaja) panggung wayang. Dekat sana semua panggung wayang diasingkan tempat duduk lelaki? perempuan dan keluarga. Dekat sana tiada cerita ditayangkan semasa waktu solat, ada Pemuda PAS bantah? Kita raikan lagi,” katanya.

Ads by Kiosked

Mereka turut menjelaskan sewaktu menonton filem ini mereka tidak bercampur antara lelaki dan wanita.

“Kami beli 20 seat (kerusi). Semua lelaki. Tak ada siapa duduk sebelah perempuan, tanya lah dulu sebelum kecam,” katanya.

Selain warganet, Ketua Pemuda Amanah Kelantan Hazmi Hassan, menyifatkan PAS sebagai tidak mempunyai pendirian tetap selepas mengajak orang ramai ke panggung wayang untuk menonton filem, Mat Kilau.