Tak hadir mesyuarat PSC, Maszlee bidas Radzi, wakil KPM tak profesional

 


Malik (kiri) kesal dengan tindakan Radzi Jidin dan wakil Kementerian
 Pendidikan tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas
 Pendidikan Parlimen semalam.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik membidas Menteri Pendidikan, Radzi Jidin dan wakil Kementerian Pendidikan (KPM) tidak profesional kerana tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) semalam.

Beliau berkata, mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen (JKPKP) itu bagi membincangkan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diumumkan Radzi pada 2 Jun lalu.

Bekas menteri pendidikan itu berkata, JKPKP mahu KPM menjelaskan rasional pemansuhan PT3, persiapan serta alternatif terhadap keputusan itu.

“Hal ini amat dikesali kerana ianya meremehkan kuasa Parlimen dan merendahkan konsep pengasingan kuasa yang wujud di negara ini.

“Sikap tidak profesional ini juga menimbulkan seribu tanda tanya apakah yang menyebabkan mereka takut untuk berhadapan dengan Parlimen melalui JKPKP. Apakah yang ingin disembunyikan?” soalnya dalam kenyataan.

Oleh itu, Maszlee yang juga ketua JKPKP berkata, jawatankuasa itu akan menemui Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun bagi membincangkan ketidakhadiran Radzi dan wakil KPM.


BETUL...RAMAI ANGGAP PAS TAK BERANI SOLO MACAM DULU KERANA TAKUT HILANG JAWATANG

 


Pemuda Umno kata Pas kini takut akan hilang jawatan menteri, MB

Pemuda Umno kata Pas kini takut akan hilang jawatan menteri, MB

Kenyataan bertali-arus pemimpin PAS yang menghentam Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berhubung gesaannya supaya pilihan raya umum ke-15 diadakan segera membuktikan mereka sedar bahawa kuasa mereka semakin hampir hilang, kata pengarah komunikasi pemuda Umno Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri.

Menurutnya pemimpin PAS, akhir-akhir ini “berjemaah berpesta” menyerang kepimpinan Umno yang didianggap sebagai sudah “melampaui batas adab dalam berkawan.”

Merujuk khusus kepada kenyataan terbaru Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin terhadap Zahid, Syed Mohd Johan berkata tindakan itu sebagai satu campurtangan terhadap urusan Umno.

“Jelas dari suara dua pemimpin PAS ini, mereka fobia PRU kerana menyedari saat hilang jawatan, hilang keistimewaan sebagai menteri, menteri besar yang semakin hampir.

“Kalau boleh mereka mahu memberhentikan waktu, supaya tarikh tamat penggal sekarang iaitu pada pertengahan tahun hadapan tidak tiba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Malaysiakini.

“Kenyataan Khairil Nizam itu difahami sebagai membela kecaman terhadap Menteri Besar Kedah (Muhammad Sanusi Md Nor) yang celupar mendakwa Umno mahu PRU cepat kerana ada kaitan dengan kes mahkamah beberapa pemimpinnya, sedangkan dia sendiri lupa tentang kenyataan flip flop presidennya (Abdul Hadi Awang) pada 28 Feb 2020 yang bertegas mahukan pilihan raya semula setelah PH jatuh dengan sendirinya.

“Memang benarlah, kuasa yang ada walaupun sedikit cukup memabukkan sehingga seorang berstatus tok guru sendiri mudah berubah.

Semalam, Khairil Nizam menasihatkan Zahid supaya berhenti seketika daripada ‘berpolitiking’ kerana takut dengan bayang-bayang sendiri dan kehilangan jawatan.

Tambah Khairil Nizam, tiada keperluan untuk kerajaan segera mengadakan pilihan raya umum, kerana berpendapat Zahid sepatutnya memberikan fokus menggerakkan jentera Umno untuk bersama dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan hari ini dalam usaha menyelesaikan masalah rakyat terutamanya aspek ekonomi yang semakin menekan rakyat.

Kata Syed Mohd Johan, desakan mempercepatkan PRU15 adalah hasil daripada suara majoriti ahli Umno dari perhimpunan parti yang lalu, melalui suara akar umbi.

“Ini parti kami, kami pandailah mengurus sendiri tanpa perlu orang luar memberitahu apa yang perlu dilakukan. Tidak perlu sibuk mencampuri urusan nakhoda kapal lain sedangkan kapal kamu sendiri sudah sesat haluan.

“Lebih baik kamu nasihatkan Pengerusi PN (Muhyiddin Yassin) yang bersungguh-sungguh. mahukan jajaran baharu dengan DAP, atau mungkin ada fatwa baru daripada tok guru untuk menghalalkan kerjasama terbaru dengan DAP?” sindirnya.

Sehubungan itu, Syed Mohd Johan menasihatkan sekutu mereka itu supaya tidak bertanding pada PRU akan datang.

“Begini sajalah PAS sekiranya takut kalah, jangan bertanding pilihan raya. Jadi sahaja parti kuat ceramah sambil mengedar tong derma kerana ia lebih menguntungkan,” perlinya lagi.

NAK HERAN APA....NANTI NAK BERTANDING CARI LA TEMPAT SELAMAT-LAGI SPEKULASI AZMIN DAN RASHID MAHU LOMPAT .

 


Pemimpin Bersatu akhirnya bersuara spekulasi Azmin dan Mohd Rashid lompat parti



Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Rosol Wahid menafikan akan ada pemimpin parti itu dijangka melompat parti, selepas Datuk Zuraida Kamarudin.

Beliau memaklumkan, setakat ini kesemua ahli parti termasuk pemimpin Bersatu memberi fokus kepada isu rakyat dan pentadbiran parti.

Khabar angin sebelum ini mengatakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon antara yang dijangka melompat parti.

“Setakat ini saya tak nampak, sebab Azmin (masih) pergi masyuarat MPT, Datuk Zuraidah sudah tiga, empat kali tak hadir masyuarat sehingga terakhir sekali keluar.

“Datuk Azmin setiap kali mesyauarat pun ada, Datuk Rashid pun ada. Setakat ini dinafikan (lompat parti), tak ada yang jelas sebegitu, kita harap tak ada isu itu. Bersatu fokus isu meningkatkan ekonomi rakyat dan dan kos sara hidup rakyat,” katanya, lapor Astro Awani.

Beliau ditemui media sempena Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di pusat beli belah Lotus Tebrau, di sini hari ini.

Ketika ditanya adakah tindakan Zuraida keluar parti menjejaskan Bersatu?, Rosol menjelaskan tindakan Ahli Parlimen Ampang itu tidak menjejaskan parti.

Ini kerana jawatan Zuraida sebagai MPT adalah berdasarkan lantikan dan bukannya disebabkan menang bertanding.

Pada 26 Mei lepas Zuraida mengambil keputusan untuk keluar daripada Bersatu dan memutuskan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).


TAK HABIH HABIH BON ODORI- PEE LA PADANG MERBOK SANA NU DEMONTRASI IELE TERANCAM...TERSEDAK SAGON DOK DIAM

 


Menteri Pas enggan ulas titah Sultan Selangor supaya hadir Bon Odori

Menteri Pas enggan ulas titah Sultan Selangor supaya hadir Bon Odori



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad enggan melayan apabila ditanya adakah beliau akan mengikut titah Sultan Selangor supaya menghadiri festival Bon Odori untuk “memahami perbezaan antara agama dan budaya”.

Ketika ditanya wartawan, beliau berulang kali menolak sebarang soalan mengenai perayaan musim panas masyarakat Jepun itu.

“Bon Odori ini saya tak nak panjang sangat,” katanya ketika ditemui FMT dalam majlis perasmian dewan terbuka, pecah tanah dan anugerah huffaz.

Beliau juga meminta wartawan bertanya soalan lain dan enggan bercakap mengenai festival itu lagi.

Pada 6 Jun lalu, Idris memberitahu supaya umat Islam tidak menyertai festival Bon Odori, dengan mendakwa perayaan itu “dipengaruhi unsur agama lain”, berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menyekat program kebudayaan Jepun yang akan diadakan di negeri itu dan meminta Idris turun padang melihat sendiri festival berkenaan.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda tidak mahu menteri itu menggunakan platform Jakim untuk membuat “kenyataan yang mengelirukan dan tidak tepat serta boleh menjejaskan imej dan reputasinya.”

Sultan Selangor bertitah, baginda sendiri pernah menghadiri sambutan perayaan itu pada 2016 diiringi duta besar Jepun ke Malaysia dan menerusi pemerhatian, sambutan Bon Odori tidak melibatkan upacara berbentuk keagamaan atau ritual (syirik) yang boleh memesongkan akidah mereka yang hadir menyaksikan.

Titahnya, baginda tidak mahu pihak tertentu khususnya ahli politik menggunakan isu menyentuh sensitiviti agama sebegini untuk kepentingan peribadi dan meraih populariti semata-mata.

Baginda menggesa mereka agar tidak sewenang-wenangnya melabelkan sesuatu perkara itu negatif tanpa membuat kaji selidik yang mendalam.

Festival tahunan itu yang dianjurkan oleh masyarakat Jepun di Malaysia kembali diadakan selepas berehat selama dua tahun disebabkan wabak Covid-19. Ia akan diadakan di Shah Alam pada 16 Julai dan Pulau Pinang pada 30 Julai.


MUDAHNYA TAMPUNG JALAN...CAMPAK KEMUDIAN PIJAK PIJAK...NANTI BOLEH CLAIM BUAT LEBUHRAYA.

 

SAM LIM

Campak tar pijak-pijak dengan kaki

👣
amik gambar 15 keping.
Aireen dengan Abg Hariz pun boleh buat 🙄
Malaysia ohhh tanah air ku 😩






JANGAN KATA DI SELANGOR- SEMUA TEMAT PAS BOLEH MENANG . TAPI SAYANGNYA PAS HILANG KEYAKINAN BILA PRESIDENG DAPAT GAJI BUTA DAN DUDUK SAJA.YANG JADI MENTERI TERSEDAK SAGON.

 

PAS masih boleh menang di Selangor tanpa MN, tapi kelebihan pada BN, kata penganalisis




Penganalisis politik berpandangan PAS masih mampu memberi saingan untuk Barisan Nasional di Selangor pada pilihan raya umum kelak. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penganalisis politik berpandangan PAS masih mampu memberi saingan di Selangor dalam pada Umno memberi bayangan parti itu akan bergerak solo bersama Barisan Nasional (BN) di negeri itu selepas menganggap formula pengagihan kerusi menerusi Muafakat Nasional (MN) tidak terpakai.

Noor Nirwandy Mat Noordin.

Penganalisis keselamatan dan politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Noor Nirwandy Mat Noordin bagaimanapun berkata PAS melalui PN masih tidak mampu menawan keseluruhan Selangor, namun mampu memenangi beberapa kerusi melihat kepada jumlah ahli yang ada di negeri itu.




“PAS sudah tentu akan mempunyai kerusi dalam Selangor kerana mereka mempunyai sokongan tersendiri dan boleh dikatakan juga parti gergasi yang mempunyai keahlian agak tinggi di Semenanjung termasuk di Selangor.

“Mungkin tidak banyak kerusi dapat dimenangi PAS di Selangor, tetapi mereka akan menang kerusi di tempat tertentu,” katanya kepada FMT.

Katanya, walaupun PAS berpeluang mendapat beberapa kerusi di Selangor tanpa kerjasama dengan Umno melalui MN, BN masih mempunyai kelebihan untuk memenangi banyak kerusi.

Jelasnya, ia mengambil kira trend pengundian dalam dua pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor, apabila ada pengundi pasif yang tidak minat politik menyebabkan parti besar yang mempunyai pengundi teras memiliki kelebihan.

Salawati Mat Basir.

“Jadi, apabila ini berlaku (rakyat tidak minat keluar mengundi) parti besar seperti Umno akan mempunyai banyak kelebihan…tetapi jika peratusan keluar mengundi tinggi berkemungkinan saingan itu lebih sengit terutamanya dari golongan muda yang mempunyai pecahan agak tinggi,” katanya dengan turut tidak menolak berlaku apa disifatkan sebagai tsunami anak muda.

Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berpendapat, nasib PAS di Selangor akan diukur melalui bagaimana prestasi wakil rakyatnya yang dilantik menteri dan timbalan menteri mentadbir Putrajaya ketika ini.

“Rakyat Selangor cenderung kepada PH. Jadi kalau PAS berjaya membuktikan mereka masih relevan, mereka perlu menunjukkan prestasi terbaik selepas dilantik menjadi sebahagian kerajaan pusat hari ini,” katanya.

Menurutnya, berbanding PAS, BN lebih berpeluang memberi cabaran untuk menambah kerusi di Selangor, tetapi sukar menumbangkan kerajaan pimpinan PH kerana mereka masih disokong majoriti bukan Melayu.

Sebelum ini, Ketua Umno Selangor, Noh Omar berkata, formula pengagihan kerusi antara Umno dengan PAS menerusi MN di Selangor sebelum ini tidak lagi terpakai selepas parti itu menyertai PN.


ELOK HANG PERGI BERCUTI....


 

MENTERI YANG BIJAK BIASANYA MENGGUNAKAN SELOTAK BARU BERCAKAP..BUKAN BERCAKAP DULU BARU PAKAI OTAK





LIYANA MAZUKI


Saya selalu katakan, kerjaya Menteri ini kerjaya paling tinggi dan berprestij dalam perkhidmatan awam.

Kerjanya bukan hanya menjadi perasmi majlis atau tayang muka untuk bagi bantuan.

Kerjanya menjadi tunggak Kementerian, menggubal dasar dan memimpin penjawat awam. Ya, penjawat awam akan bekerja dan menasihatkan dia. But at the end of the day, semua keputusan dasar dan arah tuju Kementerian, Menteri yang putuskan. Tiada orang lain.

Tu sebab Menteri bukan hanya kena cerdik tapi kena jugak bijaksana.

Cerdik ni kita lihat dari segi pencapaian akademik. Busuk2 kena la ada first degree. Kalau nak jadi manager pun kena ada ijazah. Ni level Menteri kot.

Kalau bijaksana pulak kita lihat dari segi EQ beliau mentadbir. Cara beliau nak handle audiens antarabangsa, cara nak bergaul dengan orang kampung jua. Semua tu ada tertibnya.

Dengan kata lain, Menteri kena book smart dan pada masa yang sama street smart juga.

Saya tengokkan dalam profile Wikipedia, Menteri Belia dan Sukan ni belajar degree tak habis. Tiada langsung dinyatakan kelayakan akademik lain.

Jadi takde apa2 yang nak buktikan dia book smart.

Nak kata street smart, baru ni dia salahkan penyokong Harimau Malaya punca Malaysia kalah bola. Adoiii la… ni namanya EQ ke laut jua.

Makanya, boleh kah kita persoalkan keupayaan dia dilantik menjadi Menteri?

To be honest, saya pangkah dia masa PRU14 di kawasan Parlimen Tambun. Masa tu, spiritnya “Asal Bukan UMNO” ( Sekali dia geng UMNO balik Description: 😂)

La ni saya dah belajar, nak pangkah tengoklah kualiti calon. Tak kira PH, PN atau BN, kalau calon nya tiada kualiti, eloklah kita humban jauh2.

Kang set2 ni naik jadi Menteri, kita pulak meroyan teruk Description: 😂Description: 😂Description: 😂

 

MAHKAMAH TINGGI HARI INI TERIMA LAPORAN PALING MENGEJUTKAN ‼️

Demi Dana PRU, Anak Seluang Sanggup Gadai Prinsip...HAAA.....ORANG PAS KENA SEDAR...WALAUN BANGKIT BANGKIT

BILA EKONOMI MERUDUM NAK SALAHKAN RAKYAT..BILA DIPADANG NAK SALAHKAN PENONTON DAN PENYOKONG...APA PUNYA AKAI LA..

 




STEVEN SIM

Stadium bola bukan perpustakaan kut wahai Menteri.

Nak hargai jasa atlet ok, tapi jangan pula salahkan penyokong. Ekor Harimau sebahagian daripada pasukan kita - atlet beraksi di padang, penyokong beraksi di bangku penonton. 12 vs 12!

Apa malapetaka yang sedang berlaku dalam sukan Malaysia? Padang banjir, AFC mungkin haramkan stadium kita, kini Menteri salahkan penyokong "bersorak"? Description: 😡

Belum kira hari tu, industri sukan negara seperti pengusaha gym gulung tikar masa PKP tak dapat bantuan KBS, atlet negara kena tamatkan kontrak, ada yang kena potong elaun, pencapaian sukan SEA terburuk dalam 40 tahun. Kerajaan salahkan pandemik macamlah virus COVID ni hanya berlaku kat Malaysia sahaja.

Kerajaan yang hebat tak pernah salah, yang salah COVID, salah penyokong, salah pengusaha industri sukan, salah atlet, nanti lepas ni salah D.. (isikan tempat kosong)

 

KERAJAAN AMBIL TANAH SERAH KEPADA PEMAJU MERBAHAYA


ANAK MUDA PERLU BACA KARYA BESAR SASTERA, BUKAN MEDIA SOSIAL SAHAJA


RINGGIT JATUH, EKONOMI MALAYSIA DALAM BAHAYA


MALU APA BOSSKU...TAK MALU LA 45 JUTA PINDAH MASUK AKAUN. PEGAWAI BANK SAHKAN RM45 JUTA DIPINDAH KE AKAUN NAJIB..MACAI DAPAT BERAPA DUIT ?

 

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa sejumlah RM45.8 juta telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi AmBank Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Vista Equity International Partners Ltd (Barbados) antara Oktober dan Disember 2014.

Naib presiden Jabatan Operasi Perbendaharaan di Ambank (M) Berhad, Salmah Daman Huri, 50, ketika membacakan kenyataan saksinya berkata bahawa dana itu, berjumlah GBP8,706,021.92 juta (RM45,837,485.70 – kadar penukaran semasa) dipindahkan ke akaun bekas perdana menteri itu yang berakhir dengan nombor 880 dalam lima transaksi.

Vista Equity ialah ‘shell company’ yang dimiliki dan dikawal oleh Eric Tan, rakan amanah ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

“Sejumlah RM30,032,250 telah dipindahkan pada 23 Okt 2014; RM3,624,473.70 dan RM 11,567.57 masing-masing dipindahkan pada 24 dan 26 Nov.

“Dua transaksi lain RM5,360,065 dan RM6,809,129.43 berlaku pada 10 dan 18 Dis,” kata saksi pendakwaan ke-23 itu semasa perbicaraan bekas perdana menteri berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Salmah mengesahkan lima dokumen, yang kesemuanya menunjukkan pemindahan daripada Vista Equity melalui Amicorp Bank dan Trust Ltd, Barbados melalui Standard Chartered Bank, London sebelum ia sampai ke akaun “AmPrivate Banking-1MY” sama, yang berakhir dengan 880.

Pada hari pertama perbicaraan, pihak pendakwaan berkata ia akan menunjukkan bahawa dana 1MDB telah dipindahkan dalam pelbagai transaksi ke akaun Najib, iaitu AS$20 juta bersamaan RM60,629,839.43 atau lebih RM60 juta daripada fasa pertama, AS$30 juta bersamaan dengan RM90,899,927.28 atau lebih RM90 juta (fasa kedua), AS$681 juta bersamaan RM2,081,476,926 atau lebih RM2 bilion (fasa ketiga), dan urus niaga dalam pound British yang bersamaan dengan RM4,093,500 dan RM45,837,485.70 daripada jumlah gabungan RM49,930,985.70 juta atau lebih RM49 juta (fasa keempat).

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Najib Wan Aizuddin Wan Mohammed, Salmah mengakui bahawa Bank Negara atau AmBank tidak menunjukkan apa-apa tanda amaran (red flag) semasa semua urus niaga itu berlangsung.

Beliau seterusnya berkata beliau tidak sedar bahawa akaun yang berakhir dengan “880” itu adalah milik Najib pada masa itu, dan beliau hanya mengetahuinya semasa siasatan oleh pihak berkuasa.

Saksi itu juga memberi keterangan bahawa dia tidak dapat mengesahkan bahawa urus niaga pertukaran asing itu datang daripada Najib kerana jabatannya berurusan dengan pengurus perhubungan pemegang akaun berhubung urus niaga ini.

Sementara itu semasa pemeriksaan semula oleh timbalan pendakwa raya kanan (DPP) Datuk Seri Gopal Sri Ram, saksi itu berkata biasanya bank akan menghantar penyata kepada pelanggan pada hujung bulan untuk memaklumkan pelanggan mengenai jumlah baki dalam akaun mereka.

Kepada soalan lain oleh DPP Najwa Bistamam, saksi itu berkata Najib tidak pernah membangkitkan sebarang laporan terhadap transaksi berkenaan kepada bank.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama.