Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / August 30, 2021
EXCO KESIHATAN PERAK BENGGONG- TAK TAHU NAK JAWAB SOALAN TENTANG KESIHATAN PERAK.
![[VIDEO] Panas! Menantu Hadi kena serang bertubi-tubi, hanya baca teks [VIDEO] Panas! Menantu Hadi kena serang bertubi-tubi, hanya baca teks](https://perakinsights.com/wp-content/uploads/2021/08/IMG_20210830_225158_811-e1630335142892.jpg)
[VIDEO] Panas! Menantu Hadi kena serang bertubi-tubi, hanya baca teks
Video Player
00:00
10:10
APA ERTIYA SEBUAH KEMERDEKAAN
HAMZAH RIE NA
Erti sebuah kemerdekaan?
Apa ertinya sebuah kemerdekaan, jika hak hakiki rakyat pun mampu
dicuri
Mandat milik kami dilarikan tanpa belas ehsan.
Apa ertinya sebuah kemerdekaan
Jika rakyat masih lagi dalam kelemasan air mata kepayahan diatas
bumi sendiri.
Apa ertinya sebuah kemerdekaan yang atas menindas dan menganggap
ianya adalah anugerah tuhan.
Apa ertinya sebuah kemerdekaan
Jika yg miskin makin melarat
Yang berkuasa tiada kuasa mengubah
Tetapi hanya mampu tengadah.
Apakah ertinya sebuah kemerdekaan di bumiku ini?
TAK HAIRAN LAH KES MENURUN- TU PUN NAK DRAMA
MOHD MUKHLIS
Padanlah kes menurun, dah la saringan mengurang, kadar positif 17% tu kira tinggi. Syok betul jadi menteri kerajaan Melayu Isle, semuanya feel good factor padahal the whole nation is burning down. Macam ada doktor bangga kes kategori 3 dan 4 kurang, thanks captain obvious, yang brought in dead makin naik tak mahu ulas?

Apa yang nak dibanggakan sgt kes turun lagi JIKA KADAR POSITIF
JANGKITAN COVID-19 SEMAKIN MENAIK !!
Sebenarnya angka² kes pada hari Sabtu, Ahad & Isnin
selalunya mmg akan turun SEBAB saringan berkurang.
Tak usah nak perdaya perbodohkan rakyat dgn angka² kes turun tu.
Formula Kerajaan Gagal kawal Covid.
Kes berkurang..
KURANGKAN SARINGAN.
Kes menaik..
TAMBAHKANLAH SARINGAN BANYAK²
Kalau camnilah gayanya sampai abg Jamil mampos ler..
KITA FAHAM KERAJAAN 69-PARLIMEN TANGGUH SEMINGGU
Tangguh lagi sidang
parlimen? Dah terasa tak cukup jumlah ke? Itu kerja sesama korang la tu, PH tak
campur pun. Tapi nanti Anwar gak kena tuduh gila kuasa. Sebenarnya masing2 tgh
menganga mulut minta suap. Selagi tak disuap, selagi tu la dok ganggu.
W.FUDZIN

Pengawal keselamatan meninggal dunia, polis klasifikasi semula kes sebagai bunuh


ADAKAH INI ORANG DAN MANGSANYA ?
Abd Razak Mohd Ali
Ogos 30, 2021

Polis mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan kepada suspek. - Gambar/ Media sosial
IPOH: Polis mengklasifikasikan semula kes pengawal keselamatan yang diserang ketika bertugas di kolam renang sebuah kondominium di sini Disember tahun lepas sebagai bunuh, selepas mangsa meninggal dunia pada Jumaat.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya telah merujuk semula kes berkenaan kepada pihak pendakwa raya hari ini dengan mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan kepada suspek.
"Polis mengklasifikasikan semula kes ini pada hari mangsa tersebut meninggal dunia di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
"Kes ini masih lagi menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwa raya," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Sabtu lepas, Mior Faridalathrash berkata susulan insiden pada 29 Dis itu, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dan suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Jan lepas kerana mendatangkan kecederaan parah, dan kes akan disebut semula pada 9 Sept ini.
Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada tindakan suspek yang tidak berpuas hati terhadap pengawal keselamatan itu kerana cuba menghalang anak suspek daripada menggunakan kolam renang yang tidak dibuka kepada orang ramai ketika itu.
Bagaimanapun, beliau berkata pengawal keselamatan itu meninggal dunia di rumahnya pada Jumaat dan hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian disebabkan jangkitan pada paru-paru (Sepsis).
Ahli keluarga pengawal keselamatan berkenaan bagaimanapun tidak berpuas hati dan mendakwa punca kematian adalah disebabkan kejadian pukul tahun lepas.
MALANGNYA MALAYSIA BILA KERAJAAN 69
1) India buat Lockdown kes Covid-19 terus turun, Malaysia buat Lockdown byk kali pon kes terus naik mencanak.
2) India yang penduduknya 1.4 billion dan jumlah menteri kabinetnya hanya 30 orang shj pun mampu landaikan lengkuk kes Covid-19.
Malaysia? Rakyat suruh tukar menteri baru untuk urus Covid-19 tapi dapat PM baru je, menteri² masih sama.
Sebab tu la masih gagal !!
#Kerajaan69
#KabinetSampah
SR
TEKNIK BARU KERAJAAN 69 GAGAL KAWAL COVID
Hamzah Rie Na
Apa yang nak dibanggakan sgt kes turun lagi JIKA KADAR POSITIF JANGKITAN COVID-19 SEMAKIN MENAIK !!
Sebenarnya angka² kes pada hari Sabtu, Ahad & Isnin selalunya memang akan turun SEBAB saringan berkurang.
Tak usah nak perdaya perbodohkan rakyat dgn angka² kes turun tu.
Formula Kerajaan Gagal kawal Covid.
Kes berkurang..
KURANGKAN SARINGAN.
Kes menaik..
TAMBAHKANLAH SARINGAN BANYAK²
Kalau camnilah gayanya sampai abg Jamil mampos ler..
SR
Adakah kerajaan campuran yang baru ini akan juga tumbang tak lama lagi?
Antara dua gajah yang masih hendak berperang di sebalik 'kerjasama rapat' ini, rakyat jelatalah yang akan terus menderita keperitan hidup
0 views

Baru selesai naib-presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru-baru ini, kini timbul pula satu pertelingkahan terbuka mengenai nama kerajaan yang bakal dibentuk ini.
Bekas perdana menteri yang juga presiden Bersatu merangkap pengerusi Perikatan Nasional, Mahiaddin Yasin, telah mengucapkan tahniah kepada perdana menteri yang baru mengangkat sumpah jawatan mengatakan bahawa Ismail Sabri akan meneruskan pemerintahan “kerajaan PN” dengan memberikannya suatu nafas kepimpinan baru.
Setelah kenyataan ucap tahniah Mahiaddin tersebut, setiausaha agung Umno Ahmad Maslan dan ahli majlis tertinggi Umno Rahman Dahlan menolak mentah-mentah kenyataan Mahiaddin yang mendakwa kerajaan baru yang bakal dipimpin Ismail Sabri itu adalah kerajaan PN kerana ianya terdiri daripada campuran tiga gabungan Barisan Nasional, PN dan Gabungan Parti Sarawak serta Parti Bersatu Sabah (PBS).
Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
Lantas daripada itu, majlis pimpinan tertinggi PN mengadakan mesyuarat tergempar di ibupejabatnya bagi membincangkan pertelingkahan terbuka tersebut. Berikutan mesyuarat PN tersebut, ahli-ahli majlis pimpinan tertinggi PN telah memutuskan bahawa kerajaan baru yang bakal dibentuk Ismail Sabri adalah sebenar-benarnya kerajaan PN. Ini kerana PNlah yang mempunyai jumlah kerusi yang terbanyak, yakni 50 jika dibandingkan dengan BN yang hanya mempunyai sejumlah 41 kerusi, sementara GPS dan PBS masing-masing memegang 18 dan satu kerusi.
Sementara itu, maklumbalas daripada presiden Umno Zahid Hamidi dan timbalan presidennya Mohamad Hasan masih belum diperolehi berikutan pertelingkahan terbuka yang baru tercetus.
Persoalannya, adakah kerajaan campuran baru yang dibentuk Ismail Sabri yang merangkumi gabungan-gabungan politik terdahulu, PN, BN dan GPS akan juga tumbang di masa yang terdekat ini berikutan persengketaan Bersatu dan Umno ini yang dilihat masih belum reda. Ini berikutan perletakan jawatan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri sebelum ini kerana telah berkali-kali gagal menangani masalah penularan wabak COvid yang kini telah hilang kawalan walaupun penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan telah berlanjutan selama setahun lebih – namun masih tidak menampakkan sebarang kemajuan mahupun pengurangan penularan wabak tersebut.
Ini adalah kerana PN dan BN masing-masing mempunyai jumlah kerusi sebanyak 54 dan 41, manakala GPS pula memiliki sejumlah 18 kerusi parlimen. Walaupun ‘kekuatan’ PN dapat dilihat mempunyai kelebihan kerusi berbanding BN, namun masing-masing juga boleh mengugut di antara satu sama lain memandangkan perbezaan jumlah kerusi kedua-dua gabungan tersebut adalah tidak jauh, manakala GPS dari negeri Sarawak pula akan menjadi pengimbang di antara kedua-dua gabungan tersebut.
Dalam erti kata yang sebenarnya, GPS juga boleh mengugut kedua-dua gabungan PN dan BN sekiranya permintaannya tidak dapat dipenuhi oleh kedua-dua belah pihak.
Jadi, walaupun PN dan BN masing-masing mendakwa mereka masih boleh bekerjasama dalam kerajaan baru tersebut, namun kita masih dapat melihatnya dengan jelas akan ‘dendam’ yang masih tersimpan di dalam hati Bersatu. Ini kerana Umnolah mengambilalih kerajaan negeri Perak dan pusat pimpinan PN di peringkat perseketuan tumbang berikutan penarikan sokongan oleh Umno sebelum ini.
Oleh yang demikian, keadaan yang serupa masih juga boleh berlaku sekiranya PN ingin bertindakbalas terhadap BN yang telah dua kali ‘menindas’ kedudukannya sebelum ini. PN juga kini mempunyai kelebihan apabila mereka berjaya mendapat ‘sokongan’ daripada dua parti komponen BN, iaitu MCA dan MIC, apabila kedua-dua parti komponen BN tersebut telah menyokong secara terbuka kepimpinan Mahiaddin apabila kedudukan beliau digugat oleh Umno sewaktu itu.
Baru genap tiga hari, sengketa terbuka Bersatu (PN) dan Umno (BN) telahpun meletus dengan begitu sengit dalam isu sama ada ia seharusnya dinamakan kerajaan PN ataupun kerajaan BN. Adakah kerajaan baru pimpinan Ismail Sabri ini akan bertahan lebih daripada setahun?
Adakah perdana menteri yang kesembilan ini akan dapat menangani krisis kesihatan dan ekonomi, yang telah ditinggalkan oleh PN dan kini menjadi semakin runcing? Sekiranya BN juga gagal menangani krisis tersebut, adakah PN akan juga bertindak untuk menarikbalik sokongannya terhadap Ismail Sabri?
Antara dua gajah yang masih hendak berperang di sebalik ‘kerjasama rapat’ ini, rakyat jelatalah yang akan terus menderita keperitan hidup yang masih tidak menampakkan sebarang penyelesaian yang menyeluruh .
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
KESATUAN PELAJAR UM TOLAK NORAINI AHMAD "MENTERI TIKTOK"
Sebuah gerakan mahasiswa di universiti awam menyuarakan keraguan atas pelantikan semula Noraini Ahmad sebagai menteri pengajian tinggi, dengan menggariskan kegagalannya ketika memegang jawatan itu ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
“Kegagalan menteri dalam menjalankan tugas ketika kerajaan yang lepas telah membuktikan bahawa dia tidak sesuai untuk memegang jawatan ini dan tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri pengajian tinggi,”
PRU Ke-15 Milik Siapa? Bagaimana Status Papagomo? Perjuangan PAS Bakal T...
KECOH! KECOH! AZALINA BUAT BERSATU BENGANG!
Azalina Othman Said, mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, terkenal kerana lantang bersuara menegur apa yang tidak betul. Malah baru-baru ini ura-ura tersebar, menteri-menteri yang bakal dilantik Ismail Sabri Yaakob, tidak mahu Azalina dilantik sebagai menteri, kerana tidak mahu Azalina kacau rancangan mereka. Hakikatnya Azalina dikatakan tidak pernah melobi untuk jawatan menteri.
Tuntutan doktor kontrak masih suram

Sehingga hari ini, tuntutan pelantikan tetap membabitkan 8,000 doktor kontrak masih belum diselesaikan biarpun Menteri Kesihatan sebelum ini, Datuk Seri Dr Adham Baba berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) dalam satu kenyataannya hari ini berkata, masih belum ada rancangan yang tepat oleh kerajaan, dan nasib doktor kontrak masih tetap suram.
Gerakan itu menggesa agar penyelesaian yang baik dapat dibuat segera demi doktor kontrak dan sistem penjagaan kesihatan negara amnya.
“Kami juga berharap agar sebarang perbincangan mengenai masa depan doktor kontrak akan melibatkan pihak berkepentingan utama dalam isu ini.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada semua barisan hadapan yang telah banyak berkorban dalam pertempuran melawan pandemim Covid-19 dan kami berharap agar semua rakyat Malaysia mematuhi SOP dan tidak lama lagi kami akan muncul sebagai pemenang dalam pertempuran ini,” katanya
Pada Julai lalu susulan hartal serentak seluruh negara oleh doktor-doktor kontrak, Adham berkata kerajaan akan mengambil langkah ekstrem untuk menyelesaikan isu tersebut termasuk melanjutkan tempoh perkhidmatan dua tahun lagi dan kenaikan gred setara dengan kakitangan tetap.
Katanya, pada masa sama kerajaan juga akan membawa isu doktor kontrak itu ke Parlimen untuk dibincangkan agar penyelesaian jangka panjang – seperti pindaan beberapa akta termasuk Akta Pencen 1990 – bagi membolehkan doktor kontrak diserap ke jawatan tetap.
Bekas Menteri Kesihatan Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya mahu kerajaan mengikut permohonan doktor kontrak agar tempoh kontrak yang dibangkitkan oleh mereka dilanjutkan dalam jangka masa lapan hingga sepuluh tahun.
Program penyerahan Jalur Gemilang, kupon minyak percuma Parlimen Pandan meriah

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 64, Ahli Parlimen Pandan,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengajurkan program penyerahan Jalur Gemilang
dan kupon pengisian minyak motorsikal percuma di kawasan Parlimen beliau,
semalam.
Program di Ampang Hilir berupa penyerahan kupon isian minyak
motorsikal kepada penghantar makanan bermotor seperti Grab Food, LalaMove, Food
Panda dan sebagainya yang mendapat sambutan dari anak-anak muda.
Kemudian Dr Wan Azizah mendapatkan maklumat terbaharu mengenai kes
jangkitan Covid 19 di Kampung Pandan dan seterusnya beliau mengagih-agihkan
bakul makanan kepada penduduk setempat.
Selain itu, Dr Wan Azizah juga sempat menziarahi Ketua Ranting
KEADILAN Angsana Hilir yang sebelum ini mendapat rawatan di hospital.
Kesemua program tersebut mendapat sambutan menggalakkan dari
penduduk setempat.
Sokongan PH kepada PM bersyarat, utamakan tangani Covid 19

Sokongan yang diberikan oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) dalam
pertemuan bersama Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru
ini kelihatannya bersyarat dan hanya untuk tujuan reformasi institusi,
kehakiman atau menangani pandemik Covid 19.
Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, PH dilihat berhati-hati dalam melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong untuk kerjasama bukan politik, manakala parti-parti pembangkang lain pula sehingga kini belum dijemput untuk berbincang dengan PM.
"Pada saya ini suatu yang menarik dari pihak PH. Yang dipanggil baru ini PH sahaja. Belum tahu apa yang ingin dibawa oleh Pejuang atau Muda dan PSB kerana belum ada kenyataan yang rasmi dari mereka.
"Di pihak PH setakat ini yang jelas menganggap kerajaan yang ada hanya kerajaan transisi sahaja, untuk pergi kepada Pilihan Raya Umum ke 15, untuk kita serahkan (mandat) kepada rakyat.
"Kerajaan transisi ini tugasnya satu, untuk selesaikan masalah Covid. Bagi pihak PH kita lihat dalam tempoh yang tak banyak ini, PH tidak mahu menimbulkan kekecohan (tumpu selesaikan masalah rakyat)," katanya kepada Suara Keadilan.
Bagaimanapun, Dr Maszlee berkata, kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kerjasama PH - PM itu juga bijak dan meletakkan syarat utama, untuk menjaga kebajikan rakyat.
"(Kerjasama) menawarkan supaya kita bersama membentuk polisi bagi rakyat dan menyelesaikan masalah Covid. Sebab itu Datuk Seri Anwar keluarkan kenyataan yang ada kaveat. Iaitu kita bersetuju selagi mana polisi menguntungkan rakyat, berpusatkan rakyat.
"Maksudnya kalau kerajaan buat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak rakyat, waktu itu saya kira PH mungkin akan bersikap tegas (tarik sokongan)," katanya lagi.
Pada 25 Ogos lalu, Pemimpin PH bertemu PM Ismail Sabri di Putrajaya bagi menjayakan titah Tuanku Agong bagi mengutamakan perang melawan Covid dan kemelesetan ekonomi berbanding berpolitik.
Berikutan pertemuan itu satu persefahaman ditandatangani antara PM dan pemimpin PH untuk merefomasikan institusi, kehakiman, pentadbiran dan sebagainya bagi menurunkan suhu politik antara kerajaan dan pembangkang.
MOKHTAR SCUD BOLEH MOHON BANTUAN KE MENTERI AGAMA NIH...MALU MINTA SEDEKAH NAK BAYAR BIL LETRIK...PONDOK LAIN TAK MACAM PONDOK KAU...SEDIH.....JIWA MISKIN MINDA PENGGEMIS
Idris akan cuba selesaikan masalah kewangan maahad tahfiz, pondok
August 30, 2021

Idris akan cuba selesaikan masalah kewangan maahad tahfiz, pondok.Dakwaan beberapa maahad tahfiz dan pondok berdepan cabaran meneruskan operasi berikutan masalah kewangan yang semakin teruk akibat Covid-19 akan diteliti lebih terperinci, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baharu dilantik, Idris Ahmad.
Katanya, beliau juga akan cuba menyelesaikan isu berbangkit sebaik sahaja memulakan tugas secara rasmi selepas mengangkat sumpah jawatan.
“Kita akan lihat dan selesaikan isu ini selepas secara rasmi memasuki kementerian,” katanya .
Idris berkata, beliau juga difahamkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu berbangkit dan telah bertindak lebih awal bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.
“Setakat ini saya diberitahu proses nak selesai masalah berjalan dan ketua pengarah JAKIM juga telah beri kenyataan (semalam),” katanya.
Semalam, JAKIM berkata, pihaknya sudah menyalurkan bantuan sebanyak RM60 juta kepada 1,066 institusi pendidikan Islam merangkumi 558 sekolah agama, 413 tahfiz dan 95 pondok yang terjejas berikutan pandemik Covid-19.
Ketua Pengarahnya, Abd Aziz Jusoh berkata, peruntukan RM21 juta bagi Bantuan Khas Impak Pandemik Covid-19 juga diagihkan kepada institusi pendidikan Islam swasta berdaftar bagi bantuan sara hidup kepada guru dan bantuan pengurusan operasi institusi berkenaan.
“Setiap guru menerima RM800 dan dimanfaatkan oleh seramai 20,512 penerima manakala sebanyak 1,849 institusi menerima manfaat bantuan pengurusan institusi,” kata Abd Aziz.
Idris berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa beberapa maahad tahfiz dan pondok di beberapa negeri termasuk Perak dan Negeri Sembilan berdepan cabaran dan kekangan untuk meneruskan operasi berikutan masalah kewangan yang semakin teruk akibat Covid-19 sehingga tidak mampu membayar gaji kakitangan.
Bersama tadbir ibu negara, jadikan Kuala Lumpur Bandar Bertaraf Dunia
Pada oleh Teresa Kok

Oleh Teresa Kok
(Ahli Parlimen Seputeh merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP)
Shahidan Kassim diharap Mentadbir Ibu Negara Bersama Dengan Ahli Parlimen Kuala Lumpur Demi Merealisasi Impian Kuala Lumpur Sebagai Bandar Bertaraf Dunia (World -Class City)
Saya mengucapkan tahniah kepada kawan daripada parti lawan saya YB Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Arau atas perlantikan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau juga merupakan ahli politik yang berpengalaman yang pernah pegang jawatan bekas Menteri Besar Perlis dan bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri.
Bila YB Datuk Seri Shahidan tidak pegang apa-apa jawatan di kerajaan pusat, beliau adalah kaki bising merangkap kaki gaduh di Dewan Rakyat. Beliau suka berbahas dalam semua rang undang-undang dengan mengulangi poin yang sama untuk menghentam parti pembangkang. Selain itu, beliau memang suka mengganggu Ahli Parlimen parti pembangkang semasa kami berucap di Dewan Rakyat.
Saya selalu menghadapi gangguan dan cabaran daripada beliau bila saya berucap membentangkan masalah dan isu Kuala Lumpur di Dewan Rakyat. Saya gembira beliau dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan beliau harus mendengar pandangan Ahli Parlimen Kuala Lumpur secara serius demi mentadbir ibu negara Malaysia dengan lebih berkesan.
Senarai Harapan (wish list) saya terhadap YB Datuk Seri Shadian Kassim adalah seperti berikut:
1) Saya berharap YB Datuk Seri Shahidan sedar tentang usaha Kerajaan Pusat selama ini yang ingin menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandar Bertaraf Dunia (world-class city). Jadi, Menteri Wilayah Persekutuan mesti mempunyai minda yang berwawasan global untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang menarik peniaga dan pelancong dari seluruh dunia, dan menunaikan konsep dan slogan “Malaysia Truly Asia”. Untuk mencapai tujuan ini, Menteri Wilayah Persekutuan haruslah mengadakan lebih rundingan dengan pengusaha di pelbagai sektor di Kuala Lumpur, khususnya sektor restoran/F&B dan sektor pelancongan yang menarik kemasukan dana asing, sebelum kerajaan melaksanakan apa-apa peraturan baru termasuk SOP Covid yang mungkin akan menjejaskan bisnes mereka.
2) Saya berharap beliau boleh menjadi Menteri Wilayah Persekutuan yang mesra rakyat dan mesra dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Kuala Lumpur. Saya berharap beliau tidak akan menjejak langkah bekas Menteri Wilayah Persekutuan YB Tan Sri Annuar Musa yang elak berjumpa dengan Ahli Parlimen PH di Kuala Lumpur. Tan Sri Annuar Musa hanya pernah mengadakan mesyuarat khas dengan Ahli Parlimen Kuala Lumpur sekali sahaja melalui talian pada bulan lepas sahaja.
3) Saya berharap YB Datuk Seri Shahidan Kassim boleh mencontohi bekas Menteri Wilayah Persekutuan YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan dan YB Khalid Samad untuk mengadakan mesyuarat berkala dengan Ahli Parlimen Kuala Lumpur bersama pegawai kanan DBKL. Mesyuarat ini memudahkan wakil rakyat Kuala Lumpur untuk membentangkan masalah dan isu di kawasan kami masing-masing di samping terima maklum balas daripada pegawai DBKL pada waktu yang sama.
4) Saya berharap YB Datuk Seri Shahidan Kassim boleh turun padang untuk memahami masalah rakyat pelbagai kaum di Kuala Lumpur. Saya juga berharap beliau boleh mengambil pandangan daripada wakil rakyat di Kuala Lumpur sebelum membuat apa-apa keputusan yang penting, seperti kelulusan projek pembangunan dan lain-lain perkara di kawasan kami masing-masing.
5) Memandangkan Menteri Wilayah Persekutuan juga merupakan pengerusi mesyuarat MKN Wilayah Persekutuan, saya berharap YB Datuk Seri Shahidan Kassim menjemput Ahli Parlimen Kuala Lumpur untuk menyertai mesyuarat MKN Wilayah Persekutuan, supaya kami boleh menjadi perantara atau “jambatan” di antara MKN dengan rakyat di peringkat akar umbi dan sektor perniagaan di Kuala Lumpur.
6) Saya berharap YB Datuk Seri Shahidan Kassim boleh memberi kuasa kepada Ahli Parlimen Kuala Lumpur untuk melantik anggota dalam Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di zon-zon di bawah kawasan Parlimen kami masing-masing, supaya MPP boleh mengadakan kerjasama yang erat dengan pusat khidmat Ahli Parlimen untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.
YB Datuk Seri Shahidan Kassim pernah pegang jawatan Menteri Besar Negeri Perlis dan beliau memang fasih dengan sistem pentadbiran di peringkat negeri. Saya berharap beliau boleh mentadbir Kuala Lumpur sama seperti cara beliau mengetuai kerajaan negeri, dan melayan Ahli Parlimen Kuala Lumpur seperti Exco kerajaan negeri dengan mengadakan mesyuarat berkala dan Kerjasama dengan kami.
Kerjasama erat di antara Menteri Wilayah Persekutuan dengan Ahli Parlimen Kuala Lumpur bukan sahaja dapat mengurangkan konflik secara terbuka di antara Ahli Parlimen dengan Menteri Wilayah Persekutuan, tetapi kerjasama di antara pihak Kementerian Wilayah Persekutan dan DBKL dengan wakil rakyat akan melicinkan pentadbiran kerajaan di Kuala Lumpur di samping mewujudkan keharmonian di dalam masyarakat Kuala Lumpur.
Ismail Sabri perlu batalkan dasar kabotaj
Pada oleh PENTADBIR

Oleh B. Suffian
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa membatalkan dasar kabotaj Datuk Seri Wee Ka Siong yang tidak berasas sehingga telah menjejaskan pelaburan digital antara RM12 hingga 15 bilion.
Mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sebaliknya pengecualian kabotaj perlu dikembalikan.
Langkah ini jelas Guan Eng, adalah bagi menjamin masa depan digital negara dan menarik syarikat digital berteknologi tinggi seperti Facebook dan Google untuk tidak sepenuhnya meminggirkan negara tetapi untuk kembali ke Malaysia.
“Ismail Sabri perlu menunjukkan bahawa dia berbeza dengan kerajaan Mahiaddin Md. Yassin yang gagal dalam mengutamakan kepentingan dan masa depan digital negara.
“(Ini) berbanding kepentingan politik dan yang syarikat swasta yang mementingkan diri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Malaysia telah terlepas projek infrastruktur kabel bawah laut utama yang dijalankan oleh Facebook dan Google.
Beliau berkata, ini kerana penolakan Menteri Pengangkutan Perikatan Nasional (PN) iaitu Ka Siong sebelum ini untuk terus memberikan pengecualian kabotaj kepada mereka.
Tambahnya, Ka Siong telah menolak pada 13 November 2020 untuk meneruskan dasar kabotaj Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum itu yang memberikan pengecualian kepada kapal asing yang melakukan kerja pembaikan kabel dasar laut bagi menggalakkan pelaburan digital asing.
“Kedegilan Ka Siong dalam meneruskan dasar kabotaj yang gagal telah menyebabkan Facebook dan Google meminggirkan Malaysia, apabila kebimbangan mereka mengenai kelewatan sehingga 27 hari untuk pembaikan kabel kapal selam diabaikan,” katanya.
SOKONG KERAJAAN PENGAT TAIK.
Setuju sokmo dia. Setuju terima dalam tu ada kleptokrasi, ada kluster mahkamah, ada kaki semburit, ada penentang hudud dan berbagai lagi. Habis tu, selama ini menyalak pasal apa? Sebab masa tu tak dapat peluang dan jawatan kan? Bila dapat, duduk sekelambu dengan mereka tu tiada iagi masalah. Ini bukan sekadar 'pengat taik" ni...nak sebut apa tak tau...
100 HARI ISMAIL SABRI UMPAMA BUNUH DIRI
Sebelum mengumumkan senarai kabinetnya pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mahu setiap menterinya membuktikan pencapaian awal mereka dalam tempoh 100 hari pertama menjalankan tugas.
Untuk itu, katanya, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
Meski menekankan budaya kerja berprestasi tinggi, Ismail Sabri seterusnya berharap susunan kabinet yang dibuatnya mampu bangkit untuk memberi keyakinan membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan akibat pandemik Covid19.
Bagaimanapun, sebaik saja kemudiannya beliau menyebut nama-nama menteri dan timbalan menteri yang dilantiknya, tempoh 100 hari yang ditetapkannya itu mula menjadi persoalan.
Hampir tidak ada yang menaruh keyakinan pasukannya itu mampu membuahkan apa-apa kejayaan kerana mereka adalah terdiri daripada pemain-pemain yang telah terbukti gagal selama 17 bulan di bawah kendalian Mahiaddin Md Yasin.
Maka, untuk apa sebenarnya beliau menetapkan 100 hari pertama bagi menilai prestasi menteri-menterinya sedangkan mereka adalah ambilan daripada pasukan kerajaan gagal PN sebelum ini?
Apa yang beliau mahu harapkan daripada mereka yang gagal itu?
Tidak cukup dengan itu, Ismail Sabri sendiri adalah sebahagian daripada pasukan kerajaan gagal tersebut.
Oleh itu, bagaimana mahu diharapkan sebuah pasukan yang gagal yang hanya bertukar ketua pasukannya untuk menghasilkan keputusan yang berbeza, apa lagi berjaya?
Dalam hal ini, dengan memberi tempoh 100 hari untuk pemain-pemain yang telah terbukti gagal itu membuktikan prestasi baik mereka sebelum ini, ia tidak lebih umpama Ismail Sabri sengaja menempah untuk “bunuh diri”.
Beliau dan menteri-menterinya akan sentiasa diperhati dalam setiap aspek kedudukan serta keistimewaan sebagai anggota kabinet.
Bahkan belum pun beliau membentuk kabinetnya, tindakannya membawa kawan-kawannya menaiki jet eksekutif milik kerajaan dan untuk kegunaan Perdana Menteri ke Kedah melawat mangsa banjir telah pun menimbulkan kegemparan yang tidak menyenangkan rakyat mendengarnya.
Bayangkan berapa banyak lagi kegemparan bakal berlaku menjelang 100 hari akan datang?
Selain itu, apa jadi jika selepas 100 hari nanti tiada apa-apa prestasi baik atau kejayaan ditunjukkan oleh menteri-menterinya?
Apakah beliau sedia mengganti dan memecat mereka?
Atau Ismail Sabri sendiri secara rela hati akan mengundurkan diri dan meletakkan jawatannya?
Tetapi, jika terus kekal dengan jawatannya pula – yang pasti – kecaman rakyat dan serangan netizen tentu saja lebih bertali arus serta berkali ganda daripada apa yang diterima Mahiaddin sebelum ini.
Secara mudahnya, tidakkah meletakkan tempoh 100 hari itu suatu beban buat Ismail Sabri sendiri? –
ShahbudinHusin 30/08/2021.
Subscribe to:
Posts (Atom)


