Rasuah AKSB? Hanifa & Nik Amar ingatkah pendedahan Husam Musa berkenaan ...

MALAYSIA DI MATA DUNIA

May be an image of road and text that says "Jepun, terdapat jalan yang dikenali sebagai 'Melody oads' yang akan memainkan muzik jika dipandu pada kela juan tertentu Tidak mahu kalah, di Malaysia ada fenomena jalan berlubang yang mana jika dilanggar ada peluang untuk mendengar bacaan yassin Ûlusaio" 

Kerajaan gagal, gagal mengurus, kata Prof Agus

 




FADLI RADZI


Ekonomi negara ini berada pada tahap teruk biarpun menteri menyatakan semuanya baik, tegas Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Menurutnya, kadar pengangguran tinggi walaupun Jabatan Perangkaan melaporkannya menurun dari 4.6 peratus pada April kepada 4.5 peratus iaitu 728,100 orang Mei lalu.

“Tengok sahaja berapa kilang SME (Perusahaan Kecil Sederhana) tutup, kedai tutup, hotel tutup,” katanya.

Mengulas penafian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung dakwaan Malaysia sebuah negara gagal dalam pengurusan Covid-19, Agus berkata, terdapat perbezaan antara negara gagal dan kerajaan gagal.

“Kata menteri, bagaimana boleh kata gagal jika institusi negara seperti jabatan kesihatan dan jabatan kerajaan masih berfungsi?

“Saya bersetuju dengan kenyataan negara tidak gagal, tetapi kerajaan gagal – gagal mengurus Covid-19 dan gagal mengurus kesejahteraan hidup rakyat.

“Rakyat juga tidak kata negara gagal, rakyat cuma kata kerajaan gagal. Antara negara gagal dengan kerajaan gagal itu berbeza,” tegas Agus.

Terdahulu, laporan Bloomberg memaklumkan, Malaysia berada di tangga tercorot dalam senarai kemajuan 53 negara membuka semula ekonominya di tengah krisis pandemik Covid-19.

Senarai Kebingkasan Covid-19 bagi Jun menempatkan Malaysia di tangga ke-51, hanya di atas Filipina dan Argentina.

Mengulas lanjut, Agus dalam hantarannya di Facebook sempena ulang tahun kelahirannya hari ini menasihatkan pemimpin agar tidak menjadi diktator yang dipilih.

“Terjadinya begini kerana sejak krisis kewangan 1998, pemimpin kita jauh dari naluri rakyat. Mereka ramai yang mempunyai sindrom penafian.

“Tindakan dan dasar mereka banyak yang tergelincir dari realiti. Mereka semuanya ‘diktator yang dipilih’,” katanya lagi.

Tekanan hidup

Sehubungan itu, beliau menyifatkan politik tahun ini kacau dengan kerajaan mengisytiharkan darurat untuk mengawal Covid-19 tetapi ternyata tidak berkesan.

“Akibat darurat Parlimen dikunci. Demokrasi digantung. Impaknya tidak ada semak dan imbang.

“Lebih teruk SOP dua darjat. Hukuman pula bukan untuk mendidik dan mencegah, tetapi menghukum. Denda dikenakan di luar kemampuan rakyat,” tegasnya.

Bahkan, Agus berpendapat siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan rakyat semakin susah sehingga ada yang bunuh diri kerana tekanan hidup.

“Muncul kempen rakyat bantu rakyat dengan cara mengangkat bendera putih, tetapi usaha rakyat sebegini pun tidak disukai sesetengah pemimpin.

“Matikah jiwa pemimpin sehingga memperlekehkan usaha rakyat?’ tempelak Agus lagi.

Setakat semalam, jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini meningkat kepada 827,191 kes.

Kes harian pandemik itu sudah mencatatkan angka melepasi 9,000 kes bagi dua hari berturut-turut dengan semalam sebanyak 9,353 kes sekali gus angka kes harian tertinggi sejak penularan virus berkenaan di negara ini tahun lalu.

 

Guna sidang Parlimen 5 hari sebaiknya, kata penganalisis kepada pembangkang

 

Sidang Dewan Rakyat selama lima hari itu dijangka menguji sokongan majoriti ahli parlimen terhadap Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: Menjelang sidang Parlimen yang dijadualkan akan kembali, Ahli Parlimen pembangkang digesa menggunakan peluang itu dengan sebaik-baiknya dan memastikan kerajaan bertanggungjawab terhadap setiap keputusan serta dasar dibuat sejak persidangan lalu, kata penganalisis politik.

Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang adalah pada 17 Dis lalu.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, Ahli Parlimen pembangkang harus bersedia dengan banyak soalan dan meneliti setiap dasar dibuat oleh kerajaan dalam pengurusan pandemik Covid-19.

“Ahli Parlimen pembangkang mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan. Mereka mesti mempersoalkan keputusan keputusan kerajaan dan maklum balas mereka direkodkan,” katanya kepada FMT.

Selain dasar, Oh berkata Ahli Parlimen pembangkang juga harus membincangkan ordinan yang diluluskan ketika Darurat, terutamanya ordinan anti-berita palsu.

“Sekiranya pembangkang boleh menolak ordinan itu, ia akan memberi kelebihan besar kepada mereka dari segi politiknya,” katanya.

Beliau percaya perpecahan antara pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad adalah punca utama kurangnya kekuatan secara kolektif di kalangan parti pembangkang.

“Perpecahan Anwar-Mahathir inilah yang menjadi penyebab mengapa mereka (pembangkang) senyap,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan bahawa Muhyiddin Yassin menasihatkan Yang di-Pertuan Agong memanggil persidangan Dewan Rakyat selama lima hari yang bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos.

Persidangan lima hari itu juga akan menguji sokongan majoriti ahli parlimen terhadap Muhyiddin.

Ia selepas Umno mengumumkan penarikan semula sokongan terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri dan presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi mendesaknya meletak jawatan selepas mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi selama lebih empat jam.

Selain itu, Oh berkata persidangan semula Parlimen bagaimanapun tidak akan mengubah situasi politik ketika ini.

“Selagi keadaan darurat itu berlaku, undang-undang boleh diluluskan tanpa melalui proses pengundian. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan kuasa darurat untuk mengisytiharkan undang-undang dalam bentuk ordinan.

“Kerajaan sentiasa boleh menggunakan kelebihan ini untuk menghalang sebarang usul tidak percaya daripada diluluskan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Marzuki Mohamad memberi jaminan bahawa ahli parlimen boleh berhujah dan mengundi ketika lima hari persidangan khas terbabit.

Namun, beliau tidak menjelaskan mengenai semua perkara dalam agenda yang akan dihujah atau diundi itu.

APA JUGA USAHA MENJATUHKAN MAHIADDIN MEMANG BERMAIN POLITIK, TAPI…

 

Berikutan keputusan UMNO menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin, ada pihak yang takut kehilangan jawatan serta kedudukan berkata, sekarang bukan masanya untuk bermain politik dan jatuh-menjatuhkan kerajaan.

Kata pihak tersebut lagi, tumpuan sekarang seharusnya difokuskan untuk menangani Covid19 yang kesannya merata kepada seluruh kehidupan manusia.

Sebelum ini, ketika Anwar Ibrahim berkali-kali cuba menukar kerajaan, itulah jugalah hujah mereka.

Lagi-lagi jangan bermain politik dan kita semua harus bersama-sama dengan kerajaan.

Agaknya, mereka yang takut hilang jawatan dan kedudukan ini lupa, Mahiaddinlah sebenarnya yang paling banyak bermain politik demi kuasa sejak Covid19 melanda negara.

Kenapa setelah lebih setahun berlalu, disertai dengan pelbagai PKP, darurat dan entah apa-apa lagi, tetapi Covid19 tidak juga berkurangan jumlahnya?

Realitinya, semua itu adalah disebabkan Mahiaddin tidak henti-henti bermain politik dengan berselindung dan menggunalan alasan Covid19 dalam semua tindakannya.

Memecat musuh-musuh politiknya dalam Bersatu, termasuk Tun Mahathir Mohamad, menjatuhkan kerajaan Sabah pimpinan Shafie Apdal, menggantung Parlimen dan membuat lantikan demi lantikan yang bersifat potik adalah antara percaturan yang dilakukan Mahiaddin yang tiada kena-mengena langsung dengan usaha memerangi Covid19, tetapi dilakukan ketika wabak tersebut tengah menggila.

Selain ada di antara tindakan itu menyumbang kepada peningkatan kes seperti PRN Sabah contohnya,!selebihnya hanya untuk mengekalkan kuasa semata-mata.

Kalau mahu dikira lagi, PKP demi PKP dengan kes turun naik mengikut sama ada terancam atau tidak kerusi Perdana Menteri yang didudukinya, majoriti rakyat juga percaya ia adalah suatu perlaksanaan yang berniat politik sifatnya.

Kalau tidak bersifat politik, takkanlah sampai tiga kali Yang Dipertuan Agong perlu bertitah tentang keperluan Sidang Parlimen diadakan dengan segera?

Jika kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menangani Covid19 dan tidak gila untuk mengekalkan kuasa, tentunya rakyat tidak menderita seperti sekarang ini.

Negara lain boleh menangani Covid19 dengan lebih baik, termasuk yang lebih mundur daripada kita seperti Vietnam misalnya, kenapa kita berterusan gagal dan menjadikan hidup dalam sengsara yang berpanjangan?

Jawabnya tidak lain ialah kerana kerajaan dan Mahiaddin telah gagal dan hanya memperalatkan Covid19 ini untuk politik dan kelangsungan kuasanya.

Sepatutnya, dengan gagal yang berterusan itu sehingga kes bunuh diri sudah jadi berita biasa dalam negara, Mahiaddin ada perasaan malu untuk terus kekal dan menikmati gaji lumayannya.

Tidak malukan beliau dengan gaji lumayan yang dikaut, jumlah kabiinet terbesar, berbelanja sesuka hati dan lantikan politik dibuat tanpa henti, sedangkan hasilnya hanya menyebabkan rakyat tambah susah derita, selain ada yang tidak tidak tahan meneruskan hidup, lalu memilih mengambil nyawa sendiri?

Sekarang beliau dikhabarkan tidak begitu sihat dengan penyakit lama menyerangnya kembali, sampaikan kena cirit-birit pun kena seminggu perlu berehat di hospital.

Dalam keadaan ini, kenapa tidak mahu berhenti, malah melantik lagi Timbalan Perdana Menteri yang tujuannya semata-mata mainan politik untuk memecahkan lawan dan melindungi kerusi yang sedang diduduki?

Maka itu, apa pun usaha untuk menjatuhkan Mahiaddin sekarang ini, terbaru melalui keputusan UMNO menarik sokongan, memang ia bersifat politik, tetapi ia adalah untuk melawan permainan politik Perdana Menteri yang memperalatkan semua perkara untuk kepentingan kuasanya dan bukan untuk menyelesaikan masalah negara.

Selagi beliau tidak ditukar, apa pun dilakukannya untuk menangani Covid19 akan terus gagal dan negara tidak akan mampu bergerak ke mana-mana.

Pemimpin yang gagal, melakukan usaha pula dengan cara yang sama berkali-kali, tidak habis-habis mengurung rakyat tanpa henti, tidak mungkin dapat menghasilkan keputusan yang berbeza.

Untuk mendapatkan keputusan yang berbeza, jawatan Perdana Menteri mesti diisi oleh pemimpin yang berbeza juga.

Sebab itu, rakyat tiada pilihan lain melainkan harus memberi sokongan kepada apa juga permainan politik yang secara kasarnya nampak dilihat untuk menumbangkan Perdana Menteri semata-mata.

Memang luarannya nampak begitu, tetapi hasrat sucinya ialah untuk mengeluarkan rakyat serta negara ini daripada ketidaktentuan dan penyeksaan berpanjangan yang dilakukan oleh Mahiaddin yang kerjanya asyik bermain politik untuk kuasa saja.

Malah, kalau perlu, rakyat sendiri sepatutnya bangun bersatu hati untuk sama-sama menumbangkan kerajaan dan Mahiaddin yang realitinya keberadaan beliau di kerusi Perdana Menteri itu hanya menyusahkan lagi kehidupan kita.


 (ShahbudinHusin 11/07/2021)



Ahli parlimen Cameron Highlands dan Jerantut tarik balik sokongan kepada Muhyiddin

 


Terkini! Ahli parlimen Cameron Highlands dan Jerantut tarik balik sokongan kepada Muhyiddin

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor dan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri selaras dengan ketetapan Badan Perhubungan UMNO negeri yang selari dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT), pada 7 Julai lalu.

Ia juga selari dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 akhir Mac lalu, yang memberi mandat kepada Presiden dan MT untuk menentukan tarikh tepat penarikan diri daripada Kerajaan Persekutuan pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Ramli berkata, keputusan tersebut perlu dipatuhi oleh setiap pemimpin serta ahli parti berkenaan.

“Saya sebagai Ahli Parlimen UMNO adalah tidak terkecuali dan akur keputusan parti,” katanya dalam kenyataan lapor Utusan Online.

Awal pagi Khamis lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT mengumumkan menarik balik dan menamatkan sokongan serta-merta kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, seperti mana semua tahu, Perhimpunan Agung UMNO 2020 merupakan badan tertinggi parti yang telahpun membuat keputusan sedemikian.Wan Rosdy berkata, ia perlulah dipatuhi oleh setiap pemimpin, ahli parti dan Pahang tidak terkecuali.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, pada masa ini, tugas utamanya adalah menumpu segala usaha dan inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara dan kawasan Parlimen Cameron Highlands khususnya.

Sementara itu, Ahmad Nazlan berkata, selaku Ahli Parlimen UMNO beliau juga tidak terkecuali mematuhi dan akur segala keputusan diputuskan parti tersebut.

“Saya selaku Ahli Parlimen Jerantut berpendirian dan mengambil ketetapan selaras dengan keputusan yang diambil oleh. Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri,” katanya.

Jelasnya, tugas utamanya kini menumpu segala usaha dan inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan akibat wabak Covid-19 yang melanda negara dan kawasan Parlimen Jerantut khususnya.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor dan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri selaras dengan ketetapan Badan Perhubungan UMNO negeri yang selari dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT), pada 7 Julai lalu.

Ia juga selari dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 akhir Mac lalu, yang memberi mandat kepada Presiden dan MT untuk menentukan tarikh tepat penarikan diri daripada Kerajaan Persekutuan pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Ramli berkata, keputusan tersebut perlu dipatuhi oleh setiap pemimpin serta ahli parti berkenaan.

“Saya sebagai Ahli Parlimen UMNO adalah tidak terkecuali dan akur keputusan parti,” katanya dalam kenyataan lapor Utusan Online.

Awal pagi Khamis lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT mengumumkan menarik balik dan menamatkan sokongan serta-merta kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, seperti mana semua tahu, Perhimpunan Agung UMNO 2020 merupakan badan tertinggi parti yang telahpun membuat keputusan sedemikian.

Wan Rosdy berkata, ia perlulah dipatuhi oleh setiap pemimpin, ahli parti dan Pahang tidak terkecuali.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, pada masa ini, tugas utamanya adalah menumpu segala usaha dan inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara dan kawasan Parlimen Cameron Highlands khususnya.

Sementara itu, Ahmad Nazlan berkata, selaku Ahli Parlimen UMNO beliau juga tidak terkecuali mematuhi dan akur segala keputusan diputuskan parti tersebut.

“Saya selaku Ahli Parlimen Jerantut berpendirian dan mengambil ketetapan selaras dengan keputusan yang diambil oleh. Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri,” katanya.

Jelasnya, tugas utamanya kini menumpu segala usaha dan inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan akibat wabak Covid-19 yang melanda negara dan kawasan Parlimen Jerantut khususnya.

SILA LAWATI DAN NAIKKAN BENDERA PUTIH JIKA ANDA PERLUKAN BANTUAN

 

Ni website yang dibina oleh rakyat Malaysia tanpa dana juta-juta. 


Kat website ni, sesiapa pun boleh angkat bendera putih secara maya.


Yang merah-merah tu adalah permohonan bantuan. Ramai kan orang susah di seluruh Malaysia.


Yang biru adalah sesiapa yang nak beri bantuan. Boleh tengok juga ramai rakyat Malaysia yang prihatin.


Tahniah Terato Tech yang buat website ni. Kos nak bayar Google Maps ni mahal weh. 


Terima kasih kepada Google Malaysia yang bagi kredit percuma kepada Terato Tech. 


Nama website ni adalah https://kitajaga.co/


Ni betul-betul rakyat jaga rakyat.

KAKI FITNAH NIH...


 


Syam Ghaz


Sejak bila Bro Ruzely Abdullah suka sebar Berita Fitnah?


Tahu lah sekarang isu Rasuah 27 Juta  Air Kelantan  didedahkan oleh Dato Husam Musa.


Asbab dia dedah maklumat sebenar, Seluruh Kelantan tahu apa yang terjadi di Kelantan.


Dia dedah benda betul dan ia terjadi, Demi untuk kebaikan Rakyat Kelate. 


Bukan untuk kepentingan peribadi dia. Lagipun dia tidak serang Pas pun. Cuma yang bersalah dan buat salah tu pikul lah tangungjawab.


Tak perlu lah buat Poster-Poster fitnah macamni, walaupun marah kepada beliau. Tolong rasional lah Bang.

Kesusahan rakyat sekarang amat luar biasa, syarat moratorium perlu dikaji balik


How would you define your Relationship with a Bank? - Marshall Strategy


Kesusahan rakyat sekarang amat luar biasa, syarat moratorium perlu dikaji balik. Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tujuh pakej rangsangan ekonomi dan bantuan bernilai RM380 bilion. Baru-baru ini, Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) merupakan pakej rangsangan kelapan diumumkan di era pandemik Covid-19 ini. Nama Pemulih juga adalah selari dengan nama pelan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini iaitu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pakej Pemulih bernilai RM150 bilion dan merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan yang diumumkan oleh kerajaan adalah berjumlah RM530 bilion iaitu lebih daripada separuh trillion.

Sekiranya dicampur dengan Belanjawan 2021 iaitu RM322.5 bilion, maka jumlah keseluruhan adalah bernilai RM852.5 bilion. Ini merupakan perbelanjaan terbesar dalam sejarah negara iaitu dari Mac 2020 sehingga Disember 2021 bagi berhadapan cabaran ekonomi terbesar yang dihadapi selepas kemerdekaan yang turut melibatkan dua krisis yang berlaku secara serentak pada ketika ini iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.

Perkara ini berlarutan lebih 15 bulan dan ia akan berterusan sehingga tercapai sepenuhnya tiga indikator yang ditetapkan oleh kerajaan melalui PPN iaitu bilangan kes harian Covid-19, kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) dan peratusan rakyat yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Melalui Pemulih, ia berjaya memberikan nafas kelegaan kepada semua rakyat dengan bantuan lebih menyeluruh mencakupi semua aspek penting yang perlu diberikan penekanan dalam konteks Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkat Vaksinasi.

Pemulih dilihat sebagai satu inisiatif serampang dua mata iaitu dari satu kaca mata, ia mengangkat beban yang dipikul oleh rakyat antaranya dalam konteks penangguhan pembayaran pinjaman, menangani isu kenaikan harga minyak masak serta memberikan diskaun bayaran bil elektrik.

Dari sudut lain selepas kerajaan mengangkat beban sebahagian besar pinjaman yang dipikul oleh rakyat semasa tempoh enam bulan ini, maka kerajaan memberikan bantuan tunai kepada rakyat yang sebahagian besarnya terkesan dengan pandemik Covid-19 dan berkurangan sumber pendapatan untuk berbelanja khususnya membeli barangan keperluan harian dan makanan.

Saya memberikan fokus kepada usaha mengangkat beban paling utama ditanggung oleh rakyat pada ketika ini dalam berhadapan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 iaitu memberikan moratorium selama enam bulan melalui kerjasama pihak bank kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20 dan usahawan mikro tanpa sebarang syarat dan tanpa sebarang dokumentasi diperlukan. Ini merupakan antara kelegaan terbesar dirasai rakyat pada ketika ini yang tertekan dengan pinjaman ditanggung oleh mereka dalam keadaan pengurangan pendapatan dan kehilangan pekerjaan.

Namun, dalam pelaksanaan moratorium kali ini, beberapa penambahbaikan perlu diberikan perhatian oleh kerajaan melibatkan empat perkara utama. Pertama, walaupun bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun atau penalti lewat bayar kepada peminjam, namun ia dikatakan masih bukan sifar kadar faedah. Pada ketika ini, rakyat berhadapan kesukaran amat luar biasa dan memerlukan lebih banyak pertolongan dan bantuan daripada kerajaan agar dapat mengangkat semua faedah dalam moratorium yang diberikan selama enam bulan ini.

Pelaksanaan ini juga dijangka tidak memberikan kesan besar kepada institusi perbankan dengan mengambil kira impak pelaksanaan moratorium semasa PKP 1.0 yang juga selama enam bulan iaitu dari 1 April 2020 hingga 30 September 2020 dan bank masih memperoleh keuntungan bersih bagi 2020. Terdapat juga bank yang mana keuntungan bersih mereka pada 2020 adalah lebih daripada RM6 bilion. Walaupun keuntungan mereka berkurangan pada 2020 jika dibandingkan dengan 2019, namun pada ketika rakyat amat tertekan dengan masalah kewangan, pelaksanaan moratorium enam bulan tanpa sebarang syarat, tanpa sebarang dokumentasi dan ia perlu ditambah tanpa sebarang faedah agar usaha daripada kerajaan dilihat bertepatan dengan keadaan semasa yang amat mencabar.

KOPERASI

Kedua, kerajan perlu mengadakan rundingan dengan institusi kewangan bukan bank yang tidak terikat dengan pelaksanaan moratorium seperti syarikat kredit, koperasi dan lain-lain. Perkara ini penting disebabkan ramai kumpulan B40 dan M40 termasuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang membuat pinjaman dengan institusi kewangan bukan bank walaupun sebahagian besar pinjaman adalah berskala kecil.

Ketiga, bayaran penggunaan kad kredit. Bank akan menawarkan moratorium enam bulan untuk bayaran ansuran semua kemudahan pinjaman kecuali kad kredit. Oleh yang demikian, disebabkan kadar faedah kad kredit adalah amat tinggi iaitu sekitar 17 hingga 18 peratus, maka bank tanpa menunggu perlu segera menukar baki tunggakan kad kredit kepada pinjaman atau pembiayaan dengan kadar keuntungan atau faedah dikurangkan menjadi empat hingga lima peratus sahaja. Ia akan dapat mengurangkan kadar faedah sekurang-kurangnya sehingga 12 hingga 13 peratus dan membantu meringankan beban rakyat.

Terakhir, salah satu perkara penting yang perlu diberikan pertimbangan oleh kerajaan dan bank yang mana sebelum ini pelaksanaan moratorium tidak diberikan kepada akaun pembiayaan yang sudah melebihi tunggakan 90 hari. Perkara ini perlu dipertimbangkan semula disebabkan mereka yang tidak mampu untuk membayar ansuran sebelum pelaksanaan PKP 3.0, maka tentu sekali mereka juga hampir pasti sukar untuk membayar ansuran pada ketika ini. Oleh yang demikian, kerajaan dan bank boleh pertimbangkan untuk diberikan moratorium sekurang-kurangnya selama tiga bulan kepada mereka yang mempunyai tunggakan melebihi 90 hari.

Hal ini disebabkan oleh semakin tinggi tunggakan bayaran ansuran mereka maka semakin tinggi tekanan dan beban yang ditanggung. Usaha memberikan moratorium sekurang-kurangnya tiga bulan ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan tekanan dan beban yang ditanggung oleh mereka. Walaupun diakui bank tidak menerima ansuran daripada mereka selama lebih 90 hari, namun dalam situasi luar biasa ini bank boleh berkorban sedikit untuk memberikan pertimbangan bagi membantu kumpulan ini.

Selain itu, kerajaan juga memperluaskan penangguhan pembayaran termasuk dalam konteks pinjaman pendidikan iaitu dengan memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima biasiswa Persekutuan sehingga enam bulan, menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran Mara untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan serta menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan.

Pemberian diskaun elektrik juga sesuatu yang amat dinantikan oleh rakyat pada ketika ini dan kerajaan telah mengambil tindakan yang tepat dengan memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus selama tiga bulan berdasarkan kadar penggunaan elektrik ditetapkan.

Fokus kerajaan seterusnya dalam mengangkat beban rakyat adalah melaksanakan pengawalan harga barang. Di saat rakyat berhadapan masalah kewangan, maka tidak sepatutnya berlaku kenaikan harga barang. Justeru, kerajaan mengambil langkah bertepatan dalam melaksanakan program harga kawalan berasaskan nilai ambang Crude Palm Oil agar minyak masak botol lima kilogram dapat dikawal supaya tidak melebihi RM30 sebotol serta peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion agar rakyat masih dapat membeli minyak masak pek polibeg satu kilogram pada harga bersubsidi RM2.50. Ia akan dapat membantu rakyat khususnya penjaja kecil yang kerap menggunakan minyak masak dalam perniagaan termasuk mereka yang terjejas pendapatan mereka.

Profesor Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed ialah Pensyarah Kanan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Berita Penuh : https://www.utusan.

Malaysia Gagal, Kerajaan Gagal



MALAYSIA GAGAL, KERAJAAN GAGAL

Kalau tanya Mustapha Mohamed, sure dia akan kata Malaysia tidak gagal, sistem pentadbiran beroperasi dengan baik... memang la... sebab orang yang gagal memang takkan mengaku dia gagal...

Sebagai contoh... puluhan tahun Mustapha Mohamed ni jadi Ahli Parlimen Jeli... apa pembangunan yang dia dah bawak ke Jeli... setakat harap ada MRSM je di sana... selain dari tu... xder... so... dia ni memang la 'failed' punya Ahli Parlimen... Ahli Parlimen yang gagal...

Tak bole pakai...

Kerajaan Malaysia hari ni pun gagal... gagal mentadbir ekonomi, gagal mentadbir pentadbiran, gagal mentadbir kesihatan, gagal segagal-gagalnya.

UMNO Gila Talak



BOB KELANANG


UMNO GILA TALAK…

UMNO ni adalah sebuah parti yang kelakar... Dia rasa dia boleh menongkat dunia... UMNO rasa merekalah sepatutnya menjadi Numero Uno dalam pentadbiran negara...

Sebab itu UMNO sekarang ni seumpama jantan gila talak.

KOH KOH KOH…

Jatuh cerai dengan Perikatan Nasional (PN) tapi masih dok gila nak tidur sekatil dengan Perikatan Nasional (PN)...

KOH KOH KOH… jilaker!!

KAN TENTERA DAH BERSUARA ....

 May be an image of 2 people and text that says "SATU DUNIA TAHU!! FTSE BURSA MALAYSIA KLCI FBMKLCI Intraday 1,514.59 +5.88 0.39% ON THE PHONE Singapore 1515.92 10:30 1512.14 12:00 3:30 15:00 16:30 Daniel Moss omberg Nows BloombergOpinion BECOMING FAILED STATE MOSS: MALAYSIA CLOSETO Bloomberg NIKKEI 225 JUL9 12:39 AUS -DAY VIEW @BUSINESS USD/JPY -DAY VIEW GJGB2 DAY VIEW GJGB5 -DAY VIEW #KeraaanGagal"


COVID-19: 'Tiada koordinasi, tindakan bersepadu punca gagal keluar dari gelombang ketiga'

Afiezy Azaman
COVID-19: 'Tiada koordinasi, tindakan bersepadu punca gagal keluar dari gelombang ketiga'
Dr Mohd Arshil Moideen berkata, dalam sebuah peperangan seperti peperangan melawan COVID-19 kita perlu ada satu line of command single standardize strategy yang semua boleh ikut.
KUALA LUMPUR: Ketiadaan tindakan secara bersepadu dan arahan koordinasi daripada peringkat atas sehingga bawah menjadi punca mengapa negara tidak dapat keluar daripada gelombang ketiga COVID-19.
Menurut Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brigadier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen, ini turut disumbangkan dengan kelewatan dalam kawalan, diagnosis dan pengasingan kes-kes COVID-19.
“Apa yang saya nampak ialah ketiadaan ‘unified action’ dan ‘coordination’ daripada ‘top down’.
"Saya memberi komen daripada sudut pandang profesional di mana ada banyak perkara yang telah diputuskan di Pusat tetapi implementasinya di peringkat setiap negeri lain.
“Begitu juga satu negeri implementasinya di setiap daerah lain, ini yang dapat kita lihat apabila ketiadaan ‘unified action' dan 'coordination’.
“Dalam sebuah peperangan seperti peperangan melawan COVID-19 kita perlu ada satu ‘line of command single standardize strategy’ yang semua boleh ikut,” katanya dalam program AWANI Pagi, pada Sabtu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [10 Julai 2021]
Mengulas lanjut, Dr Mohd Arshil berkata, masalah utama turut didorong oleh ketidakpantasan dalam kawalan, diagnosis dan pengasingan kes-kes COVID-19.
“Jika di dalam tentera, kita panggil ‘speed of action military precision’.
"Ini adalah sesuatu yang saya tahu sukar dilakukan kerana sama ada kita ketiadaan sumber atau mungkin kekangan tertentu yang kita faham Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi lain hadapi dan sedang berusaha keras, tetapi inilah hakikatnya.
“Daripada waktu kita contain, diagnosis and isolation, ia memakan masa dan tidak cukup pantas untuk mengekang penularan di kawasan-kawasan kesnya terlalu tinggi,” ujar beliau.

HALATUJU POLITIK MALAYSIA; : GAGAL ATAU BERTUKAR

Rakyat kecewa kes masih tinggi - Kosmo Digital