BILA DAPAT JAWATAN MELALUI ISTIDRAJ

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF

Image may contain: 1 person, text


Kes Beer yang tak memabukkan ni lebih kurang macam kes RUU355 la. Bila dengar aje kata ketua lebai nak bentang RUU355 terus naik stim penyokong. Siapa yang persoal bab teknikaliti semua pakat kena kapir.

Depa bukan kisah pun RUU355 tu cacat, tak ada limit dalam hukuman, depa tak kisah pun yang bab mahkamah syariah sendiri ada beza kuasa dari mahkamah civil, depa tak kisah yang hakim mahkamah syariah gaji berbeza dengan mahkamah sivil.

Depa ingat kalau laksana RUU355 terus dapat redha Allah. Sampai 5 tahun kena tipu, bentang tajuk lepas tu sendiri tangguhpun dah di angkat jadi hero. Kena heret sampai ke padang merbuk turun dari pantai timur. Boleh pula mereka salahkan Amanah dan DAP sebab tolak RUU355 padahal bentang pun belum? Apa punya mewa boleh tahu siapa yang tolak dan siapa yang sokong kalau belum bentang. Macam match final bola belum mula dia dah marah kata orang tak sokong.

Bila dah ada kuasa melalui istidraj, boleh kata RUU355 bukan perkara utama. Nampak sangat RUU355 hanya untuk mempergunakan penyokong dan penuhkan tabung milo. Ada tak lebai minta maaf?

Kes Beer ini pun sama. Padahal yang tukang duk announce tu bukan main banyak skandal terpalit dengan dia; dia selamat sebab jadi trojan horse mantan PM dan PM sekarang nak bagi lemah parti dia. Tapi yang tak boleh brain, ada mufti belum apa-apa dah puji melangit, siap bagi jaminan rahmat lagi padahal dia sendiri bagi jaminan apa yang dia tiada pengetahuan.

Rupanya-rupanya Beer yang kurang dari 7% alcohol tidak di kategorikan sebagai minuman keras di tanah Melayu Isle, jadi tak ada beza pun dengan dulu. Memang dari dulu 7Eleven dan speedmart hanya jual beer dan bukan wine. Jadi yang Mofti duk puji sakan sebab apa? Padanlah di beri gelaran Sahribut samahaha serba tahu (SSST) sebab palatao sangat.

 

ADAKAH FATWA LEBAI BERUBAH LAGI?AUNCAI PULA SUKA HATI.

 

Kerajaan PN mungkin mengembalikan semula cukai GST,sebab macai umno bodo kata GST bantu kerajaan, walau rakyat tolak. Tapi Pas yang duduk dalam kerajaan sekarang telah memfatwakan cukai tersebut sebagai haram.

Apakah Pas mungkin berubah lagi pendirian sebagaimana berubahnya pendirian mereka berkaitan arak?Yang tu kita dan rakyat dah tau. Maklum kalau kita tanya minyak naik pun, auncai akan kata kita jangan banyak jalan.Kita duduk saja diam diam dan ambil tempurung tutup. Baru kita Nampak dunia kita sahaja. Dunia luar kita tak payah jalan dam ambik tahu , sebab itu sifat kita.

Lagi pula, kita tak perlu pun tahu kawasan lain kerana kita hanya pusing pergi balik,dan akhirnya kita rasa anak anak kita juga seperti kita?Uhhh…kesihan….Jauhilah GST...



MENTERI AGAMA PERJELAS PUNCA BERDIAM DIRI ISU ARAK

Arak Adalah 'Hak' Yang Diberikan Oleh Tuhan?fitnah lebai?


Sewaktu PH terajui Putrajaya, puak kamu bising minta haramkan penjualan arak dan hukum mati pemandu mabuk. Sekarang apabila kuasa berada di tangan kamu, kamu keluarkan bermacam dalil untuk berdalih.

Maha suci Allah tidak akan memberikan hak kepada makhluk dan hambanya benda-benda yang memudaratkan, kecuali hamba-hamba itu mengengkari larangannya. Dakwaan Allah memberikan hak arak untuk diminum oleh non muslim, itu satu fitnah jahat kepada Allah.


TAHNIAH KERAJAAN TEBUK ATAP


Sesiapa datang dari Sabah tak perlu lagi kuarantin 14 hari mulai esok.Tahniah kerajaan PN, SOP bertukar lagi.Bertukar tiba-tiba sebab ada ahli parlimen PN langgar SOP?

Kluster Top Glove Tiba Tiba Mencanak Kenapa? Dengarkan Ulasan Dari Adun ...

SURAT KU LI YG MENJAWAP SURAT SPEAKER DAN MENGUMUMKAN BELIAU TIDAK AKAN TERLIBAT DALAM PERBAHASAN B2021.



Pada 14 Oktober 2020 saya pernah mengulas surat Pertama Ku Li berkaitan VoNC. Di perenggan akhir artikel berkenaan saya menulis...

11. "Dalam keadaan skrg Menteri Undang-undang masih menentukan usul apa yang patut didahului. Legislative tidak sepatutnya dikuasai oleh Executive. Speaker di Parlimen seharusnya bebas dari campurtangan Executive dalam menentukan tugasnya. Ini perlukan REFORM Parlimen bagi mengatasi masalah sebegini".

Saya kira anda pun faham bahawa cara mereka menghalang VoNC sebenarnya adalah "Unconstitutional" atau MELANGGAR Perlembagaan dan semangat "Separation of Power" atau Pengasingan Kuasa.

Perenggan 3 dan 4 dalam Surat Ku Li jelas menyebut perkara yg sama berkaitan Executive dan Legislative.

Doktrin Pengasingan Kuasa ini mesti dihormati. Negara kita memerlukan keazaman yg kuat bagi membetulkan kepincangan dan pencerobohan serious ke atas sistem ini. Siapa yg punya "Political Will" untuk melakukan REFORM ini? Kita tahu siapa bukan?

Wallahualam.

- Zus Din

24 November 2020

 



TAHAP MARAH PADA AZMIN SAMA SAMA DENGAN OT95

 Image may contain: text

"Kenapa Saya Memilih PKR (Anwar Ibrahim)" - Hans Isaac

RENTASAN 776 | TERNYATA HILANG KEPERCAYAAN MAJORITI, KINI PM-8 'ANCAM' R...

PEEEEEEEGEEEDAH

 

W.FAUDZIN

Kalau tengok pada sembang,hebat la sangat. Tak perlu bergantung kpd sesiapa konon.Dia sedar tak, parti dia tu skrg ni hidup pun bergantung dgn kerajaan pengkhianat tebuk atap. Dapat jadi menteri alam sekitar jaga tong sampah je pun.. Bapak dia ni pulak dpt upah bersekongkol dgn pengkhianat dpt jadi duta khas je pun...

Tak payah sembang la lebai....

Image may contain: 1 person, text



MANTAN KETUA MUSLIMAT PAS, USTAZAH JAMILAH NYATAKAN SOKONGAN PADU KEPADA...

Jangan kompromi kualiti pendidikan UiTM


Kenyataan Bersama 12 Alumni UiTM dari DAP Mengenai Laporan The Malaysian Reserve Bertarikh 24.11.2020 Mengenai Kemungkinan Penamatan 600 Pensyarah UiTM Separuh Masa Akibat Pengurangan Peruntukan Dalam Belanjawan 2021 pada 24 November 2020, di Kuala Lumpur

Kami merujuk kepada laporan portal The Malaysian Reserve pada 24 November 2020 (Rujukan:https://themalaysianreserve.com/2020/11/24/uitm-re-assesses-600-part-time-lecturers-after-funding-cut/) yang menyatakan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkemungkinan besar akan menamatkan khidmat dan program pensyarah sementara dan mengubah suai pelan strategik institusi itu selepas mengalami pemotongan dana dari kerajaan Perikatan Nasional seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini. Hal ini akan memberi impak kepada 600 orang pensyarah yang berkhidmat secara separuh masa di institusi tersebut dan memberikan kesan kepada sejumlah besar pelajar di UiTM.

Kami mengecam tindakan kerajaan Perikatan Nasional yang telah membuat keputusan untuk memotong jumlah dana yang disalurkan kepada UiTM. Pengurangan dana sebanyak RM 129 juta, iaitu daripada RM 1.86 billion seperti yang dibentangkan di dalam Belanjawan 2020 oleh kerajaan Pakatan Harapan kepada RM 1.73 billion oleh kerajaan Perikatan Nasional adalah tidak wajar.

UiTM adalah satu-satunya pusat pengajian tinggi awam yang mempunyai kampus cawangan terbanyak iaitu 35 cawangan kampus di seluruh negara serta mempunyai seramai 153,861 orang pelajar sepenuh masa; 160,131 orang pelajar separuh masa dan 288 orang pelajar luar negara.

UiTM juga mempunyai sebanyak 17,706 orang kakitangan yang berkhidmat di seluruh kampus UiTM. Pengurangan dana ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada operasi UiTM bahkan akan memberi kesan kepada pembelajaran para pelajar ini.

Kami berharap agar pelajaran dan masa depan anak bangsa ini tidak diperjudikan oleh Kerajaan Perikatan Nasional hanya kerana ingin mencapai cita-cita politik dengan menyalurkan dana yang sepatutnya diberikan kepada UiTM kepada perkara yang tidak penting seperti penubuhan JASA, perbelanjaan tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai lagi perbelanjaan yang meragukan yang telah dibentangkan di dalam Belanjawan 2021.

600 orang pensyarah yang bakal terjejas ini, walaupun hanya berkhidmat separuh masa, namun mereka menpunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang masing-masing yang boleh memberikan manfaat kepada para pelajar UiTM dalam pengajian mereka. Seharusnya tiada kompromi dalam hal berkaitan dengan pendidikan anak bangsa terutamanya di UiTM.

Kami juga menggesa Alumni UiTM dan juga Majlis Perwakilan Pelajar UiTM agar mendesak, mengecam dan membantah tindakan Kerajaan Perikatan Nasional yang melebihkan perkara yang tidak berfaedah kepada negara daripada kualiti pelajaran dan masa depan anak bangsa. — Roketkini.com

Kenyataan Bersama Oleh:

  1. Farhan Haziq bin Mohamed
    Setiausaha DAPSY Damansara
    Alumni UiTM Shah Alam
  2. Nur Rahim Bin Nasir
    Setiausaha Mahasiswa Roket
    AJK Cawangan DAP Kampung Tunku-SS1
    Alumni UiTM Pahang
  3. Aslam Ramli
    AJK Cawangan DAP Kampung Tunku-SS1
    Alumni UiTM Melaka
  4. Ahmad Afiq bin Jumhuri
    Setiausaha Publisiti Cawangan DAP Kampung Tunku – SS1
    Alumni UiTM Negeri Sembilan
  5. Muhamad Rahimi Raduan
    Setiausaha Cawangan DAP Kiara
    Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam
    Alumni UiTM Shah Alam
  6. Danish Zainuddin
    Penolong Setiausaha Publisiti DAP Melaka
    Alumni UiTM Negeri Sembilan
  7. Muhammad Khairil Khalid
    Pengerusi Cawangan DAP Kiara
    Alumni UiTM Shah Alam
  8. Siti Maimunah Binti Ahmad
    Penyelaras Komuniti Parlimen Iskandar Puteri
    Alumni UiTM Shah Alam
  9. Athari bin Bahardin
    Ahli DAP Cawangan Kiara
    Alumni UiTM Shah Alam
  10. Muhamad Hatim Bin Mohd Basir
    AJK Mahasiswa Roket
    Alumni UiTM Puncak Alam
  11. Mohamed Yazzer Azzad bin Zainudin
    Ahli DAP Cawangan Kiara
    Alumni UiTM Shah Alam
  12. Nurhadi Zainol
    Bendahari DAPSY Damansara
    Alumni UiTM Shah Alam

DEMOKRASI DAN SURAT BERBISA KU LI

 . Berbisa ada dua makna, satu ‘bisa’ dengan makna sakit akibat dipatuk atau disengat dan meninggalkan kesan kepada mangsa. Satu lagi ‘bisa’ dengan makna kehebatan seseorang atau perbuatannya yang boleh memberi kesan terhadap sesuatu atau seseorang. Sinonim berbisa ialah ‘menyengat’

2. Ku Li atau YAM Tengku Razaleigh Hamzah adalah MP terkanan dalam Parlimen dari sudut senioriti dan pengalaman. Walaupum tak banyak bercakap tetapi sesekali MP Gua Musang memberi pandangan, ia akan mencuri tumpuan. Suratnya kali ini berbisa, atau dengan kata lain ‘menyengat!’

3. Terkini surat beliau kepada Speaker Dewan adalah sebagai menjawab dan menjelaskan sikap beliau kepada jawapan Speaker tentang Usul Undi Tidak Percaya tempoh hari. Ku Li pada bulan Spetember telah menulis surat mendesak diadakan usul undi tidak percaya ke atas TSMY.

4. Rumusan surat ialah mempertikaikan keputusan Speaker yang berhujah atas premis usul RUU kerajaan harus di dahulukan daripada usul persendirian. Kedua mempertahankan kebebasan parlimen apabila Speaker memberi alasan bahawa jika ingin teruskan perlu bertemu dengan Menteri Undang-Undang dan Parlimen untuk berunding. Dan ketiga, Ku Li mempertikaikan keabsahan bajet kerana undi tidak percaya bagi membuktikan PM ada majoriti adalah pra-syarat pembentangan bajet dalam krisis politik yang ada hari ini.

5. Bravo! Saya berasa lega kerana ide pulihkan demokrasi dan sembuhkan negara yang saya bawa dalam kemelut politik negara didokong oleh MP terkanan dari Gua Musang. Penyelesaian masalah berpaksikan demokrasi berparlimen dan perlembagaan bukan main sentimen dan emosi rakyat. Dalam Perkara 43 Perlembagaan Negara jelas menyebut syarat menjadi PM mestilah dibuktikan dengan majoriti di parlimen.

6. Sejajar dengan pandangan dalam surat Ku Li, saya telah menegaskan beberapa kali dalam kenyataan saya bahawa TSMY sukar mendapat sokongan bajet jika beliau gagal buat perkara mudah dan paling asas membuktikan bahawa beliau adalah PM yang ada majoriti. Bagaimana nak lulus atau tidak bajet kerajaan RM322b sedangkan TSMY sendiri gagal membuktikan dirinya layak bergelar PM kepada sebuah kerajaan. Jadi kami nak sokong apa sebenarnya?

7. Pulihkan demokrasi terlebih dahulu, jika tidak TSMY dan konconya akan berterusan memperolokkan demokrasi dengan menggantikan asas demokrasi berperlembagaan kepada sentimen kaum dan agama dan berselindung di sebalik krisis covid. Negara sudah pun luka rentas semua kaum akibat langkah sheraton. Di waktu inilah MP seramai 220 (tolak 2) harus kembali kepada sumpah mempertahankan perlembagaan negara dan bertanya pada dhamir dalam mereka (conscious) tentang perkara yang sepatutnya mereka lakukan.

8. Surat Ku Li tiba pada masanya yang tepat dan harus diteliti secara mendalam oleh semua MP rentas blok demi memelihara demokrasi dari dilanggar oleh PM dan kerajaannya yang tergantung tanpa bukti majoriti.

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Ahli Parlimen Parit Buntar

Naib Presiden AMANAH

24hb November 2020.



MAKSUD DISEBALIK TULISAN

 

TERDESAK NAK B2021 LULUS PUNYA PASAL?
Kalau tak komplen, puak yg berkuasa akan langgar SOP suka hati je. Kalau rakyat, sure kena denda dan penjara.
Kalau dilihat pada perkembangan semasa secara zahirnya terlihat yg Undi B2021 akan menyebabkan babai kpd Moo dan KERAMITA PN. Anda setuju?
- Zus Din
24 November 2020
*Nota : Link - Keningau tidak dibenarkan berada di Dewan Rakyat : https://www.facebook.com/watch/?v=1170027020137728



Surat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.

 

***********************

24 Nov 2020

Mengadap sembah penyerahan Memorandum Rakyat Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Ampun Tuanku,

Dengan segala hormat dan takzimnya patik bersama gabungan NGO di bawah nama Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat merafak sembah dan berdoa agar Tuanku Seri Paduka Baginda sentiasa berada dalam afiah dan rahmah dari Allah swt senantiasa hingga ke akhirat.

Ampun Tuanku,

*Memohon sembah penyerahan Memorandum Rakyat ke bawah Duli Tuanku.*

Patik dengan penuh takzim ingin merafakkan sembah mengenai Memorandum Rakyat yang ditandatangani oleh beberapa NGO dan rakyat jelata.

Ampun Tuanku,

Patik menyertakan beberapa salinan sokongan dari beberapa NGO dan rakyat jelata demi menyanjung tinggi Kedaulatan Raja-Raja Berpelembagaan.

Ampun Tuanku,

Semoga dengan Memorandum Rakyat ini dapat kiranya Tuanku mencemar Duli untuk mempertimbangkannya bagi menjamin Sistem Demokrasi Berpalimen terus dihargai dan dihormati oleh semua.

Mudah-mudahan Allah memberkati usia dan amalan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku.

Amin ya Rabbal Alamin.

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya,

Mustapa Mansor Bin Amer Mohd Isa.

*********************

MEMORANDUM RAKYAT KEPADA ISTANA NEGARA & PARLIMEN MALAYSIA

**********************

1. Menyampaikan tuntutan rakyat agar Kerajaan Perikatan Nasional menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara dengan mendahulukan Perlembagaan di atas segala undang-undang.

2. Mengembalikan mandat rakyat yang dirampas pada bulan Februari 2020 melalui langkah Sheraton yang jelas sekali bertentangan dengan amalan demokrasi berparlimen.

3. Memohon perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mencemar Duli untuk bertemu dengan ketua-ketua parti politik yang bersama dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah pihak Yang Dipertuan Agong menerima mengadap pada 13 Okt 2020 lalu. Seluruh rakyat mengetahuinya melalui kenyataan media yang disiarkan pada 14 Okt 2020.

4. Menegaskan peri pentingnya pentadbiran istana dilindungi dan dipelihara sewajarnya supaya tidak menimbulkan tanggapan negatif bahawa kakitangan istana telah didalangi oleh individu-individu yang diarah untuk menjaga kehendak dan kepentingan kerajaan Perikatan Nasional.

5. Menyatakan rasa amat terkejut dengan beberapa kenyataan dari pihak Kerajaan Perikatan Nasional sendiri yang secara terbuka menolak keputusan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu menolak dilaksanakan darurat.

6. Menyampaikan tuntutan rakyat agar tindakan sewajarnya diambil terhadap beberapa Yang Berhormat Ahli Parlimen serta Speaker Parlimen kerana berperilaku secara tidak beradab dan membelakangkan tatacara mesyuarat Sidang Dewan Rakyat di Parlimen.

7. Menyarankan agar perlantikan Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara dilantik oleh Yang Dipertuan Agung sendiri . Ini adalah untuk mengelakkan bias (berat sebelah) apabila kedua-dua lantikan itu dibuat oleh parti politik.

Semoga Memorandum Rakyat ini diamati dan diambil tindakan segera demi mengelakkan tercetusnya kemarahan rakyat yang mungkin tidak terkawal.

Semoga Memorandum Rakyat ini diamati dan diambil tindakan segera demi mengelakkan tercetusnya kemarahan rakyat yang mungkin tidak terkawal.

Ditandatangani oleh:

100 NGO yang bergabung dalam Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat.

Mustapa Mansor.

Ketua Kordinator

Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat.

***************

Terjemahan:

****************

MEMORANDUM RAKYAT TO ISTANA NEGARA & PARLIAMENT OF MALAYSIA

MEMORANDUM RAKYAT TO ISTANA NEGARA & PARLIAMENT OF MALAYSIA

Conveying rakyat's demand that the Perikatan Nasional Government respect the principles of Rukun Negara by putting the Constitution above all laws.

2.Returning the mandate of the rakyat which was wrested in February 2020 through the Sheraton manoeuvre that was obviously against the practice of parliamentary democracy.

3. Seeking an audience with his Majesty the Yang Di-Pertuan Agong of leaders of political parties who stand together with YB Datuk Seri Anwar Ibrahim who were already granted audience on Oct 13, 2020. The rakyat is well aware of this through the media release on Oct 14, 2020

4. Stressing the importance that palace administration is protected accordingly so that no negative peceptions will arise that they have been manipulated by interest groups of the Perikatan Nasional government

5. Expressing shock over statements made by the Perikatan Nasional government, openly rejecting the decision of his Majesty the Yang Di-Pertuan Agong and the Conference of Rulers in rejecting their submission to instate state of emergency in the nation

6. Conveying rakyat's demand that action be taken accordingly on those YB Members of Parliament and the Speaker of Dewan Negara for their unbecoming behaviour and their ignoring of the Dewan procedures during Parliamentary sitting

7. Proposing that the appointments of Speakers of Dewan Rakyat and Dewan Negara be appointed by his Majesty, the Agong. This is to avoid political biases by the Speakers in conducting the sessions of Parliament

We seriously urge that this Memoradum Rakyat be given utmost attention and considerations, and the proper actions be undertaken urgently so as to avoid untoward reactions by the frustrated and wrathful rakyat

Signed by:

100 NGO affiliated to the Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat.

Mustapa Mansor.

Head of Co-ordinator

Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat.

*********************

Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia.

**********************

NGO yg mengesahkan & menyokong Memorandum tersebut :

1. Masssa

2. MEMO

3. Otai Reformis 1998.

4. GMPN ( veteran tentera).

5. Wadah

6. Suara prihatin Rakyat M'sia

7. Pertubuhan Pelancungan Muslim Perak

8.Jaringan Maufakat Ngos Islam Perak

9. Pertubuhan Jalinan Amal Rakyat Taiping.

10. Pertubuhan Komuniti Sejahtera Aman Perak. 11.Persatuan Integrasi Kebajikan Kinta Perak

12. Pertubuhan Harapan Sejahtera Larut Matang dan Selama Perak. 13.Pertubuhan Jalinan Mesra Rakyat Larut 14. RAPAT

15 .PERTUBUHAN SUARA RAKYAT SIPITANG

16. Sekretariat Muafakat

17. Pertubuhan Suara

Rakyat Sipitang

18 Persatuan Menyumpit Murut Dayak Sabah

19. PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SABAH

20. Persatuan Penduduk Kg. Buang Sayang

21. Pertubuhan Peneraju dan Pemerkasaan Wanita Sabah

21. Pertubuhan Sinar Wanita Sabah (PERSIWAS)

22. Pertubuhan Sinar Qaseh Labuan

23. Persatuan Anak Sabah di Perantauan

24. Persatuan Penduduk Asli Sabah (Pepas)

25. PERSATUAN KEBAJIKAN & KEBUDAYAAN MURUT MALAYSIA .

26.Persatuan Insan Prihatin Sabah.

27. Persatuan Prihatin Kuala Lumpur

28. MJMM

29. GRVATM

30.Pertubuhan sukarelawan komuniti harapan malaysia.(Harap Malaysia)

31. Persatuan kebajikan orang orang miskin semalaysia

( Kami masih membuka peluang kepada semua NGO dan rakyat Malaysia untuk bersama menyokong Memorandum ini).

Melalui manual:

Tel/wa: 0183586506

atau 0183115042

Atau secara online:

Can you spare a minute to help Mustapa Mansor Amer Mohd Isa?

http://chng.it/DHrx4Yrq

Dari : Mustapa Mansor

Kordinator

Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia.

Sekretariat: A-13-3A, 3 Elements, Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai,

43300 Seri Kembangan.

Selangor.



 

lives --Isu

Ustaz Azhar Tegur Kerajaan Yang Terlibat Dengan Arak

KISAH ANTARA DUA DARJAT

 

Sesiapa datang dari Sabah tak perlu lagi kuarantin 14 hari mulai esok.Tahniah kerajaan PN, SOP bertukar lagi.
Bertukar tiba-tiba sebab ada ahli parlimen PN langgar SOP?



BEGINILAH KEADAANNYA APABILA MENEBUK ATAP

SPRM Tangkap [33] Anggota Imigresen Hidup Mewah & Kereta Mahal!? Sidang ...

31 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL EDISI MALAM.

 


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI WRLR. 


SILA TEKAN   >    UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI.

Image may contain: 2 people, text that says "Mujahid Yusof Rawa @muja... 1d Seorang Ustaz berdusta, berpuloh ribu jadi mangsa.. .berlagak tahu segalanya ya telan api fitnah dalam perut dia sendiri...hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya...Allahu Mustaan... FITNAH PH JUAL ASET ΤΗ AKHIRNYA TERJAWAB ASET TABUNG HAJI TERKINI BERJUMLAH RM78.0 BILION"



'MUKA TEMBOK' - TAMBRIN TUN GAFAR

 

'MUKA  TEMBOK' 

 


1.   Cuba dengar klip  video yang disertakan dengan teliti serangan, cemuhan,  tuduhan  dan kata - kata kesat Muhyiddin terhadap UMNO  dan PAS  tidak berapa lama dulu.

 

2.  "UMNO  Adalah Parti  PEROMPAK  dan PAS  Pula Parti Yang Kononnya Memperjuangkan Islam, Tapi MENYOKONG  PEROMPAK; Islam Apa Ini ?"

 

3.  "SAYA  TIDAK  AKAN  KEMBALI  ATAU  BERSAMA  UMNO  LAGI - SATU PEROMPAK  DAN SATU LAGI  PENYOKONG   PEROMPAK -  NO WAY"

 

4.  Apakah tindakan beliau  membuat U-Turn atau Pusingan U kini terhadap UMNO  dan PAS  yang pernah beliau caci itu  HANYA SANDIWARA  SEMATA - MATA  bagi  MENDAPATKAN  SOKONGAN  mereka atau beliau benar - benar  SUDAH  INSAF  dan MENYESAL kerana segala apa tuduhannya itu adalahu PEMBOHONGAN  DAN FITNAH  yang sengaja  dibuat bagi  MENDAPATKAN   SOKONGAN rakyat?

 

5.   Muhyiddin   KENA  JELASKAN   kepada UMNO, PAS  dan  umum di atas  PENIPUAN  dan FITNAH  itu  dan tampil  mengakui  bahawa  UMNO dan PAS  adalah Parti yang BERSIH  dari AMALAN   RASUAH   DAN   SALAHGUNA   kuasa - jika dengan Allah SWT kita sentiasa memohon ampun, apatah lagi sesama manusia, tambah pula sebangsa dan seagama.

 

6.   Jika enggan atau gagal  berbuat demikian maka ia bermakna  Muhyiddin  sanggup berpelukan  dengan PEROMPAK  dan PENYOKONG  PEROMPAK  semata - mata  kerana  gilakan kuasa.

 

7.   Dalam  erti kata lain  beliau sanggup berbuat apa sahaja termasuk  MENJILAT  LUDAH  DAN  KAHAKNYA  SENDIRI  bagi  memenuhi  nafsunya.

 

8.   UMNO  dan PAS  pula  sah  TIDAK  kisah atau peduli atas   serangan  dan tuduhan  Muhyiddin terhadap mereka kerana apa yang dituduh itu mungkin benar ASALKAN  mereka dapat kekalkan  jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC.

 

9.   Justeru  tidaklah keterlaluan  jika  Pemimpin dan Ahli-Ahli Bersatu, UMNO  dan PAS  seperti:

 

‘MUKA  TEMBOK’

 

Tidak  bermaruah  dan tidak ada perasaan malu langsung.

 

10.  Muhyiddin, Zahid dan  Hadi  JANGAN  FIKIR  rakyat  tidak tahu  dan tidak nampak  PERMAINAN KOTOR  mereka  yang  HANYA   PENTINGKAN  DIRI  dan JAWATAN   dari  memikirkan  hal rakyat di bawah ini.

 

11.   PEMBELOT  dan PENGKHIANAT  Azmin dan Hamzah pula senantiasa  berfikir  langkah - langkah  seterusnya   yang  perlu dihidangkan  kepada  Muhyiddin yang  bak kata Khairuddin Abu Hassan  mempunyai 'OTAK UDANG'.

 

12.   Muhyiddin  ibarat  pengantin  yang dihias, dipakaikan pakaian pengantin, dipimpin ke pelamin, dibawa memotong kek, ke meja makan  dan akhirnya diusung ke pintu  keluar untuk bersalaman dengan tetamu dan diucapkan  -  SELAMAT  PENGANTIN  BARU!;  tak  perlu  berfikir  kerana semuanya dibereskan oleh tukang andam  - Azmin dan Hamzah Zainuddin.

 

13.   Muhyiddin  PASTI   jatuh  seperti durian  yang  menunggu masa saja untuk gugur, jika tidak jatuh secara baik ke dalam jaring ia pasti jatuh ke atas tanah dan mungkin bergolek  ke dalam longkang.

 

14.  Apabila sampai musimnya  SEMUA durian yang di dahan akan turut  gugur sama.

 

15.   APABILA  NYAWA   SUDAH   SAMPAI   KE HALKUM, MASA  ITU  ALLAH  TIDAK  LAGI  TERIMA  TAUBAT.

 

16.  Tambah pula  Pembentangan  Belanjawan  atau Budget 2021 merupakan 'BELANJAWAN  HAPRAK'   yang  kononnya bagi membantu  mengatasi kesusahan rakyat tetapi ianya setakat: 

 

  'Melepas Batuk

   Di Tangga'

 

17.  Lidah Propanganda Kerajaan, JASA  dihidupkan  semula  dengan  peruntukan sebanyak RM81 juta; sekiranya  benar Ketua Pengarah JASA  yang bakal dilantik adalah  penyokong kuat Azmin maka tak salahlah jika dikatakan JASA yang diwujudkan semula itu akan digunakan untuk menguatkan Muhyiddin dan Azmin.

 

18.   Lihatlah sendiri   Peruntukan  Keperluan  Hospital / pesakit yang  di potong begitu sahaja tanpa peduli penderitaan  rakyat:

 

19.   'SEPANDAI  -

         PANDAI

         TUPAI  

         MELOMPAT

         PASTI JATUH

         KE TANAH  JUA’

 

Wassalam

Terima Kasih.