SURAT KU LI YG MENJAWAP SURAT SPEAKER DAN MENGUMUMKAN BELIAU TIDAK AKAN TERLIBAT DALAM PERBAHASAN B2021.



Pada 14 Oktober 2020 saya pernah mengulas surat Pertama Ku Li berkaitan VoNC. Di perenggan akhir artikel berkenaan saya menulis...

11. "Dalam keadaan skrg Menteri Undang-undang masih menentukan usul apa yang patut didahului. Legislative tidak sepatutnya dikuasai oleh Executive. Speaker di Parlimen seharusnya bebas dari campurtangan Executive dalam menentukan tugasnya. Ini perlukan REFORM Parlimen bagi mengatasi masalah sebegini".

Saya kira anda pun faham bahawa cara mereka menghalang VoNC sebenarnya adalah "Unconstitutional" atau MELANGGAR Perlembagaan dan semangat "Separation of Power" atau Pengasingan Kuasa.

Perenggan 3 dan 4 dalam Surat Ku Li jelas menyebut perkara yg sama berkaitan Executive dan Legislative.

Doktrin Pengasingan Kuasa ini mesti dihormati. Negara kita memerlukan keazaman yg kuat bagi membetulkan kepincangan dan pencerobohan serious ke atas sistem ini. Siapa yg punya "Political Will" untuk melakukan REFORM ini? Kita tahu siapa bukan?

Wallahualam.

- Zus Din

24 November 2020