DATO DAN DATIN ANIAYA ORANG KENA AKHIRNYA

Image may contain: 2 people, including Norhana Anuar, people standing, text that says "9:18 Datuk Datin didakwa guna dokumen palsu BERNAMA Suami isteri bergelar Datuk dan Datin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan menggunakan dua dokumen palsu. FOTO Eizairi Shamsudin. Kuala Lumpur: Suami isteri bergelar Datuk dan Datin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan menggunakan dua dokumen palsu berhubung cadangan pembangunan pangsapuri. Mokhtar Haron, 66, dan Noorizan Abd Shukor, 43, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhar terhadap mereka"


JAMZURI ARDANI

 Dua pasangan ini sebelum ini cuba menganiaya Hj Azli Yusof dengan memalsukan dokumen sehingga Hj Azli telah direman semasa soal siasat, tidur dalam lokap, akaun bank dibekukan dan wang tunai sumbangan orang ramai untuk program kebajikan Amanah Shah Alam dirampas.

Hari ini mereka telah didakwa di mahkamah di atas perbuatan mereka.
Tetapi lebai-lebai yang tuduh dan kutuk Hj Azli dulu saya tengok tak minta maaf pun.


KAN MUDAH KALAU MACAM INI...

 

KRISIS KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP PERIKATAN NASIONAL MESTI DIURUS MENGIKUT KEHENDAK PERLEMBAGAAN, BUKAN DARURAT

 KENYATAAN MEDIA

KRISIS KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP PERIKATAN NASIONAL MESTI DIURUS MENGIKUT KEHENDAK PERLEMBAGAAN, BUKAN DARURAT
Kenyataan Dato’ Seri Azmin Ali mengenai apa yang diistilahkan beliau sebagai “Darurat Ekonomi” adalah tindakan mendahului Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada hari ini.
Walau apa sekalipun istilah dan nama yang cuba dipakaikan Perikatan Nasional terhadap cadangan mereka, hakikatnya tidak wujud keadaan darurat.
Sebaliknya negara diancam ketidakcekapan PN di dalam mentadbir negara, khususnya untuk memenangi perjuangan mengatasi ancaman wabak Covid-19. Bagaimana mungkin rakyat boleh mengikuti gesaan Azmin Ali untuk bersatu di belakang kerajaan yang lemah begini?
Kerajaan PN sudah tidak ada keabsahan. Rakyat dan majoriti wakil mereka di Parlimen tidak mempunyai keyakinan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keseluruhan Jemaah Menteri.
Krisis keyakinan ini mesti diuruskan mengikut jalur Perlembagaan dan undang-undang. Peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara ini adalah jelas:
Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Perkara 43(4)
Oleh kerana mengadakan pilihanraya bukan satu pilihan ketika wabak Covid-19 sedang melanda, Tan Sri Muhyiddin mesti meletakkan jawatan. Cadangan Proklamasi Darurat atau pembubaran Parlimen adalah langkah tidak bertanggungjawab. Cubaan mengisytiharkan Darurat oleh kerajaan yang tidak mendapat sokongan rakyat adalah langkah diktator untuk terus mencengkam kuasa.
PN tidak seharusnya mengheret Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja ke dalam kancah krisis keyakinan rakyat terhadap mereka. Jangan terus cuba berpaut kepada kuasa, sebaliknya ambil tindakan yang bermaruah dan letak jawatan.
Penukaran Perdana Menteri dan kerajaan semasa wabak Covid-19 sedang melanda bukan sesuatu yang mustahil dilakukan. Ini ditunjukkan oleh Azmin Ali dengan Langkah Sheraton beliau yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperolehi keyakinan majoriti Ahli Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia. Tindakan beliau menyembahkan perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong adalah kerana itu kehendak undang-undang dan rasa tanggungjawab beliau terhadap negara dan rakyat Malaysia. Kini masanya untuk menyelamatkan Malaysia dengan mengembalikan mandat rakyat dan membentuk sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat.
DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya
25 Oktober 2020


KENYATAAN MEDIA

 Image may contain: text

SUARA HATI RAKYAT MALAYSIA TOLAK DARURAT.WUJUD KERAJAAN BARU


 Susulan kecelaruan politik sejak beberapa hari lalu berikutan hasrat Muhyiddin Yassin mahu mendapat perkenan Agong untuk menguatkuasakan darurat, badan penyelidik Institut Darul Ehsan atau IDE telah tampil melakukan tinjauan umum.

Tinjauan yang diberi nama Rakyat Malaysia Bersuara/ Malaysians Speak” dibuat secara elektronik menerusi medium sebaran WhatsApp, Twitter, Facebook, Emel, laman sesawang dan Telegram yang dihubungkan kepada Sistem E-Survei IDE.

Ia melibatkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang bermula dari jam 4:00 petang hingga 12:00 tengah malam Sabtu, 24 Oktober 2020 iaitu selama 8 jam.

Sehingga jam 12:00 malam iaitu tempoh masa yang ditetapkan, seramai 51,147 orang responden (unique respondent) telah menyertai tinjauan pendapat tersebut.

Dua soalan ditanyakan – pertama, Adakah anda setuju dengan perisytiharan darurat? dan kedua, Apakah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia?

Bagi soalan pertama, 22.61 peratus responden memberi jawapan ya, manakala 77.39 peratus memberi jawapan tidak.

Bermakna, majoriti responden tidak setuju dengan cadangan darurat yang mahu dilaksanakan Muhyiddin.

Untuk soalan kedua pula, 32.49 peratus responden setuju Muhyiddin terus kekal sebagai Perdana Menteri, 49.80 peratus mahu Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri baru, manakala 17.71 lagi memilih agar dibubarkan Parlimen dan diadakan pilihanraya.

Ini bererti, majoriti responden lebih melihat penggantian Perdana Menteri kepada Anwar adalah pilihan terbaik bagi merungkai kemelut politik yang sedang melanda negara.

Walaupun tinjauan ini hanya melibatkan sekitar 52,000 responden, realitinya inilah suara hati sebenar rakyat Malaysia.

Di mana-mana saja – Facebook, Twitter, Grup Whatsapp, kedai kopi, lobi hotel, suri rumah membawang di tepi dapur, anak-anak muda sambil bermain PUBG dan sebagainya – itulah nada kecenderungan yang kedengaran dan boleh disimpulkan.

Semuanya tidak mahu darurat, tetapi mahu Perdana Menteri baru segera ditampilkan.

Dengan demikian, apa yang diharapkan, Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat petang ini tidak lari daripada suara denyut nadi rakyat dalam keputusan yang bakal dibuat nanti. (Shahbudindotcom 25/10/2020)

FAKTA ATAU AUTA?

 FAEZUDIN PUAD

Image may contain: text that says "Dari mana datang istilah darurat pentadbiran? BERKURUNG BUKAN PERINTAH ATAU DARURAT PEMERINTAHAN TENTERA PENTADBIRAN Aktiviti rak rakyat berlangsung seperti biasa PARLIMEN DIGANTUNG Usaha memerangi Covid-19 dapat dijalankan tanpa gangguan ahli politik yang gila kuasa. TIADA PILIHAN RAYA SEPANJANG TEMPOH DARURAT Mengambil iktibar PRN Sabah"


FAKTA ATAU AUTA 1: BUKAN PERINTAH BERKURUNG ATAU PEMERINTAHAN TENTERA

1. Kebanyakan negara seperti Jepun dan Perancis apabila isytihar darurat bermakna mereka laksanakan bersama perintah berkurung atau sekatan pergerakan kerana ini la perkara asas untuk kawal penularan Covid-19.

2. Apabila tidak berlaku aktiviti sosial, tidak bersentuhan, tidak berkumpul maka risiko jangkitan akan berkurangan secara mendadak.

3. Kalau aktiviti kehidupan rakyat boleh berjalan seperti biasa, boleh keluar berkerja, boleh pergi makan di kedai mamak, boleh pergi belanja di pusat beli belah, boleh main bola sepak, UNTUK APA LAKSANAKAN DARURAT? Kerana akhirnya rakyat masih terdedah kepada jangkitan.

AUTA 2: TIADA PILIHANRAYA SEPANJANG DARURAT

1. Penyokong kerajaan tunjuk contoh negara yang laksanakan darurat tetapi ada atau tidak mereka tunjuk contoh negara yang adakan Pilihanraya Umum ketika negara berdepan wabak Covid-19? Tidak.

2. Singapura adakan PRU pada 10 Julai 2020. Kes positif Covid-19 di Singapura waktu itu melebihi 40,000.

3. Hari ini Singapura telah berjaya kawal dan turunkan kes positif, setakat 24 Oktober 2020 kes harian cuma mencatatkan 11 import dan 3 tempatan. Daripada 4 angka turun kepada 2 angka.

4. Mengapa kita tidak belajar daripada Singapura bagaimana mereka menguruskan pilihanraya ketika berhadapan Covid-19?

5. Mengapa pilih jalan isytihar darurat pentabiran?

AUTA 3: PARLIMEN DIGANTUNG SEBAB MAHU SEKAT PEMIMPIN GILA KUASA

1. Sekiranya semua sektor ekonomi tidak ditutup dan berjalan seperti biasa, APA KEPERLUAN GANTUNG PARLIMEN? Adakah virus Covid-19 hanya berjangkit di sekitar Parlimen atau ahli-ahli parlimen saja?

2. Bimbang BAJET/BELANJAWAN 2021 ditolak dalam parlimen? Takut kalah usul undi tak percaya? Sekiranya ditolak dan kerajaan PN tewas dalam undian tersebut, maka Muhyiddin perlu letak jawatan.

3. Jika Muhyiddin gentleman dan fikirkan rakyat, pasti beliau akan tolak cadangan bubar parlimen sebaliknya serah jawatan kepada Perdana Menteri baharu.

4. Kemudian Perdana Menteri yang baharu akan bentang semula bajet dan pohon diluluskan dalam parlimen. Bukan bererti bajet tersebut akan tergantung sampai bila-bila.

5. Sebagai contoh Perdana Menteri Republik Czech, Jiri Rusnok meletakkan jawatan selepas kalah dalam undi tidak percaya di parlimen pada Ogos 2013.

6. Ini satu proses normal dalam negara yang amalkan sistem demokrasi. AHLI POLITIK/PEMIMPIN YANG GILA KUASA ADALAH MEREKA YANG TELAH HILANG MAJORITI TETAPI MASIH MAHU MENJADI PERDANA MENTERI.

SILA BERHENTI BODOHKAN RAKYAT.

Sekian, Wallahualam.

 

[LIVE] Pertemuan Khas antara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersama Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur lapor wartawan Sinar Harian, Nurhidayah Hairom.


https://www.facebook.com/sinarharian/videos/2517713911860637 






24 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL






TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA. ADMIN AKAN MENYIARKAN ISU SETERUSNYA .

BEBASKAN MEDIA ....




SIAPA KATA HEBAT?


W.FAAUDZIN

Macam mana nak kata kerajaan hebat? Baru perintah 7 bulan dah darurat? Bayangkan, tahun depan bila dia rasa goncang lagi, darurat lagi. Nak sampai ke PRU15, entah berapa kali darurat. Oleh itu, jangan ajar dia dari awal...


Manusia ini sebenarnya dalam darurat. Pastikan cita2nya gagal untuk mengkaburi kisah hotel sandakan.

Kita akan pastikan video semburit tidak akan kabur lagi.

 

Berdasarkan survei yang dilakukan IDE sebanyak 49.80 peratus menyatakan sokongan supaya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, manakala 32.49 peratus mahu Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri.
Lebih 77 peratus rakyat Malaysia tak setuju darurat: IDE



 Image may contain: 1 person, on stage and standing, text that says "UNDILAH UNDILAH #kitajagakie Sabahkitabah o hkitabah PERIKATAN NASI BERITA Azmin Ali Twitter AZMIN MUSUH NO 1 NEGARA Bersama A+A- Diterbitkan Hari ni 8:25 am Dikemaskini Hari ini 8:46 am BERSAMA"

26 badan NGO serah memorandum kepada Agong

 


Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) dengan sokongan 26 badan bukan kerajaan (NGO) telah menyerahkan satu memorandum yang memohon kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menyelesaikan kemelut politik negara dengan segera.

 

Koordinator Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia, Mustapha Mansor berkata memorandum itu telah dikemukakan dan diterima oleh Pegawai Perhubungan Akhbar, Mohd Husni Yusop di Istana Negara pagi tadi.

 

Beliau berkata, memorandum itu dikemukakan bagi menzahirkan rasa kurang puas hati rakyat terhadap perkembangan politik negara ketika ini.

 

"Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Istana Negara kerana sudi menerima pandangan dan hasrat rakyat. Kita sedia maklum kemelut politik berlaku sejak Februari 2020 sangat mendukacita rakyat.

 

"Berkembangnya politik tidak terarah memberi kesan kepada sudut ekonomi, politik dan sebagainya.

 

"Lebih merisaukan apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berlaku dengan tidak ketentuan prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan peningkatan kadar kes COVID-19 dengan begitu sukar ramal, sekarang kes sudah 1,000 lebih, ini sangat membimbangkan.

 

"Oleh yang demikian, kami menyampaikan pandangan rakyat dikumpulkan dari pelbagai sudut dan dari pelbagai NGO," katanya kepada media selepas menghantar memorandum tersebut.

 

Mustapha juga menyeru rakyat supaya bersatu-padu bagi mempertahankan kedaulatan negara.

 

"Kita sama-sama rakyat Malaysia, negara ini sama-sama milik kita semua, kita pastikan tidak ada sesiapa pun yang melebihi perlembagaan, kalau ada yang melanggar perlembagaan, mereka akan berdepan dengan kebangkitan rakyat," katanya.

 

Memorandum Rakyat Malaysia untuk Raja-Raja Melayu yang dikemukakan kepada Agong

 

1. Mohon Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dalam isu melantik Perdana Menteri iaitu menerima calon yang memiliki majoriti di Dewan Rakyat.

 

Peruntukan menyebut jawatan Perdana Menteri mesti kosong sebelum dilantik Perdana Menteri baharu telah terjawab dalam kes pelantikan Dr Zabry Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 2009 lalu.

 

Mahkamah Persekutuan memutuskan dua perkara; i) Majoriti boleh diterima secara

Akuan Berkanun (SD) ii) MB baharu boleh dilantik ketika MB semasa waktu itu Datuk Seri Nizar Jamaluddin tidak meletakkan jawatan.

 

2. Memohon agar DYMM Tuanku Agong mengunakan kuasa berdasarkan peruntukan di bawah perkara 40(2)(b) iaitu tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.

 

Berikutan krisis politik terkini beberapa pihak mendesak perlu dibubarkan Parlimen. Walaupun DYMM Agong berkuasa membubarkan Parlimen namun rakyat jelata memohon agar pilihan itu tidak digunakan kerana pandemik Covid 19 yang merebak

apabila DUN Sabah dibubarkan dua bulan lalu.

 

3. Memohon agar DYMM Tuanku Agong dapat menasihatkan Perdana Menteri untuk meletak jawatan berdasarkan perkara 40(4) iaitu jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, atau menasihati Perdana Menteri membenarkan usul tidak percaya dibentangkan oleh tuan Speaker Dewan Rakyat dan satu proses

pemilihan semula Perdana Menteri dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama.

 

4. Memohon DYMM Agong tidak menyetujui pendapat beberapa ahli akademik yang mahu satu bentuk kerajaan interim dengan Perdana Menteri interim dilantik. Perkara ini tidak terdapat di dalam Perlembagaan dan tidak perlu dipersetujui ketika Perdana Menteri semasa Tan Sri Muhyiddin masih memegang jawatan.

 

5. Pada sesi sidang Parlimen yang lepas, rakyat diperlihatkan dengan satu perilaku yang tidak sepatutnya dipamerkan oleh Speaker Parlimen yang bijaksana apabila tidak membenarkan usul Undi Tidak Percaya kepada Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat.

 

Malah, Speaker Dato' Azhar Harun turut dilapor telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat keperluan untuk pihak yang berhasrat membawa usul ke dalam Dewan

Rakyat yang mulia perlu berbincang dengan Menteri Undang-undang YB Haji Datuk Takiyuddin Hassan. Ini jelas telah merendahkan kedudukan setara cabang kuasa legislatif yang pada hakikatnya tidak perlu tunduk kepada cabang eksekutif dalam membuat keputusan secara bebas dan berintegriti.

 

Maka rakyat dengan ini memohon supaya DYMM Tuanku Agong dapat mencemar duli dan mengarahkan Speaker Dewan Rakyat untuk meluluskan permohonan oleh beberapa ahli Dewan Rakyat bagi membentangkan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri pada sesi

Parlimen November 2020 akan datang.

 

Rakyat dengan ini merafak sembah memohon DYMM Tuanku Agong agar dapat mencemar duli dengan menggunakan kuasa dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan untuk mengarahkan Dewan Rakyat membenarkan usul tidak percaya bagi membuktikan Perdana Menteri Muhyiddin mempunyai cukup majoriti atau tidak untuk mentadbir negara.

 

Sebagai seorang pemimpin utama beliau tidak perlu takut kepada kehendak rakyat. Kerana keberadaan beliau di jawatan tersebut bukan atas dasar undi majoriti pengundi tetapi melalui laluan pintu belakang.

 

HARAPAN RAKYAT

 

Kemelut politik semasa perlu diberi tanda noktah dengan usul tidak percaya dibenarkan untuk dibentangkan pada sesi November nanti. Berjaya atau tidak usul tersebut terhadap Perdana Menteri sebagai Perdana Menteri yang mempunyai majoriti bukanlah satu kayu ukur utama tetapi kesungguhan kepimpinan utama negara meletakkan undang-undang di atas garisan landasan sebenar adalah kemenangan sebenar.

 

Kerana ia telah berjaya menolak tanggapan negatif rakyat kebanyakkan bahawa kepimpinan utama negara cuba bermain dengan pihak istana bagi mengekalkan kuasa mereka.

 

Senarai 25 NGO yang menyokong Memorandum Rakyat Malaysia

 

1. Masssa

2. MEMO

3. Otai Reformis 1998.

4. GMPN (veteran tentera)

5. Wadah

6. Suara prihatin Rakyat Malaysia

7. Pertubuhan Pelancungan Muslim Perak

8.Jaringan Maufakat Ngos Islam Perak

9. Pertubuhan Jalinan Amal Rakyat Taiping

10. Pertubuhan Komuniti Sejahtera Aman Perak

11.Persatuan Integrasi Kebajikan Kinta Perak

12. Pertubuhan Harapan Sejahtera Larut Matang dan Selama Perak

13. Pertubuhan Jalinan Mesra Rakyat Larut

14. RAPAT

15 .PERTUBUHAN SUARA RAKYAT SIPITANG

16. Sekretariat Muafakat

17. Pertubuhan Suara Rakyat Sipitang

18 Persatuan Menyumpit Murut Dayak Sabah

19. PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SABAH

20. Persatuan Penduduk Kg. Buang Sayang

21. Pertubuhan Peneraju dan Pemerkasaan Wanita Sabah

21. Pertubuhan Sinar Wanita Sabah (PERSIWAS)

22. Pertubuhan Sinar Qaseh Labuan

23. Persatuan Anak Sabah di Perantauan

24. Persatuan Penduduk Asli Sabah (Pepas)

25. PERSATUAN KEBAJIKAN & KEBUDAYAAN MURUT MALAYSIA

26.Persatuan Insan Prihatin Sabah