Putrajaya digesa tak teragak-agak dalam perbelanjaan untuk selamatkan ekonomi


sharethis sharing button

Charles Santiago menggesa inisiatif untuk menyokong perniagaan dan pekerjaan seperti Program Subsidi Upah dan Program Pengekalan Pekerjaan dilanjutkan hingga Mac depan supaya syarikat mempunyai ‘masa untuk bernafas’ seiring pembukaan semula perniagaan. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen pembangkang menggesa kerajaan agar tidak  teragak-agak dalam perbelanjaan kerana hanya kerajaan mampu “menyelamatkan ekonomi” daripada kesan sekatan pergerakan dan penutupan di seluruh negara untuk memerangi penularan Covid-19.
“Buat masa ini, jangan bimbang mengenai hutang,” kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang juga seorang pakar ekonomi.
Pemimpin DAP itu berkata, kerajaan mengikut “buku panduan sama” untuk menangani krisis ekonomi seperti 1998 dan 2009 ketika krisis kewangan Asia serta global, tetapi tindak balas kerajaan tidak mencukupi.
“Keadaan lebih teruk kali ini kerana permintaan domestik dan harga minyak mentah rendah. Jadi, kerajaan perlu menyuntik dana secara besar-besaran dalam ekonomi. Inisiatif kerajaan untuk menyokong pekerjaan dan mendorong permintaan domestik perlu ditingkatkan serta diperluaskan.”
Santiago menggesa inisiatif untuk menyokong perniagaan dan pekerjaan seperti Program Subsidi Upah dan Program Pengekalan Pekerjaan dilanjutkan hingga Mac depan supaya syarikat mempunyai “masa untuk bernafas” seiring pembukaan semula perniagaan.
“Kerajaan perlu merangka rancangan komprehensif untuk menunjukkan bagaimana kita akan keluar daripada krisis ekonomi ini,” katanya sambil menggesa pembangkang bekerjasama dengan kerajaan.
Beliau mendapati kerjasama mungkin sukar kerana permusuhan politik ketika ini, tetapi ia perlu kerana masalah ini tidak pernah berlaku.
“Bila kali terakhir kita dengar 800,000 rakyat Malaysia hilang pekerjaan mereka?” soalnya.
Santiago berkata, pengeluaran pertanian perlu diberi keutamaan untuk menurunkan harga makanan dan memastikan keselamatan makanan. Kerajaan perlu banyak melabur dalam kesihatan dan kebajikan sosial secara berterusan, seperti Sistem Insurans Pekerjaan.
Katanya, ramai majikan tidak puas hati apabila skim itu diperkenalkan, tetapi ia kini membantu ribuan majikan, pekerja dan kerajaan.
Beliau berkata, pendapatan berterusan akan membolehkan rakyat mempunyai wang mencukupi untuk berbelanja dan seterusnya meningkatkan perbelanjaan domestik.
Katanya, skala pengangguran tidak jelas dan “mungkin lebih tinggi” daripada yang dipercayai, ia juga mungkin meningkat sebaik saja moratorium pinjaman bank berakhir bulan depan.

Ramai yang cakap PH menang PRU lepas sebab menipu. Antara yang disebutkan


Norshidah Mohd Daud

1. Kes 1MDB. Smpaikan pak lebai bodo pun bersetuju xde penyelewengan dlm kes 1MDB. Sebab pak lebai bodo ni la, nmpk mcm org Islam semua bodo xtau nak memerintah. Baca laporan akaun pun x reti. Dah bodo xtau tu p la tanye org cerdik pandai. Ni x, dia p tanye Arul Kanda. Pendedahan Rafizi semua di bakul sampah kan sebab perbezaan fahaman politik. Celaka lebai2 Pas ni. Islam ape pun aku xtau

2. Kes TH. Walhal BNM dah beri amaran pasal kewangan TH sejak tahun 2015. BNM yg beri amaran, bukan Rafizi. Tp puak2 bodo ni tetap relax. Sekor pun x menyalak time tu. Bila diorang start menyalak? Masa PH umumkan hibah TH utk tahun 2018 yg rendah berbanding tahun2 terdahulu.

Smlm ada perdebatan mengenai isu TH antara Mujahid & Azeez Rahim. Dulu simpan duit dlm umah smpai 1/2 juta utk hantar bantuan ke Gaza. Skang dia bgtau utk asnaf kt tempat dia lak. Ada korang nampak geng2 dok maki Mujahid dulu menyalak bila Azeez Rahim guna duit TH mcm duit tokki dia? Harammmmm

Kes TH ni smpaikan pak lebai pun turut sama fitnah Mujahid masa berceramah dlm masjid & surau. Smbil2 dok ceramah pasal siksa kubo, dia pun dok fitnah Mujahid mcm dia x mampos lak nnt. Islam ape semua ni?

Siap kaitkan isu TH dgn DAP disebabkan Menteri Kewangan masa tu dari DAP
Dah lahanat lembaga gelap TH tu p ambik duit TH mcm duit tokki dia, dia pemimpin DAP ke?

Bukan itu sahaja kes Anwar yang telah diputuskan oleh YDPA pun sekarang sudah dipertikaikan..itu lah dia PN. hebat dan cukup hebat.


PENGAMPUNAN ANWAR SAH DAN TRERATUR



1. Dalam sehari dua ini, timbul isu berkenaan keteraturan pengampunan yang telah diperolehi Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 16.5.2018 lepas.
2. Hujah utama yang dikemukakan untuk mencabar pengampunan tersebut adalah bahawa keanggotaan Lembaga Pengampunan pada tarikh 16.5.2018 adalah bercanggah dengan Perkara 42(5) dan (11) Perlembagaan Persekutuan, kerana:
a) Tiada Peguam Negara yang menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut, lantas menyalahi Perkara 42(5); dan
b) Tiada Menteri Wilayah Persekutuan yang menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut, bertentangan dengan Perkara 42(11).
3. Kedua-dua figura yang disebutkan di atas ini tidak menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut kerana:
a) Bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali telahpun bercuti pada ketika itu; dan
b) Setakat 16.5.2018, Jemaah Menteri Persekutuan masih belum dilantik. Perkara 42(5) – Kehadiran Peguam Negara
4. Perkara 42(5) memperuntukkan bahawa Peguam Negara hendaklah menjadi anggota Lembaga Pengampunan.
5. Walaubagaimanapun, bahagian kedua dalam Perkara 42(5) memperuntukkan bahawa “Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa melalui surat cara secara bertulis mewakilkan fungsinya sebagai anggota Lembaga itu kepada mana-mana orang lain”.
6. Dalam konteks mesyuarat Lembaga Pengampunan yang berlangsung pada 16.5.2018, Peguam Negara telah diwakili oleh Peguamcara Negara ketika itu, Engku Nor Faizah Engku Atek yang menghadiri mesyuarat tersebut mewakili dan menjalankan fungsi Peguam Negara sebagai anggota Lembaga itu, selaras dengan Perkara 42(5).
7. Rujukan juga dibuat kepada seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950, yang mana hendaklah dianggap bahawa “… tindakan rasmi telah dilaksanakan mengikut aturan”.
8. Seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950 ini menganggap bahawa satu-satu fakta tersebut adalah wujud melainkan dibuktikan sebaliknya, dan beban pembuktian diletakkan kepada mereka yang ingin mempertikaikan fakta keteraturan tindakan rasmi yang telah dilakukan.
9. Dalam konteks kehadiran kehadiran Engku Nor Faizah Engku Atek dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan mewakili dan menjalankan fungsi Peguam Negara sebagai anggota Lembaga itu, seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950 ini menganggap bahawa kehadiran Peguamcara Negara tersebut adalah satu tindakan rasmi, dan tindakan rasmi tersebut adalah teratur, selaras dengan Perkara 42(5).
10. Sekiranya ada pihak-pihak yang mempertikaikan keteraturan tindakan rasmi Peguamcara Negara tersebut, maka beban pembuktian diletakkan kepada mereka untuk membuktikan bahawa kehadiran beliau tersebut adalah tidak teratur. Perkara 42(11) – Keanggotaan Menteri bertanggungjawab terhadap Wilayah-wilayah Persekutuan
11. Perkara 42(5) juga menghendaki “Ketua Menteri Negeri” berkenaan menganggotai Lembaga Pengampunan tersebut.
12. Dalam konteks Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, “Ketua Menteri Negeri itu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
13. Adalah menjadi fakta matan bahawa setakat 16.5.2018, Jemaah Menteri Persekutuan masih belum dibentuk. Justeru, seorang Menteri yang disebut sebagai Menteri Wilayah Persekutuan juga tiada semasa itu.
14. Namun, hal ini tidak langsung mencacatkan tubuh Lembaga Pengampunan pada Tarikh 16.5.2018 tersebut.
15. Rujukan perlu dibuat kepada seksyen 2(1)(a) Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969, yang memperuntukkan bahawa “Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalam Warta memberitahu bahawa seseorang Menteri telah diberi apa-apa fungsi atau telah dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab mengenai sesuatu jabatan atau perkara yang tertentu …”
16. Kemudian, rujukan silang dibuat kepada Warta Kerajaan Persekutuan PU(A) 125 bertarikh 22.5.2018, iaitu Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 2018 yang memperuntukkan seperti berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1. … (2) Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 10 Mei 2018. Fungsi-fungsi Menteri 2. Diberitahu bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, adalah dipertanggungkan dengan tanggungjawab mengenai semua jabatan Kerajaan Persekutuan dan perkara yang baginya jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan Menteri lain dalam Jemaah Menteri.
17. Walaupun pada tarikh 16.5.2018 tersebut belum ada seorang Menteri Wilayah Persekutuan, namun berdasarkan seksyen 2(1)(a) Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969 dan dibaca bersama PU(A) 125 bertarikh 22.5.2018, Yang di-Pertuan Agong telah memasyurkan bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir adalah Menteri yang bertanggungjawab terhadap semua jabatan Kerajaan Persekutuan, termasuklah jabatan yang berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
18. Oleh yang demikian Tun Dr. Mahathir adalah merupakan “Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur …” bagi maksud Perkara 42(11).
19. Media melaporkan bahawa Tun Dr. Mahathir telah menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan pada Tarikh 16.5.2018 tersebut. Justeru, kehadiran Tun Dr. Mahathir dalam mesyuarat tersebut adalah dalam kapasiti beliau sebagai “Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur …”.
Kesimpulan
20. Berdasarkan hujahan di atas, keanggotaan Lembaga Pengampunan pada tarikh 16.5.2018 tersebut adalah sah dan teratur. Hal ini kerana: a) Peguamcara Negara telah hadir mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut, mewakili dan menjalankan fungsi Peguam Negara sebagai anggota Lembaga itu selaras dengan Perkara 42(5); dan b) Tun Dr. Mahathir telah menganggotai mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut dalam kapasiti beliau sebagai “Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur …”, selaras dengan Perkara 42(11).
21. Oleh kerana keanggotaan Lembaga Pengampunan adalah teratur, maka Lembaga tersebut boleh dan telahpun memberikan nasihat yang wajar kepada Yang di-Pertuan Agong dan Baginda bolehlah bertindak selaras dengan nasihat yang diberikan oleh Lembaga ini.
Mohd Ruzaini Bin Zulkifli
Peguam di Tetuan Hafiz Ruzaini & Co.


FITNAH


Man Toba Ori

Kerbau Yang Baik Akhirnya Mati Hanya Kerana Mendengar Cerita Dari Pereka Ceritanya?.

FITNAH

1. Sepulang dari sawah, Kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada Anjing yang kebetulan datang: "kawan, saya sangat penat.... besok nak rehat sehari..."

2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok: "Tadi saya berjumpa Kerbau, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada Kerbau"

3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing: "Kerbau komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja!"

4. Kambing berjumpa Ayam: "Khabarnya Kerbau tidak seronok bekerja dengan bos... mungkin ada bos lain yang lebih baik..."

5. Ayam bercerita kepada Monyet: "Kerbau tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain!"

6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos: "Bos, tolong ajar si Kerbau tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain!"

7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Kerbau kerana dilihat telah mengkhianatinya!

Itulah sebabnya, adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita sahaja. Hendaklah difikirkan baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.

Untuk Renungan Bersama.


BENARKAH TIADA ANAK TEMPATAN TERENGGANU YANG BERWIBAWA?


Dalam pada itu Pengerusi PAKATAN HARAPAN Negeri Terengganu, Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah turut mengulas mengenai isu tadbir urus syarikat milik Kerajaan Terengganu. "Baik PAS mahupun BARISAN NASIONAL, kedua-dua parti ini seolah-olah mempergadaikan nasib rakyat Terengganu dengan isu penyelewengan wang rakyat.




VIDEO : PAS KINI SAH KHIANATI AHLINYA


Kata Ahmad Sayuti, "kepimpinan baharu PAS selepas itu (2004), tetap meneruskan agenda Reformasi bangkit dengan kekuatan bersama KEADILAN/NGO rakyat dengan kerjasama tidak rasmi tapi sangat rapat dengan DAP sehinggalah PRU 2008." "Berkali Demonstrasi Bersih dilaksanakan untuk menggembeling kuasa rakyat masa itu.

AZEEZ OH AZEEZ...DULU HANG KATA UNTUK PALESTINE..NI HANG KATA UNTUK ZAKAT...


CHE IBRAHIM MOHAMMAD

Azeez oh Azeez.... dulu hang habaq duit tu untuk Palestin, semalam hang kata duit zakat untuk penduduk Baling pula....patut la Pas suka sangat kat hang, sama sama temberang.


Image may contain: one or more people, text that says "B BERNAMA BERNAMA Radio @bernamaradio Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata sebahagian daripada wang tunai RM500,000 yang dirampas oleh SPRM dalam pemeriksaan di kediaman dan pejabatnya semalam adalah untuk digunakan bagi misi ke Gaza, Palestin. HD G HOLI http://limages.bernama.com"

KEADILAN Melepasi 1 Juta Anggota Dan 1 Ribu Ranting


WALAU SEBANYAK MANA AHLI, PERLU GERAKKAN KE ARAH REFORMASI....

KENYATAAN MEDIA
12 Ogos 2020
KEADILAN MELEPASI 1 JUTA ANGGOTA DAN 1 RIBU RANTING
Setakat hari ini keanggotaan Parti telah pun mencecah 1,004,629 orang manakala kekuatan Ranting Parti telah mencecah 1,108 di 222 Cabang di seluruh negara. Ini adalah pencapaian terbaik Parti sejak penubuhannya pada 21 tahun yang lalu. Ini membuktikkan Parti ini tetap utuh dan kuat dengan sokongan dan dokongan dari rakyat.
Maklumat ini membuktikan kekuatan KEADILAN sebagai parti massa, nasional dan pelbagai kaum yang paling berjaya dalam sejarah negara.
Namun pencapaian ini masih dianggap terlalu awal untuk diraikan. Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN melalui mesyuarat bulanannya pada 26 Julai 2020 yang lalu telah mengambil ketetapan untuk menggesa setiap lapisan kepimpinan Parti untuk mempergiatkan usaha kaderisasi (recruitment) anggota baharu menyertai Parti selain turut memperbanyakkan penubuhan Ranting sebagai persediaan Parti berhadapan Pilihan Raya Umum yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.
Permohonan keanggotaan boleh dibuat menerusi https://keanggotaan.keadilanrakyat.org/ manakalah permohonan pembentukan ranting boleh dibuat di https://keadilanrakyat.org/index.php/ranting/.
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN

JANGAN LUPA PENAMPAR NIK AMAR

TERMIZI MAT JAM

Teringat satu ucapan beliau di PUTIK, ustaz Nik Amar kata, dia nak tampar orang yang mengatakan Pas akan bergabung dengan umno tu.


Image may contain: 1 person, beard, text that says "Dato' Nik Amar 17h· DOAKAN YANG TERBAIK Saya mendoakan dan menyatakan sokongan buat calon kita, saudara Mohd Zaini Aziz dari Barisan Nasional. Bersama kita membantu mengekalkan N58 Slim. GKTM SLIM RIVER"

MOGA PAHANG KALI INI BERUBAH

Image may contain: indoor

91% sokong Mujahid, kata poll yang dibuat anak moderator debat

91% sokong Mujahid, kata poll yang dibuat anak moderator debat

Image may contain: text that says "Siapa menang debat semalam dengan hujah dan fakta? Translate Tweet Mujahid Azeez 91% 5,977 votes Final results 9% 12:02 PM 15/08/2020 Twitter for iPhone"

PENGAMPUNAN ANWAR SAH DAN TERATUR KOLUM | Ruzaini Zulkifli




 1. Dalam sehari dua ini, timbul isu berkenaan keteraturan pengampunan yang telah diperolehi Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 16.5.2018 lepas.

 2. Hujah utama yang dikemukakan untuk mencabar pengampunan tersebut adalah bahawa keanggotaan Lembaga Pengampunan pada tarikh 16.5.2018 adalah bercanggah dengan Perkara 42(5) dan (11) Perlembagaan Persekutuan, kerana: a) Tiada Peguam Negara yang menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut, lantas menyalahi Perkara 42(5); dan b) Tiada Menteri Wilayah Persekutuan yang menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut, bertentangan dengan Perkara 42(11).

 3. Kedua-dua figura yang disebutkan di atas ini tidak menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut kerana: a) Bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali telahpun bercuti pada ketika itu; dan b) Setakat 16.5.2018, Jemaah Menteri Persekutuan masih belum dilantik. Perkara 42(5) – Kehadiran Peguam Negara

 4. Perkara 42(5) memperuntukkan bahawa Peguam Negara hendaklah menjadi anggota Lembaga Pengampunan.

 5. Walaubagaimanapun, bahagian kedua dalam Perkara 42(5) memperuntukkan bahawa “Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa melalui surat cara secara bertulis mewakilkan fungsinya sebagai anggota Lembaga itu kepada mana-mana orang lain”.

 6. Dalam konteks mesyuarat Lembaga Pengampunan yang berlangsung pada 16.5.2018, Peguam Negara telah diwakili oleh Peguamcara Negara ketika itu, Engku Nor Faizah Engku Atek yang menghadiri mesyuarat tersebut mewakili dan menjalankan fungsi Peguam Negara sebagai anggota Lembaga itu, selaras dengan Perkara 42(5).

 7. Rujukan juga dibuat kepada seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950, yang mana hendaklah dianggap bahawa “… tindakan rasmi telah dilaksanakan mengikut aturan”.

8. Seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950 ini menganggap bahawa satu-satu fakta tersebut adalah wujud melainkan dibuktikan sebaliknya, dan beban pembuktian diletakkan kepada mereka yang ingin mempertikaikan fakta keteraturan tindakan rasmi yang telah dilakukan.

 9. Dalam konteks kehadiran kehadiran Engku Nor Faizah Engku Atek dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan mewakili dan menjalankan fungsi Peguam Negara sebagai anggota Lembaga itu, seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950 ini menganggap bahawa kehadiran Peguamcara Negara tersebut adalah satu tindakan rasmi, dan tindakan rasmi tersebut adalah teratur, selaras dengan Perkara 42(5). 

10. Sekiranya ada pihak-pihak yang mempertikaikan keteraturan tindakan rasmi Peguamcara Negara tersebut, maka beban pembuktian diletakkan kepada mereka untuk membuktikan bahawa kehadiran beliau tersebut adalah tidak teratur. Perkara 42(11) – Keanggotaan Menteri bertanggungjawab terhadap Wilayah-wilayah Persekutuan

 11. Perkara 42(5) juga menghendaki “Ketua Menteri Negeri” berkenaan menganggotai Lembaga Pengampunan tersebut.

 12. Dalam konteks Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, “Ketua Menteri Negeri itu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

13. Adalah menjadi fakta matan bahawa setakat 16.5.2018, Jemaah Menteri Persekutuan masih belum dibentuk. Justeru, seorang Menteri yang disebut sebagai Menteri Wilayah Persekutuan juga tiada semasa itu.

 14. Namun, hal ini tidak langsung mencacatkan tubuh Lembaga Pengampunan pada Tarikh 16.5.2018 tersebut.

15. Rujukan perlu dibuat kepada seksyen 2(1)(a) Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969, yang memperuntukkan bahawa “Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalam Warta memberitahu bahawa seseorang Menteri telah diberi apa-apa fungsi atau telah dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab mengenai sesuatu jabatan atau perkara yang tertentu …”

 16. Kemudian, rujukan silang dibuat kepada Warta Kerajaan Persekutuan PU(A) 125 bertarikh 22.5.2018, iaitu Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 2018 yang memperuntukkan seperti berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1. … (2) Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 10 Mei 2018. Fungsi-fungsi Menteri 2. Diberitahu bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, adalah dipertanggungkan dengan tanggungjawab mengenai semua jabatan Kerajaan Persekutuan dan perkara yang baginya jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan Menteri lain dalam Jemaah Menteri.

 17. Walaupun pada tarikh 16.5.2018 tersebut belum ada seorang Menteri Wilayah Persekutuan, namun berdasarkan seksyen 2(1)(a) Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969 dan dibaca bersama PU(A) 125 bertarikh 22.5.2018, Yang di-Pertuan Agong telah memasyurkan bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir adalah Menteri yang bertanggungjawab terhadap semua jabatan Kerajaan Persekutuan, termasuklah jabatan yang berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 18. Oleh yang demikian Tun Dr. Mahathir adalah merupakan “Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur …” bagi maksud Perkara 42(11).

 19. Media melaporkan bahawa Tun Dr. Mahathir telah menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan pada Tarikh 16.5.2018 tersebut. Justeru, kehadiran Tun Dr. Mahathir dalam mesyuarat tersebut adalah dalam kapasiti beliau sebagai “Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur …”.

 Kesimpulan

20. Berdasarkan hujahan di atas, keanggotaan Lembaga Pengampunan pada tarikh 16.5.2018 tersebut adalah sah dan teratur. Hal ini kerana: a) Peguamcara Negara telah hadir mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut, mewakili dan menjalankan fungsi Peguam Negara sebagai anggota Lembaga itu selaras dengan Perkara 42(5); dan b) Tun Dr. Mahathir telah menganggotai mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut dalam kapasiti beliau sebagai “Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur …”, selaras dengan Perkara 42(11).

 21. Oleh kerana keanggotaan Lembaga Pengampunan adalah teratur, maka Lembaga tersebut boleh dan telahpun memberikan nasihat yang wajar kepada Yang di-Pertuan Agong dan Baginda bolehlah bertindak selaras dengan nasihat yang diberikan oleh Lembaga ini.

Mohd Ruzaini Bin Zulkifli ialah seorang peguam dan beramal di Tetuan Hafiz Ruzaini & Co.






SEJAUH INI CUBA LIHAT DI HOTEL ADA KA TAK ADA LAGI BIBBLE?

Image may contain: 2 people, text that says "filred 7:21 N26 NASIONAL Kenapa ada Bible di hotel sejak di bawah PH? plutang NohOmar peringkat kementerian moral. manakah daripada untuk"

AKHIRNYA PAS AKAN PAKAI LOGO BN DALAM PRU?

KELEMAHAN MEDIA PH JATUHKAN MEREKA. AKIBAT KEBODOHAN PUAK PEMBENCI AMBIL KESEMPATAN


Norshidah Mohd Daud

Masa kecoh kes Covid kat Msia ni, ramai dok maki PH konon xtau memerintah. Pikir duit je, x halang kemasukan pelancong ke Malaysia. Walhal pelancong China yang masuk ke Malaysia dah di kuarantin & dipantau.

Bila tersebar kes dari Kluster Tabligh, time tu PH dah jatuh sebab lahanat tua kutuk nak mampos tu letak jawatan. Xde pun puak-puak ni nak maki PN. Xde... Masa tu xde sape nak pertikai pasal kebebasan rakyat dari luar dan rakyat dari Msia keluar masuk negara.

Yang dijaja dalam fb x abis-abis semua salah PH sebab x sekat kemasukan pelancong dari China. Aku pun xtau camne lagi cara nak explain pasal ni kat diorang ni. Rasa nak maki pun ada. Punya la senang terpengaruh dengan tulisan pihak pembenci tanpa langsung nak siasat ape yang terjadi.

Logik ke wujudnya Kluster Tabligh sebab PH x sekat kemasukan pelancong dari China? Benda simple camtu pun ramai xleh nak pikir

Sejak beberapa minggu lepas kecoh kes Kluster Sivagangga. Di saat kes kat Malaysia ni menuju zero, tetibe naik mendadak. Rakyat Malysia baru nak bernafas dengan tenang, alih-alih semua bercelaru semula.

Nape xde sorang pun p salahkan Kerajaan Abahkau ni? Pehal bodo sangat suh kuarantin sendiri kat umah, pastu xde pemantauan lak tu.

Disebabkan kes ni, x memasal semua rakyat Malaysia diwajibkan pakai face mask kat luar. Siap saman rakyat yang culas dengan denda yang x masuk akal. Walhal mase mula-mula kes Covid dulu, pakai face mask x wajib, hanya digalakkan di tempat yang sesak.

Nampak x, gov punya bodo, rakyat jadi mangsa
Ehhh xpe, janji Abahkau pandai baca doa kan?

Tau x aku ni kecewa sangat dengan isu ni
Benda ni bukan takat dalam fb je, dalam group wassap family & jual beli barang pun puak-puak bodo ni p share karangan dari puak pembenci ni untuk salahkan PH. Dalam group masjid & surau xyah cakap la. Ni abis semua senyap lepas nak p masjid & surau pun susah sekarang ni. Kalau x dulu dia la hero dok DAP kan orang sane sini.


UMNO MULA BERLAGAK. BELUM APA APA SUDAH MULA MEMBULI MELALUI MN


Image
Wakil Pemuda Bersatu (Armada) diperlakukan dengan layanan yang kurang menyenangkan pada majlis pelancaran jentera Pemuda BN untuk pilihanraya kecil Slim, tengah hari tadi.
Hadirin yang terdiri daripada penyokong BN menyorak “boo” apabila Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menyebut parti itu yang sekarang berhasrat secara rasmi menyertai Muafakat Nasional, gabungan parti itu dan PAS.
Menambah layanan memalukan itu, apabila Zahid memberitahu Armada supaya membuktikan keupayaannya pada PRK ini.
“Pada PRK Chini dan Slim, ada Armada Bersatu (hadirin bersorak boo).
“Di Slim, buktikan bahawa mereka jujur dan ikhlas bersama kita,” katanya lagi.
Kata Zahid Hamidi, walaupun UMNO menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan PN tetapi menegaskan perlunya Bersatu menunjukkan keihlasannya.
Seterusnya, Zahid Hamidi mengingatkan Bersatu sekiranya parti itu gagal menarik 6,000 undi kepada BN pada PRK Slim, maka BN patut menyoal nilai kerjasamanya dengan Bersatu.
“Kalau tidak dapat 8,000 atau 6,000 undi, kita harus tanya, apa nilai perkongsian politik dengan mereka ini.
“Betul kita ada dalam kerajaan, tapi jangan jadikan kita sebagai melukut di tepi gantang.
“Kalau mahu berkongsi, berkongsikah dengan perkongsian benar. Kita tidak mahu ada agenda di sebalik tabir dan UMNO diguna sebagai batu loncatan.
“Jangan main-main dengan BN dan MN. Bila telah nampak cahaya di hujung terowong makin terang, saya tidak mahu mana-mana pihak, masih hidup atau masih mati, terhegeh-hegeh mahu bersama BN,” katanya.
Wowww….berlagaknya Presiden UMNO?
Belum apa-apa dan belum pun Bersatu menyertai MN, beliau sudah memberi arahan serta syarat macam-macam kepada jentera parti itu.
Ini baru PRK, bagaimana agaknya dalam PRU nanti?
Bagaimana pula dalam soal pembahagian kerusi?
Adakah dengan sikap seperti ini menunjukkan Zahid Hamidi sedia berbahagi kerusi dengan Bersatu?
Adakah Zahid Hamidi merasakan jika setelah Bersatu berada dalam MN nanti, Muhyiddin yang merupakan Perdana Menteri masih berada di bawah telunjuknya dan beliau boleh bertindak seperti membuli Bersatu?
Sekarang mungkin beliau dianggap ketua dalam MN, tetapi adakah setelah ada Bersatu, kedudukan itu akan terus kekal? 

(Shahbudindotcom 15/08/2020)


POLITIK PERKAUMAN MENANGGUHKAN KEMAJUAN MALAYSIA

UG: ULAMA PAS TIPU AHLI BAWAHAN?

TAK WAJAR NAIKKAN CUKAI TAFSIRAN

Image may contain: 4 people, text that says "21.12.2019 Zuraida Kamaruddin mahu Cukai Taksiran dinaikkan HOME Ogos 2020 Zuraida ulang semula hasrat untuk naikkan Cukai Taksiran BERITA OPINION WORLD BUSINE NEWS BERITA OPINION Cukai taksiran seluruh negara akan disemak 2020, kata Zuraida Adam Sakar Decenber 22 1+ WORLD BUSINE 1.5k Shares Sudah 20 tahun PBT seluruh negara tidak naikkan cukai taksiran, kata Zuraida สิสีarา Albu Sakar Aupnt6 2020 2.18 GU GANG ARA Zmida Kamruidin, Ramai rakyat hilang pekerjaan kesan daripada PKP Kenaikan Cukai Taksiran pada masa ini tidak wajar. Zuraida Tidak Peka Pada Kesusahan Rakyat! Rusnah Aluai Ahli AhliParlimenPKR rlimen PKR ngga Batu"

PEMULIHAN SEMULA TH ADALAH AGENDA PH


Ibrahim Mat Isa

Mungkin ruang masa terhad untuk Dr Mujahid berbahas secara teliti penemuan semasa usaha pemulihan LTH, mungkin tidak mahu menjatuhkan maruah orang kerana yang lawan berbahas juga dikaitkan dengan penyelewengan LTH.

Sementara mamu Azeez hanya mengulang-ulang TH ni hak Melayu, hak Islam, mesti dipertahankan, kena jaga elok-elok, jangan sampai DAP rembat! Agaknya begitulah maksud mamak Baling itu.



Masa mungkin sempit, aku tak puas dengar penjelasan yang masih di permukaan. RCI yang disebut Azeez seolah-olah mencari helah. Padahal siasatan dalaman dan penemuan mudah diperolehi melalui pengurusan LTH, lagi pun ia tidak rumit kerana kelemahan LTH hanya kerana seleweng, kepala yang besar kepala, dan tidak profesional. Seeloknya kepala tiap GLC tak payah dari orang politik terutama macam Azeez yang sijil pun beli online..