JANGAN HINA KETUA WANITA AMANAH

Permohonan maaf Dr Kamarul tidak ikhlas, saya tolak, kata Ketua AWAN

Permohonan maaf Dr Kamarul tidak ikhlas, saya tolak, kata Ketua AWAN

Permohonan maaf Dr Kamarul tidak ikhlas, saya tolak, kata Ketua AWAN

MUNGKINKAH ATAP PERIKATAN NASIONAL DITEBUK DARI DALAM?






Adakah ini bermakna kedua gerombolan ini, UMNO dan GPS, telah menipu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah dengan berpura-pura menyokong Muhyiddin, peneraju PN? Sementara itu Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor berikrar tidak akan berhenti daripada usaha menjatuhkan Muhyiddin Yassin dari kerusi Perdana Menteri. Ini kerana beliau berang dengan tindakan Muhyiddin yang bekerjasama dengan BARISAN NASIONAL untuk mengambil alih tampok pemerintahan Malaysia. Dalam kempen sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu Tun Dr Mahathir menggelarkan para pemimpin UMNO sebagai 'pencuri' dan sebagainya. “Salah untuk membuat penyusunan pintu belakang ini. Kami mahu memberi rakyat kerajaan sah yang mereka pilih. Itu matlamat kami,” katanya kepada Reuters dalam wawancara melalui sidang video.

PRK CHINI - KEADILAN TAKUT "NAGA CHINI? JAWAPAN BUAT "HANTU GIGI"



Tersiar di dalam Harakahdaily tulisan Roslan SMS yang merujuk kepada tulisan Hanisya atau lebih dikenali sebagai 'hantu gigi' yang mencabar Keadilan untuk bertanding di PRK Dun Chini pada 04 Julai nanti, jelas mereka cuba untuk melindungi kebaculan kerajaan pintu belakang yang telah merompak mandat rakyat.

Mereka mencabar Keadilan untuk bertanding di PRK Chini untuk menilai sokongan rakyat terhadap kerajaan pintu belakang.  Di mana lojiknya satu Dun boleh mewakili keseluruhan rakyat Malaysia?  Sekiranya kami bertanding di PRK Chini dan menang sekalipun, kami sendiri tidak menganggap kemenangan itu sebagai suara keseluruhan rakyat Malaysia.  Andainya kami tewas sekalipun, itu bukan ukuran untuk menyatakan rakyat Malaysia menyokong kerajaan pintu belakang.  Saya tidak faham mengapa serendah itu pemikiran kedua-dua penulis berkenaan.
GAMBAR TIADA KAITAN DENGAN TAJUK.SEKADAR HIASAN


Seharusnya mereka bertanya, mengapa kerajaan pintu belakang begitu takut dan gementar untuk mengadakan sidang Parlimen sejurus mereka merampas mandat rakyat?  Sidang Parlimen pertama di bawah kerajaan pintu belakang bermula hanya sekitar dua jam untuk Agong merasmikannya tanpa sebarang perbahasan atau usul.  Jika tidak kerana penakut dan tidak yakin dengan sokongan MP-MP mereka sendiri, apa lagi yang boleh kita katakan?  Parlimen adalah ukuran sokongan kepada sesebuah kerajaan, dan ternyata mereka takut untuk menghadapinya.

Meskipun hampir kesemua MP yang menyokong pengkhianatan itu telah mendapat 'upah' dari kerja jijik mereka, namun kerajaan pintu belakang ini masih tidak yakin dengan kekuatan mereka.

Suka saya ingatkan, Keadilan tidak pernah gentar untuk bertanding di mana sahaja.  Jika gergasi kleptokrasi pun dapat kami benamkan, apalah sangat dengan "naga chini"  atau "hantu gigi".

Keputusan samada Keadilan bertanding atau tidak di dalam PRK Chini tiada kaitan dengan mandat rakyat di persekutuan.  Dun Chini telah empat penggal berturut-turut Bn kuasai, meskipun di dalam PRU14 dahulu PH telah diberi mandat untuk menjadi kerajaan.  Ertinya, Chini tidak mempengaruhi keputusan keseluruhan di dalam PRU14.  Mengapa kali ini Chini mahu dianggap suara rakyat keseluruhannya?

Jangan berkokok di gelanggang yang salah, tetapi menikus di gelanggang sebenar.

WFAUZDIN NS

SYARIKAT PEMBINAAN DAN LETRIK KOT DAPAT GERAN....



Tengku Shahrul


Apa agaknya perasaan para penggiat seni kreatif yang pergi pitching tempoh hari terutamanya YOUTHPRENEUR bila tahu syarikat seperti ini yang layak dapat geran dari FINAS.

Saya menyeru seluruh penggiat seni kreatif di Malaysia bersatu hati fight isu ini dengan bermaruah tanpa melibatkan pembodohan politik. Mohon penjelasan dari pihak FINAS?
Itu semua buang masa, siapa yang tidak belajar daripada sejarah akan ditinggalkan sejarah.

Ini berkaitan integriti petugas dan pegawai dalaman FINAS sendiri. Mereka sudah bertahun-tahun buat kerja macam ini, polemik ini dah lama sangat. Rasanya sudah sampai masa FINAS merdeka daripada golongan elitis dan tangan-tangan ghaib yang tiada kena mengena pun dengan SENI ini. Lihatlah dengan mata kepala sendiri PENGKHIANATAN ini.

Ini bukan soal politik parti A atau parti B, semua itu NONSENSE. Pihak luar tidak perlu mempolitikan SENI.

Bangkit dan Fokus pada isu yang nyata bukan propaganda politik pihak berkepentingan.

TSR : SENIMAN kita sarankan lebih baik bersederhana dan duduk sama tinggi sahajalah dengan penggiat-penggiat yang lain fight isu ini. For once, tak perlu jadi hero yang loser dengan mengeluarkan kenyataan yang.. hmmm 🙄

Memandangkan Presiden SENIMAN sendiri adalah anggota parti politik kerajaan kini, conflict of interest pula nanti. Sekadar pandangan kita sahaja untuk kebaikan PRESIDEN dan SENIMAN sendiri.


Btw, Mat London hidup lagikah? Sekadar bertanya.


JOM MEMBALAK BERSAMA ULAMAK

26hb May 2020

23.50

Nak tanya MB Sanusi...

Betoi ka zaman Arwah Ustaz Azizan dulu SPRM dah masuk Pejabat MB dan ada bukti-bukti berkaitan urus tadbir balak di Kedah...

Keluasan balak yang diluluskan oleh Jabatan Hutan Malaysia 2,000 hektar lebih ja....tapi yang dah kena balun 4,000 hektar lebih...la ni nak tibai dimana pulak...share kat Rakyat Kedah sama...😁😁😁

Isu ni akan ada sambungan...

Yak yak yeayyy

https://twitter.com/mkini_bm/status/1265221911463604224?s=12


DULU YANG KENA MUJAHID SAHAJA...SEKARANG MENTERI AGAMA DIAM MEMBISU SAHAJA.....


AMAR

Mengapa dulu asyik menyalahkan Menteri Agama PH,
sekarang ramai orang mati kena langgar tak salahkan Menteri Agama PN,




Menteri Agama PN patut berani keluarkan kenyataan kerajaan wajib haramkan arak,tak perlu amik hasil cukai arak untuk kantung Kerajaan.

Ertinya sebelum ni yang pemimpin PAS dan UMNO cakap pasal arak dan pemandu mabuk hanya nak timbulkan isu perkauman dan benci cina DAP..

Nak tanya MCA tu bukan cina ke? Mengapa kerajaan PN takut nak haramkan arak ? Hudud pun tak kedengaran lagi oleh pemimpin PAS, fastaqim konon.. fastaqim mana sekarang? RUU 355 pun lenyap begitu..mana dia yang jerit kuat cakap suruh membela kematian arwah Adib !!!

Makcik Kiah ingin tahu.
Wei Hadi Awang  jawab lah .
Ops lupa dia Ada peminum air kaki Hadi awang Nama dia Muhammad Yahya panadol@PCM


PAS SAHKAN UMNO MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN KOMENEH..


DS Megat

PAS mengesahkan bahawa UMNO yang menjalinkan hubungan dengan Parti Komunis Cina bukannya DAP..


KES MATI LANGGAR AKIBAT MABUK HARI-HARI...TAK KAN CADANG SAHAJA..


Bob Kelanang.

Sejak dua menjak ni saban hari kita dikejutkan dengan kes kematian akibat pemandu mabuk

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

MAMAT NI DULU SAKAN SIANG MALAM ARAK MABUK..ARAK MABUK..PEEEEGEDAHHHHH.......KAH..KAH..KAH..



Aku ingatkan kisah pemandu mabuk ni hanya wujud di zaman PH dulu je
Rupanya zaman PH ke PN ke tetap wujud, x kisah sape pun memerintah

Malangnya, rakyat bodoh sepertimana pengikut PN hanya diamkan diri dok share resipi & gambo raya bilamana kes kematian akibat pemandu mabuk ni berlaku di zaman PN

Mase zaman PH dulu, subuh-suboh hari dok up post maki PH. Mainkan isu perkauman. Hentam Menteri sane sini.

Sial betol korang ni kan

Alhamdulillah penyokong PH x diajar untuk jadi bodoh camtu.

Moga Allah ampunkan mangsa keadaan tersebut & merahmatinya.


NEGARAKU..NEGARAMU

(I)
Inilah negara ku, negara mu sekarang
Kononnya negara hukum yang adil
Kamu boleh lakukan jenayah
Mengubah wang haram
Kemudian pulangkan sebahagiannya
Dan engkau bisa lepas
Keluar mahkamah berlenggang riang
Ketawa tersenyum menuju ke bank
(II)
Malaysia ku, Malaysia mu
Kini tidak perlu lagi
Orang-orang profesional belajar
Tinggi-tinggi di universiti
Tidak perlu lagi
Ukuran merit, bijaksana dan amanah
Semua lembaga dan syarikat milik pemerintah
Serahkan saja kepada sang politikus uruskan
Kerana mereka ahli-ahli Dewan Rakyat
Yang setianya perlu diikat
Dengan jawatan dan ganjaran
(III)
Lihatlah apa yang terjadi
Pada parlimen negara ku, negara mu jua
Tinggi anggun tegak di atas bukit
Mencecah awan di langit
Tapi bersidang minggu lalu hanya beberapa minit
Namanya istiadat pembukaan
Sekadar mendengar titah ucapan
Perdana Menteri mu, Perdana Menteri ku jua
Takut bukan main
Pada bayangan gelapnya sendiri
Bimbang kerajaan pintu belakangnya tumbang
Hilang kepercayaan
Justeru tiga kali jadual sidang alami pindaan
(IV)
Maka inilah yang terjadi
Pada negara mu, negara ku sekarang
Yang menang jadi pembangkang
Yang kalah jadi kerajaan
Aneh bukan?
Suatu sistem demokrasi yang tunggang langgang
(V)
Jadi, angkara siapa ini semua?
Tidakkah kisah Si Kitol berulang semula?
Melaka jatuh ke tangan Portugis kerananya
Kini Sang Pengkhianat berpakat-pakat
jamuan makan malam besar di Hotel Sheraton
Mereka berkonspirasi meruntun mandat rakyat
tanpa kasihan belas
Di tengah-tengah badai puaka Covid-19
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Selasa 26 Mei 2020.

KALAU IKUTKAN ...MUKA MUKA NI ADALAH PENGHASUT BESAR.



Tapi bila mereka ini sudah berada dalam kerajaan tebuk atap, golongan yang tak ada maruah dan celaka inilah diam membisu..mereka inilah yang bukan sahaja jual agama..tetapi menggunakan agama demi kepentinganp dan kini mereka ini diam membisu setelah memegang jawatan.

Orang sebeginikah yang patut dijadikan pemimpin kerana mereka ini merosakkan agama demi politik wang dan kuasa.


HANCUR GLC BUKAN PROFESIONAL URUS

Jual agama sanggup beri nyawa kepada perosak negara

Jual agama sanggup beri nyawa kepada perosak negara



Menjual unta maknanya memindah milik unta secara kekal kepada pihak lain dengan mendapat imbalan sama ada wang atau apa saja.
Menjual unta tidak salah sebab unta memang untuk dijual sama ada jual semua atau jual sebahagian seperti jual susunya dan sebagainya.
Begitu maksud jual agama. Tapi jual agama tidak boleh sebab agama bukan untuk dijual tetapi dipegang, diamal, disebar, dipromosi dan diperjuang.
Bukan sahaja tidak boleh dijual bahkan agama tidak boleh disewa atau digadai. Maknanya agama tidak boleh diguna sebagai alat untuk mendapat habuan duniawi sama ada sedikit atau banyak.
Ada orang ambil habuan dunia melalui tugas menyampaikan agama, macam mana pula? Hal ini dah ditulis sebelum ini iaitu ambil upah untuk mengajar al-Quran. Boleh scroll di bawah.
Nabi SAW tidak pernah mengambil habuan untuk kerja menyampaikan agama kerana al-Quran melarang perbuatan itu. Ayat al-Quran berkaitan jual agama kena cari sendiri.
Apabila disebut ada ulama(?) parti itu jual agama, ada orang parti itu marah. Terpulanglah kamu nak marah sebab itu hak kamu. Lagi pun marah tak perlu bayar.
Pada sama yang sama, pendedahan kepada umum bahawa ulama parti itu jual agama adalah tanggungjawab kami demi memelihara kehormatan agama.
Apa buktinya? Contoh secara umumnya begini. Apabila ulama parti itu sanggup bekerjasama dan memberi nyawa kepada orang dan kumpulan perosak negara kononnya demi membina kerajaan Melayu Islam, itulah jual agama.
Perbuatan memberi kerjasama dan memberi nyawa itu dibuat demi untuk mendapat jawatan, setelah ulama parti itu gagal dan tidak mampu lagi untuk melawan.
Kalau ulama parti itu berjuang untuk agama, lawan teruslah. Kenapa beri kerjasama dan beri nyawa kepada mereka? Bukankah perbuatan merosakkan negara bercanggah dengan agama?
Bukankah orang dan kumpulan itulah yang kamu kafirkan dulu kerana bagi kamu mereka tidak melaksanakan agama, terutamanya hudud dan aryuyu (RUU) 355?
Bukankah orang dan kumpulan itulah yang ulama parti itu persoalkan pegangan agama mereka suatu ketika dulu kerana bagi kamu mereka membiarkan mungkar berleluasa seperti arak dan judi?
Maknanya, ulama parti itu jual atau gadai pegangan agama, perjuangan agama dan nama agama demi mendapat kedudukan dan jawatan duniawi dengan bekerjasama dan memberi nyawa kepada orang dan kumpulan perosak negara.
Siapa pembelinya? Siapa lagi kalau bukan orang dan kumpulan perosak itu, juga penyokong ulama parti itu yang taksub dan tidak guna otak untuk menilai benar dan salah secara waras.
Contoh khususnya apa pula? Banyak dan mudah difahami. Contoh terkini ialah tayang solat tahajud dalam Facebook, semarakkan sentimen agama, kemudian letak nombor akaun bank dan saran aktiviti agama itu ditaja.
Sentimen beragama secara melulu disalai supaya lebih menarik kononnya bertujuan merebut kelebihan sepuluh terakhir Ramadhan. Padahal tujuan asal ialah mendapat sumbangan daripada para pentaksub diri dan parti ulama (?) itu.
Jika aktiviti tidak waras sebegitu tidak dipanggil jual agama, mahu dipanggil apa? Sudahlah perbuatan itu dari sudut agama adalah bid’ah, pada masa yang sama nama agama dicemar seterusnya dilelong.
Jual unta halal dan bahkan dipandang mulia oleh agama. Jual dadah haram dan dibenci oleh agama. Jual tubuh lebih haram dan lebih dibenci oleh agama.
Jual agama bukan sekadar lebih haram bahkan lebih dibenci oleh agama, bahkan penganut agama selain Islam pun tidak buat kerja terkutuk itu. Berhentilah…!

PERINGATAN : Jangan tinggalkan ‘hand sanitizer’ dalam kereta



‘Hand sanitizer’ kebanyakannya berasaskan alkohol dan tidak disarankan letak dalam kereta kerana berpotensi untuk terbakar jika terdedah kepada suhu tinggi.

Cecair pembasmi kuman atau “hand sanitizer” yang kebanyakannya berasaskan alkohol tidak boleh disimpan di dalam kereta kerana berpotensi untuk terbakar jika terdedah kepada suhu tinggi.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr N Ganabaskaran, berkata cecair itu perlu disimpan jauh daripada tempat yang terdedah kepada cuaca panas atau punca api seperti rokok dan sebagainya, supaya tidak mengundang bahaya.
“Bahan itu berasaskan alkohol dan ia berpotensi tinggi untuk terbakar. Atas sebab itu, jangan tinggalkan di dalam kereta dan pastikan ia disimpan jauh dari suhu tinggi dan api.”
Cecair pembasmi kuman kini menjadi sangat popular dan hampir kekurangan bekalannya di pasaran berikutan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.
Kebanyakan farmasi sama ada mengalami kekurangan atau kehabisan stok akibat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna.

KAK IDA MARAH SEBAB SUAMI TAK BOLEH SOLAT JUMAAT DAN DIHENTAM WALAUN



Saridah Sh Abdullah

Memang Kak Ida akan ungkit dan ungkit sebab Kak Ida cadangkan solat dilapangan utk solat Jumaat since 1st week PKP lagi. Tapi boleh tahanlah yang dok serang wall saya dgn alasan social distancing dan hadith pasal wabak. Negara bukan Melayu Islang buat ja...

LIHAT BERITA BAWAH NI

In Germany, local Muslims wanted to pray on Eid while observing social distancing, but they didn't have the space at their mosque.
So they asked an @IKEA if they could use an empty parking lot.
IKEA said yes.

MASA PH PERINTAH MELALAK HARI HARI.MASA DUDUK DALAM KERAJAAN JANGAN PERTIKAI SEBAB LAMA DAH ADA...OOO...BARU FAHAM.PANGKAT DAN HARTA BUAT MANUSIA KELABU MATA


Bukan masaalah berdebat atau tidak, tapi hal nilah yang puak lebai nyanyikn hari-hari bila nak haramkan arak serta tutup kilangnya,?  nah sekarang dah ada kuasa sila tutup . Jangan sembang ba...... boleh berenang

Kita tengokkan je, kalau kilang arak tak tutup-turup juga sebelum PRU 15  nanti, so faham-faham jelah lebai PAS  nie sembang apa, bukan perjuangkan agama tapi kuasa. 

Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'Ir. Khairil Nizam Yesterday at 18:00 Tergempar! Arak dan operasinya telah lama berada di Malaysia. Kenapa perkara ini nak diperdebatkan?'

PAKAR "ZOOLOGIST" KATA KEMENANGAN PH MACAM DURIAN MENTAH

Kemenangan PH umpama durian mentah, kera pun tak mahu makan, kata Hadi
"Beginilah nasib negara ketika PRU-14 dan pascanya sehingga negara terpaksa diselamatkan kerana mentahnya kemenangan yang tidak berkesudahan dengan krisis yang berlaku dan menyusahkan rakyat," kata Hadi.

Kemenangan PH umpama durian mentah, kera pun tak mahu makan, kata Hadi


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu tidak matang umpama durian gugur yang mentah hatta ditolak oleh tupai dan kera.
Hadi berkata demikian ketika memberikan buah fikiran beliau melalui ‘Minda Presiden’ yang mengulas kegagalan PH mempertahankan kemenangan pilihan raya tersebut.
“Walaupun rakyat tertipu dengan media upahan yang beroperasi tanpa batas sempadan yang disalah gunakan keramatnya, demi mencapai kemenangan di atas pentas demokrasi, sehingga kemenangan itu rapuh dan mentah.
“laksana mengait buah durian kerana tidak sabar menunggu sehingga masak dan matang, maka gugurlah dalam keadaan mentah yang ditolak oleh tupai dan kera, apatah lagi manusia.
Sebelum ini Hadi mengingatkan ahli Pas agar jangan menjadi kera.
“Malangnya mereka berkelahi untuk membuka buah yang gugur itu dan memarahi orang lain kerana buahnya yang masih mentah.
“Beginilah nasib negara ketika PRU-14 dan pascanya sehingga negara terpaksa diselamatkan kerana mentahnya kemenangan yang tidak berkesudahan dengan krisis yang berlaku dan menyusahkan rakyat,” kata beliau dalam tulisan itu.
Menurut Hadi, negara terpaksa diselamatkan dengan diambil alih oleh Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini disebut beliau sebagai ‘secara menebuk atap’.
“Beginilah nasib negara ketika PRU-14 dan pascanya sehingga negara terpaksa diselamatkan kerana mentahnya kemenangan yang tidak berkesudahan dengan krisis yang berlaku dan menyusahkan rakyat.
“Langkah menyelamatkan negara yang diambil dengan cara yang baik telah bertambah berat tanggungjawabnya akibat wabak Covid-19 yang menimpa seluruh dunia.
“Jadilah kita semua laksana dalam satu bahtera, kalau terus dibiarkan akan tenggelam, termasuk mereka yang tidak bersetuju disegerakan. Jika ditangguhkan langkah menyelamatkan negara kerana mengikut kemahuan demokrasi yang bernafsu itu, Allah SWT sahaja yang mengetahui apa akan terjadi.
“Kini seluruh dunia dalam keadaan darurat wabak Covid-19. Setiap negara melihat menjaga nyawa manusia dalam menghadapi bahaya wabak Covid-19 hendaklah diutamakan daripada segala perkara yang lain,” kata Hadi.
Dalam tulisan itu, beliau menyindirkan bekas rakan-rakannya yang kini menyertai AMANAH dengan berkata “Allah SWT mengurniakan rahmat dalam perkara yang menjadi rukun Islam seperti ibadat solat, haji dan puasa Ramadhan yang boleh untuk ditangguh jika ada sebarang keuzuran.
“Namun manusia tidak boleh bertangguh melaksanakan perintah rukun-rukun Islam disebabkan nafsu serakah yang berkehendak, sekalipun lidahnya menyebutkan konsep Rahmatan Lil ‘Aalamin.
“Khususnya apabila manusia itu bersifat rakus kepada kuasa sehingga melampaui batas kemanusiaan dan hukum nafsunya tidak mahu diubah,” kata beliau.