Warga Indonesia terkejut gaji guru Malaysia boleh cecah lima angka

 




Perbincangan mengenai gaji guru di Malaysia dan Indonesia menjadi tular di media sosial selepas seorang netizen Indonesia meluahkan rasa kagum terhadap penghargaan yang diberikan kerajaan Malaysia kepada golongan pendidik.

Menerusi satu hantaran, individu itu mengakui terkejut guru di sekolah kerajaan Malaysia yang telah berkhidmat lebih 20 tahun boleh menerima gaji sekitar RM10,000 hingga RM12,000 sebulan.

“Di Malaysia, guru di sekolah pemerintah yang sudah kerja sekitar 20 tahun ke atas, gajinya boleh sebesar RM10,000-RM12,000 (sekitar Rp44 juta hingga Rp53 juta). Semulia itu Malaysia menghargai warganya,” tulisnya.

Hantaran tersebut dengan cepat menjadi perhatian rakyat ketika sedang hangat isu seorang guru di Indonesia yang dikatakan hanya menerima pencen sekitar RM100 selepas berpuluh-puluh tahun berkhidmat.

Ruangan komen dibanjiri reaksi rakyat Malaysia yang mengakui sektor pendidikan sentiasa diberikan perhatian dalam pembentangan belanjawan negara.

Seorang pengguna, Shafiz Young berkata, sektor pendidikan dan kesihatan merupakan dua bidang utama yang sering diberikan keutamaan oleh kerajaan.

“Benaran. Di Malaysia, sektor pendidikan & kesihatan merupakan dua sektor yang sangat penting dalam mendorong kemajuan negara. Karena itu, setiap kali anggaran negara dibentangkan, dua sektor ini sering menjadi perhatian dari segi peningkatan kesejahteraan dan pemberian insentif sebagai bentuk penghargaan atas jasa besar mereka kepada masyarakat,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Olie Go Cheng, berkongsi pengalaman rakannya yang merupakan seorang guru.0

“Kawan saya cikgu, baru kerja 17 tahun pun dah RM9,000++. Lagi 13 tahun sahaja untuk berkhidmat. Keseluruhannya 30 tahun perkhidmatan boleh capai lebih RM15,000. Pension will get 60% of basic salaries,” tulisnya.

Roses Myna pula meluahkan rasa sedih selepas membaca perkongsian mengenai gaji akhir seorang guru di Indonesia yang didakwa amat rendah.

“Baca dekat Thread, guru Indonesia yang berkhidmat 40 tahun, gaji akhir 420,000 rupiah. Sedihnya seorang pendidik yang bagi ilmu pada manusia lain, gaji tak sampai RM100 sebulan. Buatlah sesuatu warga Indonesia. Bumi kaya tapi rakyat tertindas,” katanya.

Sementara itu, seorang guru di Malaysia, Tamar Thani, berharap profesion perguruan di Indonesia turut diberikan penghargaan yang sewajarnya.

“Saya sebagai guru di Malaysia, menuntut penghargaan yang selayaknya juga buat guru-guru di Indonesia. Angkat martabat profesion keguruan supaya lebih tinggi,” katanya.


Ramai tak sedar Johor rupanya terima RM16 bilion dari Putrajaya, lebih tinggi dari cukai dikutip

 


Kerajaan Persekutuan menyalurkan purata perbelanjaan tahunan sebanyak RM16 bilion kepada Johor bagi tempoh 2023 hingga 2025.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding purata hasil cukai yang dikutip dari negeri itu berjumlah RM14 bilion.

Perkara itu didedahkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, semalam.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia, data tersebut menunjukkan bahawa hampir semua negeri menerima perbelanjaan Kerajaan Persekutuan yang lebih tinggi berbanding jumlah hasil cukai masing-masing.

Bagi Johor, angka itu membuktikan negeri berkenaan terus menerima komitmen kewangan besar dari Kerajaan Persekutuan bagi memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan secara berterusan.

Dalam penjelasannya, Anwar turut memberikan contoh lain apabila Kelantan menerima purata perbelanjaan tahunan sebanyak RM8.9 billion.

Angka tersebut hampir 10 kali ganda lebih tinggi berbanding purata hasil cukai negeri itu yang hanya sekitar RM946 juta bagi tempoh sama.

Pada masa sama, Kerajaan MADANI juga meningkatkan jumlah peruntukan kepada semua negeri, dengan purata kenaikan sekitar 37 peratus pada tahun 2026 berbanding 2022.

Peningkatan itu melibatkan perbelanjaan mengurus, perbelanjaan pembangunan serta pemberian kepada kerajaan negeri dalam usaha memperkukuh pembangunan di seluruh negara.

Kerajaan turut memaklumkan bahawa dalam merangka Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dan Belanjawan 2026, projek-projek pembangunan baharu akan diselaraskan berdasarkan keutamaan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri masing-masing, dengan purata kadar kelulusan melebihi 80 peratus.

Menurut Anwar lagi, prinsip asas Kerajaan Persekutuan adalah memastikan perbelanjaan negara dibuat berdasarkan keperluan rakyat dan pembangunan negara secara keseluruhan, bukannya ditentukan semata-mata berdasarkan jumlah hasil cukai yang berjaya dikutip di sesebuah negeri.





100 keluarga akhirnya miliki rumah sendiri, bayar serendah RM237 sebulan

 


Seramai 100 keluarga daripada komuniti estet di Port Dickson akhirnya mampu menarik nafas lega apabila impian memiliki rumah sendiri kini menjadi kenyataan menerusi penyerahan surat tawaran unit di Program Perumahan Rakyat (PPR) Ladang Tanah Merah.

Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, dalam satu acara yang disifatkan sebagai berita gembira buat komuniti yang sekian lama menanti peluang memiliki kediaman sendiri.

Projek perumahan bernilai RM20 juta itu menawarkan rumah jenis teres setingkat berkeluasan 750 kaki persegi di bawah Skim Sewa Untuk Milik (RTO), dengan kadar bayaran serendah RM237 sebulan termasuk caj pengurusan.

Kadar bayaran tersebut dilihat memberi kelegaan besar kepada keluarga berpendapatan rendah, khususnya dalam keadaan kos sara hidup yang terus menjadi perhatian rakyat ketika ini.

Menariknya, projek berkenaan sebelum ini berdepan kelewatan selepas timbul isu pencemaran melibatkan Loji Rawatan Kumbahan (STP) pada tahun 2023.

Bagaimanapun, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tampil menyelesaikan isu tersebut dengan menyalurkan hampir RM700,000 bagi kerja pemulihan demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan penduduk tidak terjejas.

KPKT menegaskan inisiatif itu membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI yang melihat pemilikan rumah sebagai asas penting dalam membina kehidupan rakyat yang lebih stabil dan sejahtera.

Malah, kerajaan kini turut mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya melepasi sasaran di bawah RMK12 dengan meluluskan lebih 511,540 unit rumah mampu milik untuk manfaat rakyat di seluruh negara.




Mahu semua parti Melayu melutut, Pas sudah pecahkan Bersatu, Umno pula jadi sasaran


 


Oleh JAMZURI ARDANI

Hamzah tidak akan berani memberontak lawan Muhyidin jika tidak mendapat sokongan dari Pas.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas pernah secara terbuka menyeru Zahid dijatuhkan dan digantikan.

Muslihat Pas jelas. Mereka mahu semua parti Melayu yang lain melutut kepadanya dengan strategi pecah dan perintah.

Pas telah berjaya memecahkan dan melemahkan Bersatu sehingga Muhyidin tersungkur dan tersingkir dari rumah PN yang diasaskan.

Sekarang, Pas mahu melakukan perkara yang sama ke atas Umno. Mereka sedang berusaha membina watak ‘Hamzah’ di dalam Umno.

Mereka suruh penyokong mereka undi BN, tetapi pada masa yang sama menghasut Umno menggulingkan Presiden parti itu.

Telunjuk lurus kelingking berkait.

Atas nama ‘perpaduan ummah’ rupanya Pas sedang aktif memecah-belahkan parti-parti politik Melayu. Mereka mahu menjadi parti Melayu yang paling dominan.

Retorik melawan DAP hanya ‘smoke screen’. Pas tidak pernah mahu DAP dihapuskan kerana itulah modal besar politik mereka.

Ia hanya wayang untuk menutupi tindakannya memecahkan dan melemahkan parti-parti politik Melayu lain.

Ketika bergabung dengan DAP dulu, apa yang Pas tidak lakukan dan katakan kepada Umno? Wajib undi DAP, haram undi Umno, dan macam-macam lagi.

Ini parti yang sama yang pernah mengatakan Umno itu ‘taghut’. Ini parti yang sama yang pernah mengatakan ‘mati syahid melawan Umno’. Ini parti yang sama yang mencetuskan fenomena dua imam dan kafir mengkafir.

Bersatu telah bersepai angkara percaturan politik Pas. Mangsa seterusnya mungkin Umno jika Umno leka.

Kami dalam AMANAH sangat mengenali watak mereka.

Mereka antara pemain politik paling nekad dan paling licik yang menggunakan pendekatan Machiavelli bahawa ‘apa sahaja halal dilakukan asalkan atas nama perjuangan Islam’.

Label ‘khawarij’ yang dilemparkan terhadap mereka bukan muncul secara suka-suka, sebaliknya ada asas yang menyebabkan gelaran itu diberikan.




Majlis Pendidikan Negara Kekal Relevan Dalam Pembaharuan Sistem Pendidikan Negara – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pendidikan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 pada 30 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Majlis Pendidikan Negara diwujudkan bagi memacu pembaharuan menyeluruh sistem pendidikan negara supaya kekal relevan dengan tuntutan semasa, termasuk menerusi penambahbaikan kandungan dan kurikulum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, beliau berkata, majlis itu turut berperanan memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tanpa mengabaikan nilai, budaya, bahasa kebangsaan dan akhlak yang menjadi teras Malaysia MADANI.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pendidikan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 pada 30 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pendidikan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 yang meneliti hala tuju pendidikan negara, meliputi pendidikan sekolah dan pengajian tinggi.

Beliau berkata, perbincangan mesyuarat tertumpu kepada usaha meningkatkan mutu pendidikan di peringkat daerah, memperkasa agenda pendidikan Bumiputera serta membina hala tuju bakat STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) bagi memenuhi keperluan masa depan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pendidikan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 pada 30 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Pendidikan negara perlu dinilai secara objektif, berpandukan pandangan serta kepakaran pelbagai pihak, supaya setiap langkah yang diambil benar-benar dapat mempersiapkan generasi masa hadapan,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan budaya berpuas hati dengan sistem sedia ada tidak boleh menjadi penghalang kepada kemajuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pendidikan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 pada 30 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sebaliknya, katanya negara perlu berani melaksanakan pembaharuan dan terus mempertingkat mutu pendidikan ke tahap lebih tinggi.




PRN Johor: Pengundi Cina akan keluar beramai-ramai sokong PH jika mereka yakin Umno bersama PAS


 

PM Anwar Tuntut Kerjasama Semua Pihak Banteras Rasuah Segenap Peringkat

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan penyerahan surat cara pelantikan kepada anggota baharu JKMR dan LPPR, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada 30 Jun 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Usaha membanteras rasuah tidak boleh digalas satu institusi semata-mata, sebaliknya menuntut kerjasama erat antara institusi penguatkuasaan, badan penasihat, Parlimen, sektor awam, sektor swasta serta seluruh masyarakat.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri berkata, dalam konteks itu, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), berperanan penting sebagai mekanisme semak dan imbang dengan memberikan pandangan bebas dan kritikal, bagi memperkukuh keberkesanan usaha pencegahan rasuah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan penyerahan surat cara pelantikan kepada anggota baharu JKMR dan LPPR, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada 30 Jun 2026. Foto PMO

“Di Parlimen tadi, saya menyempurnakan penyerahan surat cara pelantikan kepada anggota baharu JKMR dan LPPR, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya sampaikan amanat kepada anggota yang baharu dilantik supaya membulatkan tekad dalam memperkukuh agenda pencegahan rasuah,” ujar Anwar pada hantaran berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan penyerahan surat cara pelantikan kepada anggota baharu JKMR dan LPPR, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada 30 Jun 2026. Foto PMO

Beliau berkata meskipun mereka datang daripada pelbagai latar belakang, anggota yang dilantik berkongsi satu amanah untuk memperkasakan usaha membanteras rasuah demi kepentingan negara.

JKMR diwujudkan secara perundangan mengikut seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan ahli-ahli JKMR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat, mewakili parti pemerintah dan pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan penyerahan surat cara pelantikan kepada anggota baharu JKMR dan LPPR, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada 30 Jun 2026. Foto PMO

Sementara LPPR, diwujudkan mengikut seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan ahli-ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan orang yang berintegriti dan telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau mencapai keunggulan dalam profesion masing-masing.


PRN JOHOR: KALAU PH MENANG, DR. MASZLEE MALIK BAKAL MENTERI BESAR?


 

PRN JOHOR: KALAU PH MENANG, DR. MASZLEE MALIK BAKAL MENTERI BESAR?


 

Kawalan Penjualan Diesel Di Sabah, Sarawak, Labuan Dibatal Mulai Esok

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21 Jun lepas, mengumumkan penyeragaman harga diesel bersubsidi di bawah Program BUDI Diesel kepada RM2.10 seliter.

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, termasuk had pembelian 50 liter, 100 liter dan 150 liter, berkuat kuasa esok.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Azman Adam berkata pembatalan Arahan Melaksanakan Kawalan Penjualan Diesel Ke Atas Kenderaan Pengangkutan Darat bertarikh 27 Mac 2026 itu, dibuat susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21 Jun lepas, mengenai penyeragaman harga diesel bersubsidi di bawah Program BUDI Diesel kepada RM2.10 seliter.

Beliau berkata pembatalan itu juga selaras dengan pelaksanaan mekanisme baharu pembelian diesel bersubsidi menggunakan MyKad di stesen minyak, yang turut berkuat kuasa mulai esok.

“Sehubungan itu, semua pemegang lesen barang kawalan berjadual runcit yang menjual petrol atau diesel di negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, adalah diminta mengambil maklum bahawa arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat tidak lagi berkuat kuasa mulai tarikh tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata KPDN yakin mekanisme baharu yang diperkenalkan kerajaan akan memastikan pengagihan diesel bersubsidi dilaksanakan secara lebih bersasar, cekap dan berkesan, di samping memudahkan urusan pengguna yang layak.

Beliau berkata KPDN turut menyeru semua pihak supaya mematuhi sepenuhnya mekanisme baharu yang ditetapkan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar demi kepentingan rakyat dan negara.




Sistem Kewangan Dunia Terlalu Bergantung Kepada AS – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis perasmian Global Development Centre (GDC) Ant International di TRX, Kula Lumpur pada 1 Julai 2026. Foto M Firdaus M Johari

KUALA LUMPUR, 1 Jul – Negara-negara di Global South mewarisi sistem kewangan dunia yang terlalu bergantung kepada mata wang dolar Amerika Syarikat (AS), sekali gus memberi lebih banyak manfaat kepada syarikat multinasional berbanding perusahaan kecil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sistem itu menyebabkan banyak negara turut menerima tempias apabila berlaku krisis ekonomi atau kewangan di negara lain walaupun tidak terlibat secara langsung.

Menurutnya, Malaysia bagaimanapun mengambil langkah mengurangkan kebergantungan tersebut menerusi penggunaan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan dengan beberapa negara termasuk China.

“Kita mewarisi sistem yang terlalu bergantung kepada dolar dan lazimnya memberi manfaat kepada syarikat multinasional besar berbanding pemilik perniagaan kecil.

”Kita bukan bercakap mengenai penyahdolaran sepenuhnya kerana dolar masih penting dalam transaksi kewangan, tetapi kita telah memperluaskan penggunaan mata wang tempatan iaitu yuan dan ringgit dalam banyak urusan perdagangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Global Development Centre (GDC) Ant International di The Exchange 106, Tun Razak Exchange (TRX), hari ini.

Anwar berkata, penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan Malaysia-China meningkat daripada sekitar lima peratus kepada 18 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan antara kedua-dua negara hasil keyakinan serta komitmen bersama.

Tambahnya, sifat ekonomi global yang saling berkait turut menyebabkan krisis di sesebuah negara mampu merebak dengan pantas ke seluruh dunia, sebagaimana ketika Krisis Kewangan Global 2008.

“Malaysia tidak ada kaitan dengan punca krisis itu, namun kita tetap terpaksa menanggung kesannya. Sebab itu kita memerlukan inovasi yang mampu meningkatkan daya tahan ekonomi, mengurangkan pendedahan kepada kejutan antarabangsa dan memperluaskan akses kepada pembiayaan,” katanya.

Tambah beliau, kemajuan teknologi kewangan dan kecerdasan buatan (AI) perlu dimanfaatkan bagi membina sistem kewangan yang lebih adil, inklusif serta memberi manfaat kepada rakyat, bukannya hanya menguntungkan pihak tertentu.



@LenTv9 Subscribe UMNO Risau 14 Kerusi Dalam Bahaya ? UMNO Risau 14 Kerusi Dalam Bahaya ?


 

GEMPAK! KENAPA UMNO, PAS PN TIDAK SUKA DENGAN FAKTA DAN DATA? UCAPAN YB AMIRUDDIN!


 

@LensaTv3 Subscribe Ramai Ke Hadir Sokong PH PRN Johor ? Ramai Ke Hadir Sokong PH PRN Johor ?


 

@thekapitanMY EDDY KEPONTENG LAYAK!


 

@thekapitanMY MARAH TAK DAPAT PERUNTUKAN


 

DAPAT TUNAI...WALAUN BUAT BELI ROKOK LE...

Che Ibrahim.


 Sebagai pengguna diesel sebenar, ambo lebih suka beli diesel dengan harga subsidi rm2.10 berbanding dapat tunai rm200 sebulan. 




Di segi kerajaan, dasar subsidi bersasar lebih baik untuk kerajaan kerana lebih tepat sampai ke sasaran berbanding bantuan tunai yang kadangkala tidak digunakan untuk beli diesel pun.





PUTAR LAGI KAH LIM SIAN SEE ?

 


Ahmad Faizudin


Lim Sian See dah block akaun kawan admin sebab persoalkan poster manipulator dia.






Koyak dengan kebenaran?


Nak buat poster politik tak salah. Tapi kenapa perlu auta?


Poster LSS bagi gambaran seolah-olah Khazanah dah tinggal pegang satu syarikat saja. Bila semak laporan rasmi Khazanah, pengumuman Bursa Malaysia dan laporan tahunan syarikat, ceritanya tak macam tu.


Sebab itu min hasilkan infografik baru jawab manipulator LSS menggunakan data yang telah disemak, bukan tangkap muat.


Yang masih ada, tulis masih ada. Yang dah dikurangkan, tulis dah dikurangkan. Yang berubah, cakap berubah.


Tak perlu tambah, tak perlu kurang.


Kita boleh berbeza parti, berbeza pendapat. Tapi fakta tetap fakta. Jangan kerana nak menang hujah, kita sanggup mengelirukan orang.


Semak. Banding. Baru percaya. Itu lebih baik daripada kongsi sesuatu yang sedap dibaca tetapi tidak tepat.


Johor Ke Depan,

Undi Harapan.




DAP JA TAK BOLEH BERSUARA..LAIN OK..KALAU BERSUARA...MCA KAWAN KITE..



 Aku tengok mamat ni cakap takde kena hentam pun. Cuba kalau DAP yang cakap. So basically cuma DAP je la yang tak boleh bersuara.



Fakta tak tepat. Penternakan babi pernah timbulkan masalah kesihatan. 𝗝𝗮𝗽𝗮𝗻𝗲𝘀𝗲 𝗘𝗻𝗰𝗲𝗽𝗵𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶𝘀 (JE) dan swine flu. Google la. Aku tak ingat tahun bila.


Tapi bukan itu pokok bicaranya.


Kenapa dia tak kena hentam sebab cakap macam ni? Sebab cakap dia ni dijangka boleh lemahkan DAP. Akan kendurkan sokongan orang Cina kepada DAP.


Kini nak bentuk persepsi yang DAP tak cukup berani nak bersuara untuk orang Cina. Walaupun dia tahu ucapannya akan jauhkan undi Melayu dan mungkin akan buatkan dia kalah.


Sebab matlamatnya bukan untuk menang tapi untuk buat PH kalah.


So sebenarnya dia buat statement ni bukan sebagai kempen dia. Tapi sebagai usaha untuk membantu BN dalam PRN Johor ni.


Sebab tu ekstremis Melayu tenang je dengarkan dia cakap begini. Sebab dorang bukan kisahkan ladang babi. Dorang cuma kisahkan kuasa.


Untung la BN ada pencacai tang sanggup jadi lilin 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗿𝗶 untuk menangkan BN. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SABAR LAH PUAD...LAMA LAMA..UMNO NI AKAN JADI BATU NISAN JUGA.

 





Saya tanya mereka berdua, macam mana Alwiyah (Talib) boleh jadi calon mewakili UMNO di DUN Endau.


“Bukankah dia pengkhianat parti? Dia keluar UMNO, masuk Bersatu. Dua penggal jadi ADUN Bersatu. Dia menghentam UMNO dalam dan luar DUN.


“Tiba tiba keluar Bersatu dan masuk balik UMNO sebelum DUN Bubar. Tidak sampai sebulan, jadi calon UMNO sehingga mengorbankan dua calon anak muda berpotensi iaitu Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO Bahagian,” kata bekas ahli UMNO, Datuk Puad Zarkashi.


#malaysiagazette #PRNJohor #JohorMemilih #PRNJohor2026 #UndiJohor


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com




BN DOWNFREAD

 


Dulu tahun 2022 BN janji, anak muda sewa dan dapat rumah. Hari ni 2026, BN downgrade janji hanya nak bantu deposit sewa je..Buat Menifesto macam tak pernah jadi kerajaan. Walhal dah 69 tahun pegang Johor.



MEREKA GUNDAH GULANA.

 

Ahmad Mursi


Kita sangka hati mereka bersatu, tapi hati mereka berpecah belah.. 3x tukar PM, 3x tukar Ketua Pembangkang..




MUNGKIN JODOH OSETAT KALI KE 4



 Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi, setelah dapat kaunseling Ustaz, mereka memilih pakaian yang Ustaz belikan tadi khas untuk mereka - Ustaz Mat Idris Al Saguni






SEMOGA SELAMAT SAMOAI DAN TAK DITAHAN JOJ DAN DISITA. HANCUS PAS...TAKDIRRRR.

 



Lori pertama yang akan dihantar ke Johor milik Haji Musran Muhaimin ahli PAS Sabak Bernam, Ya Allah mudahkan urusan Haji ke Johor kerana roadtax dah mati - Ustaz Mat Idris Al Saguni




KISAH SIMPAN GUNDIK

 


Aku ada masa layan jugak drama kat 𝗧𝗶𝗸𝗧𝗼𝗸. Drama AI kebanyakannya. Macam-macam cerita ada. Dari fantasi sampai ke 𝗱𝗿𝗮𝗺𝗮 𝗖𝗘𝗢.






Tapi antara common theme, si suami ada isteri tapi lebihkan gundik atau 𝙢𝙞𝙨𝙩𝙧𝙚𝙨𝙨nya. Isterinya disuruh buat itu ini, dia sedap layan gundik.


Aku ingat cerita khayalan je. Tapi dunia nyata pun ada rupanya. Contoh paling mudah, tu 𝗣𝗔𝗦 dengan 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂. Sama la macam drama tu.


Yang 𝘀𝗲𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵, PAS dengan Bersatu. Tiba-tiba PRN Johor, lebai suruh walaun undi BN kalau PAS tak ada. Bersatu langsung dia tak cerita.


Tapi apa nak terkejut sangat. Parti pelacur, memang macam tu la. Mana ada harga diri. Khianat tu dah jadi sinonim dengan PAS.


Yang kelakar tu, UMNO tetap bodoh nak percayakan PAS. Mabuk kepayang dengan PAS. Kalau kita cuba nasihat, eh dia kata pulak kita 𝗷𝗲𝗹𝗲𝘀...


Dulu masa Bersatu 𝗰𝗲𝗺𝗼𝗹𝗼𝘁 dengan PAS pun kita dah ingatkan yang PAS gerenti akan khianat Bersatu. Tapi masa tu Bersatu kata kita jelas gak.


Ha sekarang? Hahaha... Padan dengan muka. 


Malah masa nak bersenggama dengan Bersatu, PAS masa tu dah sebumbung dengan UMNO. Tapi sebab Bersatu 𝗹𝗼𝗮𝗱𝗲𝗱 masa tu, PAS tinggalkan UMNO.


Sekarang, Bersatu dah tinggal sehelai sepinggang, eh dia 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗱𝗲𝗻𝗴 balik ke UMNO. Begini punya jijik pun budak Akmal ni 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝘂𝗿.


Jadi walaun di 𝗡41 𝗣𝘂𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗪𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 kenalah undi BN yang letakkan calon 𝗖𝗶𝗻𝗮. Walaun kena kalahkan calon Melayu dari PH, 𝗗𝗿. 𝗠𝗮𝘀𝘇𝗹𝗲𝗲.


Sedangkan Dr. Maszlee seorang terpelajar. Ada PhD. Lulusan 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢𝙞𝙘 𝙅𝙪𝙧𝙞𝙨𝙥𝙪𝙙𝙚𝙣𝙘𝙚 dari Universiti al-Bayt Jordan dan PhD Sains Politik dari Durham University di England.


Nampak sangat hipokrasi lebai. Kata nak pastikan Melayu Islam kekal berkuasa tapi suruh walaun undi calon bukan muslim. Kan munafik tu!


Lebai tak kisah pun Islam atau Melayu terancam. Lebai cuma nak kuasa. Kalau demi kuasa kena sujud ke kaki UMNO, itulah yang lebai akan buat.


Yang malang walaun diperbodohkan. Walaun ye la jerit nak Islam, nak masuk syurga. Padahal lebai dok kira berapa banyak dia boleh 𝗺𝗮𝘀𝘆𝘂𝗸.


Walaun dah terang tak cerdik. Yang bukan walaun tu jangan pulak terjangkit kedunguan walaun. Tak usah termakan mainan sentimen kaum dan agama. Sebab lebai tak kisah pun tu semua. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.




AHLI PARLIMEN TEMERLOH MASIH DANGKAL TENTANG IMPORT MINYAK

 

Shahir



𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐎𝐇: 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐍𝐘𝐀 𝐀𝐊𝐔𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐌𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊










Minggu lepas Ahli Parlimen Temerloh bertanya soalan lisan dalam Parlimen kepada Perdana Menteri untuk menyatakan dari negara mana produk petroleum seperti petrol, diesel dan petrokimia diimport oleh Malaysia dan siapakah yang menguruskan import tersebut. 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyatakan bahawa Malaysia mengeluarkan minyak sebanyak 450 ribu tong sehari manakala Malaysia memerlukan 700 ribu tong sehari untuk menampung keperluan dan permintaan bahan api domestik. 


Yang kelakarnya tiba-tiba dalam hantaran dekat Facebook dia, MP Temerloh Salamiah Mohd Nor tulis "𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗰𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 𝟳𝟬𝟬 𝗿𝗶𝗯𝘂 𝘁𝗼𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗻𝘁𝗮 𝟰𝟱𝟬 𝗿𝗶𝗯𝘂 𝘁𝗼𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶. 𝗜𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗻𝘂𝗵𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗼𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶𝗸."


Kenapa kelakar?


Kerana fakta bahawa pengeluaran minyak mentah Malaysia tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik telah lama diwarwarkan oleh Kerajaan dan juga PETRONAS malah sepanjang 10 tahun lepas sudah dimaklumkan berkali-kali minyak mentah yang negara kita hasilkan tidak cukup untuk apa yang negara kita guna. 


Kerajaan mahupun PETRONAS tidak pernah menafikan hal ini dan fakta bahawa Malaysia adalah pengimport minyak bersih sejak 2014 adalah fakta yang diumumkan Kerajaan dan data yang boleh disemak melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 


Sebagai contoh pada tahun 2010 Malaysia mempunyai lebihan eksport minyak bernilai RM12.96 bilion dan bermula 2014 Malaysia mula mengalami defisit perdagangan minyak bernilai RM4.96 bilion apabila import minyak melebihi eksport.


Kemudian defisit perdagangan minyak ini terus membengkak setiap tahun kepada RM38.8 bilion pada tahun 2024 sebelum turun kepada RM27.32 bilion tahun lepas (2025). 


Sebab itu apabila harga minyak dunia melonjak selepas perang meletus, harga petrol dan diesel tanpa subsidi juga ikut melonjak naik. 


Pokoknya tak perlu tanya dalam Parlimen data ini tersedia dalam laman web DOSM.


Begitu juga rungutan MP Temerloh jawapan yang Kerajaan bagi kepada dia kononnya terlalu umum berkaitan dari negara mana minyak diimport dan jumlah import setiap negara.


Data tersebut boleh dicari dalam Statistik Perlombongan Petroleum dan Gas Asli yang diterbitkan DOSM setiap tiga bulan yang menyenaraikan data-data pengeluaran, eksport, import minyak dan gas secara terperinci. 


Sebagai contoh Malaysia mengimport minyak mentah bernilai RM54.1 bilion antaranya dari Asia Barat iaitu: 


Arab Saudi: RM18.0 bilion

UAE: RM11.1 bilion

Oman: RM4.9 bilion


Dari Afrika: 


Cameroon: RM2.1 bilion

Congo: RM1.3 bilion

Angola: RM895 juta


Dari Amerika: 


USA: RM2.6 bilion

Brazil: RM882 juta

Argentina: RM365 juta


Ini semua data yang hanya dihujung jari boleh diakses sesiapa sahaja yang ada capaian internet. 


Begitu teruk kualiti MP-MP PAS berkaitan hal data. 


Sekurang-kurangnya carilah pegawai penyelidik yang rajin dan cakna berkenaan statistik yang tersedia kepada umum supaya soalan parlimen tidak dibazirkan dengan soalan-soalan seperti ini. 


Lainlah statistik itu memang tidak tersedia kepada umum. 


Yang lebih menggelikan hati sempat pulak cakap "akhirnya Kerajaan mengakui..." sedangkan dah lama Kerajaan akui Malaysia mengimport minyak kerana pengeluaran minyak Malaysia tidak mencukupi.


Yang taknak mengakui minyak mentah Malaysia tidak cukup adalah pemimpin dan ahli politik parti lebai tu sendiri macam Dr Azman Ibrahim yang cakap minyak Malaysia tak lalu Selat Hormuz dan macam Isham Jalil yang merapu-rapu cakap minyak mentah kita cukup. 


Badut dalam sarkis.