INISIATIF KPM DISOKONG

 

Mohd Fairul Al Qasas. 


Bila penjawat awam tengok kawan dia. Dia nampak tanda nama dengan jata negara.


Ia mengingatkan bahawa amanah besar dia sebagai penjawat awam.


Bila budak sekolah tengok kawan dia, dia nampak bendera Malaysia. Ia mengingatkan kepada Perpaduan rakyat,  kedaulatan Raja-Raja dan semangat kenegaraan.


RADEN IMADUDDIN




Takkan pakai lencana Jalur Gemilang terus jadi patriotik?


Tak. Tak. Kenapa fikir macam tu?


Ini cuma SATU daripada pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan. Kita bukan sekadar nak melahirkan murid cemerlang akademik, tapi juga berjiwa besar, punya kecintaan mendalam terhadap negara, hormat-menghormati, serta menolak budaya negatif seperti buli dan prejudis.


Jadi, kalau ada yang fikir inisiatif ini sekadar simbolik, mari kita tengok gambaran yang lebih besar. Saya kongsikan beberapa inisiatif KPM dalam mengukuhkan perpaduan dan sahsiah di sekolah:


✨ 1. Program Gerakan Kepimpinan MADANI: Hentikan Buli

➡ Meningkatkan kesedaran dan tindakan proaktif untuk membanteras budaya buli di sekolah.


✨ 2. Kerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)

➡ Program cegah buli dan mesyuarat strategik antara KPM dan PDRM.


✨ 3. Program Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

➡ Membentuk sahsiah murid Islam melalui pemahaman nilai murni dalam kehidupan seharian.


✨ 4. Program Pembinaan Karakter Generasi MADANI (GenMADANI)

➡ Modul khusus tentang patriotisme, disiplin diri, kesukarelawanan, dan tanggungjawab sosial.


✨ 5. Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli

➡ Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2023 sebagai rujukan dalam menangani kes buli di sekolah.


✨ 6. Tujuh Teras Nadi Keunggulan KPM

➡ Fokus pada pembinaan adab, akhlak, dan integriti murid.


✨ 7. Portal Aduan Buli KPM

➡ Empat saluran pelaporan (SISPAA, e-mel, telefon, WhatsApp) untuk aduan terus kepada KPM.


✨ 8. Khidmat kaunseling untuk murid yang terlibat dalam buli

➡ Membantu murid mengubah tingkah laku dan mengatasi masalah psikososial.


✨ 9. Program Sekolah Selamat

➡ Pewujudan persekitaran sekolah yang selamat berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000 dan Bil. 4/2002.


✨ 10. Kem Perpaduan Anak Malaysia Peringkat Kebangsaan

➡ Menggalakkan interaksi antara kaum dan memupuk perpaduan dalam kalangan murid.


✨ 11. Pertandingan Video Kreatif Perpaduan Peringkat Kebangsaan

➡ Menggunakan platform digital untuk menyemai semangat perpaduan.


✨ 12. Kem Bakat Sukan Perpaduan Peringkat Kebangsaan

➡ Perpaduan melalui sukan dengan penyertaan lebih 4,600 murid di seluruh negara.


✨ 13. Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi MADANI

➡ Lebih 216,000 murid pelbagai kaum berpidato tentang aspirasi perpaduan.


✨ 14. Pertandingan Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan

➡ Murid bertukar pandangan, membina pemikiran kritis, dan memahami perspektif berbeza.


✨ 15. Aktiviti kokurikulum di sekolah

➡ Kelab, persatuan, sukan, dan badan beruniform sebagai platform interaksi antara kaum.


✨ 16. Kajian Pengukuran Indeks Perpaduan

➡ Skor meningkat dari 6.27 (2021) ke 7.51 (2023) sebagai bukti usaha KPM membuahkan hasil. 👏👏👏


Ini hanyalah sebahagian daripada usaha kita.


Perpaduan itu bukan kerja sehari dua. Bukan sekadar simbol. Ia perlu dibina, dijaga, dan diperkukuhkan. Kita sebenarnya, nak jadi generasi yang membina, atau yang meruntuhkan?


Jom pilih jalan yang lebih baik.


DR 


#MalaysiaMADANI

#KaramahInsaniah

#PendidikanManusiawi

#PENAmadani 


Kapsyen: Dalam Garis Panduan, contoh name tag pada baju, dia letak nama yang aku suka.. 😍



KEGAGALAN SG4 DAN 33 BULAN MEMERINTAH, PAS GAGAL.


 

LANGKAH TEPAT. KERAJAAN BEKALKAN PADA SEMUA MURID SEKOLAH

 


PENGUATKUASAAN UNDANG UNDANG


 

KISAH TOK PETI

 

W. Faudzidin


Waktu bertahun masjid tu tak dapat dibina, tok peti dok dalam gua.  Bila pmx berjaya selesaikan dan lancarkan batu asas masjid, tiba2 tok peti keluar gua. Nak jadi hero la kononnya. 





SALAHKAN KERAJAAN BILA PEMIMPIN LEMAH

 


Tak pandai menari salahkan papan jongkang jongket. Dah pemimpin SG4 tu 𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗯, 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝘀 dan 𝗯𝗲𝗯𝗮𝗹, tak pandai cari pelabur, si 𝗺𝘂𝗹𝘂𝘁 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀 ni nak salahkan Putrajaya pulak konon 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 kelulusan pelaburan.





Pelabur mana nak masuk kalau tengok belanjawan negeri 𝗱𝗲𝗳𝗶𝘀𝗶𝘁 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴? Siapa nak melabur kalau keperluan asas macam 𝗯𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗮𝗶𝗿 pun 𝘁𝗮𝗸 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽? Kalau jalan yang runtuh akibat hakisan ombak pun tak mampu dibaik pulih?


Si mulut iblis ni bukan tak tahu hakikat sebenar yang 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 punca 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗻𝗱𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗚4. Tapi sengaja dia cipta cerita palsu begini untuk 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 yang dah sedia bodoh.


Orang yang tak takut 𝗺𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 dan 𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳 ni takkan la takut nak reka cerita palsu, kan? Sebab tu kena hati-hati. Jangan mudah percaya. Lagipun kita disaran agar tidak terus percaya berita yang dia bawa oleh 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗾.


Aku agak SG4 akan mundur dan terus mundur kalau terus bawah kawalan lebai. Tak mustahil akan 𝗺𝘂𝗳𝗹𝗶𝘀 nanti melihatkan perangai lebai yang suka salahkan orang lain atas 𝗸𝗲𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Tapi lantak la. Memang itu pun yang walaun nak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KERANA ITU KITA LIHAT BINAAN KEDAI HARAM KINI DIHAPUSKAN. BERI MASA DBKL DAN MENTERI LAKSANAKAN.

 

Firdaus Wong


Peniaga belon tak endah tiga kali teguran & bertindak agresif maka penguatkuasa DBKL bertindak balas. Ok noted.





Berniaga tanpa lesen salah. Saya setuju & sokong penguatkuasaan. Undang-undang mesti didaulatkan.


Saya faham adakalanya ‘reasonable force’ diperlukan dalam menguatkuasakan undang-undang. 


Saya faham & setuju penggunaan ‘reasonable force’ untuk melindungi penguatkuasa undang-undang dari ancaman & menegakkan undang-undang.


Saya tidak menyokong pelanggaran undang-undang tanpa mengira kaum & agama. Undang-undang buta warna.


Cuma saya ada persoalan terhadap ‘consistency’ tindakan DBKL.


Berapa kali & berapa tahunkah DBKL telah memberi teguran, surat, notis kepada binaan haram tetapi mereka tak endah? 


Adakah DBKL bertindak tegas terhadap mereka sebagaimana mereka bertindak keras terhadap penjual belon tanpa lesen yang agresif itu?


Yang lemah & tidak berkuasa tindakan tangkas & pantas  atas nama menegakkan undang-undang. I get it. I understand it. 


Adakah DBKL menggunakan prinsip yang sama terhadap binaan yang haram & yang berkuasa? 


Jangan gunakan alasan ketegangan kaum akan berlaku andai tindakn tegas diambil kerana perkara yang sama juga boleh digunakan pada semua situasi kerana pelanggar undang-undang boleh datang dari pelbagai kaum & agama!


Undang-undang telah jelas tetapi dwi-standard DBKL dalam menguatkuasakan undang-undang. DBKL perlu reform menyeluruh.. Double standard!


Reform DBKL antara yang dibincangkan dengan Puan Nurin, SETPOL Menteri WP. Kita bagi masa untuk Dr Zaliha Mustafa & sokong beliau untuk reform DBKL. 


Reputasi DBKL adalah begini sejak berzaman lagi, sejak zaman kerajaan BN lagi. 


Soalan saya, adakah DBKL akan seberani dan setangkas ini terhadap penceroboh tanah & binaan haram? 


You serve the people, you serve the public. You do not only serve and fear people who have power or in power.


“Justice must not only be done, but must also be seen to be done”.


*Sorry tercakap omputeh plak..



KELUHAN PENIAGA BELON BERLESEN.


Labu Labi


 Terjumpa 1 post dari seorang peniaga berlesen..




MINDA PRESIDEN PAS.


 
Adendum najib dah tunggang.
KK Mart dah tunggang
Isu kuil pun dah tunggang.
Pakcik petai dah tunggang.
Mat belon pun dah tunggang.

Lepas ni apa lagi lebai?


W. Faudzidin




PEMUDA PKR DESAK SIASATAN RAPI


 

RENTETAN KES ISMAIL SABRI DISIASAT.


 

MCA PERLU PERFORM. SEBAB ITU KAUM CINA TOLAK MCA

 


OBJEKTIF UTAMA BERSATU DITUBUHKAN ADALAH MENGHAPUSKAN UMNO


 

JIKA PEMIMPIN ANDA LEMBAB.


 

DIA SERINGKALI GOPOH DAN GELOJOH DALAM TINDAKANNYA


 

POLIS SIASAT KES HALANG PETUGAS AWAM

 

Zainuddin Omar


Biar polis siasat siapa di pihak yang benar


👇👇👇




LAPORAN JELAS PENJUAL BELON PROVOK SETELAH DIBERI AMARAN


 

BERSUNGGUH NAK KENAKAN DBKL DAN MENTERI.

Zuwairi Md Yusof. 


 Kartel Menyerang RAMBO Mengganas 




Mula-mula isu Bazar Ramadan,Bazar Aidilfitri,lepas tu Kuil,air mineral kat Dataran Merdeka,ini belon pulak.Teruk DBKL kena asak bulan puasa ni.Kartel2 balas dendam ke?Tiap isu memang nampak authentic tapi persamaan dia ialah ada batu api yang bakar line.Bersungguh nak imprint pada masyarakat yang DBKL ni tak berfungsi dan nak kabor konon Menteri Wilayah,Datuk Bandar KL dan anak2 buah tu pun tak berfungsi ya.Ade sebab kenapa PMX letak Wanita di dua kerusi panas itu.MADANI tidak gentar akan tunduk dengan kartel2 ini.Lu langgar lu siap kene tapau sekor2 nanti tunggu.....


Sejak sebulan lalu kartel penjaja cukup giat provokasi DBKL sebab tutup periuk nasi mereka jual tapak harga mahal YAHADI?Yahudi.Harap lepas ni kalau @DBKL2u nak buat operasi bawa sekali 

@imigresenmy dan @PDRMsia baru lengang peniaga Rambo kat Jalan TAR itu.Ade yg mengidam jawatan MENTERI WILAYAH dan DATUK BANDAR KL sebab jawatan power dan masyuk.



WALAUN ANCAM & HASUT CEDERAKAN PENGUATKUASA DBKL

Faiz Naaman






Saya ada terima tangkap layar satu kumpulan WhatsApp ini. Nampaknya golongan ekstremis ini memang ada niat untuk mencetuskan huru-hara, aksi jenayah dan terselit sentimen politik (dia ada kaitkan dengan Zaman Madani) malah orang ini juga menghina Melayu secara pukul rata. Saya sudah nasihatkan tuan punya tangkap layar buat laporan polis segera.



KARISME SEORANG MB WALAUN.

 Ahmad Mohamad Afendi


Tak apalah MB Kedah, kami pindah negeri lain ajelah. Negeri ini terlalu sweet untuk kami berada di dalamnya. Patutlah Tuan Desa HM marah sangat dengan MB kami. Dia tak cukup syarat nak buat macam ini di Wang Kelian, Padang Besar.



      GAYA MACAM MONYET


Apa pun, dalam strategi pemasaran bagi personal branding, sebagai pemimpin terutamanya ketua pemimpin kerajaan negeri, kewajiban menjaga bahasa badan adalah satu keperluan agar karisma kita tidak hilang dan martabat kita tidak jatuh.


Ramai pemimpin politik beristeri lebih dari dua. Apabila bergambar, pemimpin akan berdiri tegak dengan tangan diluruskan, dan isteri isteri itu berada di sisi dengan diluruskan, jika tiada handbag.


Jika ada handbag, sebelah diluruskan, sebelah lagi memegang handbag. Menunjukkan bahawa isteri itu pengikut dan suami itu pemimpin. Menaikkan karisma dan dilihat bermartabat tinggi.


Mungkin gaya ini adalah bagi gambar peribadi. Tak mengapa. Maka mereka yang memuat naik video yang viral ini menjatuhkan maruah MB Kedah, memperlihatkan sisi kelakuan dalaman sifat dan daya fikir keanak-anakan beliau.


Jika demikian, selepas ini, pada majlis persendirian, pesan kepada tetamu gambar atau video dalam majlis jangan sesekali dimuat naik ke media sosial. Jadikan itu sebagai SOP yang perlu dipatuhi oleh tetamu jemputan.


Mahu merangka SOP pengurusan operasi bisnes boleh PM saya. Bagi SOP pengurusan tetamu jemputan dalam majlis persendirian VIP seperti itu pun saya boleh beri kejurulatihannya.


Apa pun, selepas melihat video manis ini, saya dah tak ada hati dah berada di Kedah. Negeri ini terlalu sweet untuk saya. Ada cadangan negeri mana saya patut pindah? Sila komen.



TANPA PENGUATKUASAAN UNDANG UNDANG, RAKYAT TAK AKAN HORMAT

 

Nazri Hamdan. 


Nak cerita pasal penguatkuasa. Tak kiralah DBKL ke, atau apa jua pihak yang kuat kuasakan undang-undang.


Ada beberapa kes viral sejak kebelakangan ni yang libatkan penguatkuasaan. Kes pakcik petai, kes brader jual air mineral dan kes abang belon.


Pertama sekali, the law is nothing without enforcement. Buatlah undang-undang terbaik macam mana sekali pun, tanpa penguatkuasaan ia tak ada makna apa-apa.


Ingat tak undang-undang larang merokok di kedai makan. Sampai hairini ada je orang merokok ditempat makan. Kenapa? Sebab when there is no enforcement, nobody respects the law.


Tapi dalam mana-mana keadaan, biasanya pihak yang kuatkasakan undang-undang (penguatkuasaan) akan kena kecam.


Jadi, ada masa di mana pihak penguatkuasaan akan bagi budibicara. Mereka mungkin akan bagi kelonggaran.


Tapi bila kelongaran diberikan, akan wujud pulak isu lain terutamanya bila pada lain hari mereka nak kuatkuasakan undang-undang yang sama.


“Eh, kenapa haritu boleh, kenapa hairini tak boleh?”


“Eh, kenapa orang tu boleh, kenapa saya tak boleh?”


Persoalan-persoalan macam ni akan wujud bila kelonggaran diberikan.


Jadi, bila ada penguatkuasa yang tegas yang tak bagi kelonggaran dan terus ambil tindakan, mereka akan kena backfire balik sebab ada je nanti orang ambil video dan viralkan.


Saya setuju sepatutnya tak perlu kekerasan bila kuat kuasa undang-undang. Tapi kalau peringatan dah diberikan tapi orang yang tak patuh pada undang-undang itu tetap berkeras, kat sini ada dua persoalan:


Pertama; adakah penguatkuasa kena mengalah dan biarkan saja. Benda ni takkan wujudkan kontroversi tapi bila orang mula nampak penguatkuasa tunduk pada tekanan, nobody is going to respect the law. Akan ada orang-orang yang akan buat benda yang sama atas alasan - eh, dia boleh, kenapa aku tak boleh?


Kedua; adakah penguatkuasan perlu ambil tindakan fizikal untuk kuat kuasakan undang-undang? Jika ya, ia pasti akan wujudkan kontroversi tapi ia juga akan bagi peringatan kepada orang lain jangan buat benda yang sama.


Saya faham ini adalah peluang kepada sesetengah orang politik nak jadi popular. Tapi, ia takkan selesaikan masalah. Siapa saja yang langgar undang-undang perlu berhadapan dengan risiko untuk dikuatkuasakan undang-undang secara paksa ke atas dirinya.


Pada masa ramai orang kecam penguatkuasa, mereka hanya jalankan tugas. Saya yakin, kalau mereka ada pilihan, mereka pun lebih suka bagi kelonggaran pada semua orang. Tapi pada masa yang sama, kita semua kena sedialah sebab akan lebih ramai lagi orang yang akan langgar undang-undang.


Walau kita semua kesal dengan semua kekerasan yang berlaku, tapi tak ada siapa pun akan hormat undang-undang tanpa penguatkuasaan.



AUS 1 VS MALAYSIA RM.


 

HERO BELON

 

Tunggang belon pulak..


Presiden parti taraf Perdana Menteri (perdana menteri tepi) tapi sibuk ambil tugas walaun..isu mcm tu biar walaun buat kerja, pergi la cari menantu dah dua tahun tak balik raya 😄




KINI POLISI INSURAN YANG SEEING TIDAK MELAYAN PELANGGAN AKAN BERUBAH.


 

KWSP DIJADIKAN MODEL TERBAIK UNTUK PERSARAAN. BUKAN ZAMAN DIN CIRIT. MELINGKUPKAN DUIT

 


MERIAH. RAKYAT MALAYSIA BALIK BERHARI RAYA.

 


Meriah! Rakyat Malaysia mula bergerak pulang ke kampung halaman untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 











Saksikan cerapan hilal Syawal pada jam 6 petang esok (30 Mac 2025), dan pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri pada jam 8 malam esok (30 Mac 2025).


Ikuti Berita AlHijrah di pelbagai platform media sosial https://linktr.ee/beritaalhijrah dan layari www.alhijrahnews.com untuk berita-berita terkini dalam & luar negara



BILA BERAS DAH BANYAK, MELAYU TAK MAU MAKAN.


 

KETUA PEMUDA UMNO.


 

WARGA ASING JUAL BELON


 Ariff Al Katami


Matlamat (cari sesuap nasi), tak menghalalkan cara (warga asing jual belon tanpa lesen). Mung pehe dop?




BENDA LAIN PUNYA BESAR KO DIAM.


 

REPORT POLIS DAN KELAKU PENJUAL.

 



TAKDIRRRRRRR


 Rancangan PAS nak jajah Selangor!


Satu Kisah Di Hari Raya, Dihasut, Terhasut dan Menghasut.


#selamatkanmalaysia #hariraya #selangor #pakatanharapan #aidilfitri #eidmubarak #fyp #fypviral



BUAT BAIK PUN KENA MAKI


 

MUALAF TAK PUAS HATI


 

KES PENIAGA BELON

 


BARANG MAIHAL BARANG MAHAL..,.AUTA JA LEBIH..BUKAN ZAMAN 33 BULAN DULU


 

CARI PEMIMPIN YANG CERDIK


 

MELAMPAU CARA BEGINI. SAJA NAK KENAKAN KERAJAAN GAMAKNYA


 

KES LOD PADA CG PENCEN

 Episode 5. The Haunted LOD: Secrets in the Chaos.





Hari ni telah sah kes saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Tuan Peguam Faizal Rahman.


Cuma yang menarik, rupanya mamat pencen melalui peguamnya Nur Zabetha membalas LOD tersebut semalam, 26 Mac 2025.


Menarik sebab apa? 


Dalam satu surat yang sama,


1. Mereka pertahan diri dengan kata semua yang ditulis oleh mamat pencen adalah kebebasan bersuara.


2. Tapi mereka highlight juga perlian, ejekan, dan komen-komen jelik kononnya dari kami ke atas mamat pencen.


Kalau begitu, bukankah point no 2 dapat dijawab juga berdasarkan point no 1 atas tajuk "kebebasan bersuara"?


Yang penting, kami tak pernah memunafikkan orang. Itu jelas.


Jumpa di Mahkamah nanti. 


Selamat Hari Raya. ☺️


Cc Liyana Marzuki 


Najib Bakar 

27 Mac 2025


#alltheway




SEMOGA JADI PENGAJARAN

Najib Bakar


 Alhamdulillah, di zaman Madani, Islam dibela. Semoga menjadi pengajaran buat semua.





JANGAN SESEKALI TANAM MINAT SEBEGINI


 Najib Bakar


Baru-baru ni aku tulis mengenai social validation. Berebut-rebut segala benda dibuat content untuk likes dan engagement.





Zaman sekarang, mata anak muda/anak tak berapa muda dikaburkan dengan materi dan kemewahan.


Content-content menayang kemewahan dan gaya hidup ala anak raja ni penuh di media sosial.


Kemewahan ini perlu dimiliki, bagaimana? 


Tak perlu belajar tinggi-tinggi, jadi influencer saja mencukupi. Ini yang selalu bermain dalam kepala anak muda sekarang.


Cuba tanya cikgu sekolah, bila mereka tanya cita-cita anak murid mereka, pasti ada yang bagi jawapan "nak jadi influencer".


Yang merisaukan, kalau this so called influencer, mereka diuji dengan kesusahan, takut ada yang mengambil jalan singkat terlibat dengan kegiatan haram.


Ingat mudah nak bina nama macam Khairul Aming? 4-5 tahun pertama bukan ada pendapatan sangat dari video-video masakannya.


Tu level Khairul Aming ambil masa 4-5 tahun. 


Kalau yang tak ada bakat, tak ada presence, tak ada faktor X yang cuma nak sangat jadi influencer kerana percaya diri sendiri hensem?


Tahun-tahun awal tu nak makan apa? Mak bapak dok push tanya, "kau ni taknak cari kerja ke?"


Member-member yang dah bekerjaya dok stress tiap bulan kau mintak pinjam duit.


Akhir sekali, terjebak seludup barang terlarang seperti pil kuda/pil yaba. Duit mudah. Modal sebiji beberapa puluh sen saja. Dijual hampir RM10 sebiji.


Ketua Polis Kelantan pun dah hint, mereka sedang perhatikan influencer dan founder produk yang ada kemungkinan terlibat dengan penyeludupan dadah.


Produk yang dijual sendu saja, tapi duit tunai belonggok-longgok. Sangat berbau ikan di situ.


Gambar ini satu contoh content di TT, bagaimana seorang founder produk selamba bawa tunai berjuta-juta dalam satu luggage untuk beli emas 15kg.


Billionaire pun tak bawa wang tunai beli emas sebegini.


Founder yang sama juga memiliki Mercedes G Wagon yang berharga jutaan ringgit.


Tidaklah aku nak katakan mereka confirm terlibat dengan kegiatan haram, yang tu aku biar pihak berkuasa siasat.


Cuma aku harap nasihat Khairul Aming kepada anak muda yang nak jadi influencer diikuti.


Boleh, kalau minat sungguh nak jadi influencer, tapi biarlah influencer yang ada ilmu pendidikan dan tinggi EQ-nya.


Kalau dak, jadi macam ginilah, benda boleh bayar guna wire transfer atau banker's cheque, nak usung wang tunai yang berat buat apa?


Najib Bakar 

29 Mac 2025



NAK BANTU PUN SANUSI MARAH. AKAI TAK DAK

 

MSO




Cadangan dan usaha mengambil alih pengurusan Kelab Bola Sepak Kedah (KDAFC) yang kini dalam ketenatan seperti mana diumumkan Saifuddin Nasution Ismail satu langkah kedepan yang baik. 


Langkah itu sekiranya terlaksana ia dapat membawa sinar baru kepada industri bola sepak di negeri jelapang padi itu.


Kelamrin Saifuddin telah menemui para pemain yang menghadapi masalah kewangan apabila  pihak KDAFC tidak mampu membayar gaji mereka sejak beberapa bulan lalu apabila menghadapi masalah kewangan yang parah. 


Dalam pertemuan ramah mesra itu KDAFC diberikan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk diagihkan kepada pemain dan pagawai sebagai persiapan untuk menghadapi sambutan raya Aidifitri.


Hendaknya semua pihak khususnya peminat boleh sepak di Kedah memberi sokongan atas cadangan itu demi masa depan suka bola sepak Kedah. Sekiranya semua mendukung usaha itu tidak mustahil Kedah akan muncul sebagai gergasi baru bola sepak negara.


Kita yakin keberadaan Saifuddin Nasution dengan kerajaan hari ini dimana beliau seorang menteri kabinet boleh membantu menyelamatkan bola sepak Kedah. Seperti mana ujarnya beliau adalah peminat kepada sukan itu, dengan minat itu beliau akan berusaha sungguh sungguh untuk memajukan bola sepak Kedah.


MB Kedah Sanusi Md Nor juga yang minat bola sepak boleh ikut membantu mungkin agak berat dari sudut kewangan, tetapi boleh berperanan memperkuatkan kelab penyokong tukang sorak. Kalau Saifuddin dilantik sebagai presiden KDAFC molek Sanusi dilantik sebagai pengerusi kelab penyokong, beliau seperti berketrampilan dalam sudut ini. 


Gabungan keduannya mantap. Trims.



LANGKAH BAIK UNTUK SEMANGAT CINTAKAN NEGARA

 


PERHATIAN BUAT MENTERI KPM



Pekeliling terbaru dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengarahkan semua pelajar di institusi pendidikan di bawah KPM diawajibkan memakai lencana Jalur Gemilang (JM), suatu langkah baik, patriotisme... dan tepat yang sepatut sudah lama dilaksanakan. 


Pemakaian lencana JM ini sebenarnya lebih baik dan bermakna daripada pemakaian kasut hitam. Jika tidak silap saya murid sekolah di negara lain sudah lama memasang lencana negara mereka dibaju atau peralatan sekolah. Kalau tidak silap murid sekolah di Jepun dan Thailand ada memasang bendera negara mereka?


Diucapkan syabas kepada KPM, dengan Pekeliling terbaru ini terutamanya menterinya Fahdlina Siddik. Inilah sekelumit rofomasi dalam kependidikan yang dicapai Fadhlina.


Bagaimana pun ada satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh menteri itu agar mengatasi masalah sikap atau perangai buruk segelintir kakitangan dibawah kementerian itu khususnya di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang sengaja buat-buat bodoh dalam memahami aspirasi kerajaan hari ini. 


Ini kerana ada lagi saki baki di PPD yang merupakan penyokong kerajaan terdahulu, yang mendapat ruang dan proses kenaikan pangkat semasa menteri pendidikan sebelum ini. Lantaran itu setia dan kecenderongan mereka masih kepada kerajaan terdahulu, dan dalam masa sama memadang acuh tak acuh dengan aspirasi kerajaaan hari ini. 


Mereka jadi begitu kerana mengambil peluang atas sikap terbuka dan terlalu profesional dipraktiskan oleh menteri waktu ini. Sebab itu masih ada grup-grup whatsApp sesama mereka mencerca kerajaan dan menjadi lidah syaitan menyebar fitnah kering. 


Ada suatu PPD di Kelantan yang melarang wakil rakyat Kerajaan daripada memasuki sekolah atas alasan ia tidak mahu sekolah jadi medan berpolitik.


Anehnya pula PPD tidak memantau atau menyedari ada kalangan tertentu membawa semangat dan idealisme parti pembangkang menerusi jawatan PIBG, padahal kelakuan mereka ini lebih bahaya daripada ahli parlimen kerajaan. 


Kerana larangan tidak berasas dan bersandarkan hasrat menteri, menyebabkan ada ahli parlimen kerajaan berhasrat membantu sebuah sekolah dalam kawasannya bagi menjayakan sukan tahunan tidak dapat dilaksanakan kerana dicegah oleh PPD. Gara-gara itu sukan disekolah itu tidak dapat diadakan kerana kekurangan kewangan. 


Kepada menteri, selepas semua murid sekolah pakai lencana JM, hendaklah ikut sama memantau secara rambang grup-grup whatsApp yang dibangunkan oleh Guru dan PIBG untuk lihat sendiri apa yang berlaku dalam grup whatsAppa berkenaan. Untuk maksudkan ini menteri boleh lantik seorang pegawai khas untuk mengesani posting dalam medsos yang menghentam kerajaan secara melulu yang mana mereka disyaki warga KPM. Trims.



KERAJAAN BAIK-BEKAS POLIS DSN PERNAH MURTAD. TOBAD KA BELOM ENTAH LA.


MSO

 Siapa orang ini ulasannya mengenai kuil dan masjid Madani nampak bijak, sampai kata PM bodoh. 


Elok mana mana parti politik ambil dia untuk jadi calon bakal PM dimasa akan datng. 


Tenguk rupa macam ada darah campuran. Siapa dia n? Trims.




BERTABAHLAH



 Solidariti Dan Doa buat mangsa gempa bumi di Myammar Dan Thailand..




MENDAMAIKAN 2 PIHAK


 27 march 1998 PMX mendamaikan dua pihak bersengketa isu masjid & kuil Kg. Rawa P.Pinang.






27 march 2025 PMX mendamaikan dua pihak bersengketa selama 11 tahun isu masjid & kuil.


Pemimpin sebenar menyelesaikan masalah bukan lari dari masalah.


“Apa-apa sahaja yang dipamerkan kepada umum yang akan menyebabkan gangguan kepada akidah masyarakat sudah tentu perlu disekat.” 


PMX

Anwar Ibrahim



NANTI DULU. KEJAYAAN ANAK ANAK PERLU PENGORBANAN.

 Ummul Syabinar


“ 9A TAK MEMBAWA APA-APA MAKNA “

 





Saya melihat beberapa individu yang gigih buat fake acc semata-mata nak komen benda ni dekat post orang lain. Ada di tiktok/page jakim dan lain2. Tapi kali ini kena dekat post saya jadi, saya perlu buat posting KHAS untuk individu yang tersakiti tersebut. 


Tuan, Puan.. Posting ini panjang ‼️ 


Bagi saya, apa sahaja keputusan calon UPKK, ianya SANGAT BERMAKNA BAGI SAYA. mungkin tuan/puan tidak pernah melihat dan tidak terlintas langsung bahawa pelajar UPKK saya adalah seperti berikut :


1. Autism - hanya fokus belajar kepada headfon sahaja

2. Mild autism - tidak fokus @ tidak mendengar semasa belajar 

3. Pemegang Kad OKU - Lembam pembelajaran, tidak mampu membaca jawi dengan lancar

4. ADHD - Menulis jawi dengan terbalik, struggle utk menulis jawi apatah lagi membaca

5. Cancer FIGHTER - ambil peperiksaan semasa chemo, terbaring dan terlantar tanpa rambut dikepala

6. Calon HOSPITAL - belajar sambil drip air di tangan. Pucat lesu sambil memeluk buku teks jakim

7. Calon anak yatim piatu - nenek yang uruskan pembelajaran upkk , warga emas nak cucu berjaya. 

8. Calon IBU AYAH BERCERAI - anak yang belajar ditanggung ibu sahaja ketika bapa TIDAK MEMBERI NAFKAH satu sen pun. 

9. Calon buta/ pekak/bisu - berjaya dpt 9A 

10. Calon MISKIN/asnaf tiada duit nak beli buku pun. Tiada bekalan elektrik pun dekat rumah kerana terlampau miskin. 


Tuan/puan , mereka dah buktikan yang UPKK bukan atas kertas , bukan sekadar peperiksaan, memang tidak membawa makna apa-apa. 10 golongan yang saya sebut di atas adalah PELAJAR STRAIGHT A’S UPKK! Mereka berusaha sehabis mungkin. 


9A tidak dapat begitu sahaja tuan/puan. TIDAK DATANG BERGOLEK. Ianya memerlukan wang ringgit, keringat, masa, tenaga, pengorbanan, dan AIR MATA! 


Saya saksi yang anak2 pelajar saya BELAJAR SAMBIL BUKU ATAS RIBA! belajar sambil tidur pensel ada di tangan. MEREKA USAHA, Dan mereka layak DIRAIKAN. 


Berhenti memperlekehkan usaha anak2 11tahun ini. Mereka permata negara kita. Mereka penerus generasi kita. Doakanlah yang baik2.. sekiranya tidak ada perkara baik yang hendak ditulis, maka DIAM. 


Berapa A pun , walau tiada A, ex UPKK sangat bermakna bagi saya. 


Mereka sangat “ BERMAKNA” . Terima kasih atas perjuangan ini. Sekurang-kurangnya mereka dah kuasa beberapa ilmu dalam UPKK 


1. Fardhu Ain ( kenal Allah, kenal Rasulullah)

2. Al-Quran ( tahu tajwid, confirm hafaz 16surah lazim)

3. Bahasa Arab ( ilmu nahu, confirm hafaz 200 perkataan arab)

4. Penulisan JAWI ( jawi sekarang bukan macam dulu, banyak kaedah itu ini) 

5. Adab seharian ( adab komunikasi di media sosial pun ade ☺️ ) 


Bukankah ini sudah bermakna? Tepuk dada tanya iman. 


- Ustazah Ummul Syabinar ❤️



ZAMAN 33 BULAN DULU YA..TELOQ PUN HILANG

 .      Ada yang kata mana2 Kerajaan sama saja, bukti fakta angka2 gambar2 tidak menipu, bila ber-longok2 gini, jangan malas berfikir jadi yang berilmu juga tahu beza mana yang bagus.














.       Alhamdullilah terima kasih Pengundi2 Kerajaan Madani YDPA Malaysia kita, Terima kasih PMX, Menteri2 Pegawai2 yang bekerja kuat dengan Ikhlas semuga beroleh Pahala Juga kebaikan insyaAllah.

.      Sesungguhnya nikmat apakah lagi yang hendak kita dusta2kan wahai semua rakyat Malaysia. 🇲🇾💪🧡♥️💙🧡💪🇲🇾



PEMUDA UMNO JANGAN PERASAN KUAT SANGAT.


 

Myanmar, Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

 




Walaupun Myanmar masih di bawah pemerintahan junta, hati saya tetap bersama mereka yang terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini.


Ramai pengembara bimbang untuk ke Myanmar kerana keadaan yang tidak menentu, lebih-lebih lagi sekarang apabila negara itu dilanda bencana sehingga junta terpaksa meminta bantuan dari luar. 


Setakat ini, saya belum mendengar sebarang negara ASEAN yang akan menghantar bantuan.


Mungkin ini kerana rejim tentera Myanmar kurang berhubung dengan pemimpin negara luar, termasuk rakan-rakan ASEAN, dan lebih rapat dengan kepimpinan China.


Sebelum ke Myanmar, saya pernah menghantar e-mel kepada Kedutaan Malaysia di Yangon untuk bertanya mengenai keselamatan pelawat. 


Mereka membalas dengan nasihat agar saya lebih berhati-hati dan mengelakkan perjalanan ke Mandalay.


Namun, saya tetap berdegil dan meneruskan perjalanan ke Mandalay dari Bagan dengan menaiki sebuah kereta sewa prebet sapu dengan bayaran USD100. 


Sepanjang perjalanan, banyak sekatan jalan raya dan yang paling merisaukan, ramai askar Myanmar kelihatan mabuk.


Sama seperti di Mesir, apabila pemandu ditahan untuk soal siasat yang berpanjangan, faham-fahamlah apa yang perlu dilakukan.


Dari Bagan ke Mandalay, kami melalui banyak sekatan jalan tentera yang lengkap bersenjata berat.


Saat paling mencemaskan berlaku di Bagan apabila kereta di hadapan kami dipaksa berhenti dan diserbu oleh empat lelaki bersenjata rifel Kalashnikov. 


Mereka berpakaian biasa, t-shirt dan seluar pendek dan keluar dari sebuah kenderaan Pajero dan menghunus senjata kepada penumpang. 


Pemandu pelancong kami memberitahu bahawa mereka adalah anggota tentera yang menyamar untuk melakukan pemeriksaan mengejut.


Mereka tidak memakai pakaian seragam kerana takut diserang hendap oleh gang pemisah.  


Dalam perjalanan ke Mandalay, pemandu kami memilih untuk mengelak beberapa pekan kerana pertempuran sedang berlaku antara tentera dan kumpulan bersenjata.


Pemandu Myanmar tersebut tidak sanggup pulang ke Bagan dari Mandalay pada waktu malam kerana risiko diserang hendap.  


Ia mengingatkan saya kepada pengalaman di Turkiye, apabila pemandu kami memecut laju kerana bimbang kenderaan kami menjadi sasaran sniper Kurdish di zon konflik.


Myanmar adalah sebuah negara yang kaya dengan sejarah, tetapi konflik berterusan telah menjadikannya miskin. Kini, dengan bencana gempa bumi yang dahsyat, nasib rakyatnya semakin teruji.


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: Zainuddin Omar


* gambar curi askar Myanmar memeriksa kenderaan kami.