Ahmad Mohamad Afendi
Tak apalah MB Kedah, kami pindah negeri lain ajelah. Negeri ini terlalu sweet untuk kami berada di dalamnya. Patutlah Tuan Desa HM marah sangat dengan MB kami. Dia tak cukup syarat nak buat macam ini di Wang Kelian, Padang Besar.
GAYA MACAM MONYET
Apa pun, dalam strategi pemasaran bagi personal branding, sebagai pemimpin terutamanya ketua pemimpin kerajaan negeri, kewajiban menjaga bahasa badan adalah satu keperluan agar karisma kita tidak hilang dan martabat kita tidak jatuh.
Ramai pemimpin politik beristeri lebih dari dua. Apabila bergambar, pemimpin akan berdiri tegak dengan tangan diluruskan, dan isteri isteri itu berada di sisi dengan diluruskan, jika tiada handbag.
Jika ada handbag, sebelah diluruskan, sebelah lagi memegang handbag. Menunjukkan bahawa isteri itu pengikut dan suami itu pemimpin. Menaikkan karisma dan dilihat bermartabat tinggi.
Mungkin gaya ini adalah bagi gambar peribadi. Tak mengapa. Maka mereka yang memuat naik video yang viral ini menjatuhkan maruah MB Kedah, memperlihatkan sisi kelakuan dalaman sifat dan daya fikir keanak-anakan beliau.
Jika demikian, selepas ini, pada majlis persendirian, pesan kepada tetamu gambar atau video dalam majlis jangan sesekali dimuat naik ke media sosial. Jadikan itu sebagai SOP yang perlu dipatuhi oleh tetamu jemputan.
Mahu merangka SOP pengurusan operasi bisnes boleh PM saya. Bagi SOP pengurusan tetamu jemputan dalam majlis persendirian VIP seperti itu pun saya boleh beri kejurulatihannya.
Apa pun, selepas melihat video manis ini, saya dah tak ada hati dah berada di Kedah. Negeri ini terlalu sweet untuk saya. Ada cadangan negeri mana saya patut pindah? Sila komen.
No comments:
Post a Comment