PAS KATA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN KAFIR, DI MANA KAFIRNYA?




 Sejak 4 dekad lalu modal kempen Pas ke atas orang Melayu adalah mengkafirkan Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan ditulis oleh penjajah British.

Namun adakah orang Melayu pernah bertanya di manakah kafirnya Perlembagaan tersebut atau mengapakah Pas tidak pernah menyuarakan untuk mengubah Perlembagaan ketika 3 tahun memerintah Malaysia dari 2020 – 2022.

Bagi Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, pelbagai penelitian telah dibuat mengenai ‘unsur kafir’ Perlembagaan tersebut namun fakta yang betul masih tidak ditemui.

“Sudah hampir puluhan tahun pimpinan Pas mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan bersifat jahiliyah, sekular dan kafir melalui doktrin dan dogma mereka

“Namun begitu apabila kita menyoroti secara serius dan bersifat kritikal terhadap dogma ini, tidak ada satu jawapan yang tuntas boleh diberikan oleh pimpinan Pas

“Jawapan standard selama ini hanya berkisar tiada hukum hudud dimasukkan ke dalam Perlembagaan dan di dalam Perlembagaan tidak menyebut sumber perundangan adalah daripada al Quran dan hadis.

“Inilah sebenarnya punca ketidakfahaman pimpinan Pas dan pengikut mereka mengenai hakikat Perlembagaan yang sebenarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Ahmad Nadhir, tidak dinafikan Perlembagaan yang dibentuk sekarang adalah legasi daripada Suruhanjaya Reid.

Namun, katanya, Perlembagaan itu sebagai peraturan ditetapkan manusia perlu unsur yang lebih ekstrem untuk dianggap sebagai kafir. Sama ada memaksa orang Islam melakukan hal hal syirik atau sebagainya.

“Ramai pengikut Pas bermudah mudah menggunakan nas sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka dia adalah kafir.

“Hukum Allah intipatinya adalah keadilan, justeru itu jika Perlembagaan yang tidak ada satu ayat al-Quran pun di dalamnya tetapi bersifat adil, adakah tidak islamik Perlembagaan itu?” tanya beliau.

Pengarah Komunikasi KEADILAN Kemaman itu turut mengimbau pengenalan undang undang Islam di Pakistan oleh jeneral Zia Ul Haq pada 1980an lalu.

Katanya, tanpa mendalami hukum Islam, pengenalan undang undang yang bersifat populis itu kemudian menyaksikan Pakistan terhumban ke dalam masalah politik dan ekonomi yang tidak berkesudahan berdekad dekad lamanya akibat islamisasi yang sangat sempit dan menyaksikan pertembungan idealogi yang meragut ribuan nyawa.

“Ini adalah hasil daripada pemahaman separuh masak ditambah dengan manipulasi agama yang sangat kotor dan hodoh.

“Penyokong Pas juga berhujah undang-undang adalah zalim jika tidak melaksanakan hudud, tetapi hakikat yang sebenar hudud adalah perkara yang terakhir yang dilaksanakan setelah segala sistem yang lain dibebaskan daripada ketidakadilan.

“Tidak boleh dilaksanakan hudud dalam situasi ekonomi yang tidak adil dan menindas. Penyokong Pas begitu mudah mengkafirkan pada sesiapa yang menolak hudud versi mereka namun apabila ditanya apakah hudud versi mereka dapat menjamin keadilan kepada semua, mereka gagal untuk memberi jawapan.

“Ternyata pimpinan Pas dan penyokong mereka jahil dan tidak mengetahui apa yang mereka perkatakan dan perjuangkan. Inilah ruwaibidah moden yang merosakkan masyarakat,” katanya lagi.

Tegas Ahmad Nadhir, bermudah mudah mengkafirkan orang kerana Perlembagaan Malaysia tanpa mengetahui ruang lingkup perbahasan yang mendalam adalah ciri-ciri ruwaibadah dan takfiri moden.

Katanya, ubat kepada segala kejahilan politik yang berlaku di dalam negara ini adalah kembali kepada legasi ilmu yang sebenar dan jauh daripada ketaksuban juga pemikiran sempit dan jumud.

Rakyat Malaysia, tegas beliau, mesti bangun menentang segala bentuk pembodohan politik yang membawa kepada kerosakan kepada negara.


SOKONGAN PN BERTAMBAH, PH MASIH PILIHAN UNTUK MENANG


 Gelombang hijau belum cukup kuat untuk merempuh pertahanan ampuh Pakatan Harapan (PH) dan BN di Johor.

Setelah seminggu berkempen, sokongan di Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kelihatan masih menyebelahi calon PH.

Hal itu dinyatakan oleh Ketua Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim dalam forum bertajuk “Gelombang Merah Biru Di Pulai” terbitan Sumberkini, malam tadi

Menurut beliau, biar pun terdapat peningkatan menggalakkan pengaruh Pas-PN di kedua dua kawasan yang mendapat undi di bawah 10% pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 tetapi mencanak kepada lebih 20% pada PRU 15, tetapi jumlah tersebut, katanya masih belum mencukupi untuk memastikan PN menang.

“Dalam konteks Johor, saya melihat ada sedikit perbezaaan kerana faktor demografi, geografi, psikografi dan tingkah laku bangsa Johor itu yang sedikit berbeza, jika dibanding senario Melayu di Pantai Timur dan Utara.

“Biar pun PN mendapat peningkatan yang ketara muktahir ini, bila sampai di Johor mereka tetap mendapat peningkatan sokongan tetapi masih belum ada petanda jelas mereka beroleh momentum hampir sama seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu

“Bahkan dalam PRN lepas, Negeri Sembilan pun PN belum boleh menembusi sepenuhnya,” ujar Dr Yusri.

Menyentuh sokongan dari pengundi UMNO, Dr Yusri sedikit kritikal kerana berdasarkan tinjauan yang dibuat Ilham di lapangan pada PRN lalu, mendapati akar umbi UMNO masih keliru dan enggan mengundi PH.

Dalam PRK ini, katanya, UMNO perlu memujuk separuh pengundi mereka untuk memangkah PH bagi memastikan kemenangan kerana dua PRK tersebut merupakan misi hidup mati parti berkenaan.

“Saya melihat walaupun yang bertanding Amanah tetapi Umno melihat ini misi hidup mati mereka.

“Mereka pasti mahu menyekat gelombang PN yang begitu banyak di kawasan Melayu muslim. Sudah tentu Johor tempat lahir Umno, parti itu mahu pastikan momentum PN tidak berterusan membadai Johor.

“Untuk selamatkan UMNO Johor yang keadaan tidak sebegitu kuat, PH – BN pelu menang

“Ahli UMNO (saya dapati) masih lagi kekok untuk memberi undi kepada PH dalam PRN lepas. Kalau kerusi itu ditandingi UMNO maka mereka suka, 6 atau 7 dari 10 orang bersedia beri undi.

“Sebaliknya kami temui pengundi tegar UMNO di kawasan ditandingi PH, hanya 3 – 4 sedia memberi undi (jika PH bertanding). Ini ujian UMNO di Pulai dan Simpang Jeram untuk memastikan pengundi mereka memberi undi tanpa berbelah bahagi,” katanya.

Bagaimanapun, kata Dr Yusri, tinjauan Ilham di lapangan menunjukkkan jentera UMNO dan PH bekerjasama dengan baik.

Cuma katanya, semua itu hanya akan menjadi benar benar benilai sekiranya calon yang mereka bantu menang dalam PRK kali ini.



KATA ZALIM TAPI TIADA BUKTI APA YANG ZALIM

 

Lebai dan walaun sibuk kata Kerajaan Perpaduan ni zalim. Tapi kalau tanya secara detail apa kezaliman kerajaan, mereka tak boleh nak jawab.

Iyalah, takkanlah minta jutawan bantu petani miskin tu zalim? Lawan rasuah, selamatkan duit negara pun zalim? Tak masuk akal begitu kan?

Sebenarnya DS Anwar ni zalim di mana lebai cuma sebab tak lantik Hadi jadi Duta Khas. Itu je. Kalau DS Anwar bagi Hadi jawatan duta khas atau yang setaraf dengannya, baik la kerajaan ini.

Lebai ni bukan ada matlamat pun selain kuasa. Dah dapat kuasa pun tak tahu nak buat apa. Bayangkan dia jadi menteri air, tapi masalah air di negeri yang dia tadbir pun tak boleh nak selesai?

Lebai kata kerajaan ini zalim sebab tak dapat laba dari kerajaan ini. Walaun pula ikut je cakap lebai. Tak berfikir pun. Walau dia sendiri tak percaya pun dia sokong juga sebab lebai yang kata. Sebab tu kita gelar dia walaun. Guane boh?

Raja Gelap



DUSUKI. TANGGUNGLAH DOSA MEMFITNAH KE AKHIR HAYAT.



Syarif Al- Yahya.


Dasuki ko tanggung lah dosa fitnah itu hingga akhirat

Ulamak suu kan terjun 70 thn awal ke neraka berbanding penyembah brhala..

Ulama suu juga kedua teramai di neraka bawah selepas wanita ..



Pak Lang Pak Teh.


 Boleh tengok berapa ramai yang view dan like fitnah dia. Tu belum kira yang share lagi.

Rosak umat Islam disebabkan ularmak sebegini.








ADA APA DENGAN 9.9 - SEBENARNYA IANYA HANYA UNTUK NAK MENIPU PENGUNDI YANG MUDAH DITIPU





Dah kenapa pulak 9.9 ni kerajaan perpaduan akan runtuh? Ada apa? Takkan Shopee sale boleh buat kerajaan runtuh?


Owh... Sebab PRK Pulai ke? Lor... Sebelum ni kata lepas PRK kerajaan akan bertukar. Puas dah orang jelaskan PRK tu untuk negeri. Takde kena mengena dengan kerajaan pusat pun. Tapi degil.


Ni PRK Pulai pulak. Memanglah ini parlimen tapi cuma 1 (SATU) kerusi. Kerajaan Perpaduan ni ada 147 kerusi selepas ditolak Pulai. Kalau PN menang pun, status quo. Tak berubah apa pun.


Apa? Kalau PH kalah, boleh jatuhkan Zahid lepas tu boleh buat BN keluar Kerajaan Perpaduan? Kenapa Zahid pulak yang kena? Yang bertanding nanti calon Amanah. Apa kaitannya dengan Zahid?


Lagipun, sekarang dah ada akta lompat parti. Tak boleh nak lompat sesuka hati macam dulu. Kalau lompat juga, hilang kerusi. Kumpul kumpul SD tu semua dah tak main dah. Tak laku.


Kalau nak jatuhkan PMX, cuma di parlimen melalui undi tak percaya. Masa baru-baru DS Anwar jadi PM dulu kan ada buat undi percaya. Masa tu MP PN tak pula mengundi. Sekarang nak meroyan.


Cukup-cukuplah. Berhentilah berkelakuan begitu. Jadi manusia pula. Biarlah kerajaan stabil supaya ekonomi dapat berkembang semula. Kalau teringin sangat nak jadi kerajaan, tunggu PRU16.


Tapi tu la. Mahiaddin, Hamzah dan ramai lagi tak yakin mereka sempat jumpa PRU16. Mereka yakin masa tu dah duduk penjara. Sebab tu menggelupur sangat nak rampas kerajaan sekarang.


PAS pun, lepas SPRM mula siasat dana judi, terus pujuk UMNO nak hidupkan balik MN. Sebelum ni bukan main lagi kutuk UMNO. Ketakutan ke? Nak rampas kuasa sebab nak tutup kes ke?


Mereka yang sibuk nak tukar kerajaan sebenarnya pengkhianat rakyat sebab rosakkan ekonomi. Juga menderhaka kepada titah YDP Agong dan Raja Raja Melayu. Tak usahlah hina diri sampai begitu sekali. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


HADI- APA DIA TAK KATA PADA SETERU POLITIK DIA. MOGA KAFARAH MENEMUI KAMU.




 Begini pun walaun masih tak nampak lagi? Sebelum ini apa yang tak dikatakan tentang Mahathir? Malah Hadi pernah kata Mahathir layak jadi doktor di Klinik 1Malaysia je.


Tapi tengok sekarang, dia tatang Mahathir macam apa. Tiba-tiba Mahathir baik. Sebelum ni Mahathir halang peruntukan ke Kelantan. Tiba-tiba sekarang Mahathir suci.


Inilah hipokrasi level tertinggi. Nampak jelas yang PAS tak pernah tetap pendirian. Tiada perjuangan. Matlamat mereka cuma nak kuasa. Apa pun harga mereka perlu bayar, termasuk meranap integriti sendiri pun mereka akan buat. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


BELI ROKOK BOLEH...BELI BERAS BERKIRA...ROKOK MURAH RM9- ROKOK MAHAK 19 SEKOTAK....YANG BELI ROKOK MURAH HENTILAH MEROKOK.

 

Walaun cuba nak cetuskan provokasi tentang harga beras, tiba-tiba gambar harga sebelah kiri skali tu ada ja beras murah. Dah kantoi penat nak pusing.




Walaun cuba nk cetuskan provokasi tentang harga beras, tiba2 gambar harga sebelah kiri skali tu ada ja beras murah. Dah kantoi penat nk pusing.

APA KEPERLUAN PAS JUMPA ORANG YANG HILANG DEPOSIT- PAS TAK HORMAT MUHYIDDIN








MOHD AFFENDI ABAS

Bulan 8 gagal! Ni meeting untuk bulan 9 kot? Kalau dah Allah SWT x izinkan tu.. Jangan mimpilah nak jadi kenyataan!

Yang jadi kenyataan hanyalah PNyatuan PNyaCow², PNyamun² & PNgkhianat sesama sendiri dalam satu Perikatan!

#PNipu

#TebukAtap

#KeranaNak

#SelamatkanDiri

#DariDidakwaDiMahkamah

 

Johor penebat budaya ekremisme, radikalime - Fadhlina




 Gelombang hijau diharap tidak akan melepasi sempadan Johor berikutan budaya rakyat di negeri itu yang berfikiran lebih bijaksana dan realistik.


Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Fadhlina Sidek berkata, Johor sebagai kubu kuat UMNO-BN dan separuh pengundinya menyokong Pakatan Harapan (PH) seharusnya tidak mempunyai masalah memberi kemenangan kepada dua calon PH dalam Pilihan Raya Kecil 9 September ini.


"Sebab itu saya ulang Johor mesti menjadi penebat fikrah ektremisme dan radikalisme (gelombang hijau) agar tidak sampai di Johor," katanya dalam majlis Himpunan Wanita Perpaduan Johor 2023, pagi tadi.


Selain itu, Menteri Pendidikan itu juga mengingatkan jentera Wanita PH dan BN agar tidak leka, terutama selepas banyak post mortem pilihanraya lalu menunjukkan kurangnya kempen ditumpukan kepada wanita, yang biasanya tidak berubah sokongan, menyebabkan mereka memberi undi kepada PN.


"Saya mahu puan puan ketuk pintu tiap hati wanita di Johor. Wanita di Malaysia ini ada rekod, dia tak akan pangkah orang lain


"Jadi ketuk pintu setiap rumah, pastikan undi itu milik PH dan BN. Kepung kawasan masing masing dan yakinkan mereka peluang lebih baik bersama Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.


Yuran latihan sukan akan dimasukkan dalam senarai pelepasan cukai




 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang membuat permohonan dari Kementerian Kewangan bagi memasukkan kos atau yuran latihan sukan dalam senarai pelepasan cukai.


Menterinya, Hannah Yeoh berkata, permohonan itu dibuat menerusi Belanjawan 2024 yang sekiranya dipersetujui akan memberi manfaat kepada ramai.


Tambahnya, ketika ini berdasarkan pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997, hanya pembelian alatan sukan diberi pelepasan cukai.


"Sesi libat urus bersama Kementerian Kewangan masih berjalan dan tahun ini. Kita fokus memohon untuk memberi pelepasan cukai kepada ibu bapa atau individu yang berbelanja untuk latihan sukan. Objektifnya adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat antara rakyat Malaysia.


"Kanak-kanak didorong pada usia muda untuk mengikuti latihan sukan. Ini juga akan membantu atlet kita mempunyai pekerjaan jika ramai menggunakan khidmat latihan sukan. Kita mahu melalui kaedah ini, industri sukan boleh membangun," katanya dipetik.


Program Ekspo Industri Sukan Sabah (EISS) 2023 anjuran KBS menerusi Sektretariat Industri Sukan yang dirasmikan Hannah pada Sabtu itu berlangsung selama dua hari, melibatkan penyertaan 40 pemain industri sukan dari Semenanjung dan Sabah.


Majlis itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin yang turut menyaksikan pemeteraian tiga memorandum persefahaman dalam bidang peralatan dan fasiliti sukan.


Terdahulu, Hannah dalam ucapannya berkata, Sabah terkenal dengan destinasi sukan menarik seperti selam skuba, pendakian gunung, golf dan aktiviti semula jadi lain.


Sebagai dorongan pertumbuhan industri sukan di negeri itu, beliau berkata kementeriannya telah meluluskan sebanyak RM774,000 daripada permohonan Geran Padanan Sukan kepada syarikat dan pertubuhan sukan di Sabah.

PAS SEPATUTNYA BAWA 4 MB BERTEMU PENGERUSI PN, BUKAN BERJUMPA ‘ORANG HILANG DEPOSIT’

 

Sebagaimana dilaporkan media dan gambar-gambarnya turut tersebar di media sosial, Presiden Pas, Hadi Awang semalam mengetuai rombongan pemimpin tertinggi parti itu bertemu Tun Manathir Mohamad.

Yang hadir ialah Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli, Sanusi Md Nor (Kedah), Nassuruddin Daud (Kelantan), Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu) serta Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan.

Difahamkan pertemuan selama 90 minit itu untuk membincangkan berkenaan pembangunan ekonomi di negeri-negeri yang ditadbir Pas.

Adalah dipercayai ini merupakan pertemuan kali pertama melibatkan empat Menteri Besar Pas secara serentak yang diketuai Hadi Awang dengan Tun Mahathir

Sebelum ini, di kalangan ketua kerajaan negeri Pas, yang kerap dan hampir tidak pernah tertinggal setiap kali Hadi Awang bertemu dengan Tun Mahathir hanyalah Ahmad Samsuri yang dikatakan orang paling dipercayai Presiden Pas itu.

Bagi Shukri yang menjadi Menteri Besar Perlis sejak PRU15 lalu dan Nassuruddin yang menerajui Kelantan sejak PRN baru-baru ini, pertemuan dengan Tun Mahathir ini barangkali yang pertama buat mereka.


Apa mustahaknya Hadi Awang membawa empat Menteri Besar itu bertemu Tun Mahathir?

Pernahkah sebelum ini beliau membawa empat Menteri Besar berkenaan bertemu dengan Mahiaddin Md Yasin, Pengerusi PN sendiri?

Tidakkah sepatutnya, sebelum mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir, Hadi Awang harus membawa mereka itu bertemu dengan Mahiaddin terlebih dahulu memandangkan kedudukannya sebagai Pengerusi PN, gabungan yang Pas berada di dalamnya?

Apakah dalam hal ini, bagi Pas dan Hadi Awang. Tun Mahathir yang hilang deposit ketika bertanding dalam PRU15 lepas dan tiada kaitan dengan PN, lebih penting berbanding Mahiaddin selaku Pengerusi PN?

Semalam juga, ketika pertemuan dengan Tun Mahathir itu, Hadi Awang sepatutnya bertemu dengan pihak polis Bukit Aman untuk diambil keterangannya berhubung ucapannya yang mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan memohon soal siasat itu ditangguhkan atas alasan keuzuran.


Tetapi, dalam keuzuran dengan pihak polis itu, rupa-rupanya boleh pula bertemu dengan Tun Mahathir dengan wajah yang nampak ceria?

Mahiaddin tak penting dan polis juga tak penting, agenda apakah yang penting sangat untuk Hadi Awang bersama empat Menteri Besar Pas bertemu dengan orang hilang deposit berkenaan? – ShahbudinHusin 03/09/2023.




Ahmad Maslan: Patun & Ceramah Kelompok Di Simpang Jeram, Johor

Khalid Samad: Mereka Tak Habis Menipu Sampai Video Sambutan Sanusi Data...

(Terkini) Mat Sabu: Ucapan Penuh Ceramah Kelompok Perpaduan Di Simpang J...

ANNUAR MUSA KATA 4 SEPT ADA PENGUMUMAN BESAR! DARI 7 TINGGAL BERAPA?