JANGAN LAGI TERPEDAYA DENGAN JANJI MANISNYA


Anwar Ibrahim - Anwar bersalam dengan Mahathir di Mahkamah... | Facebook

Tun Mahathir blasted by Umno leaders for his Bersih 5 rally attendance


KAK IDA ABDULLAH


Ramai dah lupa bagaimana seorang tua berusia 93 tahun setiap malam berceramah, tunjuk dia insaf. Kita telah kagum dengan tenaga luar biasa yang kita salah tafsir sebagai ikhlas.

Berhujan berpanas menagih simpati mengguna usianya. Dia merintih "saya bukan boleh hidup lama, saya nak selamatkan negara kita dari perompak!" Lalu kita semua tersentuh, ada yang menangis kerana dia ingin bertaubat, sdgkan sekali pun tidak terbit dari bibirnya. Hanya pernah berkata, "saya minta maaf, saya buat salah pilih Najib. Saya terhutang budi kepada bapa dia!"

Lakonannya amat meyakinkan. Skrg rasa akibatnya? Kita juga akan terus tergoda dengan lakonan lemah lembut dan airmata mereka yg sarat dengan agenda. Kita bukan Nabi, tak ada ilmu kasyaf, tapi kita juga diingatkan apabila memberi kepercayaan janganlah 100% selain dari Allah.

Apakan daya emosi kita mudah disentuh, sehinggalah ia terjadi kepada kita, barulah pengalaman pahit menjadi guru yang

terbaik

. Sementara itu, janji-janji palsu akan terus ditabur, emosi kita akan terus dicatur, dikeliru sehingga tidak dapat membuat keputusan yang tepat hanya mengikut yang teramai, kerana takut tertinggal.

Yang mengikut Nabi s.a.w. tak ramai. Sungguh sedikit yang mensyukuri nikmat iman dan Islam sehingga terpaksa mengasingkan diri untuk terus berpaut dengan tali Allah.

Wallahu'alam.

 

DAP WPKL tawar khidmat pro bono pada aktivis protes #KeluardanLawan

 

oleh Ghafar NS

Pasukan guaman DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedia memberi khidmat pro bono kepada tiga aktivis Sekretariat Solidariti Rakyat yang dikenakan kompaun RM2,000 setelah menyertai protes #KeluardanLawan pada Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata kompaun yang dikenakan ke atas tiga aktivis tersebut adalah tidak wajar dan disebabkan itu DAP WPKL sedia menawarkan khidmat untuk mencabar kompaun ini di mahkamah.

Sebab denda kompaun yang dikenakan disifatkan sebagai perkara tidak demokratik dan tidak munasabah:

  1. “Flash mob” yang dijalankan kumpulan tersebut bersifat himpunan aman dan tidak mengganggu orang awam.
  2. Prosedur operasi standard (SOP) PKP serta jarak sosial mereka terjaga dan dapat dilihat melalui gambar-gambar mereka.
  3. Rakyat berhak dan bebas untuk menyuarakan pendapat atau menyertai himpunan aman, selagi SOP dipatuhi.

“Rintihan masalah dan keluh kesah rakyat tidak dapat diutarakan dan dibincangkan kerana Parlimen ditutup.

“Oleh itu, protes ini dilihat sebagai salah satu cara yang boleh memastikan suara rakyat didengari.” Tambah Lip Eng dalam kenyataannya hari ini.

Beliau juga berkata khidmat guaman pro bono ini ditawarkan kepada para aktivis berkenaan adalah bagi memastikan tiada layanan dua darjat dikenakan ke atas mereka.

“Rakyat tidak puas hati dengan layanan diberikan kepada golongan Menteri dan wakil pihak kerajaan apabila mereka didapati melanggar SOP.

“Kertas siasatan dibuka dan perbincangan penghukuman dilanjutkan dengan lamanya, sehingga akhirnya saman yang mereka dapat juga jumlahnya sedikit jika hendak dibandingkan dengan rakyat biasa yang disaman kerana melanggar SOP,” katanya.

Tambahnya juga, tiada sebab untuk rakyat dihukum atas hak mutlak mereka bersuara atas kegagalan kerajaan, lebih-lebih lagi apabila dapat dilihat bahawa SOP dipatuhi dengan ketat.


PATUT LAH,KERANA TAKUT DITANYA DIMANA 20 JUTA DERMA RAKYAT

 


RAZ ROY

Hah!!.. Patut lah merapu meraban puok ngo ni, rupanya takut kena tanya mana gi derma RM20 juta. Tu baru satu ngo, aman Palstin dulu beratus juta senyap tanpa audit, pas tahun ni saja 17juta, sedangkan dh bertahun mereka berlakon atas nama derma jihad. Kemana semua tu? Sangup ke maraih keuntungan dari kesesaraan rakyat Palstin?... Harap rakyat ganu jgn jadi bodoh lah, pacak bendera palstin penuh pagar rumah kau ingat isr4il takut ke dgn semangat jihad munafik sek mung tuh!!??.. Venggongg!!


May be an image of 1 person, sitting and text that says "LIVE 302k"

Jangan buat lockdown secara ‘borong’ lagi

 

Oleh Roketkini

Kerajaan digesa tidak lagi membuat ‘lockdown secara borong’ bagi mengelakkan rakyat daripada terus menderita, tegas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua.

Beliau berkata, kerajaan sebaliknya perlu menggunakan sains dan data bagi mengawal pandemik Covid-19 dalam bidang ekonomi.

Menurutnya, ia boleh dilakukan dengan memberi status quo kepada setiap perniagaan dan seterusnya memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) mengikut risiko.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini hanya tahu satu cara sahaja atau ‘one-trick pony’ iaitu lockdown. Ada masalah tutup semua, ada masalah tutup semua.

“Tetapi secara jelas kita lihat hari ini, bagaimana ketat pun ditutup kalau penularan virus di luar sudah banyak, ia tidak dapat dikawal secara lockdown sahaja,” katanya.

Tony menambah,  premis-premis perniagaan yang berisiko tinggi perlu diperketatkan SOP mereka agar jangkitan Covid-19 menurun.

“Janganlah kita tutup restoran-restoran kecil di mana jangkitan kurang namun kena tutup berbulan-bulan yang mengakibatkan masalah ekonomi hari ini,” katanya.

Jelasnya, status risiko setiap aktiviti atau perniagaan perlu dikaji sebelum sebarang tindakan seterusnya dilakukan.

Melihat ke hadapan, beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata, kerajaan perlu menjalankan ujian Covid-19 dengan lebih banyak  supaya kadar positif boleh diturunkan kepada kadar lima peratus.

Beliau berkata, jumlah ujian perlu digandakan iaitu daripada 120,000 kepada 240,000 setiap hari supaya jumlah kes yang tidak diuji dapat dikawal agar hospital tidak sesak sepertimana berlaku sekarang. 

Sementara itu, beliau turut membangkitkan isu kelewatan ketibaan vaksin Covid-19 ke Malaysia yang dilihat menyerlahkan kegagalan Kerajaan PN.

Beliau berkata demikian dalam program dalam talian kelmarin bertajuk ‘Krisis Covid-19: Kerajaan Gagal’ yang turut disertai Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii dan Pengarah Komunikasi Research For Social Advancement (REFSA), Raja Ahmad Iskandar Fareez dengan Thulasi Manogaran sebagai moderator.

ISLE TERBELAKAH DI BAWAH KERAJAAN MELAYU ISLE

 

HAMZAH RIE NA


May be an image of 3 people and people standing

Ramai yang bangga dahulu bila din rampas kuasa, termasuk orang-orang PH  yang akal separuh tiang.

Kata mereka alhamdulilah melayu Islam yang tadbir. Negara ini akan dilimpahi rahmat Allah.

Negara ini bakal diberkati seperti negara jiran yang kaya minyak tu. Sebab Islam akan terbela.

Persoalannya sekarang, betul ker terbela atau teraniaya? Apa yang paling kejam bilamana undang-undang  ada 2 darjat. Apa yng paling kuku besi, untuk sujud kpd Allah dilayan seperti penjenayah most wanted?

Terbelakah Islam dan melayu dibawah PN?


Kajian buktikan vaksin AstraZeneca, Pfizer berupaya lawan varian Delta

 

Agensi
Kajian buktikan vaksin AstraZeneca, Pfizer berupaya lawan varian Delta
Dua dos vaksin COVID-19 Pfizer atau AstraZeneca hampir sama berkesan terhadap varian Delta seperti mana ia berkesan terhadap varian Alpha. - Foto REUTERS
LONDON: Dua dos vaksin COVID-19 Pfizer atau AstraZeneca hampir sama berkesan dalam melawan varian Delta seperti mana ia berkesan terhadap varian Alpha, lapor agensi berita Reuters yang merujuk kepada kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine.
Bagaimanapun kajian itu menyatakan vaksin itu tidak cukup berkesan untuk memberikan perlindungan yang tinggi dengan hanya satu dos suntikan.
Kajian itu mengesahkan penemuan yang diterbitkan Public Health England (PHE) pada Mei lalu tentang keberkesanan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech dan Oxford-AstraZeneca, berdasarkan data dunia nyata.
Kajian itu turut mengesahkan dua dos Pfizer berkesan untuk mencegah penyakit simptom dari varian Delta sebanyak 88 peratus, berbanding 93.7% terhadap varian Alpha, secara umum sama seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Dua dos vaksin AstraZeneca berkesan mencegah simptom varian Delta sebanyak 67 peratus, meningkat daripada 60 peratus yang dilaporkan sebelum ini, dan 74.5 peratus berkesan terhadap varian Alpha, berbanding dengan anggaran keberkesanan sebelum ini 66 peratus.
PHE sebelumnya mengatakan bahawa dos pertama dari salah satu vaksin adalah sekitar 33% berkesan terhadap penyakit simptom dari varian Delta.
Kajian penuh yang diterbitkan pada hari Rabu itu mendapati bahawa satu dos suntikan Pfizer adalah 36% berkesan, dan satu dos vaksin AstraZeneca sekitar 30% berkesan.

BAHANA AKIBAT CURANG

 


Terpisah dengan suami akibat PKP, isteri curang dicekup edar dadah bersama kekasih




Dadah jenis heroin, syabu dan pil Eramin 5 dengan dianggarkan bernilai RM6,000,yang dirampas dari kedua-dua suspek.

PETALING JAYA: Seorang wanita yang sudah lama terpisah dengan suaminya akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bukan sahaja bertindak curang, malah mengedar dadah bersama kekasihnya.

Kecurangan ibu beranak dua berusia 30 tahun itu terbongkar apabila dia diberkas bersama kekasih berumur 32 tahun di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru, Melaka, jam 11.10 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Zulkiflee Rashid berkata, ketika serbuan, polis menemui lapan paket lutsinar mengandungi dadah bersama suspek.

“Kesemua peket dipercayai berisi dadah jenis heroin seberat 89.18g itu ditemui di dalam salah sebuah bilik di rumah suspek lelaki.

Suspek wanita yang juga ibu dua anak berusia berusia 30 tahun dan kekasihnya berumur 32 tahun ditahan di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru, Melaka, jam 11.10 malam tadi.

“Pasukan polis turut menemui tujuh peket plastik syabu seberat 12.15g, enam biji pil Eramin 5 dengan anggaran keseluruhan bernilai RM6,000,” katanya menurut laporan Kosmo.

Tambahnya, beberapa alatan digunakan untuk menghisap syabu dan alat penimbang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah turut dirampas.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dipercayai aktif mengedar di kawasan setempat sejak sebulan lalu dan menjadi rumah sewa berkenaan sebagai tempat untuk membungkus dadah.


JANGAN BUAT SIDANG PARLIMEN BAZIR MASA


KES SYED SADIQ: PELABUR LARI PENDAKWAAN BERASASKAN POLITIK


KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM

 Kenyataan Media

22 Julai 2021


Saya terpanggil untuk menyatakan pendirian berhubung pendakwaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas YB Syed Saddiq yang berbentuk ancaman politik di mana saya dan rakan-rakan lain turut bangkitkan mutakhir ini. 


Untuk memungkinkan negara hukum (rule of law), undang-undang mesti dikuatkuasakan secara objektif. Bilamana politisi atau individu-individu yang rapat dengan koridor kuasa boleh bebas tanpa hukuman manakala pemimpin-pemimpin pembangkang serta pendukung mereka diajukan dengan pelbagai pendakwaan terpilih, maka ternyata aspek penegakan hukum di negara ini telah rosak.  


Babak terkini ini terus merobek kepercayaan dan keyakinan para pelabur terhadap Malaysia dalam keadaan negara hari ini yang kelam dan haru biru dengan ketidakabsahan pemerintah.  


Ia menggambarkan bahawa betapa badan atau jabatan penguatkuasaan hanya mengikut telunjuk politik, dan ini perkembangan yang tidak baik buat negara kerana ia secara tidak langsung memberi isyarat kepada bakal-bakal penjenayah untuk mencipta hubungan yang lebih dekat dengan orang-orang politik yang berkuasa bagi mendapat perlindungan dari pendakwaan. 


Setiap kali sidang Parlimen semakin mendekat, kerajaan ini akan menggunakan atau memperalat apa saja aparat yang ada untuk membuli ahli-ahli Parlimen, berkemungkinan kerana gentar sekiranya undi tidak percaya dilangsungkan. Usaha-usaha jelek ini akan berterusan tanpa henti selagimana mereka masih lemah dan tidak punya majoriti yang cukup di Parlimen. 


Saya juga telah dimaklumkan oleh beberapa ahli-ahli Parlimen bahawa pemerintah turut menggunakan rasuah dan ugutan untuk mendukung kerajaan gagal mereka dengan kedudukan dan perlindungan dari pendakwaan sebagai habuan. 


Masa dan ketika tatkala YB Syed Saddiq didakwa ini sangat membingungkan dan menampakkan wujudnya salahguna kuasa. Saya menggesa agar siasatan mesti dijalankan dengan telus dan profesional. Saya turut mahu beritahu pemimpin-pemimpin PN termasuk Perdana Menteri untuk hentikan salahguna kuasa serta terima hakikat secara bermaruah bahawa dukungan terhadap mereka semakin berkurangan di Parlimen. 


ANWAR IBRAHIM


Kredit foto: BH



YB Syed Saddiq! DEDAH PENDAKWAAN YANG SANGAT PELIK!

Kenapa PM Muhyiddin Masih Belum Tumbang?

LEPAS EBIT LEW DEDAH SEGALANYA, SEKALI SAIFUL APEK PULA BERSUARA BUAT R...

PEMBOHONG

 May be a meme of ‎1 person and ‎text that says "‎5:35 79 Mungkin letih punca suntik 'picagari kosong', kata timbalan menteri له T‎"‎‎



ZULAIFA RAHMAN


alasan yang karut !! dalil mabuk ketum utk perbodohkan rakyat..tapi

 diri sendir(PNSial) yang sebenarnya bodoh kronik.!! bila jadi

 pengkhianat  menipu pun terkial-kial tanpa fakta yang munasabah!!


Ebit Lew serang balas, persoal mana sumbangan RM20 juta rakyat Malaysia

 


Panas! Ebit Lew serang balas, persoal mana sumbangan RM20 juta rakyat Malaysia

Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin.

Ebit Lew dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di Instagramnya tadi berkata, dia tidak membawa duit sesiapa daripada kutipan tabung kerana pihak tidak pernah membuka sebarang tabung Gaza.

“Saya pergi sana dengan duit saya sendiri dan tidak pernah buka satu tabung pun untuk ke Gaza, Palestin. Saya pergi dengan duit saya bersama sahabat yang sangat rapat dengan saya dan juga ada beberapa rakan di Facebook yang menyumbang.

“Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?

“Saya yakin dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit ada bukti?,” katanya.

Ebit juga menjawab persoalan yang dibangkitkan Muhammad Nadir Al-Nuri mengapa pihaknya membeli barang keperluan di Cairo, Mesir, di mana katanya persoalan itu sepatutnya tidak dibangkitkan kerana satu-satunya NGO dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

“Sebenarnya soalan ini tidak patut wujud, kerana satu-satunya NGO yang dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

“Hal-hal bantuan memang melalui persatuan Bulan Sabit Merah Mesir. Saya beli barang perubatan empat lori di Mesir, semua sudah masuk. Di Gaza juga saya ada beli barang sumbangan. Saya guna juga duit saya beli barangan di Mesir,” katanya.


Semakin dekat sidang Parlimen, wakil rakyat pembangkang dibuli

 


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung dua pertuduhan pecah amanah berjumlah lebih RM1 juta terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Presiden PKR yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berpendapat PN mengeksploitasi kuasa untuk menakutkan pihak pembangkang menjelang sidang Parlimen minggu depan.

“Setiap kali sidang Parlimen semakin mendekat, kerajaan ini (PN) akan menggunakan atau memperalat apa saja aparat yang ada untuk membuli ahli-ahli Parlimen, berkemungkinan kerana gentar sekiranya undi tidak percaya dilangsungkan,” tegasnya.

Menerusi kenyataan hari ini, beliau menyifatkan pendakwaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Syed Saddiq sebagai berbentuk ancaman politik seperti yang dibangkitkan oleh beliau dan pembangkang mutakhir ini.

Anwar berpendapat aspek penegakan hukum di negara ini telah rosak apabila ahli politik yang rapat dengan kerajaan boleh bebas tanpa hukuman manakala pemimpin-pemimpin pembangkang serta pendukung mereka dikenakan dengan pelbagai pendakwaan terpilih.

“Babak terkini ini terus merobek kepercayaan dan keyakinan para pelabur terhadap Malaysia dalam keadaan negara hari ini yang kelam dan haru biru dengan ketidakabsahan pemerintah.

“Ia menggambarkan bahawa betapa badan atau jabatan penguatkuasaan hanya mengikut telunjuk politik,” tegas Anwar lagi.

Untuk rekod, Syed Saddiq yang juga Pengasas bersama Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hari ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah berjumlah lebih RM1 juta.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang parti politik ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


AKHIRNYA EBIT LEW BUKA BICARA

[TERKINI] Ebit Lew beri penjelasan mengenai fitnah terhadapnya

RAKYAT DEGIL KERANA MENTERI LANGGAR SOP. MENTERI BOLEH BEBAS..KAMI TIDAK BOLEH..


Antara Menteri yang didakwa melanggar SOP termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, Menteri Hal Ehwal Agama (jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad, dan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Malah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah dilihat oleh seorang warganet seorang melanggar SOP dengan memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, pada bulan lalu.

PAS PEROSAK "IMEJ ISLAM" DALAM NEGARA MALAYSIA | Dato' Mahfuz Omar



PEMBOHONG KUAT


Lihatlah gelagat pimpinan Pas ketika ini. Mereka menggunakan segala macam dalil untuk "menghalalkan" perkara yang mereka sendiri katakan salah ketika menjadi pembangkang dahulu.

‘TH jahanam kerana orang politik’, Anwar juga tak setuju kawal selia BNM


PENYAMUN MENCURI, WALAUN DAN WLAUNCAI SIBUK MEMFITNAH TABUNG HAJI DENGAN BERBAGAI ISU. AKHIRNYA NAK MELINGKUP......PENYAMUN DIAM DAN PEMFITNAH SOROK DALAM TEMPURUNG.


 


Anwar Ibrahim berpendapat Lembaga itu perlu dikemudi oleh individu yang bebas daripada kawalan mana-mana parti politik.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) pincang kerana campur tangan orang politik yang mempunyai kepentingan peribadi.

Presiden PKR itu berpendapat Lembaga TH itu perlu dikemudi oleh individu yang bebas daripada kawalan mana-mana parti politik.

“Mustahil tidak ada orang yang layak mengurus TH dalam kalangan jutaan orang Islam. Tiadakah yang boleh urus dengan baik tanpa campur tangan politik?” katanya pada sidang media di Facebook.

“Yang menjadi jahanam institusi ini campur tangan orang politik. Keluarkan orang politik daripada pengurusan TH, selamatkan wang rakyat,” tambahnya.

Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan segera perlu diambil jika Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendapati berlakunya salah urus dalam pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji.

Kerajaan pada 14 Julai bersetuju untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat isu berbangkit, merangkumi hasil pengauditan perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY), dan Roland Berger dari 2014 hingga 2020.

“Kalau ada yang salah berdasarkan beberapa laporan polis, ambil tindakan. Tetapi lantik pengurus yang mampu kendalikan dengan baik,” kata Anwar.

“Ini sesetengah orang yang cakap bergegar-gegar soal pertahan hak Islam dan marah kalau wang TH disalah guna dan sekarang pun kelu membisu.”

Anwar bagaimanapun tidak bersetuju dengan langkah meletakkan TH di bawah kawal selia BNM kerana bank pusat itu bertanggungjawab mengurus sistem kewangan, sedangkan TH mengurus dana orang Islam untuk mengerjakan haji.

Kerajaan pada 18 Julai bersetuju untuk menyenaraikan TH sebagai institusi kewangan Islam di bawah Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan komited mengangkat TH sebagai “syarikat pelaburan berkaitan kerajaan” di peringkat global.

Tambahnya, pendekatan yang sama telah diguna pakai dalam mengawal selia institusi kewangan pembangunan seperti Bank Simpanan Nasional dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

“Oleh yang demikian, cadangan rangka kerja pengawalseliaan oleh BNM ke atas TH akan disesuaikan berdasarkan ciri-ciri dan risiko model perniagaannya, iaitu ‘fit-for-purpose regulation’, tidak semestinya sama dengan institusi perbankan lain,” kata Tengku Zafrul.

MENDAPAT HABUAN KERANA KURANG AJAR DAN TUNJUK SAMSENG : Lelaki didakwa tak pakai pelitup muka, bercakap kesat di gerai nasi lemak

 

J Shyamalan (bersinglet hitam) ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah gerai nasi lemak di Taman Desa, Kuala Lumpur Ahad lalu. (Gambar Facebook Lyn Centino)

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam lima hari lalu.

J Shyamalan, 33, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah gerai nasi lemak di Jalan Desa Bakti, Taman Desa, Kuala Lumpur, kira-kira 10.30 pagi 18 Julai lalu.

Dia didakwa di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 kerana gagal mematuhi SOP Covid-19.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM50,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.

Majistret Wong Chai Sia menetapkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.

Di mahkamah sama, Shyamalan turut mengaku tidak bersalah kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Cherrilyn De Centino di tempat dan masa sama.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Wong menetapkan tambahan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin.

Peguam John Das mewakili tertuduh, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar.

Majistret menetapkan kedua-dua kes disebut pada 24 Ogos ini. Tertuduh dibebaskan selepas membayar wang jaminan itu.

Satu laporan polis dibuat selepas tertuduh kerana memarahi penjual nasi lemak dan seorang pelanggan yang memintanya memakai pelitup muka.

Dalam satu klip video tular, tertuduh yang memakai singlet hitam dan berseluar pendek dilihat mencemuh seorang lagi pelanggan berbaju jingga supaya menghubungi polis bagi melaporkan dia tidak memakai pelitup muka.

Selasa lalu, polis mendapatkan perintah reman dua hari terhadapnya sebelum dia didakwa dengan dua pertuduhan hari ini.

ISLE TERANCAM NIH....MANA WALAUN WALAUNCAI..WALAUNTIT.....ISLE TERANCAM NIH...WOIIII...ISLE TERANCAM

 May be an image of ‎2 people, people standing and ‎text that says "‎三ョミ ت LOKAP POLIS VKAP OUS mStar FOLLOW SEMASA Langgar SOP, 49 jemaah solat sunat Aidiladha ditahan JULY 21, 2021 AT 12:23 PM SERAMAI 49 lelaki ditahan atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana menunaikan solat sunat Aidiladha di Taman Pelangi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Selasa.‎"‎‎


HAMZAH RIE NA


Korang lebai jangan ingat kami nak lepaskan korang dengan kehangatan isu pejuang-pejuang ummah nih.

Woiiii mana pejuang mujahid cyber Pas korang ok ker pasal marhaen ditangkap, digari, disarung baju oren dan berkaki ayam mcm lakukan jenayah berat. Tetapi sebenarnya langgar sop solat Aidil Adha sahaja.

Sedangkan kenduri durian oleh pemimpin2 pn tu lagi besar punya lahabaunya. Seronok seronok kenduri durian. Berduka ria. Ok ker bai? Islam Tak terancam ker bai?

 

Apakah jihad yang paling sukar untuk Kita semua tewaskan, dari sudut pandang Baginda Rasul saw?

Jihad melawan hawa nafsu adalah Jihad terbesar menurut Rasulullah saw. Terutama diakhir zaman ini dgn segala godaan harta benda dan wang ringgit.

Bila geng pejuang ummah bergaduh, kakak terus teringat satu peristiwa. Kakak terpaksa letak nama samaran demi kemaslahatan persahabatan.

Memandangkan beliau pun berada didlm list saya. Tapi kakak dah minta izin utk menulis throw back ini.

Kami sama umur, saya dan kawan saya satu Hari ambil keputusan utk belajar mengaji.

Kebetulan guru mengaji ni berlainan jantina, tetapi bila mengaji ibu ayah kawan saya selalu ada tapi Tak lah dekat2 sangat.

Kadang2 diruang atas kadang2 didapur. Saya paling banyak ponteng, sebab waktu tu saya Masih baru mulakan kerjaya saya sebagai pramugari.

Satu Hari kawan saya si eton cerita pada saya, yg dia Tak nak mengaji dah. Saya marah pada dia, sebab Tak tahu cerita.

Bila kawan saya cerita apa terjadi, saya tergamam dan sokong tindakkan kawan saya itu. Saya suruh dia cerita dgn mak ayah dia, kawan saya cakap MUSTAHIL MAK AYAH ATAU ORANG PERCAYA orang alim mcm tutttt tu meraba raba tangan saya.

Saya ni siapa, Tak berjubah Dan tak bertudung. Sekarang baru saya faham. Jom kita lihat dan kaji beberapa ulamak muktabar yg tersesat akibat pentadsub2 mereka. Sehingga mereka menjadi bongkak Dan sombong sehingga mencipta agama baharu kerana menganggap agama Allah ini tidak sempurna buat mereka.

Jgn manipulasikan article ini. 

KHIANAT MAHATHIR SEPANJANG HIDUP

 

HAMZAH RIE NA

Berapa ramai laaaaa atok ni menikam belakang orang yg menjadi kayu peyokong dia agaknya.

Nak naik punya pasal mcm2 DRAMA atok saka ni buat dari dulu sampai lah la niiiii.

Rasa2nya apalah kesudahan hidup atok ni. Kakak nak tengok sangat2. Minta Allah makbulkanlah.

 May be an image of 1 person and text that says "'Mahathir khianati saya' MUKADIMAH ERIKUT luahan hati Perdana Menteri pertama yang juga Bapa Kemerdekaan negara. Allahyarham Tunku Abdul Rahman terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang boleh dükuti menerusi video https://www.youtube.com/ wotch?vBnSgROwFDBQ Krisis hubungan antara Tunku dan Dr. Mahathir yang sebelum tu adalah rahsia, terdedah apabila ditulis oleh Dr. Mahathir kepada pertengahan 1969 tersebar luas dalam kalangan rakyat. Bagi Tunku sendir surat Dr Mahathir kepadanya itu ABDUL RAHMAN"