KISAH BAGAIMANA PERUBATAN ALTERNATIF MEMENANGI KES

 MAN TOBA

Biasanya puak2 farmasi yg anti dengan perubatan2 alternatif nih. Pasal depa taknak jualan ubat ubatan mereka terjejas. Siapa sangka, depa siap upah beberapa org doktor lagi untuk tujuan nak kecam musuh2 mereka.

Contoh ubat dari carnabis. Berkesan merawat barah. Terbukti pesakit2 barah sembuh. Namun puak2 farmasi ini buat propaganda macam2 untuk pemimpin negara halang dari dipergunakan dinegara kita untuk tujuan ubat2tan.

Begitu juga isu rokok. Perokok2 terbukti bol3h berhenti merokok dengan bertukar jadi penguna vape. Bermacam2 helah mereka sebar untuk memburukkan pengunaan vape ini. Bukan apa, perokok yg merokok, bila sakit akan cari ubat2 farmasi, bila ramai penguna vape, maka makin berkurang pesakit akibat merokok.

Ini antara contoh2 yg membuktikan bahawa puak2 cukong kaya menguasi perniagaan ubat cuba mendominasi pasaran dengan menutup jalan2 perubatan alternatif.

 Image may contain: 2 peopleNo photo description available.

Image may contain: 1 person, standing and indoor

Image may contain: text that says "8:56 AM MySejahtera Check-In Terima Kasih Pendaftaran anda berjaya! Maklumat Check-in Lokasi LOBI MAHKAMAH SESYEN DAN MAJISTRET KAJANG Nama Asiah Abd Jalil No. Telefon Tarikh Dec 18, 2020 Masa 8:56:19 AM Risiko Low Sila tunjukkan tiket ini kepada pemilik premis apabila diminta ESMR"

Asiah Abd Jalil

1t8 gSsDecembtehpsmornscorc rmiasrater o10d:mag2e7SS  · 

Saya menang kes saya hari ini!

Mahkamah Majistret Kajang melepaskan dan membebaskan anakguam saya dari semua pertuduhan, di akhir kes pembelaan.

Masih ingatkah anda dengan page PW?

Pada 7 Januari 2017, PW kononnya membongkar mengenai Dr.Description: 👎 Luqman dan anaknya, Cik Suha. Macam-macam tuduhan tidak benar dilemparkan.

Dr.Description: 👎 bermaksud doktor naturopati. Amalan perubatan naturopati dan ayurveda yang diamalkan oleh

Luqman Ayurveda

adalah bidang perubatan alternatif yang diiktiraf di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016.

Pada 26 Januari 2017, selepas pendedahan di page PW, pusat rawatan Luqman Herbs Centre di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi diserbu oleh pihak berkuasa farmasi. Ubat-ubat dirampas.

Selepas itu PW terus galak menyerang Dr.Description: 👎 Luqman dan anaknya, Cik Suha. Seolah-olah bila dah diserbu pihak berkuasa, confirm penipu la tu, menurut logik PW.

Pada 3 Oktober 2017, sekali lagi Luqman Herbs Centre diserbu oleh pihak berkuasa farmasi. Kali ini lebih banyak ubat dirampas.

Dr.Description: 👎 Luqman dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki ubat tidak berdaftar. Namun anakguam saya kekal berpendirian untuk tidak mengaku salah. Dr.Description: 👎 Luqman bertekad hendak membela diri di mahkamah.

Sejak 1 November 2017 ketika didakwa kali pertama, hinggalah ke hari ini, 18 Disember 2020, selama 3 tahun Dr.Description: 👎 Luqman turun naik mahkamah entah dah berapa puluh kali. Demi untuk membela diri dan menceritakan his side of story di hadapan Mahkamah Yang Mulia.

Semasa perbicaraan, anakguam saya telah memberi keterangan mengenai amalan perubatan naturopati dan ayurveda yang diwarisi dari negara India sejak zaman berzaman. Dr.Description: 👎 Luqman ialah generasi keenam dalam keluarganya yang mengamalkan teknik perubatan ini.

Hari ini kebenaran telah tertegak. Dr.Description: 👎 Luqman bebas daripada semua pertuduhan.

Manakala page PW bersama admin-admin asal yang terdiri daripada kakitangan KKM kini telah hilang lesap dari radar.

 




Agenda Grand Coalition, Kumpul 108 , Tak ada GC Pun Jumlah Sama Juga

NAK TENGOK HANTU TUNGGU PAS JADI PEMBANGKANG

 MAN TOBA

Nak tengok hantu kubur bangkit, buat la PAS jadi pembangkang balik. Sah-sah hantu-hantu  kubur nih bangkit gangu otak korang hari-hari.

Image may contain: text that says "ZAMAN PAS JADI KERAJAAN PEJUANG RUU 355 eS MANSUH VERNAKULAR HARAMKAN DONG ZONG PEMBELA TUDUNG PRAMUGARI PEMBELA ARWAH ADIB PEJUANG HAPUS JUDI PEJUANG BMF FS LAWAN PEMANDU MABUK PEJUANG HAPUSKAN UEC PEJUANG BAHASA RMRAKYAT"

GRAND COALITION - PH PERLU KUALITI BUKAN KUANTITI

Umno yang permainkan Anwar bukan Mahathir. Tapi Mahathir tetap peruntuh PH.

 

Umno yang permainkan Anwar bukan Mahathir

Umno yang permainkan Anwar bu


Bukan Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba memecah-belahkan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya ia adalah rancangan Umno yang secara jelas telah mempermainkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, Umno telah memberikan janji palsu apabila menyatakan akan bersama pembangkang dan Anwar untuk menolak Belanjawan 2021.

Bahkan katanya, Akuan Bersumpah (SD) yang dikatakan telah ditandatangani untuk menyokong Anwar, tidak lagi boleh dipercayai.

“Sekarang dah Disember, hari Anwar buat pengumuman bersama Datuk Seri Wan Azizah dan Datuk Seri Saifuddin Nasution adalah pada 23 September yang mengatakan dia sudah ada sokongan. Tiga bulan dah (umum).

“Lalu, ini bukti jelas tidak perlu kita nafikan. Anwar dipermainkan. Sikap kita kena lebih tegas terhadap Umno sebab dia telah permainkan Anwar dengan janji yang tidak dikotakan.

“Bukan Tun yang nak pecah belahkan PH, tapi Najib dan Zahid,” tegasnya dalam slot bicara bersama Jom Channel malam tadi.

Khalid dan moderator, Shaiful Roseman dalam slot bicara di Jom Channel malam tadi.

Pada masa sama, Khalid berkata, bekas Perdana Menteri itu boleh sahaja membawa beberapa Ahli Parlimen dari PH Plus untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) jika benar tujuannya mahu memecah belahkan PH.

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menyifatkan strategi mengenepikan gabungan pembangkang dan mencari sokongan pihak lawan adalah tidak wajar.

Justeru katanya, PH perlu kembali menumpukan usaha untuk mengekalkan 108 sokongan Ahli Parlimen seperti yang disaksikan di Dewan Rakyat pada 15 Disember lalu.

“Sekarang dah jelas siapa kawan siapa lawan. Tun kalau dia nak jadi Perdana Menteri, dah lama dia bawa Datuk Seri Shafie Apdal dan duduk bersama dengan Najib dan Zahid. Majoriti PN nanti bukan sekadar 113, tapi jadi 129 (majoriti ahli Parlimen).

“Formula dah ada. Tapi hakikatnya Tun tak khianat. Dia juga yang berusaha mendapatkan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan juga Ahli-ahli Parlimen Parti Sarawak Bersatu (PSB),” kata Khalid.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu juga berpendapat gabungan segmen pengundi Melayu yang menyokong Mahathir dan Anwar akan menjadikan pembangkang lebih mantap pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).


Jangkitan Covid 19 di tempat kerja: Laksanakan protokol Tindak Balas Kecemasan

 


Jangkitan pandemik Covid 19 di tempat kerja, khususnya tapak binaan semakin berleluasa dan membimbangkan.

Sususan itu, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh mahu kerajaan mencari cara berkesan menanganinya termasuk tegas menguatkuasakan Protokol Tindak Balas Kecemasan bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara pengurusan kes-kes

kecemasan sekiranya terdapat jangkitan.

"Kluster tapak binaan menunjukkan unjuran kenaikan kadar jangkitan yang tinggi. Sebagai contoh, Kluster Tapak Bina Damanlela mencatatkan hampir 3,000 jumlah kes keseluruhan setakat semalam.

"Dalam sidang Parlimen baru-baru ini, saya telah membangkitkan persoalan berkenaan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan "kongsi" binaan.

"Soalan saya pada 19 November itu telah dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menter (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusuf. Beliau menyatakan bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan meneliti dan merangka pelan menangani isu tersebut.

"Oleh itu, saya menyeru kerajaan terutamanya KPKT, KSM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tidak sekadar mengambil langkah-langkah di atas tetapi menguatkuasakan Protokol Tindak Balas Kecemasan bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara pengurusan kes-kes

kecemasan sekiranya terdapat jangkitan atau siasatan jangkitan Covid-19 pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Syed Ibrahim lagi, prosedur yang diamalkan sekarang kelihatan kurang berkesan seperti mana dapat dilihat kebelakangan ini, KPKT katanya hanya mewujudkan SOP yang dikenali sebagai Prosedur Permohonan Permit Sementara Bangunan bagi Rumah Pekerja dalam Tapak Bina.

Selain itu, kata Syed, Menteri KSM pula baru menggerakkan operasi serbuan meninjau penginapan pekerja tapak binaan. Seperti yang dilihat oleh menteri sendiri, keadaan asrama pekerja sangat daif dan lemah dari aspek pencegahan penularan wabak Covid-19.

"Kerajaan wajar memastikan majikan-majikan lebih bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja-pekerja tapak binaan.

"Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan KKM, punca merebaknya Covid-19 ialah pekerja binaan di bawah sub kontraktor berpindah daripada satu tapak pembinaan kepada tapak yang lain, apabila projek sebelum itu telah selesai (memudahkan lagi jangkitan wabak)," kataya.

Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor berkenaan menyeru langkah segera dan berkesan diambil sebelum 'nasi menjadi bubur'.

 

Gunakan automasi IR 4.0 atasi kekurangan pekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur

 

Kekurangan tenaga kerja rakyat tempatan di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) telah menjadi isu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Isu itu semakin genting berikutan arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mulai 1 Januari 2021 hanya pekerja tempatan sahaja dibenarkan bekerja di sana.

Bagi mantan Timbalan Menteri Pertanian, Sim Tze Tzin, arahan DBKL itu menyukarkan peniaga-peniaga di PBKL berikutan rumitnya mencari buruh tempatan untuk bekerja dalam sektor 3D (Dirty, Difficult and Dipandang rendah) dalam masa yang singkat.

Katanya, jika peniaga di PBKL tidak berjaya mencari buruh dalam masa ditetapkan maka mungkin akan berlaku gangguan bekalan di pasaran kerana PBKL membekalkan sebahagian besar ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan di Lembah Kelang.

"Saya menyeru DBKL mempertimbangkan semula perintah ini dan memberi ruang secukupnya kepada para peniaga.

"Saya juga menyeru DBKL berbuat sesuatu yang konstruktif membantu peniaga, bukan hanya mengenakan pelbagai perintah dan kawalan.

"Perintah DBKL ini mungkin akan menjejaskan sedikit sebanyak bekalan makanan dan seterusnya menjejaskan food sekuriti kawasan Lembah Kelang. Pada saat-saat hujung tahun dan menjelang perayaan Tahun Baru Cina, harga makanan mungkin akan naik," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Sim, sekiranya DBKL bertegas juga untuk menggunakan tenaga kerja tempatan beliau mencadangkan agar DBKL berfikir di luar kotak bagi menyelesaikan masalah.

Sim mencadangkan agar DBKL memperkenalkan automasi bagi mengurangkan tenaga buruh di PBKL serta membolehkan gaji pekerja yang mengendalikan mesin memunggah barang-barang ditingkatkan. Bukan dilakukan dengan 'kederat' dan 'tulang empat kerat' seperti sejak 60 tahun lalu.

"Saya perhatikan pekerja yang memunggah sayur-sayuran masih menggunakan cara manual seperti zaman sebelum Merdeka. PBKL masih dalam tahap industri 1.0.

"Dalam era industri 4.0 (IR 4.0), PBKL perlu dimajukan kepada tahap 4.0. DBKL boleh menaiktaraf pemunggahan sayur-sayuran dengan mekanisasi dan automasi. Penggunaan teknologi ini akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga pekerja.

"Segala keluar masuk sayur-sayuran boleh didigitalisasikan menggunakan sistem IR 4.0. Ini akan mempercepatkan kerja-kerja rekod dan menjamin kesegaran sayuran.

"PBKL telah di takuk lama sejak tahun 1980-an. Selama 30 tahun, tiada naiktaraf, pembesaran atau pemodenan dari segi teknologi. Maka saya menyeru Menteri Wilayah dan DBKL untuk bertindak memodenkan PBKL dari teknologi operasi IR 1.0 kepada IR 4.0," kata Sim lagi.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru itu, sekiranya DBKL memodenkan sistem pemungahan di bangunan baharu PBKL ke tahap teknologi IR 4.0 maka ianya akan memberi lebih manfaat kepada jaluran pertanian negara (agriculture supply chain).

Perubahan di PBKL akan menjadi pemangkin kepada pemodenan sistem pengedaran bekalan makanan di seluruh negara pada masa hadapan.

 

SURAT TERBUKA KEPADA MAT SABU DAN KEPIMPINAN AMANAH


 Kepada Ayahnda Abg Mat, Kepimpinan AMANAH serta rakan2 dan Sahabat².

Assalamualaikum Warohmatullah Hiwabarokatuh

Saya Aqila Umairah Binti Khan sebagai ahli Amanah dan sayap AWAN dalam parti Amanah terpanggil ingin membuat sesikit teguran/pandangan/cadangan kepada kepimpinan.

Aqila jarang membuat teguran secara terbuka malah lebih kepada Silent Reader atau CCTV dalam melihat kemelut politik muktahir ini kerana sebagai ahli parti yang akur keputusan parti sebelum menjadi kerajaan, selepas menjadi kerajaan dan kembali menjadi pembangkang kami tetap setia dengan mulia wadah ini.

Saya antara yang terawal menyertai AMANAH dan sebelumya PASMA kerana mahu melihat dinamika politik negara yang lebih inklusif, prograsif mengikut neraca Politik Siyasah sebenar menuntut agar politik jummud dan extrime perlu di ketepikan.

Ramai yang menyertai AMANAH kerana dipimpin oleh pemimpin2 Senior walaupun parti baru setahun jagung. Kepimpinan selalu mengigatkan supaya kita mengikis sifat jummud dan wala mengkhinzir buta.

Atas ijtihad politik yang lebih inklusif memilih supaya sifatnya berbeza berbanding parti sejarah (malas nak ulas bab parti sejarah)

Jika di selusuri sejarah awal penubuhan, ketika bergelar pembangkang kita TEGUH bersama membuat keputusan, apa juga perancangan di bincangkan daripada bawah sehingga ke peringkat tertinggi parti.

Tidak kurang juga pandangan² Ulama seperti Ust Ahmad Awang dan Ust Ghani sebagai rujukan.

Malah kenyataan RASMI parti hanya di keluarkan oleh SU Parti Pakngah Anwar Tahir. Tetapi Sekarang 360⁰ berubah .

Sekarang amat² berbeza. Banyak keputusan, kenyatan media, kenyataan parti tidak melalui saluran, ada yang keluar drpd presiden parti tanpa membuat perbincangan dengan Majlis Tertinggi Parti,

Tidak melalui lagi SUA parti, malah yang menyedihkan kami, parti kini langsung tidak merujuk kepada Ulama yg ada dlm parti.

Apa fungsi mereka sekarang bagi parti?seolah² mereka terus di pinggirkan begitu sahaja. tidak kira lagi kejadian memalukan parti dalam pengundian menolak bajet kerajaan tebuk atap? ada yg bangun ada yg duduk.

Perancangan pincang dan tidak sistematik mengambarkan sistem penyampaian parti hancur.

Teguran Dato Husam juga tidak di ambil serius dan diambil kira. Presiden kebanyakkannya membuat keputusan hanya berbincaang dgn SUA DAP tetapi tidak dengan parti

Sehinggakan beliau merajuk dan meletak jawatan sebagai Naib Presiden Parti. Apa guna parti mempunyai MT tetapi lebih banyak berbincang dengan parti lain dalam membuat keputusan parti?

Yang terbaru kenyataan bersama presiden parti dan SUA DAP saudara Lim Guang Eng. Media dahulunya mesra Pakatan kini dilihat mula memetik berita dengan tajuk mengelirukan dan merugikan parti.

Malah boleh mengguris perasaan sahabat kita yang dahulunya bersama² berjuang menentang Kleptokrasi kuno sehingga terpenjara dan di inaya berulang kali. tidak salah hendak membuat keputusan tetapi berbincanglah dengan parti.

Jangan menambah dan membuatkan ahli menjadi keliru dengan setiap keputusan parti melalui hanya melalui kenyataan prasiden parti. Kami ahli di ajar jangan wala membuta tuli dalam sebarang hal.

Sikap Pemimpin juga di lihat tidak mengindahkan percakaran antara CT Amanah dan CT sahabat² lain. Tiada Arahan supaya ia di hentikan malah di lihat seolah² merelakan percakaran ini berterusan.

Masing² menghala senjata ke arah sesama sendiri dengan laras bahasa yang dilihat bukan bahasa yang baik² lagi. Maki hamun dan mengelar sesama rakan sekutu sudah melampaui semangat persahabatan sehingga saya lihat benarkah mereka sahabat atau seteru?

Pemimpin harus TEGAS mengawal ahli jika di biarkan berterusan kita bakal mencipta musuh dalam pakatan bukan menambah kawan. kini siapakah musuh kita sebenarnya? ahli pun dah keliru.

Saya menyeru kawan2 dan kepimpinan kembali muhasabah, kembali melihat bagaimana susah payah kita membina parti ini, mengikat persahabatan, memupuk persefahaman, meperkukuhkan Pakatan Harapan sepertimana semangat kita mula2 bina dahulu.

Usah di cari jurang perbezaan kerana perbezaan tetap akan wujud. jika kita cari titik persamaan, jurang yang luas kita boleh rapatkan. Bulatkan tekad, Kuatkan kesatuan. kita bakal berdepan cabaran PRU 15. jika iktibar ini tidak di peduli jangan gundah, kita kekal sebagai pembangkang lagi dan jgn bermimpi nak tawan putrajaya.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No.2442, 6901, Muslim, No.2580)

Wallahuaklam

Aqila Umairah Khan.



PENGANJUR TAK PEDULI PUN PAS.



Shahbudin Husin

 Walaupun Pas berada dalam kerajaan PN yang berteraskan Melayu/Isle kononnya, penganjur ratu cantik bukan saja berani menganjurkan acara tersebut, malah setelah dibantah Pas pun, mereka tetap tidak berganjak daripada meneruskannya.


Apa Pas nak buat selepas ini? Demi jawatan dan kedudukan dalam kerajaan, sekadar telan air liur jelah nampaknya....



KEADILAN Akan Terus Mengukuhkan Pakatan Harapan Serta Meningkatkan Kerja...

RENTASAN 789 | KERJASAMA UMNO-PH: WUJUD USAHA GAGALKAN KEWUJUDAN KONSENS...

MESTI TERSEREMPAK DENGAN SESEORANG YANG DASYAT KOT

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Terbaiklah MSO dan Dr Aziz Bari...👍Sebenarnya ramai org pergi jumpa DSAI termasuk Duta2 dan Cendikiawan Negara Asing. Saya pernah tulis mengenainya dulu. DSAI dianggap oleh org asing sebagai "Malaysian LEADER" walau dia bukan PM.

 

*****************************

Dari FB wall Mohd Sayuti Omar....


NOTA PETANG

 Lewat petang tadi dipanggil ke Bukit Gasing ikut sama Adun Tebing Tinggi Dr Abd Aziz Bari. Masa tunggu giliran untuk jumpa Anwar, terjumpa seseorang terperanjat juga.

 Bukan cerita dan maklumat disampaikan oleh orang yang memanggil tetapi terkejut kerana terjumpa individu berkenaan yang tidak terfikir dia boleh berada di situ.

 Untuk apa beliau juga datang jumpa dengan sdr Anwar Ibrahim walhal ahli Parlimen PD itu bukan pun perdana menteri? Trims.

 

- MSO

 

 


MENEGAK KEBODOHAN WALAUN

 

Basir Basir Parto

 

Dalil Baru Penyokong bodo PAS ( Parti Isley Melayu ) Setelah Menjadi Kerajaan Pusat.

 1. Nikah Hindu Demi Cinta takpe janji bukan DAP yang menikah.

 2. SAJAT separuh bogel takpe asal bukan ahli DAP yang berBogel..

 3. Kes ADIB kita serah kepada POLIS asal bukan DAP yang perintah, sebab tiada pelaku yang dicam oleh saksi. ( dulu pun zaman DAP pun sama ).

 4. RUU 355 kita boleh tangguh dulu asal bukan DAP yang perintah negara. Kita akan buat perhimpunan  ribuan penyokong bodoh PAS di Padang Merbuk nanti. Ada yang sanggup berbasikal dari Utara dan berjalan kaki dari Timur.

 5. Air karat diKelantan tak mati minum  pun sebab kat Kelantan tiada DAP. Kita boleh tunggu 40 tahun lagi.

 6. ARAK kita haramkan tapi BEER kita benarkan dijual dikedai premis terbuka asalkan bukan DAP yang membeli.

 7. JUDI kita benarkan diberi lesen kerana  ia pendapatan kerajaan melalui cukai asalkan bukan DAP yang berjudi.

 8. Aurat Pramugari kita tak kisah mereka tak tutup aurat sebab itu hak mereka termasuklah Timbalan Speaker Dewan Rakyat ( DS Azalina ) asalkan bukan DAP yang mendedahkan aurat.

 9. Jalan Raya dikelantan berlubang lubang dan bertampal tampal dan lebuhraya pun tidak siap dibina tidak mengapa kerana ajaran PAS kepada Perantau Kelantan tetap Istiqamah mengundi PAS dikelantan tapi bermastautin menikmati kesenangan diLuar Kelantan Janji bukan DAP yang perintah.

 

 

 


MANA PUAK PUAK YANG DOK HENTAM PH DULU?

 

NORSHIDAH MOHD DAUD


Tarif letrik nk naik

Petrol diesel mula naik saban minggu

Dengar khabar GST pun on d way

Perempuan Melayu Islam kawen ngan org luar ikut cara pihak lelaki

Jantina Sajat masih x dpt disahkan

Cukur abah pandai baca doa

Sumpah aku x nampak langsung post2 puak2 yg dok hentam PH dulu, p hentam kerajaan abahcow skang

Seronok ye?

Idop ni jgn suka memfitnah

Tengok dulu PH x buat, kena fitnah mcm2

Skang ape yg difitnah tu la kerajaan abahcow buat 

Puasti?

Update la pasal kucing pasal bercuti pasal masak2 skang ye

 

 

 

MASA PH MANA SUARA ENTE ?

 

ZUBAIDI SUDIN


Bab JANGAN CEPAT sangat hukum murtad tu aku SETUJU. Tapi bab mempolitikkan isu tu takkan Menteri PNongkat PNkhianat dan PNyamun taktau?

Apa sahaja perkara semasa PH jadi kerajaan dipolitikkan oleh Walaun-cai. Masa tu mana suara hang nak tegoq jangan dipolitikkan?


Image may contain: 1 person, text that says "mk Malaysiakini (BM Version) malayslakini 13 m Tunggu penjelasan pihak bertanggungjawab iaitu pihak berkuasa agama negeri, katanya yang menyifatkan tindakan mempolitikkan isu seperti sebagai tidak matang dan merugikan agama i MALAYSIAKINI (BM VERSION) Kahwin ikut upacara Sikh: Jangan cepat hukum murtad, kata Zulkifli"




APA SUDAH JADI NI

 


DULU sewaktu PH memerintah dah ada rungutan saya dengar pasal pegawai tertentu ada KARTEL yg memonopoli permit import daging.

Tapi time tu Salah Ayub jd Menteri sah-sah le Sangap bukan mampu buat apa2? Sket-sket..serah kat pegawai, sket2 serah kat KSU. Memg lauk le Menteri bahalol mcmtu.

Takut kot DSAI jadi PM tak akan lantik dia jadi Menteri sebab jenis tak perform maka dok "koqko" rata SAKA Orang Tua tu.

Wallahualam.

- Zus Din

21 Disember 2020



Image may contain: food, text that says "Dr. Zaharuddin Abd Rahman 1h·® Innalillahi wainna ilaihi rajioun.. sudah 40 tahun kartel pegawai luluskan daging tidak halal dengan cop halal ?? la amat mendukacitakan kerana para pegawai ni bukan hanya makan harta haram untuk dirinya dan keluarganya malah memudaratkan pengguna muslim. Juga mengugat kepercayaan terhadap logo halal juga nanti. Kesannya bukan hanya pasaran lokal tetapi juga antarabangsa. STRAITSTI REW 1,340 RECOVERED NEW ESTABLISHED 1845 PP413/09/2012 21,2020 MONDAY RM2.0 EXCLUSIVE CARTEL CRACKDOWN Senior officers from several govt agencies allegedly receiving kickbacks from hrinn nnn-hala meat,"


SUDAH TIBA MASA PEMIMPIN2 SEMACAM RONNIE LIU, MEREKA DALAM DAP YG MASIH YAKIN DGN PERJUANGAN REFORM, SETIA DGN MUAFAKAT PH DIKETUAI OLEH DSAI DIANGKAT MENGETUAI DAP.

 Image may contain: 1 person, text that says "SUARAKEADILAN.COM.MY COM.MY Ronnie Liu pertahankan Anwar, enggan PH berbalah soal kepimpinan"

Muka2 mcm LGE, Tony Pua, 3 Mak Dara Pingitan DAP, Kulasegaran, LCT, Anthony Loke, puak DAPsy yg anti Anwar dan mereka2 yg sama waktu dgnnya yg pernah menjawat jawatan di bawah AtokSakaTua terlalu kurap dan korup MINDA mereka utk diharap meneruskan perjuangan REFORM.

Puak tu masih melambung2kan AtokSakaTua sambil menggesa perubahan berani mati ke atas PH (Baca : tukar kepimpinan). Nasib baiklah LKS pi "potong stim" dgn menziarahi DSAI. Hebat taktik "Supremo" DAP ni.

Puak DAP ni seteruk Oren Masam jugak cuma pandai PELIRsafe. Cuba kita pancing....akan nampak tembelang. Hari tu Tony Pua dah tunjuk belang dia. Sape lagi dlm DAP yg berani...?? SILA.

- Zus Din

21 Disember 2020

********************************

Ronnie Liu pertahankan Anwar, enggan PH berbalah soal kepimpinan

ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu menganggap tindakan sesetengah pihak yang mempersoalkan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan mahu pemimpin baharu menerajui blok pembangkang tidak akan dapat mengubah landskap politik negara ketika ini.

Beliau berkata, walaupun ada keperluan untuk PH mengatur semula politik dan melaksanakan reformasi, mandat yang diberikan kepada Anwar untuk menerajui pembangkang perlu dihormati.

"PH telah memberikan mandat kepada Anwar untuk berunding dan mengatur semula dengan semua pihak tanpa prejudis. Hanya pemimpin yang berwibawa dan dihormati yang dapat melaksanakan tugas yang mencabar ini.

"Pada masa kritikal ini, PH perlu bekerjasama dengan golongan konservatif selain memanfaatkan semua kekuatan progresif untuk menyelamatkan negara ini. Sudah tiba masanya untuk semua ahli politik BERHENTI tuduh-menuduh satu sama lain demi perpaduan dan keharmonian yang lebih utama untuk semua rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Ronnie berkata kejayaan PH membentuk kerajaan pada 2018 banyak dibantu oleh gerakan Reformasi.

Beliau juga berkata Anwar sanggup bekerjasama dengan seteru lamanya, Tun Dr Mahathir Mohamad demi kepentingan negara.

"Kita tidak boleh lupa bahawa kejayaan PH sebagai barisan yang boleh dipercayai sejak tahun 1998 untuk mengambil alih Putrajaya selama 22 bulan dari kleptokrat selama ini didasarkan oleh gerakan Reformasi yang dilancarkan oleh Anwar.

"Ketidakadilan yang dilakukan terhadap Anwar adalah sebab utama mengapa orang ramai menyokong PH. Walaupun Mahathir sendiri dan orang-orang seperti Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin hanya mengambil kesempatan, Anwar masih bersedia bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri untuk kepentingan rakyat yang lebih besar.

"Pada pandangan saya, Anwar telah menggunakan kaedah pendamaian untuk berusaha menyatukan negara. Sebenarnya, dengan restu PH, dia berusaha keras untuk mendapatkan sokongan dari Ahli Parlimen yang tidak puas hati, janganlah kita lupa bahawa pihak lain mungkin tidak begitu serius mengenai perubahan politik.

"Oleh itu, PH harus lebih bersatu seperti yang telah kita lalui selama ini. Usahlah kita membiarkan isu ‘Tok Dalang’ ini menimbulkan perselisihan antara semua rakan sebaliknya menarik lebih ramai lagi untuk bergabung dengan kami sekiranya mereka ingin bekerjasama," katanya.

Begitupun, Ronnie menganggap penstrukturan semula politik dapat dilakukan secara dalaman dalam gabungan PH.

"Walau bagaimanapun, melainkan jika terdapat perubahan semula politik dalam lanskap politik secara keseluruhan, kita masih akan kembali ke titik awal.

"Negara akan terus mundur apabila ada pemimpin politik yang masih berusaha melepaskan diri dari undang-undang. Kita telah melihat dalam dua kes bagaimana pejabat Peguam Negara boleh menangani kes-kes tersebut dengan lebih agresif, tetapi tidak.

"Pada pendapat saya, pengaturan semula politik hanya dapat membantu menyelamatkan negara jika ia juga dilaksanakan oleh pihak-pihak yang menggelar diri mereka Perikatan Nasional, Muafakat Nasional dan Barisan Nasional.

"Tekanan ini harus datang dari masyarakat umum, dan suara mereka akhirnya akan mengatur irama yang diikuti oleh para pemimpin politik di negara ini.

"Marilah kita meletakkan kepentingan rakyat biasa dalam pemikiran kita," katanya.

https://www.suarakeadilan.com.my/.../ronnie-liu...

 

Media jangan 'syok' sendiri

 

NORMAN RADZUAN

Image may contain: 1 person, standing

Media jangan 'syok' sendiri

ASTRO AWANI DAH MCM BULETIN TV3

Dahulu bila Buletin TV3 dah jadi Tiga Suku saya beralih kpd Astro Awani selain Malaysiakini utk mendapatkan berita yg agak adil sepertimana akhbar Sinar Harian.

Sebagai rakyat merdeka yg mencari 'freedom' dlm kebebasan membaca dan berfikir kita akn sentiasa mencari sumber media yg bebas dan telus tanpa dipengaruhi oleh mana2 pihak. Kita bukan di zaman penjajahan Inggeris atau Jepun hingga radio pun dihalang utk mendengarnya.

Sewaktu bertugas di majalah dan akhbar saya terbatas dgn garisan panduan dan kemahuan syarikat atau pun kerajaan. Kini saya boleh menulis penulisan santai dan mudah.

Kebebasannya bukan sahaja tidak perlu berhadapan dgn bos yg sentiasa memberi tekanan mahu jualan akhbar laris tetapi kebebasan menulis apa sahaja yg difikirkan. Namun tetap ada batas2nya dan perlu 'research' sebagai sumber fakta.

Dulu Astro Awani adalah media elektronik yg saya anggap sedikit harapan dlm keadilan menyampaikan berita atau maklumat. Nampak lebih berilmiah dan bertanggungjawab. Namun sejak 2 tahun ini Astro Awani dari padangan peribadi saya lebih sudu dari kuah.

Antaranya saya ingin memberi teguran sewaktu PRN Sabah. Wakil Astro Awani bila ditanya dari Bilik Berita mengenai perkembangan atau pandangan masyarakat Sabah, wartawannya seolah olah menjadi suara kpd wakil rakyat yg berkenan di hati mereka.

Contoh apabila wakil2 dari bandar terpilih memberitahu rakyat Sabah mahu begini begitu... saya nak tanya rakyat Sabah mahukan atau kau ( wartawan ) mahukan. Mana rakaman interviewnya? Jika setakat ulasan sendiri baik buat live di lobby hotel saja. Nampak tidak profesional.

Selepas itu seperti sudah menjadi 'trend' di Astro Awani dari Bilik Berita bertanya mengenai kesukaran wakilnya menjalankan tugasan. Tolonglah adik2 semua jgn lah syok sendiri jika ingin berbuat demikian dlm slot berita. Buatlah rancangan khas 'Wartawan Syok Sendiri' dan sebagainya.

Semalam saya ada mendengar liputan antara Pembaca Berita dgn wakil mereka di Terengganu. Bila ditanya kpd wartawan tersebut dkt 5 minit dia menceritakan kisah ' syok sendiri' utk bos tahu dia lah wartawan yg berdedikasi agaknya.

Ujarnya dia sudah keluar ke kawasan banjir sejak 6 pagi dan pulang 12 malam. Jika berlaku emergency kononnya jam 3 pagi pun sanggup keluar semula. Alahai manjanya... adik org ramai nak tahu nasib mangsa banjir bukannya nak tahu bagaimana hebatnya kamu bekerja. Kalau nak cerita juga tulis dkt akaun FB sendiri. Tulislah bila masa kau makan, bila masa kau minum dan terkucil.

Otai2 wartawan dulu pun byk kesukaran mereka. Kes Memali, Kes Adam, Komunis, Reformasi 1998, rusuhan Kg Medan dan byk lagi tak pernah mereka nak ceritakan kisah tugasan mereka di akhbar. Kadang2 menahan kencing, kadang ditembak sekali dgn gas pemedih mata...siapa yg tahu.

Abg pun waktu bom di selatan Thai sampai bini menangis, Ketua Pengarang tak mahu bertanggungjawab risiko saya ambil... tak adalah nak cerita dkt akhbar. Sebab ia tanggungjawab kita.

Kalau nak cerita juga tunggu lah ada slot atau ruang khas yg diberikan editor. Ini baru cover kisah banjir nak riuh sekampung.... org kampung tu tiap2 tahun alami banjir.

Begitulah juga sedikit teguran kpd Tuan Kamarul Bahrin. Anda seorang pengamal media atau pengacara yg hebat dan berpengalaman.... cuma tolonglah jgn bertanya soalan tu jgn ambil masa terlalu panjang. Kadang2 soalan tu sama panjang dgn jawapan tetamu jemputan. Penonton nak dgr pandangan dan ulasan tetamu. Kita wartawan diajar utk ringkaskan soalan....

Antara lagi teguran yg ingin saya sampaikan kpd team Astro Awani ketika belanjawan. Jika mahu bodek kerajaan sekalipun jgn lah melampau. Saya masih ingat budak sekolah rendah, boleh wartawan itu temubual tentang belanjawan. Budak umur 9-10 tahun silap2 semasa pembentangan belanjawan mereka sibuk main game.

Selepas itu ingin saya menegur jika menjemput Profesor jgn lah jemput yg jenis Prof Kangkung sahaja. Adil lah sb masyarakat mahu melihat pandangan berbeza secara ilmiah. Kadang2 pengacara Awani pun kena adil,bijak bertanya soalan dgn soalan2 perangkap.

Contoh soalan..." Jika Prof kata org politik jgn bermain politik kenapa sebelum ini ketika PN merampas Perak, Kedah, Johor, Melaka dan Sabah Prof tidak bersuara mengenainya sdgkan ia berlaku di kala Covid19 sdg melanda?"

Berita Astro Awani kena berhati hati2. Bila rakyat bosan dgn cara kita menyampaikan berita.. takut mereka tak mahu menonton lagi. Astro Awani kena ingat kalian syarikat swasta dan jika rakyat beralih kerana tidak mempercayai berita kalian... siapa yg rugi.

Jadilah pengamal media yg adil dan bertanggungjawab. Maklumat yg kita sampaikan ini akn dipertanggungjawab suatu hari nanti. Politikus bertukar ganti...