AHLI POLITIK TERLIBAT ‘PENGANTARA’ BAWA MASUK PEKERJA ASING


DARURATKAH MALAYSIA PETANG INI?

 

Jika tiada sebarang halangan, pengundian peirngkat dasar Belanjawan 2021 akan diadakan petang ini.

Ia dijadualkan selepas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyampaikan penggulungan pada jam 2.00 petang.

Dua kemungkinan akan berlaku dalam pengundian petang ini – Belanjawan 2021 diluluskan atau ditolak.

Sama ada ditolak atau diluluskan, ia banyak bergantung kepada intipati penggulungan oleh Tengku Zafrul nanti.

Sebagaimana disebut dalam perbahasan sebelum ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyatakan, blok pembangkang hanya akan memberi sokongan terhadap belanjawan jika beberapa syarat yang dituntut dipenuhi oleh kerajaan.

Syarat yang diminta ialah pengeluaran KWSP maksimum RM10 ribu, lanjutan moratorium pinjaman bank selama enam bulan lagi, pembatalan dana RM85.5 juta untuk Jasa serta RM8.5 juta untuk NGO politik, Penggerak Komuniti Negara.

Bagi BNBBC yang dipengerusikan Najib Razak yang mana keanggotaannya seramai 23 Ahli Parlimen BN, tuntutan mereka khusus berkaitan pengeluaran KWSP dan moratorium pinjaman bank.

Najib secara terbuka dalam perbahasannya menegaskan, tanpa syarat itu dipenuhi oleh kerajaan, BNBBC akan menolak Belanjawan 2021.

Kata beliau, jika kerajaan boleh mengisytiharkan PKPB berkali-kali, tiada sebab moratorium tidak boleh dilanjutkan dan pengeluaran wang KWSP dibenarkan.

Dalam erti kata lain, undi BN adalah bergantung kepada sama ada kerajaan sedia memenuhi tuntutan yang diminta itu atau sebaliknya.

Jika kerajaan tetap dengan pendirian seperti sekarang, BNBBC hampir pasti akan bersama blok pembangkang menolak belanjawan.

Apabila belanjawan ditolak, kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin dikira jatuh dengan sendirinya.

Ia juga menjadikan buat pertama kali dalam sejarah sebuah kerajaan dijatuhkan melalui penolakan terhadap belanjawan.

Meski demikian, sekiranya belanjawan ditolak, Muhyiddin masih ada tiga pilihan – meletak jawatan bersama kabinetnya, memohon pembubaran Parlimen bagi diadakan PRU atau mengisytiharkan darurat.

Ramai yang menjangka, dua pilihan pertama iaitu meletak jawatan dan membubarkan Parlimen bukan merupakan pertimbangan yang ada dalam pemikiran Muhyiddin ketika ini.

Muhyiddin dikatakan tidak mungkin meletak jawatan kerana ia tentu akan dibantah oleh dua orang kanannya dalam kerajaan, Azmin Ali dan Hamzah Zainudddin.

Meletak jawatan untuk memberi laluan pembentukan kerajaan baru bukan saja bererti masa depan Muhyiddin berakhir, tetapi juga merupakan penamat kepada karier politik dua orang kanannya itu.

Lebih-lebih lagi bagi Azmin, kehilangan kuasa adalah detik yang paling ditakutinya, terutama kemungkinan beliau akan didakwa berkaitan “video Haziq”.

Begitu juga dengan memohon pembubaran Parlimen, ia dikatakan bukan menjadi pilihan Muhyiddin kerana Yang Dipertuan Agong dipercayai tidak akan memberi perkenan terhadap perkara itu berikutan wabak Covid19 masih lagi di tahap membimbangkan sekarang ini.

Lagi pula, kalau pun pembubaran Parlimen diperkenankan, ia tetap memberi kesukaran kepada Bersatu untuk berlawan dalam pilihanraya semula nanti.

Ini kerana, walaupun Pas merupakan komponen PN, tetapi parti itu juga bermuafakat bersama UMNO dalam MN dan kiranya kedudukan Bersatu dilihat lemah serta tidak memungkinkan ke arah kemenangan, tidak mustahil Pas lebih memilih UMNO berbanding Bersatu.

Dengan yang demikian, pilihan yang paling mungkin diambil Muhyiddin kiranya belanjwan ditolak ialah mengisytiharkan darurat dengan beliau boleh terus kekal mengetuai kerajaan untuk suatu tempoh tertentu sebelum PRU15 diadakan.

Melalui tempoh tertentu yang ada itu nanti, Muhyiddin dipercayai akan menggunakan segala peluang tersebut untuk mengukuhkan kedudukan Bersatu dan mencari rakan yang benar-benar sanggup bersamanya untuk menghadapi PRU15.

Maka, apakah petang ini negara akan diisytiharkan darurat?

Apakah Agong akan memperkenankan darurat kali ini setelah baginda pernah menolaknya sebelum ini?

Sekali lagi, kebijaksanaan Agong amat-amat diharapkan oleh seluruh rakyat Malaysia. (Shahbudindotcom 26/11/2020)

Malaysia hilang hala tuju dalam pembangunan tenaga boleh baharu?

 

Oleh Wong Kah Woh

(Ahli Parlimen Ipoh Timor dan mantan Pengerusi SEDA)

Saya telah menerima jawapan daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bertarikh 10.11.2020 yang menyatakan kementerian sedang mengkaji semula sasaran 20 peratus tenaga boleh baharu (TBB) menjelang 2025 dan hendak menetapkan satu sasaran TBB yang lebih inklusif. 

Ini adalah amat mengejutkan dan jelas Malaysia di bawah pemerintahan Kerajaan PN telah hilang hala tuju dalam pembangunan TBB.

Sebelum ini, Kerajaan PH telah menetapkan sasaran peningkatan TBB dalam penjanaan elektrik ke 20 peratus menjelang tahun 2025, tidak termasuk penjanaan hidro besar yang melebihi 100 megawatt

Sasaran ini, antara lain, dapat membantu dalam penurunan pelepasan karbon negara dan berpotensi untuk menjana RM33.2 bilion pelaburan dan 100,000 peluang pekerjaan baharu.

Kerajaan PN tidak mempunyai kemahuan politik untuk membangunkan sektor TBB di Malaysia dan jawapan dari KeTSA tersebut menunjukkan Kerajaan PN seolah-olah mengaku kalah sebelum masuk medan perang, walaupun kita masih ada masa empat tahun untuk mencapai sasaran 20 peratus yang ditetapkan.

Sekiranya KeTSA tidak mempunyai idea baharu, sekurang-kurangnya ia boleh meneruskan hala tuju MESTECC yang telah ditetapkan sebelum ini.

Antaranya, Renewable Energy Transition Roadmap (RETR) yang merupakan usahasama jabatan-jabatan seperti Sektor Tenaga MESTECC, SEDA, Suruhanjaya Tenaga (ST) dan pemegang kepentingan industri terbabit telahpun dimuktamadkan sejak bulan Februari 2020 yang lepas dan sedia untuk dilancarkan pada bulan April 2020.

Namun, tiada sebarang perkembangan untuk pelancaran RETR setelah pengambilalihan pemerintahan oleh Kerajaan PN. Kita juga tidak nampak apa-apa usaha baharu dalam sektor pembangunan TBB diumumkan oleh Kerajaan PN. Apa yang sudah berlaku?

Pada masa yang sama, atas kegagalan pemerintahan Kerajaan PN dalam memahami keperluan industri, pemain industri TBB juga berasa kehilangan hala tuju dan keyakinan apabila tiada apa-apa pengumuman oleh Kerajaan PN berkenaan dengan rancangan pasca-NEM 2.0 (Net Energy Metering 2.0).

Pemerintahan PH sebelum ini telah memperkenalkan konsep “1 to 1 off-set” yang lumayan dalam NEM 2.0 dan membawa pengambilan kuota NEM yang besar dalam masa 2 tahun kebelakangan ini.

Laman sesawang SEDA menunjukkan hampir 400 megawatt kuota NEM telah dipenuhi dan ini bermaksud lebih 95 peratus kuota yang dipenuhi ini adalah hasil daripada konsep baharu di bawah NEM 2.0.

NEM 2.0 akan tamat tempohnya pada 31.12.2020 dan sehingga kini, industri masih sedang menunggu jawapan sama ada NEM 3.0 akan diperkenalkan dan sama ada ia akan meneruskan pulangan “1 to 1 off-set” seperti dalam NEM 2.0. Kelewatan ini telah menyebabkan pelabur dan pemain industri telah hilang keyakinan.

Kerajaan PH telah meletakkan segala usaha di atas landasan yang betul dan Kerajaan PN hanya perlu memastikan prestasi pelaksanannya. Namun, Kerajaan PN nampaknya bersikap lebih cenderung untuk mematikan polisi-polisi baik tersebut. 



KAH.....SELUAQ DALAM GANTUNG KAT POKOK PUN DIA BOLEH SAPU.GADUH NGAN NETIZEN KEMUDIAN NAK SAMAN....ADOIIII CAM BUDAK BUDAK.


AHMAD MUNIR




Dulu masa dia jadi KM melaka, geng ameno kata kalau tiang letrik dipakaikan skirt dan letak makeup, mamat ni akan bedal jugak 😄


 Image may contain: 1 person, text that says "8:18 4G Replies 2d Like Reply 4 Author Rahim TambyChik Sheikh Azhar Sheikh Ahmad Jam Rolex tak penting sahabat berbanding dgn pelakon yg terlibat didlm video ini... 8m Like Reply Sheikh Azhar Sheikh Ahmad Rahim TambyChik jam Rolex itukan bukti jangal tan sri...orang sakit tulang belakang boleh dayung mcm orang muda ke tan Sri...lain lah tan Sri..bohsia muda jadi makanan.. soalan buat tan Sri..video black and white Ni tahun 70an bolehlah nak kencing rakyat... 4m Like Reply Replying to Rahim TambyChik Cancel Rahim TambyChik GIF"

Menteri KPKT tubuh NGO untuk kepentingan politik?


Oleh Wong Kah Woh

(Ahli Parlimen Ipoh Timor)

Baru tadi, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Zuraidah Kamaruddin telah menjawab berkenaan dengan peruntukkan sejumlah RM8.6 juta pada tahun 2021 kepada Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT). Beliau telah mengaitkan PeKT dengan Dasar Komuniti Negara yang dilancarkan pada Februari 2019.

Beliau menyatakan program-program yang dilaksanakan di bawah Dasar Komuniti Negara dan bagaimana PeKT akan memainkan peranan dalam pelaksanaan program-program tersebut.

Jawapan Menteri KPKT merupakan suatu jawapan yang putar belit dan tidak langsung menyentuh berkenaan dengan isu pokok iaitu kepentingan politik dalam perkara ini.

Dua minggu yang lepas, saya telah menerima jawapan daripada Menteri KPKT yang mana Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta pada tahun 2020 untuk tujuan PeKT di 3 Negeri yang diperintah oleh Pembangkang. Sejumlah 261 ahli PeKT yang melibatkan 46 buah Kerajaan Tempatan telah dilantik.

Sekiranya tujuan utama PeKT adalah untuk membantu dalam pelaksanaan Dasar Komuniti Negara seperti yang didakwa oleh Menteri KPKT, beliau perlu menjawab soalan-soalan pokok seperti berikut yang tidak terjawab:-

(1)         Samaada pelantikan Ahli-Ahli PeKT merupakan lantikan politik semata-mata?

(2)         Samaada KPKT tidak mempunyai keyakinan dan kepercayaan ke atas Kerajaan Tempatan di Negeri-Negeri yang diperintah oleh pihak Pembangkang dalam melaksanakan Dasar Komuniti Negara?

(3)         Samaada KPKT tidak berhasrat untuk melaksanakan program di bawah Dasar Komuniti Negara, atau KPKT berpendapat program-program tersebut adalah tidak perlu di Negeri-Negeri yang diperintah Kerajaan PN, memandangkan tidak ada seorang pun ahli PeKT dilantik?

Jelas, Menteri KPKT hanya cuba memutarbelitkan fakta dalam isu penubuhan PeKT dan cuba untuk melindungi fakta sebenar bahawa ia adalah bertujuan politik semata-mata.

Peruntukkan sebanyak RM8.6 juta kepada PeKT seperti yang dicadangkan dalam Belanjawan 2021 harus ditarik balik dan digunakan untuk tujuan-tujuan lain yang memanfaatkan rakyat.


Penganalisis ramal Najib, Anwar pemenang besar jika belanjawan ditolak


Seorang penganalisis berkata, Najib Razak (kiri) dan Anwar Ibrahim mungkin sependapat dalam menolak Belanjawan 2021, tetapi untuk mereka bekerjasama ialah perkara lain.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis sosiopolitik meramalkan bekas perdana menteri, Najib Razak dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim akan menjadi “pemenang terbesar” jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, Najib akan mendakwa beliau bertindak atas kepentingan rakyat, manakala Anwar berpeluang mengubah kerajaan.

Dalam perbahasan mengenai belanjawan, Najib menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran “one-off” sebanyak RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan moratorium pinjaman dilanjutkan 6 bulan sebagai syarat untuk mendapat sokongan Barisan Nasional.

“Beliau dan Umno akan mendakwa belanjawan ditolak kerana perjuangan mereka untuk mendapatkan tawaran terbaik untuk rakyat.

“Anwar dan PKR akan mendapat manfaat kerana mereka kini mempunyai peluang untuk mengubah lanskap politik negara dengan menjatuhkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional,” kata Awang Azman.

Awang Azman Pawi.

Belanjawan memerlukan majoriti mudah untuk diluluskan dan ini akan mencabar kerajaan dengan majoriti tipis, khasnya jika ahli Parlimen Umno bersama ahli Parlimen pembangkang menolaknya.

Awang Azman berkata, kegagalan meluluskan belanjawan akan menjadi undi “tidak percaya” terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, yang perlu meletak jawatan dan menyebabkan kerajaan pimpinannya tumbang.

Tetapi, katanya, masih ada ruang untuk kerajaan berunding dengan ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan mereka untuk belanjawan itu.

“Berdasarkan situasi Covid-19, Yang di-Pertuan Agong tidak mungkin mengizinkan pilihan raya diadakan dan ini bermakna melantik perdana menteri baru yang mendapat sokongan majoriti.

“Tetapi, walaupun Najib dan Anwar sependapat dalam menolak belanjawan itu, bekerjasama untuk menubuhkan kerajaan ialah perkara lain dan akan bergantung kepada keadaan politik ketika itu.

Seorang lagi penganalisis yang juga bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan berkata, Najib akan dilihat sebagai pemenang hanya dalam isu KWSP dan moratorium, tetapi masih akan didakwa bermain politik terhadap Muhyiddin.

Katanya, mereka yang menentang belanjawan itu atau berkecuali daripada menyokongnya akan dilihat mendahulukan politik berbanding kebajikan rakyat.

Beliau percaya kerajaan masih mempunyai masa dan mungkin akan berunding dengan ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan mereka untuk meluluskan belanjawan itu.

Katanya, sukar untuk Anwar menubuhkan kerajaan baru, walaupun jika belanjawan ditolak dan Muhyiddin meletak jawatan.

“Umno dan DAP perlu bekerjasama, itu mustahil berlaku.

“Malah, sukar untuk mana-mana ahli Parlimen membukti beliau mempunyai sokongan majoriti.

“Ini sebabnya kenapa ia mungkin berlaku walaupun jika kerajaan tumbang, Muhyiddin masih akan dilantik sebagai PM sementara sehingga pilihan raya boleh diadakan.”


JALAN SENDIRI BUAT DSAI KERANA DUA KALI DIKHIANATI.


 

PT95 a.k.a SETAN Tua dalam wawancara bersama Astro Awani telah MENUDUH DSAI bekali-kali menolak kerjasama meskipun dia sendiri yang isytihar enggan bekerjasama dengan DSAI dan PKR setelah ditolak dari jadi calon PM 6 bulan. PT95 hanya mahu kerjasama dengan Amanah dan DAP sahaja.

 

JIKA BENAR PUN tuduhan itu...tindakan itu masuk akal sebab TIADA MANUSIA WARAS yang akan beri kerjasama setelah DUA kali orang yang sama berBOHONG, KHIANAT, MUNGKIR JANJI, mengecam, mengeji, menghina, memperlekeh dan memfitnah dirinya.

 

Lagi bertambah logik sebab PT95 Tak suka DAP dan Tak suka Anwar, malah pendokong dia setiap hari menghina, mengeji dan mengutuk DSAI. Takkan nak kena suka kat PT95? Ini kerja orang Otak Senget yang tempatnya di Hospital Tanjung Rambutan.

 

Apa sifat-sifat orang MUNAFIK tuan-tuan..???? Tu pun ada PUAK MASAM yang masih sayang dan enggan memusuhi PT95 walau di depan mereka kata "sokong" DSAI, siap bagi SD lagi. Di belakang?? Di belakang, depa guna anai-anai untuk balun, kutuk, hina, keji, fitnah, hantam sama dia la...., tunggu apa lagi?

 

Wallahualam.

- Zus Din

26 November 2020

Youtube link : https://youtu.be/ydyAo0Rs-vU

 

 

JASA JADI J-KOM, PEMBAZIRAN TETAP PEMBAZIRAN


Kerajaan PN terdesak sangat takut kalah undi Belanjawan 2021, kata tokoh wartawan


Kerajaan PN terdesak sangat takut kalah undi Belanjawan 2021, kata tokoh wartawan



VIDEO : PN MUHYIDDIN TUMBANG - 26 November 2020? | UNDIAN BAJET 2021

VIDEO : AMANAH-DAP DIMANGSAKAN, KEJATUHAN PH BERPUNCA DARIPADA PENGKHIANATAN DAL...

VIDEO: RENTASAN 777 | PERUNTUKAN UITM TURUT DIKURANGKAN, PENDIDIKAN MELAYU/ISL...

MAHATHIR: JANGAN TULIS LAIN DAN BUAT LAIN


 DALAM INI HANYA ADA 4 ORANG SAHAJA YANG MASIH MENYOKONG...2 AHLI PARLIMEN LAGI SUDAH NYATAKAN PENDIRIAN BERSAMA PEJUANG..

Pejuang tak akan sokong Belanjawan 2021


MENOLAK BELANJAWAN 2021

1. Kita telah melihat betapa mengecewakan proses perbahasan Belanjawan berjalan beberapa hari kebelakangan. Selain dari perbahasan yang terhad, tidak ada sebarang tanda dipihak Kerajaan untuk mendengar atau menerima pandangan yang telah diajukan oleh ahli-ahli parlimen mahupun kritikan rakyat yang boleh kita dengar rintihan mereka melalui laman-laman media sosial dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat.

2. Sebaliknya, pihak Kerajaan bertindak mengugut ahli-ahli Parlimen dengan naratif bahawa jika Belanjawan 2021 tertolak maka gaji, elaun dan pencen penjawat awam dan “frontliners” tidak dapat dibayar. Selain itu, ugutan juga menjurus kepada cubaan menimbul rasa kurang senang dikalangan rakyat bahawa jika Belanjawan tidak lulus maka bantuan-bantuan kewangan tidak akan sampai kepada rakyat yang amat memerlukannya pada ketika ini.

3. Saya telah terangkan sebelum ini bahawa jika Belanjawan tidak lulus ia tidak akan menghalang penyaluran gaji, pencen dan elaun penjawat awam dan “frontliners”. Begitu juga dengan bantuan kewangan untuk keperluan rakyat tidak akan terjejas.

4. Penyaluran kewangan tanpa Belanjawan diluluskan telah berlaku pada tahun 1999 untuk sesi Belanjawan tahun 2000.

5. Selain itu, Kerajaan juga memilih tidak menerangkan bahawa segala perbelanjaan untuk penjawat awam dan “frontliners” sudah diperuntukkan sehingga akhir bulan Januari tahun 2021.

6. Yang kelihatan menjadi keutamaan Kerajaan ialah untuk memastikan Belanjawan yang tidak mementingkan rakyat tetapi mementingkan kelangsungan politik ini dilulus seberapa segera yang mungkin.

7. Kita dapat lihat bagaimana isu kuarantin ahli Parlimen dari Sabah yang menyokong Kerajaan mendapat layanan “double-standard”. Tiba-tiba sahaja, kuarantin 14 hari yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan kepada mereka yang terlibat di dalam pergerakan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan kembali tidak lagi menjadi satu ketetapan.

8. Kerana apa dasar atau ketetapan ini tidak berkuat-kuasa? Ia kerana undi ahli-ahli Parlimen ini perlu kepada Kerajaan untuk meluluskan Belanjawan. Setiap perlakuan dan pertukaran dasar dan ketetapan dibuat seperti menukar pakaian semata-mata untuk kepentingan politik.

9. Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Apabila rakyat tidak mengikut peraturan atau ketetapan itu, mereka didenda dan dihukum. Jika ahli Parlimen dipihak Kerajaan melakukannya, peraturan ditukar dan mereka bebas dari sebarang hukuman.

10. Jadi, apakah yang akan berlaku jika Belanjawan 2021 tidak lulus?

11. Pertamanya, ia akan bukti bahawa Kerajaan telah hilang “legitimacy” kerana ia tidak mempunyai majoriti yang cukup untuk melulus Belanjawan.

12. Apabila ini berlaku, jika Perdana Menteri seorang yang bermaruah ia akan meletak jawatan.

13. Seterusnya, jika di dalam suasana biasa, ia boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Palimen.

14. Tetapi masa sekarang, ketika Negara dilanda pandemik COVID-19, keadaan adalah amat luar biasa dan pengalaman pilihanraya di Sabah baru-baru ini memperlihat bahawa mengadakan pilihanraya umum bukanlah satu pilihan malahan jika dipilih boleh membawa kemudaratan.

15. Kerana itu, proses yang mungkin boleh dipertimbang ialah memberi peluang kepada Parlimen untuk menentu siapakah dikalangan ahli-ahli Parlimen yang ada yang mempunyai sokongan majoriti.

16. Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ahli Parlimen tersebut mempunyai sokongan majoriti, maka dia boleh dipilih untuk menjadi Perdana Menteri untuk menubuh Kerajaan yang baru dan berkhidmat sehingga tamat penggal pemerintahan dan tiba masa untuk pilihanraya umum ke-15 diadakan.

17. Ini akan dapat memastikan bahawa Kerajaan baharu ini mempunyai legitimacy dan tidak dipersoalkan seperti Kerajaan pintu belakang sekarang ini.

18. Setelah Kerajaan baharu dapat ditubuh, maka Kerajaan ini boleh memilih untuk membentangkan Belanjawan yang baru ataupun mengambil Belanjawan yang telah ditolak dan dilakukan pindaan-pindaan yang telah diminta dahulu.

19. Semua ini dapat dilakukan di dalam sidang Parlimen khas dan tidak akan mengambil masa yang begitu lama.

20. Kerana itu, saya dan rakan-rakan mengambil ketetapan menolak Belanjawan 2021 dan kami lakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah yang kami pegang bagi pihak rakyat sehingga penggal perkhidmatan kami sebagai wakil rakyat tamat.

Terima kasih.

http://chedet.cc/?p=3266

 

JANGAN TUNDA LAGI

 

1. Telah terhampar di pelbagai saluran media mengenai ura-ura penangguhan undian belah bahagi Belanjawan 2021.

2. Antaranya ialah laporan Awani (https://www.astroawani.com/.../undi-belanjawan-2021...) yang menurut sumbernya "ia ditangguhkan ke hari Isnin (30 Nov) di atas sebab kerajaan kurang sokongan yang diperlukan". Ini Awani yang tulis, bukan rekayasa penyedap cerita.

3. Di kesempatan ini ingin saya ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Pasir Mas yang berani membabarkan 3 pilihan sekiranya Belanjawan 2021 ditolak. Ternyata Ahli Parlimen penyokong kerajaan sendiri mengakui penolakkan RUU Perbekalan kali ini adalah bersifat 'inevitable' dengan izin.

4. Namun kenyataan Ahli Parlimen Pas itu telah disanggah oleh Ahli Parlimen Umno 'Blok Menteri', Tan Sri Annuar Musa. Menurut beliau, perkara tersebut tidak berbangkit. Belanjawan (akan) diluluskan dengan mudah katanya.

5. Justeru itu berbalik kita kepada soal pokok, mengapa harus Belanjawan 2021 ini ditunda lagi seandainya pihak kerajaan atau wakilnya yakin sokongan akan melepasi angka 111?

6. Untuk pengetahuan semua, tarikh asal undian belanjawan jatuh pada 23 November 2020 (Takwim Pra - 2 November). Tarikh ini ditunda ke 25hb November dan kemudian ditunda untuk kali kedua ke tarikh 26 November 2020. Sudah ada tiga tarikh undian, sila jangan lari.

7. Penundaan pada tarikh lain akan jelas memperlihatkan suatu kecurigaan khususnya dalam soal sokongan majoriti terhadap Perdana Menteri serta belanjawan itu sendiri. Adakah ia akan terus ditunda atau apakah mungkin Parlimen didaruratkan sehingga sokongan terhadap bajet tersebut mencukupi?

8. Menyebut soal sokongan terhadap bajet yang kononnya dikhaskan sebagai Bajet Covid-19, saya percaya bajet tersebut pasti disokong oleh 220 Ahli Parlimen sekiranya ia benar-benar berlandaskan kepentingan negara dalam memerangi Covid-19.

9. Tetapi malangnya bajet tersebut tidak melambangkan Bajet Covid-19 sebagaimana yang dihuraikan dalam perbahasan di Parlimen. Bajet ini adalah sangat wajar ditolak dan sebilangan besar ahli parlimen termasuk dari kalangan penyokong kerajaan telah sedia menolak Bajet 2021.

10. Akhir kalam, janganlah ditunda lagi tarikh undian bajet. Ianya harus berlangsung pada 26 November 2020. Penundaan pada tarikh ke-4 bakal meletakkan negara di persada kecelaruan politik dan krisis keyakinan yang dahsyat. Usah tangguh lagi, hadap je lah!

Edy Noor Reduan

Aktivis Blogger

 

VIDEO: [[LIVE]] 25.11.2020 Apa kita boleh harapkan esok?

VIDEO : Kerajaan Muhyiddin Dijangka Tumbang Menjelang Hari Pengundian Baget Esok...

Tiada peruntukan nyatakan PM perlu letak jawatan jika belanjawan ditolak tapi…


JUMLAH KES DI PAHANG...HATI HATI

 No photo description available.

SEDIKIT KOMEN KETIKA MAHATHIR BERBBICARA