PRU15: Calon PH DUN Tioman sedia beri laluan kepada BN
Bernama
November 26, 2022
Mohd Fadzli ketika bercakap pada temu ramah berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 DUN Tioman, di Rompin, malam tadi. --fotoBERNAMA
ROMPIN: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Mohd Fadzli Mohd Ramly, bersedia memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Johari Hussain jika diarahkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH, dengan mengambil kira situasi politik semasa di peringkat Pusat dan DUN Pahang, namun setakat ini, belum ada sebarang kata putus dibuat.