PM UMNO

 PM UMNO 




Masih lagi tak settle. Siapa PM UMNO selepas PRU. 


Kenyataan terbaru DS Zahid, dia kata PM UMNO nanti Agong yang tentukan. Dia percaya Agong bijaksana nak lantik siapa. 


KJ pun berbalah secara terbuka dengan Presiden. Siap sound Ismail Sabri bukan PM Shopee. PM order lain, sampai lain. 


Ramai dalam UMNO kata Zahid is a loose canon. Since dia masih Presiden, apa nasib UMNO selepas PRU, Presiden tentukan. Kemungkinan besar dia akan letak nama dia sebagai PM, untuk Agong pertimbangkan. 


Janji nak #PRUBanjir hari tu ialah DS Ismail Sabri akan jadi poster boy UMNO. Tapi kalau ditengokkan semua poster BN dan UMNO, DS Zahid yang ke depan. Manifesto pun begitu. Dia yang umumkan. 


Pada saya, jadi PM jalan terbaik dia nak lepaskan kes. Sebab kalau Ismail Sabri naik pun, susah IS nak campur urusan mahkamah. 


Satu undi ke BN ialah satu undi ke Zahid untuk memerintah Malaysia. Boleh nampak dia taknak kalah dengan Ismail Sabri. 


Makanya, kita tanya diri sendiri. Mahukah kita berPMkan Zahid Hamidi? 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments: