Kerjasama lepas PRU 15: Undi BN atau PN dapat semula kerajaan lintang pukang

 



Kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa PN akan bekerjasama membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 mendedahkan strategi belakang tabir BN - PN.



Menurut calon Pakatan Harapan (PH) parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, pengakuan Takiyuddin itu amat jelas menunjukkan Pas - PN menipu rakyat dengan memburuk burukkan Umno - BN dalam kempen mereka, sedangkan muslihat parti itu setelah mendapat mandat akan kembali sebagai satu pasukan sebagaimana sebelum ini.



"Kenyataan Takiyuddin, Setiausaha Agung Pas bahawa PN akan bekerjasama dengan BN untuk bentuk Kerajaan campuran selepas PRU-15 menunjukkan karekter PN - BN sama sahaja, menipu rakyat.



"PN dan BN tumbangkan PH dengan langkah khianat mereka melalui Sheraton move. Mereka bersama jadi Kerajaan pintu belakang.



"Kemudian Kerajaan Mahyuddin tumbang diganti pentadbiran PM Ismail Sabri Yaakob. Tetapi PN - BN masih satu pasukan, bersekongkol membentuk Kerajaan melalui tingkap pula," katanya.



Tegas Hassan, tiada guna rakyat percaya bahawa PN akan mendapat majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan Melayu - Islam melawan kerajaan Ketuanan Melayu Umno - BN sebelum ini.



Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_083bb37597164abf8008cdebdeb79c8c~mv2.jpg/v1/fill/w_697,h_542,al_c,lg_1,q_85,enc_auto/4449e2_083bb37597164abf8008cdebdeb79c8c~mv2.jpg

Takiyuddin mahu PN - BN bergabung bentuk Kerajaan Persekutuan selepas PRU 15



Menurut beliau, dengan kenyataan itu ternyata 'perseteruan' PN - BN dalam kempen pilihan raya kali ini hanyalah sandiwara.



"PN dan BN berlawan menentang sesama sendiri konon masing masing mahu memusnahkan yang lain.



"Tetapi Takiyuddin kata, selepas PRU 15 PN - BN akan berkongsi kuasa semula dengan membentuk Kerajaan campuran baharu," katanya.



Justeru berbaki 3 hari sebelum membuang undi, Hassan menasihatkan rakyat Malaysia agar berfikir secara matang.



Katanya, jangan bazirkan undi untuk mendapatkan kembali kerajaan lintang pukang yang mentadbir negara selama 3 tahun terakhir ini.



"PN - BN sama sahaja. Rakyat Malaysia mesti tolak mereka kedua-duanya. PN - BN oportunis, sama sama tidak berprinsip," katanya lagi.



Malam tadi, dalam ceramah di Kota Bharu Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dipetik berkata beliau menjangkakan BN akan menerima PN sebagai rakan gabungan selepas PRU 15.



"Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU15, mungkin selepas (PRU15) kita boleh wujudkan hubungan itu.



"Rujukan pertama kita adalah BN, bagaimanapun sebarang perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen ini namun saya yakin BN akan terima.



"Perbincangan dulu sudah ada, namun ketika kita tidak bersama pun kita ada maklum mungkin kita boleh bersama selepas PRU15," katanya dipetik Berita Harian.

 

No comments: