Undi PH masuk neraka: Rafizi buat laporan polis ke atas pemimpin Pas









 Ucapan kontroversi pemimpin pemuda Pas bahawa mengundi BN dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka mengundang risiko apabila Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli membuat laporan polis di IPD Ampang Jaya hari ini.



Bercakap kepada media, beliau berkata pihak polis telah pun membuka kertas siasatan berkenaan isu berkenaan dan laporannya terus dirakam percakapan untuk dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.



"Saya ucap terima kasih kepada polis kerana pengawai penyiasat telah pun merakam kenyataan terus untuk dihantar ke Bukit Aman kerana saya dimaklumkan, dalam laporan media sebelum ini telah ada kertas siasatan terhadap kedua dua kandungan.



"Satu kandungan ketua pemuda Pas menyatakan undi BN dan PH masuk neraka.



"Satu lagi kandungan video yang tular oleh seorang pelakon (isu kafir harbi)



"Memang ada kertas siasatan. Saya dimaklumkan bahawa setiap kawasan ada pasukan (polis) siasat kes pilihan raya sebab itu terus diproses dan saya beri keterangan penuh, tunjukkan bukti dan sebagainya," katanya.



Menurut beliau kes berkenaan disiasat di bawah 3 akta berbeza termasuk Akta Kesalahan Pilihanraya.



"Saya dimaklumkan kes ini disiasat di bawah 3 akta. Satu Kanun Kesiksaan 504 buat kenyataan timbulkan kemarahan. Satu lagi Akta Komunikasi. Saya dimaklumkan kes ini juga disiasat di bawah Akta Pilihanraya Seksyen 4(a) mengenai ucapan dan kandungan yang menimbulkan kemarahan dan (pecah) ketenteraman, yang mengancam Melayu dan bukan Melayu.



"Maksudnya semua calon tak baca akta pilihan raya (buat kenyataan perkauman). Kalau baca akta pilihan raya benda ini tak berlaku. Terutama kandungan ugut, beri gambaran sembelih dan sebagainya," kata beliau.



Justeru Pengarah Pilihanraya KEADILAN itu menasihatkan agar calon dan penyokong yang berkempen tidak membuat kandungan media sosial atau berucap melanggar akta pilihan raya.



"Saya harap kita jangan buat sebarang kandungan yang menyentuh (sensitiviti). Pasukan peguam dari KEADILAN akan menyemak balik semua kempen calon lawan yang melanggar peraturan pilihanraya. Kalau ada kesalahan yang dilakukan lawan kami kita akan membuat laporan ke pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. Jika ada asas yang kukuh, kalau perlu bawa ke mahkamah, kami akan bawa.



"Semua calon perlu memahami akta pilihan raya dan tidak membenarkan kandungan perkauman. Calon calon, kalau pun mereka menang tetapi kempen mereka berbaur perkauman kami tidak akan teagak agak bawa ke mahkamah kerana telah langar akta pilihan raya," katanya lagi.

 

No comments: