TUDUH BANGSA ASING BANYAK TERLIBAT RASUAH....PRESEDENG PAS DIPANGGIL BUKIT AMAN...MAKAN GAJI BUTA ADALAH RASUAH YANG TIDAK NAMPAK..HANYA TUHAN MAHA MENGETAHUI.

 

Isu rasuah berbaur perkauman, Presiden PAS dipanggil ke Bukit Aman

Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Isu rasuah berbaur perkauman, Presiden PAS dipanggil ke Bukit Aman.  Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkaitan isu rasuah yang berbaur perkauman.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, setakat ini, PDRM telah menerima sebanyak 28 laporan polis terhadap Ahli Parlimen Marang itu berhubung isu tersebut.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 505 (C) Kanan Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

“Selain itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Dalam pada itu, Skandaguru berkata, siasatan masih dijalankan dan PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan kenyataan yang boleh menggangu proses siasatan.

“PDRM juga menyeru orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh menggugat keharmonian dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam sebarang cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” tegasnya.

No comments: