DAP KENA BELAJAR DARI UMNO & MCA

 


NORMAN RADZUAN


Orang Melayu tolak PH…di mana salah dah silap kita?

 

 

DAP KENA BELAJAR DARI  UMNO & MCA

 

Sewaktu saya di KL saya sempat berkunjung ke Institut Darul Ehsan ( EDE ) untuk bertemu Dato Ismail Yusop@ Tok Abah. Selama 3 jam di sana banyak yang kami bualkan sambil menonton live dari Dewan Negara para senator berhujah tentang LCS.

 

Dgn Tok Abah selalu perbualan kami agak kritikal. Jarang bual kosong…masing-masing dengan idea tersendiri terutama mengenai strategi PRU15. Tok Abah ini orang lama banyak pengalaman dan idea.

 

Saya mulakan pandangan Tok Abah (bicara beliau yg masih saya ingat) yang mengatakan sasaran PH kepada golongan mana perlu ditumpukan PRU15. Katanya golongan T20, M40 dan B40… PH mesti fokus kepada golongan M40.

 

Berdasarkan kajian EDE sendiri golongan T20 atau kelompak intelektual 90% bersama PH. Manakala golongan M40 yang sekitar 70- 80% dan golongan M40 hanya sekitar 30% menyokong PH.

 

BN tidak mensasarkan kepada pengundi T20 yang sejak sekian lama bersama PH. Ini golongan yang tidak boleh diperbodohkan oleh BN kecuali yang berkepentingan dalam  perniagaan. BN dan PN sasarkan golongan M40 untuk meraih undi kerana golongan ini mudah kotak katikkan.

 

Saya pula berhujah mengenai 2 perkara. Pertama sensitiviti orang Melayu yang perlu dijaga dan isu 1 lawan 1. Bagi saya DAP kena belajar dari UMNO yang bijak menjaga sensitiviti orang Melayu seperti dilakukan penjajah.(DI PULAU PINANG DAP MELAKUKANNNYA DENGAN BAIK –TANPA PRIJUDIS)

 

Penjajah Inggeris tahu orang Melayu sanagt menghormati Sultan dan orang agama. Lalu British tidak ganggu malah melayani mereka. Akhirnya berbillion kekayaan bumi Melayu dirompak tidak disedari orang Melayu.

 

DAP adalah liabiliti PH. PH ini diakui pentadbiran mereka berjaya menarik pelaburan berbillion di N9, Perak, Selangor dan PP. Sifar rasuah tapi kalah dgn sentimen dan persepsi selain dikhianati.

Malah Nik Abduh sendiri memuji PH berjaya mengurangkan perjudian. Beliau membandingkan tindakan kebelakang yang dibuat kerajaan 90% Melayu Islam hari ini yang mengembalikan cabutan kepaad 22 kali setahun.

 

Malangnya DAP gagal menjaga sensitiviti orang Melayu dan gagal mengguna media menjawab tohmahan dilemparkan kepada mereka. DAP hanya nampak benar bila menang kes di mahkamah tapi sudah terlambat.

 

Contoh terbaik yang DAP kena belajar dari UMNO ialah apabila Najib yang dikatakan ‘takut bini’ demi karier politiknya dan demi kebangkitan UMNO/BN sanggup ‘menyimpan’ Rosmah dari berada bersamanya di public.

 

Kita mesti ingat antara punca kekalahan BN dahulu antara faktor utamanya 1MDB, GST dan tak ketinggalan kebencian masyarakat kepada gaya hidup Rosmah ketika itu. Hingga talian telefon yang viral ‘Can i advise you something’ dimainkan ketika sidang akhbar SPRM.

 

Dari cerita tersebut kenapa sukarnya DAP menjaga mulut-mulut  celupar pemimpin mereka seperti Ramasamy dan Ronnie Liu? Jika Najib boleh kawal Rosmah utk menjaga sensitiviti orang Melayu kenapa sukar sangat DAP nak menjaga 2 jantan ini?

 

Hanya keceluparan 2 orang ini imej PH sangat teruk di minda orang Melayu. Kita sukar untuk mengawal persepsi jutaan manusia sedangkan kita ada pilihan utk mengawal 2 manusia. Jika tak boleh kawal bagi saya mudah sahaja… Setiausaha Agung gagal.

 

Mcm semalam LGE bertanya bila Hadi akn diambil tindakan. Bagi isu yg melibatkan orang-orang  agama atau isu orang Melayu pemimpin-pemimpin  DAP berikan tugas tersebut keapad pemimpin Melayu PKR dan Amanah bersuara. Masing-masing  kena bijak main peranan masing-masing.

 

MCA banyak yang dia tak setuju tapi kebanyakan dia bercakap di meeting BN dan kabinet. Dia tak bagi peluru dkt public utk di manipulasi.

Antara faktor lain kelemahan kita ialah medianya. Kita masih tiada platform yg benar-benar  mampu menarik masyarakat membaca atau mendengar. Kita masih mengharapkan populariti influencer.

 

Sedangkan influencer FB friendliest 90% ahli partinya sendiri. Jika ada 1k sekalipun yang like tu orang kita sendiri tapi bukan pengundi atas pagar atau anak muda.

 

Kita mcm syok sendiri dan akhirnya isu bola tanggung mesejnya tak sampai. Bab ini kita lemah… idea macam2 ada tapi tak sampai kpd masyarakat sb media kita lemah.

 

Sedikit mengenai Anwar Ibrahim berkata PH perlu penjenamaan semula dgn menampilkan PH sebagai alternatif, jelas dlm hala tuju polisi, agenda ekonomi, entiti kepelbagaian kaum dan ekonomi.

Bagi saya bukan itu sahaja kita perlukan logo baru. Malah saya rasa kita perlukan nama yg baru…contoh Gerakan Rakyat Malaysia (GRM) sb nama PH itu mcm cukup sukar dipulih akibat pengkhianatan Tun. Bab nama ini mungkin selepas GE15 baru difikirkan.