BANYAK YA DERMA 10 JUTA...BAGI KAMI SIKIT PUN TAK PA....HUHU..ZUHUD BETOI PENDERMA TU YA...BAGI DERMA LEPAS TU HILANG....TEDIAAA AIHHH

 


Derma RM10 juta ahli perniagaan bukan daripada aktiviti haram, kata Zahid





Ahmad Zahid Hamidi berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi, dan didakwa menerima rasuah bagi pelbagai projek. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau yakin derma RM10 juta kepada Yayasan Akalbudi miliknya daripada ahli perniagaan Sarawak pada 2016 bukan datang daripada aktiviti haram.

“Sebagai seorang Islam, saya pasti akan menolak sumbangan itu sekiranya daripada sumber haram,” kata bekas timbalan perdana menteri yang juga bekas menteri dalam negeri itu dalam pemeriksaan balas oleh peguamnya, Hamidi Mohd Noh.

Pihak pendakwaan tidak memanggil Wong Sang Woo @ Wong Shuh Chain, atau lebih dikenali sebagai Paul Yong, untuk memberi keterangan susulan tidak dapat dikesan.

Bagaimanapun, Wong ada memberi pernyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada 2019 dan ia telah dikemukakan mengikut Seksyen 32(1) Akta Keterangan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Peguam Zahid juga tidak membantah pernyataan yang dikemukakan sebagai keterangan.

Dalam pernyataan itu, Wong berkata, dia membuat sumbangan itu kepada yayasan terbabit atas “permintaan” Zahid di majlis makan malam, pada 2015.

Zahid berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi, dan didakwa menerima rasuah bagi pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

Sebanyak 12 pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, manakala lapan berkaitan rasuah.

Wang RM10 juta merupakan tiga daripada 27 pertuduhan pengubahan wang haram yang berjumlah keseluruhan RM65 juta, yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Cek dihantar kepada firma guaman, Tetuan Lewis & Co, yang seterusnya didepositkan ke dalam akaun pelanggannya.

Sejumlah besar daripada wang berkenaan kemudian disalurkan ke dalam deposit tetap di bawah nama firma terbabit.

Pendengaran di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

No comments: