POOODAH WOIII...HIPOKRIT LA PAS...KONSERT APA TAK ADA BUDAYA SONGSANG...APA DIA BUDAYA SONGSANG PANDANGAN PAS ? ...WOIIII RASUAH TAK MAU BANTAH KA WOIII

 

Boleh anjur konsert di negeri PAS, selagi tiada budaya songsang, kata Ahmad Fadhli





Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari sebelum ini mengkritik penganjuran bertalu-talu konsert antarabangsa yang didakwa “kerja gila menjemput kemurkaan Allah”. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berpandangan konsert membabitkan artis antarabangsa masih boleh diadakan di tiga negeri ditadbir parti itu asalkan penghiburnya tidak membudayakan gaya hidup songsang.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, pihaknya tidak menghalang jika sesebuah konsert itu tidak bercanggah dengan budaya tempatan.

“Jika melibatkan artis dipercayai mempromosi gaya hidup songsang, jawapannya ya,” kata Fadhli menjawab soalan FMT sama ada pihaknya akan turut membantah jika konsert antarabangsa dianjurkan di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditadbir PAS.

Pada 19 Ogos lalu, Fadhli secara terbuka membidas penganjuran bertalu-talu konsert mega yang didakwanya “kerja gila menjemput kemurkaan Allah”.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Kenyataan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas Billie Eilish mengadakan konsert “Happier Than Ever, The World Tour” di Stadium Nasional Bukit Jalil malam sebelumnya.

Pemimpin PAS itu berkata Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, menolak keras amalan songsang.

Beliau turut menggesa kerajaan membatalkan konsert antarabangsa kerana ia menggalakkan budaya hedonisme menular dan dilihat tidak bersesuaian serta bertentangan dengan Islam sebagai agama persekutuan.

Kritikan itu dibantah beberapa wakil rakyat DAP antaranya Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii yang menyifatkan PAS kini sudah tiada idea untuk ditawarkan kepada rakyat dan hanya mahu mewujudkan permusuhan dalam masyarakat majmuk.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago pula mencabar Pemuda PAS menganjurkan protes membantah rasuah di seluruh negara dengan memetik isu projek kapal tempur pesisir (LCS) berbanding isu penganjuran konsert artis antarabangsa.


No comments: