HARAPNYA BUKAN CEO ZUHUD

 ASSRAFF JEFFRY


"Harapnya bukan CEO Zuhud."

.

Ini monolog hati saya bila baca post seorang Jutawan 'bluetick'kan quotation seorang Cikgu Influencer semalam. Saya berharap yang mungkin Cikgu nak promosikan kedai Laptop dab Gadget miliknya sebab dia tidak tulis siapakah Jutawan tersebut.

.

Tapi,bangun tadi,Cikgu kemaskini post baru yang dia sudah turunkan post tersebut disebabkan nasihat kawan-kawan supaya tidak berperang dengan Jutawan yang ingin menyamannya. Bila baca sahaja perkataan saman, saya terus ke FB CEO yang popular dengan sifat Zuhud berhelikopter dan ternyata,benar. Dialah CEO yang dimaksudkan oleh Cikgu.

.

Dalam seminggu ini, banyak sangat cerita tentang CEO Zuhud tersebut. Dari isu tidak bayar duit upah influencer Korea celup, isu tanah lidi, isu bergaduh dengan bekas partner, isu beli kereta mewah secara tunai dan semalam, isu beli Laptop 10,000 unit. Dan semuanya 'berakhir' dengan saman.

.

Jujur saya katakan,pada awal kemunculannya di Media Sosial,satu dokumentari dari TV3 tentang seorang pemaju hartanah dermawan,saya sangat hormat padanya. Tapi bila banyak kes sebegini dan semua berakhir dengan saman, semua rasa hormat tadi gugur. Rasa hormat saya gugur bukan disebabkan isu-isu yang terjadi,bahkan dalam isu Influencer Korea celup,saya berpihak kepadanya kerana kenal perangai Influenfer tersebut. Tapi rasa hormat tadi hilang adalah kerana tindakan samannya itu.

.

Baiklah. Ketepikan isu fitnah itu benar atau tidak,yang pasti ialah cara dia tackle masalah yang berlaku di Media Social adalah tidak matang,macam budak-budak bertengkar;

.

"Aku bagitahu mak aku!"

.

Nak jadi Influencer di Media Social hati kena kental. Tak boleh cepat menggelabah. Kalau kena hentam, handle dengan penuh seni ibarat tarik rambut dalam tepung. Bukan ugut saman, kemudian selesai cara baik. Kalau sudah ada ugutan,itu bukan selesai cara baik, itu sudah level gangster.

.

Kalau tidak pandai,anda kan Jutawan. Anda boleh gajikan beberapa orang admin yang kreatif untuk jaga akaun anda seperti kebanyakan ahli Politik buat. Kalau anda boleh bei Porsche secara tunai,apalah sangat gaji seorang admin RM3k sebulan?

.

Apa-apapun,saya berharap tidak wujud 'Alif Shukri' dan 'Dato Vida' yang baru, cuma kali ini, versi lebih Islamik,zuhud tapi cepat menggelabah. Nak jadi Influencer? Tiru Hajah Nelofa. Tak lut lansung!

.

Selamat pagi.