Pulau
Pinang peruntuk RM50 juta untuk i-Sejahtera dalam bajet 2022
Oleh MOHD ALI HASHIM / November
27, 2021
Sebanyak RM50 juta
diperuntukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi program kebajikan rakyat
negeri ini melalui program i-Sejahtera sebagai salah satu cara keprihatinan
kerajaan negeri teehadap golongan warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya
dan sebagainya.
Ketua Menterinya, Chow
Kon Yeow berkata, sumbangan dalam bentuk ‘one-off’ tersebut akan diteruskan
dalam Bajet 2022.
“Selain itu kerajaan
negeri turut menyediakan peruntukan peruntukan sebanyak RM8. 2 juta bagi
program. Bantuan Agenda Ekonomi Sejahtera dimana setiap ketua isi rumah yang
layak akan dibayar antara RM100 hinggalah maksima sebanyak RM1, 300 sebulan.
“Sebanyak RM4. 97 juta telah
dibelanjakan sehingga Ogos 2021 melalui bantuan bulanan kepada 1,573 ketua isi
rumah bagi meringankan beban kos sara hidup ketika pandemik Covid-19.
“Manakala
itu, sehingga Mac 2020 seramai 18,090 penerima barangan kering yang bernilai
RM339, 993 telah turut menerima barangan mereka melalui; Unit Mutiara
Foodbank,” ujar beliau ketika membentangkan bajet 2022 Pulau Pinang semasa
sidang Dun Pulau Pinang yang ke-14 pada Jumaat semalam.