KEH..KEH...LAMA NAU BERTAPA LAM GUA ATAU MEMANG TAK MEMBACA ATAU BUTA FAKTA

 



Nik Aziz tidak kenal Anwar: Hello kamu sebenarnya yang tidak kenal dia, kata bekas pegawai


Oleh BORHAN AHMAD / November 27, 2021



Tindakan sesetengah pihak mendakwa tindakan Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memuji Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa hayatnya sebagai “tindakan kerana tidak mengenali betul-betul pribadi Anwar” sangat dikesali.

Bekas Setiausaha Akhbar Nik Aziz selaku menteri besar Kelantan dahulu, Ustaz Dr Mohamad Fauzi Zakaria berkata, tindakan itu sebenarnya dilakukan kerana orang sebegitu yang tidak betul-betul kenal Anwar.

“Pagi ni terbaca satu komem Whatapps..di petik nya satu video Almarhum TGNA memuji-muji DSAI yang kental menghadapi Ujian…
Lalu di komen nya…;

“Masa tu TGNA belum mengenali betul Peribadi Anwar..”

“Hello, Come On…!!! Kamu sebenarnya yang tidak kenal betul Anwar…” tulis Fauzi menerusi facebook beliau yang menyesali komen sebegitu.

Bagi Fauzi, mereka yang berkata demikian sebenarnya hanya mengenal Anwar setelah Dr Mahathir memecat Anwar dari jawatannya, menangkap dia masuk penjara dengan tuduhan meliwat pada tahun 1998.

“Sedangkan Anwar Ibrahim sebagai Presiden Abimdan Almarhum TGNA sebagai Ketua Dewan Ulama PAS telah berkenalan dan berhubungan baik sejak awal tahun 1970an lagi.

“Pimpinan Pas terutama tokoh-tokoh daripada Dewan Ulama adalah mereka yang sama-sama menaja penubuhan Abim seawal tahun 1974.

“Malahan sempena dengan Muktamar Abim Kelantan tahun 1981, pada sesi malamnya, kedua-duanya Anwar dan TGNA di jemput bersama-sama menyampaikan ucapan ceramah merasmikan sebuah masjid baru di Kota Bharu.

“Sekali lagi nak peringatkan…Kalau tak kenal barang, jangan cakap sembarangan,” kata beliau.

Ketika hayatnya, Tuan Guru Nik Aziz sentiasa memuji kecekalan Anwar berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam hidupnya.

 


No comments: