Isu
royalti minyak: Kenapa Kelantan terkejut, tanyalah 3 menteri Pas dalam kerajaan
Oleh SITI NUR ZAWANI
MISCON / November 27, 2021
Presiden AMANAH, Mohamad
Sabu berkata, kerajaan Kelantan sepatutnya bertanya kepada tiga menteri Pas
yang berada di dalam kerajaan sekarang berhubung pembayaran royalti petroleum
kepada negeri berkenaan.
Ia susulan respon
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini yang
menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul
Tengku Abdul Aziz yang hanya akan memberi wang ihsan kepada Kelantan dan bukan
wang royalti.
Justeru kata Mohamad
yang dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya Menteri Besar Kelantan pergi
bertanya secara terus pada menteri Kabinet kerana dua menteri dalam kerajaan
adalah dari Kelantan.
“Lah, buat apa terkejut royalti
Kelantan tak diberi. Tanya Ahli Parlimen Kota Bharu (Datuk Seri Takiyuddin
Hassan) dia buat apa dalam Kabinet. Tiga menteri ada.
“Takkan
hal bantuan Kelantan, tiga menteri, dua dari Kelantan tak boleh kata apa.
Kalaulah mereka nak cakap tapi kerajaan tak setuju, keluarlah dari Kabinet.
“Sekarang
ini Exco Kelantan tanya, mana royalti kami. Mu duduk dalam kerajaan kan,
peliklah. Pergi jumpa menteri teruslah, tak perlu cakap dalam surat khabar.,”
katanya semasa perasmian Konvensyen AMANAH Kelantan pagi ini.
Mat
Sabu berkata, semasa pentadbiran Pakatan Harapan dahulu, Tun Dr Mahathir
Mohamad bersetuju memberi wang royalti sebanyak RM400 juta kepada Kelantan
kerana keadaan ekonomi negeri itu yang agak jauh kebelakang.
Beliau
juga membayangkan bahawa Kelantan kini mula merindui pentadbiran PH yang dahulu
membayar wang royalti petroleum.
“Lah, buat apa terkejut royalti Kelantan tak diberi. Tanya