MANA NAK BAHAS...MEREKA TERLIBAT BUAT BUAT TAK TAHU KETIKA JADI KERAJAAN

 


‘Nak Bahas Pasal Saya Atau Tabung Haji?’ – PM Anwar Bidas Pembangkang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pembangkang yang didakwa masih mahu 'bermain drama politik' semasa Dewan Rakyat mahu membentangkan perbahasan RCI Tabung Haji pada 11 Ogos 2026. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pembangkang yang didakwa masih mahu ‘bermain drama politik’ susulan keputusan mereka keluar dari Dewan Rakyat ketika mahu memulakan Mesyuarat Khas mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH), hari ini.

Menerusi hantaran di media sosial sebentar tadi, Perdana Menteri berkata, tindakan berkenaan dilakukan pembangkang kerana tidak mahu menyertai perbahasan selepas beliau tidak dapat menghadiri sidang khas berkenaan.

Beliau turut mempersoalkan niat sebenar pembangkang, sama ada mahu berbahas mengenai dirinya atau isu membabitkan TH yang disifatkannya sebagai institusi kewangan penting kepada umat Islam.

“Nak bahas tentang saya atau nak bahas tentang Tabung Haji? Nak ambil tahu tentang saya atau nak ambil tahu tentang pengkhianatan terhadap Tabung Haji?

“Orang Melayu Islam telah dikhianati, tapi masih ada yang mahu main drama politik? Apatah lagi datang dari pihak yang melaung-laungkan tentang Melayu Islam.

“Apakah PN (Perikatan Nasional) yang ditunjangi Pas tidak pentingkan kepentingan orang susah, nelayan, petani, guru, polis, tentera, pesara yang mengerah keringat untuk menyimpan wang dalam Tabung Haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima?” tegas Anwar.

Anwar kini dalam proses pemulihan susulan pembedahan kecil berjaya dilaksanakan pasukan perubatan semalam dan diberi rehat selama dua hari sehingga hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau, selain ingatan serta ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-79 pada 11 Ogos 2026.

Terdahulu, Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berhubung RCI TH kecoh apabila Ahli Parlimen pembangkang meminta sesi berkenaan ditangguhkan atas alasan ketidakhadiran Perdana Menteri.

Beberapa Ahli Parlimen PN bangkit mempersoalkan kewajaran sidang itu diteruskan, antaranya Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang menyifatkan keadaan itu seolah-olah majlis perkahwinan diadakan tanpa pengantin.

Wakil rakyat PN kemudian memilih untuk keluar dari Dewan Rakyat selepas permintaan mereka supaya sidang khas itu ditangguhkan ditolak.

Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat setelah gagal menghalang Speaker, Tan Sri Johari Abdul meneruskan sesi perbahasan RCI Tabung Haji pada 11 Ogos 2026.

Bagaimanapun, beberapa ahli parlimen dari Bersatu kekal namun meminta sesi ditambah sehari lagi atas alasan masa tidak mencukupi.

LOKMAN DEDAHKAN NAMA CAI KEM A & KEM B UMNO ?


 

HANGPA PENAKUT NAK BAHAS.....KATA NAK TOLONG MELAYU


 

Ahli Parlimen Pembangkang keluar Dewan beramai-ramai, tidak mahu bahas Laporan RCI Tabung Haji


 

@LensaTv3 Subscribe Pembangkang Minta Tangguh Bentang RCI Tabung Haji?


 

WOIII....PENAKUT....MELAYU BLAH.... @jasonyew_ Join Ahli Parlimen PN keluar Dewan beramai-ramai, tidak mahu membahaskan Laporan RCI


 

LAAA BELAH..MACAMANA NAK BELA MELAYU OIIII PENAKUT..


 

Tuanku Muhriz ‘terlucut’? DKU masuk gelanggang, cabar asas saman dan pertikai kesahihan pengisytiharan

 


Kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mendapat sokongan institusi Dewan Keadilan dan Undang (DKU) apabila badan itu tampil memohon mencelah dalam semakan kehakiman yang mencabar kedudukan baginda.

Memetik laporan portal MalaysiaGazette, permohonan DKU dan setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin, yang difailkan pada 6 Ogos lalu bukan sekadar bertujuan untuk menjadi pihak dalam prosiding berkenaan, malah turut mempertikaikan asas undang-undang yang digunakan empat individu terbabit dalam mencabar pengisytiharan yang didakwa melucutkan kedudukan Tuanku Muhriz.

DKU memohon untuk dinamakan sebagai responden ketiga, manakala Raja Norazli sebagai responden keempat, selain meminta semua kertas kausa berkaitan diserahkan kepada mereka.

Dua responden asal ialah Menteri Besar Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri.

Langkah DKU itu penting kerana Tuanku Muhriz merupakan pengerusi majlis berkenaan dan sebarang tindakan yang cuba menjejaskan kedudukan baginda, menurut DKU, mempunyai kesan langsung terhadap struktur, keahlian serta fungsi institusi adat tersebut.

Dalam permohonan sama, DKU turut meminta prosiding permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman digantung sementara menunggu keputusan terhadap permohonan pencelahan mereka.

Antara hujah utama DKU ialah semakan kehakiman yang difailkan pada 17 Julai lalu didakwa telah melepasi tempoh masa yang ditetapkan.

Menurut DKU, keputusan yang didakwa melucutkan kedudukan Tuanku Muhriz kononnya dibuat pada 5 Mac.

Justeru, permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman sepatutnya dibuat dalam tempoh tiga bulan, iaitu selewat-lewatnya pada 5 Jun, berdasarkan Aturan 53 Kaedah 3 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

Lebih penting, DKU berhujah pengisytiharan yang dipertikaikan itu sendiri telah dibatalkan oleh majlis tersebut pada 31 Julai lalu.

Pembatalan itu direkodkan dalam kenyataan rasmi DKU bertarikh 1 Ogos.

Atas sebab itu, DKU berhujah pertikaian berkenaan kini bersifat akademik.

‘Tiada proses lengkap untuk lucut kedudukan Tuanku’

DKU turut mengambil pendirian bahawa pengisytiharan yang didakwa bertujuan melucutkan kedudukan Tuanku Muhriz tidak sah dari sudut undang-undang.

Menurut majlis itu, pengisytiharan tersebut kononnya dibuat tanpa “siasatan penuh dan lengkap” seperti diperuntukkan Fasal 10(1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

DKU juga mendakwa Tuanku Muhriz tidak diberikan notis atau peluang untuk membela diri sebelum pengisytiharan berkenaan dibuat.

Malah, majlis itu menegaskan tiada pengisytiharan yang memaparkan tandatangan Undang dan Menteri Besar seperti yang dikehendaki Fasal 10(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan pernah dikeluarkan.

Dengan kata lain, dakwaan bahawa kedudukan Tuanku Muhriz telah dilucutkan kini berdepan persoalan asas daripada institusi yang mempunyai kaitan langsung dengan struktur adat dan perlembagaan Negeri Sembilan itu sendiri.

DKU persoal status pemohon

DKU turut mempersoalkan kedudukan tiga daripada empat pemohon, dengan mendakwa mereka tidak lagi memegang jawatan Undang.

Pemohon keempat pula didakwa tidak pernah ditabal secara sah sebagai Undang Rembau kerana istiadat penabalan yang diperlukan tidak disempurnakan.

Majlis itu juga mendakwa pemohon gagal mendedahkan beberapa fakta material kepada mahkamah, termasuk kewujudan saman pemula berasingan di Mahkamah Tinggi Seremban.

Turut tidak didedahkan, menurut DKU, ialah perintah injunksi sementara yang dikeluarkan terhadap mereka pada 5 Jun serta prosiding komital yang timbul susulan dakwaan pelanggaran perintah mahkamah.

DKU berhujah bahawa pemohon sepatutnya terlebih dahulu mendapatkan penyelesaian terhadap dakwaan menghina mahkamah sebelum meneruskan permohonan lain yang mempunyai kepentingan berkaitan isu tersebut.

Bagaimanapun, penggantungan sementara yang diberikan Mahkamah Rayuan pada 29 Julai lalu masih berkuat kuasa.

Dalam perkembangan sama, Undang Luak Sungei Ujong, Faris Johari, yang menggantikan Mubarak Dohak, dan Undang Luak Rembau baharu, Hassan Ab Hamid, turut memfailkan permohonan untuk mencelah.

Permohonan pencelahan itu sepatutnya didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Norliza Othman.

Bagaimanapun, prosiding ditangguhkan selepas pihak-pihak terbabit bertemu dalam kamar hakim.

Peguam Khairul Azam Abdul Aziz mewakili empat individu berkenaan, manakala David Dinesh Mathew dan Shafril Halim mewakili DKU serta Raja Norazli.

Faris diwakili Shaikh Saleem Karim, manakala Hassan diwakili Robert Low dan Hafidz Yusoff.

Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan yang mewakili Peguam Negara berkata hakim meminta Khairul mendapatkan arahan daripada anak guamnya sama ada mahkamah itu merupakan forum sesuai untuk mendengar permohonan berkenaan.

Ini memandangkan prosiding berkaitan perkara sama sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Seremban.

Nurhafizza turut berkata hakim menolak permohonan lisan Khairul untuk mendapatkan perintah larangan bersuara kerana kes tersebut mempunyai kepentingan awam.

Pihak-pihak terbabit akan kembali ke mahkamah pada 7 Oktober untuk memaklumkan perkembangan kes kepada Norliza.

Buat masa ini, mahkamah masih belum memutuskan merit cabaran terhadap kedudukan Tuanku Muhriz. Namun kemasukan DKU ke dalam prosiding memberi dimensi baharu kepada kes itu: institusi adat yang dipengerusikan baginda sendiri tampil mempertikaikan kesahihan proses yang didakwa cuba melucutkan kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan




Amirudin adikku, Ng Suee Lim sahabatku, Gunaraj temanku, kata Azmin di DUN Selangor

 


Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencuri perhatian persidangan apabila menyifatkan beberapa pemimpin kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH) sebagai “adinda”, “sahabat” dan “teman”.

Dalam nada yang lebih lunak ketika menyampaikan perbahasan, Azmin menggelarkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai “adindaku”, Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim sebagai “sahabatku” dan ADUN Sentosa Gunaraj R George sebagai “temanku”.

“Amirudin adalah adindaku. Ng Suee Lim adalah sahabatku. Gunaraj R George adalah temanku. Amanah adalah peganganku. Kekal tenang adalah prinsip aku,” katanya pada Persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Azmin yang juga Setiausaha Agung Bersatu kemudian menyeru Amirudin supaya tidak “gundah-gulana” dalam meneruskan tanggungjawab membangunkan Selangor.

“Wahai Menteri Besar, jangan gundah-gulana. Jangan benarkan fahaman ini bertapak di negeri Selangor. Teruskan langkahmu untuk membangun negeri Selangor. Anda tidak berseorangan. I’m always here for Selangor,” katanya.

Namun, di sebalik nada persahabatan itu, Azmin turut melontarkan kritikan terhadap kumpulan yang menurutnya sering melaungkan penyatuan dan ketuanan Melayu tetapi pada masa sama didakwa bertanggungjawab terhadap kemerosotan beberapa institusi Melayu.

Beliau mendakwa kumpulan berkenaan tidak wajar mendapat sokongan kerana dikaitkan dengan kejatuhan atau kemerosotan institusi seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Lembaga Tabung Haji (TH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), selain skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Azmin tidak menamakan secara khusus mana-mana parti atau gabungan politik ketika membuat dakwaan berkenaan.

Katanya, keadaan politik menjadi lebih membimbangkan apabila wujud kumpulan yang didakwanya menghalalkan kleptokrasi dan mempertahankan kebobrokan atas nama penyatuan Melayu.

“Keadaan politik bertambah gila apabila ada kumpulan yang menghalalkan kleptokrasi, mengiyakan kebobrokan dengan fatwa baharu. Ini adalah proses memperbodohkan rakyat keseluruhannya atas nama penyatuan Melayu kononnya,” katanya.

Dalam pada itu, Azmin berkata Selangor perlu meneruskan pembangunan berasaskan penyatuan yang membawa kemajuan serta memastikan hasil pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati rakyat.

Beliau turut menekankan kepentingan komunikasi yang berkesan antara kerajaan negeri dengan rakyat supaya dasar dan pencapaian kerajaan dapat difahami dengan lebih jelas.

Azmin mencadangkan aspek penerangan serta unit media kerajaan negeri diperkasakan bagi memastikan maklumat mengenai dasar kerajaan disampaikan dengan tepat kepada rakyat.

“Komunikasi yang betul dan tepat penting untuk rakyat memahami dan menerima dasar baik kerajaan negeri. Tingkatkan penerangan dan unit media kerajaan negeri.

“Saya bersedia untuk menyampaikan fakta ekonomi yang tepat kepada rakyat dalam memastikan kejayaan kita, negeri Selangor yang maju dan makmur,” katanya.




Dari ceramah Pas ke mahkamah: Anwar saman Tuan Ibrahim isu fitnah

 


Daripada pentas ceramah di Felda Jenderak Utara, pertikaian antara Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Pas kini beralih ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saman fitnah difailkan hari ini berhubung kenyataan dalam ceramah parti pada Jun lalu yang didakwa membawa maksud wujud penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan.

Tindakan undang-undang itu diambil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man, hampir dua minggu selepas notis tuntutan dihantar supaya pemimpin Pas berkenaan memohon maaf dan menarik balik kenyataannya dalam tempoh 48 jam.

Menurut peguam Anwar, SN Nair, saman itu berpunca daripada kenyataan yang didakwa dibuat Tuan Ibrahim ketika ceramah Pas di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Pahang, pada 14 Jun lalu.

Kenyataan tersebut didakwa palsu, tidak berasas dan berunsur fitnah terhadap perdana menteri serta pentadbiran kerajaan yang dipimpinnya.

Dalam ceramah itu, Tuan Ibrahim didakwa menyebut bahawa individu yang mengkritik menteri tidak lama lagi mungkin berdepan siasatan polis.

Beliau turut didakwa menyentuh mengenai “penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa”, yang menurut pihak peguam boleh difahami sebagai merujuk kepada Anwar dan kerajaan pimpinannya.

Kenyataan berkenaan kemudian didakwa disebarkan melalui rakaman video di platform media sosial termasuk Facebook dan YouTube, selain akaun Facebook milik Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Melalui saman tersebut, Anwar menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Turut dimohon ialah injunksi bagi menghalang Tuan Ibrahim atau pihak berkaitan daripada menerbitkan, menerbitkan semula atau menyebarkan lanjut kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu.

Mahkamah juga diminta mengarahkan kenyataan berkenaan dipadam daripada akaun media sosial Tuan Ibrahim serta semua penerbitan lain yang berada di bawah kawalannya.

Selain itu, Anwar turut menuntut faedah, kos dan apa-apa relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Kes itu menjadikan pertikaian politik antara Anwar dan pimpinan Pas memasuki fasa perundangan, selepas sebelum ini hanya berlegar melalui ceramah, kenyataan politik dan media sosial.

Tindakan tersebut juga dilihat sebagai mesej bahawa dakwaan berkaitan rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa terhadap seorang perdana menteri tidak boleh dibuat secara longgar tanpa asas yang boleh dipertahankan.

Setakat berita ini ditulis, belum ada maklum balas lanjut daripada Tuan Ibrahim berhubung saman berkenaan.




PRN Melaka dan PRU16


 

BIADAP TAHAP DEWA! SINDIRAN 'KENCING' PEMIMPIN PAS TERHADAP PMX! BENARKAH INI PARTI AJARAN SESAT?


 

@thekapitanMY KALAU ANWAR TAK JADI PM KITA SEMUA


 

BERSATU SEMAKIN PARAH


 

@thekapitanMY CELAKALAH KEPADA MEREKA YANG


 

Dia balah sama dia pula.....

 



Dia balah sama dia pula.....



          BAKAL PM LAWAN MP QAZAF




TAK KAN LAH DAP MENGHASUT LAGI ? SIAPA DERHAKA.

 




Aman Muhamad



Semalam ada prosedur mahkamah berhubung permohonan mandamus yang mahu paksa MB turunkan tandatangan sahkah penurunan Tuanku Muhriz.


Aku berikan kronologi ringkas berdasarkan laporan media:


2 April:

▫️Rais Yatim dilaporkan dilantik sebagai Penasihat dan Peguam Utama Undang Yang Empat.


19 April:

▫️Undang Yang Empat membuat perisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz dan menamakan Tunku Nadzaruddin sebagai pengganti.


20 April:

▫️Satu dokumen perisytiharan telah dihantar kepada MB Negeri Sembilan (Aminuddin Harun) untuk ditandatangani.

▫️Aminuddin tidak mahu tandatangan.


21 Jun 2026:

▫️Rais Yatim diumumkan sebagai Pengerusi Parti Wawasan Negara.


22 Jun 2026:

▫️Parti Wawasan Negara diterima sebagai parti komponen Perikatan Nasional.


17 Julai 2026:

▫️Empat pemohon telah memfailkan satu semakan kehakiman termasuk permohonan mandamus untuk mendesak MB menandatangani dokumen perisytiharan berkenaan.


6 Ogos 2026:

▫️DKU dan Setiausaha DKU memfailkan permohonan untuk mencelah.


10 Ogos 2026:

▫️Permohonan mencelah tersebut dibawa ke dalam prossiding mahkamah.

▫️Permohonan mencelah dibuat agar pihak mahkamah mendengar dari kedudukan mereka sebelum membuat keputusan.


Mahkamah tetapkan tarikkh 7 Oktober 2026 untuk prosiding seterusnya.


:)





KOMEN PARTI JALANG. MACAM BUDAK TAK CUKUP PELAJARAN.




Man Slow



 Ini ciri pemimpin yang kita nak?? Genius lagi dari setpol PMX..terbaik the greater patut perform paling di minati anak2 melayu?


 Sentiasa penuh dengan Kalam Allah kepada rakyat.. Dari atas turun Mai kat rakyat pun dah 3 suku?


 Lebih kurang yang di Terengganu? Hebat pas... Membangun bersama Islam lawan dap !! Takbeer!!






KITA PUN BERGABUNG BERSAMA.

 




Asyraf



Maybe BN-PN ingat mereka je boleh bergabung

.

PH-Bersatu pun bolehlah

.

Dah adinda adinda semalam tu, teori paling kuat

.

Azmin jadi MB Selangor

.

Amiruddin naik pegang portfolio Menteri

.

Hebat tak percaturan PMX?





DOK BIAR LAGI LAMA LAMA APEK NI DOK FITNAH....TENGOK JA KA ?


Syam Ghaz.



 Lim Sian See ni lupa nak tulis kot, ‘masalah’ yang Kerajaan skrg alami sampai kena berjimat cermat sekarang ni disebabkan zaman ‘Kerajaan dinosour’ dulu jarah duit rakyat dan Negara .  


Bajet Kerajaan sekarang bertambah sebab kena bayar hutang dan projek sakit seperti 1MDB, FELDA, TABUNG HAJI, LCS, SOLAR SEKOLAH SARAWAK, FGV, AIR SABAH!






PUNYA JAHAT WALAUN PARTI JALANG..ANAK BEKAS PRESIDEN PAS DI MAKINYA BARUA HANYA KERANA TIDAK BERSAMA PAS.



 MUFTI PUN BOLEH DILABEL “BARUA” HANYA KERANA BERBEZA PANDANGAN






Dalam isu agama, kita boleh tidak bersetuju dengan pandangan seorang mufti. Mufti bukan maksum dan pandangannya tetap boleh dibahaskan. Tetapi apabila hujah dijawab dengan label seperti “Mufti DAP” atau “barua harbi”, itu bukan lagi wacana ilmu. Itu sudah menjadi politik yang kehilangan adab.


Kalau tidak bersetuju, jawab hujahnya. Tunjukkan dalil yang lebih kuat. Kemukakan pandangan ulama yang berbeza. Terangkan di mana kesilapannya. Jangan kerana penjelasan seorang ilmuwan tidak selari dengan naratif politik kita, terus dituduh menjadi alat pihak lain.


Lebih-lebih lagi istilah “kafir harbi” ialah persoalan fiqh yang mempunyai konteks sejarah, hukum, siyasah dan realiti yang perlu diperincikan. Ia bukan slogan untuk melabel sesama warganegara atau senjata untuk menghalalkan kebencian.


Ada yang begitu lantang mengajar orang tentang akhlak Islam, tetapi apabila ulama bercakap sesuatu yang tidak menepati selera politik mereka, akhlak itu pula hilang entah ke mana.


Apabila setiap pandangan keagamaan yang tidak selari dengan pendirian kelompok sendiri segera dilabel sebagai usaha “membela DAP”, maka wacana agama telah beralih daripada pencarian kebenaran kepada pemeliharaan naratif kepartian.


Islam tidak mengajar kita menyucikan pemimpin politik sehingga pandangan ulama mesti mengikut selera mereka.


Perbezaan pandangan hendaklah diselesaikan melalui kekuatan hujah dan ketelitian dalil, bukan dengan cercaan dan pelabelan. Jika berlaku khilaf, hadapilah dengan adab, hikmah dan keluasan ilmu, bukan dengan menuduh niat atau merendahkan peribadi.


Jangan sampai kita terlalu sibuk mempertahankan agama sehingga cara kita mempertahankannya sendiri menjadi contoh buruk tentang akhlak Islam.


Taasub politik tidak menjadikan hujah kita lebih Islamik. Ia cuma menjadikan suara kita lebih kuat dan kadang-kadang lebih kasar.


Kesimpulan


Apabila mufti pun boleh dilabel “barua” hanya kerana mengemukakan pandangan yang tidak selari dengan naratif politik, Ia menunjukkan sejauh mana taasub politik boleh menghakis adab terhadap ilmu dan ilmuwan.


Kita tidak wajib menerima setiap pandangan mufti. Tetapi kita wajib belajar cara berbeza pandangan dengan adab. Apabila politik sudah menentukan siapa yang boleh dianggap “ulama” dan siapa yang mesti dilabel “barua”, agama akhirnya tidak lagi menjadi neraca kepada politik tetapi politik pula yang menjadi neraca kepada agama.


IBNU ALI






WARGA ROHINGYA MELAMPAU



 Tular media sosial seorang wanita tampil mendedahkan dirinya diugut oleh gangster cap ayam ketika mahu melakukan kerja merobohkan premis warga R0hingya yang dibina atas tanah kerajaan.






Intan Hartini Harun berkongsi kejadian itu di FB memberitahu beliau telah mendapat tender bagi kerja-kerja perobohan di Jalan Ipoh, KL. Malah notis juga telah dikeluarkan bagi merobohkan premis haram itu.


Menurut Puan Intan, beliau telah didatangi beberapa orang gangster India pada hari Sabtu dan gangster Melayu pada hari Ahad.


Gangster-gangster atau lebih mesra dengan panggilan B4RUA terbabit mengaku mereka diupah oleh warga Rohingya bernama Siti Noor Fadhilah.


Puan Intan telah diugut oleh agar tidak merakam tindakan mereka dan tidak melaporkannya kepada polis.


Laporan polis telah dibuat oleh pihak Puan Intan berhubung kejadian ini.


-asiakini-


Sumber: fb banteras warga asing





Ini perkembangan terkini tentang kes Cikgu Ng Siew Hui.

 





Ini perkembangan terkini tentang kes Cikgu Ng Siew Hui.


#Pertama 


• Cikgu Ng telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Tuan Haji Megat, pada Jumaat lalu.


• Menurut beliau, permohonan kenaikan pangkat DG48 telah disemak semula dan dikemukakan kepada bahagian berkaitan di KPM untuk tindakan lanjut.


• Beliau turut dimaklumkan bahawa Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, memberi perhatian terhadap isu tersebut dan meminta Pengarah JPWPKL menyampaikan salam kepada beliau.


• Cikgu Ng menghargai perhatian, tindakan susulan dan sokongan moral yang diberikan oleh pihak JPWPKL serta Menteri Pendidikan.


#Kedua 


Namun apa yang saya lebih hormati ialah beliau tidak berhenti setakat isu kenaikan pangkatnya sendiri.


Beliau masih meminta supaya


• Unit Integriti KPM turun sendiri ke sekolah bagi menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan buli pentadbiran.


• Siasatan tidak hanya bergantung kepada struktur pentadbiran sedia ada yang mungkin mempunyai konflik kepentingan.


• Sebuah Jawatankuasa Siasatan Bebas di bawah Menteri Pendidikan perlu diwujudkan untuk mengendalikan kes buli dan dakwaan salah guna kuasa secara lebih bebas, adil dan telus.


• Sistem ePangkat dan penilaian kenaikan pangkat guru harus diperbaiki, khususnya apabila kuasa penilaian pihak pentadbir sekolah boleh memberi kesan besar terhadap masa depan kerjaya seseorang guru.


• Satu saluran rayuan yang telus wajar diwujudkan apabila markah prestasi seseorang guru jatuh secara mendadak dan tidak munasabah tanpa rekod amaran atau tindakan tatatertib terdahulu.


#Ketiga 


Bagi saya, inilah perkara yang perlu kita beri perhatian.


Isunya bukan semata-mata sama ada seorang guru akhirnya mendapat DG48 atau tidak.


Persoalan yang lebih besar ialah


Jika benar berlaku buli pentadbiran atau penyalahgunaan kuasa, apakah mekanisme yang kita ada untuk memastikan perkara sama tidak berlaku kepada guru-guru lain?


Saya nak puji tindakan Cikgu Ng yang sehingga hari ini masih konsisten dan fokus kepada isu utama yang dibangkitkan sejak awal, iaitu dakwaan buli di tempat kerja yang dilakukan oleh pihak pentadbir.


Itu isu utamanya.


#Keempat 


Walaupun sudah ada perkembangan berkaitan kenaikan pangkat dan perhatian daripada pihak atasan KPM, beliau tidak menjadikan perkara itu sebagai noktah kepada perjuangannya.


Sebab itulah saya menghormati pendirian Cikgu Ng.


Apabila ada sedikit perkembangan positif dalam kes peribadinya, beliau masih memilih untuk bercakap tentang pembaikan sistem dan perlindungan kepada guru lain.


Perjuangan ini bukan semata-mata tentang seorang Cikgu Ng.


Ia tentang memastikan selepas ini tidak ada lagi guru yang terpaksa memilih antara bersuara mempertahankan diri atau berdiam diri kerana takut masa depan kerjayanya terjejas.


Keadilan pasti akan menang.


#Kelima 


Kepada Puan Timbalan Pengarah yang sebelum ini mengatakan bahawa ada “plot twist” dalam isu ini, saya cuma mahu berkata:


Moga Allah mengampuni segala dosa kita semua.


Kerana akhirnya, dalam apa juga kedudukan dan jawatan yang kita pegang, setiap kata-kata, keputusan dan tindakan kita tetap datang bersama tanggungjawab.


Kita mungkin berbeza pandangan tentang sesuatu kes, tetapi jangan sampai kita terlupa bahawa di sebalik fail, laporan dan prosedur itu ada manusia yang sedang mencari keadilan.


Tahniah, Cikgu Ng. Teruskan bersuara agar menjadi asbab keberanian buat guru lain.





DAP LAWAN KOMENEH.. SIAPA PULA YANG DIKAITKAN DENGAN KOMENEH


 

NAJIB DAN FELDA


 

DAP TAK ADA PUN KALUT JUGA. ALAHAI


 

MAKAN GAJI BUTA ITU LEBIH MUDAH

 


SEPENGGAL LAGI JADI PM...RAMAI LA AKAN KE IJN




Anwar mewarisi negara dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar selepas beberapa tahun kekacauan politik, pertukaran kerajaan dan krisis Covid-19.



Kerajaan Tebuk Atap yang turut disokong PAS melahirkan dua Perdana Menteri. Hari ini, seorang dikaitkan dengan kes Jana Wibawa, manakala seorang lagi berdepan siasatan yang turut melibatkan penemuan wang tunai RM170 Juta dan jongkong emas.


Rakyat belum lupa keadaan ketika itu. Harga telur dan ayam melonjak, minyak masak paket susah dicari, harga barang naik, Ringgit lemah dan ramai rakyat masih bergelut mendapatkan semula pekerjaan selepas pandemik.


Anwar ambil alih bukan ketika semuanya sudah elok. Dia ambil alih ketika banyak benda perlu dibaiki serentak.


Rakyat mula rasa kesannya. Peluang kerja bertambah, gaji lebih baik dan Ringgit semakin kuat. Mereka yang menunaikan Haji, Umrah, belajar atau melancong ke luar negara turut menikmati nilai tukaran yang lebih baik. Semua ini datang daripada pelaburan baru yang masuk dan perkembangan industri bernilai tinggi dalam tempoh tiga tahun.


Dalam keadaan dunia berdepan perang, krisis tenaga dan gangguan rantaian bekalan, Malaysia masih mampu mengekalkan bekalan dan kestabilan ekonomi.


Ketirisan subsidi pula mula dikekang. Sebahagian penjimatan itu dipulangkan terus kepada rakyat melalui STR, SARA, bantuan persekolahan dan pelbagai bantuan lain.


Kena ingat, kerajaan Anwar mewarisi sebuah kerajaan yang ketika itu Haji Hadi sendiri pernah menjadi Duta Khas bertaraf Menteri.


Tiga tahun Anwar bekerja membina semula ekonomi. Tetapi hari ini Haji Hadi lebih banyak bercakap soal kaum, agama dan sejarah lama untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap kaum lain.


Malah lebih teruk dari itu, status agamawannya itu seolah-olah memberi lesen yang cukup besar kepadanya untuk mengada-adakan fitnah.


Membina ekonomi perlukan idea, pengalaman dan kerja keras.


Membangkitkan sentimen pula jauh lebih mudah.


Anwar bina ekonomi dengan susah payah. Hadi hanya perlukan beberapa ayat adu domba untuk cuba merosakkan keyakinan yang dibina.





INGAT ANWAR....JANGAN LAGI MEMAAFKAN PEMFUTNAH.




 PMX Anwar Ibrahim wajib saman 200 juta sebagai pengajaran. Kami menyokong 500% PMX saman Lebai .





BARUA MEMFITNAH ..ITU LAH PARTI JALANG

 



Jamzuri Ardani



Dalam dunia ni rupanya ada dua kaum sahaja; PAS dan bukan PAS. 


Lawan PAS sahaja ... semua tuduhan buruk akan dilemparkan. 


Kesucian itu hanya milik kaum PAS. 


Jika anda tidak percaya naratif ini ... anda rasis, komunis, khadam, barua, ultra kiasu, munafik, musuh melayu, musuh islam, kerengge, tupai, beruk, babi, anjing ... 


Tak kira lah kamu itu melayu atau cina, iban atau india, muda atau tua, lelaki atau wanita, ustaz pondok atau guru biasa, muslim atau tiada agama ... asal tidak sokong mereka ... semuanya hanya barua.





Kalau Di Pulau Pinang Ia Agenda Cina DAP, Di Terengganu Hanya Kes Terpencil



Jason Yew







1. Saya baca berita hari ini. Ada Jalur Gemilang berkibar tanpa lambang bulan dan bintang.


2. Tempatnya di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu. Negeri tadbiran PAS.


3. Menteri Besarnya, Dr Sam kata ini kes terpencil. Tidak disengajakan.


4. Datuk Bandar pula bagi alasan. Katanya lambang itu asalnya ada. Tapi tercabut ditiup ribut sebab ia hanya dijahit.


5. Saya hairan. Pandai sungguh ribut di Terengganu. Ia tahu pilih nak tiup bulan dan bintang sahaja. Jalur merah putih ia biarkan.


6. Cuba kita bayangkan. Kalaulah ribut yang sama berlaku di Pulau Pinang. Dan bendera ini pula dipasang oleh kerajaan DAP.


7. Pasti ceritanya tidak sama. Pasti ia tidak lagi dipanggil kes terpencil.


8. Ketua Pemuda UMNO tentu sudah melompat. Tentu sudah bergegar satu negara dia suruh boikot. Tentu berbakul-bakul laporan polis dibuat.


9. Akan dijeritnya bahawa ini agenda komunis. DAP anti-Islam. DAP hina Raja-Raja Melayu sebab buang lambang bulan bintang.


10. Tapi sebab ia berlaku di negeri PAS, semuanya suci. Semuanya dimaafkan dengan mudah.


11. Tidak ada siapa yang derhaka. Yang salah cuma angin. Yang pengkhianat cuma benang.


12. KP UMNO pun tiba-tiba senyap. Tidak ada ugutan mahu berdemo. Mungkin dia sedang sibuk cari tukang jahit. Atau mungkin dia tidak berani marah pada ribut.


13. Inilah rupa pemimpin politik kita. Kalau musuh buat, itu pengkhianatan terancang. Kalau geng sendiri buat, itu cuma ujian alam.


14. Orang Malaysia terus disuruh bersorak. Walaupun maruah negara hanya diukur ikut untung nasib parti mana yang berkuasa. 


#jalurgemilang





KAMU NDAK MUKA DAN SIKAP BEGINIKAH PIMPIN NEGARA ...PATUT LAH NEGERI KAMU MUNDUR.

 





Seorang pemimpin PAS di Terengganu, Faizul Abas mengundang kritikan selepas membuat hantaran berbaur sindiran terhadap keadaan kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru selesai menjalani pembedahan hernia.


Dalam hantaran di Facebook, beliau menyentuh kemungkinan perbahasan laporan RCI Tabung Haji di Dewan Rakyat sebelum bertanya secara sinis mengenai keadaan Anwar selepas pembedahan.


“Nak tanya pakar, penyakit ni lepas operate boleh kencing elok tak?” tulisnya.


Hantaran itu dibuat ketika Anwar sedang melalui proses pemulihan selepas selamat menjalani pembedahan laparoskopi bagi merawat hernia perut.


Sindiran tersebut mengundang teguran sebahagian pengguna media sosial yang mempersoalkan kewajaran keadaan kesihatan seseorang dijadikan bahan politik.


Seorang pengguna menulis bahawa adalah lebih baik semua pihak mendoakan orang yang sedang sakit, manakala seorang lagi secara terus bertanya, “Ustaz, di dalam Islam ada tak budaya troll?”


Faizul kemudian membalas beberapa komen dengan terus menggunakan perkataan berkaitan “kencing”, sekali gus menyebabkan hantaran itu terus menjadi perhatian.


Perbezaan politik boleh berlaku sekeras mana sekalipun, namun bagi sebahagian netizen, sakit dan proses pemulihan seseorang sepatutnya tidak dijadikan bahan ejekan, lebih-lebih lagi oleh mereka yang membawa imej agama.